P. 1
Folio Perkahwinan

Folio Perkahwinan

|Views: 113|Likes:
Published by Wan Khairina
- Usul fiqh Tingkatan 5
- dari buku teks tapi ada yang takda sgt
- Usul fiqh Tingkatan 5
- dari buku teks tapi ada yang takda sgt

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: Wan Khairina on May 18, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/11/2013

pdf

text

original

Sections

BAB 1

:
PERKAHWINAN













Perkahwinan






Hukum Perkahwinan


Sunat
• Seseorang yang mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi masih dapat mengawal diri
daripada zina serta berkemampuan zahir dan batin.

Wajib
• Seseorang yang mampu untuk berkahwin dan yakin tidak dapat menahan diri daripada
melakukan perbuatan zina jika tidak berkahwin. Dia juga tidak mampu menghalang
perbuatan keji itu dengan cara berpuasa.

Haram
• Seseorang yang yakin tidak mampu menunaikan kewajipan terhadap isterinya bahkan
menzalimi dan memudaratkannya.

Makruh
• Seseorang yang bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik atau tidak
mempunyai keinginan untuk berkahwin sama ada disebabkan lemah syahwat, berpenyakit
atau terlalu tua.

Harus
• Seseorang yang seimbang perasaannya. Jika tidak berkahwin tidak akan melakukan zina,
jika berkahwin tidak akan menzalimi isterinya.
BAHASA
Nikah yang bermaksud
himpunan atau cantum.
ISTILAH
Akad yang menghalalkan persetubuhan antara
lelaki dan perempuan mengikut syarat yang
tertentu.








Tujuan dan
Hikmah
Perkahwinan
Membimbing
masyarakat
Islam dengan
zuriat dan
keturunan yang
solih.
Mendapatkan
zuriat yang
baik.
Mewujudkan
ketenangan dan
kedamaian
dalam jiwa
manusia.
Menjaga
maruah dan
peradaban
manusia
dengan
seimbang dan
sejahtera.
Menjaga akhlak
daripada
keruntuhan dan
kemusnahan.
Menghalang
daripada
perkara-perkara
yang haram
seperti zina.
Memperluaskan
hubungan
kekeluargaan
diantara
keluarga lelaki
dan
perempuan.
Untuk
memenuhi fitrah
manusia yang
dijadikan Allah
mempunyai
nafsu antara
lelaki dan
perempuan.
Rukun Perkahwinan







Suami
Seseorang yang
dihalalkan
berkahwin
dengan isterinya
(bukan mahram).
Suami
hendaklah orang
tertentu.
Bukan
dalam ihram haji
atau umrah.
Isteri
Isteri bukan orang
yang
diharamkan berkahwi
n sama ada haram
sementara atau
selamanya.
Isteri hendaklah
orang yang tertentu.
Tidak berada dalam
ihram haji atau
umrah.
W
a
l
i

1. Islam -> Orang kafir tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan.
2. Berakal -> Orang gila tidak sah menjadi wali.
3. Baligh -> Kanak-kanak tidak boleh menjadi wali.
4. Lelaki -> Jumhur ulama berpendapat tidak sah perempuan menjadi
wali.
5. Adil -> Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan
melakukan dosa-dosa kecil serta tidak melakukan perkara-perkara
yang menjatuhkan maruah.
6. Selamat dari penyakit yang merosakkan penglihatan.
7. Tidak bertegah dengan sufiah (bodoh).
8. Tidak dalam ihram haji atau umrah.
Dua Orang Saksi










Islam – Orang kafir
tidak boleh
menjadi saksi
dalam
perkahwinan.
Berakal – Orang
gila tidak sah
menjadi saksi.
Baligh – Kanak-
kanak tidak sah
menjadi saksi.
Lelaki – Tidak sah
perempuan
menjadi saksi.
Adil – Tidak melakukan
dosa besar dan tidak
berterusan melakukan
dosa-dosa kecil serta tidak
melakukan perkara-
perkara yang menjatuhkan
maruah.
Boleh mendengar
– Tidak sah orang
pekak menjadi
saksi.
Boleh melihat –
Tidak sah orang
buta menjadi
saksi.
•Hendaklah menggunakan perkataan nikah atau جيوزت.
•Ijab dan kabul hendaklah menggunakan lafaz yang
حيرص .
•Tidak diselangi dengan perkataan yang lain atau diam
yang lama.
•Sighah berlaku pada masa itu juga dan tidak terikat
dengan syarat tertentu.
•Sighah tidak diikat dengan masa tertentu.
Sighah
(Ijab dan
kabul)
Susunan Wali




Bapa
Datuk
sebelah
bapa
keatas.
Saudara lelaki
seibu sebapa.
Saudara lelaki sebapa.
Anak saudara lelaki seibu
sebapa hingga kebawah.
Anak saudara lelaki sebapa
hingga kebawah.
Bapa saudara seibu sebapa hingga
keatas.
Bapa saudara sebapa hingga keatas.
Anak lelaki bapa saudara (sepupu) seibu sebapa
hingga kebawah.
Anak lelaki bapa saudara (sepupu) sebapa hingga
kebawah.
Tuan kepada hamba yang telah dimerdekakan.
Hakim atau sultan termasuk orang yang dilantik oleh sultan seperti
kadi.
Bahagian Wali


Ciri-ciri Bakal Isteri dan Suami
Berpegang teguh kepada agama dan berakhlak mulia.
Keturunan yang baik.
Bukan daripada kaum kerabat yang terdekat.
Sekufu iaitu persamaan antara suami dan isteri dalam beberapa perkara yang tertentu dimana
kekurangannya akan merosakkan keharmonian rumahtangga.
Sebaik-baiknya seorang yang belum berkahwin.
Ciri-ciri lain yang disebut oleh Rasuluallah SAW dalam sebuah hadis:Maksudnya: “ Daripada
Abu Hurairah RA katanya: sabda Rasuluallah SAW: perempuan itu dikahwini kerana empat perkara:
iaitu kerana hartanya, keterunannya, kecantikkannya, dan kerana agamanya. Oleh itu, pilihlah
perempuan yang beragama, bahagialah engkau.”






Wali ربجم ~> Orang yang berhak mengahwinkan perempuan yang
masih gadis tanpa perlu meminta keizinannya. Wali ربجم terdiri
daripada bapa dan datuk.
Wali برقا ~> Wali yang hampir dengan perempuan atau isteri seperti
datuk sebelah bapa, bapa dan saudara lelaki.
Wali دعبا ~> Disebut sebagai wali jauh iaitu wali selain daripada bapa,
datuk sebelah bapa dan saudara lelaki dalam susunan wali.
Wali hakim ~> Iaitu sultan atau orang yang telah dilantik oleh sultan
seperti kadi.
Golongan Perempuan Yang Haram Dikahwini

Haram selama-lamanya

1. Haram berkahwin dengan sebab keturunan atau kerabat.
i. Ibu, nenek sebelah emak dan nenek sebelah bapa.
ii. Anak perempuan, anak perempuan kepada anak lelaki, anak perempuan kepada anak
perempuan (cucu).
iii. Saudara perempuan, sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
iv. Anak perempuan kepada saudara lelaki sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu
(anak saudara).
v. Anak perempuan kepada saudara perempuan, sama ada seibu sebapa, sebapa atau
seibu.
vi. Anak saudara sebelah bapa sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.
vii. Anak saudara sebelah ibu sama ada seibu sebapa, sebapa atau seibu.

2. Haram berkahwin dengan sebab persemendaan ( ةرهاصملا )
i. Isteri kepada bapa (ibu tiri) dan yang sama dengannya seperti isteri kepada datuk (nenek
tiri) sama ada sebelah bapa atau sebelah ibu hingga keatas.
ii. Isteri kepada anak (menantu), isteri kepada cucu dari anak lelaki dan anak perempuan
terus kebawah sebagai keturunan.
iii. Ibu kepada isteri (ibu mertua).
iv. Anak kepada isteri (anak tiri). Haram dinikahi selepas lelaki tersebut bersetubuh dengan
isterinya.
v.
3. Haram dengan sebab susuan. (menyusu sampai 5 kali kenyang secara berasingan dan
setiap kali menyusu mestilah sampai kenyang)
i. Ibu tempat menyusu, ibu kepada ibu susuan, nenek kepada ibu susuan sebelah ibu dan
sebelah bapa.
ii. Saudara perempuan susuan.
iii. Anak perempuan kepada saudara lelaki susuan.
Haram selama-
lamanya
( دبؤم )
Haram
sementara
( تقؤم )
iv. Anak perempuan kepada saudara perempuan susuan.
v. Saudara perempuan kepada ibu susuan.
vi. Saudara perempuan kepada suami ibu susuan.
vii. Anak-anak perempuan yang menyusu dari isteri yang kita kahwini.





















Haram sementara
1. Mengumpulkan kedua-dua wanita yang bersaudara pada satu masa sama ada persaudaraan
tersebut kerana nasab ataupun susuan.
2. Mengumpulkan perempuan sama ada dengan emak saudaranya atau dengan anak saudaranya
atau dengan cucunya.
3. Berkahwin lebih daripada empat orang wanita pada satu masa, kecuali setelah diceraikan salah
seorang daripadanya dan tamat edahnya.
4. Berkahwin dengan perempuan musyrik ( bukan ahli kitab) kecuali setelah dia memeluk Islam.
5. Perempuan yang masih bersuami kecuali setelah dia bercerai dengan suaminya tamat edahnya.
6. Perempuan yang ditalak tiga sehingga dia berkahwin dengan lelaki lain, telah melakukan
persetubuhan dan bercerai dengan suami keduanya serta sempurna edahnya.



Hikmah
Larangan
Berkahwin
Selamanya
atau
Sementara
Memelihara
kesucian
nasab atau
keturunan.
Mengelakkan
permusuhan dan
dendam antara
kaum kerabat.
Menjaga
hubungan
silaturrahim
sesama
manusia.
Memelihara
maruah dan
akhlak
manusia.
Mengelakkan diri
daripada maksiat
dan dosa.





Mahar

• Pemberian wajib daripada suami kepada isterinya disebabkan akad nikah.

Hukum mahar

• Wajib keatas suami selepas sempurna akad nikah.
Jenis Mahar
Mahar لثم ~> Kadar yang
ditentukan mengikut kadar
mahar saudara-saudara
perempuan pihak isteri yang
telah berkahwin.
Mahar ىمسم ~> Mahar yang
disebut dalam akad yang
ditentukan kadarnya dan
dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak.
Hikmah
Mahar
Menzahirkan keikhlasan
penerimaan suami
terhadap isterinya.
Mulia, mengiktiraf dan
meninggikan taraf
perempuan.
Dapat mengurus dan
menyediakan keperluan
rumahtangga dengan
baik.
Bermulanya
tanggungjawab suami
terhadap ister.
Walimatul Urus

Hendaklah diadakan dengan niat ikhlas untuk mengisytiharkan perkahwinan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah dan berniat untuk bersedekah.
Para jemputan hendaklah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Tidak hanya dikhususkan
kepada golongan tertentu sahaja.
Memberi layanan sama rata.
Diadakan dalam keadaan bersederhana.
Perkara-perkara maksiat hendaklah dijauhi dalam majlis tersebut seperti percampuran lelaki dan
perempuan, majlis tari-menari, hiburan yang melalaikan dan hidangan yang diharamkan seperti
arak.
HIKMAH WALIMAH

Hukum menghadiri walimah - Wajib jika tiada sebarang ke'uzuran dan keaadan majlis berjalan
mengikut kehendak syarak.
Hukum - Sunat Muakkad
Pengertian
Bahasa - Berkumpul.
Istilah - Jamuan atau kenduri yang diadakan sempena majlis
perkahwinan bertujuan memberitahu orang ramai tentang perkahwinan
tersebut. Juga sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Mengisytiharkan
perkahwinan yang sah
menurut syarak.
Menggembirakan hati ahli
keluarga dan para
jemputan.
Memupuk sifat pemurah.
Melahirkan rasa syukur
kepada Allah.
Memupuk semangat
kerjasama dalam pelbagai
lapisan masyarakat.
Mengeratkan
silaturrahim.
MASALAH DAN PENYELESAIAN





























BAB 2 :
TANGGUNGJAWAB
SUAMI ISTERI











TANGGUNGJAWAB SUAMI
1. Memberi layanan yang baik
Melayani isteri dengan baik seperti kasih saying yang sempurna, percakapan yang
sopan, pandai mengambil hati dan beterima kasih, agar lahir ketenangan dan kedamaian
dalam keluarga.

2. Memberi didikan agama.
Suami berkewajipan memastikan pendidikan agama diberikan kepada isteri dan anak-
anak agar mereka dapat menunaikan kewajipan terhadap Allah dan dapat
menyelamatkan mereka daripada siksaan Allah.

3. Berlaku adil.
Sekiranya mempuyai lebih daripada seorang isteri, suami dituntut berlaku adil terhadap
isteri-isterinya sama ada pembahagian giliran, layanan, tempat tinggal mahupun nafkah.

4. Memberi nafkah
Menyediakan nafkah zahir dan batin yang mencukupi terhadap isteri dan kasih sayang
terhadap anak-anak mengikut kesesuaian dan kemampuan.
Bentuk-bentuk nafkah terhadap keluarga :
a. Makanan dan minuman
b. Tempat kediaman
c. Pakaian
d. Perubatan
e. Pendidikan

5. Menyediakan tempat kediaman yang sesuai
Suami wajib menyediakan tempat tinggal yang sesuai kepada isteri dan anak-anaknya.





TANGGUNGJAWAB ISTERI
1. Mentaati suami
a. Isteri wajib mentaati suaminya dalam semua hal jika tidak bertentangan dengan
kehendak syarak, seperti melayani suami dan mencurahkan kasih sayang terhadapnya.

2. Menjaga maruah diri dan suami
a. Isteri hendaklah menjaga maruah diri seperti :
i. menutup aurat
ii. tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram masuk ke rumah semasa
ketiadaan suami
iii. tidak menceritakan keburukan suami kepada orang lain dan menjaga
keharmonian rumahtangga

3. Meminta izin
a. Seseorang isteri hendaklah meminta izin untuk bekerja, keluar rumah, bahkan
dalam ibadat seperti puasa sunat.

4. Memelihara harta dan beramanah
a. Isteri perlu menjaga harta suami. Isteri boleh membelanjakan harta suami dengan
pengetahuan dan keizinannya.

5. Mendahulukan keperluan suami
a. Seseorang isteri hendaklah mendahulukan keperluan dan hak suami daripada hak diri
dan kaum kerabatnya.

6. Berterima kasih kepada suami
a. Sifat ini hendaklah sentiasa dizahirkan sama ada dengan ucapan atau perlakuan.
Sentiasa redha dengan pemberian suami dengan tidak bermegah dengan kelebihan diri
dan mengeji kekurangan suami.



TANGGUNGJAWAB BERSAMA
1. Memelihara dan mendidik anak
Ibu bapa waji mendidik anak dengan pengetahuan agama sama ada fardhu ain atau
fardhu kifayah hingga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

2. Mengekalkan kasih sayang dalam rumahtangga
Dapat dilaksanakan dengan :
i. sifat tolak ansur
ii. saling mempercayai
iii. amanah dan ikhlas dalam kehidupan seharian
iv. sentiasa berbincang
v. saling meminta dan menerima pandangan
vi. saling memaafkan kesalahan
akan melahirkan kebahagiaan dalam rumahtangga.

3. Mengurus rumahtangga
Terdapat keadaan dimana suami tidak mempunyai nafkah dengan sebab-sebab tertentu
seperti sakit
Maka isteri bolehlah membantu.



Setiap tanggungjawab suami adalah menjadi hak isteri yang perlu didapati sementara
setiap tanggungjawab isteri pula adalah menjadi hak suami mendapatkannya.








Hak Bersama Suami Isteri
1. Pergaulan yang halal (Hak عاتمتسلا)
Berkongsi hak pergaulan suami isteri dengan cara yang baik dan diredhai oleh Allah.

2. Sabitan nasab
Seorang suami atau isteri berhak mendapat hak sabitan nasab terhadap anak-anak yang
dilahirkan hasil daripada perkahwinan yang sah.

3. Hak waris mewarisi
Seseorang suami atau isteri mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka apabila salah
seorang daripada mereka meninggal dunia.


Hak Seorang Suami
a) Seorang suami berhak dipatuhi oleh isterinya dalam pergaulan dan aktiviti harian seperti seorang
wanita tidak boleh keluar dari rumah tanpa kebenaran suaminya sekalipun untuk menunaikan
fardhu haji atau umrah.
b) Seorang isteri perlu memelihara amanah yang diberikan oleh suaminya iaitu kepercayaan.
c) Suami berhak mendapatkan pergaulan yang baik daripada isterinya.
d) Suami telah diberi hak oleh Allah untuk mendidik isterinya ke jalan yang benar.


Hak Seorang Isteri
- Isteri berhak mendapatkan mahar daripada suaminya.
- Suami juga perlu menjalankan tanggungjawabnya dengan menyediakan nafkah untuk isterinya.
- Seorang isteri berhak sepenuhnya untuk mendapatkan layanan dan pergaulan yang baik dari
seorang suami.
- Jika wanita itu bermadu, dia berhak mendapatkan giliran yang sama dengan madunya, sama ada
ketika suaminya sakit atau sihat, demikian juga dengan isteri tersebut sama ada wanita itu dalam
keadaan sihat, haid atau nifas, sama ada ia mukminah atau ahli kitab.

P
E
N
G
E
R
T
I
A
N

NAFKAH

Islam tidak menetapkan had tertentu dalam pemberian nafkah.
Hanya disyaratkan mencukupi pada adat kebiasaan, di samping mengikut kemampuan
suami.

Sebab-sebab Hilang Kelayakan Mendapat Nafkah


Bahasa
Mengeluarkan sesuatu untuk
kebaikan
Istilah
Memberi perbelanjaan
kepada orang-orang dibawah
tanggungannya seperti
makan, minum, pakaian dan
tempat tinggal yang sesuai
dan secukupnya.
Jenis-jenis Nafkah
Perbelanjaan
menyusu
bagi mereka
yang
menyusukan
anak
Memberi
nafkah jika
mengandung
sehingga
melahirkan
anak
Tempat
tinggal
yang
sesuai
K
E
M
A
T
I
A
N

Apabila salah seorang
daripada suami atau
isteri meninggal dunia,
maka gugurlah hak.
N
U
S
Y
U
Z

Isteri yang nusyuz
akan menyebabkannya
hilang kelayakan
mendapat nafkah
kecuali setelah dia
memohon maaf dan
bertaubat.
M
U
R
T
A
D

Seseorang isteri yang
murtad, maka
terputuslah haknya
untuk mendapat
nafkah.
MUT’AH

Menurut Imam Syafi’e, mut’ah wajib diberikan kepada setiap perempuan yang ditalak sama ada
isteri yang diceraikan itu disetubuhi atau belum. Jika pemberian itu kepada perempuan yang
ditalak sebelum disetubuhi dinamakan mahar, memadai daripada ½ mahar.
Kadar Pembayaran Mut’ah

Kepentingan Mut’ah

Sesuatu yang
menggembiraka
n
BAHASA
Harta yang wajib dibayar oleh suami kepada
isteri yang telah diceraikan atas kehendak
suami dengan syarat tertentu.
ISTILAH
Ulama Syafi'e mewajibkan mut'ah kecuali bagi perempuan yang ditentukan maharnya didalam akad,
bercerai sebelum berlaku persetubuhan dengan suaminya.
Ibnu Abbas pernah berkata : "Setinggi-tingi mut'ah adalah seorang
hamba, kemudian yang kurang daripada itu (minima) adalah
pakain".
Pemberian hendaklah mengikut
kadar yang berpatutan dan
munasabah.
Bergantung kepada
kemampuan suami.
Jika berlaku perselisihan kadar
mut'ah, hendaklah dirujuk
kepada kadi yang akan
mentukan mengikut
kemampuan suami.
Pada dasarnya, kadar mut'ah
tidak ditentukan.
Memberi ketenangan
dan kedamaian hati
kepada bekas isteri.
Mengurangkan
tekanan perasaan
bekas isteri akibat
bercerai.
Sebagai menghargai
jasa baktinya semasa
menjadi isteri.
Untuk isteri
memulakan hidup
baru setelah hilang
tempat bergantung.
Mendorong suami merujuk
kembali kepada isteri jika
bukan talak نئاب serta mengelak
permusuhan.
HADHONAH (ةناضح)

Hadhonah merupakan hak seorang anak.
Ibu bapa hendaklah diberi keutamaan dalam hadhonah kerana mereka adalah orang yang paling
rapat dan mempunyai pertalian kasih sayang yang erat dengan anak-anak.
Imam Syafi’e berpendapat, had umur mumayyiz biasanya 7 tahun. Penjagaan daripada
mumayyiz hingga baligh dinamakan kafalah “ةلافك”.

Perbezaan antara Mut’ah dan Nikah Mut’ah ialah :
1. Mut’ah ialah saguhati yang diberikan
oleh suami kepada isteri yang
diceraikan.
2. Nikah Mut’ah ialah perkahwinan yang dilakukan
untuk tempoh tertentu, yang disebut dalam akad.
Hukum nikah ini adalah HARAM.

• Himpunan

Bahasa
• Menjaga kanak-kanak yang belum mumayyiz bagi
sesiapa yang berhak menjaganya dengan mendidik,
mengasuh dan mengurus dirinya hingga mumayyiz.
Istilah
• Wajib kerana meninggalkan penjagaan akan
menyebabkan kehancuran. Kewajipan
menjaganya daripada kemusnahan tersebut
adalah sama sebagaimana kewajipan memberi
nafkah kepadanya dan melindunginya daripada
sebarang kemudaratan.
Hukum

Sebab-sebab Hilang Kelayakan Hadhonah

Syarat-
syarat
Hadhonah
Islam :
Kanak-kanak
Muslim tidak
boleh dijaga
oleh orang
kafir.
Berakal : Orang
gila tidak layak,
walaupun gila
tidak berterusan.
Baligh : Kanak-
kanak belum baligh
tidak layak kerana
dia masih tidak
mampu
menguruskan
dirinya sendiri.
Berakhlak dan
amanah : Maka
gugurlah orang
yang fasik dan
tidak amanah.
Tinggal di kawasan
kanak-kanak tersebut,
dan kanak-kanak itu
tidak menghadapi apa-
apa akibat buruk
jasmani dan rohani.
Tidak berkahwin dengan
lelaki yang ajnabi bagi
kanak-kanak itu. Jika
berkahwin dengan mahram
kanak-kanak itu, hilang hak
hadhonah.
Berpindah ke tempat lain dengan tujuan untuk
menghalang bapa kanak-kanak itu daripada
menziarahinya.
Murtad
Cuai atau menzalimi kanak-kanak tersebut seperti
menderanya dll.
Berpenyakit seperti sopak, gila, kusta dll yang
membahayakan kanak-kanak tersebut.
Berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai
pertalian dengan kanak-kanak tersebut.
Berkelakuan buruh atau fasik sehingga kanak-kanak itu
tidak aman tinggal bersamanya.
Susunan Hadhonah

Jika tiada perempuan seperti dalam susunan di atas, maka hak penjagaan anak berpindah
kepada lelaki yang mahram dengannya mengikut susunan ةبصع.

Ibu
Nenek sebelah ibu hingga keatas
Bapa
Nenek sebelah bapa hingga keatas
Kakak atau adik perempuan seibu sebapa
Kakak atau adik perempuan seibu
Kakak atau adik perempuan sebapa
Anak perempuan kakak atau anak adik perempuan
seibu sebapa
Anak perempuan kakak atau anak adik perempuan
seibu
Anak perempuan kakak atau anak adik perempuan
sebapa
Emak saudara sebelah ibu
Emak saudara sebelah bapa
Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai
.ةبصع
Kesan Pengabaian Hak dan Tanggungjawab dalam Keluarga















Berlaku keruntuhan institusi keluarga dengan
banyaknya perceraian di kalangan pasangan yang
berkahwin.
Anak-anak akan terbiar tanpa kasih sayang dan
pendidikan.
Berlaku keruntuhan akhlak dikalangan muda-mudi
dan pelbagai gejala sosial yang tidak sihat.
Berlaku perebutan harta dan permusuhan di
kalangan ahli keluarga serta meningkatkan kadar
jenayah dalam masyarakat.
Masalah dan Penyelesaian

























BAB 3:
PEMBUBARAN
PERKAHWINAN











TALAK


÷-ÞU-C¯- ÷p·>·O·· W ´´=O^`)¯··
·Ò^Ou¬E¼g¯ uÒÒ¡ lEC)O;O·> ¯}=O;O)¯) ¯
Maksudnya : Talak (yang boleh dirujuk kembali itu) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk) memegang
terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang
baik.

Hukum Talak
Haram
1. Mentalakkan isteri dalam keadaan haid, nifas atau pada waktu suci yang
sudah disetubuhi adalah haram.
2. Menceraikan isteri sedangkan sedangkan dia menyedari kemungkinan akan
berlaku zina. Dalam waktu yang sama, dia tidak mampu berkahwin lain.
Makruh
Apabila suami mentalakkan isteri tanpa keperluan, dimana dia masih ingin
mengekalkan perhubungannya, dan perkahwinan tersebut tidak menghalang dia
melakukan kewajipannya.
Wajib
Seseorang yang yakin dengan kekal bersama isterinya akan membawa kepada
maksiat atau perkara yang haram seperti tidak mampu memberi nafkah dan lain-lain.
Sunat
1. Apabila isteri tidak menjaga percakapannya (buruk lidahnya), takut membawa
kepada haram jika berkekalan dengannya.
2. Bila isteri tidak menunaikan hak-hak Allah seperti solat dan hak-hak suaminya
(nusyuz) serta suami tidak mampu mendidiknya.
Harus
Apabila bercerai mengikut sebab-sebab yang dibenarkan syarak seperti tiada
persefahaman lagi walaupun telah dilakukan pelbagai usaha.

Bahasa
• Melepaskan ikatan dan
membebaskannya.
Istilah
• Membatalkan atau melepaskan ikatan
akad perkahwinan dengan
menggunakan perkataan talak (cerai)
dan seumpamanya.

Bahagian Lafaz Talak





Jenis-jenis Talak
Talak نئاب
ىرغص نئاب قلط
Talak yang telah tamat
tempoh edah dan talak
isteri yang belum
disetubuhi. Suami tidak
boleh merujuk kembali
kepada bekas isterinya
melainkan dengan akad
dan mahar.
ىربك نئاب قلط
Suami yang mentalak
isterinya (dengan talak tiga)
dan tidak boleh kembali lagi
kepada isterinya kecuali
setelah wanita tersebut
berkahwin dengan lelaki lain
dan disetubuhi, kemudian
dia bercerai dan tamat
edahnya.
Talak يعجر
Talak satu dan talak dua.
Suami berhak merujuk
kembali kepada isteri
yang ditalaknya tanpa
perlu kepada akad yang
baru, selagi belum tamat
tempoh edah walaupun
isteri tidak rela.
Lafaz
حيرص
• Lafaz yang jelas pada zahirnya membawa erti talak, seperti kata suami
kepada isterinya "Aku mentalakkan kamu atau menceraikan kamu".
Lafaz
ةيانك
• Lafaz atau kata-kata yang boleh membawa erti talak atau bukan talak, seperti
kata suami "Pergilah engkau dari rumah ini" atau "Pergilah engkau kepada
keluarga engkau". Lafaz kinayah tidak akan sah kecuali disertai dengan niat
cerai.
Rukun Dan Syarat Sah Talak


Bahagian-bahagian Talak





SUAMI (Orang yang
menceraikan) => Suami yang
mentalakkan itu hendaklah
baligh, berakal dan pilihan
sendiri.
ISTERI (Orang yang diceraikan)
=> Perempuan yang hendak
diceraikan hendaklah isteri
yang sah.
ةيلو => Kuasa mencerai
adalah terletak ditangan
suami.
دصق => Sengaja untuk
menceraikannya tanpa
paksaan.
Sighah (Lafaz talak) =>
Sighah iaitu sama ada
diucapkan dengan kata-
kata, tulisan atau isyarat.
• Talak yang diizinkan
oleh syarak seperti
mentalak isteri yang
suci daripada haid
dan nifas dan tidak
disetubuhi ketika suci.
Talak ينس
• Talak yang ditegah
oleh syarak seperti
menjatuhkan talak
kepada isteri yang
sedang haid atau
nifas atau dalam
keadaan suci yang
sudah disetubuhi.
Talak يعدب
Kesan Talak

Hikmah Disyariatkan Talak
Sebagai jalan terakhir penyelesaian masalah dan kekusutan rumahtangga.
Mengelakkan permusuhan yang berterusan dan sifat dendam.
Untuk membina dan memilih kehidupan baru yang lebih baik.
Sebagai pengajaran supaya berhati-hati dalam menguruskan rumahtangga tanpa mengikut hawa
nafsu.
Menghilangkan tekanan perasaan antara suami dan isteri.

Hikmah Talak dibawah Kuasa Suami
Wanita lebih emosional berbanding lelaki.
Mahar dan nafkah adalah kewajipan suami dan jika isteri diberi kuasa talak, berkemungkinan
suami mengabaikannya selepas berlaku talak.



Jika talak raj'ie, isteri berhak mendapat nafkah seperti tempat
tinggal semasa dalam edah.
Isteri berhak mendapat mut'ah jika perceraian atas kehendak
suami.
Jika talak baain sughra, akad perkahwinan yang baru diperlukan
jika suami ingin mengahwininya semula.
Jika talak baain kubra, suami tidak boleh lagi rujuk semula kepada
isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin lain, telah melakukan
persetubuhan dan berpisah dengan suami keduanya serta telah
tamat edahnya. Perkahwinan hendaklah dengan akad yang baru.
Suami isteri berhak membahagi harta perkongsian selepas
perceraian (tanpa rujuk) mengikut bahagian masing-masing.
Rujuk























BAHASA ~> kembali

Sebab-sebab Membolehkan Fasakh



Fasakh Memberi Kesan Kepada 3 Perkara Secara Khusus :
Perkahwinan Terbatal
Mahar
Nafkah dan Mut’ah







Selepas berlaku
akad, ternyata isteri
adalah haram
kepada suami sama
ada dengan sebab
nasab,
persemendaan atau
penyusuan.
Jika berlaku murtad
salah seorang
daripada suami isteri
tersebut.
Jika salah seorang
antara suami atau
isteri yang kafir
memeluk Islam
sedangkan seorang
lagi tetap dengan
agama asalnya.
Suami tidak mampu atau cuai dalam
memberi mahar atau nafkah.
Berlaku kecacatan atau
keaiban. Maksud kecacatan
menurut Ulamak Syafi'e ialah
:
• Gila
• Penyakit kusta
• Penyakit sopak
• Penyakit yang menghalang
daripada persetubuhan
(kecacatan organ seks)
kepada lelaki atau
perempuan.
Fasakh kerana ناعل
(suami bersumpah
menuduh isteri
berzina tanpa saksi).
Fasakh kerana tidak
sekufu atau setaraf
dalam beberapa
aspek tertentu.








Hikmah
Fasakh
Dapat memenuhi
kemaslahatan dan
menolak
kemudaratan.
Menenangkan hati
dan jiwa daripada
kekosongan dan
kesulitan.
Mengelakkan
kaum wanita
daripada dianiaya
dan dizalimi oleh
suami yang tidak
bertanggungjawab.
Menunjukkan
keadilan Islam, jika
suami mempunyai
hak talak, isteri
mempunyai hak
fasakh.
Memberi peluang
kepada suami isteri
membina
kehidupan yang
lebih baik.
Kesan Fasakh
Terputus
ikatan
perkahwinan.
Suami tidak
boleh merujuk
kembali
kecuali
dengan akad
perkahwinan
yang baru.
Fasakh tidak
mengurangi
jumlah talak.
Suami boleh
mengahwini
bekas
isterinya
walaupun
telah berlaku
fasakh
sebanyak tiga
kali.
Talak suami
tidak boleh
berlaku
semasa
isterinya
dalam edah
fasakh.
Fasakh yang berlaku
sebelum berlaku
persetubuhan
menyebabkan hak isteri
untuk mendapatkan
mahar terbatal. Jika
selepas berlaku
persetubuhan, isteri
berhak mendapat
mahar ىمسم.
Isteri tidak
berhak
mendapat
mut'ah jika dia
yang
memohon
fasakh.
Isteri tidak
berhak
mendapat
nafkah ketika
dalam edah
fasakh sama
ada hamil
atau tidak,
tetapi berhak
mendapat
tempat
tinggal.


Contoh lafaz : “Aku talak kamu dengan bayaran sekian sekian”.

¯ ºº4Ò Og4·© ¯ª¬:·¯ pÒ¡ W-Ò7O¬···> .O©g`
O}¬-O÷©+uO·>-47 *^OE- ·º)³ pÒ¡
.···C·© ·ºÒ¡ E©1´³NC E1Ò÷³NO *.- W
up)¯·· u®7+^¼´= ·ºÒ¡ 4©O´³NC E1Ò÷³NÞ
*.- ºE·· EEE4N_ E©jg¯OÞU4N 4©Og·
;ªE³4-^·- ·gO)
Maksudnya : tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa Yang telah kamu berikan kepada mereka
(isteri-isteri Yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan
hukum Allah. oleh itu kalau kamu khuatir Bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum
Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) Yang diberikan oleh isteri untuk menebus
dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).
(Surah Al-Baqarah, 2:229)





علخ(Khulu')
- seseorang isteri mempunyai hak
untuk membubarkan
perkahwinannya melalui khulu'
atau tebus talak
Bahasa
Cabut atau tanggal
Istilah
Perpisahan antara suami isteri
dengan bayaran (tukaran) tententu
kepada suami melalui lafaz talak atau
khulu'.
Hukum
Harus untuk
kemaslahatan dan
menolak
kemudaratan.


Kesan Khulu’
Isteri yang diceraikan melalui khulu’ tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad nikah yang baru.
Khulu’ mengurangkan bilangan talak yang dimiliki suami (dikira talak satu).
Isteri mesti mengeluarkan bayaran yang dipersetujui kepada suami.
Ketika beredah, isteri tidak berhak mendapat nafkah kecuali jika hamil.
Isteri berhak mendapat tempat tinggal semasa edah.

Hikmah Khulu’
Untuk membina kehidupan baru yang lebih baik.
Melepaskan lelaki daripada bebanan talak seperti nafkah dan mut’ah.
Menolak kemudaratan dan kesulitan serta memenuhi kemaslahatan.
Wasilah kepada wanita untuk membebaskan diri daripada lelaki yang tidak disukai atau zalim
terhadapnya.
Perpisahan berlaku dengan keredhaan kedua-dua belah pihak.
Untuk memberi keadilan kepada suami dan isteri. Isteri mendapat hak tuntutannya sementara
suami mendapat bayaran ganti rugi.

Rukun
Khulu'
Suami
disyaratkan
berakal dan
baligh.
Bayaran
ganti rugi
yang
dipersetuju
i.
Isteri (Isteri
bersetuju
membayar
ganti rugi)
Sighah
(Ucapan
Khulu')
Hukum khulu’ boleh berubah
mengikut keadaan :
Makruh : dilakukan tanpa
tujuan syar’ie
Haram : Bila suami sengaja
menzalimi isteri supaya
isteri minta khulu’
daripadanya.
Perbezaan Talak, Fasakh dan Khulu’
Talak Fasakh Khulu’
Kuasa suami menceraikan
isteri dengan sebab tertentu.
Suami dan isteri mempunyai Hak isteri meminta daripada
suami dengan persetujuan.

Talak raj’ie boleh dirujuk. Tidak boleh rujuk kecuali dengan
akad yang baru.
Tidak boleh rujuk kecuali
dengan akad yang baru.

Tiada bayaran dengan sebab
talak.
Tiada bayaran dengan sebab
fasakh.
Isteri dikenakan bayaran ganti
rugi kepada suami.

Isteri berhak dapat mut’ah jika
perceraian diatas kehendak
suami.

Tiada mut’ah jika isteri yang
memohon fasakh.
Isteri tidak mendapat hak
mut’ah.
Suami boleh mentalak
isterinya sebanyak tiga kali.
Fasakh tidak mengurangi jumlah
talak.
Khulu’ akan mengurangi
jumlah talak.

Isteri yang ditalak dengan talak
raj’ie berhak mendapat nafkah
semasa edah.

Isteri tidak berhak mendapat
nafkah kecuali tempat tinggal
sahaja.
Isteri tidak berhak mendapat
nafkah kecuali tempat tinggal.
Tidak membatalkan
tanggungjawab suami
terhadap isteri (talak raj’ie)
Membatalkan tanggungjawab
suami isteri.
Membatalkan tanggungjawab
suami isteri.







BAB 4 :
NUSYUZ DAN
POLIGAMI










NUSYUZ (ingkar dan derhaka)



_ /´®-¯-4Ò 4pO¬··CÒ` ·;¬-EeO¬=¬e
·;¬-OO¬g¬·· O}¬-ÒNO¬×u--4Ò O)×
;7´_º_E©^¯- O}¬-O+)O;g-4Ò W
up)¯·· ¯ª¬:4Lu¬·CÒ¡ ºE·· W-O7¯¯l·>
O}jg¯OÞU4N EO):Ec ¯ Ep)³ -.- ¬]~E
º1)U4N -LOO):º± ^@j÷
Maksudnya : Dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah
kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka
masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat
kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha
tinggi, lagi Maha besar.



Sabda Rasulullah :

نع ذا : لاق ملسو هيلع ا ىلص يبنلا نع هنع ا ىضر يبأ هشارف ىلا هتأرما لجرلا اعد ا نأ تبأف
حبصت ىتح ةكئلملا اهتنعل نابضغ تابف ءيجت
)هيلع قفتم(
Maksudnya : Apabila seseorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, lalu dia tidak datang
kepadanya (menolaknya) maka tidurlah suaminya dalam keadaan marah kepadanya, malaikat akan
melaknat (isteri tersebut) sehingga waktu subuh (pagi).


Derhaka
Tidak taat
Bahasa
Seorang isteri yang
menderhaka terhadap
suaminya dan
mengabaikan
kewajipan yang telah
ditentukan oleh Allah
iaitu mentaati
suaminya.
Istilah
Haram dan
berdosa besar.
Hukum

MASALAH DAN PENYELESAIAN



Tarikh Keputusan:
24 Jan, 2001
Huraian Tajuk/Isu:
Di dalam kitab Feqah karangan ulama Mujtahidin tidak terdapat perbahasan tentang perkahwinan
menerusi sidang video secara langsung kerana di zaman mereka belum ada alat-alat komunikasi
elektronik seperti video, internet dan sebagainya. Seandainya sudah ada dan telah dikemukakan kepada
mereka di zamannya, kita yakin para fuqaha' akan mengeluarkan hukum atau fatwa. Cuma di akhir-akhir
ini dengan perkembangan teknologi yang pesat barukedengaran soalan-soalan dan pertanyaan, apakah
perkahwinan jarak jauh menerusi sidang video (Video Conference) tanpa kehadiran wali dan calon lelaki
di dalam satu majlis ini sah?

Keputusan:
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yangbersidang
pada 24 Jan 2001 telah membincangkan mengenai akad nikah menerusi sidang video.
Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa bahawa akad nikah menerusi sidang video adalah
diharuskan dengan syarat-syarat berikut :
i. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin (bukan zan)
ii. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar)
iii. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah termasuk tazkiah syuhud.
iv. Tertakluk kepada enakmen keluarga Islam 1983. Fatwa ini dikeluarkan
berdasarkan alasan bahawa syarat ithadul majlis menjadi persoalan pokok sah
atau tidak akad nikah menerusi sidang video telah dipenuhi. Walaupun akad
nikah seperti ini tidak dikatakan sebagai ithadu hakiki tetapi ia boleh
dikelaskansebagai ithadu fil ma"na atau ithadu majazi.






1. Akad Nikah Menerusi Sidang Video




Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95
yang bersi dang pada 16-18 Jun 2011 tel ah membincangkan mengenai hukum upacara
akad nikah di masj id. Muzakarah tel ah membuat keputusan seperti berikut :






Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
KaliKe-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Kewajaran Mewajibkan
Pelaksanaan Ujian Saringan HIV Kepada Bakal Pengantin. Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
I. Ujian saringan HIV kepada setiap pasangan yang hendak berkahwin wajib
dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan mudarat yang
lebih besar kepada pasangan dan keturunannya.
II. Usaha bersungguh-sungguh dilakukan ke arah mewujudkan undang-
undang induk disemua negeri bagi memperkukuhkan pelaksanaan ujian saringan
HIV ini pada masa-masa akan datang.




i.Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah
dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah
sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
ii. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad
nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walau
bagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yangturut menyertai
upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa
berada di dalam masjid atau surau berkenaan.
2. Hukum Mengadakan Akad Nikah di Masjid
3. Kewajaran Mewajibkan Pelaksanaan Ujian Saringan HIV












You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->