Professional Documents
Culture Documents
Kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan Misalnya, sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua tahun persekolahan (iaitu Tahun 1 dan Tahun 2) atau daripada tiga tahun persekolahan ( iaitu 1, 2, dan 3 )
Kelas bercantum diwujudkan kerana bilangan murid di dalam satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang. Kelas bercantum biasanya boleh didapati di sekolah-sekolah yang mempunyai bilangan murid yang tidak melebihi 145 orang. Bilangan guru termasuk guru besar pula tidak melebihi 5 orang.
Seseorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum
Kriteria percantuman
Umur murid ; biasanya percantuman murid- murid dilakukan mengikut umur yang hampir sama. Oleh itu, sesebuah kelas bercantum biasanya terdiri daripada murid Tahun 1 dan 2 , Tahun 3 dan 4 , atau Tahun 5 dan 6
Keperluan murid ; murid- murid Tahun 1 yang baru masuk sekolah memerlukkan perhatian dan layanan yang lebih daripada guru. - demikian juga bagi murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR.
** Oleh itu seelok- eloknya kelas Tahun 1 dan Tahun 6 tidak dicantumkan dan menjadi kelas biasa masing- masing **
Bilangan murid ; bilangan murid tahun persekolahan menentukan bilangan kelas yang akan dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum. Sekiranya, jumlah murid dalam tiga tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang murid, maka tiga tahun persekolahan hendaklah dicantumkan dalam sebuah kelas bercantum
Bilangan bilik darjah ; jika sekolah yang mengamalkan sistem kelas bercantum hanya mempunyai dua buah bilik darjah sahaja, sebuah kelas bercantum biasanya terdiri daripada murid- murid daripada tiga tahun persekolahan. Manakala sekolah yang mempunyai tiga buah bilik darjah boleh mempunyai kelas bercantum yang terdiri daripada murid- murid daripada dua tahun persekolahan
Bilangan tenaga pengajar ; kriteria bercantum bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Biasanya sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid- murid daripada 3 tahun persekolahan untuk membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru boleh mencantumkan murid- murid daripada 2 tahun persekolahan dalam sebuah kelas .