You are on page 1of 9

E1001 / UNIT 5/ 1

KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF)

UNIT 5

PEMUAT

OBJEKTIF

Objektif am

:

Mengetahui istilah am bagi pemuat serta mengetahui jenis-jenis pemuat. Di samping itu memahami faktor-faktor yang mempengaruhi pemuat.

Objektif khusus

: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-

  

Mentakrifkan pemuat. Menerangkan jenis-jenis pemuat. Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi pemuat.

1 TAKRIF PEMUAT Pemuat ialah komponen yang menyimpan cas elektrik. pemuat terdiri daripada dua plat logam atau 2 pengalir yang selari dan dipisahkan oleh penebat yang dipanggil dielektrik. Medan elektrik di dalam pemuat mempunyai banyak kesamaan dengan medan magnet.0 PENGENALAN Satu pemuat mengandungi lapisan bahan penebat yang terapit di antara dua plat logam. Kemuatan boleh dikira daripada pengetahuan mengenai matra pemuat dan kebertelusan bahan penebat. Pemuat menggunakan unit Farad (F). C = ∈A D Di mana. Dielektrik ini boleh terdiri daripada udara. C = Kemuatan ∈ = Pemalar dielektrik A = Luas d = Jarak kedua-dua plat . mika. kertas. Nilai kemuatan pemuat ialah ukuran jumlah cas elektrik yang boleh distor di dalam peranti. Logam Dielektrik Nilai kemuatan bergantung kepada nilai pemalar dielektrik. luas permukaan plat dan jarak di antara kedua-dua plat. 5. polister atau elektrolitik.E1001 / UNIT 5/ 2 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) PEMUAT 5. Pada asasnya.

Kekutuban pemuat perlu disambung dengan betul bagi mengelakkan pemuat daripada rosak atau meletup. 5. Pemuat berkutub hanya sesuai untuk litar arus terus. pemuat kertas. maka penebatan dielektrik akan pecah dan plat pemuat akan dilitarpintaskan. had terima. b) Had terima ialah nilai kelegaan bagi nilai sebenar sesuatu pemuat. pemuat seramik atau pemuat elektrolitik. Pemuat biasanya mempunyai had terima sebanyak lebih kurang 10%.E1001 / UNIT 5/ 3 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) 5. Apabila menggunakan pemuat hendaklah pastikan bahawa voltan kerja pemuat lebih tinggi daripada voltan maksimum di dalam litar. pemuat mika.1 Pemuat Tetap Simbol bagi pemuat tetap Pemuat tetap ialah pemuat yang mempunyai nilai kemuatan yang tetap. Pemuat tetap terbahagi kepada dua jenis iaitu b erkutub dan tidak berkutub.2. d) Bocoran ialah kehilangan cas yang sedikit yang sepatutnya tidak berlaku dalam penebatan dielektrik pada pemuat. voltan kerja dan bocoran. a) Nilai kemuatan boleh dibaca dengan menggunakan kod bercetak atau kod warna. (Jika voltan kerja bagi sebuah pemuat dilampaui. . faktor yang perlu diambil kira ialah nilai kemuatan. c) Voltan kerja merupakan voltan AT dan voltan AU (puncak) yang boleh dikenakan sebelum penebatan dielektrik pecah. Apabila memilih pemuat.2 JENIS-JENIS PEMUAT Pemuat boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. Jenis-jenis bagi pemuat tetap ialah pemuat udara. Voltan kerja biasanya ditandakan pada pemuat dengan huruf WV.

Berikut merupakan contoh-contoh pemuat boleh ubah serta cara mengubah kemuatannya: a) Perapi atau Praset. . untuk pemuat perapi mika. Pemuat berputar yang lebih kecil biasanya menggunakan dielektrik saput plastik nipis di antara plat. Manakala.E1001 / UNIT 5/ 4 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) 5. ia diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan di antara plat. b) Pemuat berputar Kemuatan pemuat diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan oleh dielektrik udara. Bagi kemuatan perapi seramik. Plat pemuat dipisahkan oleh dielektrik mika. Dielektrik yang digunakan sebagai penebat ialah seramik yang diletakkan di antara plat. Nilai maksimum untuk pemuat berputar ialah 500pF. Kedua-dua jenis pemuat ini dinamakan pemuat perapi kerana ia digunakan bagi merapi litar (Pelarasan yang kecil) supaya mempunyai jumlah kemuatan yang tepat.2 Pemuat Boleh ubah Simbol bagi pemuat boleh ubah Pemuat boleh ubah mempunyai nilai kemuatan yang boleh diubah mengikut keperluan litar. kemuatannya diubah dengan melaraskan skru bagi mengawal jarak di antara plat. Kemuatan maksimum pemuat perapi ialah 100pF. Ia digunakan dalam litar talaan radio.2. Kemuatan bagi sesebuah pemuat boleh ubah boleh diubah sama ada dengan melaraskan luas permukaan plat yang berkesan atau jarak antara plat.

E1001 / UNIT 5/ 5 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) 5. Untuk menghasilkan satu nilai kemuatan yang lebih tinggi.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUATAN Kemuatan adalah bergantung kepada : 1) Jarak antara plat. Kedua-dua permukaan plat hendaklah diperluaskan untuk mendapatkan nilai kemuatan yang tinggi. Ketebalan dielektrik. Cα 2) 1 S Luas permukaan plat. CαA Bahan dielektrik yang digunakan. Kemuatan bergantung kepada bahan dielektrik yang digunakan iaitu ketelusan di antara dua plat. Kemuatan di antara dua plat berkadar terus dengan luasnya. ukuran jarak di antara kedua-dua plat hendaklah diperbesarkan. 3) 4) . Kemuatan di antara plat berkadar songsang dengan jarak di antara keduanya.

1) 5.3) Lakarkan simbol bagi pemuat tetap dan pemuat boleh ubah. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.2) 5. 5. Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi pemuat. Nyatakan 5 jenis bagi pemuat tetap.E1001 / UNIT 5/ 6 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) AKTIVITI 5a • • UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. .

5. ii) Luas permukaan plat. a) Pemuat udara b) Pemuat kertas c) Pemuat mika d) Pemuat seramik e) Pemuat elektrolitik 4 faktor yang mempengaruhi pemuat ialah . (Ketelusan antara dua plat) iv) Ketebalan dielektrik.1) Simbol bagi pemuat tetap Simbol bagi pemuat boleh ubah 5.3) .E1001 / UNIT 5/ 7 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) MAKLUMBALAS 5a PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5a. i) Jarak antara plat.2) 5 jenis bagi pemuat tetap ialah . JAWAPAN : 5. iii) Bahan dielektrik yang digunakan.

a) Jarak antara plat b) Luas permukaan plat . Jika ada masalah yang timbul . a) Perapi atau praset b) Pemuat berputar 3) Jelaskan bagaimana faktor-faktor berikut boleh mempengaruhi kemuatan. Selamat mencuba semoga berjaya !!! SOALAN 1) Berikan takrif bagi pemuat dan lakarkan binaan sebuah pemuat. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . sila berbincang dengan pensyarah anda.E1001 / UNIT 5/ 8 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . 2) Jelaskan cara mengubah kemuatan bagi komponen-komponen pemuat berikut.

sila semak jawapan anda . Binaan sebuah pemuat adalah seperti berikut . satu nilai kemuatan yang lebih tinggi dapat dihasilkan. JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1) Pemuat ditakrifkan sebagai komponen yang menyimpan cas elektrik. 3) a) Jarak antara plat Apabila ukuran jarak di antara kedua-dua plat diperbesarkan. . Logam Dielektrik 2) a) Perapi atau praset • Bagi kemuatan perapi seramik. nilai kemuatan yang tinggi diperolehi. kemuatannya diubah dengan melaraskan skru bagi mengawal jarak di antara plat. • Untuk pemuat perapi mika. ia diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan di antara plat. b) Luas permukaan plat Apabila kedua-dua permukaan plat diperluaskan.E1001 / UNIT 5/ 9 KOMPONEN ELEKTRIK (PASIF) MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ . b) Pemuat berputar Diubah dengan melaraskan aci bagi mengubah luas permukaan berkesan di antara tindihan plat pegun dipisahkan oleh dielektrik udara.