Penaklukan Konstatinopal (Istanbul) Terdetik pada hati saya ingin menceritakan sejarah konstatinopal kerana pada masa dahulu

saya tidak mengetahui akan sejarahnya dan sering bertanya mengapa ia adalah salah sebuah Negara islam yang Agung.

Mengapa Konstatinopal?

Pada masa dahulu konstatinopal merupakan salah sebuah bandar utama di dunia dan ia diperintah oleh maharaja Maharaja Byzantine iaitu Costantine I sejak tahun 330 Masihi. Oleh kerana ia adalah antara pusat bandar utama dunia, maka ia menjadi tumpuan dunia pada ketika. Ia juga terletak diantara sempadan Asia dan Eropah. Napolean Bonaparte pernah berkata “kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya” . Inilah keistimewaan konstatinopal.

Penaklukan Konstatinopal Percubaan untuk menakluk konstatinopal telah berlaku sejak Zaman Saidina Ali Bin Abi Talib. Berikut adalah rentetan sejarah mengenai cubaan penaklukan konstatinopal.

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Khalifah Saidina Ali bin Talib pada 34 Hijrah - Tidak Berjaya Muawiyah bin Abu Suffiyan pada 84 Hijrah – Tidak Berjaya Sultan Sulaiman pada 91 Hijrah - Tidak Berjaya Khalifah Harun Al-Rasyid pada 165 Hijrah - Tidak Berjaya Sultan Beyazid pada tahun 1391,1397 dan 1400 – Tidak Berjaya Sultan Muhammad Al-Fatih 20 Jamadil Awal tahun 857 Hijrah - Berjaya

Hadis Rasulullah S.A.W mengenai Konstatinopal

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Daripada hadis inilah, tercetusnya usaha umat islam untuk menakluki konstatinopal. Ia memgambil masa 800 tahun lebih untuk menepati hadis tersebut. Bagi saya ia adalah satu pencapaian yang agung kerana umat islam tidak pernah berputus asa dan akhirnya ia berjaya walaupun ia mengambil masa yang lama.

Kesimpulan: Perkara yang menarik perhatian saya adalah strategi Sultan Muhammad Al-Fateh menakluki Konstatinopal. Yang paling menarik adalah beliau berjaya membentuk satu pasukan tentera yang hanya bertujuan untuk menculik seorang Yahudi yang dipenjarakan di bawah tanah. Orang Yahudi tersebut mempunyai penguasaan ilmu dalam membuat meriam. Pasukan tentera itu membina terowong bawah tanah sampai ke penjara yahudi di bawah tanah.

Tanpa ilmu senibina, mustahil pasukan tentera tersebut dapat membina terowong hingga ke penjara bawah tanah. Inilah pengamatan saya mengenai sejarah konstatinopal (Istanbul) . Di harap ia membawa anda untuk mengetahui lebih lanjut. 