Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran o Pengajaran Pendidikan Jasmani adalah prosedur-prosedur yang digunakan oleh para guru

untuk menolong pelajar dalam proses pembelajaran. o Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. o Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran pendidikan jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : 1. Prinsip Ansurmaju (a) (b) Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus. ( Coarse to refine ) Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan kompleks. ( Simple to complex ) Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan susah. ( Easy to difficult )

(c)

1

Kebaikan ansurmaju: A. i. Melibatkan guru Guru mengajar secara berperingkat-peringkat dan menegaskan butiran mengajar secara terperinci bagi setiap peringkat pergerakan. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan serta merta. Guru dapat membuat tunjukcara atau demonstrasi bagi setiap peringkat pergerakan dan menjelaskan kaitannya antara setiap peringkat. Membantu guru mengajar menggunakan ‘model’ jika guru sendiri tidak dapat melakukan kemahiran. Menunjukkan tingkat kreativiti guru dalam pengajaran. Perkembangan pengajaran menunjukkan pemeringkatan sesuai dengan kebolehan murid secara teratur dan terkawal.

ii.

iii.

iv. v. vi.

vii. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan memacu ke arah pencapaian objektif. viii. Dapat minimumkan berlakunya kemalangan dan kecederaan. ix. Jika berlaku juga kemalangan, tahap serius kecederaan dapat dikurangkan.
2

v. ii. Melibatkan murid i. Murid dapat mengenalpasti setiap kesalahan yang dilakukan pada setiap peringkat pergerakan. vi. 3 .B. saling tolong menolong dan membantu – penerapan nilai murni Murid akan amat responsif dan terlibat sepenuhnya dlm aktiviti vii. iii. Murid memahami dengan jelas setiap peringkat pergerakkan aktiviti. Murid dapat melihat kaitan / hubungan gerakan bagi setiap peringkat pergerakan Murid tidak akan merasa bosan kerana terdapat berbagai gaya gerakan dalam sesuatu aktiviti Dengan berperanan sebagai penyokong murid dapat memainkan peranan sebagai pembantu guru Dapat memupuk semangat keberanian dan keyakinan murid setelah menyedari tahap kecederaan amat minimum Menekankan aspek kerjasama. viii. iv.

Rajah 1 : Contoh ansur maju kemahiran memukul 4 .

(c) Pengukuhan penguasaan kemahiran yang diajar.2. (g) Penglibatan murid yang aktif dan menyeluruh 5 . (b) Melakukan latih tubi melalui pelbagai variasi. (e) Menunjukkan kreativiti guru dalam pengajarannya. (d) Mengelakkan murid merasa bosan dengan melakukan satu aktiviti sahaja. Variasi aktiviti Variasi merupakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mengajar satu kemahiran dalam sesuatu permainan. (f) Mendedahkan murid kepada pergerakan yang mungkin dilakukan atau dilaluinya dalam situasi permainan sebenar. Ciri-ciri variasi (a) Mempelbagaikan aktiviti yang diajar tetapi kemahiran tetap satu.

Contoh variasi Kemahiran : Menolak dan menahan Variasi 1 ▲ Statik Variasi 2 ▲ Bergerak ke depan ▲ Undur ke belakang ▲ Statik Variasi 3 ▲ Bergerak ke sisi ▲ Variasi 4 ▲ Statik Ke depan ▲ dan undur ke belakang Variasi 5 ▲ ▲ Bergerak ke sisi kanan dan kiri Statik 6 .

o Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional digabungkan. o Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia. TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran. o Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif. o Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan masyarakat yang berkembang maju maka kaedah pengajaran terpaksa berubah. 7 . o Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Malaysia.PENDEKATAN. o Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional. KAEDAH.

di mana pelajar digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.Pendekatan Humanistik • menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. merealisasikan diri(selfactualization). • Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu. • Pembelajaran adalah melalui pengalaman. • Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. kefahaman diri(self-understanding) dan pertimbangan sosial(social consideration). • Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh menolong seseorang guru untuk membentuk cara pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu penghargaan diri (self esteem). 8 .

Pendekatan Tingkahlaku • menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata pelajaran. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab. tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti pengukuhan. • Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. • Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran. Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila tingkahlaku berlaku. 9 . Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974).

• Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang merangkumi seluruh sistem. pembangunan objektif tingkahlaku. 10 . • Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk membawa perubahan kepada tingkahlaku. pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan penilaian formatif. analisis pengajaran. • Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat. pembangunan alat penilaian. pemilihan media. rekabentuk strategi pengajaran.Pendekatan Sistem • pula menganggap proses pengajaran pembelajaran melibatkan prosedur langkah demi langkah. mengenalpasti kemahiran kemasukan pelajar.

konkrit ke abstrak .mudah ke kompleks . Teknik dan Strategi Pendekatan : • merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M.keseluruhan ke sebahagian . • Pendekatan ini berteraskan kepada pembelajaran. • Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).umum ke spesisifik (deduktif) prinsip atau teori 11 . Anthony 1963). Kaedah. .Definisi Pendekatan. • Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan.

Kaedah • Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan • Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. • Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi. kaedah. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. pelajar dan berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. 12 . Anthony 1963). teknik dan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid. • Pendekatan pengajaran berpusatkan guru.Pendekatan mengajar • Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari.

perbincangan kumpulan .Tumpuan kepada perbendaharaan .Mengucap dengan kuat .Kumpul maklumat P4.Rancang penyelesaian P3.kuliah perbincangan .main peranan . Kaedah kumpulan .Mengkaji semula(riview) .Kuliah .Buat tafsiran P5.kerja jawatankuasa .Tugasan membaca buku teks . Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1.Sumbangsaran .kuiz dan peperiksaan 2.Sesi Buzz .Laporan secara lisan oleh murid .Kenal pasti masalah P2.Buat kesimpulan 3.Wawancara 13 . Kaedah Tradisional Ia meliputi .Ujian.Jenis kaedah Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah 1.

2.. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan Membentuk jawapan yang mungkin. Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Kaedah penyelesaian masalah Ia meliputi .Konferen 4.Tinjauan . 3.Tunjukcara atau demonstrasi . Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. Pilih penyelesaian yang sesuai.Penyelidikan atau penjelajahan . 1. maklumat.Lawatan Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang. memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. 5. 4. 7.Kelab kesihatan . masalah itu.Projek . 6. Menilai kejayaan dalam penyelesaian 14 . Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

Kelebihan Kaedah Penyelesaian Masalah 1. 2. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Menggalakkan interaksi antara pelajar memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji. 2. 15 . 3. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya. Kelemahan Kaedah Penyelesaian Masalah 1.

• Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan. • Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. eksperimen. • Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan. mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.5. saling percaya. 16 . merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru. • Ahli kumpulan berbincang. berinteraksi dan kepimpinan. Kaedah Kolaboratif • satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.

Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan o murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. o murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah.mendengar.unsur pembelajaran koperatif ialah o murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. o murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. 17 . Ahli kumpulan bergantung secara positif.memberi galakan. Kaedah Koperatif Unsur.memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.6. o Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran. o Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.memberi pertolongan. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.

latih tubi. . bersyarah. • Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut .Kebolehan . • Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar.Teknik • Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Minat Teknik simulasi • Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. main peranan. merbahaya atau rumit.Umur . perbincangan. demonstrasi. simulasi. • Contohnya teknik bercerita.Kecerdasan . Salah satu kaedah 18 . sumbang saran dan lain-lain. memakan masa.

Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer. Teknik main peranan • Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Teknik latih tubi • Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. 19 .Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta.amali dan bertulis. • Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan. • Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru.konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari. • Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang. • Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik. • Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. teratur. • Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Teknik sumbangsaran • Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. • Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup. 20 . kemas dan berkesan.Teknik demonstrasi • Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas • Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. 21 . II. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. VI. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. III. • Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah betul. IV. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.• Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. • Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu : I. V. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

iaitu pegangan rapat. Rajah 2 : Cara memegang kayu Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. o Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? o Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu. hayunan. . sentuh bola .Kecekapan merancang kaedah dan teknik 22 .• Contohnya dalam permainan hoki. Konsepnya adalah berteraskan kepada . kedudukan kaki. kemahiran yang dipilih adalah memukul. kedudukan bola.Kebijaksanaan memilih pendekatan . ikut lajak. dan sebagainya.

.Berdasarkan objektifnya 23 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful