PENGENALAN Penggunaan bahantara dan pengawalan kuasa dengan menggunakan bendalir bertekanan telah berkembang luas dalam semua

bidang industri. Pneumatik berkaitan dengan penggunaan udara bertekanan sebagai bendalir sementara kuasa hidraulik meliputi penggunaan minyak atau cecair lain. Sistem hidraulik digunakan dengan meluas dalam pembinaan jentera berat seperti jentolak, jengkaut, traktor, mesin gerudi, lori dan lain-lain lagi.

Gambarajah: Penggunaan sistem hidraulik pada jentera berat

Sebenarnya sistem hidraulik adalah lebih baik dan efisien berbanding sistem

penumatik dalam pembinaan jentera berat kerana sistem hidraulik menggunakan

cecair sebagai bahantara.

Secara umum, pneumatik digunakan untuk daya yang rendah iaitu sehingga 10 kN (1

ton) manakala hidraulik pula digunakan untuk daya atau beban yang tinggi. Kuasa

bendalir adalah istilah yang merangkumi kedua-dua kuasa pneumatik dan hidraulik. Sains penghantaran daya atau pergerakan melalui bahantara bendalir yang terkurung

adalah berfungsi berdasarkan Hukum Pascal. Hukum Pascal menyatakan bahawa

semua arah.

Rajah: Arah tekanan dari pelbagai arah Dalam sistem hidraulik minyak bertekanan terdapat di dalam sebuah power pack. Pam

digunakan untuk menyedut minyak yang dipacu oleh pengerak utama iaitu motor

elektrik bagi menghasilkan aliran bendalir. Arah aliran dan kadar aliran tekanan

dikawal oleh injap kawalan tekanan dan injap kawalan arah.

Penggerak pula digunakan untuk menukarkan tekanan bendalir kepada pergerakan

mekanikal (Kuasa). Jumlah keluaran kuasa yang terhasil bergantung kepada aliran

bendalir.

Sistem hidraulik yang ringkas terdiri daripada dua buah silinder, iaitu satu silinder

besar dan satu silinder kecil. Kedua-dua silinder ini disambungkan oleh paip. Di

dalam silinder yang kecil terdapat satu omboh yang dikenakan daya ke atasnya. Di

dalam silinder yang besar pula, terdapt satu omboh yang dinamakan omboh pelantak. Beban diletakkan di atas omboh pelantak. Keseluruhan sistem ini diisikan dengan

cecair hidraulik atau minyak hidraulik. Daya yang dikenakan pada silinder kecil akan

dipindahkan ke silinder besar untuk mengangkat beban. Dalam sistem hidraulik,

tenaga akan dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui bahantara

cecair yang dikenali sebagai tenaga hidraulik.

Rajah: Asas sistem hidraulik

1

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful