You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN ENCIK RAZLI BIN KASSIM 21 FEBRUARI 2011 TERIMA KASIH SAUDARA PENGERUSI

MAJLIS. DAUN LAYU DI TENGAH GURUN NAMPAK JALUR POKOK CEMARA TRADISI MELAYU TURUN TEMURUN PANTUN DITUTUR PEMBUKA BICARA SIRIH BERLIPAT SIRIH PINANG SIRIH DARI PULAU MUTIARA PEMANIS KATA SELAMAT DATANG AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA YANG BERUSAHA PN. HJH PAIJAH BINTI KASSAN, PENGETUA SMK LKTP BELITONG , YANG DIRAIKAN EN RAZLI BIN KASSIM PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK SMK SERI SEMBRONG YANG DIHORMATI EN MOHD NOH BIN A. KARIM YANG DIPERTUA PIBG YANG DIHORMATI EN KIFLI MOHAMAD, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK, EN ZULKAPLI AHMAD, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, BARISAN GURU KANAN, BARISAN GURU CEMERLANG, KAUNSELOR PELAJAR, GURU-GURU YANG DIHORMATI, PARA PEMIMPIN PELAJAR DAN PARA PELAJAR SEKALIAN HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN BUAT PENGETAHUAN SEMUA, MAJLIS KITA PADA HARI INI BERTUJUAN UNTUK MERAIKAN PERPISAHAN CIKGU RAZLI BIN KASSIM DI MANA BELIAU TELAH DINAIKKAN PANGKAT SEBAGAI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK DI SMK SERI SEMBRONG. MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN SAUDARI NOOR FAZIRA BINTI AMIR, KETUA PELAJAR SMK LKTP BELITONG SEBAGAI MEWAKILI SEMUA PELAJAR SMK LKTP BELITONG UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG SAUDARI NOOR FAZIRA BINTI AMIR DI ATAS UCAPAN ITU TADI. MENERUSKAN ACARA PADA PAGI INI, MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA PN HJH PAIJAH BINTI KASSAN, PENGETUA SMK LKTP BELITONG UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA PN HJH PAIJAH BINTI KASSAN DI ATAS UCAPAN ITU TADI. SEBELUM MAJLIS MEMPERSILAKAN CIKGU RAZLI BIN KASSIM UNTUK MELONTARKAN SALAM PERPISAHAN, IZIKAN SAYA UNTUK MEMBACAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG BELIAU. MAJLIS MEMOHON BELIAU BERDIRI SEKETIKA. SILAKAN CIKGU. PADA TANGGAL 12 JANUARI 1965, LAHIRLAH SEORANG PUTERA YANG CUKUP COMEL KE DUNIA DI BATU 8, FELDA AYER HITAM, JOHOR YANG DIBERI NAMA RAZLI BIN KASSIM. BELIAU TELAH MENDAPAT PENDIDIKAN AWAL DI SK LKTP FELDA AYER HITAM DARI TAHUN 1971 HINGGA TAHUN 1976. SETERUSNYA BELIAU MENYAMBUNG PELAJARAN PERINGKAT MENENGAH DI SMK AYER HITAM YANG SEKARANG DIKENALI SEBAGAI SMK DATO MENTERI DARI TAHUN 1977 HINGGA 1982. SETERUSNYA BELIAU MENYAMBUNG PELAJARAN TINGKATAN 6 DI SEKOLAH TINGGI KLUANG DARI TAHUN 1982 HINGGA 1984. SELEPAS MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DI DALAM PEPERIKSAAN STPM, BELIAU TELAH MELANJUTKAN PELAJARAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PADA TAHUN 1984 DAN MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA LINGUISTIK DAN SEJARAH PADA TAHUN 1988. BELIAU SETERUSNYA MEMPEROLEHI DIPLOMA PENDIDIKAN DARIPADA UNIVERSITI YANG SAMA PADA TAHUN 1990. SETERUSNYA BELIAU TELAH MEMPEROLEHI SARJANA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (MBA) PADA TAHUN 1999N DARIPADA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. KERJAYA BELIAU SEBAGAI PENDIDIK TELAH BERMULA DI SMK PALOH PADA TAHUN 1990 HINGGA 1996 DAN DISITU BELIAU TELAH MENJAWAT PELBAGAI JAWATAN SEPERTI KETUA PANITIA BAHASA MELAYU, GURU SPBT DAN GURU PENASIHAT SOFTBALL. KEMUDIAN BELIAU TELAH BERKHIDMAT DI SMK LKTP BELITONG BERMULA PADA TAHUN 1996 HINGGALAH PADA AWAL TAHUN 2011 IAITU KIRA-KIRA 16 TAHUN. DI SINI BELIAU TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENJAWAT BEBERAPA JAWATAN PENTING SEPERTI PENYELIA PETANG, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID. DAN PADA AWAL TAHUN INI, PIHAK KEMENTERIAN TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA BELIAU UNTUK MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK DI SMK SERI SEMBRONG. SECARA KESELURUHANNYA, BELIAU TELAH MENABUR BAKTI SEBAGAI PENDIDIK SELAMA HAMPIR 20 TAHUN. SEPANJANG PERKHIDMATAN BELIAU, BELIAU TELAH DIANUGERAHKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG PADA TAHUN 1999. DENGAN INI MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA CIKGU RAZLI BIN KASSIM UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU RAZLI BIN KASSIM DI ATAS UCAPAN ITU TADI. SETERUSNYA MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAMATA. DIPERSILAKAN CIKGU RAZLI BIN KASSIM UNTUK MENERIMA CENDERAMATA. DENGAN INI DIPERSILAKAN: 1) SAUDARI NOOR FAZIRA BINTI AMIR, KETUA PELAJAR UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA BAGI PIHAK LEMBAGA PEMIMPIN PELAJAR SETERUSNYA:

2) ............................................................................................................ 3) ............................................................................................................ 4) ............................................................................................................ 5) ............................................................................................................ DENGAN BERAKHIRNYA UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA ITU TADI, MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS PERPISAHAN KITA PADA PAGI INI. SEBELUM ITU, IZINKAN SAYA MENYAMPAIKAN PANTUN KHUSUS BUAT INSAN YANG DIRAIKAN PADA PAGI INI. DENGARKAN YA: PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH GUNNG DAIK BERCABANG TIGA HANCUR BADAN DI KANDUNG TANAH BUDI YANG BAIK DIKENANG JUA TUAI PADI ANTARA MASAK ESOK JANGAN LAYU-LAYUAN INTAI KAMI ANTARA NAMPAK ESOK JANGAN RINDU-RINDUAN DUA TIGA KUCING BERLARI MANAKAN SAMA SI KUCING BELANG DUA TIGA BOLEH KU CARI MANAKAN SAMA CIKGU RAZLI TERSAYANG KALAU ADA SUMUR DI LADANG BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI KALAU ADA UMUR YANG PANJANG INSYAALLAH KITA KAN BERTEMU LAGI KALAU ADA JARUM YANG PATAH JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI KALAU ADA SILAP DAN SALAH JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI SEKIAN WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH. SAYA SERAHKAN MAJLIS INI KEMBALI KEPADA SAUDARA PENGACARA MAJLIS.