You are on page 1of 40

Halaman Pengakuan

³Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya´

Tandatangan : ««««««««««««««««««.. Nama Tarikh : CHEW MIN FEI : 21 FEBRUARI 2011

PENGHARGAAN
Saya rasa bersyukur kerana dapat menghabiskan tugasan ini tepat pada masa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak yang telah membantu saya dalam proses penjalanan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual saya, Encik Aminuddin bin Mohamed, terima kasih diucapkan atas sumbangan dan dorongan beliau semasa kami menjalankan tugasan yang bermakna ini. Beliau memberikan tugasan ini kepada kami tepat pada masa. Beliau menjelaskan kehendak tugasan ini kepada kami secara teliti dan mudah difahami. Beliau memberikan tunjuk ajar kepada kami apabila kami menghadapi sebarang masalah. Beliau mengajar kami dengan penuh kesabaran dan tetap menjelaskan kepada kami jika kami masih tidak memahaminya.

Selain itu, saya juga ingin menunjukkan penghargaan saya kepada rakan -rakan seperjuangan saya yang telah menghulurkan bantuan kepada saya. Apabila saya menghadapi sebarang masalah, saya meminta t unjuk ajar daripada rakan -rakan saya. Rakan-rakan saya ini mengajar saya dengan penuh kesabaran dan menjelaskan beberapa kali sehingga saya betul -betul memahaminya. Tanpa tunjuk ajar dan kerjasama daripada rakan-rakan, sudah tentunya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini.

Bukan setakat itu sahaja, ucapan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan dari segi kewangan kepada saya sepanjang masa saya menjalankan tugasan ini. Secara keseluruhannya, tanpa ketiga -tiga pihak di atas, sudah pastinya saya tidak dapat menyempurnakan tugasan ini dengan begitu lancar.

PENGENALAN
Pola Keselarasan Vokal

Pola keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku kata pada dasar.Pasangan huruf vokal pada suku kata pra akhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup .Prinsip keselarasan vokal ini berdasarkan syarat-syarat yang berikut .

(a) Keselarasan berlaku antara dua huruf vokal yang terdapat pada kata dasar . (b) Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup sahaja . (c) Jika kata dasar mengandungi suku kata lebih dari dua ,keselarasan huruf vokal yang terlibat hanyalah pada dua suku kata yang terakhir .

Terdapat lapan pola yang berubah dar ipada sistem ejaan lama , iaitu huruf vokal i atau u pada suku kata akhir tertutup dalam sistem ejaan rumi baharu mestilah mengikut pola ini dengan syarat suku kata praakhir kata-kata ini menggunakan huruf vocal a,e pepet ,i ,atau u. Sistem Ejaan Lama Pola u-o a-o a-e taling e pepet -o I ±e taling i-o u-e taling e pepet ±e taling Contoh Usong lentok puteh rempoh pileh tidor usek lebeh Sistem Ejaan Baharu Pola u-u a-u a-i e-u i-i i-u u-i e-i Contoh Usung lentuk putih rempuh pilih tidur usik lebih

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan bahasa Melayu,iaitu:

Bil.

Suku kata praakhir

Suku kata Akhir Tertutup

Contoh Penggunaan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

a a a e (pepet) e (pepet) e (pepet) e (taling) e (taling) e (taling) i i i o o o u u u

a i u a i u a e (taling) o a i u a e (taling) o a i u

asal alih asuh emas betik belut elak belek elok bilah intip pikul otak oleh obor ulat ulit untuk

t alak t arik d atuk kel am ket il tel ur d ewan g elek b elok k ilang p ilih ribut borang b oleh b orong b ulat kulit b uluh

hal aman parit baruh selam l ebih perut p erang leceh telor selin ap sisih tidur sekolah cel oteh kelo mpok ket upat p utih seluruh

8.Pola Kekecualian Keselarasan Vokal Kekecualian keselarasan vocal berlaku pada kata -kata asing. 9. 3.i e taling-u e pepet ± e pepet i-e pepet o-i o-u u-e pepet Ge mbleng bendok Imlek ijon tulen p ilon ulet jempol gabenor simen diftong subjek kupon teater hipot esis petroleum demde m pepet Iseng artikel f osil bonus Lumer skuter f ilem hip okrit f orum obj ektif spektrum interkom t iket trans istor doku men kond uktor bunglon lelucon Pakem . 16. 11. 4. khususnya bahasa. 12.bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Pola -pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: Bil Pola Vokal Contoh Bahasa Nusantara aneh calon kaget l apor p amer perabot Contoh Bahasa Inggeris kabaret atom p anel faktor 1. 7. 5. 6. 15. a-e taling a-o e pepet ± e taling e pepet ± o i-e taling i-o u-e taling u-o a-e pepet e taling . Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. 2. 10. 13. 14.

Agenda = agenda 2. au = audio 2. Psychology = psikologi 2. drama = drama 3. garage = garaj . Tragedy = tragedi 3. college = kolej 3. tele = televisyen Prinsip 4 Mengekalkan Pengejaan Huruf "G" Yang Diucapkan /J/ Dalam Bahasa Inggeris Tetapi Diucapkan Mengikut Sebutan Bahasa Melayu 1. Clinic = klinik 2. Technique = teknik Prinsip 2 Mengekalkan Gugus Konsonan Yang Ada Pada Bahasa Inggeris 1.Pengejaan Kata-kata Pinjaman Enam Prinsip Pengejaan Kata -kata Pinjaman Prinsip 1 Mengutamakan Bentuk Visual Atau Hurufiah Tetapi Diucapkan Menurut Sebutan Bahasa Melayu 1. Technology = teknologi Prinsip 5 Mengekalkan Bunyi /J/ Bagi Huruf "G" Yang Diucapkan /J/ Dalam B ahasa Inggeris 1. agent = ejen 2. primitive = primitif Prinsip 3 Mengekalkan Penulisan Unsur-Unsur Depanan Bahasa Inggeris 1. dia = dialek 3.

mithal = misal 3. dzat = zat 2.Prinsip 6 Kata Ambilan Daripada Bahasa Arab Dieja Menurut Sistem Ejaan Rumi Dan Diucapkan Menurut Kaedah Sebutan Melayu 1. ma'mal = makmal .

Di antara kata-kata ganti diri ini.( betul ) 3. ( salah ) . kami. Contoh: Alidihukum.( salah ) Ali dihukum. ia. Contoh Kesalahan: 1. dan dikau. tuanku. kami. dan -nya.Kesilapan Umum Tatabahasa 1. awak. dan mereka sering digunakan dengan salah. Kesalahan dalam Kata Kerja 6. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Ganti Diri Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang tertentu iaitu diri orang pertama. beliau. mereka. baginda. Kesalahan dalam Penjodoh Bilangan 4. Kesalahan dalam Penggunaan Hukum D -M 1. dan hamba. (c) Kata ganti diri orang ketiga : ia. engkau. Kesalahan dalam Penggunaan Kata Bilangan 3. (b) Kata ganti diri orang kedua : anda. daku. Kesalahan dalam Perbendaharaan Kata 8. dia. beta. y Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda. Dia ponteng sekolah. patik. Kata beliau. Kesalahan dalam Kata Hubung 7. diri orang kedua dan diri orang ketiga. Ia diimport dari Itali. aku. Setiap kata ganti diri mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan. kita. Contoh : (a) kata ganti diri orang pertama: saya. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak - kanak dan binatang. 2. Beliau ponteng sekolah. kamu. kita . ada yang membawa maksud tunggal (satu) dan ada yang membawa maksud jamak (lebih daripada satu). kalian. Baju ini mahal . Kesalahan dalam Penggunaan Kata Ganti Diri 2. Kesalahan dalam Kata Sendi 5. dia.

(d) Kata bilangan pecahan seperti suku. 1. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Bilangan Kata bilangan ialah kata yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. ( salah ) Buku-buku ini tebal. Gunakan berbagai -bagaiatau pelbagai.´ kata Anas kepada Nazrul. (b) Kata bilangan tak tentu seperti beberapa. ( betul ) Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Mereka Syimir baca.y Baju ini mahal. 7. 5. segala. (betul) Analisis : Kata bilangan berbagaitidak sempurna bentuknya. Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. Kata bilangan digunakan untuk menghitung sesuatu. ( betul ) Kata kami bererti ³ saya dengan dia´.´ kata Anas kepada Nazrul. y y Buku-buku ini tebal. (salah) Berbagai-bagai(atau Pelbagai) jenis minuman terhidang di atas meja itu. Orang yang diajak bercakap tidak 4. Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. Buku-buku ini Syimir baca. seribu dan sebagainya. (c) Kata bilangan pisahan seperti setiap dan tiap -tiap. . para. kedua. ( betul ) 2. Orang yang diajak bercakap disertakan. (f) Kata bilangan tingkat seperti pertama. ( salah ) ³Kita mesti memenangi perlawanan ini. tiga pe rlima dan sebagainya. (e) Kata bilangan himpunan seperti berbagai -bagai. Baju ini diimport dari Itali. Kata bilangan terbahagi kepada tujuh jenis iaitu : (a) Kata bilangan tentu seperti dua. (g) Kata bilangan tanya iaitu berapa. berjenis-jenis. semua dan sebagainya. ketiga. ( betul ) Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. berpuluh-puluh dan sebagainya. y y ³Kami mesti memenangi perlawanan ini.Kita bererti ³anda dengan saya´ atau ³anda dengan kami´. y y Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah ) 2. seratus. ( betul ) Kata mereka tidak boleh diulang. 6. tiga. disertakan. keempat dan sebagainya. setengah. ( salah ) Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. kedua-dua. Contoh Kesalahan : Berbagaijenis minuman terhidang di atas meja itu.

(betul) Analisis : . akan. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. daripada. setengah. bagi. hingga. Contoh Kesalahan: Pertunjukan itu dibatalkan oleh keranatidak mendapat kelulusan. bagai. segala. terhadap. penjodoh bilangan tidak perlu digunakan bersama-sama dengan kata bilangan yang tertentu seperti para. ke.3. oleh. antara. untuk. sebahagian. demi. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Sendi Kata sendi ialah kata yang letaknya di hadapan frasa nama. tentang. sejak. Contoh Kesalahan: SALAH setiap orang murid semua orang pekerja seluruh buah kampung segala ekor binatang sekalian orang peserta para orang guru setiap murid semua pekerja seluruh kampung segala binatang sekalian peserta para guru BETUL 4. semua. dengan. pada. (salah) Pertunjukan itu dibatalkan oleh sebabtidak mendapat kelulusan. seperti. Contoh kata sendi ialah di. dari. sekalian. kepada. Kesalahan Penjodoh Bilangan Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama -sama dengan kata bilangan untuk kata nama atau benda konkrit. Kata sendi bertugas untuk menghubungkan frasa nama dengan kata -kata atau frasa-frasa lain dalam ayat. Walau bagaimanapun. dan sebilangan. sampai. dalam.

-ter-. (salah) Dia menghadiahi saya sebentuk cincin. (betul) Analisis : Kata kerja transitif yang berawalan me -. (salah) Hakim menjatuhkan hukuman mati kepada penjahat itu. (betul) Analisis : Akhiran -kan dan -i masing-masing digunakan untuk membentuk kata kerja transitif tetapi fungsi kedua -duanya berbeza sama sekali. 6. (betul) Hakim menjatuhi penjahat itu hukuman mati. Akhiran -kan pula menyatakan bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran ± kan itu bergerak dari tempatnya ke arah lain. Semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan me. Objeknya mestilah frasa nama. Contoh Kesalahan : Dia suka bacabuku. (salah) Dia suka membacabuku. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Hubung . atau ber-tidak boleh ditiadakan awalannya. Kesalahan Dalam Penggunaan Kata Kerja Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat. Kata keranayang tergolong dalam kelas kata hubung tidak boleh diletakkan selepas kata sendi oleh . 5. (betul) Hakim menjatuhi hukuman mati kepada penjahat itu. Jadi gunakan frasa nama sebab.Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi. Contoh Kesalahan : Dia menghadiahkan saya sebentuk cincin. Akhiran -i menyatakan makna bahawa objek yang dikenai perbuatan dengan kata kerja yang berakhiran -i itu tidak bergerak.

lalu menjadi frasa sendi oleh sebab. (betul) Analisis : Kata bilamerupakan kata tanya. (betul) Analisis : Kata sebab tergolong dalam kelas kata nama dan oleh itu tidak sepatutny a digunakan sebagai kata hubung. Jika kata sebab hendak anda gunakan. Contoh Kesalahan : Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq sebab Iraq menyerang Kuwait.Kata hubung ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata. 7. ada pula kata yang sesuai dan tepat digunakan hanya dalam konteks ayat yang tertentu saja dengan berdasarkan makna kata tersebut. ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi mempunyai makna yang berlainan. atau klausa dengan klausa dalam ayat gabungan atau ayat pancangan. Contoh kata hubung ialah kerana. serta. lalu. Kata hubung yang sesuai ialah kerana. frasa dengan frasa. manakala. asalkan. sampai. Selain itu. Senarai Kata yang Sering Disalahgunakan . sungguhpun. jika. tetapi. (salah) Amerika Syarikat merancang untuk menyerang Iraq kerana Iraq menyerang Kuwait. supaya. dan. Contoh Kesalahan: Siti menangis bilamendengar berita itu. Hal ini demikian kerana dalam bahasa Melayu. kalau. melainkan. semenjak. sebelum. Gunakan kata hubung apabila. dan kecuali. sambil. setelah. Kesalahan Dari Segi Perbendaharaan Kata Kesalahan umum tatabahasa dari segi penggunaan kata biasanya terjadi kerana kesalahan ejaan. (sa lah) Siti menangis apabilamendengar berita itu. walaupun. maka kata itu perlu disertai kata sendi oleh. apabila.

Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. Contoh : a) Adakah benar cerita Ahmad itu ? b) Adakah dia datang semalam ? c) Apakah binatang yang berleher panjang itu ? d) Apakah sebab berlakunya kegawatan ekonomi ? 2. ( ahli bahasa. Contoh : a) Saya tidak boleh masuk ke stadium kerana tiket sudah habis terjual. 3. ahli politik.1. Kata apakah digunakan untuk mendapat jaw apan nama binatang. b) Prof. nama benda keterangan tentang sesuatu (seperti sebab) dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus. c) Adik saya baru berumur lima belas tahun. b) Saya tidak dapat memanjat pokok kelapa itu kerana pokok itu sangat tinggi. d) Saya sudah menjadi anggota Persatuan Bulan Sabit Merah. Dr. Ahli dan Anggota Kata ahli bererti orang yang mahir atau faham benar dalam sesuatu bidang. . tetapi sudah dapat memandu kereta. Adakah dan Apakah Kedua-dua kata tersebut adalah kata tanya. c) Anggota badanku lemah sekali h ari ini. dan lain -lain lagi) Kata anggota pula bererti bahagian tubuh dan orang yang masuk dalam sesuatu kumpulan atau golongan. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Dr. Abdullah Hassan dan Prof. Contoh : a) Mereka sangat ahli dalam bidang pembedahan. Nik Safiah boleh digolongkan sebagai ahli bahasa. Boleh dan Dapat Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.

Ialah dan Adalah Penggunaan kata pemeri ialah secara persamaan atau ekuatif hadir di hadapan frasa nama. b) Abdullah Munsyi ialah pengarang buku Hikayat Abdullah. f) Orang yang berumur lebih daripada lima puluh lima tahun tidak boleh menyertai pertandingan bola sepak itu. c) Kereta api itu bukan dari Ipoh tetapi dari Gemas. 4. b) Makanan itu bukan untuk Abu tetapi untuk Aminah. Penggunaan kata pemeri adalah secara huraian atau ku alitatif hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 8. f) Buku-buku yang kami terbitkan tidak mahal. Bukan dan Tidak Kata nafi bukan boleh menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. e) Bandar itu tidak besar sangat. tetapi ia belum boleh memandu kereta di jalan raya kerana lesen memandu hanya boleh diberikan kepada orang yang berumur sekurang -kurangnya lapan belas tahun. Pak Samad dapat mendaki gunung Kinabalu itu. d) Bapanya tidak pergi ke sawah hari ini. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. e) Walaupun sudah tua. Contoh : a) Encik Ali bukan bapanya. 5. Contoh : a) Bandar Shah Alam ialah ibu negeri Selangor. d) Hadiah yang disumbangkan oleh bank tempatan i tu adalah untuk murid yang cemerlang dalam pelajaran.d) Walaupun adik saya sudah dapat memandu ker eta. Kesalahan Dari Segi Penggunaan Hukum D -M . c) Berita yang dilaporkan oleh pegawai itu adalah benar.

maka ayat ± ayat yang diujar atau dibina akan merupakan ayat yang taksa. Pak Ismail berdukun sejak lima belas tahun lalu. maka hal makna dalam ayat harus diberi perhatian oleh pengguna bahasa. Dalam ayat ± ayat di atas. nyata ada kekeliruan dalam memahami makna yang terkandung dalam ayat ± ayat tersebut. Umpamanya. Jika aspek makna tidak diambil kira dalam binaan atau ujaran ayat. Pekerja ± pekerja akan memulakan kerja mereka bila hujan berhenti. Ayah menghantar kawat kepada abang saya di Johor. atau tidak benar. Ibu bapa Ali sudah meninggal dunia petang tadi. mereka ± mereka dalam ayat 1 . Ibu merasa kesal dengan perbuatan adik. memandangkan ayat ± ayat ini tidak betul dari segi semantik. Perhatikan contoh ± contoh yang berikut: 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) Mereka ± mereka yang terlibat dikehendaki menghadiri mesyuarat hari ini. walaupun memenuhi aturan na hu. Justeru itu binaan atau ujaran ayat ± ayat seperti yang berikut seharusnya dielakkan oleh pengguna bahasa Melayu. Ayah menghadiahkan saya jam tangan. Contoh: a) lain-lain perkara (salah) b) perkara-perkara lain (betul) c) Ahmad Restoran (salah) d) Restoran Ahmad (betul) e) cili sos (salah) f) sos cili (betul) g) mini bas (salah) h) bas mini (betul) Kesalahan Semantik Dalam Bahasa Oleh sebab maklumat semantik amat penting dalam bahasa. Kesalahan timbul apabila Hukum D -M dilanggar sewenang-wenangnya kerana terpengaruh oleh susunan kata bahasa Inggeris.Hukum D-M ialah hukum atau peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat dengan mendahulukan unsur yang diterangkan (D) dan mengemudiankan unsur yang menerangkan (M).

Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. tidak jelas siapa yang meninggal dunia. dan keakraban hubungan. taksa. umur. Demikian juga dalam ayat 2. 5.adalah kelewahan semantik. aspek makna menjadi penting dalam bahasa. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran. 4. semantik merupakan suatu bidang kajia n yang cukup menarik dan memberangsangkan jika didekati dan dikaji. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan. dan kerana ada pertentangan makna serta ada unsure kelewahan dan seumpamanya. . 3. Kesantunan Berbahasa 1. Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan di atas. rujukan hormat dan ganti nama. bahasa yang digunakan mungkin hanya betul dari segi nahu tetapi tidak boleh difahami manusia kerana bahasa itu tidak jelas maknanya. atau kabur. Demikianlah suatu huraian tentang semantik dalam bahasa Melayu dari aspek makna dan perubahan makna dalam semantik. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri -ciri yang tertentu. Dalam kesantunan berbahasa. yang sebenarnya tidak diperlukan. apakah hapa menghantar dawai atau berita kepada abang? Mungkin ayat 7. Sesungguhnya. 2. sama ada ibu kepada bapa Ali atau kedua ± dua ibu dan bapanya yang meninggal. bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. perlu diperbetul menjadi µAyah menghadiahkan sebuah jam tangan kepada saya¶ atau µAyah menghadiahi saya sebuah jam tangan¶. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. yakni makna yang berlehihan. dan jika tidak. 6 pula. Dalam ayat. pangkat.

Lihat contoh berikut: Pak Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri. Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri. menjadi Mak Cik atau Pak Cik 11. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan. Mak Tok Abang Kakak Adik 10. bersiram. Antara ungkapan berkenaan ialah patik. berangkat. Pak Ngah. junjung ka sih. bercemar duli dan sebagainya. bersemayam. Mak Njang. Mak Lang. Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri. 9. termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.6. Mak Su. tuanku. Mak Long. Pak Njang. Mak Cik. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada: i. Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long. Mak Ngah. Digunaka utnuk orang perempuan yang kira -kira sebaya dengan emak kendiri Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira -kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.'' 7. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus. Pak Lang. umur dan keakraban hubungan. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib. 8. Pak Cik. Pak Su. pangkat. .

Pahang. manakala Encik untuk lelaki sahaja. Bang Ngah.hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Gelaran keturunan orang -orang besar. 13. adik ipar mak long ipar. mak ngah ipar dan sebagainya. Terengganu).Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah ha nya terbatas kepada Long. Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak. dan orang lelaki bergelar Haji. Bang Cik dan Kak Cik. Saudari . Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan. ii. Puan . Selangor). Wan (Kelantan. Kak Ngah. (Pak Mentua. dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor.digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri. Terengga nu). Encik. Ipar digunakan u ntuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Kak Long. mentua dan ipar. dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat. Abang (Sarawak). Contoh: abang ipar. Pangeran. Mak Mentua dan Tok Mentua). Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu) . Nik (Kelantan). Tetuan . Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam). Profesor dan sebagainya. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal) Tuan . Pangeran Anak.boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan Diwakili oleh kata menantu. Awangku.perbahasan dan sebagainya. daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.Gelaran Pergaulan Bebas Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum ber kahwin. Ngah dan Cik seperti Bang Long. Cik . Saudara . Doktor. 12. Megat dan Puteri (Perak). kak ipar.untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri.digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda. Kedah. Datu (Sabah).digunakan untuk perempua n sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara. Bhd. Profesor dan Syed.) 14.

Pak Nik. . Toh Puan.Pak Ungku.Raja Haji (f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa). Datuk Amar). Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini. Datuk (Datuk Seri. (d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). . Contoh: Tuan Haji Nik (e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif. Puan Sri. Engku.Pak Haji (b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. 15.Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s. Datuk Setia). Raja Haji Osman 17. Sutan (Minangkabau). Sidi. Gabungan Gelaran (a) kekeluargaan + keagamaan. Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor). Rujukan Hormat Orang Yang Disapa Rujukan Hormat .w. Gelaran Kurniaan. Datuk Paduka.a. Wan. Teuku dan Teungku (Aceh). Nik) . . 16. Daeng (Bugis).Tuan Haji (c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku. Mak Ungku. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. . Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu ) Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).Tan Sri Prof. Mak Wan. Tun. Datuk (Satuk Patingi.

Sultanah. Menteri Besar.Tabiat Rakyat Kita Sukar Diubah . Raja. Ketua Menteri Menteri. Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja Tun.Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan. Tengku Ampuan. Ahli Parlimen. Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara Ketua Polis Negara Hakim. Timbalan Perdana Menteri. Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Kerabat Diraja Karib Bergelar warisan Perdana Menteri. Kadi Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia Yang Amat Mulia Yang Mulia Yang Amat Berhormat Yang Berhormat Yang Berhormat Mulia Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia Yang Amat Arif Yang Amat Setia Yang Arif Sahibul Samahah Yang Berusaha NAMA MAJALAH TAJUK ARTIKEL : Mingguan Warta Perdana : .

latak.i a ----. gemar. langkah.u Kasih. macam. nasib. lanjut.01 April 2011 .i i ----. tindak. watak 2 3 a ----. henti lebuh. wajar. lahir.o i ----. senang 5 6 7 8 9 10 e(pepet) ----. rakyat. nekad Bereng-bereng tempoh pihak. anak. tahun. Analisis Pola Keselarasan Vokal a.. bakal. bagus.a saman. tegas. tambah. terus Hemah.e(taling) Fikir.a e(taling)---e (taling) e(taling) ----. maksud 4 e(pepet) ----.Tak Rela Jadi Bodoh PENERBIT TARIKH ARTIKLE DITERBITKAN : : . bayar. dalam. saat. malah. padan. cepat. awal. jangan. baik.07 April 2011 Analisi Bahan 1. kisah 11 12 13 14 i ----.u e(taling) ----. sambut. tangguh. Contoh-contoh perkataan yang menepati pola keselarasan vokal BIL POLA CONT OH PERKATAAN 1 a ----. sebab. sejak. ingin Isu. ikrar. pecut. sikap.i e(pepet) ----. taman. beliau. novel .u o ----. tidak. dengan.a Teknik. harap . balik namun. dapat.a o ----. pernah. pentas. ikut tolak Oleh. rakyat. tayang.a kesal. hinder. sangat. sifat.

a e(pepet) ----.u buat.o potong.15 o ----.o i ----.o u ----.a nak tak dah .i i ----. ulang mungkin syukur b. lunas.i u ----. longgok.i a ----.a o ----.a a ----. sudah.i e(pepet) ----. 16 17 18 u ----. johor. bodoh contoh .a u ----. Contoh kesalahan ejaan BIL POLA KESALAHAN EJAAN PEMBETULAN 1 2 3 a ----.a e(taling)---e (taling) e(taling) ----.u o ----. susah.a i ----. lopong.u e(taling) ----. bukan.u aje tau mau saja tahu mahu hendak tidak sudah 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 e(pepet) ----.e(taling) o ----.

i u ----. Analisis Pola Kekecualian Keselarasan Vokal .u - - 2.17 18 u ----.

i i ----.o i ----.a e(taling)---e (taling) e(taling) ----. aku Beri.u e(pepet) ----.e(taling) o ----.a u ----. tahu. Analisis Pengejaan Kata Pinjaman . kaki Mahu. drama.a i ----. Contoh-contoh perkataan yang tidak menepati pola keselarasan vokal BIL POLA VOKAL CONTO H PERKATAAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 a ----. kini Isu.u o ----.i a ----.a.a e(pepet) ----. seri Kira. baca.o u ----.i u ----. POLA KESALAHAN EJAAN PEMBETULAN - - - 3.a o ----.u Pada. itu juga cuti - b. tiga.u e(taling) ----. kata Kali.a a ----. cinta. bila Ini. Contoh kesalahan ejaan BIL 1.i e(pepet) ----.

b b bil bil Penyelesaian huruf ± huruf konsonan tertentu. y i System sistem Penyelesaian huruf ± huruf vokal tertentu 7. c k electric elektrik Penyelesaian huruf ± huruf konsonan tertentu. p f telephone telefon Penyelesaian huruf ± huruf konsonan tertentu. 6. 3. 2. Kesilapan Tatabahasa Dari Aspek Morfologi Dan Sintaksis . c k communication komunikasi Penyelesaian huruf ± huruf konsonan tertentu. 5. th t Theater teater Penyelesaian huruf ± huruf vokal tertentu 4.BIL HURUF BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU CATATAN 1. C k Career Karier Penyelesaian huruf ± huruf vokal tertentu 8.

bagi mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarakan dalam senarai hitam. Aje merupakan singkatan bagi perkataan itu. Aje saja b. Dah sudah 4. Perkataan tak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tidak merupakan kata tunggal dua suku kata. Selepas ini. mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam. Taumerupakan singkatan bagi perkataan itu. Dah merupakan singkatan bagi perkataan itu.a. Tu itu 3. Tak tidak Tak merupakan singkatan bagi perkataan tidak. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Sintaksis . Perkataan dah tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala sudah merupakan kata tunggal dua suku kata. Perkataan nak tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala hendak merupakan kata tunggal dua suku kata. Tu merupakan singkatan bagi perkataan itu. (betul) . (salah) Selepas ini. Perkataan tau tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala tahu merupakan kata tunggal dua suku kata. Perkataan aje tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala sajamerupakan kata tunggal dua suku kata. Nak hendak 5. 2. Analisis Kesilapan Umum Tatabahasa (Morfologi . Perkataan tu tidak mempunyai bentuk kata tunggal manakala itu merupakan kata tunggal dua suku kata. Tau Tahu 6. Nakmerupakan singkatan bagi perkataan itu.Frasa & Ayat) 1.Kata) BIL CONT OH KESALAHAN PEMBETULAN CATATAN 1.

(salah) Kadangkala ketika berada di atas lebuh raya. (salah) Namun ada segelintir pihak berasa kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini secara bersungguhsungguh. (betul) 9. (salah) Bagi yang sudah bayar awal. tak tahulah. (salah) Azizah gemar membaca novel bagi mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. Bukan semua. (salah) Keinginannya untuk mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. saya terus mematikan niat ini. Kadangkala ketika berada di lebuh raya saya rasa nak pecut. baguslah. (betul) 8. (salah) Kalau ada lagi yang memberi alasan bahawatidak sempat untukmembayar. segelintir aje. (betul) 4. (betul) 6. (salah) Bukan semua. saya berasa ingin memecut. Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh -sungguh. (salah) Semuanya ingindibuat pada saat akhir sahaja. Bagi yang dah bayar awal. tidak tahulah kami. Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. tetapi apabila fikir diri yang tidaklah kaya ini. Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar.(betul) 3. tetapi apabila berfikir tentang dirinya yang tidaklah kaya ini. terus matikan niat. Semuanya mahu buat di saat akhir saja.2. baguslah. Kalau ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar. (betul) 7. (betul) 5. segelintir sahaja. (betul) .

(betul) 5 . tetapi sudah mencukupi jika skrip tersebut tidak menampakkan saya sebagai seorang yang bodoh. (salah) Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya bagi tahun ini. (betul) 11. Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini. tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus. tetapi apabila membaca balik semuanya saya tidak berkenan. Analisis Aspek Kesantunan Bahasa .10. (salah) Saya mengaakui bahawa saya tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus. tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.

4. 5.BIL CONT OH KESALAHAN PEMBETULAN 1. 6. 2. 3. Tau Dah Aje Tak tapi Bila tahu sudah sahaja tidak tetapi apabila LAPORAN KOMPREHENSIF .

Mangga. penggunaan kata -kata pinjaman juga agak kerap dalam rencana-rencana majalah Mingguan Warta Perdana ini. Apabila mereka sudah biasa dengan penggunaan perkataan singkatan ini. Salah satu kelemahan yang dapat saya cari dalam majalah ini adalah dari segi aspek kesalahan penggunaan tatabahasa.Jikalau sesebuah majalah sering didapati mempunyai kesalahan tatabahasa. Remaja. saya telah menjalankan kajian tentang penggunaan pola keselarasan vocal.Namun. perkataan µ tak ¶ yang merupakan singkatan daripda perkataan µ tidak ¶ sering muncul dalam sesuatu percakapan daripada rencana majalah ini. Selain itu . Masalah ini akan . Di samping itu. Walau bagaimanapun. Kesalahan penggunaan tatabahasa iniakan mempengaruhi pembelajaran pelajar yang membaca majalah ini . Bagi menyempurnakan kerja kursus pendek ini . Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan . setiap majalah mestilah mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri . kesalahan yang saya dapati tidaklah banyak. Sebagai contoh. mereka akan sering menggunakan dalam perbualan harian mereka.Hal ini demikian kerana setelah saya menganalisi dua buah rencana dalam majalah tersebut. Hai. kelemahan majalah µMingguan Warta Perdana¶ tidaklah begitu banyak berbanding majalah -najalah yang lain. saya mendapati kesalahan yang terdapat dalam rencana tersebut tidaklah sangat serious.saya juga mendapati bahawa majalah ini sering menggunakan perkataan singkatan dalam rencana mereka. pengejaan kata -kata pinjaman.Antara majalah-majalah berbentuk hiburan ialah Mastika. Seleksi dan sudah tentunyamajalah kajian saya ini iaitu majalah Mingguan Warta Perdana ini . kesilapan umum tatabahasa dari aspek morfologi serta sintaksis dan bentuk kesantunan berbahasa yang terdapat dalam petikan teks atau rencana dalam majalah ini . pelajar yang sering membaca sesebuah majalah tersebut akan dipengaruhi olehnya dan akan melakukan kesalahan tatabahasa yang sama ini dalam kehidupan harian mereka.Majalah µMingguan Warta Perdana¶ boleh dikelasifikasikan sebagai majalah yang agak baik berbanding dengan majalah ±majalah lain . Pelajar-pelajar pada masa kini lebih suka membaca majalah yang berupakan hiburan berbanding dengan majalah akademik . mereka akan berasa susah apabila mereka ingin memperbetulkan pada suatu masa nanti. Jika pelajar sering didedahkan dengan perkataan singkatan ini.

Melalui kaedah penulisan dan penyampaian yang baik . Secara kesimpulannya. Oleh itu.sesebuah majalah itu barulah dapat menarik perhatian pembaca untuk membaca rencana majalah tersebut. kita akan dipengaruhi olehnya dan sering melakukan kesalahan -kesalahan tatabahasa ini dalam peperiksaan mereka nanti. kandungan majalah yang berwarna-warni juga menarik minat remaja untuk membelinya. Hal ini demikian kerana cerita yang disampaikan banyak mengandungi unsur lawak jenaka yang agak menghiburkan hati dan dapat menarik minat golongan remaja. Hal ini demikian kerana mereka sering didedahkan kepada kata -kata pinjaman ini. kesilapan-kesilapan yang didapati dalam majalah ini agak ketara dan sering juga muncul dalam majalah yang lain. penerbit majalah ini harus lebih cermat sebelum menerbitkan majalah ini.mempengaruhi pelajar dalam penulisan karangan atau apa -apa sahaja teks atau rencana nanti. Majalah ini tidaklah mahal berbanding majalah kartunis yang laindan mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja Selain itu. Demi memajukan lagi majalah Mingguan Warta Perdana ini. pemerikasa an amat penting sebelum penerbitan majalah dilakukan. Hal ini demikian kerana pelajar mudah terpengaruh dengan apa yang mereka baca dan lihat. Kelarisan sesebuah majalah adalah bergantung kepada cara penulisan dan cara penyampaian sesuatu info yang bermutu dan berkualiti . REFLEKSI .Majalah Mingguan Warta Perdana ini juga amat diminati oleh para pelajar.Jika kita sering didedah kan kepada majalah -majalah yang banyak mempunyai kesilapan ini.Penerbit harus memeriksa segala kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam rencana dan memperbetulkannya sebelum menerbitkan majalah tersebut.

Saya percaya. saya yakin saya tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dengan cepat dan lancar.buku rujukan.Dengan itu. saya hanya dapat mencari maklumat yang betul dan seterusnya melengkapkan kerja kursus saya. Setelah saya mendapatkan maklumat saya tunjukkan kapada En Aminuddin Mohamed. Setelah mendapatkan kerja kursus ini. Di samping itu. saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang amat dihormati. jika tidak mendapat bantuan daripada pensyarah. En Aminuddin Mohamed yang mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual. pandangan dan galakkan kepada saya apabila melaksanakan tugasan ini sehingga habis menyelesaikan tugasan kerja .Pertamanya. saya pasti tidak dapat melaksanakan tugasan ini dalam masa singkat. saya turut ingin mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan idea. saya mencari maklumat dan cuba menyelesaikan kerja kursus ini. Selain tu.En Aminuddin Mohamed memberi kerja kursus yang berfaedah ini kepada kami dan juga menerangkan serta menjelaskan maklumat yang hendak kami layari dari laman web. Apabila beliau mendapati maklumat saya telah salah ataupun bermasalah.Hal ini demikian kerana mereka telah banyak memberikan sokongan dan dorongan kepada saya.dan sebagainya kepada saya. Selepas itu.Tanpa sokongan dan dorongan daripada ibu bapa saya. saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lancar dan lengkap. beliau juga mambantu saya membetulkan dan menjelaskan pelbagai maklumat yang perlu saya cari dari internet.Mereka juga telah memberikan saya semangat untuk melengkapkan kerja kursus ini. majalah.

Oleh itu. saya amat menghargai peluang ini untuk mengambil pengalaman bagi membuat tugasan kerja kursus ini.Bukan setakat itu sahaja. Secara tuntasnya. pengalaman dan juga ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini. saya dan rakan-rakan saya sering mengadakan perbincangan kumpulan di dalam kelas.kursus pendek ini. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS . Kesemua hal ini adalah amat penting bagi saya dan juga mampu menjadi sebagai sumber kepada saya pada masa yang akan datang.Saya dan rakan-rakan sekelas saya sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik. saya dapat memperolehi banyak pengajaran. kantin atau di perpustakaan untuk berbincang apa-apa yang perlu dilakukan.

AMINUDDIN BIN MOHAMED CATATAN T/TANGAN PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN 7/2/2011 Menerima tugasan kerja daripada Pensyarah.AMINUDDIN ) .AMINUDDIN) (CHEW MIN FEI) 10/2/2011 Memahamikehendak tugasan berpandukan yang dipelajari sepanjang latihan. (EN. 14/2/2011 Mencari maklumat tugasan di internet dan juga buku 16/2/2011 Mula melaksanakan tugasan dan bersama -sama berbincang dengan rakan (BUNG QIAN MIN) (CHEW MIN FEI) (CHEW MIN FEI) (TAN YING HAN) 21/2/2011 Menghantar hasil tugasan sepenuhnya kepada pensyarah jika diminta (EN.NAMA UNIT SUBJEK : CHEW MIN FEI : PPISMP PC / PJ / PSV SEMESTER 2 : BAHASA MELAYU KONTEKSUAL : EN.

.

pernah menerima tiga kali anugerah Pembantu Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pada 2001. Beliau menjadi pengacara Nona TV3 (1991) selama tiga tahun dan mula melangkah sebagai pelakon drama TV pada 1997. Saya akui tidak mengharapkan skrip yang terlalu bagus. diikuti Anak. Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam. Antara teater lakonannya ialah Kipas Tangan (karya Yukio Mishima). Azizah gemar membaca novel mengisi masa terluang sebelum penggambaran drama. gara -gara skrip yang diberikan tidak berkualiti. Anak kelahiran Johor Bahru ini bakal menyambut ulang tahun ke -48 November ini. Keinginannya mendalami teknik lakonan pentas dan TV membawanya terlibat dengan tokoh teaterseperti Allahyarham Mustapha Nor dan Fatimah Abu Bakar. Puteri Si Bereng-Bereng dan Kena Main (arahan Khalid Salleh). Antara filem pertama lakonannya ialah Kaki Bakar pada 1995. 07 April 2011 0 8 :19 PENAMPILAN pelakon popular Azizah Mahzan dalam drama berantai Spa Qistina disifatkannya sebag ai lakonan terakhir di skrin TV. tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan -rakan penerbit menyebabkan saya terus berlakon. . Cuti Cuti Cinta dan terbaru filem Damping Malam sebagai Umi Siah. Beliau juga penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seri Angkasa 2005. Spa Qistina ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat sejak awal tahun ini. beliau tidak terfikir menjadikan lakonan sebagai karier utamanya. tetapi cukuplah tidak menampakkannya sebagai seorang yang bodoh.TAK RELA JADI BODOH Written by Mingguan Warta Perdana Thursday. Dia pernah menggegarkan dunia hiburan apabila gambarnya be rpelukan dengan pelakon Zaefrul Nordin tersiar meluas di Internet. 2006 dan 2008. ³SAYA nekad meninggalkan dunia lakonan selepas kecewa dengan drama terakhir Spa Qistina. Menerima pendidikan asas di UiTM dalam bidang perakaunan. Mencari Salina (arahan Erma Fatima) dan Cindai (arahan Rohani Yusof).

´ . tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh. Kini saya mahu kembali semula ke zaman itu dan kalau boleh ingin mencari rezeki ke luar negara. Kini saya yakin dapat mencari rezeki di luar bidang hiburan. Justeru. kekecewaan saya dengan stesen televisyen yang terlalu mengikut trend d an cita rasa penonton kepada sesebuah jalan cerita. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi. tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. saya mengambil keputusan mengundur diri selepas menghabiskan penggambaran tiga filem dan teater pada tahun lalu. Pada saya sekarang sudah terlalu banyak drama yang tidak memberi pengajaran.Tetapi kali ini saya berikrar tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya itu. Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang. dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama. Dulu sebelum menjadi pelakon saya bekerja sendiri dan menjadikan lakonan hanya separuh masa sahaj a. tetapi bila baca balik s emuanya saya tidak berkenan. Selain itu. Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini. tetapi tidak mempunyai kesinambungan yang memperlihatkan sebagai pelakon tidak profesional. Contohnya. Oleh itu saya mahu fokus dengan kehidupan peribadi dan berhasrat berhijrah ke luar negara. Saya tahu stesen TV mahu memuaskan hati penonton dengan menyajikan drama yang mengikut cita rasa mereka. sebaliknya menyajikan cerita yang tiada mesej yang tepat dan buat sekadar hiburan semata-mata. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja. Saya juga kecewa apabila skrip itu bukan sahaja tidak berkualiti. Spa Qistina. mereka dengan mudah kata penonton tidakperasan hal itu. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut. tapi bukankah drama salah satu medium untuk memberi pengajaran kepada penonton.

Apa -apapun. Selepas ini.Taman Sri Indah. baguslah. ³KALAU tahu kerajaan nak lanjutkan tempoh. Semuanya nak buat di saat akhir. elakkan memandu secara melulu. ³BAGI yang dah bayar awal. ³SYUKUR sebab saya memandu pun ikut peraturan dan had laju. ³LANJUT tempoh bayaran tu bagus. tindakan kerajaan wajar diucap . ³TERIMA KASIH atas perhatian kerajaan melanjutkan tempoh bayaran . malah bayar cukai pendapatan dan bayar bil telefon dan air juga ramai suka berlengah -lengah. terus matikan niat. Kata mereka. Kadangkala ketika berada di lebuh raya saya rasa nak pecut. Bukan sahaja bayar saman. Balakong. Bukan semua. Perak. tidaklah aku berpeluh beratur di balai polis sampai lima jam dulu. Dalam hal ini.´ PEMANDU BERHEMAH. Seremban. selagi itulah tabiat rakyat kita tidak dapat diubah.´ ± ALIANISSA. Orang Malaysia ini kalau memandu di lebuh raya memang menakutkan dan tidak beradab. Semuanya mahu buat di saat akhir saja. KL. Jangan jadi segelintir mereka yang leka sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain. mereka yang tidak melunaskan saman akan disenarai hitam. tapi di manakah ketegasan kerajaan? Selagi kerajaan tidak tegas selagi itulah tabiat rakyat kita tidak d apat diubah.´ ± AZILAH MO HAMAD. 01 April 2011 02:24 KERAJAANmelanjutkan tempoh bayaran saman sehingga 30 Mac ini setelah mengambil kira rintihan orang ramai berikutan kesesakan di kaunter pembayaran dan masalah sistem. NS. Bayaran saman ini disifatkan sebagai peluang kedua dan mungkin selepa s ini tiada lagi tolak ansur atau dilanjutkan lagi.´.TABIAT RAKYAT KITA SUKAR DIUBAH Written by Mingguan Warta Perdana Friday. selagi kerajaan tidak tegas. Parit Buntar. segelintir aje. Namun ada segelintir pihak kesal kerana tindakan kerajaan melanjutkan tempoh bayaran itu dianggap tidak tegas dalam menangani isu ini bersungguh -sungguh.´ ± DIK MAN. tetapi apabila fikir diri yang tidaklah kaya ini.

Bukan saja bayar saman. tak tahulah. bayar bil telefon. Semoga ia tidak berulang lagi. ³SELAMAT membayar saman. ³NASIB baik tak ada saman. ³KALAU ada lagi beri alasan kata tak sempat bayar. . ³SIAPA yang belum bayar elok bayar cepat sebelum disenarai hitam. Insaflah. Tapi selepas ini diharap tidak ada lagi sikap tolak ansur. Diharap menjadi pengajaran kepada semua orang. Tau -tau api dan air kena potong. Sungai Besar.´ ± ISMAIL N.terima kasih kerana peka dengan masalah sikap melambat-lambatkan bayaran saman. Selalu sangat macam ni.´ ± YUSOF KARIM. ³RAKYAT Malaysia memang suka buat kerja last minute. Untuk mencapai negara maju. Kelantan. Ipoh. Kota Bharu. Pulau Pinang. Johor Bahru. ³CONT OHI ketegasan TNB dan syarikat telekomunikasi bertindak ke atas pengguna yang suka bertangguh. Johor. ³SUDAH agak dah. Susah nanti. Perak.´ ± ANA J OE. Melaka.´ ± AZATIE. Bachok. syukur. Rawang. Selangor. mesti kerajaan tambah masa lagi. baru melopong. kena hindar sikap tidak berfaedah ini. Kuala Sungai Baru. Selangor. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua pemandu di negara ini. ³SIKAP orang kita selalu lalai dan suka mengam bil tindakan di saat akhir. Nasib baik tak ada saman. Bayan Baru. Selangor.´ ± ZUL KBO. Eloklah diubah sikap tidak menguntungkan sesiapa. Selayang.´ ± NURA MO HAMAD. Berhati -hati ketika memandu. Kelantan. Anda dan saya memang pemandu berhemah´ ± SAMAD SAHRIN. Biar padan muka mereka yang suka melengahkan sesuatu perkara itu´ ± MISS TIRA.´ ± NOORIHAN. elektrik dan air pun suka bertangguh. Berhemahlah di jalan raya.

perdanaonline.tutor.com/2010/10/enam -prinsip-pengejaan-kata-kata.com.com/doc/19670871/pola -keselarasan-vokal http://farihinzul1974.my/stpm/kesantunan_berbahasa.blogspot.htm http://www.com/doc/24984861/Kesalahan -Umum-Tatabahasa http://www.scribd.html http://www.scribd.com.Bibliografi http://www.my/ .