P. 1
Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak

Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak

5.0

|Views: 5,454|Likes:
Published by syazayasminismail
laporan pertunjukan kreatif kanak-kanak
laporan pertunjukan kreatif kanak-kanak

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: syazayasminismail on Apr 15, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

1.0 1.

1

Teori Perkembangan Muzik (Teori Dalcroze) Latar Belakang Jacques Dalcroze

Berbangsa Swiss

Bahan Semua muzik

Lahir/Mati 1865-1950

Latar belakang Jaques Dalcroze

Bidang Semua bidang seni

Umur 85 tahun

Pendekatan Eurismik Improvisasi

1

1.2

Pendekatan Teori Dalcroze

Kreativiti
Pergerakan adalah asas kepada kreativiti

Semua aktiviti muzikal seperti nyanyian, mendengar muzik, membaca ada digunakan

Kesamaan

Pergerakan Tubuh Badan Semua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan

Jaques Dalcroze
Jenis Muzik Yang
Digunakan Dalam eurismik, semua muzik digunakan

Diajar secara sistematik melalui latihan silfa dan solfa berirama.

Membaca dan Menulis Notasi

Telinga dan tubuh adalah muzik pertama dipelajari , diikuti suara, diikuti alat muzik

Latihan Instrumental

2

1.3

Stail Pengajaran Dalcroze

Menekankan kaedah penerokaan secara bebas oleh kanak-kanak. Guru menggunakan kreativiti kanak-kanak yang sesuai bagi menggambarkan konsep yang diajar

Dalam Eurismik, kanak-kanak tidak sekali-kali diperlakukan sebagai penonton. Kanak-kanak dianggap sebagai ` artis muda` dan diharap akan mengembangkan muzik secara sendiri 3

2.0 2.1

Laporan Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak Perancangan Program

Semasa kami diberikan taklimat oleh pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak bahawa kerja Kursus

Berasaskan Ilmu kami adalah dikehendaki membuat persembahan pergerakan kreatif. Kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi melaksanakan pertunjukan pergerakan kreatif kami ini sebelum tindakan yang lebih lanjut dilakukan. Kami telah bersetuju untuk bekerjasama di antara kelas kami iaitu kelas PISMP 3C dan juga kelas PISMP 3B. Mesyuarat di antara kelas diadakan

4

untuk melantik setiap ahli jawatankuasa yang akan menjalankan tugas untuk memantau serta dapat menguruskan semua tugasan dengan cepat dan mengikut masa yang ditetapkan. Semasa mesyuarat diadakan, kami telah melantik Syahid sebagai Pengerusi Program dan Zulhilmi sebagai Naib Pengerusi Program. Manakala ahli jawatankuasa yang lain telah dilantik dan setiap pelajar dari kelas PISMP 3B dan PISMP 3C terlibat dalam ahli jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini kerana kami akan bersama-sama bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya tanpa ada di antara kami yang tidak menerima sebarang jawatan ataupun tugasan. Setelah semua ahli jawatankuasa dilantik, maka kami mula diarahkan untuk menjalankan tugasan masing-masing serta mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi kami. Walaupun tugasan yang kami terima agak sukar, tapi kami telah bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sehubungan dengan itu kami sentiasa mengadakan mesyuarat untuk memastikan segala kerja dan persiapan berjalan dengan lancar dan mengikut kesesuaian pertunjukan pergerakan kreatif yang akan kami laksanakan. Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik seperti jawatankuasa alatan, siaraya, dokumentasi, buku program serta lain-lain mestilah memastikan bahawa segala keperluan yang diperlukan untuk pertunjukan pergerakan kreatif tersebut dapat disediakan dengan awal bagi mengelakkan masalah-masalah lain yang berlaku. Apabila segala perancangan serta keperluan untuk mengadakan
5

pertunjukan pergerakan kreatif tersebut berjalan dengan lancar maka kami semua haruslah memikirkan perancangan tentang tajuk pergerakan kreatif kami yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISMP 3B dan PISMP 3C. Bagi kumpulan PISMP 3C kami telah memilih tema pergerakan kreatif kami iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Sebelum pementasan pergerakan kreatif tersebut dilasanakan, kami telah bersama-sama memilih watak yang sesuai mengikut karakter yang telah ditetapkan. Setiap ahli kelas kami memegang watak yang dirasakan sesuai dan tiada yang terkecuali. Setelah watak diberikan maka kami telah mula berlatih untuk menghayati skrip dan cuba membuat pergerakan kreatif yang dirasakan sesuai untuk persembahan kami. Kami juga haruslah menyediakan “costume” yang dirasakan sesuai dengan watak yang kami bawakan. Selain itu, kami juga haruslah mencipta sendiri “backdrop” yang dirasakan sesuai dengan menggunakan kreativiti dari setiap ahli kumpulan kami. Kesemua alatan yang disediakan kami gunakan dengan sebaiknya untuk melihat hasil yang memuaskan agar persembahan kami nanti dapat menarik minat kesemua yang menonton terutamanya pensyarah pembimbing kami yang menilai persembahan kami serta muridmurid prasekolah yang hadir.

2.2

Pelaksanaan Program

Pertunjukan pergerakan kreatif berjalan dengan lancar bermula dari jam 7.00 pagi di mana semua peserta mula bersiap sedia dengan bersolek dan memakai pakaian masing-masing. Peserta yang juga memainkan peranan sebagai krew
6

muzik dan lampu juga membuat persediaan agar pertunjukan akan berjalan dengan baik. Sekitar jam 8.30 pagi, para penonton mula membanjiri Dewan Hamzah Fansuri terutamanya jemputan khas kami iaitu murid-murid Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu dan murid-murid Prasekolah SK Seafield serta para pensyarah dan pelajar-pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu. Pada jam 9.00 pagi, pengerusi majlis memulakan majlis dengan katakata aluan dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa daripada Saudara Hafis Hafifi, pengerusi majlis memperkenalkan pertunjukan pergerakan kreatif yang diadakan serta membacakan sinopsis pertunjukan kami iaitu “Aiman dan Ramarama Ajaib”. Berikut adalah senarai pelakon beserta watak yang dimainkan;

Aiman Kuman Kumin Mak Minah @ Mak Pak Badol @ Ayah Pokok Bunga Cendawan Arnab Monyet Penjaga hutan @ nenek Rama-rama Ajaib Puteri Pura Cendana Raja Pura Cendana Dayang Hulubalang 1 Hulubalang 2 Lebah @ Narrator

: Md Azri bin Sidik : Muhammad Kamarul Ariffin bin Lokman : Muhammad Aminnillah bin Mustapha : Syaza Yasmin binti Ismail : Muhamad Raimi bin Yusof : Mumtazah binti Johar : Nor Hafizah binti Ali : Suhainita binti Md Zain : Nor Rohaizah binti Ahmad : Mohamad Fareez bin Mazlan : Noor Izzati binti Rohaimi : Hasnurfarisha binti Hassan : Fatin Adila binti Jamil : Huzaini bin Amir : Arina binti Abd Ghani : Nurzehan binti Zakaria : Nurhayati binti Mahdzir : Mohd Zulhelmi bin Mat Rahim

7

“Aiman dan Rama-rama Ajaib” mengisahkan Aiman anak angkat kepada Mak Minah dan Pak Badol sentiasa bernasib malang kerana sering dimarahi dan dibenci oleh Mak Minah serta Kuman dan Kumin, adik-beradik angkatnya. Aiman sering ke hutan mencari kayu api. Aiman juga mempunyai rakan-rakan di hutan seperti pokok, bunga, cendawan, arnab dan monyet. Nasib Aiman berubah apabila pada suatu hari Aiman telah menyertai pertandingan untuk mengembalikan senyuman Puteri Pura Cendana yang bermuram durja sejak kematian bondanya. Setelah berjaya membuat Puteri Pura Cendana gembira dengan membawakan Rama-rama Ajaib, Aiman telah dikahwinkan dengan puteri Negeri Pura Cendana tersebut. Setelah selesai persembahan “Aiman dan Rama-rama Ajaib”,

sementara menunggu persembahan seterusnya, majlis diselangi dengan acara cabutan bertuah yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit yang dikendalikan oleh Saudara Huzaini, Saudara Zulhelmi dan Saudari Hayati. Selepas acara cabutan bertuah, pertunjukan kedua pula berlangsung. Pertunjukan ini bertajuk “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” yang dipersembahkan oleh pelajar PISMP 3B. “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” ini mengisahkan seekor lebah bersama rakan-rakannya berusaha mencari makanan untuk ratu kesayangan mereka. Lebah tersebut angkuh kerana tidak mahu mengikut kata-kata rakan-rakannya dan hanya

berseorangan memasuki hutan untuk mencari makanan untuk ratu mereka. Di dalam perjalanannya itu, dia telah terperangkap dengan sarang labah-labah dan hampir dijadikan makanan oleh sang labah-labah. Dia sempat

diselamatkan oleh rakan-rakannya tadi. Akhirnya mereka menjumpai makanan untuk ratu mereka dan ratu mereka sangat seronok.
8

Selesai sahaja persembahan tersebut, di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderamata kepada guru Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu, guru Prasekolah SK Seafield dan pensyarah penilai untuk pertunjukan kami ini. Setelah majlis tamat, sedikit jamuan diberikan kepada tetamu khas dan juga para peserta pertunjukan.

2.3

Penilaian Keberkesanan Program

Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadangkala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, kami dapat mengenalpasti bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar setelah kami selesai membuat pertunjukan pergerakan kreatif di Dewan Hamzah Fansuri, Bahasa Melayu. Pelbagai respon yang telah kami terima selepas persembahan ini diadakan, antaranya adalah kanak-kanak yang hadir mula berasa gembira dan
9

IPGM Kampus

ingin melihat persembahan ini sekali lagi. Selain itu, kanak-kanak juga mula berminat untuk mengetahui jalan cerita dan pergerakan kreatif yang seterusnya apabila mereka melihat watak-watak seperti Bunga, Cendawan, Pokok, Arnab dan Monyet bersama-sama menyanyi lagu ‘We Get Together’ sambil menari mengikut irama muzik. Mereka turut ketawa dan mula berkomunikasi bersama rakan dan guru mereka dengan memberitahu bahawa mereka menyukai watak yang terlibat seperti Arnab dan Bunga. Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan oleh kumpulan kami, kami dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak. Ketika Dayang dan Hulubalang Istana mula menari bersama-sama, kanak-kanak mula kembali memberikan perhatian dan mereka turut berasa sedih apabila Puteri Pura Cendana menyanyi dan menari mengikut irama yang perlahan menerusi lagu ’Kasih Ibu’. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
10

Diharap melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan oleh kami ini dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut akan memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpasti lalu membimbing setiap perlakuan kanak-kanak.

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->