P. 1
Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor

|Views: 7|Likes:
Published by Zul Helmi
hmmmmmmmbhbhbhjbhbhbk
hmmmmmmmbhbhbhjbhbhbk

More info:

Published by: Zul Helmi on May 17, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/16/2013

pdf

text

original

o KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KEMAHIRAN MOTOR i) Ketangkasan Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan

pantas dan tepat.

ii) Kuasa Kebolehan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.

iii) Imbangan Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

iv) Masa Reaksi Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima rangsangan untuk berbuat sedemikian.

v) Kelajuan Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa yang singkat. Kelajuan dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa tertentu.

vi) Koordinasi Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk

menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.

1.1 Ujian Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor  Ketangkasan a) Ujian Larian Ulang-alik 10 Meter    Ujian ini menilai keupayaan seseorang dalam menukar arah dengan pantas. Peralatan dan kemudahan : Dua blok kayu berukuran 5cm x 5cm x 10cm, pita pengukur, jam randik. Prosedur : i) Dua garisan dilukis pada jarak 10 meter dan dua blok kayu diletakkan pada garisan kedua. ii) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Apabila isyarat „sedia‟ diberi, peserta berlari dengan pantas hingga ke garisan kedua yang berada 10 meter dari garisan permulaan. iii) Peserta dikehendaki mengambil blok kayu yang pertama dan patah balik ke garisan permulaan. Blok kayu itu hendaklah diletakkan pada garisan permulaan. iv) Peserta kemudian berpatah balik ke garisan kedua untuk mengambil blok kayu kedua sebelum berpatah balik ke garisan permulaan. v) Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara percubaan selama sekurang-kurangnya 2 minit. Masa terbaik daripada dua percubaan tersebut diambil kira.

b) Ujian Lompat Kuadran   Ujian ini menilai kebolehan seseorang menukar posisi badannya dengan pantas dengan melompat ke arah yang berlainan. Peralatan :

Peserta dikehendaki lompat dengan kedua-dua kaki ke kuadran 1. kemudian ke kuadran 2. Peralatan dan kemudahan : . iii) Lompatan yang berjaya dikira sebagai 1 mata setiap zon.   Kekurangan : Hanya seorang peserta yang boleh diuji pada satu masa. kuadran 3 dan kuadran 4 sebelum kembali ke kuadran 1. jam randik. vi) Urutan ini diulangi sebanyak mungkin dalam masa 10 saat. iv) Separuh mata dikira setiap kali kaki mendarat atas garisan atau kuadran yang salah.  Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan hanya memerlukan peralatan serta ruang yang sedikit. ii) Peserta mula di belakang garisan permulaan. Kiraan ini dijalankan oleh seorang pembantu kepada penguji. v) Jumlah lompatan yang berjaya ditolak dengan jumlah kesalahan sebelum jumlah sebenar diambil.Pita penanda. Prosedur : i) Panjang setiap garisan bersilang ialah satu meter. Dua percubaan diberikan dengan masa rehat antara setiap percubaan dan catatan yang terbaik akan diambil kira. c) Ujian Illinois   Ujian ini adalah untuk menguji kebolehan seseorang untuk bergerak pantas sambil menukar posisinya.

iii) Peserta perlu berlari mengikut arah yang telah ditentukan seberapa pantas yang boleh tanpa melanggar kon sehingga ke garisan penamat. dalam litar yang telah . pencatat. iv) Sebaik sahaja sampai di garisan penamat. masa akan dihentikan dan catatan masa akan direkodkan. peserta perlu melakukannya dari arah yang bertentangan iaitu bermula dari garisan penamat sehingga ke garisan permulaan. v) Untuk percubaan yang kedua.   Kekurangan : Kesukaran membezakan antara belokan ke kiri atau kanan.  Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan memerlukan peralatan yang sedikit serta dapat menguji kebolehan seseorang individu dalam bertukar arah serta sudut yang berbeza. pita pengukur.Jam randik. vi) Kedua-dua catatan masa yang dilakukan akan dibandingkan. Prosedur : i) Peserta dikehendaki baring secara meniarap dengan tangan diletakkan di atas bahu. peserta perlu bangun seberapa cepat yang boleh dan berlari disediakan. ii) Apabila mendapat arahan „mula‟ (jam randik dimulakan). kon.

Peralatan dan kemudahan : . pencatat akan menghentikan jam randik dan catatan masa yang dibuat akan direkodkan. pencatat akan memulakan jam randik. Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah dalam masa yang singkat dapat diuji. v) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira. ii) Peserta akan berlari dari garisan permulaan (A) sehingga ke B dengan kelajuan yang tinggi dan sebaik sahaja peserta sampai di garisan B. iv) Sebaik sahaja peserta melalui garisan B sekali lagi.d) Ujian 505    Ujian ini menguji kebolehan individu bertukar arah dalam 180o. e) Ujian Zig-Zag   Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah antara kon dan larian dalam masa tersingkat. pencatat.  Kekurangan : Ukuran masa yang kurang tepat dengan menggunakan jam randik dan ini boleh diatasi dengan menggunakan „timing gate‟. iii) Peserta akan meneruskan larian sehingga ke garisan C (5 meter) dan berpusing balik (180o) untuk berlari kembali ke garisan permulaan (A). Peralatan dan kemudahan : Jam randik. kon.  Prosedur : i) Satu litar dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah di mana jarak dari A ke B adalah 10 meter dan dari B ke C adalah 5 meter.

f) Ujian T    Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu untuk berlari secara mendepan. pencatat. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. sisi dan membelakang. kon. iv) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira. Kelebihan : . iii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh dan masa akan dicatatkan apabila peserta sampai di garisan penamat.  Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan ketangkasan seseorang individu dalam menukar arah dalam masa yang singkat dapat diuji. pencatat. ii) Peserta akan bermula di garisan permulaan dan berlari mengikut arah yang telah ditetapkan.   Kekurangan : Peserta menghadapi kekeliruan dalam pertukaran arah semasa berlari. Prosedur : i) Satu litar berbentuk segi empat tepat (10 kaki x 16 kaki) dibentuk dengan 4 kon diletakkan di setiap penjuru dan 1 kon diletakkan di tengah-tengah litar.Jam randik. kon. pita pengukur.

vi) Peserta diberi dua kali percubaan dan catatan masa yang terbaik akan diambil kira. iii) Kemudian.   Kekurangan : Hanya dapat menguji seorang peserta sahaja pada satu masa. peserta perlu berlari dengan pantas ke Kon B dan menyentuh tapak kon dengan tangan kanan. v) Peserta akan berlari kembali ke Kon A secara mengundur dan menyentuh tapak kon tersebut dengan tangan kanan. Pada masa yang sama masa akan dihentikan. iv) Peserta meneruskan dengan larian sisi ke arah kanan (Kon D) serta menyentuh tapak kon dengan tangan kanan dan berlari (larian sisi) kembali ke Kon B dan menyentuh tapak kon dengan tangan kiri.Ujian yang mudah dikendalikan dengan penggunaan peralatan serta ruang yang sedikit. g) Ujian 3-Cone Shuttle Drill . ii) Peserta akan bermula di Kon A dan sebaik sahaja mendapat isyarat „mula‟. peserta perlu berlari secara sisi ke arah kiri (Kon C) dan menyentuh tapak kon dengan tangan kiri pula. Prosedur : i) Satu litar berbentuk T dibentuk seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

peserta perlu berpusing balik dan berlari ke Kon 1 serta menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan. iv) Kemudian. pencatat. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. fleksibiliti serta kawalan badan seseorang individu selain menguji ketangkasan dalam menukar arah.   Ujian ini menguji ketangkasan seseorang individu dalam pertukaran arah dengan pantas. v) Peserta akan meneruskan larian ke Kon 2. ii) Peserta akan bermula dari Kon 1 dan berdiri dalam posisi „3 point stance‟ iaitu keadaan di mana peserta perlu berdiri dalam keadaan badan dibongkokkan dengan sebelah tangan menyentuh permukaan lantai dan tangan yang sebelah lagi diletakkan di atas paha. Kelebihan : Satu jenis ujian yang agak baru yang dapat juga mengukur kepantasan. vi) Masa akan diambil sebaik sahaja peserta menamatkan larian dan peserta diberi dua kali percubaan di mana catatan masa yang terbaik akan diambil kira. kon. berpusing ke arah Kon 3 (berlari keliling) dan terus berlari kembali ke Kon 1 melalui Kon 2 (berlari keliling). iii) Apabila mendapat isyarat „mula‟. satu litar berbentuk L dibentuk dengan jarak antara ketiga-tiga kon adalah 5 meter. peserta perlu berlari ke Kon 2 dan menyentuh garisan yang telah ditanda dengan tangan kanan.  Prosedur : i) Berdasarkan kepada rajah di bawah. . pita pengukur.

papan pengukur yang dipasang pada dinding. v) Peserta tidak dibenarkan menghayun tangan sebelum lompatan. iv) Peserta dibenarkan membengkokkan lutut dan mendekam sebelum melompat setinggi yang mampu. Kelebihan : Ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. vi) Skor diambil daripada dua percubaan itu dari ketinggian maksimum tolak tanda permulaan. iii) Jari tangan tegak membuat tanda pada papan dan tanda itu adalah tanda permulaan. . Prosedur : i) Peserta pegang kapur atau sapu jari sebelah tangan dengan serbuk kapur. Kuasa a) Ujian Lompat Menegak (Sargent Jump)    Ujian ini mengukur kuasa kaki. Peralatan : Serbuk kapur.   Kekurangan : Peserta memerlukan teknik yang betul untuk mencapai keputusan yang maksimum. ii) Sebelah tangan yang telah disapu kapur diangkat tegak di tepi papan tersebut.

pembantu. c) Ujian Margaria Kalamen   Ujian ini adalah untuk menguji perkembangan kekuatan pada seseorang individu.   Kekurangan : Peserta memerlukan teknik yang betul untuk mencapai keputusan yang maksimum. kapur/penanda.b) Ujian Lompat Jauh Berdiri (Standing Broad Jump)    Ujian ini mengukur kuasa kaki. pita pengukur. iii) Tiga percubaan diberikan dengan skor terbaik dari tiga percubaan itu diambil kira. Kelebihan : Ujian yang mudah dan dapat dilakukan dalam masa yang singkat. ii) Ukuran akan dikira dari garisan permulaan ke bahagian badan yang terdekat dengan garisan permulaan. Prosedur : i) Peserta berdiri di belakang garisan permulaan. Peralatan : Permukaan yang rata.5 cm tinggi setiap satu tangga.  Kelebihan : . Peralatan dan kemudahan : Jam randik/timing mat. Peserta dibenarkan menghayunkan kedua-dua belah tangan sambil membengkokkan lutut sebelum melompat. tangga (12 tangga) yang tingginya adalah lebih kurang 17.

vi) Pencatat akan mencatat masa yang digunakan oleh peserta (tangga ke-3 hingga tangga ke-9 di mana masa dimulakan semasa peserta memijak tangga ke-3 dan masa dihentikan semasa peserta memijak tangga ke-9).81=tarikan graviti h=jarak menegak dari tangga ke-3 hingga tangga ke-9 (meter) t=masa diambil dari tangga ke-3 hingga tangga ke-9 (saat) P = = . vii) Keseluruhannya. v) Peserta bersedia di garisan permulaan. viii) Kuasa dikira berdasarkan formula yang berikut: W x 9. ke-6 serta ke-9 ditanda dengan warna cerah. Apabila isyarat „mula‟ diberi. ii) Berat (kg) badan peserta diambil dan direkodkan. peserta diberi tiga kali percubaan dengan masa rehat 2-3 minit antara percubaan dan catatan masa terbaik akan diambil kira. iii) Jarak menegak (m) antara tangga ke-3 hingga tangga ke-9 diukur dengan tepat dan direkodkan.  Kekurangan : Sukar mendapatkan tangga dengan ketinggian yang diperlukan dan ujian yang agak bahaya jika kurang berhati-hati.  Prosedur : i) Garisan permulaan ditandakan dengan jarak 6 meter dari tangga pertama dan tangga ke-3. iv) Peserta dibenarkan untuk berlatih berlari naik ke atas tangga 2-3 kali sebagai aktiviti memanaskan badan. ke-6 dan ke-9). peserta perlu berlari naik ke atas tangga dengan mengambil 3 tangga sahaja (memijak pada tangga ke-3.Merupakan satu ujian yang klasik dan senang dikendalikan.81 x h t _______ W/kg P=kuasa W=berat badan peserta (kg) 9.

iii) Peserta dibenarkan melangkah ke hadapan garisan setelah bola dilontar keluar.d) Ujian Overhead Medicine Ball Throw   Ujian ini menguji kekuatan bahagian tubuh atas dengan kuasa eksplosif. bergantung kepada kumpulan umur peserta yang diuji). iv) Tiga kali percubaan diberikan dan catatan jarak yang terbaik akan diambil kira. peserta perlu melontarkan bola tersebut ke hadapan seberapa jauh yang mampu. menyemak teknik. ii) Bola dipegang dengan kedua-dua belah tangan dan dibawa ke belakang kepala.  Kekurangan : Beberapa orang diperlukan untuk menjalankan ujian ini (mencatat keputusan. Masa yang lama akan digunakan sekiranya kumpulan yang diuji mempunyai bilangan peserta yang banyak. Apabila sudah bersedia.  Kelebihan : Ujian yang mudah dikendalikan dan dapat dilakukan oleh seorang individu dalam masa yang singkat. Peralatan dan kemudahan : Bola segar (2-5kg.  Prosedur : i) Peserta berdiri di garisan permulaan dengan keadaan kaki sedikit terbuka serta menghadap ke arah di mana bola hendak dilontar. mengutip bola serta mengukur jarak). . pita pengukur. pencatat. pembantu.

pencatat. peserta angkat tumit kaki dominannya dan imbangkan diri seberapa lama yang mampu. Imbangan a) Ujian Dirian Bangau (Stork Stand Test)    Ujian ini mengukur kebolehan peserta mengimbang diri atas sebelah kaki secara statik. bergerak atau terlompat-lompat. iii) Masa akan dihentikan apabila peserta melepaskan tangan dari pinggangnya. ii) Atas arahan „mula‟. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. Prosedur : i) Peserta berdiri atas sebelah kaki dominan dan sebelah lagi diletakkan pada bahagian lutut yang dominan (dirian bangau). b) Ujian Imbangan Dinamik . iv) Tiga percubaan diberikan dengan percubaan masa terbaik diambil kira. menurunkan tumit kakinya. Kedua-dua tangan diletakkan atas pinggang. kaki yang bukan dominan tidak menyentuh lututnya.

. Prosedur : i) 11 keping (1 x ¾”) pita lekat dipotong dan dilekatkan pada lantai. pencatat.  Tumit mendarat atau mana-mana anggota badan lain terkena lantai. pita penanda lebar 2cm. mendarat dengan bebola kaki kiri dan kekal dalam kedudukan tersebut seberapa lama yang boleh (maksimum 5 saat) dengan tapak kaki kiri itu menutup sepenuhnya tanda pita penanda. iv) Pengiraan :  Setiap lompatan yang berjaya=5 mata  Setiap saat yang dikekal atas tanda=1 mata hinggalah maksimum 5 mata  Mata maksimum setiap tanda=10 mata v) Penalti : Satu mata ditolak setiap saat apabila kesalahan tidak mendarat dengan sempurna atas tanda dilakukan.  Tidak semasa menutup sepenuhnya tanda mendarat. ii) Peserta berdiri atas kaki kanan pada garisan permulaan dan melompat ke tanda kedua. iii) Lompatan diteruskan ke tanda-tanda yang ditetapkan dengan mendarat pada kaki yang berlainan. vi) Kesalahan mendarat :  Tidak dapat berhenti apabila mendarat. ¾” pita lekat.   Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Peralatan dan kemudahan : Jam randik.

pencatat.  3=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil.  1=Jatuh dari batang titian sebelum dapat selesai berjalan. berhenti sekali atau lebih dan/atu ambil masa lebih daripada 6 saat. Kelebihan : Keseimbangan aktif seseorang individu dapat diketahui.  2=Berjalan di atas batang titian tetapi sangat tidak stabil sehingga hamper jatuh. iii) Berikut adalah skor yang diberi :  5=Berjalan di atas batang titian dengan lancar tanpa berhenti dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. Skor keseluruhan adalah purata skor daripada ketiga-tiga percubaan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. Skor daripada beberapa orang juri akan diambil purata skornya dan skor tersebut adalah skor untuk satu kali percubaan. Kekurangan : Pemberian skor oleh juri yang kadang-kalanya kurang memuaskan hati individu yang diuji.c) Ujian Imbangan Batang Titian (Beam Balance Test)     Ujian ini menguji keseimbangan seseorang individu semasa berjalan di sepanjang batang titian yang ditinggikan. ii) Peserta diberi tiga kali percubaan di mana peserta yang diuji akan diberikan skor oleh beberapa orang juri .  Prosedur : i) Peserta bersedia di satu hujung dengan berdiri dalam keadaan yang seimbang dan mula berjalan sehingga ke hujung yang satu lagi tanpa jatuh. batang titian gimnastik. .  4=Berjalan di atas batang titian tetapi kurang stabil dan dilakukan dalam masa 6 saat atau kurang. berhenti sekali atau lebih dan dilakukan dalam masa lebih daripada 6 saat. juri (pemberi skor).

. iv) Isyarat „sedia‟ diberi oleh penguji sebelum melepaskan pembaris untuk ditangkap oleh peserta dengan ibu jari dan jari telunjuk. ii) Peserta guna ibu jari dan jari telunjuk (jarak 2. Peralatan dan kemudahan : Pembaris.5cm) bersedia untuk menangkap pembaris.  Masa Reaksi a) Ujian Nelson untuk Tangan (Ruler Drop Test)    Ujian ini mengukur masa reaksi tangan. penguji. v) Masa lepasan selepas isyarat hendaklah diubah-ubah oleh penguji untuk mengelakkan peserta meramal dan bertindak balas terhadap jatuhan pembaris itu. 0=Jatuh dari batang titian serta-merta. iii) Peserta disuruh menumpukan perhatian kepada “zon tumpuan” yang ditandakan pada hujung pembaris. Prosedur : i) Peserta duduk selesa dan letakkan tangan dominan atas lengan kerusi. Pembaris itu digantung pada jarak hujung bawahnya berlegar atas ibu jari dan jari telunjuk peserta.

Peserta bertindak balas kepada rangsangan penguji dan berlari dengan pantas ke arah yang ditunjuk oleh rangsangan itu. penguji. b) Ujian Nelson untuk Kaki    Ujian ini mengukur keupayaan reaksi kaki dan bergerak dengan cepat dan ke arah yang betul mengikut rangsangan yang diberikan. vi) Masa rehat selama 20 saat diberi kepada peserta antara percubaan. pita penanda. . v) 10 percubaan diberikan dengan lima ke satu arah dan lima lagi ke arah yang bertentangan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. iv) Masa diberhentikan apabila peserta melepasi garisan arah yang ditunjukkan oleh penguji. Prosedur : i) Dua garisan berjarak 14 meter dengan satu garisan tengah dilukis.vi) 20 percubaan diberikan dengan 5 masa terpantas dan 5 masa terlambat disingkirkan. pita pengukur. 10 masa yang lain dijumlahkan dan dibahagi dengan 10 untuk mendapat purata masa. ii) Peserta berdiri dalam keadaan sedia atas garisan tengah menghadap penguji. iii) Penguji menunjukkan tangan ke satu arah (kiri atau kanan) dengan cepat dan pada masa yang sama memulakan jam randik. Hala rangsangan hendaklah diberi secara rawak.

kedua-dua peserta akan bertukar peranan. . Peserta pertama yang menjatuhkan bola perlu menunggu sehingga peserta kedua kembali ke garisan permulaan baru dibenarkan menjatuhkan bola berkenaan. Peralatan : Reaction ball Prosedur : i) Ujian ini dijalankan secara berpasangan di mana peserta-peserta akan berdiri dalam jarak lebih kurang 4-5 langkah jauh antara satu sama lain. iii) Selepas menangkap bola tersebut. v) Setelah 10 kali percubaan dilakukan.c) Ujian Crazy Reaction Ball (Ball Drop)    Ujian ini menguji konsentrasi serta menjana masa reaksi yang pantas untuk seseorang individu. ii) Peserta pertama akan ambil bola tersebut dan jatuhkannya dari ketinggian atas kepalanya di mana peserta kedua yang berada di garisan permulaan akan berlari pecut ke arah bola dijatuhkan dan menangkap bola itu pada lantunan yang pertama. iv) 1 mata akan diberikan kepada tangkapan yang berjaya dilakukan. Jumlah mata akan dikumpulkan daripada 10 kali percubaan yang dilakukan. peserta kedua perlu berlari kembali ke garisan permulaan dan proses tadi akan berulang sehingga sepuluh kali.

pencatat. penguji. „lari‟ di samping melepaskan tangan yang diangkat sebelum itu. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. Prosedur : i) 3 kon akan diletakkan pada jarak 5 ela antara satu dengan yang lain. pita pengukur. Prosedur : i) Peserta bersedia dengan kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan. trek larian yang ditandakan dengan 40 meter. . kon. pencatat. iii) Masa dimulakan oleh seorang penguji yang lain di garisan penamat dan berhenti apabila peserta melepasi garisan penamat. v) Peserta digalakkan memakai kasut sukan. Peralatan dan kemudahan : Jam randik. iv) Dua percubaan diberikan dengan masa terpantas diambil kira. ii) Penguji memberi isyarat „sedia‟. b) Ujian 60 Yard Shuttle    Ujian ini menguji kepantasan seseorang individu melalui tahap tertentu. Kelajuan a) Ujian Pecut 40 Meter    Ujian ini mengukur kelajuan peserta memecut sejauh 40 meter dari kedudukan berdiri.

pita pengukur. v) Tiga kali percubaan diberikan dan catatan masa terpantas diambil kira. iii) Peserta akan meneruskan larian ke kon yang ketiga (10 ela) dan berpatah balik ke kon pertama (garisan permulaan).   Peralatan dan kemudahan : Jam randik. Keseluruhannya. kon/penanda. Prosedur : i) Peserta bersedia di garisan permulaan dan memulakan larian ulang-alik 20 meter setelah diberi isyarat „mula‟. c) U jian Henm an Shuttle  jian ini menguji kepantasan seseorang individu dalam larian secara berulang-alik. peserta perlu berlari pecut sehingga ke kon yang kedua (5 ela) dan berlari kembali ke kon pertama (garisan permulaan). U . iv) Pada setiap pusingan. peserta berlari sebanyak 60 ela. iii) Selepas 1 minit berakhir. peserta perlu juga menyentuh garisan atas permukaan lantai/rumput menggunakan tangan mereka di mana kesemuanya adalah 5 sentuhan. Larian diteruskan lagi ke kon yang keempat (15 ela) dan peserta akan berpatah balik semula ke kon pertama (garisan permulaan). pencatat. „lari‟ diberi. peserta diberi masa rehat selama 1 minit sebelum meneruskan larian lagi. ii) Peserta perlu berlari seberapa pantas yang boleh secara ulang-alik tanpa henti untuk mendapatkan seberapa banyak ulangan yang mampu dalam masa 1 minit.ii) Peserta akan bersedia di garisan permulaan dan apabila isyarat „sedia‟.

iv) Peserta perlu melakukan sebanyak 5 set larian ulang-alik 20 meter (1 minit) dengan masa rehat 1 minit antara 5 set larian tersebut. pita pengukur. pencatat. Prosedur : i) Peserta dikehendaki menggelecek bola keliling kon dan membuat hantaran dinding (wall pass) sebelum menggelecek bola semula untuk menamatkan litar.  Koordinasi a) Ujian Menggelecek Bola Sepak    Ujian ini mengukur koordinasi kaki. v) Keputusan peserta adalah jumlah ulangan larian yang dapat dilakukan dalam kelima-lima set larian yang setiap satunya adalah selama 1 minit. jam randik. kon. Peralatan dan kemudahan : Bola sepak. pembantu. ii) Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil. .

. Peralatan dan kemudahan : Bola keranjang saiz 6. ii) Peserta dikehendaki menggelecek mengelilingi kon. Jumlah ini menjadi skor peserta. jam randik. iii) Kiraan :  Tiga percubaan diberikan kepada setiap peserta. pencatat. Prosedur : i) Peserta mula menggelecek dari garisan permulaan selepas isyarat „mula‟ diberi oleh penguji.b) Ujian Menggelecek Bola Keranjang    Ujian ini mengukur koordinasi tangan.  Percubaan pertama dikira sebagai latihan. melantun bola guna dua belah tangan dan melanggar kon. iv) Penalti :  Peserta terpaksa mengulang percubaan jika melanggar peraturan menggelecek seperti bergerak dengan bola. Peserta dikehendaki bermula dengan tangan bukan dominan (guna tangan kiri sekiranya tangan yang selalu digunakan ialah tangan kanan dan sebaliknya). kon.  Dua percubaan yang berikutnya direkodkan dan dijumlahkan.

iii) Peserta dikehendaki membuat tiga litar lengkap (A-F) sebelum penguji menghentikan jam randik. peserta dikehendaki melompat dengan kedua-dua belah kaki ke A dan seterusnya ke B. Masa percubaan ke-3 Masa percubaan ke-1 X 100 d) Ujian Alternate Hand Wall Toss  Ujian ini menguji koordinasi mata dan tangan. iv) Tiga kali percubaan diberikan. Apabila penguji beri isyarat „mula‟ dan memulakan jam randik. Masa untuk percubaan ketiga dibahagikan dengan masa percubaan pertama dan didarabkan dengan 100.c) Ujian Lompat Heksagon    Ujian ini menilai ketangkasan. ii) Peserta mula dengan berdiri dalam petak segi empat. imbangan dinamik dan koordinasi. Prosedur : i) Lukis satu heksagon dengan panjang 66cm setiap sisi dan satu petak segi empat di tengah heksagon cukup untuk kedua-dua belah kaki berdiri di dalam. . pencatat. Peralatan dan kemudahan : Pita pelekat. D. E dan F. jam randik. C.

pencatat.0 Rujukan . dinding. 1.  Kekurangan : Kebolehan menangkap bola dipengaruhi oleh kekuatan balingan bola serta arah balingan. iv) Balingan dengan tangan kanan yang disambut dengan tangan kiri dan balingan dengan tangan kiri yang disambut dengan tangan kanan dikira sebagai 1 ulangan.  Prosedur : i) Peserta berdiri menghadap dinding di garisan permulaan yang jaraknya lebih kurang 2 meter dari dinding. pita penanda. iii) Proses ini diulangi seberapa banyak yang mampu selama 30 saat. ii) Peserta akan membaling bola ke arah dinding dengan tangan kanan dan menangkapnya dengan tangan kiri yang kemudiannya akan membaling dengan tangan kiri dan menangkap dengan tangan kanan. Kelebihan : Ujian yang dapat dilaksanakan sendiri pada kos yang rendah dan peralatan yang sedikit.  Peralatan dan kemudahan : Bola tenis. jam randik. v) Peserta diberi tiga kali percubaan dan catatan jumlah ulangan yang terbanyak diambil kira.

5.sport-fitness-advisor.html 8.bodpod.1. Vasudevan T.pdf 7. 1985. http://www.gov/getfit.com/testing/tests.brianmac. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. http://www. 2002.co. http://www. 2.org/fitnesstesting/physicalfitness. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi.peworld.com 11. http://www.1st4sport. 1997. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.thesportjournal.com/fitnesstests. 3.fitness.htm 10. Great Britain : The Crowood Press. Wee Eng Hoe.com 12. http://www. Ipoh : Fajar Bakti. Wee Eng Hoe.org . Arasoo. Shah Alam : Karisma Publications. 4.uk 9.htm 6.topendsports. http://www. http://www. 2000. Rex Hazeldine. Fitness For Sport. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. http://www.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->