Syarikat Kopi Tenom, Peti Surat 321, Jalan Keningau, 83000 Tenom, Sabah.

Tel : 088-755929 Fax : 088-754351

Syarikat ABUYAMIN Distributor (M) SDN BHD, No.20, Jalan Kuang 5, Kawasan Perindustrian Baru, 11087 Shah Alam , Selangor Tuan, PER: Maklum balas berkaitan laporan khas

Ruj: SKT.1157/2-7(5) 11 Julai 2008

Merujuk kepada laporan yang dihantar oleh pihak tuan yang bertarikh 02 Julai 2008, syarikat telah mengadakan satu mesyuarat khas dan telah membuat penyelidikan melalui bahagian R&D memutuskan perkara-perkara di bawah mengatasi masalah berkaitan laporan tersebut. 2. Meningkatkan gred kopi dengan menggunakan bahan mentah yang lebih berkualiti dan bermutu tinggi. 3. Membuat perubahan dari segi pembungkusan supaya dapat menjamin produk tahan lebih lama dan dapat menarik perhatian pembeli,juga membuat beberapa penambahan nilai terhadap produk. 4. Melancarkan aplikasi HACCP (Hazard Analyze Critical Point) iaitu satu standard kebersihan antarabangsa dimana ia akan disemak oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. 5. Meluluskan usul untuk pembelian mesin baru yang lebih canggih dan ekonomi bagi meningkatkan kos pengeluaran dan pada masa yang sama dapat mengekalkan mutu produk yang syarikat kami keluarkan. 6. Syarikat memohon maaf atas masalah yang timbul dan mengucapkan terima kasih atas laporan yang telah diberikan serta berharap semua masalah ini akan dapat di atasi melalui jalan penyelesaian yang telah diambil. Sekian, terima kasih. Yang benar, ____Muhrim____ (MUHRIM BIN ZAINOL) Pengurus Besar

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful