You are on page 1of 20

---------Majalah STPM-----------------------------------Geografi Kertas 1 STPM---------------

IMPAK PEMBANGUNAN TERHADAP HAKISAN DI ZON


PINGGIR PANTAI DI MALAYSIA
--------------------------------Oleh Rusly bin
Musa------------------------------------

1.0 Pendahuluan

Memang tidak dapat dinafikan zon pinggir pantai merupakan satu zon yang
strategi untuk melaksanakan aktiviti pembangunan. Justeru itu terdapat pelbagai bentuk
pembangunan telah dialirkan ke kawasan ini seperti pembangunan pelancongan,
pembangunan petempatan dan bandar, pembangunan industri dan pelabuhan, pertanian
akuakultur dan sebagainya yang melibatkan pemusnahan sumber-sumber semulajadi
secara besar-besaran khususnya pemusnahan hutan bakau. Akibat tumpuan pembangunan
yang melampau terhadap zon ini maka ia kini menghadapi satu permasalahan fizikal yang
agak serius iaitu meningkatnya kadar hakisan pinggir pantai yang menyebabkan
saiz pantai semakin sempit. Di dalam artikel ini penulis akan membincangkan
beberapa perkara penting berkaitan dengan fenomena di atas, iaitu; pertama konsep zon
pinggir pantai dan kompleksiti proses geomorfologi yang dialaminya, kedua bagaimana
pembangunan di zon pinggir pantai telah menjana kadar hakisan pantai, dan ke tiga
strategi pembangunan lestari yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kadar
hakisan pantai berkenaan. Skala perbincangan adalah terhadap zon pinggir pantai di
Malaysia sahaja.

2.0 Konsep Zon Pinggir Pantai dan Proses Geomorfologi Yang


Dialaminya.

Zon pinggir pantai dapat didefinasikan sebagai satu jalur linear daratan dan ruang
lautan yang terdapat berhampiran (merangkumi air dan juga bahagian daratan yang
tenggelam), dan saling bergantung antara satu dengan lain. Zon ini merangkumi kawasan
peralihan antara kawasan pasang surut, kawasan berpaya,
dataran banjir pinggir pantai dan ke daratan dari dataran
banjir serta keseluruhan kawasan pesisir yang disalirkan
secara langsung ke perairan pinggir pantai. (Jamaluddin Md
Jahi, Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia: Isu dan
Pengurusannya, DBP, K.L, m.s. 317). Sistem zon pinggir pantai ini adalah
sungguh kompleks. Ia terdiri daripada unsur-unsur yang terkandung dalam tiga zon utama
yang saling bergantung, iaitu dataran pinggir pantai, zon pesisir dan juga zon hampir
pesisir. Sumber makanan yang begitu banyak terhimpun di zon pinggir pantai ini
membolehkan pelbagai habitat yang unik terbentuk dengan ciri-ciri ekosistemnya
tersendiri seperti ekosistem payau (salt marsh), bakau (mangrove), serta ekosistem muara
(estuarine). (Jamaluddin Md Jahi, Ibid).

Daripada segi proses fizikal khususnya proses geomorfologi, zon ini merupakan
zon yang paling kuat dan dinamik. Pelbagai proses geomorfologi yang dialaminya.
Antaranya ialah tindakan ombak meliputi hakisan, pengangkutan dan pemendapan. Di
zon pinggir pantai yang lebih dalam serta ciri-ciri geologi yang lebih keras seperti di
kawasan teluk dan tanjung lebih banyak mengalami proses-proses hakisan ombak.
Misalnya tindakan hidraul, geselan(kikisan), lagaan dan juga larutan. Manakala di zon
pinggir pantai yang lebih landai/cetek seperti di kawasan pantai berpasir atau berlumpur
lebih banyak mengalami proses pemendapan. Ini kerana tenaga ombak di kawasan pantai
yang cetek menjadi semakin lemah akibat geseran dengan dasar lantas memendapkan
segala bahan yang di bawanya.
Selain ombak, arus juga menjadi sebahagian daripada proses geomorfologi di
zon pinggir pantai. Terdapat tiga jenis arus yang bertindak iaitu arus seret, arus tempur
dan juga arus pesisir atau arus sepanjang pantai. Ketiga-tiga jenis arus ini terhasil akibat
kekacauan ombak yang tiba di pantai.(Jamaluddin Md Jahi, Pengantar Geomorfologi,
DBP, K.L., 1989, m.s., 199 – 200) . Ke tiga-tiga arus ini amat penting dalam
mempengaruhi proses-proses hakisan,pengangkutan dan pemendapan bahan mendak
pantai bagi menghasilkan pelbagai rupamuka yang menarik di zon pinggir pantai.
Misalnya arus pesisir pantai berpengaruh dalam pembentukan anak tanjung, beting pasir,
lagun dan sebagainya.
Pasang surut juga tidak kurang hebatnya bertindak di zon pinggir pantai. Pasang surut
merupakan satu fenomena yang tetap mengenai aras air tinggi dan aras air rendah di laut
yang terjadi akibat daripada interaksi tarikan graviti bulan, bumi dan matahari.
(Jamaluddin Md Jahi, Ibid, m.s., 195). Bezantara tikas air pasang dengan tikas air surut
menjadi satu had untuk mengukur sejauhmana berkesannya proses hakisan dan
pemendapan ombak. Misalnya di kawasan muara atau paya bakau, sejauhmana had air
pasang maka sejauh itulah proses pemendapan boleh berlaku. Ini kerana ketika air pasang
ia akan membawa segala bahan enapan dari laut dan akan memendapkannya ketika ia
surut. Proses pemendapan akan menjadi lebih cepat akibat pertembungan air pasang
dengan arus sungai yang menuju ke hilirnya. Justeru itu di kawasan paya bakau dan
muara sungai amat kaya dengan nutrien dan sumber makanan untuk pelbagai spesis
hidup.
Di zon luar pesisir yang tidak dapat dicapai oleh ombak pula tindakan angin amat
dominan sekali. Angin juga boleh menghakis dan memendapkan segala bahan yang ada
di pantai. Sebagai contoh kewujudan diun-diun pasir yang cantik di tepi pantai adalah
hasil kerja pemendapan angin. Profil dan saiz pantai seringkali berubah bergantung
kepada kekuatan tiupan angin. Ini kerana angin menjadi faktor penting mempengaruhi
saiz, jenis dan kekuatan ombak. Jika angin kencang/ribut seperti di musim tengkujuh
maka ombak yang besar dikenali sebagai “ombak pembinasa” akan terbentuk,
menghempas pantai dengan kuat, menghakis dan mengecilkan saiz pantai. Pada masa ini
diun-diun pasir akan musnah. Sebaliknya tiupan angin yang perlahan membolehkan
“ombak pembina” terjadi, memendap pasir-pasir di tepi pantai lantas saiz pantai menjadi
semakin lebar.

3.0 Pembangunan dan Peningkatan Kadar Hakisan di Zon Pinggir


Pantai.

Sesebuah pantai yang cantik sebenarnya terbentuk hasil daripada kombinasi proses-
proses geomorfologi yang telah dibincangkan di atas tadi. Pada asalnya jika zon pinggir
pantai tidak diganggu gugat secara melampau oleh manusia maka sifat fizikal pantai
akan dapat dikekalkan. Ini kerana secara semulajadi segala proses geomorfologi yang
bertindak akan sentiasa berada pada tahap keseimbangan (equalibirium). Tetapi
kerakusan manusia yang telah membangunkan kawasan pantai secara berlebihan tanpa
melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan yang sistematik telah menyebabkan
keseimbangan proses-proses geomorfologi tergugat. Pantai semakin terhakis dan sempit.
Manusialah sebenarnaya bertanggungjawab menjana dan mempercepatkan lagi kadar
hakisan di zon pinggir pantai.
Mengikut Prof. Aziz Ibrahim, Ketua Pengarah National Hydraulic Research
Institute of Malaysia (NAHRIM), kini terdapat sekurang-kurangnya 74 tempat di
sepanjang pantai di negara ini yang menghadapi resiko hakisan yang serius. Semuanya
berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. 74 tempat ini, bila diambil kira
kesemuanya merupakan satu pertiga daripada keseluruhan pantai negara ini iaitu lebih
kurang 4800 kilometer. Hakisan yang paling teruk berlaku adalah di pantai timur
semenanjung. Ada bahagian-bahagian jalan raya yang telah rosak di sebabkan hakisan
pantai yang telah sekian lama berlarutan. Prof. Aziz menambah, ada dua bentuk hakisan
pantai yang berlaku di negara ini. Pertama hakisan yang berlaku sedikit demi sedikit –
hakisan biasa akibat fenomena semulajadi dan keduanya hakisan secara cepat, mendadak
atau hakisan luar biasa akibat perbuatan manusia sendiri. Di antara contoh-contoh pantai
yang terhakis secara mendadak akibat pembangunan manusia ialah seperti di Pantai
Kelebang Melaka, Pantai Tanjung Karang Selangor yang berpunca daripada pemusnahan
hutan bakau dan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di Kelantan yang berpunca daripada kerja-
kerja memperdalamkan muara di Pengkalan Datu semenjak pertengahan 80-an lagi.
Kajian oleh National Erosion Study 1985, menunjukkan bahawa hakisan
sepanjang garis pantai Malaysia adalah meluas, giat dan serius sekali. Sekurang-
kurangnya 1300 km (atau 27%) daripada 4800 km garis pantai Malaysia mengalami
hakisan. Kadar hakisan pantai yang giat kebanyakannya menjejaskan kawasan-kawasan
pertanian, perumahan, kemudahan pengangkutan, tempat-tempat pelancongan dan
reakreasi. Laporan ini juga menyebut bahawa kadar hakisan di kawasan-kawasan kritikal
adalah di sekitar 3 – 4 meter setahun dan ada juga yang mencapai 100 meter setahun
seperti di Balik Pulau, Pulau Pinang. (Wan Ruslan Ismail, Majalah Akademik, Nurin
Enterprise, K.L., Febuari 1990, m.s 43). Di antara contoh-contoh pantai di Malaysia yang
giat terhakis ialah seperti Pantai Kuala Kedah dan Pantai Merdeka, Pantai Tanjung Dawai
dan Batu Feringgi di Pulau Pinang, Pantai Morib di Selangor, Desaru dan Pantai Remis di
Johor, Pantai Kuala Dungun, Kuala Kemaman, Kuala Terengganu hingga ke Kuala Ibai
di Terengganu serta Pantai Cahaya Bulan, Pantai Sabak dan Pantai Seri Tujuh di
Kelantan.
Terdapat beberapa aktiviti manusia yang dikenalpasti meningkatkan lagi kadar
hakisan pantai. Antaranya ialah seperti pembangunan pelancongan (pembinaan
hotel,resort padang golf dll), pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai tujuan, aktiviti
pengorekan pasir seperti memperdalamkan pelabuhan, pengambilan pasir laut/pantai
untuk pelbagai projek pembinaan dan lain-lain yang berkaitan.
Kepesatan pembangunan pelancongan telah mendedahkan zon pinggir pantai
kepada agen-agen geomorfologi secara berterusan terutama sekali di peringkat awal
kerja-kerja pembinaan hotel, resort, chalet dan sebagainya. Ini disebabkan oleh
penebangan pokok-pokok pelindung pantai bagi tujuan membina pelbagai bangunan yang
berkaitan. Sebelum zon pinggir pantai dipulihkan kembali melalui kaedah “penyuburan
pantai” dengan ditanam pokok-pokok pelindung maka sudah tentu zon pinggir pantai
tersebut terhakis teruk. Kajian yang dijalankan di Pulau Langkawi yang merupakan salah
satu kawasan yang pesat membangun dengan sektor pelancongan di Malaysia mendapati
bahawa 17.3% daripada pengusaha penginapan di kawasan pinggir pantainya mengalami
masalah hakisan pantai. Di antara pantai yang mengalami masalah hakisan di Langkawi
ialah Pantai Tanjung Rhu, Pantai Chenang dan juga Pantai Kuala Teriang. Bagi
pengusaha hotel, resort dan chalet berkenaan usaha yang dilakukan untuk mengurangkan
kadar hakisan berkenaan ialah dengan menanam lebih banyak pokok, pembinaan benteng
konkrit, menambak pasir di kawasan yang terhakis dan “back filling”. ( Abibullah Hj
Samsudin, Pengurusan Sumber Alam Tropika, DBP, K.L. 1999, Bab 3, m.s. 46 – 48).
Selain itu pemusnahan hutan bakau untuk pelbagai projek pembangunan juga
dikenalpasti menjadi punca utama kadar hakisan pantai secara mendadak berlaku.
Fenomena ini kebanyakannya terjadi di pantai Barat Semenanjung. Hutan bakau
sebenarnya berfungsi sebagai zon penampan semulajadi (buffer zone) yang paling
berkesan sekali untuk menahan segala bentuk hakisan samada disebabkan oleh
pergerakan air, ombak, arus,hujan ribut, angin dan sebagainya. Hal ini kerana ciri-ciri
kepadatan kanopinya, sistem akar yang kompleks yang berupaya
menahan/mengurangkan tenaga hakisan dan sebaliknya berfungsi memerangkap segala
bahan yang dibawa oleh agen-agen hakisan lalu memendapkannya. Jika hutan bakau
dimusnahkan maka fungsi ini tidak boleh dikembalikan seperti sediakala, lantas garis
pantai akan terdedah secara langsung kepada agen-agen hakisan. Selain daripada
fungsinya sebagai penahan hakisan, hutan bakau juga penting untuk mengekalkan sistem
ekologi setempat, pengimbang kitaran karbon dioksida dalam atmosfera, mengekalkan
pusingan bekalan makanan (nutrien), menjadi habitat pelbagai jenis spesis dan mampu
memelihara kualiti air.
Zon pinggir pantai boleh dianggap sebagai satu unit sistem geomorfologi yang
dinamik sifatnya. Justeru itu memang menjadi sifat semulajadi sesebuah sistem untuk
sentiasa mencapai ke tahap keseimbangan apabila elemen-elemen dalam sesebuah sistem
tersebut menerima gangguan.(self regulation). Dalam hal ini ketidakseimbangan kepada
profil pantai akan terjadi apabila aktiviti pengorekan pasir laut dilakukan misalnya bagi
tujuan memperdalamkan muara ataupun pelabuhan. Bagi tujuan mengimbangi profil
pantai maka agen-agen geomorfologi seperti ombak dan arus akan bertindak menghakis,
mengaut dan mengangkut pasir-pasir di tepi pantai untuk ditimbunkan kembali di
bahagian muara yang dikorek tadi. Ombak akan menghakis dan mengaut pasir dari
bahagian dataran pantai manakala arus pesisir akan membawa pasir-pasir tersebut untuk
dimendapkan di bahagian muara berkenaan. Akhirnya garis pantai akan terhakis dan
semakin mengundur ke daratan. Kes ini amat ketara berlaku di Pantai Kuala Kemaman,
Terengganu. Akibat kerja-kerja memperdalamkan pelabuhan Kemaman serta muara
sungai Kemaman maka garis pantai di sekitar kuala Kemaman itu sendiri mengalami
hakisan yang teruk sehingga meliputi kawasan petempatan nelayan. Apabila resiko
hakisan boleh mengancam keselamatan nelayan maka kerajaan negeri terpaksa
memindahkan nelayan-nelayan yang terbabit ke satu kawasan petempatan baru yang
lebih selamat.

4.0 Strategi Pembangunan Lestari - Mengurangkan Kadar


Hakisan di Zon Pinggir Pantai.
Pembangunan lestari adalah satu idea pembangunan yang dilaksanakan bagi
tujuan mengekalkan keadaan asal (sustainable development) sesuatu sumber di sesebuah
kawasan agar dapat dinikmati secara berterusan oleh generasi kini dan akan datang.
Justeru itu adunan pembangunan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan secara
saintifik dan sistematik mestilah dilaksanakan di zon pinggir pantai khususnya dalam
konteks mengawal kadar hakisan yang semakin giat berlaku. Strategi pembangunan bagi
mengurangkan kadar hakisan ini boleh dilakukan melalui tiga langkah penting. Pertama,
langkah perundangan, ke dua amalan pengurusan yang cekap dan ke tiga kempen
kesedaran.
Langkah perundangan melibatkan perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah
sesuatu sumber daripada mengalami kemusnahan. Dalam konteks ini pemusnahan hutan
bakau boleh dicegah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada misalnya Akta
Perhutanan Negara 1984. Kawasan hutan bakau digazetkan sebagai hutan simpan kekal
dan saiz hutan simpan ini mesti diperluaskan bagi setiap negeri di Malaysia. Peristiharan
hutan bakau sebagai kawasan hutan simpan perlindungan, yang kini lebih dikenali
sebagai “wetland sanctuary” seperti taman negara Endau – Rompin akan
mengelakkannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Dengan melindungi hutan bakau
maka secara langsung kadar hakisan pantai boleh dikawal secara semulajadi. Selain
daripada hutan bakau, tumbuhan hutan pantai yang lain seperti pokok rhu, pokok nipah,
pokok jaras, pokok gelam juga perlu dilindungi oleh undang-undang kerana pokok-pokok
tersebut juga amat berfungsi mengekang hakisan angin.
Amalan pengurusan sumber yang cekap juga boleh membantu mengelakkan kadar
hakisan pantai. Misalnya dalam konteks penebangan hutan bakau. Bagi kawasan hutan
bakau yang dibenarkan sebagai “kawasan usaha - hasilan” mestilah diuruskan secara
sistem tebangan memilih dan diharamkan sama sekali sistem tebang - bersih.
Pokok-pokok yang benar-benar matang sahaja yang dibenarkan di tebang dan mengikut
kadar pusingan tebangan antara 25 hingga 30 tahun sekali. Ini memberikan peluang
kepada proses tumbesaran secukupnya kepada pokok-pokok yang lebih muda. Tunggul
dan sisa penebangan pula akan dibiarkan reput dalam kawasan hutan tersebut bagi
menggalakkan pertumbuhan anak benih yang baru berlaku, dan jika dalam tempoh dua
tahun didapati tidak berlaku pertumbuhan benih maka program penanaman semula pokok
bakau mestilah dijalankan segera dengan menanam pokok bakau yang bernilai tinggi dari
spesis Rhizophora Apiculata agar sistem paya bakau dapat terus berfungsi seperti
keadaan asal khususnya dalam konteks mengawal hakisan pantai.
Pada amnya kaedah kawalan hakisan pantai boleh dibahagikan kepada dua jenis
iaitu melalui kaedah penyuburan pantai dan juga kaedah kawalan struktur. Kaedah
penyuburan pantai melibatkan usaha-uasha penanaman tumbuh-tumbuhan seperti pokok
rhu dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) agar wujud satu lapisan perlindungan
daripada agen–agen hakisan. Pokok rhu amat sesuai ditanam bukan sahaja untuk
mengekang hakisan angin tetapi juga sebagai mencantikkan lagi kawasan pantai
manakala system akar rumput pula boleh mengikat dan mengukuhkan butiran pasir ditepi
pantai. Kaedah ini boleh dikelaskan sebagai kawalan biologi.
Manakala kaedah kawalan struktur pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai.
Antaranya seperti pembinaan benteng konkrit, aspalt, batu, pancang kayu, guni pasir
termasuklah “Groin dan Gabion”. Groin ialah struktur yang pendek diperbuat
daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan garis
pantai bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga
arus pesisir pantai. Manakala Gabion ialah sangkar dawai logam berbentuk empat segi
bujur yang diisi dengan batu kerikil dan diletakkan di zon ombak pecah. Dengan itu
tenaga ombak tidak seratus peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan
diserap oleh gabion berkenaan sebelum tiba ke pantai. Selain daripada penggunaan
sangkar dawai dan kerikil, gabion juga boleh diperbuat daripada tayar-tayar buruk yang
diikat antara satu sama lain dan direntangkan di zon ombak pecah. Fungsinya sama, iaitu
untuk menahan dan menyerap tenaga hempasan ombak agar tidak terus tiba ke pantai.
Penggunaan tayar-tayar buruk boleh bertindak sebagai tukun-tukun tiruan yang kelak
menjadi tempat pembiakan/habitat ikan. Bagi kawasan yang agak serius kadar
hakisannya maka pembinaan benteng konkrit atau ketulan-ketulan batu yang besar boleh
diletakkan di tepi-tepi pantai berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke
atas pantai. Sebagai contoh sekitar hotel Primula di Pantai Batu Buruk di Kuala
Terengganu dan di pantai pelabuhan Kuantan di Pahang.
Langkah kawalan pantai yang berkesan seharusnya dilengkapi dengan aspek
kesedaran terhadap semua lapisan masyarakat. Zon pinggir pantai tidak seharusnya
dinilai daripada aspek ekonomi semata-mata. Nilai-nilai biologi dan estetikanya mestilah
dijaga. Justeru setiap projek pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah diadunkan
dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Pengusaha harus menyedari pemeliharaan
dan pemuliharaan merupakan satu kos yang mesti dibayar. Justeru itu kajian EIA
(Environment Impact Assesment) mestilah dilakukan dan dipatuhi sepenuhnya sebelum
semasa dan selepas projek dilaksanakan. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan
melalui kempen,program usaha sama/gotong royong, pendidikan alam sekitar khususnya
menerusi media massa dan pendidikan formal di sekolah.

Soalan Aras STPM Yang Berkaitan

Dengan merujuk kepada contoh-contoh pantai di sebuah negara Asia Pasifik;

a) Tunjukkan sejauhmanakah aktiviti-aktiviti manusia telah mempercepatkan kadar


hakisan pantai di negara berkenaan. (16 Markah)
b) Cadangkan langkah-langkah yang wajar diambil bagi mengurangkan kadar
hakisan pantai di dalam negara berkenaan. (9 Markah)

------------------Majalah STPM--------------------------------Geografi Kertas 1----------------

TEORI HANYUTAN BENUA

---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa---------------------------


------

Pendahuluan

Konsep Hanyutan Benua mula diperkenalkan oleh ahli-ahli geologi dan geofizik
lebih kurang 50 tahun yang lalu. Konsep ini sebenarnya terhasil melalui hipotesis awal
mengenai hanyutan benua yang diperkenalkan oleh Alfred Wegener (1910). Idea
hanyutan benua muncul apabila ahli-ahli geologi dan geofizik berpendapat “tentu
terdapat satu kuasa yang amat kuat terletak jauh di dalam bumi yang dapat
mengubah lapisan kerak bumi dan permukaan bumi secara besar-besaran”.
Oleh itu, teori ini merupakan satu revolusi di dalam kajian sains bumi dan telah
mewujudkan satu andaian berkenaan berlakunya proses geologi secara besar-besaran.

Teori Hanyutan Benua – Hipotesis Wegener


Hanyutan benua adalah satu teori yang cuba menerangkan tentang kewujudan dan
taburan benua-benua yang ada pada hari ini. Andaian Wegener adalah amat mudah “
Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini sebenarnya berasal daripada
satu benua yang besar sahaja yang dinamakan sebagai PANGEA (Pan =
all, Gea = earth) dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak
bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburaan sepertimana yang ada
pada hari ini”. Hipotesis Wegener menerangkan pada peringkat awal perpecahan
Pangea terbahagi kepada dua jisim daratan yang digelar sebagai Laurasia di sebelah
utara dan Gondwanaland di sebelah selatan. Laurasia mengandungi benua-benua
seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia sementara Gondwanaland mengandungi benua
Amerika Selatan, Afrika, Semenanjung Arab, India dan Australia. Beliau juga
berpendapat putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat untuk memisah
dan menghanyutkan benua-benua tersebut selain daripada tenaga endogenik yang ada di
dalam lapisan kerak bumi itu sendiri.
Apabila berlaku perpecahan pada Pangea maka terdapat pembentukan pecahan
yang besar antara Amerika dan Eropah- Afrika dan juga antara Australia – Antartika serta
Afrika –India. Pemecahan tersebut menjadi lebih nyata apabila jisim-jisim daratan
berkenaan terus hanyut lebih jauh dan mewujudkan lautan Atlantik serta lautan Hindi.
Lautan yang wujud sebelum berlakunya hanyutan benua-benua berkenaan menjadi asas

bagi pembentukan lautan Pasifik yang terdapat pada masa kini. Fenomena ini berlaku
pada zaman mesozoik. Sehingga zaman Kenozoik pula India telah terpisah dari lain-lain
bahagian Asia oleh lautan Tethys yang cetek. Mengikut Wegener lagi, India seolah-olah
telah dipendekkan setelah mengalami hanyutan ke arah utara melintasi lautan Hindi yang
ada pada masa ini. Pertembungan antara tanah besar Asia dengan India membentuk
Banjaran Lipatan Himalaya. Dapat dikatakan juga bahawa cara seperti ini telah
menghasilkan banjaran-banjaran gunung pada zaman Tersier seperti banjaran Alps,
Andes,Rokcy dan lain-lain lagi. Wegener mempercayai bahawa lipatan yang rencam ini
adalah akibat daripada geseran menarik yang wujud semasa benua melintasi di atas
lapisan kerak batuan basalt.
Wegener telah menyatakan terdapat dua arah utama pergerakan/hanyutan benua
ini iaitu pergerakan ke arah barat yang disebabkan oleh kuasa-kuasa tektonik yang ada di
dalam bumi dan juga pergerakan dari kutub akibat tekanan ke atas benua yang seolah-
olah terapung di atas lautan magma yang panas. Justeru itu, hipotesis Wegener ini amat
berkait dengan daya/kuasa yang ada di dalam bumi. Terdapat dua daya utama yang wujud
di dalam bumi yang boleh mengerakkan lapisan kerak bumi iaitu daya mampatan dan
daya tegangan. Kedua-dua daya ini wujud akibat adanya arus perolakan yang panas.
Sebenarnya batuan di dalam mantel bumi mengalami suhu dan tekanan yang sangat
tinggi sehingga batuan tersebut menjadi cair atau separa cair. Kepanasan dan kecairan
batuan ini mewujudkan satu arus perolakan yang sentiasa boleh menggerakkan lapisan
kerak bumi di atasnya. Justeru itu tidak hairanlah jika ada pendapat yang mengatakan
lapisan kerak bumi seolah-olah berada dan terapung-apung di atas lautan magma yang
panas di bawahnya!. Lapisan mantel yang panas ini dikenali sebagai astenosfera. Apabila
arus perolakan ini bergerak ia akan mengenakan daya mampatan dan tegangan ke atas
lapisan kerak bumi di atasnya dan kesannya lapisan kerak bumi turut bergerak yang
bererti benua-benua yang adapun turut bergerak. Pergerakan ini mengambil masa berjuta-
juta tahun lamanya. (lihat rajah di bawah)

Rajah menunjukkan arus perolakan yang panas


yang mengerakkan lapisan kerak bumi di atasnya akibat mampatan dan tegangan.
Wegener seterusnya menyarankan bahawa apabila sesebuah benua bergerak ke
hadapan maka di bahagian belakangnya akan terbentuk lautan yang baru. Pada asasnya
pergerakan benua-benua mengikut Wegener adalah seperti di bawah.
Bukti-Bukti Yang Menyokong
Teori Hanyutan Benua
Wegener dan juga ahli-ahli geologi yang tertarik dengan pandangannya seperti
Alexander du Toit di Afrika Selatan dan Arthur Holmes di England telah mengemukakan
beberapa bukti menarik bagi menyokong teori ini. Bukti-bukti tersebut muncul dari
pelbagai disiplin pengajian seperti bukti geologi, geokronologi, bukti oseanografi, bukti
paleomagnet dan sebagainya.

1. Bukti keselanjaran benua. Bermula dengan Francis Bacon, para


pengkaji telah cuba membuktikan bahawa garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh
dicantumkan walaupun kedudukan benua-benua kini adalah jauh dan dipisahkan oleh
lautan yang luas. Misalnya pinggir laut di bahagian barat Afrika boleh dicantumkan
dengan pinggir laut di bahagian timur Amerika Selatan. Begitu juga dengan pinggir laut
di Eropah Barat boleh dicantumkan dengan pinggir laut di Amerika Utara. Padanan
antara benua-benua yang boleh dicantumkan ini seolah-olah seperti “Jigsaw Puzzle”.
Keadaan percantuman ini menjadi lebih jelas lagi apabila diambil kira kedudukan pentas
benua yang lebih luas saiznya bagi setiap benua yang dicantumkan dan kaedahnya
menjadi lebih mudah dengan menggunakan teknik grafik komputer. Wujudnya keadaan
keselanjaran yang sungguh baik sekiranya benua-benua berkenaan dicantumkan dengan
teliti memberi kekuatan kepada pendokong teori hanyutan benua bahawa benua-benua
yang ada pada hari ini berasal daripada satu benua yang besar sahaja!. Lihat rajah di
bawah.
Keselanjaran benua terjadi apabila beberapa
pinggir laut benua dicantumkan secara grafik komputer.
2. Bukti Geologi. Melalui teknik radiometrik telah ditemui bahawa
geologi enapan awal yang berada di dasar laut yang terletak di sekitar lautan Atlantik
adalah sama dengan yang ditemui di benua-benua Amerika Selatan dan Afrika daripada
segi jenis dan usianya. Bukti geologi yang ditemui itu dikatakan bermula pada zaman pra
kambrian hinggalah ke zaman mesozoik. Dengan bukti geologi yang serupa walaupun
berada pada benua yang berlainan sekali lagi telah menguatkan hujan kemungkinan
benua-benua tersebut telah berpecah dari satu blok atau jisim benua yang sama
sebelumnya.
Di sepanjang pinggir pantai Brazil di Amerika Selatan terdapat satu jaluran
batuan lama (mempunyai umur kira-kira 2000 juta tahun) yang menyerupai satu jaluran
batuan lain yang terdapat di Afrika. Persamaan-persamaan daripada segi jaluran batuan
ini membuktikan bahawa benua Amerika selatan dan Afrika adalah bercantum pada masa
pra-Kambrian. Keselanjaran tersebut berterusan sehingga zaman Mesozoik berdasarkan
kepada bukti bahawa terdapatnya lapisan batuan Paleozoik Akhir yang ditemui di kedua-
dua benua tersebut. Tambahan pula bahan mendak lautan yang paling awal yang terdapat
di pinggir pantai di kedua-dua benua berkenaan mempunyai umur yang serupa iaitu
wujud pada zaman jurasik, dan perkara ini menggambarkan bahawa lautan Atlantik yang
memisahkan ke dua-dua benua itu kini adalah tidak wujud pada zaman tersebut. Bukti
geologi yang sama daripada segi struktur dan usianya ditunjukkan oleh gambarajah di
bawah:

Kesamaan struktur dan usia batuan


Yang berada di benua yang berlainan.

Kesamaan struktur batuan yang Padanan geologi Antartika, Australia


terdapat di benua Afrika dan Amerika dan Afrika menunjukkan trend struktur
Selatan dan usia batuan yang sama
3. Bukti Fosil. Pada logiknya sesetengah organisma samada tumbuhan
atau haiwan tidak mungkin boleh berpindah jika terdapatnya halangan seperti lautan yang
luas. Tetapi bagaimanakah fosil khususnya haiwan-haiwan yang besar seperti dinosaur
boleh ditemui di pelbagai benua walaupun benua-benua tersebut terpisah jauh?.
Tambahan pula fosil haiwan yang ditemui itu adalah sama daripada segi jenis dan
usianya. Sebenarnya persoalan-persoalan inilah yang menjadi asas kepada Wegener dan
Du Toit untuk menguatkan bukti kebenaran Teori Hanyutan Benua. Pandangan beliau ini
secara tidak langsung disokong melalui kajian fosil atau bidang paleontology. Telah
banyak fosil haiwan dan juga tumbuhan yang sama ditemui di benua-benua yang
berlainan khususnya fosil tersebut masih terpelihara dengan baik di dalam lapisan ais
yang tebal. Misalnya fosil dinausor dari zaman Jurasik telah ditemui di Amerika Utara,
Amerika Selatan, Afrika Selatan malah di China sendiri. Bukti-bukti ini menguatkan
hujah bahawa asalnya benua-benua tersebut adalah satu sahaja yang mana haiwan-haiwan
berkenaan hidup di satu kawasan yang sama. Apabila berlakunya hanyutan benua-benua
akan terpisah dan haiwan-haiwan itu juga turut terpisah.

4. Bukti Paleomagnet. Kajian paleomagnetisma telah menghasilkan tiga


bukti penting bagi menyokong berlakunya hanyutan benua. Pertama, bukti mengenai
perpindahan kutub, kedua bukti mengenai pengalihan dan putaran benua dan ketiga bukti
mengenai pembalikan medan geomagnet. Pengukuran yang telah dibuat berhubung
dengan kemagnetan fosil yang ditemui menunjukkan bahawa kutub magnet utara telah
berubah sejauh 21000 km dari sebelah barat Amerika Utara ke sebelah utara Asia dan ke
kawasan Artik. Fenomena ini berlaku pada masa pra-kambrian hinggalah ke zaman
pertengahan Tersier. Bukti ini telah diutarakan oleh Runcorn dan beberapa pengkaji lain.
Ini menunjukkan berlakunya perpindahan kutub utara sesuatu benua yang mencerminkan
benua itu turut pengalami pergerakan/hanyutan. Lihat rajah di bawah:

Perpindahan Letakan Kutub Sejak Zaman


Pra-Kambrian – Oleh Runcorn.
5. Bukti Oseanik. Selain daripada bukti yang ada di daratan benua terdapat
juga bukti yang diperolehi dari lembangan lautan bagi menyokong berlakunya proses
hanyutan benua ini. Bukti-bukti yang diperolehi dari lembangan lautan ini dipanggil
sebagai bukti oseanik. Misalnya bukti mengenai bahan mendak/sedimen lautan dan juga
bukti mengenai berlakunya perluasan dasar lautan. Bahan mendak lautan yang paling tua
ditemui menerusi usaha penggerudian ialah berusia kira-kira 160 juta tahun dahulu iaitu
bersamaan dengan zaman Jurasik. Bahan mendak lautan ini telah ditemui di lautan
Pasifik dan juga lautan Atlantik. Walaupun ke dua-dua lautan ini pada masa ini terletak
jauh tetapi oleh kerana bahan mendakan yang ditemui itu sama jenis dan sama usia yang
dibentuk pada zaman Jurasik maka sekali lagi ia menguatkan hujah berlakunya
pergerakan benua. Selain itu kajian-kajian oseanik juga menunjukkan bahawa usia bahan
mendak adalah lebih tua berhampiran dengan benua dan semakin muda apabila semakin
jauh ke laut. Justeru para pengkaji menyimpulkan berlakunya proses perluasan dasar laut
dengan kadar yang diberikan kira-kira 2 sentimeter setiap tahun. Dengan adanya hipotesis
perluasan dasar laut ini juga boleh menguatkan hujah benua-benua sentiasa mengalami
pergerakan/hanyutan khususnya dalam bentuk pergerakan plat-plat tektonik.

Rumusan
Walaupun hanyutan benua merupakan satu teori yang boleh disokong dan boleh
ditentang tetapi ia sekurang-kurangnya telah menambahkan lagi pemahaman kita tentang
adanya tenaga dalaman bumi (tenaga endogenik) yang sentiasa menjadikan sistem bumi
ini hidup. Rentetan daripada teori hanyutan benua ini muncul pula satu teori lain yang
memperlengkapkan lagi pemahaman kita tentang berlakunya aktiviti tektonik dalam
bumi. Teori tersebut dikemukakan oleh Dietz (1961) dan Hegg (1962) dan ia dikenali
sebagai Teori Plat Tektonik yang mengatakan bahawa lapisan kerak bumi ini
sememangnya sentiasa bergerak dalam bentuk kepingan-kepingan (Plat-plat) samada
kecil ataupun besar akibat adanya arus perolakan dalam bumi. Justeru apabila ke dua-dua
teori ini dikaji maka kita boleh memberikan jawapan terhadap pelbagai fenomena alam
seperti gunung berapi, gempa bumi, kejadian gunung lipat, pelbagai jenis gelinciran,
kemunculan pulau-pulau yang baru, kejadian jurang lautan dan lain-lain lagi.
--------------------Majalah STPM-----------------------------Geografi Kertas 1---------------

PEMBANDARAN DAN KESAN HIDROLOGI

---------------------------------------Oleh: Rusly bin Musa-------------------------------

Pendahuluan
Proses pembandaran yang pesat lazimnya akan memberikan impak negatif kepada
keseimbangan hidrologi bandar. Hidrologi bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan
yang melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar dan juga
sumber-sumber air di bandar. Sepertimana kitar hidrologi global, kitaran hidrologi bandar
juga melibatkan beberapa proses penting seperti sejatan dan sejat-peluhan, alir lintang,
kerpasan khususnya hujan, pintasan, larian air, susupan serta pergerakan air dalam tanah.
Pada asalnya kitaran hidrologi ini berada dalam keadaan yang seimbang dan apabila
proses pembandaran bertambah pesat, keadaan ketidakseimbangan akan berlaku yang
memberikan impak negatif kepada elemen-elemen hidrologi dalam bandar itu sendiri.
Misalnya kejadian banjir kilat, kesan ke atas luahan (discas) sungai, kemerosotan kualiti
air di bandar dan juga kesan ke atas sumber air bawah tanah.

Urbanisasi dan Kesan ke atas Kitar Hidrologi


Aktiviti pembangunan bandar seperti aktiviti penurapan muka bumi, pembinaan
bangunan konkrit dan penghapusan tumbuhan untuk memperluaskan tapakbina bandar
boleh menggangu proses-proses hidrologi yang sedia ada. Penurapan muka bumi telah
menyebabkan;

1. Kelembapan tanih di bandar berkurangan ekoran daripada sifat bitumen atau


aspalt yang dapat menyerap dan menyimpan haba.
2. Saiz ruang udara menjadi kecil dan melindungi lapisan yang dapat dilalui
dengan mudah oleh air tanah seperti lapisan pasir dan lapisan kerikil.
3. Mengurangkan potensi kapilari tanih ekoran daripada permukaan yang kalis
air.

Ketiga-tiga keadaan inilah yang menyebabkan jumlah dan kadar susupan air hujan di
bandar berkurangan. Kadar susupan yang rendah akan mengakibatkan pengurangan paras
air tanah, mengurangkan bekalan air kepada sistem akuifer sekali gus menggangu
keseluruhan edaran air tanah. Sebaliknya kuantiti dan halaju (velositi) larian air
permukaan di bandar akan meningkat dengan mendadak sehingga boleh menyebabkan
fenomena banjir kilat sekiranya sistem saliran yang ada tidak dapat menampung kapasiti
air permukaan tersebut.
Satu lagi faktor yang menyebabkan ketidakseimbangan kitar hidrologi bandar ialah
menerusi aktiviti pemusnahan/penghapusan tumbuhan hijau dalam bandar bagi tujuan
memperluaskan tapak bina sesuatu bangunan. Penghapusan tumbuhan ini akan
menyebabkan;

1. Pengurangan proses pepeluhan (transpirasi) pokok yang seterusnya


mengurangkan wap air dalam udara. Pembentukan udara lembab yang
mengandungi banyak wap-wap air semakin sedikit dan ini boleh menjejaskan
jumlah dan taburan hujan di bandar.
2. Menghapuskan fungsi cegatan silara pokok (pintasan) terhadap air hujan.
Kehilangan kanopi dan silara pokok membolehkan air hujan terus menimpa
permukaan bandar tanpa dihalang. Halaju titisan air hujan yang tinggi ini tidak
berpeluang untuk menyusup masuk ke dalam tanah apatah lagi keadaan liang
pore tanah yang tertutup. Justeru itu, air hujan cenderung untuk membentuk
larian air permukaan.
3. Disokong pula oleh kehilangan fungsi pintasan mendatar oleh akar-akar
pokok terhadap pergerakan larian air permukaan. Oleh itu larian air
permukaan tidak berpeluang untuk menyusup ke dalam tanah sebaliknya
mengalir-limpah ke sistem saliran dalam bandar.

Impak Ke atas Sumber Air Sungai.

Proses urbanisasi yang pesat akan meningkatkan jumlah air sungai secara mendadak
terutama sekali selepas hujan lebat turun dalam bandar. Walaupun curahan hujan hanya
beberapa jam sahaja tetapi jumlah air permukaan biasanya adalah tinggi. Apabila situasi
ini berlaku sistem saliran yang ada khususnya sungai-sungai di bandar sama sekali tidak
boleh menampung kapasiti air tersebut dan terpaksa mengalir melimpahi tebingnya
sebagai banjir kilat. Banjir kilat adalah sejenis “outflooding” yang berlaku dalam jangka
masa yang singkat sahaja. Terdapat empat mekanisme utama yang menyebabkan banjir
kilat berlaku di bandar;

1. Bertambahnya kawasan permukaan tak telap air yang akan menambahkan jumlah
larian air permukaan dan mengurangkan jumlah air yang menyusup (infiltrasi) ke dalam
tanah.
2. Menurap, melurus atau memperbaiki saluran sungai yang kesemuanya mengurangkan
tempoh masa tangguhan antara hujan turun dengan larian air permukaan mengikut
saluran.
3. Kerja-kerja landskap dan pembahagian tanah menjadi tapak bina bangunan selalunya
memendekkan jarak air mengalir sebelum sampai ke laluan saliran dan dengan itu
mengurangkan tempoh masa antara hujan turun dengan berlakunya larian air mengikut
saluran.
4. Penebusgunaan tanah seperti menimbus kawasan wet land (tanah lembab) seperti paya
dan dataran banjir dalam bandar yang selama ini berfungsi menakung/menyimpan air.
Oleh itu takungan air banjir semakin berkurangan dan air hujan lebih cepat mengalir
sebagai larian air permukaan.
Ke empat-empat mekanisme inilah yang telah menyebabkan ruang daratan
bandar mengalami daya susupan yang kurang tetapi kadar larian air permukaan yang
tinggi. Akhirnya apabila kuantiti air tidak dapat ditampung oleh saliran yang ada maka
akan wujudlah banjir kilat. Kajian oleh ahli hidrologi yang bernama L.B. Leopold di
kawasan seluas 44 batu persegi di bandar Sacremento, California mendapati bahawa
“Pembandaran boleh meningkatkan min banjir tahunan sebanyak 6 kali di bandar
berkenaan. Manakala sistem lembangan saliran di dalam bandar berkenaan
boleh melimpahi air sebanyak 5 hingga 6 kali lebih kerap selepas pembandaran
berlaku berbanding dengan pada masa sebelum pembandaran. Di kawasan
bandar yang hanya 20% sahaja diturap kebarangkalian untuk banjir berlaku
adalah sebanyak 20% juga tetapi di kawasan bandar yang 100% diturap maka
kebarangkalian untuk berlakunya banjir, juga adalah 100%”. Apabila sesebuah
kawasan hutan itu digantikan dengan permukaan-permukaan tiruan yang tidak telap air
seperti bitumen (tar), simen (konkrit) dan aspalt maka sudah pastinya resiko banjir akan
meningkat. Permukaan-permukaan tiruan ini akan mengurangkan dengan signifikannya
masa tangguhan titisan hujan tiba ke dalam sistem saliran (sungai dan longkang). Hal ini
amat berbeza jika kita bandingkan di antara kawasan hutan dengan kawasan bandar yang
telah dibangunkan dengan pesat. Di dalam sesebuah ekosistem hutan semulajadi, titisan-
titisan hujan terpaksa melalui beberapa proses fizikal yang memanjangkan masa air hujan
tiba ke dalam sistem saliran. Tambahan lagi hutan dan tanah juga berupaya menyerap
sebahagian daripada air hujan yang turun lalu menyimpannya sebagai storan tanih.
Justeru itu hanya sebahagian kecil sahaja daripada air hujan yang akan mengalir masuk
ke dalam sistem saliran di permukaan. Hal ini tidak berlaku di bawah permukaan tiruan
yang tidak telap air tadi. Hampir ke semua air hujan yang turun akan masuk ke dalam
sistem saliran dalam tempoh yang singkat. Akibatnya masa tangguhan kadangkala cuma
beberapa minit sahaja. Aliran yang begitu pesat ke dalam alur-alur sungai dan longkang-
longkang dalam tempoh masa yang cepat ini akan menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Di Malaysia, kekerapan fenomena banjir kilat meningkat dengan ketara pada


tahun-tahun kebelakangan ini terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang
berkepadatan penduduk tinggi seperti di Kuala Lumpur, Georgetown, Ipoh dan lain-lain.
Di Kuala Lumpur misalnya banjir kilat bukan sahaja melanda di kawasan pusat bandar
tetapi juga merebak ke kawasan pinggir bandar seperti di Gombak, Cheras, Ampang dan
lain-lain sejajar dengan tersebarnya pembangunan pesat bandar ke kawasan pinggiran
tersebut. Bukit-bukit kawasan pinggir bandar seperti bukit Antarabangsa, Bukit
Damansara, Bukit Kiara, Bukit Jalil sudah dipotong, ditarah, diteres untuk dijadikan
kawasan kediaman dan juga kawasan perniagaan. Justeru itu kehilangan kawasan tadahan
berlaku yang menyebabkan air hujan mengalir dengan lajunya sebagai larian air
permukaan. Pada masa yang sama, kawasan-kawasan paya dan tanah bencah yang selama
ini berfungsi menakung dan menyimpan air telah ditimbus. Akhirnya air hujan terpaksa
mengalir dalam bentuk aliran banjir.

Kawasan dataran banjir di Malaysia juga menjadi pilihan utama untuk manusia
tinggal. Hal ini boleh dikaitkan dengan sejarah awal ekonomi dan sistem pengangkutan.
Justeru perkembangan bandar-bandar utama adalah terletak di dataran banjir. Kini
terdapat sekurang-kurangnya 3 juta penduduk Malaysia tinggal di bandar-bandar besar
yang terletak di dataran banjir ini. Dari tahun 1911 hingga 1990 kadar pembandaran di
Malaysia telah meningkat dari 10.7% kepada 40.7% dan sebahagian besarnya berlaku di
kawasan dataran banjir. Sehubungan itu, kadar penurapan muka bumi khususnya di
kawasan dataran banjir ini meningkat dengan pantas. Sebagai contoh di kawasan dataran
banjir tengah Lembah Kelang mengalami penurapan sebanyak 80% menjelang tahun
2005. Hal ini pastinya meningkatkan kekerapan dan magnetiud banjir di kawasan
berkenaan. Di Malaysia peningkatan kadar banjir kilat adalah sebenarnya berpunca
daripada pembangunan yang melampau di kawasan dataran banjir sehingga mencetekkan
dasar sungai, kaedah pengurusan banjir yang tidak cekap, memajukan tanah bukit secara
berlebihan sehingga merosakkan kawasan tadahan air, menimbus kawasan tanah
lembab(wet land) yang menjadi takungan air permukaan, sikap penduduk yang suka
membuang sampah sarap sehingga boleh menyekat aliran air sungai serta penggunaan
tebing sungai untuk pertanian haram, perumahan haram (setinggan) dan lain-lain tujuan.

Impak Ke atas Luahan (discas) Enapan sungai.

Sehubungan dengan meningkatnya kejadian banjir kilat di bandar, terdapat satu lagi
elemen hidrologi yang menerima kesan akibat proses pembandaran iaitu kesan ke atas
luahan bahan enapan yang dibawa oleh sungai-sungai yang merintangi bandar atau
sungai-sungai yang menjadi tapak bina sesebuah bandar. Luahan enapan ialah kombinasi
antara luahan (discas) air sungai dengan bahan enapannya. Biasanya luahan enapan ini
berlaku di muara sungai. Semakin banyak larian air permukaan yang memasuki sistem
sungai maka semakin banyaklah luahan enapannya. Ini kerana larian air permukaan
tersebut akan membawa masuk bahan-bahan seperti kelodak, lumpur, sampah sarap dan
bahan-bahan sisa terus ke dalam sungai. Bagi menunjukkan kaitan antara kadar alir
sungai dengan luahan enapan yang dihasilkan, Leopold (1986) telah membuat kajian
perbandingan antara kawasan bandar Little Falls Branch dengan kawasan luar bandar
Watt Branch di Amerika Syarikat. Keputusan kajiannya mendapati;

1. Kawasan bandar mempunyai jumlah enapan/mendakan yang banyak disebabkan


oleh bertambahnya kadar kemuncak air larian permukaan yang masuk ke sungai. Dalam
kes ini apabila kadar alir 10 kaki padu per saat maka luahan enapannya ialah 100 tan per
hari dan apabila air larian mencapai maksimun 100 kaki padu per saat maka luahan
enapannya mencapai 5000 tan per hari.

2. Kawasan luar bandar pula mempunyai jumlah enapan/mendakan yang kecil


disebabkan oleh kadar kemuncak air lariannya yang kecil. Apabila air lariannya 10 kaki
padu per saat luahan enapan hanya 1 hingga 5 tan per hari dan apabila air larian mencapai
100 kaki padu per saat luahan enapan adalah 900 tan per hari.

Perbezan keputusan ini jelas menunjukkan bahawa pembandaran menjadi punca utama
kepada pertambahan bahan enapan/mendakan yang terpaksa di bawa oleh larian air
permukaan dan juga aliran sungai. Oleh sebab itulah setiap kali banjir kilat berlaku
penduduk bandar terpaksa berkerja keras membersihkan kawasan rumah masing-masing
daripada enapan kelodak dan lumpur.
Impak Ke atas Kualiti Sumber Air dan Suhu Air di Bandar

Terdapat pelbagai jenis sumber air semulajadi di bandar misalnya sumber air sungai,
tasik, kolam, paya, air bawah tanah serta air hujan. Akibat pembandaran yang pesat
kualiti sumber-sumber air ini juga kian merosot atau tercemar. Di antara sumber air yang
paling teruk terjejas ialah sumber air sungai, air hujan dan juga air bawah tanah. Punca
pencemaran ini berlaku menerusi pembuangan sisa industri, sisa domestik termasuk sisa
kumbahan dan juga perlepasan asap kenderaan yang sememangnya meningkat sejajar
dengan peningkatan jumlah penduduk bandar.
Kajian mengenai kualiti air sungai adalah berdasarkan kepada nilai BOD
(Biochemical Oxygen Demand) iaitu satu pengukuran tentang kadar penggunaan oksigen
larut dalam air. Paras BOD rendah menunjukkan kualiti air sungai adalah bersih dan
apabila paras BOD semakin meningkat, maka kualiti air sungai semakin merosot. Dalam
konteks ini kajian yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar terhadap sungai Gombak
dan sungai Kelang menunjukkan bahawa di hulu sungai Kelang paras BODnya adalah
rendah hanya 4 ppm (part per million) sahaja tetapi ianya meningkat kepada 13 ppm di
bandaraya Kuala Lumpur dan seterusnya terus meningkat kepada 20 ppm selepas
merentasi bandaraya Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Selain daripada sumber air
sungai, kualiti sumber air bawah tanah juga kian merosot. Sisa-sisa industri yang
dilupuskan di tapak pembuangan atau dibuang secara haram dan juga sampah sarap yang
dibuang di tapak pelupusan sampah boleh teroksid menerusi proses pengoksidaan
misalnya menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrit. Apabila hujan turun asid ini akan
turut dilarut resapkan ke dalam tanah sehingga air dalam tanah juga mengandungi nilai
keasidan yang tinggi. Keaslian dan ketulenan air terjejas. Di sesetengah kawasan air
bawah tanah telah terjejas teruk dengan mempunyai banyak bakteria Coliform dan
E.Coli. Sumber air bawah tanah di kawasan ini langsung tidak boleh digunakan oleh
manusia.

Di antara proses pembandaran dengan perindustrian lazimnya bergerak seiringan


dan segandingan. Kadar pembandaran yang pesat turut dibantu oleh kepesatan proses
perindustrian yang berupaya menarik lebih ramai penduduk berhijrah ke bandar-bandar
khususnya ke bandar-bandar besar. Pertumbuhan kilang yang begitu banyak bermakna
lebih banyak bahan pencemar akan dibebaskan ke udara. Kesannya kualiti air hujan boleh
merosot menerusi fenomena hujan asid. Bahan-bahan pencemar yang dibebaskan ke
udara seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, hidro karbon-
hidrokarbon yang lain boleh bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk menarik
wap-wap air berkumpul ke arahnya membesar membentuk manik-manik hujan. Apabila
proses ini berlaku bermakna hujan yang turun adalah tidak tulen dan mengandungi asid.

Selain itu terdapat juga kajian yang menunjukkan suhu air di bandar turut
meningkat akibat daripada proses pembandaran. Permukaan bandar yang terdiri daripada
bitumen, aspalt dan bangunan konkrit telah berupaya menyerap dan menyimpan haba dari
bahangan matahari. Haba yang tersimpan ini dinamakan sebagai haba pendam. Dengan
adanya haba pendam inilah suhu air di kawasan bandar lebih tinggi jika dibandingkan
dengan suhu air di kawasan luar bandar.
Impak Ke atas Sumber Air Tanah di Bandar

Air dalam tanah adalah salah satu sumber bekalan air yang penting bagi
kebanyakan bandar samada sebagai sumber air alternatif atau sebagai bekalan sumber air
yang tetap. Punca utama sumber air dalam tanah adalah datangnya dari air hujan atau air
pencairan salji yang menyusup masuk melalui liang-liang pore tanah. Penyusupan
(infiltrasi) ini disebabkan oleh; diserap oleh koloid tanah, ditarik oleh daya kapilari dan
ditarik oleh graviti air. Proses susupan boleh berlaku secara vertikal dan juga horizontal.
Pembandaran telah mengurangkan sumber air tanah dimana jumlah air yang
disumbangkan oleh air hujan atau pencairan salji semakin berkurangan yang disebabkan
oleh permukaan bandar tidak mampu melakukan proses susupan/infiltrasi. Pada amnya
terdapat empat kesan pembandaran terhadap sumber air dalam tanah iaitu; Pertama,
mengurangkan akuifer (pengandung air), ke dua mengurangkan aras air tanah (water
table ground water), ke tiga mengurangkan sumber air tanah untuk sungai dan ke empat
mengurangkan kekonduksian hidrolik iaitu media berliang untuk meneruskan air
bergerak.
Akuifer ialah formasi geologi yang boleh menyimpan air dalam tanah. Sistem
akuifer melakukan dua fungsi hidrologi iaitu pertama, menyimpan air dalam tanah
sehingga air tersebut dikeluarkan dan kedua menyediakan konduit untuk aliran air dalam
tanah berlaku. Fungsi yang ke dua inilah yang menjamin sumber air kepada sungai
sentiasa ada (based flow) kerana air dalam tanah sentiasa bergerak di sepanjang konduit
tersebut menuju ke sungai. Sebagai sebuah sistem semulajadi, akuifer sentiasa berada
dalam keadaan seimbang jika ia tidak diganggu. Ini bermakna input air yang memasuki
sistem akuifer adalah sama dengan output air yang keluar dari sistem tersebut. Pada
masa yang sama input air yang masuk akan disimpan sebagai storan. Ketiga-tiga elemen
input – storan – output ini akan menentukan keseimbangan dinamik dalam
sistem akuifer akan sentiasa dikekalkan. Ketiga-tiga elemen sistem akuifer ini
ditunjukkan oleh rajah di bawah:

STORAN

Elemen-Elemen Dalam Sistem Akuifer


Tetapi apabila proses pembandaran berlaku, input air ke dalam sistem akuifer
akan terganggu. Liang-liang pore permukaan tanah yang tertutup dengan bitumen,
konkrit dan aspalt akan mengurangkan input air kepada sistem akuifer sekaligus
mengurangkan storannya. Pada masa yang sama proses output sentiasa berlaku
khususnya pengambilan air tanah oleh manusia di bandar itu sendiri di samping aliran
semulajadinya menuju ke sungai. Apabila input berkurangan sedangkan output
berlebihan akan menyebabkan sistem akuifer tidak lagi stabil. Dalam jangkamasa
panjang keadaan ini amat merbahaya sekali kepada manusia. Pertama, sungai akan
kehilangan sumber air yang tetap dan ke dua menggalakkan kejadian tanah mendap di
bandar kerana fungsi akuifer sebagai “span” tidak dapat dilaksanakan. Dalam konteks
membekalkan sumber air kepada sungai L.B. Leopold seterusnya menambah “
Kesemua air yang masuk ke dalam sistem akuifer samada menerusi infiltrasi
(susupan) atau perkolasi (rembesan) pada akhirnya akan menuju ke sungai.
Jumlah air dari kedua-dua proses inilah yang memberikan bekalan air yang tetap
kepada sistem sungai untuk membolehkan ianya terus mengalir sebagai aliran
dasar (based flow)”. Apabila infiltrasi dan perkolasi berkurangan maka sungai-sungai
di bandar akan menjadi cetek dan kekeringan air.

Gangguan kepada sumber air tanah di bandar bukan sahaja melibatkan aktiviti
penurapan muka bumi malah ia juga melibatkan aktiviti penyahutanan di kawasan
pinggir bandar. Kita telah sedia maklum bahawa proses rebakan bandar dari pusat ke
pinggir akan melibatkan banyak kawasan hutan ditebang dan bukit-bukit di pinggir
bandar di teres atau diratakan untuk dijadikan tapakbina petempatan/perumahan, kawasan
perniagaan, pusat bandar baru, kawasan industri dan lain-lain lagi. Kawasan hutan di
pinggir bandar yang selama ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air dimusnahkan.
Justeru, ini akan memberikan kesan kepada bekalan air tanah. Sudah pastinya proses
susupan akan berkurangan ekoran daripada kehilangan proses pintasan oleh kanopi pokok
yang menyebabkan paras air tanah akan menurun. Keadaan ini akan menjejaskan bekalan
air yang tetap kepada sistem sungai. Di samping itu ia turut mengurangkan bekalan air
kepada punca sungai yang bermula di kawasan tadahan berkenaan.

Kesimpulan
Proses urbanisasi sememangnya banyak menjejaskan hidrologi di bandar. Kitar
hidrologi yang selama ini berada dalam keadaan yang seimbang akan menjadi tidak
seimbang. Fenomena ketidakseimbangan hidrologi ini bukan sahaja memberikan kesan
negatif kepada elemen-elemen fizikal dalam bandar malah ia turut menjejaskan aktiviti
manusia dalam bandar itu sendiri. Oleh itu tidak hairanlah jika penduduk di bandar sering
terdedah dengan pelbagai ancaman hidrologi seperti banjir kilat dan krisis air. Dalam
konteks ini pengurusan air yang cekap dan lestari perlu diamalkan oleh semua lapisan
masyarakat agar sumber air yang dianugerahkan oleh Allah SWT dapat dimanfaatkan
dengan sebaik-baiknya dan tidak memberi musibah sepada manusia itu sendiri.

You might also like