GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Penghargaan

1

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami berjaya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Projek bagi semester ini dengan jayanya tanpa mengalami sebarang masalah yang serius. Walaupun tidak dapat melakukan dengan sempurna, sememangnya fitrah manusia sebegitu, namun kami telah mengembleng tenaga bagi menampilkan yang terbaik antara yang terbaik. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajjah Anisah Binti Harun dan Cik Nurhijrah Binti Zakaria, pensyarah pembimbing dan subjek Geografi Persekitaran ini kerana telah bertungkus-lumus tanpa mengira masa dan tenaga dalam membimbing kami dan rakan-rakan menyiapkan tugasan ini tanpa rasa jemu dalam memberikan bimbingan yang berterusan. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada ibubapa saya yang turut membantu dalam aspek kewangan dan motivasi sepanjang melaksanakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada semua warga Pulau Langkawi, Kedah (kawasan kajian), rakan-rakan dan para pensyarah di Jabatan Pengajian Sosial yang sama-sama memberikan kerjasama yang jitu. Kami berharap dengan menyiapkan tugasan ini, dapat mempertingkatkan

pemahaman, pengetahuan dan pendedahan mengenai kegiatan ekonomi di Malaysia khususnya di Pulau Langkawi sebagai kawasan kajian yang tertumpu di Pekan Kuah khasnya dalam aspek kegiatan ekonomi perkhidmatan pengangkutan darat. Dengan tugasan ini juga, kami dapat mendekatkan diri pada masyarakat setempat di samping melihat bagaimana pergerakan ekonomi negara yang amnya di kawasan pelancongan bebas cukai seperti Pulau Langkawi. Akhir kata, kami begitu berbesar hati kepada pembaca yang turut bersama untuk mendapatkan ilmu berkaitan kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi. Insyallah ianya dapat dijadikan petunjuk pada masa hadapan dan sekarang demi membina

suasana masyarakat yang holistik dengan menitikberatkan keadaan persekitaran yang melibatkan kegiatan ekonomi.

2

GEOGRAFI PERSEKITARAN- PSS 3104

Pengumpulan

Kaedah

Maklumat

3

Antaranya adalah seperti berikut. Melalui kaedah ini kami berjaya mendapatkan maklumat berkaitan perusahaan pengangkutan darat yang dijalankan oleh mereka di Pulau Langkawi selain turut berpeluang mengumpul data secara ‘first hand’. KAJIAN KEPUSTAKAAN Selain daripda kaedah di atas. buku rujukan. TEMUBUAL Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai kegiatan ekonomi khususnya mengenai pengangkutan darat di Pekan Kuah dan kawasan Pualau Langkawi umumnya. Bahan-bahan ini dapat mengukuhkan lagi fakta dan hasil dapatan kajian yang kami lakukan.GEOGRAFI PERSEKITARAN. 4 . Disamping. kereta sewa. menunjukkan kematangan dalam menghasilkan penulisan ilmiah mengenai kajian lapangan yang telah kami laksanakan ini. iii.PSS 3104 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT Bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan. Ini terbukti melalui pemerhatian kami terhadap jumlah kenderaan darat yang menjadi pilihan pelancong yang bekunjung ke sana. buku ilmiah. kami turut menggunakan kaedah kajian kepustakaan ini bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi dengan lebih berautoriti dan sumber yang pelbagai. kami telah menggunakan beberapa kaedah. pamplet dan sebagainya. kami telah mengambil inisiatif untuk menemubual pemandupemandu bas. PEMERHATIAN Melalui kaedah ini kami dapat melihat sendiri betapa pentingnya kemudahan pengangkutan darat bagi sesebuah pulau yang terpisah daripada tanah besar seperti Pulau Langkawi. teksi dan juga van yang terdapat di Pulau Langkawi. i. Banyak sumber yang kami teliti seperti laman sesawang. Borang instrument tembual respondan ada disertakan di bahagian lampiran. Dengan kaedah ini maklumat yang diperoleh lebih bersifat universal dan tepat. ii.

PSS 3104 Pendahuluan 5 .GEOGRAFI PERSEKITARAN.

Asalnya. Pulau ini boleh dihubungi melalui pengangkutan air dengan menaiki feri dari Kuala Perlis. Pulau Langkawi mempunyai penduduk seramai 85.PSS 3104 PENDAHULUAN PEKAN KUAH JETTY POINT PETA 1: Peta menunjukkan kawasan kajian di Pulau Langkawi yang tertumpu di Pekan Kuah dan Jetty Point Pulau Langkawi merupakan salah sebuah daerah di Negeri Kedah Darul Aman yang merupakan destinasi pelancongan terkenal di peringkat antarabangsa. Kuala Kedah dan Pulau Pinang serta pengangkutan udara. 2007). Ia terletak di latitud 6º21‟ U dan longitud 99º48‟ T di utara Selat Melaka berhampiran Laut Andaman. Kini.GEOGRAFI PERSEKITARAN. pulau ini didiami oleh masyarakat petani yang mengerjakan aktiviti pertanian berskala kecil dan nelayan tradisional yang menangkap ikan di kawasan persisiran pantai. 6 .336 orang (2004) dan Pekan Kuah merupakan pusat pentadbiran dan perniagaan utama (Kedah Maju 2010. Pulau ini telah mengalami sejarah yang panjang dimana terkenal dengan „Sumpahan Mahsuri‟ serta pernah diserang dan dikuasai oleh Kerajaan Siam beberapa kali.

Pulau Langkawi terdiri daripada kumpulan 99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.GEOGRAFI PERSEKITARAN. promosi dan pemasaran giat dilaksanakan bagi mencapai tujuan tersebut. Jika dahulu. “Kawi” dalam bahasa sankskrit ialah guli. Pada satu masa dahulu. perniagaan dan pembangunan tarikan-tarikan baru. Pelbagai agenda seperti pembentukan rancangan pembangunan. namun ia telah diambil alih oleh sektor perniagaan dan perkhidmatan. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan. Nama pulau ini. makanan dan minuman. ia membentuk perkkataan “ Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi. Kawi adalah bererti merah hati. Pihak swasta menyahut seruan kerajaan dengan melakukan pelbagai pelaburan dalam penyediaan kemudahan dan perkhidmatan meliputi penginapan. ia menjadi tempat tinggal kepada sejumlah burung helang kawi. majoriti penduduknya bekerja dalam sektor pertanian sebagai nelayan dan petani. Pulau Langkawi telah mengalami pembangunan yang pesat dan dikenali sebagai destinasi pelancongan terkemuka di dunia setelah diisytiharkan sebagai „Pulau Bebas Cukai‟ pada tahun 1987. perkhidmatan. Ini disebabkan mereka berkeyakinan bahawa pelaburan yang dilakukan di pulau ini mampu menyumbangkan pulangan yang baik untuk perniagaan yang diceburi. Ini kerana helang mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. pengangkutan.PSS 3104 Nama Langkawi ialah kombinasi “Lang” dan “Kawi” yang diambil daripada perkataan Bahasa Melayu iaitu helang. Pihak kerajaan memberikan tumpuan yang serius terhadap Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan terkemuka. Segenap kawasan yang dahulunya mundur dan terasing daripada pembangunan telah bertukar wajah menjadi sebuah kawasan yang menjadi tumpuan pelabur dan pelancong. 7 . kemudahan. penyediaan infrastruktur.Kawi juga bererti tulisan Kawi. seindah kecantikan pantai dan alam semulajadinya. yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. tulisan yang digunakan oleh tradisi Hindu Jawa.

Sebagai salah sebuah pulau yang tercantik di dunia. terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi antaranya Padang Beras Terbakar. Underwater World dan lain-lain lagi. IPG Kampus Dato‟ Razali Ismail bagi memenuhi sukatan pelajaran Geografi Persekitaran untuk meningkatkan kecekapan pelatih menjalankan kerja luar iaitu di Pulau Langkawi melalui pemerhatian dan mengumpul data mentah di tempat kajian. Pantai berpasir putih yang panjang bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang lengkap. Kilim Geoforest Park. Program ini berlangsung pada 19-22hb Julai 2011 bertempat di Pekan Kuah.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Projek Kerja Kurus Berasaskan Ilmu (KKBI Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan telah dianjurkan oleh Jabatan Kajian Sosial. Dahulunya. Langkawi Cable Car. Pulau Langkawi. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta keindahan kehidupan marin.Nama 'Kuah' ini berasal dari cerita dongeng mengenai pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga kari tertumpah di kawasan ini . Pulau yang dikurniakan dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan misteri dari cerita burung besar dan garuda. Kuah ialah pusat membeli-belh bebas cukai dengan berbagai barangan yang bermutu manakala restoran-restoran di sini menghidangkan masakan yang lazat terutamanya makanan laut.Di samping itu.Sempena dengan peristiwa tersebut .Tasik Dayang Bunting. tempat ini diberi nama 'Kuah'. 8 .PSS 3104 Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi. Pekan Kuah yang terletak di tenggara Pulau Langkawi merupakan pusat untuk pelancong berkunjung ke pulau-pulau lain dengan menggunakan feri . pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran semulajadi stalagmit dan stalaktit. Kuah hanya merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini ia merupakan pusat bandar yang begitu maju dengan pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan tetapi ianya tidaklah sesibuk bandar-bandar besar yang lain. pahlawan gagah perkasa dan puteri kayangan serta peperangan dan percintaan.

Ini mampu menarik pengunjung yang lebih ramai ke Pulau Langkawi khususnya ketika waktu cuti. kereta. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) juga mengendalikan segala hal-hal berkaitan pelancongan seperti pameran 'Langkawi International Maritime Aerospace Exhibiton' (LIMA). kemasukan pelancong ke Pulau Langkawi dalam tempoh 3 bulan pertama pada tahun 2011. Ironman Langkawi serta yang paling terbaru ialah mempromosikan Langkawi Geopark di mata dunia. pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan di sekitar Pulau Langkawi. Kompleks Gerai Kuah dibangunkan di bawah projek RM Ke8. antaranya kegiatan perniagaan. seramai 631. Kadar harga sewaan bagi setiap unit gerai adalah sebanyak RM200.669 orang pelancong. perdagangan. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi. pelbagai barangan dijual dengan kadar bebas cukai seperti coklat. Pelancongan merupakan sektor terpenting bagi kegiatan ekonomi Pulau Langkawi. perindustrian dan sebagainya. Finland dan Dubai bagi memperkenalkan Langkawi. Promosi pelancongan telah diadakan di Berlin. ke pusat membeli belah. Festival Pelancongan. kain batik dan pelbagai lagi. Perkhidmatan awam seperti bas dapat membawa penumpang dalam jumlah yang ramai. perikanan pesisir pantai dan perikanan akuakultur. manakala kereta sewa dan teksi pula hanya terhad kepada empat atau lima orang sahaja.GEOGRAFI PERSEKITARAN. MATTA Fair. Australia. Kegiatan perniagaan runcit dan borong juga antara kegiatan yang pesat di Langkawi. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM1. Contohnya. Bahagian Pelancongan ditubuhkan bagi menjadikan dan memasarkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia. 9 .PSS 3104 Pengangkutan darat pula merupakan medium penting untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang ingin dituju. Atas dasar Pulau Bebas Cukai. Selain daripada kegiatan pengangkutan darat. pelancongan. barangan tembakau. pinggang mangkuk. ke tempat-tempat menarik dan juga berekreasi bersama keluarga.47 juta di mana ia melibatkan pembinaan 21 unit gerai perniagaan di dalam sebuah kompleks perniagaan.

GEOGRAFI PERSEKITARAN.0 Hasil Dapatan Kajian 1.6 1.5 1.2 1.PSS 3104 1.7 Ciri-ciri pengangkutan darat Kepentingan pengangkutan darat di Pulau Langkawi Masalah-masalah yang dihadapi Langkah-langkah mengurangkan masalah yang dihadapi Kesan-kesan kegiatan pengangkutan darat terhadap alam sekitar Cadangan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar Potensi masa depan kegiatan pengangkutan darat 10 .3 1.1 1.4 1.

pengangkutan penumpang seperti bas. Di Pulau Langkawi sendiri terdapat banyak pengangkutan darat yang disediakan seperti bas. Di Pekan Kuah terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan salah satu daripadanya adalah Syarikat Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Langkawi. Selain daripada itu. Oleh itu. penyewa boleh ke mana sahaja yang diinginkan dengan dipandu sendiri oleh mereka. kereta api. Contohnya. membeli-belah. ciri-ciri am perniagaan serta etika dan sikap. perusahaan berkaitan pengangkutan darat melibatkan pemandu-pemandu kenderaan darat seperti pemandu teksi.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Kami telah membahagikan ciri-ciri pengangkutan darat di Pulau Langkawi kepada dua. kereta sewa dan juga van.Manusia memerlukan pengangkutan untuk ke tempat kerja.Bayaran yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis atau model kereta yang disewa. mereka amat mengharapkan pengangkutan darat di Pulau Langkawi bagi meningkatkan tahap mobiliti mereka. Perkhidmatan ini membolehkan para pelancong menyewa kereta tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu serta turut dikenakan bayaran yang tertentu. feri dan kapal terbang menyediakan kemudahan untuk bergerak. bas. Berikut merupakan contoh borang yang diisi dalam talian bagi mendapatkan perkhidmatan penyewaan ini: 11 .1 CIRI-CIRI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT Pengangkutan disediakan untuk memudahkan pergerakan manusia dan barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kawasan pasarannya pula tertumpu di kawasan yang memjadi tumpuan pelancong seperti Pekan Kuah.Hal ini demikian.Dalam tempoh masa berkenaan. Syarikat Sharom Leading Tours yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa pandu sendiri. van dan kereta sewa. teksi. melawat dan berekreasi. Lokasinya terletak di tengah Pekan Kuah dan membolehkan pelancong mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dengan mudah. Contohnya.PSS 3104 1. kerana pelancong yang bertandang ke pulau ini tidak dapat membawa kenderaan persendirian mereka bersama. Secara amnya. Pengangkutan darat memainkan peranan yang tersendiri di Pulau Langkawi. kebanyakan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut menyediakan perkhidmatan sewa dan pandu sendiri.

kenderaan darat di sana dapat membawa bilangan penumpang yang ramai seperti bas. Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi / Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) Cawangan Langkawi. Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan dan persatuan yang terdapat di Langkawi boleh rujuk di Lampiran. Sebagai contoh. namun sambutan yang diberikan agak dingin. Terdapat juga basikal yang disediakan untuk disewa. teksi. 12 .PSS 3104 RAJAH 1: Contoh borang bagi menyewa kereta di Pulau Langkawi melaului kaedah on-line Ciri-ciri am perusahaan pengangkutan darat di Langkawi turut menitik beratkan bilangan penumpang yang dapat dibawa dalam satu masa. kenderaan jenis ini menjadi pilihan pelancong yang datang dari luar seperti Eropah untuk digunakan bagi bersiar-siar disekitar tempat penginapan mereka. Pertubuhan ini telah menyediakan kaunter khusus bagi pelancong mendapatkan servis mereka. Kebiasaannya. Disamping itu. Namun demikian. para pemandu atau pengusaha yang terlibat dalam sektor pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut menganggotai persatuan tertentu bagi menjaga kebajikan serta kepentingan mereka sebagai pemandu. kereta sewa dan juga van.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Para pelanggan akan dijemput oleh pemandu yang terdiri daripada ahli pertubuhan ini sahaja dan salah satu kaunter pertubuhan ini terletak di Langkawi Fair Shopping Complex.

Manakala. Selain daripada itu. Segala tindakan yang diambil hendaklah difikirkan terlebih dahulu baik dan buruknya. ianya boleh dirunding dengan pengusaha mahupun pemilik kenderaan tersebut. Para pemandu pengangkutan darat di Langkawi turut terlibat dalam perkhidmatan awam yang mementingkan kecekapan serta profesionalisme. Kebiasaanya.Pengguna sudah bijak untuk memilih perkhidmatan yang tidak merugikan masa mereka dan apabila nilai ini tiada dalam diri seorang pemandu. Namun. Seterusnya. kadar tambang teksi pula telah diselaraskan oleh pekeliling Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (bil. sikap prihatin dan bertimbang rasa turut menggamit para pelancong untuk menggunakan servis yang ditawarkan oleh mereka. ciri yang pertama adalah boleh dipercayai dan selamat.Selain daripada itu.PSS 3104 Bagi etika dan sikap pemandu pula. maka pemandu itu sendiri akan mengalami kerugian apabila pelancong memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan mereka. menepati masa pula merupakan salah satu aspek yang dicari oleh penumpang dalam perkhidmatan pengangkutan awam. khidmat pengangkutan darat juga mestilah mudah untuk diperolehi seperti lokasi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Langkawi yang terletak di Pekan Kuah berhadapan dengan Hotel Bayview. Harga kereta sewa bergantung pada jenis kenderaan. Mustahil bagi penumpang untuk menaiki teksi atau kenderaan awam lain yang mereka rasakan pemandunya tidak boleh dipercayai dan menggugat keselamatan mereka. Kadar tambang teksi yang dikenakan dari Jeti ke destinasi-destinasi yang ingin dituju oleh penumpang dan juga kadar harga kereta sewa boleh dirujuk pada bahagian Lampiran. 9 tahun 2010) seperti di Lampiran ditetapkan mengikut zon-zon tertentu. 13 . kenderaan disewa mengikut hari.Lokasi ini akan memudahkan para pelancong untuk mendapatkan servis mereka memandangkan tempat tersebut terletak di tengah-tengah Pekan Kuah. apatah lagi bagi pelancong yang menginap di Hotel Bayview. Pemandu kenderaan darat juga perlu praktikal serta mengenakan kos yang berpatutan agar pelanggan yang menggunakan servis mereka berpuas hati.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Perusahaan pengangkutan darat turut menuntut pemandunya untuk bersikap mesra terhadap pelanggan.

motosikal dan juga basikal. tiada pemandu yangmempunyai hasil dapatan 14 . pemandu bas. Pengangkutan darat banyak membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di Pulau Langkawi di mana penduduk dapat bekerja sebagai pemandu teksi. kenderaan yang paling diminati oleh para pelancong adalah van kerana ianya mampu memuatkan ramai penumpang dalam sesuatu masa. dapat dilihat pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat dalam sebulan. Rahman GAMBAR 1: Dua orang pemandu/ pemilik (respondan) yang ditemu ketika menjalani kajian lapangan Pengangkutan darat terdiri daripada beberapa jenis kenderaan yang menggunakan perkhidmatan jalanraya untuk bergerak. Ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran penduduk kerana penduduk mempunyai pendapatan isi rumah masing-masing. Menurut kajian. Berdasarkan hasil kajian lapangan pada 19 hingga 22Julai 2011 di Pekan Kuah. dan pemandu van di syarikat perkhidmatan kereta sewa dan lain. Pulau Langkawi. Antaranya adalah seperti kereta sewa. van.2 KEPENTINGAN KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI PULAU LANGKAWI Mohd Fauzee Ibrahim Megat Ahmad A. teksi. Pengangkutan darat juga banyak menyumbang kepada ekonomi penduduk setempat dan juga pembangunan sektor pelancongan di Pulau Langkawi. Menurut daripada perbualan bersama respondan seperti gambar 1.PSS 3104 1.GEOGRAFI PERSEKITARAN.lain lagi. bas.

GEOGRAFI PERSEKITARAN. Seperti di Jadual dan Graf 1.RM 1000 RM >1000 GRAF 1: Secara carta pai mempamerkan purata pendapatan pemandu-pemandu kegiatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi 15 . JADUAL 1: Menunjukkan purata pendapatan pemandu-pemandu pengangkutan darat di sekitar kawasan kajian PURATA PENDAPATAN PEMANDU-PEMANDU KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT 25% 35% 40% RM 500 . Ini menunjukkan pemandu-pemandu tersebut mempunyai pulangan yang agak lumayan.RM 700 RM 700 .PSS 3104 kurang daripada RM 500.

Inilah yang menyebabkan pendapatan pengusaha-pengusaha kereta sewa di sini memilik pendapatan yang agak lumayan.PSS 3104 Hal ini. Ini kerana. Sebuah pulau yang didiami oleh masyarakat setempat. pemandu van atau teksilah yang bertindak sebagai penunjuk arah kepada pelancong tersebut. Kata beliau. Mampu menerima pelancong-pelancong yang ingin merasai kehidupan di kampung. bilangan agak berbeza berbanding pada hati cuti yang kedatangan pelancong dari dalam dan laur negara yang berlipat ganda. 16 . Menurut seorang respondan. pemandu pengangkutan darat juga bertindak sebagai pemandu arah kepada pelancong. Pulau ini terkenal dengan kawasan atau destinasi program homestay. Kebiasaanya penumpang-penumpang mereka hanyalah penduduk setempat yang berulang alik dari jeti pulau berkenaan ke rumah masing-masing. Di samping itu. Selain itu. Namun. pelancong tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri masuk ke Pulau Langkawi. Pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi kebanyakannya menggunakan perkhidmatan pengangkutan air seperti bot dan juga pengangkutan udara seperti kapal terbang. Sekiranya pelancong tidak tahu arah yang patut dituju untuk ke destinasinya. pelancong akan menggunakan perkhidmatan pengangkutan darat untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. pada pendapat kami adalah disebabkan oleh tumpuan Pulau Langkawi sentiasa aktif kerana pelancong tidak henti-henti melawat ke mari walaupun pada hari biasa.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Encik Jeffry. kedatangan pelancong berganda berbanding hari biasa. Malah. Oleh itu. 38 tahun yang merupakan penduduk di Pulau Tuba. disebabkan servis yang dikenakan berpatutuan dan bersih dan juga promosi yang dibuat mampu menarik pelancong menggunakan perkhidmatan ini. pada masa cuti sekolah khususnya. pengangkutan darat juga dapat meningkatkan mobiliti pengangkutan pelancong untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Ini secara langsung meningkatkan pendapatan mereka sebagai pemilik kenderaan (van) sewa di pulau tersebut.

Ini boleh menyebabkan kelewatan penghantaran penumpang ke destinasi mereka dan dapat menimbulkan kemarahan pelanggan.jumlah kenderaan yang bergerak di Pulau Langkawi menjadi semakin banyak dan pemandu yang berlesen mempunyai masalah untuk menghantar para menumpang kerana terdapatnya kesesakan lalulintas. tidak dinafikan kedengaran luahan hati para pemandu yang berkhidmat sebagai pemandu perkhidmatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi.PSS 3104 1. 17 . para pemandu juga mempunyai masalah komunikasi dengan pelancong asing.GEOGRAFI PERSEKITARAN. (Rujuk Jadual & Graf 2) Kebanyakan teksi haram mempunyai kebolehan untuk menarik pelanggan dengan lebih baik daripada pemandu yang berlesen.3 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI Dalam kesanggupan para pemandu menawarkan perkhidmatan pengangkutan pelancong di Pulau Langkawi. Para pemandu berlesen mungkin tidak lagi mendapat kepercayaan daripada pelanggan di kemudian hari. Hasil dapatan melalui temubual bersama pemandu. didapati bahawa masalah persaingan dengan teksi haram merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para pemandu. Disebabkan oleh masalah dengan teksi haram. MASALAH PERSAINGAN PENCEMARAN KOMUNIKASI TAMBANG KESESAKAN JUMLAH BILANGAN 8 1 4 5 2 20 JADUAL 2: Jadual kekerapan masalah yang dihadapi pemandu (respondan) di sekitar Pula Langkawi Selain itu. Kesukaran dalam memahami bahasa pertuturan mereka menyukarkan komunikasi dua hala antara pemandu dengan pelanggan terutamanya pelancong daripada negara Arab yang merupakan antara pelancong yang teramai mengunjungi Pulau Langkawi.

Pemandu yang berbeza dan harga yang berbeza sedangkan destinasi yang dituju adalah sama. segelintir pemilik yang tidak menggunakan meter akan menyebabkan mereka boleh meletakkan harga sesuka hati.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Hasil temubual bersama pemandu. Tambang sememangnya telah ditetapkan oleh persatuan kereta sewa/ teksi Langkawi. Kebanyakan pelancong asing yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama pemandu akan mempertikaikan harga yang telah dinyatakan oleh pemandu. Ini mengakibatkan penguasaha-penguasaha terpaksa mendengar rungutan dari pelanggan-pelanggan mereka. Sedangkan notis keselarasan harga tambang telah dikeluarkan persatuan misalnya. maka wujudlah pertikaian mengenai pembayaran harga tambang. Tambang juga merupakan isu yang ditekankan oleh pemandu-pemandu di kawasan kajian.PSS 3104 GRAF KEKERPAN MASALAH YANG DIHADAPI 8 7 BILANGAN RESPONDAN 6 5 4 3 2 1 0 PERSAINGAN PENCEMARAN KOMUNIKASI TAMBANG KESESAKAN GRAF 2: Menunjukkan kekerapan masalah yang diberikan oleh respondan seramai 20 orang Oleh kerana pemandu mempunyai masalah dalam berkomunikasi bersama pelancong asing. kadangkala ada dalam kalangan pelancong yang tidak membayar tambang yang telah dikenakan atas mereka. Namun. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati penumpang kerana tambang yang dikenakan kepada mereka tidak selaras. 18 .

19 . kami telah menemubual beberapa orang respondan bagi mendapatkan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah yang berkaitan. Sehubungan dengan itu.maka keluaran asap kenderaan juga semakin bertambah dan ini akan menyumbang kepada pencemaran udara.4 LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH YANG DIHADAPI Terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam bidang perusahaan pengangkutan darat. Antara langkah yang dicadangkan oleh respondan kami untuk mengatasi masalah teksi haram adalah rondaan yang lebih kerap oleh pihak berkuasa dan pelaksanaan undang-undang yang tegas. Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia.GEOGRAFI PERSEKITARAN. 1. Menurut Wark dan Warner (1901). tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers. tetapi tiada gunanya jika tidak dilaksanakan. tumbuhan atau haiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram. pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh berkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia. Dengan bilangan kenderaan yang semakin bertambah. haiwan. Persekitaran yang tidak begitu sihat kerana dipenuhi asap-asap akan mengurangkan jumlah pelancong yang berkunjung ke Pulau Langkawi dan akan menyebabkan pemandu tidak mempunyai ramai pelanggan. Respondan yang telah ditemubual telah memberikan cadangan yang bernas dan boleh dipertimbangkan oleh pihak berkuasa. 1962).PSS 3104 Disamping itu. diharapkan agar pihak berwajib dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini. Ini akan menyebabkan pemandu sukar untuk mencari sumber rezeki mereka serta akan meingkatkan kadar kemiskinan dan juga pengangguran. pencemaran alam sekitar juga turut mnyumbang sedikit sebanyak kepada masalah yang terpasa dihadapi oleh pemandu. Umum sudah mengetahui negara kita sememangnya mempunyai undang-undang. Justeru.

memadailah dengan penganjuran kursus Bahasa Inggeris memandangkan bahasa tersebut bersifat universal dan dapat difahami semua. 20 . Penapis GAMBAR 2: Catalytic converter yang dipasang pada kenderaan ini juga membantu mengurangkan suhu di Pulau Langkawi yang disebabkan oleh kehadiran gas-gas tersebut. Bagi mengatasi masalah tambang pula. Untuk menganjurkan kursus bagi semua bahasa mungkin akan menelan kos yang tinggi. Sehubungan itu. Antara fungsi yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan mengurangkan nitrogen karbon oksida monoksida kepada kepada karbon dioksida. Pihak berkuasa di Pulau Langkawi juga boleh mengambil inisiaif dengan Menganjurkan kursus bahasa asing bagi mengatasi kekangan komunikasi yang berlaku antara pemandu dan pelancong asing. Ini akan menyelaraskan kadar tambang kepada semua pelanggan tanpa mengira teksi dan pemandu yang terlibat. para penumpang tidak akan mempertikaikan harga yang dikenakan terhadap mereka. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. mewajibkan semua pengusaha teksi memasang meter pada kenderaan sewa masing-masing. Melalui inisiatif ini. Hal ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pertelingkahan antara pemandu dengan penumpang. pemasangan penapis ataupun 'catalytic converter' pada ekzos kenderaan kesan juga dapat mengurangkan pencemaran udara hasil pembebasan gas-gas rumah hijau seperti karbon monoksida. Malah. karbon dioksida dan nitrogen oksida. mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air serta sebagainya.PSS 3104 Selain daripada itu. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. nitrogen dan air.GEOGRAFI PERSEKITARAN. memperkenalkan meter merupakan salah satu langkah yang boleh diambil selain mempamerkan harga bagi setiap destinasi.

antara kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar ialah berlakunya pencemaran udara. Kegiatan pengangkutan darat di Pulau Langkawi turut mendatangkan kesan sampingan yang tidak diingini. dan gas metana. Sistem ini dapat diwujudkan melalui pelebaran jalan raya yang boleh menampung lebih banyak kenderaan terutamanya pada musim cuti sekolah dan hujung minggu.GEOGRAFI PERSEKITARAN.PSS 3104 Di samping itu. tanih. iaitu pencemaran udara. deposit basah dan deposit kering. kabus dan salji. Deposit basah terdiri daripada hujan asid. Hujan asid yang terhasil ini akan memusnahkan hidupan akuatik dan seterusnya kehidupan kaum nelayan di Pulau Langkawi juga terjejas.Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku akibat pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya terutamanya ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. 1. air. Hal ini demikian kerana ramai pelancong yang bertandang ke Pulau Langkawi pada waktu itu sekaligus menyumbang kepada pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Gas-gas beracun ini berpunca daripada ekzos kenderaan yang secara langsung menyumbang kepada terjejasnya kualiti udara di Pulau Langkawi.Kesan-kesan ini timbul akibat kegiatan ekonomi yang tidak terkawal. nitrogen dioksida. Pembebasan gas-gas itu tadi juga boleh mencemari udara dalam dua keadaan. pelepasan partikel-partikel terampai atau zarah halus yang berukuran kurang daripada 10 mikron (PM10) dan terapung-apung di udara turut menyumbang kepada pencemaran ini di Pulau Langkawi. kimia atau biologi pada alam sekitar.5 KESAN-KESAN PENGANGKUTAN DARAT TERHADAP ALAM SEKITAR Kebanyakan kegiatan ekonomi menimbulkan kesan-kesan yang tidak diingini terhadap alam sekitar. sulfur dioksida. Disamping itu. dengan mewujudkan sistem jalan raya yang lebih sistematik dapat mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas daripada berlaku. Masalah pencemaran ini wujud akibat kegagalan manusia memanfaatkan sumber semula jadi secara wajar. Pencemaran ialah perubahan atau gangguan sifat-sifat fizikal. Disamping itu. hujan asid juga boleh merosakkan struktur bangunan di pulau tersebut dan gua batu 21 . bunyi serta perubahan ciri-ciri atmosfera. Di Pulau Langkawi. Pencemaran udara berlaku akibat pelepasan gas beracun ke udara yang mengandungi karbon monoksida.

GEOGRAFI PERSEKITARAN. Ini dapat dilihat pada sebuah longkang yang terletak betul-betul di sebelah kedai Haji Ismail Group. Seperti yang dapat dilihat di Pekan Kuah. Amnya. Pembuangan sampah sarap di merata tempat merupakan satu tabiat yang buruk. Manakala deposit kering pula terdiri daripada gas dan partikel berasid dalam udara. industri dan minyak.PSS 3104 kapur yang banyak terdapat di Langkawi. bahan ini akan larut menjadi asid lemah yang merosakkan dinding bangunan. Gas dan partikel ini akan melekat pada bangunan. bahan kimia toksik dan minyak. Selain itu. mengeluarkan baud an juga mencemarkan pandangan. kenderaan dan tumbuh-tumbuhan ketika angin bertiup. sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna akan mendatangkan bau busuk serta menjejaskan pemandangan dan kesihatan. GAMBAR 3: Sampah sarap yang tidak diurus dengan sempurna turut mengakibatkan longkang tersumbat. Apabila hujan turun. pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang turut menyebabkan pengaliran air tersekat dan tersumbat. 22 . bahan pencemar air di Pulau Langkawi kebanyakannya berpunca dari bahan buangan domestik. Sikap dan tabiat sesetengah pelancong di Pulau Langkawi yang kurang mementingkan kebersihan dan tidak bertimbang rasa menjadi punca utama pencemaran ini selain turut menyumbang kepada pencemaran tanih. terutamanya di hadapan kedai-kedai seperti Haji Ismail Group.Air biasanya dicemari oleh bahan-bahan seperti tinja haiwan.

Haba yang terperangkap ini menyumbang kepada peningkatan suhu di Pulau Langkawi dan keadaan ini dikenali sebagai kesan rumah hijau. Bunyi hon serta enjin kenderaan turut menyumbang kepada pencemaran ini. Selain daripada itu. boleh menyebabkan kerosakan telinga seperti pekak. sekiranyan telinga menerima bunyi yang melebihi 80 dB secara berterusan.PSS 3104 Berdasarkan pemerhatian kami terhadap beberapa buah longkang di Pekan Kuah. aktiviti manusia di Pulau Langkawi juga telah membantu meningkatkan kandungan gas rumah hijau di atmosfera.Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera pulau tersebut berlaku akibat aktiviti pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan darat yang menjadi pengangkutan utama di situ. Telinga kita hanya boleh menerima bunyi yang kurang daripada 80 dB. pencemaran bunyi yang berlaku tidaklah begitu membimbangkan dan berpunca daripada kenderaan bermotor seperti bas dan lori. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sumber air ini juga menyebabkan bau busuk dan GAMBAR 4: Pengaliran air longkang yang tersekat akibat pembuangan sampah menjejaskan pemandangan. Pembuangan sampah sarap yang tidak terbiodegrasi ke dalam laut juga menghalang cahaya matahari menembusi ke dalam air dan pengaliran air sungai juga tersekat.Keadaan ini amat membahayakan hidupan akuatik. 23 . Pencemaran bunyi pula berlaku apabila bunyi dari persekitaran melampaui had yang dapat diterima oleh telinga dan mengganggu keselesaan hidup kita. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel (dB). Kajian menunjukkan. serta muzik rancak yang tidak terkawal daripada kedai-kedai yang beroperasi. Bagi Pulau Langkawi.Gas ini memerangkap haba yang sepatutnya dilepaskan ke angkasa lepas. kebanyakannya dicemari dengan bahan buangan domestik yang terdiri daripada kumbahan dan sampah sarap.GEOGRAFI PERSEKITARAN.

Penukar bermangkin tiga hala (three. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.PSS 3104 1. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. dalam mengawal pencemaran udara akibat penggunaan kenderaan bermotor iaitu pengangkutan darat khususnya di kawasan kajian perlu diberi penekanan yang serius oleh masyarakat dan kerajaan.GEOGRAFI PERSEKITARAN. terutamanya penghuni kota. satu Akta Udara Bersih (Clean Air Act) telah diwujudkan untuk mengurangkan penghasilan Hidro Karbon.6 CADANGAN MENGURANGKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR Pertama. 24 . Di Amerika misalnya.way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu. Tindakan tegas kerajaan Malaysia adalah perlu untuk mengurangkan penggunaan dan penjualan minyak berplumbum demi menjamin kesihatan masyarakat umum. Kesan Plumbum terhadap kesihatan juga boleh dielakkan sekiranya kita menggunakan minyak tanpa plumbum (unleaded). Penggunaan alat penyaman udara boleh menghasilkan gas Klorofluorokarbon (CFC) dan menambahkan penggunaan minyak hingga 12 % terutamanya sewaktu kesesakkan lalu lintas. Penggunaan alat penyaman udara boleh digantikan dengan penggunaan ventilator udara dan membuka tingkap sewaktu memandu. Karbon Monoksida dan oksida-oksida Nitrogen tertentu. Selain itu kita patut mengurangkan penggunaan penyaman udara dalam kenderaan bermotor kecuali jika benar-benar diperlukan. Bahaya pencemaran akibat penggunaan kenderaan bermotor telah lama diberi perhatian serius oleh negaranegara maju.

Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran.PSS 3104 Kedua. Antara media massa yang memainkan peranan yang penting ialah surat khabar. khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contoh TV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya. Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat. dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. majalah. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Selain itu. media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran ialah majalah dan surat khabar. melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum . Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu. Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Setakat ini. dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). 25 .GEOGRAFI PERSEKITARAN. terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar. televisyen dan radio. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar. Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam dan Manusia. mereka perlulah mempunyai kesedaran. Ketiga. Oleh itu.

Pameran dan aktiviti tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepada masyarakat tentang isu-isu alam sekitar. mengadakan kempen melindungi alam sekitar. kempen kitar semula. Malaysia kerap menganjurkan kempenkempen kesedaran contohnya kempen berbudi bahasa. Dengan menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar. kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. kita sering melihat di kaca television dan mendengar di corong-corong radio mengenai kebaikkan pangangkutan awam. Kempen kesedaran berkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh Kementerian Sains. Kegiatan ekonomi pengangkutan awam yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Kempenkempen ini dapat memberi kesan yang mendalam GAMBAR 5: Debat Alam Sekitar yang dianjurkan setiap tahun juga mampu menanam kesedaran alam sekitar terhadap mahasiswa-mahasiwa IPT terhadap peserta-pesertanya. ia adalah sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita.GEOGRAFI PERSEKITARAN. 26 . telah membawa seribu satu persolan mengenai kesannya terhadap kehidupan seharian. Kini. sahabat alam dan sebagainya. Masyarakat terutama golongan sasar perlu diingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”.7 POTENSI KEGIATAN PENGANGKUTAN DARAT DI MASA HADAPAN Dewasa ini.PSS 3104 Keempat. Malah bagi menanggani masalah pencemran bunyi. Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar. Teknologi dan Alam Sekitar. kesankesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. 1. Kebaikan pengangkutan awam sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kemajuan negara sama ada secara sedar mahupun tidak. Kempen khas untuk pencemaran ini perlu diperkenalkan. sebab-sebab pencemaran.

pelbagai usaha telah diambil oleh pelbagai pihak berwajib sama ada oleh pihak berkuasa mahupun pihak individu dan pengusaha itu sendiri bagi menangani masalah yang wujud. melalui pengangkutan awam.GEOGRAFI PERSEKITARAN. jelaslah penggunaan pengangkutan awam dapat membantu dalam mengurangkan kesesakan jalan raya terutama di pusat tumpuan orang ramai. kesesakan jalan raya dapat dikurangkan sekali gus dapat mengurangkan kadar kesesakan yang sering melanda terutama di setiap bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Apabila kurangnya kenderaan di jalan raya. Oleh itu. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan inisiatif baru bagi memartabatkan dan meningkatkan nama pengangkutan awam khususnya sektor pengangkutan darat. Hal ini kerana melalui pengangkutan darat. akan dapat memudahkan urusan individu ke destinasi tertentu tanpa perlu bersusah payah dengan berjalan kaki dan sebagainya. ada juga beberapa berita mengenai keburukan yang menguasai sektor kegiatan ekonomi tersebut. Selain itu. Dengan adanya pangangkutan awam. Pengangkutan awam dari sudut pengangkutan darat sememangnya membawa seribu satu makna. masyarakat juga dapat meningkatkan darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan. kita akan mengupas mengenai potensi pengankutan darat pada masa akan datang. di pulau-pulau seperti Pulau Langkawi ada menyediakan perkhidmatan kereta sewa dan juga teksi. Disebabkan hal ini. Melalui 27 . Hal ini kerana pengangkutan darat ini mempunyai potensi yang amat tinggi dan positif pada masa akan datang. maka hal ini membawa kepada pengurangan kesesakan jalan raya dan membuatkan hala tuju perjalanan seseorang individu dapat berjalan dengan lancar. Sebagai contoh. Hal ini kerana melalui pengangkutan awam yang disediakan di tempat pelancongan. individu yang ingin pergi melancong ke tempat yang jauh dari tempat tinggal asal mereka tidak perlu membawa kenderaan milik sendiri. Sebagai contoh.PSS 3104 Tidak kurang dengan itu. masyarakat dapat pergi ke tempat yang ingin ditujui tanpa perlu menaiki kenderaan sendiri sekali gus mengurankan jumlah kenderaan di jalan raya. penggunaan teksi untuk ke sesebuah tempat dapat mengurangkan bilangan kenderaan di samping teksi tersebut berupaya membawa lebih ramai bilangan penumpang ke pelbagai destinasi yang diingini. Oleh itu. Hal ini kerana melalui pengangkutan awam ini.

pemandu teksi yang sudah biasa dengan karenah atau selok belok jalan. sudah pasti kadar pencemaran udara yang dilepaskan dapat dikurangkan sekali gus dapat membantu dalam memelihara kesejahteraan alam bak kata pepatah. menyelam sambil meminum air. Oleh itu. sesebuah komuniti mahupun individu dapat menjimatkan masa untuk ke destinasi pilihan mereka. Selain itu. Oleh itu. Hal ini jelas kerana jika satu kenderaan dapat membawa ramai orang untuk destinasi tertentu. Hal ini kerana melalui pengangkutan awam seperti pemandu teksi. sudah semestinya mempunyai pengalaman dalam selok belok jalan yang membantu dalam mempercepatkan ke destinasi pilihan.PSS 3104 pengangkutan awam ini. individu yang melancong ke Pulau Langkawi dapat menggunakan perkhidmatan tersebut untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. dapat membantu dalam mengurangkan kadar pencemaran yang berlaku dengan sendiri. melalui pengangkutan awam. Sehubungan dengan itu.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Hal ini kerana dapat memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri nikmat melancong tanpa membawa kenderaan hak milik mereka di serata tempat. kita dapat melihat bahawa pengangkutan awam membawa satu hala tujuan yang positif terhadap alam sekitar kerana melaluinya. kita dapat membantu dalam menangani masalah pencemaran udara yang semakin ketara pada masa sekarang. Hal ini bermaksud. Hal ini penting kerana melalui perkhidmatan seumpama ini dapat memberi peluang kepada pelancong untuk mengunjungi tempat yang ingin dituju tanpa perlu memikirkan halangan perjalanan yang bakal timbul. dengan wujudnya kegiatan ekonomi dari sudut pengangkutan awam. melalui pangangkutan awam. individu dapat menyumbang dalam mengurangkan pencemaran udara yang semakin ketara dengan menaiki teksi mahupun kereta sewa ke destinasi yang ingin ditujui. Akhir sekali. risiko pencemaran juga dapat dikurangkan. kita dapat melihat pangankutan darat sedikit sebanyak dapat membawa perubahan dalam sektor pelacongan. Hal ini kerana bilangan kenderaan yang terdapat di jalan raya sedikit sebanyak menyumbang kepada meningkatnya pencemaran udara yang semakin ketara di era globalisasi ini. sudah semestinya dapat membawa penumpang ke destinasi 28 cara pengurangan bilangan kenderaan itu . Sebagai contoh.

PSS 3104 pilihan dengan cepat berbanding dengan individu yang datang melancong dari negeri luar yang tidak berapa arif mengenai jalan di kawasan tempat pelacongan tersebut. 29 . perkhidmatan awam dari sektor pengangkutan darat menyumbang dalam kehidupan seharian individu. Hal ini kerana hasil dari wujudnya pengangkutan darat ini membawa impak serta potensi yang baru kepada masa hadapan negara itu sendiri. kami berharap agar kualiti pangangkutan darat akan dapat dipertingkatkan supaya dapat memberi kepuasana kepada pengguna sekali gus akan membuatkan mereka akan terus menggunakan perkhidmatan kenderaan awam dalam kehidupan seharian selaras dengan kehendak masyarakat sejagat iaitu untuk memastikan modal insan pada masa akan datang dapat merasai nikmat flora dan fauna seperti yang kita rasai pada masa sekarang seandainya pencemaran alam dapat dikurangkan dengan berkesan dari masa sekarang. dapat meningkatkan darjah ketersampaian ke destinasi pelancongan. Oleh itu. Sebagai contoh. Oleh itu. membantu dalam menangani masalah pencemaran alam yang semakin berleluasa serta dapat membantu dalam menjimatkan masa seseorang. pengangkutan darat ini dapat membantu dalam menangani masalah kesesakan jalan raya. Sudah terang lagikan bersuluh.GEOGRAFI PERSEKITARAN. dengan adanya kegiatan ekonomi seperti perkhidmatan kenderaan awam ini membantu individu dalam menjimatkan masa mereka ke destinasi pilihan mereka sekali gus dapat memastikan individu tersebut berasa selesa dan gembira sewaktu pergi melancong ke tempat yang baru di lawati.

GEOGRAFI PERSEKITARAN.PSS 3104 Kesimpulan 30 .

kami merasa berbaloi kerana tugasan ini telah menambah pengetahuan kami 31 . Menyiapkan tugasan ini juga telah meningkatkan kemahiran sosial kami dengan menjalankan kerja luar melalui kaedah pemerhatian dan mengumpul data secara ‘first hand’ di Pulau Langkawi.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan jumlah pelancong yang bekunjung ke Pulau Langkawi. Kegiatan ekonomi ini dilakukan mengikut sektor. Antara sektor ekonomi yang penting di negara kita adalah perkhidmatan. Pembangunan lestari ialah satu konsep pembangunan mesra alam. Sektor ini merupakan kegiatan ekonomi ketiga iaitu kegiatan yang menyediakan perkhidmatan. Sungguhpun sektor ini menyumbang kepada kestabilan ekonomi penduduk.GEOGRAFI PERSEKITARAN.PSS 3104 KESIMPULAN Kegiatan ekonomi ialah sebarang kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan. Dalam keghairahan para pemandu mencari punca rezeki masing-masing. Kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kesan-kesan terhadap alam sekitar melalui pembangunan lestari. Setiap sektor menyediakan peluang kerja dan pendapatan.Langkah-langkah tersebut dibuat bagi memastikan keseimbangan alam semulajadi terjamin untuk masa hadapan. Contoh lain yang tergolong dalam kegiatan ekonomi tertier adalah perniagaan. namun tidak dinafikan para pemandu pengangkutan darat menghadapi masalah tertentu seperti persaingan dan juga masalah komunikasi dengan pelancong asing. sekunder. iaitu mengekalkan pembangunan tanpa memupuskan sumber semulajadi dan menyebabkan kerosakan alam sekitar. Semangat kerjasama serta kemahiran komunikasi kami juga bertambah baik hasil pengalaman menemuramah para respondan. pelancongan dan pentadbiran. maka ia akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar seperti pencemaran udara dan air. membuka peluang kerja. Terdapat tiga jenis kegiatan ekonomi. dan tertier. dan lain-lain. Kepentingannya dapat dilihat daripada sumbangan kepada pendapatan negara. primer. Kegiatan ekonomi seperti pengangkutan darat amat penting untuk pembangunan negara. sekiranya mereka tidak peka dengan keadaan persekitaran. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam proses mendapatkan maklumat.

kegiatan ini boleh mencemarkan alam sekitar. Tuntasnya. 32 . sektor pengangkutan banyak menyumbang kepada ekonomi negara umumnya dan Langkawi khasnya.PSS 3104 disamping dapat menghubungkaitkan pengetahuan yang telah dipelajari di institut dengan pengamalan yang didapati melalui pemerhatian semasa menjalankan kajian luar.Justeru. jika tidak dipantau. langkah proaktif perlu diambil bagi mengelakkan masalah-masalah yang berkaitan agar sektor ini dapat berkembang maju tanpa merosakkan bumi tercinta.Namun demikian.GEOGRAFI PERSEKITARAN.

GEOGRAFI PERSEKITARAN.PSS 3104 Bibiliografi 33 .

my/v1/. 2008.gov. Siri Pencemar Alam.my. [Temubual]. Megat Ahmad A. Diakses pada 05 Ogos 2011. 2011). Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Van) dan Masalah yang Dihadapi Sebagai Pemilik dan Pengusaha di Pulau Langkawi. Sumber. [Tembual] 34 . 1994. 2011).kedah. Pencemaran Alam Sekitar.my/web/guest/home. Kedah.bhd. Hashim Dzakiria dan Azilah Kassim. Jasiman Ahmad. Universiti Sains Malaysia. [Temubual]. 2011). (10 Julai. Pulau Pinang. Hamidi Abdul Aziz. (2007).PSS 3104 BIBILIOGRAFI Afendi Ibrahim & Mohd Zaki Ahmad. Majlis Pembandaran Langkawi. Berkenaan Persatuan-persatuan Kereta Sewa di Pulau Langkawi. Bhd.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Kereta) di Pulau Langkawi. Disember 1994. Kedah Gemilang : Statistik Penduduk Mengikut Daerah. Mohd Fauzee Ibrahim. 1996. Universiti Utara Malaysia. Diperolehi pada 16 Ogos 2011 daripada http://www.(2009) Penubuhan Geotaman Langkawi: Kesan Kepada Industri Pelancongan. Fakulti Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.gov. (10 Julai. (10 Julai.mplbp. [Tembual]. (12 Julai. (09 Julai. Selangor: Oxford Fajar Sdn. KBSM. Musliha Zahar. Cadangan Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar di Pulau Langkawi. http://www. [Temubual]. Kesan Negatif Kenderaan Bermotor Terhadap Alam Sekitar. Perundangan dan Kawalan. Eddiplex Sdn. (11 Julai. http://www. Kedah. 2011). Kedah. (2007). Dewan Kosmik. Langkawi. Kedah. Kuala Lumpur. Pencemaran Bunyi : Teori. Kedah Maju 2010 Official Site.lada. [Temubual]. Atlas Moden Malaysia dan Dunia Edisi Baharu.gov. Hassan Hussain. Perihal Perkhidmatan Kenderaan Sewa (Van) dan Masalah yang Dihadapi di Pulau Langkawi. 2011). Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Jeffry Johari. 2011). Sambutan Perkhidmatan Kenderaan Sewa di Pulau Tuba. Rahman. Amir Salleh. Diakses pada 10 Ogos 2011.

Pearson Malaysia Sdn. (2007). Rahman. Kelestarian Langkawi Geopark: Penglibatan Komuniti Kuala Teriang. Abdullah Syuid. Diakses pada 31 Julai 2011. (2010).Selangor.langkawitaxiservice. Kereta Sewa dan Pandu Berlesen. ___________. 2011). Rostam Ali. 2011).PSS 3104 Nur Hafizah Jusoff & Rahimah Abdul Aziz. Abdul Manan. Megat Ahmad A. ___________. ___________. (12 Julai. Langkawi Taxi Service. Siti Zaleha Abidin. Petaling Jaya.html.langkawipages. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Akademika 78 ( Jan.GEOGRAFI PERSEKITARAN. Khidmat Kereta Sewa Langkawi.com/. http://www. Zakaria Salleh. Amir Salleh & Mohd Fauzee Ibrahim. Diakses pada 31 Julai 2011. http://langkawitiara. Hassan Hussin.com/keretasewalangkawi. Kadar Tambang Teksi dari Jeti. Langkawi. (10 Julai 2011). Diakses pada 03 Ogos 2011. Yaakub Abas. [Temubual].Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Manusia. 35 . http://www.com/. Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. [Tembual].April) 2010: 95-101. Kedatangan Pelancong Tempatan dan Antarabangsa ke Pulau Langkawi. [Temubual]. (12 Julai. Purata Pendapatan Sebulan.Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful