P. 1
Word_16x16 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Word_16x16 Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

5.0

|Views: 10,049|Likes:
Published by Anip_7teens

More info:

Published by: Anip_7teens on Apr 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2015

Definisi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah

Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan,pentadbiran atau pengurusan adalah tersangat penting.Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia.Dalam proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisasi yang besar mahupun kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.Untuk mengurus sesuatu organisasi,seseorang pentadbir atau pemimpin seharusnya memahami terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan pentadbiran. Griffiths(1959), dalam buku bertajuk Administration Theory,menyatakan pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu.Drucker(1945) dalam bukunya The Practice of Management menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga.Stoner(1984) mengatakan pengurusan aialah satu proses merancang,mengelola,memimpin,mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.Campbell pula,menjelaskan proses pentadabiran sebagai satu cara anggota-anggota sebuah organisasi membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Dalam konteks pentadbiran,pentadbiran yang baik amat dihargai oleh sesuatu masyarakat.Jabatan Pendidikan dan sekolah tidak terlepas daripada mewujudkan pentadbiran yang sihat.Kita seharusnya mengetahui cara-cara untuk mewujudkan konsep tersebut.Sebagaimana yang kita fahami,pendidkan sebagai agen sosialisasi dan penyampai warisan budaya dapat memberi faedah-faedah ekonomi dan membolehkan individu-individu menikmati kehidupan yang baik.

Mengikut Knezevich (1974) dalam bukunya yang bertajuk Administration of Public Education,pentadbiran sekolah ialah satu proses sosial yang bersangkut paut dengan mengenal pasti,menyelenggarakan,merangsanag,mengawal,dan menyatukan secara formal mahupun tidak formal kuasa-kuasa yang bercorak manusia dan material ke dalam satu sistem yang kukuh dengan tujuan memenuhi objektif yang ditetapkan. Sementara itu Campbell,Bridges dan Nystrand (1977) dalam buku yang bertajuk Introduction to Educational Administration berpendapat bahawa pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha dikalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.

1

-

Definisi lain ialah: Pentadbiran pendidikan ialah bidang amalan seperti institusi-institusi lain. Pentadbiran pendidkan merupakan juga sebahagian kajian penyelidikan oleh para pensyarah terutama Universiti Stanford,Universiti Ohio,Universiti Chicago dan lain-lain. Pentadbiran sekolah sebagai bidang gunaan seperti kejuruteraan dan perubatan.Ia dibina berdasarkan disiplin psikologi,sosiologi,sains,politik dan ekonomi.Kesemua bidang ini berkaitan dengan pentadbiran pendidikan.

Jadi secara ringkasnyamatlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran.Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah,jabatan pendidikan,maktab perguruan dan juga universiti.Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain.Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalnkan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Dalam organisasi.konsep pentadbiran dan pengurusan sekolah selalu digunakan dan saling bertukar ganti.Definisi pengurusan lebih kurang sama dengan pentadbiran ,iaitu proses mengarah,mengawalsesuatu institusi yang melibatkan perancangan.Di Malaysia istilah pentadbiran lebih kerap digunakan kerana ia lebih memberantkan kepada perkhidmatan dan bukan kepada keuntungan.Walau bagaimanpun ramai bersetuju pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya.Perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah : - Pengendalian - Matlamat - Kualiti/mutu - Keberkesanan - Merujuk kepada sumber fizikal dan manusia

2

Tugas Pentadbiran Sekolah
Terdapat banyak pendapat yang menyenaraikan tugas pentadbiran sekolah, tetapi hanya tiga yang di ambil iaitu : 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) 2. Clark (1977) 3. Kimbraugh & Nunnery (1976) 1. L . Gulick dan L . Urwick ( 1959 ) Menyenaraikan tugas-tugas pentadbiran sebagai ‘POSDCORB’ . Akroni ini diwujudkan dengan merangkumkan huruf-huruf pertama perkataan -perkataan : planning {P},organizing {O},staffing {S},directing {D},coordinating {CO}, reporting {R},dan budgeting {B}.Penerangan lanjut adalah seperti berikut : 1. Merancang {planning}, iaitu menentukan perkara yang mesti dilakukan dan cara melaksanakannya. 2. Mengelola {organizing}, iaitu membentuk satu struktur formal tentang pembahagian kuasa dalam menyempurnakan tugas aktiviti yang telah dirancang. 3. Mengisi tenaga {staffing}, iaitu fungsi tentang tenaga pekerja seperti melantik pengawai baru atau melatih pegawai yang sedia ada dan juga mengatur suasana tempat kerja yang memuaskan. 4. Mengarah (directing),iaitu tugas membuat keputusan dan memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kakitangan. 5. Menyelaras (coordinating ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 6. Melapor (reporting ), iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak atasan atau bawahan melalui rekod-rekod kajian dan pemerhatian. 7. Merangkakan belanjawan (budgeting) iaitu mengendalikan urusan kewangan dari segi peruntukan , perbelanjaan dan kawalan. 2. Clark (1977) Empat lagi tugas pentadbiran telah dikenal pasti , iaitu komunikasi , hubungan awam ,penilaian dan membuat keputusan. Clark juga telah merumuskan fungsi pentadbiran bertumpu kepada : 1. Menggubal dan menjelaskan falsafah , matlamat dan polisi organisasi 2. Membentuk struktur formal dan tidak formal dalam menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap , penyerahan autoriti dan perkongsian tanggungjawab. 3. Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan dalam matlamat dan polisi . 4. Mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di dalam organisasi dan juga di luar organisasi. 5. Mengubal polisi yang meluas tentang prosedur dan kandungan program. 6. Menyediakan polisi yang meluas tentang keperluan-keperluan personel kecekapan standard kakitangan , polisi latihan , gaji dan lain-lain.

3

7. Mendapatkan sumber-sumber kewangan dan menjelaskan polisi penggunaan dan perbelanjaan wang. 8. Menilai prestasi. 9. Mewujudkan proses kawalan mutu kerja. Proses pentadbiran berikut, iaitu merancang, membuat keputusan , komunikasi, mengawal dan menilai berfungsi dalam satu pusingan yang di sebut pusingan tugas- tugas pentadbiran ( lihat rajah di bawah).

Merancang Menilai Membuat keputusan

Mengawal

Komunikasi

Rajah 3.1 Proses Pentadbiran Sekolah

Proses pentadbiran ini bermula dengan merancang kemudian membuat keputusan serta memberitahu keputusan yang telah diambil ,mengadakan proses kawalan untuk mencapai keputusan yang telah ditentukan dan menilai kembali aktivitiaktiviti .Pusingan ini dapat membantu pengetua menjalankan fungsi pentadbiran sekolahnya.

3.

Kimbrough dan Nunery (1976)

4

Pengetua juga hendaklah melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menentukan keperluan dan mengenal pasti masalah. 2. Mencari maklumat , menentukan sumber , dan menyediakan khidmat bimbingan. 3. Mencadangkan polisi-polisi , tindakan dan memberi cadangan –cadangan alternatif. 4. Merancang dan melaksanakan perancangan. 5. Menilai kemakmuran. Secara amnya memang telah terdapat pernjelasan fungsi-fungsi pentadbir pendidikan , iaitu membuat keputusan tentang apa yang hendak dilaksanakan , membentuk perancangan menurut matlamat yang telah ditentukan , mengurus peruntukan sumber manusia dan kewangan , mengadakan faktor-faktor motivasi yang boleh mendorong kakitangan , mengadakan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat dan membuat penilaian antara prestasi sebenar dengan prestasi yang diharapkan supaya kelemahan dan penyelewangan dapat diatasi.

Tugas Pengurusan Sekolah
5

Secara umumnya pengurusan pendidikan di sekolah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain (complimentary). Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Pengurusan pendidikan merupakan bidang yang amat istimewa kerana ia merupakan aspek yang sangat penting dalam proses pembinaan generasi. Bidang ini tidak sahaja dikaitkan dengan proses pendidikan dan pengurusan, tetapi juga dikaitkan secara langsung dengan ilmu pengetahuan. Oleh kerana sifat ilmu itu berkembang, kemahiran pengurusan juga tidak dapat mengelak dari berkembang sama. Pengurusan pendidikan juga dikaitkan dengan kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan diukur dengan kualiti generasi baru yang dihasilkan. Indikator kualiti itu berkait rapat dengan keupayaan Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan, sekolah dan bilik darjah yang akan melahirkan generasi pelajar yang bukan sahaja berkemampuan untuk terlibat dalam pasaran kerja (job market), tetapi dalam masa yang sama generasi pelajar itu memiliki kualiti akhlak dan diri yang cemerlang. Dalam konteks reformasi pendidikan yang bertunjangkan Falsafah Pendidikan Negara, peranan pengurusan pendidikan dilihat amat penting bagi melahirkan generasi seimbang

6

dan harmonis yang bukan sahaja memiliki keupayaan intelek yang baik dan ketangkasan jasmani yang teruji, tetapi dalam masa yang sama memiliki kekuatan dalaman yang berdaya tahan. Peranan Guru Besar Di antara peranan dan tanggungjawab guru besar sebagai pengurus sesebuah organisasi pendidikan ialah:
 

 

memahami dan mengetahui secara mendalam tentang Falsafah Pendidikan Negara yang terjelma dalam falsafah pendidikan sekolahnya, termasuk matlamat KBSR. membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang dijalankan itu sesuai, selaras dan secocok dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. mempunyai peranan dan tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, citacita dan kehendak falsafah dan matlamat pendidikan sesebuah sekolah. membimbing dan mendorong serta meransang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi. menjadikan sekolahnya sebagai lambang kepada segala nilai, kepercayaan, citacita dan hasrat yang diperjuangkan oleh sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan.

Peranan Guru Guru mempunyai peranan yang sangat besar dalam mendidik murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi dari penglibatan yang menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Profesion perguruan berkehendakkan guru-guru melengkapkan diri mereka dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran. Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya menguasai pelbagai kemahiran iaitu:
  

Kemahiran belajar ke arah mempertingkatkan lagi potensi pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran berfikir ke arah mewujudkan pemikiran yang lateral iaitu yang bersikap positif, kreatif dan inovatif. Kemahiran merancang ke arah mewujudkan sistem penyampaian yang berkesan serta bersistematik.

7

    

Kemahiran menyediakan bahan pengajaran/pembelajaran ke arah mewujudkan pendekatan yang lebih bersifat resource base dalam proses pengajaran. Kemahiran mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aspek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. Kemahiran menilai supaya dapat membuat analisis dan diognisis terhadap pencapaian pelajar dan hubungkaitnya dengan objektif pembelajaran. Kemahiran membuat kajian pendidikan ke arah membudayakan masyarakat yang peka terhadap perkembangan penyelidikan dalam menentukan kualiti pendidikan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan ke arah melahirkan masyarakat penyayang, mempunyai nilai-nilai murni, bersefahaman serta semangat bekerjasama dalam satu pasukan. Kemahiran mengurus dan menjalankan aktiviti luar ke arah melahirkan generasi yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi, sihat, berpengalaman, dinamik dan peka terhadap persekitaran luaran. Kemahiran menangani masalah dan cabaran ke arah membentuk jiwa yang rasional berkeupayaan mengawal emosi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Kemahiran berusaha ke arah perkembangan kendiri ke arah memupuk imej kendiri (self-image), kesedaran diri (self-awareness) sebagai salah satu aspek motivasi diri.

Kemahiran-kemahiran di atas bukan sahaja dapat diperolehi di bilik-bilik kuliah atau di pusat-pusat sumber, tetapi melalui penglibatan yang aktif dalam kelab atau persatuan dan juga aktiviti-aktiviti sosial.

Kurikulum Sekolah Kurikulum boleh ditakrifkan sebagai pengalaman yang diberikan kepada murid-murid secara terancang di bawah bimbingan dan panduan sekolah. Dari segi prinsip utamanya, kurikulum sekolah rendah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan kepada pendidikan di bidang 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Kurikulum juga menegaskan perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan perkembangan bakat murid-murid. Dari segi pelaksanaannya, kurikulum sekolah rendah menegaskan pemerolehan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman secara langsung, yakni penglibatan setiap murid secara aktif melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

8

Kurikulum merangkumi perkara-perkara seperti kursus pengajian, sukatan pelajaran, penjadualan waktu pembelajaran, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, aktivitiaktiviti di luar bilik darjah (kokurikulum) yang dilaksanakan secara terancang dan bahanbahan sokongan yang dicadangkan, dihasil dan dibekalkan untuk pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. Terdapat dua jenis kurikulum sekolah iaitu kurikulum tersurat dan kurikulum tersirat. Kurikulum tersurat ditujukan kepada aspek-aspek kurikulum yang telah ditetapkan dan dinyatakan secara jelas dan terang kepada pelaksana-pelaksana kurikulum. Perkaraperkara yang tersurat seperti mata pelajaran, sukatan pelajaran, peruntukan masa, bahanbahan pengajaran, kaedah-kaedah pengajaran, pengurusan pengajaran. Segala yang tersurat ini mudah dinilai dan dikawal berpandukan peraturan-peraturan, arahan-arahan dan cara-cara penilaian yang telah ditetapkan. Kurikulum tersirat pula adalah unsur-unsur yang tidak dirancang tetapi mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang berkesan terhadap proses kurikulum yang sudah tersurat tadi. Contohnya iklim sekolah, budaya kerja, budaya sosial sekolah dan persekitaran juga mendatangkan kesan dalam membentuk sikap, minat, akhlak, aspirasi dan kepercayaan seseorang murid.

Panitia Mata Pelajaran Di antara tujuan panitia mata pelajaran (PMP) ialah merancang dan menyelaraskan pengurusan mata pelajaran masing-masing, memperbaiki dan meningkatan mutu dan kekesanan pengajaran dan pembelajaran di samping berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani murid-murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu PMP juga mempunyai objektif memperbaiki prestasi murid-murid di dalam peperiksaan sekolah ataupun peperiksaan awam dalam mata pelajaran berkenaan. Ini dibuat berpandukan kepada prestasi atau sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah. PMP juga boleh mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dan persatuan akademik yang ditubuhkan di sekolah. Fungsi dan peranan PMP sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas ialah:
 

memperolehi sukatan pelajaran dan menyediakan rancangan mengajar yang diselaraskan mengikut penggal berdasarkan keperluan sesuatu darjah atau kelas. memilih dan mencadangkan kepada guru besar buku teks untuk digunakan oleh murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dengan kehendak-kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid-murid tersebut. memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan dan alat-alat bantu mengajar yang sesuai dengan keperluan

9

  

   

pembelajaran murid-murid dan juga kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. menyediakan sudut-sudut dan bahan-bahan pembelajaran dan merancang penggunaannya kepada pelajar. menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan dalaman yang disediakan bagi tiap-tiap darjah dan menubuhkan bank soalan. mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan murid-murid bagi tiap-tiap peperiksaan (khususnya peperiksaan penggal/semester) dan mengambil langkahlangkah untuk mengatasi kelemahan murid-murid dan pengajaran guru. merancangan dan menjalankan aktiviti perkembangan staf peringkat panitia dalam hal-hal berkaitan profesional perguruan. membantu guru-guru baru dalam hal-hal ikhtisas. membantu pihak pentadbir dalam merancang perbelanjaan tahunan berdasarkan peruntukan yang diberi. merancang aktiviti-aktiviti panitia bagi tujuan meningkatkan prestasi murid-murid dari masa ke semasa.

Gerakerja Kokurikulum Kepentingan gerakerja kokurikulum adalah berasakan bahawa semua murid harus ada perseimbangan antara perkembangan mental dan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Dengan itu murid-murid boleh dididik dan boleh pula mendidik diri sendiri dan juga rakan-rakan mereka ke arah memperkembangkan bakat semulajadi. Sekolah juga bertanggungjawab menyediakan murid-murid untuk keperluan masyarakat yang mana masyarakat juga mempunyai tanggungjawab yang sama mendidik murid-murid itu. Matlamat gerakerja kokurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:
     

menyemaikan kesedaran agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid-murid. memperseimbangkan antara perkembangan mental dan fizikal murid-murid. mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam sekolah dan di antara sekolah-sekolah. membina dan meningkatkan disiplin murid-murid. membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.

10

Kewangan Sekolah Tanggungjawab tentang penggunaan kewangan sekolah diletakkan di bahu guru besar. Perbelanjaan kewangan ini mestilah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Peraturan Kewangan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Semua peraturan ini termasuk juga tentang pemungutan wang, pengawalan perbelanjaan, penyimpanan dan penyelenggaraan cek, resit dan sebagainya. Segala kerja hendaklah dilaksanakan secara betul dan bersistem supaya dapat memastikan kelancaran dan kelicinan perjalanan sekolah. Kemantapan kewangan sesebuah sekolah bergantung kepada kebijaksanaan guru besar untuk merancang lebih awal sebelum sesuatu perbelanjaan dilakukan supaya dapat menentukan bahawa wang peruntukan yang diberi kepada sekolah dan lain-lain wang sekolah dapat dibelanjakan dengan berfaedah kepada murid-murid khususnya dan kepada sekolah amnya.

Fizikal Sekolah Sumber-sumber fizikal atau infrastruktur yang lain seperti pejabat, pusat sumber sekolah (PSS), bilik darjah, kerusi dan meja, makmal, kantin, padang permainan, kawasan rekreasi memainkan peranan dalam membentuk sekolah itu sebagai sebuah organisasi pendidikan. Pejabat sekolah adalah pusat di mana semua urusan luar dan dalaman dilakukan. Di sini letaknya pengurusan yang menjadi asas organisasi pendidikan itu. Di sini tenaga perkeranian memainkan peranan utama. Hubungan sekolah dengan pihak atasan yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga hubungan dengan institusi-institusi lain dan masyarakat sekitar banyak berlaku di sini. Kepakaran guru besar, penolong-penolong kanan dan juga pembantu tadbir menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dan murid membolehkah pengurusan pendidikan itu berjalan lancar. Pusat sumber sekolah pula memainkan peranan memaksimumkan pendedahan maklumat dan bahan kepada pengguna. Guru tidak lagi dianggap sebagai satu-satunya punca pengetahuan dalam proses P&P di bilik darjah, tetapi lebih berperanan sebagai fasilitator pembelajaran. Fasilitator mempunyai tanggungjawab dengan memberi kesempatan kepada murid menggunakan keupayaannya secara optimum. Peranan murid pula diubah dari pada pasif kepada penglibatan dan pelakuan yang aktif. Di antara kemudahankemudahan yang disediakan di pusat sumber sekolah ialah bilik bacaan yang selesa, bahan-bahan cetak, carta, peta, transparensi, slaid, pita rakaman audio dan video dan pelbagai koleksi buku bacaan. Padang permainan disediakan untuk murid-murid melakukan aktiviti pendidikan jasmani dan juga kegiatan kokurikulum seperti bersukan dan olahraga. Pendidikan jasmani

11

sememangnya perlu selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Di antara objektif umum pendidikan jasmani ialah:

      

memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental, sosial dan emosi. menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan, berlari dan lain-lain yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif. menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik. mengetahui had kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan alam persekitaran. mencapai taraf disiplin diri yang tinggi. merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan di dalam dan di luar sekolah. menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan menyedari peranan sukan dalam kegiatan masyarakat dan bergembira ketika mengambil bahagian sebagai perserta atau penonton.

Peraturan Sekolah Di antara ciri-ciri organisasi yang baik ialah mengadakan peraturan. Peraturan dalam organisasi pendidikan ditujukan kepada semua ahli yang ada dalam sekolah iaitu guru besar, penolong-penolong kanan, guru-guru, kakitangan bukan guru dan juga kepada murid-murid. Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan itu menjadikan organisasi itu berdisiplin. Disiplin dimaksudkan sebagai kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat . Disiplin ke atas murid akan menjadikan murid itu sebagai manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya di masa hadapan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat sekolah yang bertatasusila, bersatupadu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

12

Terdapat murid-murid yang tidak mematuhi atau melanggar peraturan. Murid-murid ini dikenalpasti sebagai murid bermasalah. Dalam menangani masalah murid-murid, guruguru tertentu ditugaskan mengendali atau menyelesaikan masalah yang ditimbulkan itu. Di antara bidang-bidang yang dikenalpasti dikendalikan oleh guru-guru tertentu seperti berikut: Guru Guru Tingkatan/Kelas Guru Bertugas Harian Guru Disiplin/ Pengawas Bidang Yuran, buku teks, pakaian sekolah, masalah belajar, disiplin kelas, kehadiran Kecemasan, kemalangan, sakit, kecurian, kejadian harian. Keselamatan, gangguan pelajar lain, pergaduhan, kecurian, peras ugut, berjudi dan hal-hal lain yang melanggar peraturan sekolah. Hal-hal yang berkaitan dengan masalah di asrama Biasiswa, bantuan kewangan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti persatuan/kelab, pasukan pakaian seragam, sukan dan permainan. Masalah pelajaran dan pembelajaran, masalah emosi, keluarga, kerjaya dan masalah hubungan dengan individuindividu lain. Hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, moral dan hukum agama. Semua hal di atas.

Guru Asrama/ Warden Penolong Kanan HEM/ Guru Kebajikan Penolong Kanan Kokurikulum Guru Bimbingan & Kaunseling

Guru Agama Guru Besar, Penyelia Petang, Penolong Kanan

Keceriaan Sekolah

13

Kepentingan mewujudkan suasana persekolahan yang sihat sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kecemerlang murid dipengaruhi oleh kedua-dua faktor persekitaran pembelajaran dan persekitaran sekolah yang mana kedua-dua faktor ini saling berinteraksi antara satu sama lain. Alam sekeliling memberi peluang pelaksanaan seluruh potensi murid. Suasana keceriaan yang dibina itu memungkinkan perkembangan maksimun dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek murid. Keadaan persekitaran sekolah juga termasuk dalam pendidikan. Murid-murid yang didedahkan dengan persekitaran sekolah yang ceria, bersih dan nyaman akan membangkitkan suasana pembelajaran yang kondusif. Matlamat utama keceriaan sekolah ialah:
   

Menggalakkan pihak sekolah mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, bersih dan indah. Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif kepada pengajaran dan pembelajaran. Menanamkan sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya mengurangkan perlakuan merosakkan harta benda sekolah. Menggalakkan hubungan baik dan kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat setempat serta agensi-agensi lain dalam usaha-usaha keselamatan, kebersihan dan keindahan. Menyemai unsur-unsur keselamatan, kebersihan dan keindahan di sekolahsekolah,

Proses keceriaan sekolah boleh berlaku dengan sendirinya apabila semua pihak sedar tanggungjawab masing-masing. Pengurusan sekolah boleh memberi kebebasan kepada guru dan kakitangan untuk mengekspresikan ilham serta kebolehan masing-masing. Semua guru, murid, kakitangan serta kawasan yang ada merupakan aset yang penting dalam program keceriaan sesebuah sekolah. Keceriaan sekolah juga menjadi pemangkin kepada peningkatan akademik sekolah. Guru-guru dan kakitangan yang mempunyai kemahiran seni landskap, kreatif dan inovatif, dapat mengindahkan kawasan lapang serta sudut-sudut sekolah dengan taman-taman yang bermotifkan pembelajaran. Binaan-binaan seperti biorama mempunyai ciri-ciri pembelajaran alam sekitar yang cukup kuat yang menggabungkan alam hutan dan alam akuatik. Sudut biorama yang dihiasi dengan pemandangan yang menceritakan perlunya alam sekitar dipelihara dalam keadaan asalnya dan tidak dimusnahkan. Program stesen alam sekitar, yang dilekatkan dengan soalan-soalan bermotifkan pengajaran alam sekitar. Selain itu boleh dibina Taman Matematik, dengan kepelbagaian bentuk susunan bata, disesuaikan dengan kurikulum matematik. Semasa merancang pembinaan taman-taman di sekeliling sekolah, nilai-nilai kecantikan berimejkan sekolah serta mempunyai motif pembelajaran haruslah diutamakan. Dalam usaha menceriakan kawasan sekolah, kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak-pihak lain termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga diperlukan. Selain itu sekolah juga boleh memupuk budaya penyayang antara waris, guru,

14

para pentadbir dan murid-murid dengan menubuhkan Tabung Penyayang untuk membantu murid-murid yang tidak berkemampuan. Sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman misalnya, mempunyai dusun buah-buahan seperti durian, manggis, cempedak, langsat, rambutan dan petai. Paya-paya dan anakanak sungai di kawasan dusun dikekalkan kecantikan dan keasliannya dengan pokok rumbia, bemban dan pokok-pokok hutan paya yang lain. Di samping itu boleh dipelbagaikan kegiatannya, seperti taman perubatan, dataran minda, rumah tradisional, mini muzium serta laluan refleksi. Koleksi bahan-bahan antik yang boleh dikumpulkan daripada penduduk setempat, dipamerkan dan dijadikan mini muzium. Prinsip-prinsip Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah Pendekatan pengurusan saintifik menumpukan kepada pekerja atau peringkat bawah.Pendekatan yang dikenali juga sebagai analisis tugas ini diasaskan oleh Frederick Taylor(1856-1915) dalam bukunya The Principal of Scientific Management(1911).Penyumbang-penyumbang lain ilaha Henry L Gantt dan Frank Gilberth. Pendekatan ini timbul disebabkan oleh masalah dalam revolusi industri pada tahun 1900.Tujuan utama kajiannya ialah menilai prestasi pekerja dan meningkat profesionalisme dalam pengurusan.Dengan kejayaan pendekatan tersebut beliau digelar sbagai bapa pengurusan SAINTIFIK.Beliau yang berasala dari Amerika Syarikat mempunyai banyak pengalaman bekerja di kilang besi waja iaitu di Midvale Steel Company.Bermula dari buruh sehingga menjadi seorang jurutera. Prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan Memilih pekerja paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. Gaji seimbang dengan kerja Perlu memotivasikan pekerja. Masa yang standard bagi semua pekerja. Tugas perancangan harus dipisah denagan pengeluaran. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. Pengurus dilatih prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan. Pengurus harus mengambil alih tugas merancang daripada pekerj.

Prinsip-prinsip am untuk menguruskan sekolah secara berkesan adalah dengan amalan demokrasi yang merupakan pertimbangan penting bagi pentadbir sekolah untuk mengurus guru secara individu dan kolektif.Masalah manusia yang dianggap kecil selalunya memerlukan perhatian dan pertimbangan yang luas.Pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk memudahkana interaksi antara kakitangan dan perlu mengamalkan kepipmpinan ciri-ciri kepimpinan demokratik.Semua individu yang terlibat dalam sebarang keputusan hendaklah diberikan kesempatan untuk menentukan corak tindakan yang perlu dilaksanakan.

15

RUJUKAN a. Omardin Ashaari (1999), Pengurusan Sekolah (Satu panduan lengkap),Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd b. Mohd Salleh Lebar (2000),Pentadbiran Pendidikan dan Pendidikan di Malaysia,Penerbit Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.Bhd. c. Jaafar Muhamad (1992), Asas Pengurusan, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. d. Ahmad Kilani Mohamed(2003), Pengurusan Pendidikan di Sekolah, UTM Skudai. e. Jaafar Muhamad (1993), Asas Pengurusan Perniagaan ,Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd

16

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->