You are on page 1of 3

Terjemahannya:

Peranan sembahyang dalam kehidupan muslim.

Sembahyang

dari

sudut

bahasa

bermaksud

meminta(doa)yang

menghampirkan,mendekatkan seorang hamba dengan Tuhan-Nya.Dari sudut istilah ia membawa maksud perkataan,perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.Ia merupakan satu kefardhuan yang besar didalam Islam.Allah Taala telah menfardhukan sembahyang keatas setiap orang Islam lima waktu sehari semalam.

Sembahyang pada dasar maknanya sendiri iaitu menjelaskan sesuatu hajat dan keperluan kepada Allah Taala.Manusia akan ditimpa dengan pelbagai kesusahan dan ujian dalam kehidupan yang amat memerlukan pertolongan dalam mengurangkan bebanan tersebut.Maka telah difardhukan sembahyang itu bagi menghubungkan diantara manusia dan pencipta-Nya,meminta pertolongan

dan mempersembahkan pengaduan kepada Allah Taala.Sepertimana telah berfirman Allah Taala: mintalah pertolongan dengan kesabaran dan dirikanlah sembahyang

Diantara syarat-syarat sahnya sembahyang iaitu wudhuk.Ia merupakan persediaan awal seorang muslim sebelum menunaikan sembahyang bagi membersihkan segala kekotoran di tubuh badan.Maka ini merupakan hikmah yang besar dengan persediaan manusia untuk bertemu Tuhan-Nya dengan membersihkan diri dari segaka kekotoran samada kekotoran zahir mahupun batin ,sebelum atau selepas sembahyang .Ini telah dijelaskan dalam firman Allah TaalaDirikanlah solat,sesungguhnya solat itu mencegah daripada melakukan kemungkaran Dan diantara syarat syarat sah sembahyang ialah menghadap qiblat .Qiblat yang dihalakan oleh semua umat Islam ialah qiblat yang satu iaitu kaabah yang mulia,yang melambangkan suatu kesatuan diantara ummat islam yang tidak lain dan tidak bukan merupakan kesatuan bagi ketaatan pada Allah Taala.Ia juga akan menanam dalam jiwa ummat islam satu kekuatan,persamaan dan ummat yang satutanpa mengira kaum dan bangsa.

Sembahyang mempunyai rukun dan syarat tertentu yang harus dipelajari oleh ummat islam bagi menghormati disiplin dan kaedah solat yang betul.Orang yang menunaikan sembahyang akan dipersoalkan dihadapan Allah Taala tentang perihal solatnya samaada dalam perkataan mahupun perbuatan

You might also like