You are on page 1of 31

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik

di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini. Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebutDistribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan. Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.

Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar

untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF). Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus. 1. Litar jejari Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m. Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A. 2. Litar gelang Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m. Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m. Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A. 3. Litar pencahayaan Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar 2.5mm bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas. Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA. Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya

dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

SISTEM KAWALAN DAN PERLINDUNGAN PENDAWAIAN Pemilihan Sistem Kawalan dan Perlindungan Pendawaian Kawalan dan perlindungan pendawaian adalah suatu sistem pemencilan /pengasingan dan pensuisan serta sistem perlindungan yang mesti ada di dalam setiap pendawaian domestik. Pengasingan dan Pensuisan Contohnya suis, palam kuasa dan soket alir keluar serta pemutus litar. Ianya berfungsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan secara manual pada sesuatu litar tanpa mengganggu litar lain. Ia bertujuan untuk mencegah bahaya renjatan elektrik semasa penyenggaraan, pengujian, mengesan kerosakan dan pembaikan.

Perlindungan Memberi perlindungan kepada sistem pendawaian, kelengkapan elektrik atau pengguna daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti arus lebih, arus bocor ke bumi, litar pintas, kilat dan sebagainya. Litar di bawah menunjukkan alat pengasing dan perlindungan yang mesti dipasang pada sistem pendawaian elektrik domestik.

Alat Pengasing dan Perlindungan Pendawaian Elektrik Domestik

Perlindungan Arus Secara amnya, perlindungan bagi arus boleh dibahagikan kepada dua ;

i. Perlindungan arus lebih (arus beban lebih atau litar pintas). Pemutus litar atau fius hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan arus beban lebih atau litar pintas. Pemutus litar atau fius hanya digunakan pada konduktor hidup sahaja. Bagi penggunaan litar fasa tiga, semua pemutus litar atau fius hendaklah digabungkan dalam satu kumpulan litar. Pemilihan alat perlindung arus lebihan mestilah berpandukan kepada paras kerosakan arus litar pintas pemutus litar atau suis utama [kA]. ii. Perlindungan arus bocor ke bumi.

Pemutus Arus Baki (RCD) hendaklah digunakan dengan kadaran yang sesuai bagi perlindungan arus bocor ke bumi (mengelakkan daripada renjatan elektrik). a) Peraturan 36(1), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar; b) Peraturan 36(2), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 10 miliampiar; c) Peraturan 36(3), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan, perlindungan terhadap arus

kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 30 miliampere; dan d) Peraturan 36(4), PPE 1994 menyatakan bagi sesuatu pepasangan selain daripada (1), (2) dan (3), perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah menggunakan peranti arus baki berkepekaan tidak melebihi 100 miliampere. Keperluan Pengunaan Pemutus Litar Arus Baki (Kepekaan) Berdasarkan Peraturan 36, PeraturanPeraturan Elektrik 1994.

Alat Perlindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device (SPD) SPD adalah digalakkan untuk dipasang bagi melindungi daripada sambaran kilat yang mendadak (lightning surge) atau voltan berlebihan yang mendadak (overvoltage surge). Ianya boleh dipasang berdekatan

dengan punca bekalan (sebelum RCD). Spesifikasi Keperluan Alat Pelindung Arus/Voltan Mendadak (Surge Protection Device):

Litar Kawalan Pendawaian Satu Fasa Definisi: 1. Litar kawalan ialah turutan alat-alat kawalan & perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna.Litar ini termasuklah pengasingan, pensuisan, perlindungan arus lebihan dan perlindungan kebocoran arus ke bumi. 2. Alat-alat kawalan dan perlindungan dalam litar Kawalan adalah seperti berikut:i) Fius Perkhidmatan Dan Penghubung Neutral Berfungsi sebagai perlindungan arus lebihan dan menghadkan arus penguna

Fius Perkhidmatan

Perangkai Neutral ii) Jangka Kilowattjam Berfungsi sebagai pengukur jumlah tenaga yang digunakan oleh pengguna bagi menetapkan kadar bayaran tarif

Jangka Kilowattjam iii) Suis Utama Terdapat dua jenis iaitu:a)Suis- fius( rumah lama banyak guna jenis ini) b)Fius- suis( supply terus pada fius-sekarang banyak digunakan) Suis utama berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar & perlindungan arus lebihan

Suis Utama

iv) Pemutus Litar Bocor Ke Bumi (ELCB) Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar.

ELCB v) Papan Agihan (DB) Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan

Papan Agihan

Dicatat oleh Jasman Bin Esmon di 7:03 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Ahad, 10 Julai 2011 Jenis-Jenis Sistem Pendawaian

Sistem Pendawaian Permukaan Sistem pendawaian permukaan boleh dipasang secara terus ke dinding dan siling kayu atau di ataslapik kayu bagi dinding konkrit Kabel yang digunakan mestilah dari jenis yang mempunyai tebatan berlapis ( PVK/PVK ).- kerana terdedah kepada kerosakkan mekanikal Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Permukaan Kebaikan: 1. Kemas & elok dipandang. 2. Sesuai untuk pemasangan kecil ( rumah kediaman ) 3. Pemasangan mudah dan cepat disiapkan. 4. Kerja menyelenggara / tambahan mudah dilakukan dan tidak menjejaskan pendawaian sedia ada. 5. Kos pendawaian yang paling murah. Kelemahan: 1. Terdedah kepada kerosakkan mekanikal (terdedah). 2. Tidak Tahan suhu panas dan lembab. 3. Sesuai hanya di tempat tertentu sahaja. 4. Tempoh ketahanan tidak lama. Ciri-ciri pemilihan Pendawaian permukaan a). Bangunan dibuat daripada - kayu / batu. b). Voltan rendah fasa tunggal. c). Bilangan litar akhir sedikit d). Kabel yang dipasang tidak begitu banyak. e). Kurang risiko berlakunya kerosakkan mekanikal. f). Kerja pemasangan dibuat cepat. g). Beban kuasa yang digunakan kecil. h). Kos pemasangan ekonomi / murah. Sistem Pendawaian Pembuluh (Konduit) Sistem pendawaian yang menggunakan pembuluh yang di dalamnya akan disalurkan kabel.

Dipasang di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik, terdedah kepada tindakan kimia, cecair dan di luar bangunan. ( Kilangkilang perusahaan, makmal, bengkel dan sebagainya ). Sistem pendawaian ini boleh dipasang sama ada secara permukaan atau tersembunyi. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu pembuluh hendaklah mengikut faktor ruang iaitu tidak melebihi 40%. Dawai pancing ( fish tape ) digunakan untuk menarik kabel ke dalam pembuluh. Pembuluh yang digunakan dalam sistem pendawaian ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu: (a). Pembuluh Logam (b). Pembuluh bukan logam ( PVK ). (c). Pembuluh mudah Lentur ( Logam & PVK). Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian Pembuluh: a). Beban / kuasa yang digunakan besar. b). Memerlukan voltan bekalan 1 fasa & 3 Fasa. c). Bangunan kilang, bengkel, bangunan komersial dan gerai-gerai. d). Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya kerosakkan mekanikal. a) Pembuluh Logam Di antara pembuluh logam yang digunakan ialah keluli tolok ringan (galvani ). Pemasangan pembuluh jenis ini memerlukan peralatan khas seperti, alat pembengkok untuk - membuat bengkokkan atau ofset, Alat pasung dan acuan bagi membuat bebenang. Semua serpihan reja-reja pembuluh perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan kabel tercedera. Standard saiz pembuluh boleh didapati seperti 19mm/20mm, 25mm, 32mm, 40mm dan 50mm.

Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Logam: Kebaikan: 1. Mempunyai perlindungan mekanik yang lebih baik 2. Tahan cuaca dan keadaan panas. 3. Tahan lama dan tahan lasak. 4. Boleh dijadikan pengalir keselanjaran bumi tambahan. 5. Boleh ditanam terus ke dalam tanah. Kelemahan: 1. Bentuk tidak kemas (tidak cantik ). 2. Memerlukan pekerja mahir Perlukan peralatan khas mesin pembengkok. Kos mahal / tinggi. Tempoh menyiapkan lebih lama. b) Pembuluh Bukan Logam Terdapat pembuluh bukan logam yang biasanya diperbuat dari bahan plastik (PVK ) yang tahan dan sesuai digunakan pada suhu 60 C. Pembuluh PVK ini tahan dari kakisan (karat) dan dapat mengelakkan sebarang kebocoran aliran arus jika menyentuh bahagian-bahagian yang boleh menjadi pengalir. Pembuluh PVk juga boleh didapati dalam dua jenis, iaitu pembuluh tegar dan pembuluh boleh lentur. Bagi tujuan membuat ofset atau bengkokan, pembuluh boleh dipanaskan terlebih dahulu atau menggunakan pegas ( spring ) yang khas. Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Bukan Logam (PVK): Kebaikan: Tahan kakisan (karat ). Selamat dari kejutan elektrik (PVK-penebat) Kos murah.

Kelemahan: Tidak memberikan perlindungan mekanik. Mudah rosak jika sering terkena matahari / hujan c) Pembuluh Boleh Lentur ( Logam / PVK ): Pembuluh ini sangat berguna untuk menyambung pemasangan ke punca-punca beban yang bergetar, bergerak, selalu diubahsuai dan pada kedudukan yang sempit dan tidak rata. Tidak sesuai untuk memberikan perlindungan mekanik yang baik. Kebaikan dan kelemahan Pendawaian Pembuluh Boleh Lentur: Kebaikan: Pemasangan cepat tidak perlu benang. Mudah digayakan mengikut bentuk yang dikehendaki (tiada alat khas). Dapat elakkan merebaknya kebakaran putus. Kelemahan: Mudah terlucut / tercabut Tidak boleh dipasang pada jarak jauh. Mudah patah. Bukan pengalir keselanjaran bumi tambahan (PVK) Peraturan IEE Pemasangan Pembuluh : Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi 40% dari luas muka keratan pembuluh. Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 sesiku pejal, atau 2 selekoh bengkokkan 90 . Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari ukuran garis pusat luar pembuluh itu. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak alatambah. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di tempat-tempat yang terdedah kepada air.

Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang berasingan. Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding lubang khas perlu diadakan. Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan. Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang dimulakan dari tengah-tengah sistem tersebut.

Sistem-Sistem Pendawaian
Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan

Definisi pendawaian Domestik

Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman

Definisi Pendawaian Industri

Pendawaian yang dilakukan di kilang-kilang atau perindustrian pendawaian domestik menggunakan kabel yang mempunyai 2 lapisan penebat dan pendawaian industri mempunyai 1 lapisan penebat kerana kabel pendawaiannya telah dilindungi oleh conduit atau trunking Mengikur IEE, terdapat 20 jenis pendawaian. Dan pendawaian yang sering digunakan ialah : a. Pendawaian tersembunyi b. Pembuluh c. pendawaian permukaan d. sesalur pendawaian bawah tanah

SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI ( Concealed wiring system )


Boleh dibahagi kepada dua jenis

sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat sistem pendawaian pembuluh tersembunyi

Sistem pendawaian Tersembunyi Hanya dibenarkan membawa voltan rendah.

Salah satu sistem pendawaian tersembunyi

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN


Voltan yang digunakan ialah voltan terlampau rendah. Hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini. Boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrit. Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK)

Contoh sistem pendawaian permukaan

Pendawaian Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia. Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 Electrical Intallations of Building, MS 1936:2006 Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364 dan MS 1979:2007 Electrical Intallation of Building Code of Practice. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah. Spesikasi Menurut Piawaian MS IEC 60038, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%). Sistem pendawaian

Pendawaian elektrik boleh dilakukan sama ada secara terdedah ataupun tersembunyi. Pendawaian secara tersembunyi lazimnya dilakukan semasa pembinaan bangunan dengan membuat alur untuk dawai elektrik pada dinding bangunan. Namun demikian, kelemahan utama kaedah ini ialah pengguna mungkin menghadapi risiko kejutan elektrik sekiranya pengguna memaku atau memasang skru pada dinding, misalnya untuk memasang rak buku ataupun penyangkut baju. Dahulunya, kabel elektrik yang digunakan disalut dengan penebat getah, tetapi kemudiannya digantikan dengan PVC kerana penebat getah tidak tahan lama serta mudah rapuh dan haus mengikut masa. Di Malaysia, kabel yang ditetapkan bagi tujuan pendawaian adalah berpenebat PVC serta berpengalir kuprum atau aluminium tetapi bagi kabel dengan luas keratan rentas pengalir kurang daripada 16 mm, hanya pengalir kuprum sahaja yang dibenarkan. Perlindungan arus Terdapat tiga bentuk perlindungan yang disediakan pada unit pengguna dalam sistem pendawaian elektrik daripada bahaya yang disebabkan oleh arus elektrik seperti litar pintas, kilat, arus berlebihan ataupun kebocoran arus elektrik, iaitu:Suis utama - Pensuisan serta perlindungan daripada arus berlebihan Pemutus litar bocor ke bumi (ELCB) - Memutuskan litar jika berlaku kebocoran arus elektrik ke bumi Fius elektrik / pemutus litar kecil (MCB) - Memutuskan litar sekiranya berlaku lebihan arus elektrik Sebagai tambahan, peralatan elektrik yang menggunakan piawaian BS 1363 iaitu melalui plag piawaian 13 ampere turut dilindungi fius 13 A sebagai perlindungan tambahan daripada lebihan arus elektrik. Pemasangan mata suis dan soket Kesemua suis dan soket yang digunakan dalam sistem pendawaian di Malaysia direka bentuk untuk dimuatkan pada kotak pemasangan piawai berbentuk segiempat sama, bersaiz 86 mm x 86 mm, seperti

yang tertakluk pada piawaian BS 4662. Terdapat juga kotak pemasangan berkembar bersaiz 143 mm x 86 mm bagi menempatkan dua petak suis atau soket piawai. Mata soket yang digunakan direkabentuk untuk digunakan oleh plag piawai 13 ampere Jenis G (BS 1363) serta dilengkapi dengan suis. Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan plag 2 pin 2.5 ampere (Jenis C; juga dikenali sebagai "Europlug") yang boleh dipalamkan ke soket BS 1363 menggunakan penyuai khas. Bagi peralatan berarus lebih tinggi seperti pendingin udara, biasanya soket 15 ampere Jenis M (BS 546) digunakan. [sunting]Pembumian Rencana utama: Pembumian elektrik Pendawaian elektrik mestilah dibumikan bagi menyediakan perlindungan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik akibat kebocoran arus elektrik ke bumi dengan menyediakan laluan berintangan rendah ke bumi. Komponen utama pendawaian (yang tidak membawa arus, seperti pembuluh logam), rangka bumbung yang diperbuat daripada logam serta peralatan elektrik (terutamanya yang menggunakan motor elektrik serta unsur pemanas) adalah antara komponen yang wajib dibumikan.

PLBK Kendalian Voltan Berdasarkan kes-kes kemalangan elektrik yang disiasat, terutamanya yang melibatkanpepasangan domestik, kegagalan PLBK berfungsi dengan berkesan menjadi puncautama yang menyumbang kepada kes yang mengakibatkan maut. Oleh yang demikian penggunaan PLBK kendalian voltan hendaklah dihentikan serta merta dan hanyaPLBK jenis kendalian arus sahaja yang boleh digunakan. PLBK jenis kendalian arus juga dikenali dengan Peranti Arus Baki (PAB). Selain daripada itu terdapat nama-nama lain yang mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan PAB.

Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah; Jenis Peralatan Kadar maksimum PAB PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan. 100mA Kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan (peralatan mudah alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai. 30mA Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB. 10mA

Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua. 10mA Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik. Bagaimana Sistem Perlindungan Bumi Berfungsi? Setiap litar akhir akan dilengkapi dengan tiga terminal yang disambung pada kelengkapan, teminal hidup, neutral dan bumi. Konduktor bumi disambung dariterminal bumi ini ke kotak bumi. Apabila berlaku kebocoran arus pada kelengkapan,arus ini akan mengalir ke jisim bumi melalui konduktor bumi. Kebocoran arus ini akan dapat dikesan oleh PAB. PAB dengan serta merta memutuskan bekalan supayaianya tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh yang demikian konduktorbumi dari kotak bumi ini perlu disambungkan ke soket alir keluar dan seterusnya ke semua kelengkapan elektrik yang mempunyai bahagian logam yang terdedah. Apakah Kotak Bumi ? Kotak bumi (earth chamber) adalah dimana satu elektrod bumi (panjangnya lebih kurang 1 meter) ditanam kedalambumi. Semua dawai bumi (konduktor bumi) disambungkankepadanya. Sambungan ke bumi ini adalah untuk menghadkan voltan / arus yang terjadi disebabkan kerosakan tersebut ke takat yang selamat sehingga fius terbakar atau Pemutus LitarKecil (PLK) atau PAB terpelantik. Perlindungan ini tidak dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik, tetapi ciri-ciri masa danarusnya dapat memastikan renjatan itu tidak membunuh. Adalah amat

dikehendakisupaya rintangan wayar bumi serendah yang mungkin bagi memudahkan arusmengalir kebumi bila berlaku kerosakan. Sistem perlindungan bumi yang rosak atau badan peralatan elektrik tidak disambungkan ke wayar bumi akan mengakibatkan PAB tidakterpelantik jika berlaku arus rosak kebumi. Pastikan kotak bumi dirumah anda sentiasa tertutup dan tidak terdedah. Pastikan juga ianya tidak disimenkan terutama semasapengubahsuaian rumah atau sebagainya. Adakah semua kelengkapan elektrik perlu disambung ke wayar bumi? Kelengkapan elektrik yang disambung ke wayar bumi adalah juga dipanggil kelengkapan Kelas 1. Semua kelengkapan elektrik yang mempunyai badan berlogamadalah perlu disambung ke wayar bumi dan menggunakan palam tiga pin.Kelengkapan elektrik yang tidak disambung ke wayar bumi dipanggil kelengkapan Kelas 2. Semua kelengkapan elektrik yang tidak mempunyai badan berlogam tidakperlu membuat sambungan wayar ke bumi dan boleh menggunakan palam dua pin.Walaubagaimanapun kelengkapan tersebut direkabentuk supaya mempunyai dua sistem penebat agar kemungkinan untuk mendapat renjatan elektrik dapat dielakkan.Adalah menjadi asas dalam keselamatan elektrik bahawa setiap kerosakan yangterjadi tidak mendatangkan keadaan yang membahayakan. Adalah sangat penting setiap kelengkapan elektrik memenuhi kehendak-kehendak standard keselamatanyang ditetapkan bagi mengelakkan keadaan yang tidak selamat. Setiap kelengkapanyang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga adalah diuji untuk memenuhi keperluanstandard-standard keselamatan yang telah ditetapkan. Apakah Kotak Agihan ? Ia juga dikenali sebagai kotak fius dan ianya terletak di antara meter elektrik TNB dan semua litar elektrik didalam rumah. Ia menempatkan Suis Utama, PLBK/PAB, Pemutus Litar Kecil (PLK) / Fius, terminal hidup, neutral dan bumi.Pada sistem pendawaian sekarang fius tidak lagi

digunakan dan diganti dengan PLK (Miniature Circuit Breaker-MCB) yang berfungsi lebih kurang sama seperti fius. Disamping itu juga terdapat satu lagi alat perlindungan iaitu dipanggil Pemutus Litar Bocor keBumi (PLBK) atau juga dikenali sebagai Pemutus Arus Baki (PAB). Apakah Pemutus Litar Kecil PLK (MCB) ? Fungsi PLK ini sama seperti fius iaitu memberi perlindungan kepada sistem pendawaian litar elektrik daripada arus lampau disebabkan beban lampau atau litar pintas. Jika sekiranya kadar arus melebihi kadaran PLK tersebut maka PLK akan terpelantik dan perlu di set kan semula supaya litar dapat disambungkan semula. Ini adalah salah satu kebaikan PLKberbanding dengan fius kerana ia boleh digunakan berulang kali. Apakah perbezaan di antara Pemutus Litar Kecil dan PLBK ? PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor. Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi - PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers - ELCBs)? Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50an)dahulu. Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Voltan berfungsi ? Arus lalu melalui PLBK. PLBK pula mengandungi gelung geganti yang mana ianyadisambung ke badan beban berlogam (contoh badan pada cerek air) pada satu hujung dan disambung kepada dawai bumi pada

hujung yang satu lagi. Jika berlaku kenaikanvoltan pada badan beban yang mana menyebabkan terdapat perbezaan voltan pada bumi dan badan beban, bahaya kejutan elektrik akan berlaku. Perbezaan voltan inimenghasilkan arus elektrik dari badan beban berlogam melalui gelung geganti danterus ke bumi. Apabila voltan pada badan beban berlogam itu meningkat ke paras yang bahaya iaitu melebihi 50Volt, arus yang mengalir melalui gelung geganti mampu untuk mengerakkan sesentuh geganti dengan memutuskan arus bekalan bagi menyelamatkan daripada bahaya kejutan elektrik. Bagaimana Pemutus Litar Bocor Kebumi Kendalian Arus berfungsi ? Arus lalu melalui PLBK. Arus ini dilalukan ke alatubah arus (alat berbentuk doughnut) dan terus kepada beban. Arus daripada beban pula dilalukan sekali lagi ke alatubah. Pada keadaan biasa jumlah arus yang dibekalkan ke beban adalah sama dengan jumlah arus yang keluar dari beban. Oleh kerana terdapat perseimbangan terhadap arus yang masuk dan keluar, ianya tidak mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan

terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi. PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak 1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan. Apakah dia Peranti Arus Baki - PAB (Residual Current Device-RCD)? Kebiasaannya kedua-dua alat tersebut dipanggil PLBK oleh kerana mempunyai fungsi yang sama. Walaubagaimanapun dalam penggunaan dan pemakaian standard keselamatan, PLBK kendalian arus dipanggil Peranti Arus Baki (RCD - Residual Current Device) bagi memudahkan membuat perbandingan.Perlu ditekankan disini bahawa PAB tidak akan dapat menyelamatkan seseorang dari terkena renjatan disebabkan sentuhan secara langsung. Oleh yang demikian adalah dinasihatkan supaya tidak membaiki atau membuka mana-mana sistem pendawaian atau kelengkapan elektrik. Pastikan ianya dilakukan oleh mereka yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. PAB direkabentuk untuk membantu mengelakkan renjatan elektrik disebabkan oleh sentuhan tidak langsung seperti tersentuh badan cerek berlogam yang menjadi hidup disebabkan arus bocor kebumi. Apakah jenis PAB? Jenis perlindungan yang diberi oleh PAB dibahagi kepada dua dan dilabelkan seperti berikut;

Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik

Jenis A Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC)) Jenis B Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies). Apakah Kadaran PAB? Kadaran ini adalah had arus yang bocor ke bumi yang mana jika sekiranya arus bocor tersebut melebihi had kadaran tersebut maka PAB akan terpelantik dan memutuskan bekalan. Mengikut Peraturan Elektrik 1994, kadaran PAB adalah ditentukan seperti dibawah; Peraturan 36 (1) Bagi suatu pepasangan di tempat hiburan awam, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada sesuatu kelengkapan yang dimaksudkan untuk mengadakan perkhidmatan kepada orang awam atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere; (2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-rnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada manamana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere. (3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada mana-mana litar akhir, sama ada secara berasingan atau

dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere. (4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan; (a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau

(b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu. Adakah PAB dapat mengelakkan seseorang terkena renjatan elektrik ? Ada banyak faktor yang menentukan seseorang itu selamat daripada kejutan elektrik dan antara faktor itu ialah tempoh masa terkena kejutan serta arus elektrik yangmengalir. PAB direkabentuk untuk terpelantik bagi memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian. Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik. Perlukan PAB diuji ?

Pada PAB terdapat butang yang digunakan untuk memastikan sistem pelantik itu berfungsi dengan baik.Pengujian sebulan sekali adalah digalakkan. Ujian ini bagi memastikan alat mekanikal yang terdapat didalam PAB tidak tersangkut, terlekat atau rosak yangmana boleh menghalangnya daripada memutuskan bekalanjika berlaku arus bocor kebumi. Apakah yang patut dilakukan jika PAB terpelantik ? Jika PAB terpelantik ada dua cara boleh dilakukan; 1.0 Jika PAB di on kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang on dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian off kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. On kan PAB semula danon kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut. 2.0 Jika PAB di on kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di off kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut. Bagaimana melindungi kelengkapan elektrik daripada musnah disebabkan kilat ? Kilat menyebabkan satu keadaan dimana tenaga elektrik yang tinggi terjana dalammasa yang sangat singkat. Ia boleh merosakkan kelengkapan yang mempunyai komponen elektronik. PAB tidak memberi perlindungan kepada voltan yang tinggidisebabkan kilat. Sistem perlindungan kilat perlu dipasang bagi menyekat tenaga yangterhasil daripada masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik di rumah.

Apakah langkah keselamatan dan perlindungan yang perlu diambil ? o Kelengkapan elektrik yang berlogam perlu menggunakan palam tiga pin.

Sistem-Sistem Pendawaian Sistem pendawaian adalah merupakan pemasangan litar-litar yang mengandungi pengalir, penebat dan perlindungan mekanik untuk kabel yang digunakan.Ia nya juga dianggap sebagai nama bagi sistem perlindungan bagi pemasangan dan cara bagaimana ianya dipasangkan Definisi pendawaian Domestik Pendawaian yang dilakukan di rumah - rumah dan premis kediaman Definisi Pendawaian Industri Pendawaian yang dilakukan di kilang-kilang atau perindustrian pendawaian domestik menggunakan kabel yang mempunyai 2 lapisan penebat dan pendawaian industri mempunyai 1 lapisan penebat kerana kabel pendawaiannya telah dilindungi oleh conduit atau trunking Mengikur IEE, terdapat 20 jenis pendawaian. Dan pendawaian yang sering digunakan ialah : a. Pendawaian tersembunyi b. Pembuluh

c. pendawaian permukaan d. sesalur pendawaian bawah tanah SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI ( Concealed wiring system ) Boleh dibahagi kepada dua jenis sistem pendawaian tersembunyi kabel bertebat sistem pendawaian pembuluh tersembunyi Sistem pendawaian Tersembunyi Hanya dibenarkan membawa voltan rendah.

Salah satu sistem pendawaian tersembunyi SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN Voltan yang digunakan ialah voltan terlampau rendah. Hanya punca-punca lampu dan kuasa sahaja dibenarkan di dalam sistem ini. Boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau diatas lapik kayu pada dinding batu atau konkrit. Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis (PVK)

Contoh sistem pendawaian permukaan

You might also like