You are on page 1of 1

5.

0 SINOPSIS JURNAL
Jurnal ini menceritakan tentang pandangan ramai orang pada masa kini tentang sejarah di Malaysia sebagai dongeng yang dipersetujui. Walaupun begitu, ia adalah satu pandangan yang kurang tepat kerana mungkin peristiwa yang dianggap sebagai dongeng adalah perkara yang telah diterima oleh orang dahulu sebagai sesuatu yang benar dan juga penting dalam pembentukan kebudayaan. Semakin jauh kita kaji kebelakang masa, semakin sukar untuk kita mencari kebenaran fakta sejarah tersebut. Dalam menentukan ketepatan fakta sejarah sejarahwan perlu melihat kepada sumber yang sezaman dengan sesuatu peristiwa yang dikaji. Sejarahwan biasanya juga mementingkan ketepatan sumber tersebut bagi mengelakkan pandangan yang berat sebelah. Walaupun ada dokumen yang rasmi namun akan masih timbul masalah dalam membuktikan kebenaran sesuatu fakta. Selain itu pentafsiran sesuatu fakta atau peristiwa sejarah juga boleh menimbulkan banyak pertikaian. Pentafsiran sesuatu fakta sejarah boleh dipengaruhi dengan latar belakang dan budaya sejarahwan itu sendiri. Sejarahwan perlu memahami masyarakat yang dikaji. Kebudayaan pada umumnya merujuk kepada keseluruhan cara hidup sesebuah masyarakat. Setiap kaum mempunyai nilai dan pegangan yang berbeza, oleh itu sejarahwan perlu mengambil masa dalam memahami sesuatu masyarakat terlebih dahulu. Penggunaan dokumen-dokumen berkaitan tidak kira ketepatan faktanya, tidak memadai untuk memperolehi kefahaman masa silam yang mendalam. Kebanyakan sejarahwan tidak memahami sesuat kaum dengan mendalam dalam menilai budaya, bahasa, budaya dan perbezaan yang ketara dalam bangsa yang sama. Selain itu kajian tentang kumpulan yang menghuni sesuatu kawasan di setiap kawasan di Semenanjung Tanah Melayu. Selepas Perang Dunia Kedua sejarahwan berkecenderungan untuk menilai sejarah mengikut kaedah Marxist yang menilai pada kapitalisme Malaysia daripada masyarakat Malaysia dengan segala kerumitannya. Oleh kerana kesalahfahaman masa lalu, maka banyak yang boleh dikaji oleh sejarahwan kini dan masa depan. Setiap orang yang mengkaji masa lampau adalah sejarahwan walaupun tanpa kemahiran dan latihan profesional. Kepentingan sejarah perlu diberi penekanan kerana dunia kini semakin menekankan nilai kebendaan. Semua unsur-unsur budaya mesti diberi perhatian dalam pembentukan sesuatu masyarakat. Tamadun di Malaysia mungkin tidak terlalu tua tetapi pengaruh kebudayaan tamadun tersebut telah wujud dalam masyarakat Malaysia dan unsur-unsur ini telah bercantum dan harus menjadi dasar sejarah Malaysia.

You might also like