You are on page 1of 4

SOALAN LAZIM BERKAITAN PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET KPM

1.

Apakah projek 1BestariNet? Projek 1BestariNet adalah projek bagi menyediakan prasarana teknologi kepada Sistem Pendidikan di Malaysia. Ia merupakan penambahbaikan kepada Schoolnet dengan menekankan aspek perkhidmatan, end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah dan bertujuan untuk pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran bagi 10,000 sekolah.

2.

Apakah 1BestariNet Integrated Receiver System (1BRIS)? Bagi memastikan perkhidmatan 1Bestarinet dicapai di sekolah dengan tahap capaian 99.9 %, pihak KPM telah memberi kebenaran kepda pembekal 1BestariNet untuk menyediaka infrastruktur 1BRIS. 1BRIS ini merupakan struktur telekomunikasi bagi menyediakan liputan tanpa wayar dengan teknologi 4G Wimax untuk membekalkan capaian ke sekolah-sekolah berhampiran.

3.

Kenapa struktur 1BRIS perlu dipasang di sekolah-sekolah yang terlibat? Pemasangan struktur 1BRIS (Base Station) diperlukan bagi menyediakan perkhidmatan 1BestariNet khususnya bagi sekolah-sekolah yang tidak mempunyai infrastruktur liputan 4G. Pemasangan 1BRIS ini adalah untuk menyediakan infrastruktur komunikasi bagi sekolah menerima capaian internet di seluruh Negara. Ia perlu dipasang bagi menjamin capaian 99.9% dan kestabilan rangkaian. Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti sahaja yang akan dipasang dengan 1BRIS.

4.

Apakah kriteria yang diperlukan bagi pemasangan struktur 1BRIS di sekolah? Pemasangan 1BRIS adalah bergantung kepada capaian rangkaian internet 4G YES di kawasan sekolah. Sekiranya tiada liputan rangkaian internet, struktur 1BRIS akan dipasang dengan mengikut garis panduan yang di sediakan. Antara kriteria berkenaan adalah kelulusan dari pihak berkuasa tempatan, persetujuan KPM atau JPN atau PPD atau sekolah, mempunyai ruang tanah yang mencukupi, aspek keselamatan, pengurusan dan penyelenggaraan.

5.

Apakah jenis struktur 1BRIS yang akan dipasang di sekolah terlibat? Jenis struktur pemasangan 1BRIS adalah bergantung kepada kawasan persekitaran geografi sekolah serta cadangan selepas dibuat lawatan tinjaun tapak di sekolah. Bagaimanapun hanya 3 jenis struktur dibenarkan iaitu jenis Monopole, Rooftop dan Watertank bergantung kepada kesesuaian, keselamatan dan kekuatan signal yang diterima.

6.

Adakah pemasangan struktur 1BestariNet (1BRIS) mengundang bahaya? Setiap peralatan yang digunakan dalam pemasangan struktur 1BRIS adalah mengikut spesifikasi dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak SKMM dan agensi lain seperti SIRIM. Kelulusan pihak PBT adalah diperlukan sebelum pemasangan dibuat. Sebarang perubahan tapak adalah tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis dari pihak sekolah dan pihak PBT.

7.

Bagaimana dengan kesan radiasi disebabkan oleh pemasangan 1BRIS? Hasil daripada ujian Radio Frekuensi (RF) yang dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia menunjukkan bahawa:i) Purata tahap radiasi yang dihasilkan daripada 100kHz 3GHz frekuensi adalah didapati di antara 0.02Watts/cm2 hingga 1.68Watts/cm2 (0.29V/m and 2.47V/m). Ini menunjukkan tahap radiasi yang dihasilkan adalah 0.17% iaitu 595x lebih rendah daripada had yang ditetapkan oleh SKMM dan 0.03% iaitu 2976x lebih rendah daripada had yang ditetapkan untuk pekerja yang berhadapan dengan peralatan ini.

ii)

8.

Apakah Customer Premise Equipment (CPE)? CPE adalah peralatan khas yang dipasang oleh Kontraktor di lokasi yang telah dipersetujui bagi tujuan sambungan kepada rangkaian 1BestariNet merangkumi Yes Zoom dan Yes Dongles. Peralatan ini disediakan oleh Kontraktor dengan syarat: i) ii) Hakmilik peralatan CPE akan kekal di bawah nama Kontraktor Kontraktor boleh menyediakan tahap keselamatan bagi melindungi peralatan CPE contohnya seperti menyediakan atau diletakkan di rak yang selamat, menyediakan pelekat peralatan ini tidak boleh ditutup, menyediakan lightning arrester untuk melindungi peralatan bagi kawasan yang sering mengalami kilat atau apa-apa sahja garis panduan bagi memastikan CPE berfungsi, dikawal, dijaga dan diawasi sepenuhnya dengan selamat oleh pengguna. Semua urusan, penyelenggaraan dan/atau pengendalian peralatan CPE yang siap dipasang adalah khusus di bawah tanggungan Kontraktor dan bukannya oleh mana-mana pihak ketiga atau pihak yang tidak diizinkan/dibenarkan oleh Kontraktor.

iii)

9.

Apakah kaedah pengagihan Yes Zoom dan Yes Dongles ke lokasi tapak pengguna? Bilangan default peralatan CPE bagi setiap lokasi tapak pengguna ialah seperti berikut:i) ii) Tiga (3) unit Yes Zoom utama dan satu (1) unit Yes Zoom simpanan. 5, 10, 15 atau 20 unit dongles - bergantung kepada garis panduan yang telah diedarkan iaitu berdasarkan kepada bilangan guru, saiz bilik darjah, struktur fizikal sekolah, saiz pengguna dan struktur teknologi internet sedia ada .

10.

Berapakah capaian lebar jalur (bandwitdh) yang dibekalkan melalui projek 1BestariNet? i) Saiz jalur lebar adalah antara 4 Mbps dan burstable hingga 20Mbps Menyediakan kemudahan capaian 1BestariNet ke seluruh kawasan PKG dan sekolah sama ada menggunakan sambungan infrastruktur LAN sedia ada atau kaedah lain dan hendaklah merangkumi seluruh kawasan sekolah khusunya bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal komputer, pusat sumber dan pusat akses sekolah. Capaian juga meliputi kawasan asrama bagi sekolah berasrama. Saiz jalur lebar adalah antara 2 Mbps dan burstable hingga 4Mbps untuk sekolah yang menggunakan teknologi VSAT sedia ada. Menyediakan kemudahan capaian 1BestariNet ke seluruh kawasan sekolah sama ada menggunakan sambungan infrastruktur LAN sedia ada atau kaedah lain dan hendaklah merangkumi seluruh kawasan sekolah khusunya bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal komputer, pusat sumber dan pusat akses sekolah. Capaian juga meliputi kawasan asrama bagi sekolah berasrama Saiz jalur lebar asas (baseline bandwidth) 50Mbps untuk Bahagian Teknogi Pendidikan (BTP).

ii)

iii)

11.

Mengapa terdapat sesetengah sekolah tidak mempunyai akses internet 4G? Kemudahan capaian akses ini dibangunkan secara berperingkat mulai Disember 2011 dan semua sekolah rendah serta menengah dibawah kerajaan dijangka menerima akses Internet 4G dan VLE pada April 2013.

12.

Bagaimanakah tahap ketersediaan perkhidmatan rangkaian 1BestariNet kepada pengguna? Tahap ketersediaan perkhidmatan rangkaian sebanyak 99.9% perlu dibekalkan kepada pengguna bagi perkhidmatan seperti berikut:i) bagi perkhidmatan lebar jalur yang disediakan.

ii) iii) iv)

bagi perkhidmatan pengurusan dan penyenggaraan rangkaian setempat yang disediakan bagi perkhidmatan pengurusan perubahan dan sokongan ICT di sekolah-sekolah yang disediakan. bagi perkhidmatan penyediaan perkakasan dan aplikasi pemantauan bagi perkhidmatan 1BestariNet yang disediakan.

13.

Apakah FROG VLE? FROG adalah satu platform VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog VLE berfungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.

14.

Apa itu Teknologi Cloud? Teknologi cloud ialah penggunaan teknologi komputer (pengkomputeran) berasaskan internet di mana perkhidmatan perkongsian sumber, aplikasi perisian, penyimpanan data, capaian dan pengurusan data boleh digunakan secara talian oleh pengguna. Antara teknologi cloud yang sering digunakan adalah seperti Amazon dan Google.

15.

Adakah saya perlu menginstall aplikasi perisian di dalam perisian Google Chrome? Tidak, setiap aplikasi perisian berada di dalam cloud dan memudahkan pengguna mengurus dan menyelenggara perisian.

16.

Bolehkah saya mengakses VLE dari rumah? Bagaimana? Pengguna boleh mengakses VLE melalui mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet dengan menggunakan URL VLE yang diterima pada browser Google Chrome. Pengguna hanya boleh mengakses VLE tersebut sekiranya pengguna mempunyai akaun VLE yang disahkan dan kata laluan bagi akses pengguna kepada VLE.

17.

Apakah Google Chromebook? Google Chromebook merupakan komputer peribadi yang menggunakan Google Chrome OS sebagai sistem pengoperasian. Ia merupakan sistem operasi berasaskan perkomputeran awan daripada Google, yang menggunakan pelbagai perkara daripada pelayar web popular mereka, Chrome.

You might also like