KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Ujian Yang Baik Mempunyai Kesahan Dan Kebolehpercayaan Yang Tinggi. Mengapakah Ciri Tersebut Penting Dan Bagaimanakah Kesahan Dan Kebolehpercayaan Ujian Ditingkatkan?

Sistem penilaian memang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan. Setiap perancangan kurikulum mesti diikuti dengan penilaian. Kebanyakan penilaian yang diamalkan dinegara kita adalah penilaian berbentuk ujian. Mengikut Ebel (1979), sebenarnya pembina ujian menghadapi dua persoalan : · · pertama, untuk menentukan apa yang ingin diukur, dan kedua, membuat keputusan bagaimana mengukurnya.

Sementara dari segi makna ujian pula Crombach (1970) telah memberikan satu definisi ujian yang agak luas, iaitu satu prosedur sistematik untuk memerhati tingkah laku seseorang dan memperihalkannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem berkategori.

Kenyataan di atas memberikan gambaran bahawa ujian bukan merupakan sesuatu yang boleh dilakukan begitu sahaja. Malah ianya memerlukan perancangan dan pengendalian yang sistematik. Bagaimana pula dengan penilaian? Penilaian mencakupi lebih luas dan lebih menyeluruh jika dibandingkan dengan ujian. Mengikut Popham (1975), penilaian pendidikan yang sistematik mengandungi satu tafsiran formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara lebih luas, penilaian pendidikan itu mencakupi aspekaspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran, dan matlamat ke arah mana usaha pengajaran dihalakan.

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para pelajar (Gronlund, 1981). Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian adalah merupakan suatu cara atau alat bagi mengukur keberkesanan pengajaran di samping untuk menentukan sama ada objektif pengajaran boleh dicapai.

Sebagaimana yang kita ketahui, ujian atau peperiksaan adalah satu aspek penting dalam sistem pendidikan kita. Berbagai bentuk ujian bertulis boleh diadakan oleh guru dari semasa ke semasa, seperti ujian betul/salah, mengisi tempat kosong, mamadankan, ujian beraneka pilihan dan juga bentuk esei. Pada asasnya, semua ini bertujuan mendapatkan maklumat. Daripada maklumat yang didapati itu, guru dapat mengukur pencapaian murid, mengetahui kelemahan-kelemahannya , meramal keupayaannya, memilihnya untuk sesuatu tujuan, atau sebagainya. Walau apa pun format ujian yang hendak dibina, atau dipilih, pastikanlah bahawa ujian itu mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadikannya suatu ujian yang baik. Antara ciri-ciri penting ujian yang baik ialah seperti kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability).

KESAHAN

Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur.

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman & Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markat ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. Kesahan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah seperti kesahan isi (content validity), kesahan telahan (predictive validity), kesahan serentak (concurrent validity) dan kesahan gagasan (construct validity) (Fraenkel & Wallen, 1996).

Kesahan sesuatu ujian tidak dapat ditentukan secara langsung seperti mengukur ketinggian seseorang. Keputusan ujian, atau skor markah memberi gambaran sebenar atai tidak sebenar tentang apa yang hendak diukur. Oleh itu ia tidak dengan sendirinya sah. Kesahannya bergantung kepada beberapa

maka ujian itu dikatakan tidak sah dari segi isi kerana tidak meliputi sukatan pelajaran. atau sebagainya. Demikian juga bagi Ujian Kelayakan Latihan Perguruan (UKELP). item ujian akhir tahun (ujian sumatif) misalnya tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu. Jenisjenis item pula bergantung kepada jenis pencapaian murid-murid. Sekiranya calon-calon yang lulus dalam UKELP dan dipilih mengikuti kursus perguruan juga berjaya dan mendapat sijil atau diploma perguruan serta menjadi guru yang berkesan maka UKELP itu mempunyai kesahan ramalan yang tinggi. penekanan yang diberi kepada tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk. Bagi sebarang ujian bertulis maka sangat penting bagi guru supaya sentiasa menyedari tujuan utama ujian itu. Kemudian ia hendaklah memilih atau menyediakan item ujian-ujian yang sesuai.jenis kesahan. aras kesukaran. Isi ujian ditentukan dengan menilai apakah tujuan ujian itu diadakan. SPM. Contohnya guru biasa mengadakan peperiksaan percubaan diperingkat sekolah sebelum murid-murid mengambil peperiksaan PMR. a) Kesahan isi (content validity) Ini ialah kesahan yang terpenting bagi seseorang guru yang hendak menyediakan ujian. kandungan sukatan pelajaran. b) Kesahan telahan/ ramalan Kesahan ramalan adalah berkait rapat dengan ujian meramal kebolehan atau kelayakan seseorang calon untuk menjalankan sesuatu tugas pada masa depan. sedangkan tajuk-tajuk lain diabaikan. Berdasarkan pencapaian murid-murid ini maka kita dapat meramal kejayaan murid-murid dalam peperiksaan sebenar tersebut. dan peringkat objektif pelajaran yang hendak diuji. Sekiranya ujian kedua yang sama taraf dengan ujian yang . Contohnya. c) Kesahan Semasa/Serentak Kesahan semasa penting bagi guru merujuk pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu selaras dengan pencapaian kemudian dalam suatu ujian yang serupanya.

atau rancangan persediaan yang dinamakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Semua ini merupakan idea atau gagasan psikologi perlu dianalisa untuk mengenal pasti proses-proses atau ciri-ciri yang dikaitkan dengan sesuatu trait agar item-item ujian yang khusus dan tepat dapat disediakan. bertanggung jawab. pencapaian calon biasanya lebih baik daripada ujian pertama. Misalnya kita boleh menelah bahawa seseorang murid yang kreatif juga merupakan seorang yang imaginatif. tajuk-tajuk yang diuji serta peringkat kebolehan murid-murid yang menduduki ujian itu. seperti sifat peramah. d) Kesahan Gagasan Kesahan gagasan amat penting diadakan untuk mengukur sejauh mana seseorang itu menunjukkan trait personaliti. Hal ini bermakna bahawa jikalau kita mahu menentukan kesahan gagasan untuk satu ujian yang dikatakan mengukur . cergas otak dan sebagainya. kerana calon yang berkenaan telah memperolehi sedikit sebanyak pengalaman daripada ujian yang pertama. adil. introvert. atau trait mental. kreatif. peringkat objektif mengikut Taksonomi Bloom atau Taksonomi yang seumpamanya. Di mana dalam JPU guru hendaklah menetapkan tajuk-tajuk yang hendak diuji. Berdasarkan teori atau kajian ini. Ini bermakna guru perlu meneliti dan memahami isi kandungan tiap-tiap tajuk dalam sukatan pelajaran. JPU ini dapat memastikan kesahan isi ujian yang akan disediakan. tingkah laku. bermotivasi. bilangan soalan bagi tiap-tiap satu objektif dan tajuk. Penentuan objektif pelajaran ataupun arasaras kemahiran bergantung kepada matapelajaran.pertama ditakbirkan tidak lama kemudian. kita boleh membuat berbagai-bagai ramalan yang ada hubungannya dengan gagasan tersebut. Meningkatkan Kesahan Dalam Ujian a) Cara yang baik untuk meningkatkan dan memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan menyediakan blue print. b) Bagi meningkatkan kesahan gagasan ialah dengan mencari korelasi diantara markah pada ujian yang dibentuk dengan markah ujian tentang trait yang diperkatakan itu.

dapat menaip terus menerus dalam jangkamasa 1 jam. Jika markah kumpulan itu tinggi maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan gagasan yang tinggi. Umpamanya perlu diketahui apakah ciri-ciri yang ada pada jurutaip yang dikatakan baik itu ataupun apakah ciri-ciri kejayaan di dalam pelajaran di sekolah menengah. Sifat hormat menghormati boleh dikatakan sangat tinggi dikalanganm ahli-ahli agama. dapat mengeja dengan tidak membuat salah lebih daripada 2% daripada perkataan yang terdapat pada sesuatu kerja yang dikendalikan. Jikalau markah pada ujian itu menunjukkan pertambahan dari satu masa ke satu masa yang berikutnya maka dapatlah dikatakan yang ujian itu mempunyai kesahan. c) Kesahan gagasan boleh ditingkatkan dengan mencubakan ujian ini kepada satu kumpulan yang diketahui mempunyai trait itu. mungkin perkara. maka ujian ini bolehlah diberi kepada satu kumpulan yang dimasukkan ke dalam satu ekperimen apabila keadaan dikelolakan supaya mereka yang dieksperimenkan itu mengalami kegagalan berturut-turut. . maka kita terpaksa mencari korelasi markahnya dengan satu markah bagi ujian lain yang mengukur trait yang sama. dan berbagai. mengetahui semua format surat menyurat.semangat berdikari. Ataupun sifat mencari keuntungan yang maksimum terdapat dikalangan peniaga-peniaga. Umpamanya sifat putus asa akan bertambah serius jikalau seseorang itu menghadapi kegagalan demi kegagalan. e) Langkah utama bagi mendapatkan kesahan ini ialah menentukan kriteria tentang apa yang dikatakan kemampuan atau kejayaan di dalam sesuatu perkara yang diramalkan itu.bagai lagi. Oleh itu untuk mendapatkan kesahan bagi satu ujian yang mengukur trait putus asa ini. Oleh itu sesuatu ujian itu bolehlah ditadbirkan kepada golongan-golongan yang dikatakan mempunyai sifat ataupun trait yang dikehendaki itu. Jurutaip yang baik mungkin dapat menaip sebanyak 80 perkataan dalam satu mionit.perkara yang penting ialah mendapat markah tidak kurang daripada 60% di dalam tiap-tiap ujian yang diambil. Bagi kejayaan dalam pelajaran sekolah menengah pula. Ini bermakna kesahan berasaskan pendirian yang keadaan mengubah sesuatu trait itu dapat diwujudkan. menolong rakan sebaya di dalam hal-hal pelajaran di sekolah dan mengambil peranan aktif semasa di bilik darjah. Keadaan yang berlainan itu memberi kesan kepada trait seseorang itu. d) Dengan menjalankan satu ekperimen dan membuat ujian detik-detik startegik di dalam ekperimen itu.

Secara umum. dengan kata lain. Walau bagaimana pun. 1977). persoalan asas reliabiliti adalah: Adalah penilai lain setuju dengan interpretasi tingkah laku pelajar? Tetapi variasi yang mengganggu pula adalah: Adakah saya menterjemah tingkah lakunya dalam keadaan yang sama jika saya melihatnya lagi? (Rowntree. atau sifat seseorang. kesilapan angkubah pengukuran adalah banyak terdapat dalam skor ujian dalam pendidikan (atau. dan calon yang rendah markahnya tidak menunjukkan prestasi di dalam kretiria itu. reliabiliti ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu benda. tetapi jika kita harus memberikan skor yang sama juga walau pun kita menilai pada masa yang berbeza. Menurut Mokhtar (1995). Ini menunjukkan bahawa reliabiliti bukan sahaja skor yang sama didapati walau pun orang lain yang menilainya. sesuatu ciri.f) Cara yang ideal bagi meningkatkan kesahan ialah mencari korelasi diantara ujian ayang diberi sebelum calon-calon itu melalui pengalaman yang berkenaan dengan perlakuan yang di dalam konteks kriatiria pada akhir pengalaman itu. Kesahan ujian itu boleh diterima jikalau didapati calon yang tinggi markah dalam ujian itu mencapai prestasi yang dikehendaki di dalam kretiria itu. Reliabiliti adalah istilah yang keliru di sini dan setengah penulis cuba menggantikannya dengan ‘consistency’. Kebolehpercayaan Salah satu daripada kriteria tersebut di atas ialah reliabiliti (kebolehpercayaan). . 1977). ujian pendidikan cenderung kepada tidak reliabel) melainkan kerja yang lebih berhati-hati dilakukan bagi menentukan aras reliabiliti yang diterima (Martuza.

Ini amat ketara dalam prestasi fizikal. nilai lebih kecil (Ingenkamp. Ujian yang stabil ialah ujian yang dapat memberikan market yang sama . latihan. 1977). sesuatu ukuran itu tidak lepas daripada ralat (error). kedaan atau jenis kasut yang dipakai. Ini menunjukkan bahawa pemeriksaan seseorang pemeriksa bukan sahaja tidak tekal tetapi amat berbeza di antara seorang pemeriksa dengan pemeriksa lain. dengan kertas matematik menunjukkan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan). Jauh lompatan seseorang misalnya. ketepatan. Pada kebiasaannya . Dengan kata lain pemeriksaan mereka mempunyai reliabiliti yang rendah. Kepentingan Kebolehpercayaan Apabila kita menilai ataupun menguji murid-murid. Jika benar maka ujian yang kita berikan itu bolehlah kita anggapkan sebagai stabil. Aschersleben (1971) menganalisis pemeriksaan oleh 24 guru ke atas 623 pelajar dalam empat ujian matematik yang bersiri dan empat ujian ‘dictation’. larian atau sebagainya.46 apabila 24 guru memeriksa sekali dan kemudian diperiksa semula selepas tiga bulan. tidak sentiasa sama kerana pengaruh halaju angin kedaan fizikalnya. tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. Soalan yang dibina jika tidak mempunyai reliabilti atau mempunyai reliabiliti rendah tidak akan dapat menggambarkan pencapaian pelajar dan seterusnya akan menjadikan sistem penilaian yang sia-sia. Beliau mendapati kebanyakan korelasi adalah di bawah 0. secara purata. Sedangkan berat seseorang pun boleh berubah dalam satu hari disebabkan oleh pakaiannya.Fakta mengenai reliabiliti rendah memeriksa kertas peperiksaan secara individu telah ditunjukkan oleh Dicker (1973). Oleh itu para pendidik perlu berhati-hati dalam membina alat penilaian.60. dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. kebolehan dan nilai pada murid itu. kita akan menyoal diri kita sendiri adakah jawapan yang diberikan itu tidak berubah-ubah dan dapat mencerminkan kemahiran. kenyang laparnya dan lain-lain. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan. yang menemukan bahawa pekali korelasi hanya 0.

Satu peluang sahaja sudah tentu tidak mengcukupi. Katakan kita menyediakan satu ujian penggal matematik. Kebolehpercayaan ujian sangat penting oleh kerana kita tidak mahu markah yang diperolehi itu dalah disebabkan oleh nasib. Kebolehpercayaan adalah satu perkara yang senang dilihat didalam ukuran seperti berat. Jika tidak. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan . kebolehpercayaan adalah satu ciri yang patut kita pastikan sebagai dapat diterima. penilaian yang kita lakukan itu tidak akan memberi peluang yang cukup kepada muridmurid membuktikan yang mereka mempunyai kemahiran. maka baharulah kita berpuas hati dan menerima hasilnya sebagai mencerminkan keupayaan murid itu . Kita tidak hanya memberikan satu soalan sahaja.Kita akan mengemukakan beberapa soalan yang dapat menguji kemahiran yang sama. Dengan kata lain.apabila murid itu mengambil ujian itu beberapa kali di dalam satu jangka masa yang pendek. Sesuatu ukuran panjang itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau barang yang sama diukur berulang kali. Biarkan jarak di antara ujian pertama dengan yang kedua itu lebih kurang satu ataupun dua minggu. pengetahuan dan sikap yang dinilaikan itu. maka ujian itu bolehlah dianggap stabil ataupun boleh dipercayai. Jika murid itu dapat peluang menjawab sebilangan besar soalan-soalan itu .. tinggi dan lain-lain yang berbentuk maujud. Umpamanya kita mahu menguji samada murid itu dapat menolak nombornombor tidak lebih dariapada 20 dan dengan bertangan. Untuk menentukan samada ujian itu stabil atau tidak . Kita mahukan markah itu datangnya daripada kemampuan murid itu sendiri. Bagi ujian ataupun penilaian yang kita sediakan . Jikalau markah bagi tiap-tiap murid di dalam ujian pertama itu lebih kurang sama dengan markah yang diperolehi untuk ujian kedua . kebolehpercayaan pada ujian ini ialah untuk kita memastikan yang ujian atupun alat penilaian itu memberi peluang kepada murid mengemukakan jawapan yang mencerminkan keupayaannya dan bukanlah disebab kan oleh nasib. Bacaan yang berlainan akan menimbulkan syak wasangka kepada kita oleh kerana alat-alat sukatan itu tidak lagi stabil. Begitu juaga dengan sesuatu penimbang berat itu sudah tentu memberi bacaan yang sama jikalau kita menimbang benda yang sama berulangkali. kita boleh memberikan dua kali ujian kepada murid kelas kita. panjang.

biasanya markah yang diberi untuk jawapan yang sama adalah berbeza mengikut pemeriksa. akan menambahkan kebolehpercayaan. Mereka mestilah diawasi dengan teliti semasa ujian. Malahan. manakala keadaan hangar bingar. Oleh itu. ruang dan cahaya yang cukup . atau lebih faham dengan item-item ujian. Keadaan fizikal dan mental yang positif. misalnya akan menganggu konsentrasi murid-murid dan menjejaskan kebolehpercayaan ujian. arahan-arahan mestilah tepat dan jelas. mereka mendapat skor yang lebih tinggi. Sebarang manfaat yang didapati oleh murid-murid daripada ujian pertama akan mengurangkan kebolehpercayaan. seperti kerusi meja yang selesa . terutama dalam ujian daya (power test).Apabila sesuatu ujian itu bersifat subjektif . Persekitaran yang sesuai. kebiasaan dengan format ujian juaga akan memberi kesan yang positif terhadap kebolehpercayaan. · Kadang-kadang kebolehpercayaan ditentukan dengan cara uji-ulang (retest) . ventilasi yang baik. · Perbezaan skor mungkin timbul lantaran perbezaan cara ujian itu ditadbirkan. Untuk meningkatkan kebolehpercayaan . · Keadaan persekitaran boleh mempengaruhi murid-murid dan skor mereka. Demikian juga ujian yang bersifat objektif yang mempunyai keutuhan yang lebih tinggi kerana tidak terdedah kepada berbagai-bagai interpretasi. Hal ini menunjukkan betapa perlunya penjelasan yang sempurna sebelum ujian pertama dimulakan. maka perhubungan guru murid yang baik biasanya akan menambah keutuhan keputusannya. tetapi ujian yang utuh tidak semestinya sah. variasi dalam sampel mungkin terdapat dalam dua ujian yang setara bentuknya. Murid-murid haruslah diberi masa yang cukup. Biasanya. penilaian seseorang pemeriksa mungkin berubah mengikut masa dan keadaan. Perkara ini tidak . azam dan motivasi. Hal ini merupakan satu lagi punca ralat. Contohnya dalam ulang uji murid-murid mungkin lebih biasa dengan format . galakan guru.· Panjang pendek ujian itu boleh mempengaruhi keutuhan.Oleh kerana guru yang membina dan mentadbir ujian kepada murid-murid. Ujian yang sah biasanya utuh. Skor yang konsisten tidak semestinya mengukur apa yang hendak diukur. walaupun skim permarkahan ada disediakan. Item-item ujian hanya merupakan sampel bagi bidang yang diuji . semakin panjang ujian maka semakin tepat skornya kerana semakin kurang pergantungan kepada tekaan atau kebetulan.

berlaku dalam ujian objektif. Oleh itu . keadaan persekitaran dan cara memeriksa. ujian yang banyak item itu memakan . gambar dan lainlain lagi itu jelas. Arahan dan item-item yang kurang jelas boleh menimbulkan interpretasi yang berlainan dariapada muri-murid. Oleh itu. Faktor pertama ialah keadaan tempat murid-murid itu mengambil ujian. kerana semua responnya adalah tepat. maka jawapannyapun tidak sebaik yang dapat ditunjukkannya jikalau dia di dalam keadaan sihat. emosi dan kesihatan calon. Sebaliknya. Jika bilik itu bising dan panas umpamanya . muird tidak akan dapat menjawab soalan dengan sebaik-sebaiknya. Oleh itu untuk meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian . guru seharusnya memastikan yang arahan dan item-item. Meningkatkan Kebolehpercayaan Dalam Ujian Pada lazimnya . Faktor ketiga berkait dengan panjangnya ujian ataupun penilaian itu. Manamana pemeriksa akan memberi markah yang sama untuk respon yang sama. Jika murid itu tidak sihat ketika mengambil ujian . guru haruslah memastikan yang keadaan tempat murid itu semasa mengambil ujian adalah baik Faktor kedua ialah kejelasan yang terdapat pada arahan dan item-item ujian itu. guru harus mengurangkan segala punca perubahan faktor-faktor tersebut. Ini adalah kerana pencapaian murid dalam situasi yang berlainan akan dipengaruhi oleh factorfaktor berlainan seperti bilangan soalan. adalah sangat sukar bagi guru untuk membentuk satu ujian yang mempunyai ciri kebolehpercayaan yang tinggi. Ujian yang banyak itemnya itu selalunya lebih stabil oleh kerana guru berpeluang menyoalnya beberapa kali. keobjektifan merupakan satu syarat bagi keutuhan. Keadaan yang tidak selesa menyebabkan murid-muird tidak dapat menjawab seperti yang selalu ditunjukkan. Oleh itu semasa menyediakan ujian ataupun penilaian . sama ada dalam bentuk kenyataan.

guru harus menyediakan satu skim pemeriksaan dan pemarkahan yang jelas dan kita patuhi pada skimini apabila membuat pemeriksaan dan pemarkahan. Masalah ini sering berlaku di dalam ujian-ujian terbuka yang guru lakukan. selain menguji penguasaan dan pencapaian. ibubapa dan murid . Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku. pemeriksaan dan pemarkahan. Kita tahu lama masa yang dapat ditumpukan oleh murid terhadap sesuatu itu berbeza. Ujian objektif tidak menimbulkan masalah. maka semakin tepat pencapaian murid itu. Faktor kelima dalam meninggikan ciri kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian ataupun penilaian ilah dengan memberikan bilangan soalan yang berpatutan. Di dalam pemerhatian juga. Mereka cepat jemu dan dengan itu tidak akan dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Guru juga boleh memenggalkan ujian guru untuk diberikan beberpa kali. Faktor keempat ialah. Bagi mengelakkan perkara-perkara ini. Walau bagaimanapun. nilai dan juga amali sukar diperiksa dan diberikan markah secara objektif. Murid yang rendah umurnya sudah tentu tidak dapat memberi tumpuan yang dikehendaki.. murid di peringkat sekolah rendah mempunyai tumpuan yang terhad. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. kerana bilangan soalan ditambah akan dapat mengurangkan peluang untuk murid meneka istem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. Biasanya semakin bilangan solan bertambah. guru dapati yang pemarkahan sukar diberi dengan tepat. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar. guru seharusnya menyediakan ujian yang tidak terlalu memakan masa yang panjang.masa yang panjang. Tetapi ujian ataupun penilaian yang berkaitan dengan sikap. Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan . Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan. PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. 1 APAKAH PBS? PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek). modal intelektual. Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Justeru.itu sendiri.

tugasan rumah dan ujian. . laporan tugasan. direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah). Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja. direkod dan dilaporkan melalui penyertaan. kuiz. Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid.pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah . Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum. Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir. Sukan dan Kokurikulum v Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang. kecenderungan. Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir. diperiksa. sukan dan permainan. diperiksa. Pentaksiran Aktiviti Jasmani. minat. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi: v Pentaksiran Sekolah v Pentaksiran Pusat v Pentaksiran Aktiviti Jasmani. direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran. sikap dan personaliti murid. dibina. ditadbir. kemahiran berfikir. senarai semak. kemahiran menyelesaikan masalah. penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan. pemerhatian.

2. . . guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid. 4 BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS? Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS. 3 SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS? Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS. APAKAH OBJEKTIF PBS? Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk: · mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu · memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu · membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan. kemahiran dan kecekapan.

PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka. penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan . Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu. bakat. Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan. kebolehan. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan. kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. jawapan lisan. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian. menghargai. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun. 5 APAKAH KELEBIHAN PBS? Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada. memahami. mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna.

.C. 6 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND? Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti 81% atau pun gred A. . atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1. murid tahu perkara asas.D.. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 4 Tahu..2.masing-masing. BAND STANDARD 6 Tahu.B. Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5 Tahu. Faham dan Boleh Buat 2 Tahu dan Faham 1 Tahu Di Band 1.3 . Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 3 Tahu.

00. Di Band 5. Di Band 3. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3. murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg. murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif. dengan mengikut prosedur atau secara sistematik. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru. seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’. mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10. darab dan bahagi. Di Band 4. tolak. Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.Di Band 2. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut. di Band 6. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah. murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. serta tekal dan bersikap positif.00 jika sebiji telur berharga 20 sen? Dan akhir sekali. .

8 BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI? . guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru. Bagi membantu guru melaksanakan PBS. Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. 7 ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU? Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod. menyimpan dan melapor perkembangan murid. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid.

Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar. . b. kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: a. c. Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan. Pementoran Penyelarasan Pemantauan Pengesanan Pementoran adalah proses membantu. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD. JPN dan KPM terlibat dalam proses ini. Ketua Panitia. Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran. memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal. Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Guru Cemerlang. d.

Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. sukan dan kokurikulum. kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar. Guru Besar. Soalan.Ketua Bidang. . Apa yang jelas. 9 ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU? PBS bukan konsep baru. kuiz. ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah. Lebih dari itu. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah. Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. 10 PENUTUP Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. latihan dalam kelas.

Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali. memahami.Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan. mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna. penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang . menghargai. . kebolehan. bakat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful