P. 1
Sejarah an Politik Malaysia 1969-1979

Sejarah an Politik Malaysia 1969-1979

5.0

|Views: 8,490|Likes:
Published by adiefred
membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.
membincangkan isu-isu politik yang berlaku di Tanah Melayu sehimggalah Penubuhan Malaysia dan Pergolakan dalam politik Malaysia.

More info:

Published by: adiefred on Apr 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________

1.0 Pengenalan Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam keadaan yang agak istimewa. Dalam manifesto pilihan raya umum tahun1955, Perikatan telah berjanji untuk berusaha mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh singkat, iaitu dua tahun lebih awal. Di antara faktor yang mungkin boleh menjelaskan mengapa usaha mencapai kemerdekaan dapat dipercepatkan ialah kesanggupan ketiga-tiga kaum terbesar di Tanah Melayu bertolak ansur dan bekerjasama dalam sebuah parti politik bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul, sebelum memulakan usaha ke arah kemerdekaan. Kerajaan British meletakkan syarat bahawa ketiga-tiga kaum terbesar boleh bertolak ansur dan bekerjasama dalam bidang politik, barulah mereka bersediamerundingkan soal keerdekaan. Syarat ini dikenakan dengan alasan untuk mengelakkan berlakunya kekacauan dan pertelingkahan antara kaum ketika rundingan kemerdekaan sedang diusahakan.Akhirnya ‘tolak ansur tersebut unsur tradisi yang dimasukkan dalam Perlembagaan. Pilihanraya Umum 1969 adalah pilihanraya yang melakar sejarah tersendiri dalam sejarah negara ini. Keputusan pilihanraya tahun 1969 ini menimbulkan kemegahan parti-parti pembangkang yang menang besar, sehingga mendorong mereka untuk meraikan kemenangan. Namun, perlakuan mereka yang menyentuh isu-isu sensitif dalam meraikan kemenangan ini telah menimbulkan sentimen perkauman, yang akhirnya mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei. Ekoran daripada peristiwa itu, kerajaan telah mengambil beberapa langkah perpaduan bagi mengelakkan tragedi seperti itu tidak berulang kembali. Senario politik di Sabah dan Sarawak sekitar tahun 1969 hingga 1979 tidak lari daripada pergolakan. Berbagai-bagai konflik wujud di antara parti-parti yang masing-masing cuba mempertahankan kedudukan dan mendapatkan sokongan daripada rakyat.

1

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________

2.0 Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 Pilihan Raya Umum Malaysia 1969 merupakan pilihan raya umum yang ke-3 diadakan. Di Semenanjung Malaysia pilihan raya diadakan pada 10 Mei 1969 dan kemudian di Malaysia Timur iaitu pada bulan yang sama. Oleh sebab Sabah dan Sarawak tidak menyertai pilihan raya umum pada tahun 1964, pilihan raya ini merupakan kali pertama kedua-dua negeri Malaysia Timur ini menyertai pilihan raya umum. Dengan penyertaan Sabah dan Sarawak, bilangan kerusi dalam Dewan Rakyat ditambah dari 104 kerusi sehingga 144 kerusi, iaitu satu kenaikan 38.5%. Antara parti yang mengambil bahagian ialah parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC. Parti Perikatan ialah sebuah parti politik Malaysia yang dimulakan oleh orang Melayu yang bersatu di bawah presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, untuk satu tujuan, iaitu berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11 Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.1 Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27 Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet
11

Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication

Sdn.Bhd. hlm 105

2

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan.Kaum Cina dan India, bergabung dengan orang Melayu untuk tujuan yang sama. Gabungan parti itu menggunakan lambang "Kapal Layar". Parti ini berjaya untuk memperoleh pemerintahan sendiri daripada pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi sehingga hari ini. Parti ini juga berjaya memperoleh kemerdekaan daripada pihak British untuk Sabah dan Sarawak. Parti Perikatan inilah yang merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya yang kuat, berjaya, dan mempunyai matlamat yang kukuh dan tersendiri. Selain itu parti Perikatan, parti pembangkang iaitu Parti Tindakan Demokratik Rakyat (DAP) turut mengambil bahagian dalam pilihanraya ini. DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu . Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966, Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu. Di samping itu, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) juga turut mengambil bahagian dalam pilihanraya ini. PAS adalah merupakan parti pembangkang yang tertua sekali.

3

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Parti ini bukan sahaja Parti Islam tetapi juga Parti Perkauman Melayu dan menentang hebat orang-orang Cina.2PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948. Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Parti pembangkang lain yang mengambil bahagian dalam pilihanraya ini ialah Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN).Gerakan telah ditubuhkan dalam tahun 1968 sebagai sebuah parti yang bukan perkauman oleh beberapa orang cendiakawan, termasuk juga ahli-ahli politik lain, yang turut serta daripada Parti Demokratik Bersatu (UDP).UDP telah dimansuhkan dalam tahun 1968 dan parti itu telah menyokong Parti Gerakan yang baru ditubuhkan itu. Gerakan juga disertai oleh mereka yang menyeberangi dari Parti Buruh Malaya (Labour Party of Malaya) (LPM)3. Adalah suatu perkara yang menarik perhatian bahawa UDP telah ditubuhkan dalam tahun 1962 oleh Dr.Lim Chong Eu, seorang Doktor Perubatan Swasta dan bekas Yang dipertua MCA. Beliau telah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.4 Penaja-penaja yang utama dalam Gerakan adalah Profesor Syed Hussein Al-Atas, Profesor Pengajian Melayu, Universiti Singapura, seorang cendiakawan Melayu dari Johor yang telah menerima pendidikan Belanda dan beliau telah menerima pendidikan Belanda dan beliau telah menjadi Pengerusi Parti itu; Profesor Wang Gungwu, bekas Professor Sejarah, Universiti Melaya; Dr. Lim Chong Eu; dan Dr.Tan Chee Koon,bekas pemimpin LPM. Selain itu, parti pembangkang lain yang mengambil bahagian ialah Parti Progresif Rakyat (PPR) .Pengaruh Parti Progresif Rakyat (PPR) adalah tertumpu di Perak. Parti itu telah ditubuhkan untuk memperjuangkan hak orang-orang Cina, di bawah pimpinan dua
2

Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari., Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu – Cina, Petaling Jaya (1985). hlm 82 3 Ibid. hlm 82 4 Ibid. hlm 82

4

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
orang peguam adik-beradik daripada bangsa Ceylon-Tamil. Salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia sebelum pilihanraya tahun 1969. Cogankata pilihanrayanya adalah ‘Malaysia untuk Rakyat Malaysia’. Dalam masa pilihanraya yang pertama dalam tahun 1955, Parti itu telah menyokong hak istimewa orang-orang Melayu dan pendirian Perikatan tentang bahasa dan soal-soal pelajaran. Bagaimanapun,selepas kemerdekaan, sikap Parti itu telah berubah sama sekali dengan menyusun semula dasarnya, dengan menentang hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Parti ini secara terang-terang memperjuangkan dasar berbagai-bagai bahasa dan untuk mendapatkan pengikhtirafan rasmi akan Bahasa Cina dan Tamil. Parti itu juga lebih menonjolkan sikapnya menyokong Cina daripada DAP. Walaupun Yang Dipertuanya bukan orang Cina tetapi kebanyakan daripada penyokongnya adalah orang-orang Cina. Di samping itu, parti Rakyat dan calon bebas juga turut serta bertanding bersama parti perikatan (UMNO, MCA, dan MIC), Parti Tindakan Demokratik Malaysia (DAP), Parti Progresif Rakyat (PPR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam pilihanraya umum Malaysia pada tahun 1969. 2.1 Manifesto Parti Perikatan Semasa kempen pilihan raya diadakan pucuk pimpinan Perikatan telah tidak mempunyai sebarang formula baru untuk berjuang dalam pilihanraya itu serta menetang ancaman yang dibuat oleh Parti Pembangkang. Parti-parti Pembangkang itu adalah terdiri daripada Parti Islam Semalaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Progresif Rakyat (PPR). Dalam pilihanraya ini, Perikatan telah menggunakan manifesto yang lebih merupakan penyata kerajaan. Sungguhpun manifesto itu tegas, berpatutan tetapi penyata itu tidak banyak mengandungi pengertian yang besar. Manifesto itu memberi ringkasan tentang kejayaan Perikatan dalam masa beberapa tahun ia berkuasa, dengan menumpukan perhatian terhadap ‘kemajuan ekonomi’, ‘pertahanan’, ‘keselamatan’, ‘hal ehwal luar’, dan ‘perpaduan kaum’. Mengenai perhubungan kaum Melayu dan Cina pula, bahagian ini yang amat penting itu adalah merupakan perkara yang akhir sekali dinyatakan. Manifesto itu

5

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
menyatakan bahawa ‘Suasana keadaan sejarah telah merenggangkan hubungan antara kaum dan memisahkan mereka dari segi ekonomi. Kebanyakan penduduk luar bandar adalah orang-orang Melayu dan mereka menjalankan hidup dengan cara ekonomi secukup sahaja.’ Adalah disahkan bahawa kedudukan orang-orang yang tidak berada (orang-orang Melayu) mestilah disamaratakan dengan taraf ekonomi orang-orang yang berada (orang-orang Cina), sungguhpun dasar ini tidak bertujuan untuk merampas hak sesiapapun untuk maju ke depan. Manifesto ini telah menuntut bahawa tiada sebuah parti pembangkang pun yang telah membuktikan kebolehannya untuk memenuhi keperluan masyarakat majmuk Malaysia. Jika bukan Perikatan yang memerintah, proses perpecahan kaum dan malapetaka yang tidak dapat dibayangkan akan berlaku.5 Perikatan memberi tekanan yang berat dalam mengekalkan hak keistimewaan orang-orang Melayu dalam kempen pilihanraya. Dalam siaran Radio Malaysia pada 9 Mei, Tunku sekali lagi telah menegaskan tentang pembahagian kuasa antara orangorang Melayu dan Cina. ‘Orang-orang Melayu memperolehi kuasa politik,’ kata beliau. ‘Orang-orang Cina dan India telah mendapat ekonomi. Dengan adanya baik sangka dan persefahaman antara kedua belah pihak itu akan berjaya mengwujudkan keamanan dan harmoni, dan ini akan membawa kemakmuran kepada negara.’6 2.2 Manifesto Parti-Parti Pembangkang Segala yang berhubung dengan UMNO, musuh utamanya adalah PAS. PAS pula membangkitkan isu bahasa, pendidikan dan kedudukan ekonomi orang Melayu yang mundur walaupun sudah 12 tahun mencapai kemerdekaan dan orang Melayu pula dikatakan ada hak istmewa.UMNO di anggap terlalu tunduk dan sering mengalah dengan tuntutan parti komponen lain dalam Perikatan khususnya MCA sehingga mengadaikan kepentingan orang Melayu. Pas mendesak agar memperketatkan penggunaan serta merta bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tunggal dan menghadkan jawatan Menteri Besar, Gabenor dan ketua turus angkatan tentera kepada orang Melayu sahaja. Dari segi pendidikan pula, masih wujud lagi perbezaan aliran dari segi guru-guru,buku,dan lain-lain lagi mengikut negara asal. Orang

5 6

Ibid. hlm 80 Ibid. hlm 80

6

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Melayu juga dianggap terlalu jauh ketinggalan dari segi pendidikan berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Parti itu berjanji bahawa jika ia berjaya ia akan mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia, serta meminda Perlembagaan agar lebih berbentuk Melayu daripada bercorak Malaysia. Pendiriannya adalah dibayangkan dengan nyata dalam cogankatanya: bangsa, agama dan Tanah Melayu. Tumpuan kuasa utamanya adalah Kelantan tetapi parti itu mempunyai tidak kurang juga pengikutnya di Terengganu, Perlis, Kedah termasuk juga utara Pulau Pinang. Kebanyakan penduduk di negeri-negeri tersebut adalah orang-orang Melayu.Parti itu telah juga menuduh UMNO menyokong dan menjual negara ini daripada orang-orang Melayu kepada orang Cina. Pengaruhnya tidak berapa kuat di negeri Pantai Barat Semenanjung. Di negeri ini lebih ramai penduduk bukan Melayu dan negeri itu lebih terdedah kepada gaya hidup moden dan dipengaruhi dengan kemajuan ekonomi Barat.7 UMNO telah mengatasi perkara ini dengan mengatakan bahawa PAS mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya di selatan Negeri Thai. Ini merupakan suatu perkara yang meresap dalam hati sanubari mereka, oleh kerana ia sentiasa diingati bahawa MCP mempunyai ahli yang kebanyakannya adalah orang-orang Cina. UMNO telah juga menegaskan bahawa PAS telah tidak berbuat apa-apa jua untuk kemajuan ekoomi Kelantan, sungguhpun parti itu telah menguasai Kerajaan Negeri semenjak tahun 1959. UMNO telah menawarkan bantuan kewangan yang banyak untuk pembangunan Kelantan (ini dianggap sebagai menangguk di air keruh oleh Yang Dipertua PAS), jika Parti itu mendapat undi yang banyak dalam pilihanraya.8 Dua lagi tuduhan telah dibuat terhadap PAS untuk mencemarkan nama baiknya di mata orangorang Melayu. Pertamanya parti itu telah dituduh mempunyai persefahaman dalam pilihanraya dengan DAP. Dari segi teorinya, Parti itu bukannya perkauman, tetapi dari segi kacamata orang-orang Melayu, ia adalah parti orang-orang Cina dengan hubungan dengan PAP di Singapura. Keduanya, Tunku menuntut bahawa Parti itu telah menerima bantuan kewangan daripada PAP di Singapura melalui DAP.

7 8

Ibid. hlm 81 Ibid. hlm 81

7

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Tuduhan ini dianggap begitu serius oleh Kerajaan Singapura, dan perkara itu telah dinafikan oleh Menteri Luar Singapura.PAS dan DAP telah menuduh pula bahawa Perikatan telah menerima bantuan wang daripada CIA. Tunku menafikan serta merta dengan bersumpah dengan Quran dalam masjid. Manakala bagi parti DAP pula telah dianggap ancaman besar kepada MCA. Sungguhpun DAP menuntut bahawa ia bukannya sebuah parti perkauman, tetapi ia dikuasai oleh orang-orang Cina. Parti itu telah menuduh bahawa MCA telah menyerahkan hak orang Cina kepada UMNO dalam Perikatan. Perjuangan DAP adalah berdasarkan ‘Prinsip Perisytiharaan Setapak’, dan ini telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Cawangan Setapak,dekat Kuala Lumpur pada 19 Julai 1967. Secara ringkasnya, Parti itu menentang perbezaan kaum serta menyokong konsep perjuangan DAP ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’. Parti itu telah berpendapat bahawa Malaysia akan wujud sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, masyarakat dan agama.9 Manifesto pilihanrayanya ialah ‘Menuju Arah Malaysia untuk rakyat Malaysia.’ Perikatan telah menuduhnya sebagai sebuah Parti perkauman yang menentang Melayu, hak istimewa orang Melayu dan memperjuangkan PAP. Parti Progresif Rakyat (PPR) juga turut sama dengan DAP dalam menyokong konsep ‘Malaysia untuk rakyat Malaysia’. Menurut parti ini, Malaysia seolah-olah untuk orang Melayu sahaja apabila termaktub hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya orang bukan Melayu dianggap sebagai warga kelas kedua. Parti ini telah menuduh MCA yang mewakili orang Cina dianggap parti taukeh yang gagal menjaga kepentingan orang Cina secara keseluruhannya. Gerakan pula telah berkempen dengan cogankata: ‘Persamaan Hak, Keadilan dan Persamaan Peluang Untuk Semua : Tujuan Kami.10Antara tujuannya ialah untuk mengurangkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen supaya Perikatan ‘tidak akan dapat mengubah-ubah lagi hak-hak dan jaminan hidup kita dalam Perlembagaan’. Gerakan telah menentang juga rasuah. Pada masa itu rasuah merupakan masalah yang besar di Malaysia. Professor Al-Atas, sebenarnya telah menulis sebuah buku tentang

9

10

Ibid. hlm 82 Ibid. hlm 84

8

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
perkara itu.11 Sungguhpun Parti itu menerima taraf dan dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan, tetapi Gerakan lebih suka dalam menggunakan semua bahasa serta menyokong kuat penubuhan Universiti Kebangsaan dan Universiti Merdeka. Bahasa-bahasa Melayu, Cina dan Tamil boleh dipelajari sehingga peringkat universiti. Parti ini mahukan juga sekolah menengah Cina dan Tamil dikekalkan. Gerakan memperjuangkan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatupadu dengan mempunyai pandangan dan matlamat yang sama.12 2.3 Pakatan Pembangkang 1969 DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Dr Chen Man Hin dan lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan , Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Ari selalu Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.

2.4 Keputusan Pilihan Raya

11

Ibid. hlm 84

9

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________

Gambar 1: Siswa ITM membantu proses pengiraan undi di Universiti Malaya pada tahun 1969.(Berita Harian) Pembuangan undi telah diadakan pada 10 Mei 1969. Keputusan pilihanraya itu telah tidak memuaskan hati pihak Perikatan. Di peringkat Parlimen, Perikatan telah memenangi 66 buah kerusi dan sepuluh daripada calonnya telah berjaya tanpa bertanding di Sabah. Perikatan sudah pasti memperoleh suara terbanyak dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 144 ahli itu. Keputusan pilihanraya di Malaysia Timur telah dilambatkan dan tidak diadakan pada masa yang sama sebagaimana Semenanjung Malaysia. Pilihanraya di Malaysia Timur itu akan menentukan sama ada ia akan masih dapat mengekalkan dua pertiga suara terbanyak di Parlimen. Tanpa kemenangan dua pertiga, Perikatan akan tiada mempunyai kuasa untuk meminda Perlembagaan, melainkan ia berjaya mendapatkan sokongan beberapa orang ahli pembangkang.13 Keputusan itu bermakna bahawa Perikatan telah memenangi 23 buah kerusi kurang daripada piihanraya tahun 1964. Dengan perkataan-perkataan lain, Perikatan telah kalah 25.84 peratus daripada kerusi yang dahulunya parti itu pegangi. MCA telah kalah teruk sekali. Parti itu telah memenangi Cuma 13 buah kerusi daripada 33 buah kerusi yang telah ditandingi. Lagipun 3 buah kerusi telah tidak ditandingi. Tiga telah dimenangi di kawasan pilihanraya yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Melayu. MIC telah memenangi dua daripada tiga buah kerusi yang telah ditandinginya itu. Dalam tahun 1964, parti itu telah memenangi tiga buah kerusi. UMNO yang merupakan parti yang mewujudkan Perikatan itu, telah memenangi 51 buah kerusi
13

Ibid. hlm 85

10

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
daripada 67 buah kerusi yang telah ditandinginya. Dengan perkataan-perkataan lain, Parti itu telah memenangi 8 buah kerusi kurang daripada pilihanraya tahun 1964. Perubahan yang ketara sekali telah berlaku dalam Perikatan dalam pilihanraya di peringkat negeri. Di Malaysia, pilihanraya negeri telah diadakan pada masa yang sama sebagaimana pilihanraya peringkat persekutuan.(lihat lampiran di belakang).14 Pulau Pinang telah kalah kepada Gerakan. Cuma empat orang calon daripada 24 orang calon UMNO sahaja yang telah menang dalam pilihanraya itu. Gerakan telah memenangi 16 buah kerusi, DAP tiga dan sebuah kerusi lagi dimenangi oleh parti pembangkang. Kelantan telah dimenangi oleh PAS dan ini telah mengejutkan UMNO kerana parti itu telah merancang untuk mengalahkan parti lawan dengan teruknya. Gerakan dan DAP telah berjaya dengan cemerlang di Selangor dengan kekalahan di pihak Perikatan.Ini adalah nyata sekali bukan sahaja di ibukota Kuala Lumpur, tetapi juga Selangor. Di Selangor, puak pembangkang memenangi separuh daripada 28 buah kerusi ( DAP sembilan, Gerakan empat, Bebas satu ), dan di Perak, Perikatan telah berjuang bermatimatian untuk mengekalkan kuasa. Perikatan telah memenangi hanya 19 buah kerusi daripada 40 buah kerusi. (PPR 12, DAP 6, GERAKAN 2, PAS 1).

Gambar 2: Syed Hussein Alatas (kiri) dan Lim Chong Eu (kanan) diangkat ketika meraikan kemenangan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang amat besar dalam pilihan raya umum 1969.

14

Ibid. hlm 85

11

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi. Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, Gerakan dan DAP mengadakan perhimpunan kemenangan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur pada 12 Mei tetapi perhimpunan itu menjadi hiruk-pikuk, dengan ahli-ahli menjerit julukanjulukan perkauman terhadap orang-orang Melayu yang berada di tempat perhimpunan ini. UMNO bertindak balas dengan perhimpunan sendiri pada 13 Mei, tetapi perhimpunan ini kemudian merosot menjadi rusuhan besar-besaran. Rusuhan ini kini dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei. 3.0 PERISTIWA 13 MEI 1969 Tragedi 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara ini, dan hampir-hampir menghancurkan keutuhan negara. Tragedi 13 Mei ini ialah rusuhan kaum dan merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini adalah ekoran daripada pilihan raya kebangsaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 1969. Sebenarnya hubungan aman dan semangat perpaduan di antara pelbagai kaum belum utuh pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Hal ini adalah disebabkan oleh dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi semasa zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga berpunca daripada jalinan tekanan sejarah yang menyelubungi negara, serta jurang generasi dan interpretasi yang berbeza-beza terhadap struktur perlembagaan Negara. 3.1 Faktor-faktor yang mencetuskan Peristiwa 13 Mei Pada hakikatnya, dapat dikatakan bahawa huru-hara yang telah

menggoncangkan Kuala Lumpur telah meletus disebabkan oleh keputusan pilihan raya umum 1969. Bagaimanapun, sebab yang utama adalah lebih besar daripada itu. Faktor yang mencetuskan tragedi ini boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu faktor politik,

12

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
ekonomi, dan sosial.15 Politik merupakan faktor utama yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei ini. Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi telah menjadi tema utama sepanjang kempen pilihan pilihan raya 1969. Hal ini telah mewujudkan sentimen perkauman di Tanah Melayu pada waktu itu. Sepanjang tempoh berkempen, caloncalon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya dari parti-parti pembangkang seperti Parti Gerakan dan DAP telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera, dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Matlamat utama mereka ialah untuk menang dalam pilihan raya dan berkuasa dalam parlimen. Hal ini telah menimbulkan kegelisahan, syak wasangka, dan menebalkan perasaan tidak puas hati rakyat berbagai kaum di negara ini. Ucapan yang dibuat dalam kempen plihan raya telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan perasaan kaum lain. Apabila isu sensitif dan perkauman dibangkitkan serta diapi-apikan, perasaan tidak puas hati sekali lagi timbul. Di samping itu, perarakan kemenangan yang dilakukan oleh pihak pembangkang juga telah menjadi salah satu faktor penyumbang berlakunya peristiwa 13 Mei. Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC telah mengalami kekalahan yang teruk dalam pilihan raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun darpada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
16

Walaupun pada peringkat persekutuan Parti Perikatan masih boleh

menubuhkan kerajaan dan terus memerintah, tetapi undi dan kerusi yang diperolehi pada keseluruhannya telah merosot. Hal ini telah membangkitkan semangat dan kegembiraan pihak parti pembangkang seperti DAP dan Gerakan. Sebagai menyambut kemenangan tersebut, DAP dan Gerakan telah mengadakan beberapa siri perarakan kemenangan.17 Perarakan tersebut bukan sahaja dianjurkan untuk merayakan kemenangan, tetapi ada yang mengambil kesempatan ini untuk merendah dan menghina orang Melayu. Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN telah menang besar di

15

Mohamad Idris Salleh, (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication Sdn. Bhd, hlm 123. 16 Ibid, hlm 124 17 Ibid, hlm 124

13

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
kawasan Batu, Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut. Polis telah memberikan kebenaran kepada mereka untuk melakukan perarakan, kerana menganggap bahawa perarakan yang dilakukan hanyalah perarakan untuk meraikan kejayaan mereka. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Dikatakan bahawa kaum Cina yang menang berarak dengan mengikat penyapu pada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan menghina Melayu. Dalam masyarakat Melayu, penyapu membawa konotasi yang negatif (sial). Perarakan yang membakar semangat perkauman inilah yang menjadi punca tercetusnya tragedi berdarah 13 Mei 1969. Faktor ekonomi juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya peristiwa 13 Mei. Semasa pendudukan British di Tanah Melayu, kerajaan British telah menjalankan dasar pecah dan perintah, iaitu pengasingan dan pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi. Di bawah dasar ini, orang Melayu ditempatkan di kawasan luar bandar dan menjalankan kegiatan pertanian. Manakala imigran Cina telah ditempatkan di kawasan bandar dengan menjalankan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Bagi imigran India pula, mereka ditempatkan di kawasan ladang getah. Dasar ini telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Keadaan ekonomi dan demografi penduduk di Tanah Melayu ini telah menunjukkan bahawa majoriti penduduk Melayu berpendapatan rendah dan hidup dalam kemiskinan. Kaum Cina pula kebanyakannya hidup senang dan mewah.18 Kesan daripada dasar ini masih jelas kelihatan pada tahun-tahun awal selepas kemerdekaan. Keadaan ini telah melahirkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Mereka merasakan bahawa ekonomi Tanah Melayu telah dikuasai oleh imigran asing, manakala orang Melayu sendiri jauh ketinggalan di belakang. Pihak kerajaan telah mengambil tersebut. langkah positif untuk tersebut menghapuskan termasuklah

ketidakseimbangan

ekonomi

Langkah-langkah

penubuhan badan-badan seperti FELDA, MARA dan FAMA. Melalui badan-badan ini, kerajaan membuka tanah baru, membina rumah, dan menyediakan pasaran untuk
18

Ibid, hlm 125

14

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
orang Melayu. Walau bagaimanapun, langkah kerajaan untuk membantu orang Melayu ini telah mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Cina. Mereka menganggap langkah kerajaan ini seolah-olah telah menggugat kedudukan ekonomi kaum Cina. Perasaan syak wasangka dan tidak puas hati tersebutlah yang menjadi salah satu faktor utama tercetusnya tragedi 13 Mei ini.19 Faktor sosial juga menjadi salah satu faktor yang mencetuskan tragedi 13 Mei. Hubungan antara kaum Cina dan Melayu bertambah buruk dengan wujudnya isu kerakyatan. Kelonggaran kerakyatan yang diberikan kepada imigran asing berdasarkan prinsip jus soli telah membimbnagkan orang Melayu. Pemberian taraf kewarganegaraan dibuat berdasarkan perkara-perkara seperti berikut: a) Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum Hari Merdeka. b) Semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari Merdeka. c) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin di Tanah Melayu selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu boleh memohon kewarganegaraan, jika mereka boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. d) Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar persekutuan, tetapi telah bermastautin selama lapan tahun daripada 12 tahun yang terdahulu boleh memohon dengan syarat mereka boleh bertutur Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia. Bagi tahun pertama selepas merdeka, mereka yang berumur 45 tahun ke atas dikecualikan daripada ujian bahasa. Sebenarnya pemberian taraf kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli ini, adalah berdasarkan kepada Memorandum Perikatan yang mencerminkan tolak ansur yang dicapai di antara ketiga-tiga kaum terbesar dalam merangka bentuk dan sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Persetujuan ini dikenali sebagai ‘ Pakatan Murni’ iaitu tolak ansur yang menyentuh perkara-perkara dasar seperti kerakyatan, kedudukan Rajaraja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, dan kedudukan istimewa orang Melayu. Perkara penting yang ditekankan dalam ‘pakatan murni’ itu kemudiannya menjadi empat
19

Ibid, hlm 125

15

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
unsur tradisi yang dimasukkan dalam perlembagaan.
20

Sebenarnya sebab utama yang

menyebabkan orang Melayu menentang prinsip jus soli ini adalah,mereka menganggap satu undang-undang yang memberikan hak kerakyatan kepada orang bukan Melayu akan mendatangkan kesan secara serta merta. Maknanya, Orang bukan Melayu yang diterima menjadi warganegara boleh menikmati hak dan tanggungjawab sebagai rakyat secara serta merta. Sebaliknya undang-undang yang mengiktiraf ‘kedudukan istimewa’ orang Melayu dalam bidang perniagaan, peluang bekerja dan kemudahan pelajaran tidak boleh terhasil dalam jangka masa yang singkat. Pendek kata, faedah daripada kedudukan istimewa itu tidak dapat dinikmati dengan segera. Perkara inilah yang sebenarnya menjadi punca ketidakpuasan hati orang Melayu. Selain itu, orang Melayu juga menganggap bahawa pemberian taraf kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli bukan sahaja mengecilkan jumlah orang Melayu, tetapi juga mengakibatkan peluang politik orang Melayu terjejas. Tekanan kebimbangan yang telah dialami oleh orang Melayu bertambah bersama kebimbangan bahawa orang bukan Melayu semakin maju ke hadapan. Kaum Melayu berasa hak keistimewaan dan kuasa politik mereka dicabar oleh kaum pendatang. Di samping itu, mereka juga khuatir kedudukan dan nasib mereka akan menjadi seperti kaum Red Indian yang terbiar di negara mereka sendiri. Isu pendidikan juga telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk Tanah Melayu. Salah satu intipati Dasar Pelajaran Baru yang telah digubal ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kaum Cina telah menentang dengan sekeras-kerasnya dasar ini. Mereka berpendapat bahawa Bahasa Cina juga patut diakui sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah. Selain itu, mereka juga menganggap dasar ini sebagai suatu percubaan untuk menafikan hak generasi mereka terhadap bahasa dan kebudayaan Cina, selain mengheret mereka untuk mengikut cara hidup orang Melayu. Orang Cina merasakan mereka juga sepatutnya diberikan hak yang sama dengan orang Melayu. Hubungan buruk antara orang Cina dan Melayu juga adalah salah satu faktor pencetus tragedi berdarah 13 Mei. Hubungan buruk orang Cina dan Melayu ini telah
20

Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya:Prentice Hallhlm 145

16

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
bermula sejak zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Hal ini berlaku akibat layanan diskriminasi Jepun terhadap orang Cina. Layanan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu menambahkan syak wasangka kaum Cina, lantaran orang Cina diseksa dengan teruknya oleh tentera Jepun. Semasa penjajahan Jepun, Parti Komunis Malaya (PKM) yang kebanyakannya dianggotai oleh orang Cina telah menentang Jepun dengan melancarkan Perang Gerila. Bagi menentang serangan PKM ini, Jepun telah menubuhkan satu pasukan polis yang terdiri daripada orang-orang Melayu. Oleh kerana kebanyakan ahli PKM adalah orang Cina, maka penentangan polis Melayu ini terhadap PKM seolah-olah penentangan orang Melayu terhadap orang Cina.21 Selepas kekalahan Jepun, British telah kembali ke Tanah Melayu. PKM telah diisytiharkan oleh kerajaan British sebagai sebuah parti yang rasmi kerana membantu British mengalahkan Jepun. Pengisytiharan tersebut telah menyemarakkan lagi isu perkauman antara kaum Melayu dan kaum Cina. Kesimpulannya, faktor politik, ekonomi dan sosial yang membangkitkan rasa tidak puas hati dan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu inilah yang telah mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei 1969. 3.2 Kronologi Peristiwa 13 Mei 1969 Tragedi berdarah ini bermula apabila penyokong-penyokong Parti Pembangkang yang menang mengadakan perarakan kemenangan pada 10 Mei 1969. Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan telah menang Besar di kawasan Batu Selangor. Beliau meminta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Perarakan tersebut telah menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan ini djalankan di Jalan Campbell, Jalan Hale, dan menuju ke Kampung Baru. Kampung Baru pada waktu itu menjadi kubu kuat parti UMNO, dan diduduki oleh lebih 30,000 orang Melayu. Rumah Menteri Besar Selangor pada waktu itu, iaitu Dato’ Harun Idris terletak di Kampung Baru. Orang-orang Cina yang berarak pada waktu itu melemparkan kata-kata kesat, menghina, dan mencaci orang Melayu. Orang Cina yang berarak dengan lori juga meludah orang-orang Melayu yang berada di tepi jalan. Penyokong parti-parti pembangkang juga mengadakan perarakan kemenangan melalui
21

Mohamad Idris Salleh (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication Sdn. Bhd, hlm 126.

17

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
kawasan-kawasan kediaman orang Melayu. Perkara ini merupakan satu provokasi terang-terangan yang mencabar kesabaran orang-orang Melayu. Perbuatan-perbuatan yang menghina orang Melayu dan kata-kata nista telah dihamburkan seperti ‘Melayu sudah jatuh, Kuala Lumpur sekarang Cina punya, Kita mahu halau semua orang Melayu’, dan lan-lain lagi. Mereka bersorak mencabar kuasa orang-orang Melayu dengan keputusan pilihanraya yang baru diketahui. Tunku Abdul Rahman pernah menulis bahawa perarakan kemenangan itu telah diadakan secara tidak teratur, dan diikuti dengan tindakan kasar tanpa mengendahkan arahan polis setelah perarakan raksaksa itu tamat.22

Gambar 3: Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalan raya turut berlaku. Di Jinjang, Kepong seorang cina yang meninggal dunia akibat sakit tua telah diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Walau bagaimanapun, perarakan bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu. Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan yang menang di Bukit Bintang Kuala Lumpur telah menyatakan permohonan maaf di atas kebiadapan penyokong parti itu sewaktu perarakan. Namun demikian, permohonan maaf sudah terlambat kerana kesabaran orang Melayu telah tercalar.
22

Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari,(1985) Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu – Cina. Petaling Jaya, hlmn 87.

18

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________

Penyokong UMNO telah mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini berlaku kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan daripada kedua-dua pihak. Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato’ Harun Idris selaku Menteri Besar pada waktu itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, orang Melayu yang berkumpul telah membawa senjata seperti pedang dan parang panjang, dan bersedia untuk menentang orang Cina.23 Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Pada jam 3 petang, berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak bertiup kencang. Seterusnya pada jam 4 petang, dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung, manakala sebuah van yang membawa rokok dan pemandu yang berbangsa Cina telah dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang mendengar cerita pembunuhan ini telah bertindak balas dengan membunuh orang-orang Melayu. Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara orang Cina dan Melayu. Rusuhan kaum telah berlaku dengan rumah-rumah dibakar, kereta-kereta dirampas dan dibakar serta diterbalikkan di jalan-jalan raya. Suatu kejadian yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang pernah didabik oleh Tunku sebagai negara yang aman, dan beliau adalah Perdana Menteri yang paling gembira di dunia.24 Bagi mengawal keadaan yang semakin huru-hara, pasukan FRU telah dikeluarkan dari Kampung Baru dan askar Rejimen Renjer mengambil alih. Malangnya pasukan ini yang dipimpin oleh ketua pasukan berbangsa Cina dikatakan menembak orang-orang Melayu. Hal ini berlaku kerana sentimen perkauman telah semakin menebal. Orang Cina menganggap orang Melayu sebagai musuh, dan begitu juga sebaliknya. Situasi ini menyebabkan kemarahan orang-orang Melayu semakin meluapluap. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru terus mengamuk
23

Ibid, hlm 87 Ibid, hlm 90

24

19

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
kerana merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Akhirnya Rejimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru masih terus terbakar. Kawalan keselamatan diambil alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa orang Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.25Berdasarkan kepada situasi ini, didapati bahawa apada masa tersebut, anggota keselamatan sendiri sudah tidak lagi menjalankan peranan sebenar mereka untuk menjaga keamanan. Mereka juga telah terlibat secara tidak langsung dalam ketegangan tersebut, dan sentimen perkauman juga turut menebal dalam jiwa mereka.

Gambar 4: Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku. Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton berbangsa Cina keluar dari panggung. Ramai penonton Melayu yang tidak memahami iklan berbahasa Cina itu, terkepung dan mati kerana ditetak dan terbakar. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas dengan membunuh orang Cina. Pertumpahan darah terus berlaku, dan tembak menembak berlaku di antara tentera dan beberapa orang yang bersenjata. Asap berkepul-kepul naik ke udara daripada bangunan, kedai-kedai dan pasar-pasar yang terbakar. Jalan-jalan raya juga amat kotor
25

Mohamad Idris Salleh, (1994). Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi: Utusan Publication Sdn. Bhd, hlm 126.

20

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
dengan sampah sarap. ‘Kuala Lumpur telah terbakar’, tulis Tunku Abdul Rahman tentang huru-hara itu. “Saya dapat melihat dengan jelasnya api menjulang tinggi dari tempat kediaman saya dia atas bukit. Saya tidak fikir bahawa saya akan melihat pemandangan seperti itu dalam hayat saya. Sebenarnya, segala usaha yang saya curahkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan seronok untuk didiami sejak beberapa tahun ini, dan impian saya juga untuk menjadi Perdana Menteri paling gembira di dunia telah turut termusnah dalam api itu juga”.

Gambar 5: Gambar Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan Ramai daripada penduduk Malaysia yang terdiri daripada golongan tua telah menyatakan bahawa peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan kaum yang paling dasyat dalam sejarah Malaysia moden. Jumlah korban yang sebenarnya dalam tragedi berdarah ini tidak pernah diketahui, dan ia menjadi rahsia kerajaan.26 Kebanyakan ahli sarjana menganggarkan 200 orang meninggal dunia, dan lebih 400 orang mengalami kecederaan. Walau bagaimanapun, sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggarkan seramai 2000 orang kehilangan nyawa dalam peristiwa tersebut. Sebenarnya, laporan daripada thesis PhD tersebut mungkin boleh diterima. Hal ini kerana, pertumpahan darah yang sangat dasyat berlaku di hampir segenap ceruk Kuala Lumpur pada waktu itu. Ramai penduduk Kuala Lumpur pada waktu itu juga

26

Ibid, hlm 126

21

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
menyatakan bahawa Kuala Lumpur telah bermandikan darah. Oleh itu, angka korban mungkin jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan. Bagi mengawal keadaan yang semakin tidak terkawal, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan darurat dan perintah berkurung di seluruh negara pada 14 Mei 1969, mengikut Fasa 2 Akta 150 Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan dan Parlimen telah digantung, manakala pilihan raya di Malaysia Timur telah ditangguhkan sehingga ke tarikh yang belum dapat ditetapkan. Kesimpulannya, tragedi berdarah 13 Mei harus menjadi iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia. Tragedi ini melagukan pesan bahawa rasa saling hormat-menghormati dan bertolak ansur di antara kaum merupakan resepi paling penting dalam menjaga keharmonian negara. 4.0 LANGKAH KE ARAH PERPADUAN NEGARA Sebaik sahaja darurat diisytiharkan ekoran peristiwa 13 Mei 1969, kemudian pada 16 Mei 1969 parlimen telah digantung dan MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditubuhkan.27 Tun Abdul Razak dilantik menjadi pengarah majlis tersebut dan mentadbir negara di bawah undang-undang darurat. Pada masa itu, Tun Abdul Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia namun beliau dberikan amanah menerajui kepimpinan MAGERAN. Hal ini adalah disebabkan kepercayaan yang diletakkan sepenuhnya terhadap beliau oleh Tunku Abdul Rahman kerana sejak pilihan raya 1964, Tunku telah menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menyatakan bahawa Tun Abdul Razak adalah pengganti beliau yang paling sesuai.28 Justeru, apabila MAGERAN ditubuhkan, ia menjadi titik tolak kepada kepimpinan Tun Abdul Razak sebelum menjadi Perdana menteri kelak. Tugas utama MAGERAN adalah mencari punca rusuhan kaum dan mengatur langkah-langkah untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang kembali. Selain itu, MAGERAN juga mencari jalan untuk memulihkan pentadbiran negara serta menyemak semula undang-undang

27

Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 99. 28 Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris, hal. 33.

22

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
negara bagi mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam rang undang-undang pada masa itu. Hasil kajian dan penganalisaan, MAGERAN mendapati isu perkauman merupakan punca utama perselisihan antara kaum Cina dan Melayu pada 13 Mei 1969. Masalah perkauman tersebut pula berpunca daripada faktor perbezaan budaya dan amalan kehidupan masyarakat Malaysia. Di samping itu,masalah perkauman juga turut dikaitkan dengan faktor ketidakseimbangan ekonomi antara kaum yakni kaum Cina lebih mendominasi ekonomi negara berbanding kaum Melayu dan India yang masih jauh ketinggalan. Berdasarkan punca-punca yang telah dikenalpasti tersebut, MAGERAN dibawah pimpinan Tun Abdul Razak merangka langkah-langkah utama bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. MAGERAN mengesyorkan supaya perkara-perkara sensitif dalam perlembagaan Malaysia seperti bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja dan agama dipinda serta diperkemas.29 Selain itu, MAGERAN juga mendapati tugas memperkukuhkan bangsa dan negara adalah tanggungjawab setiap rakyat dan barisan kepimpinan menjadi jentera penggerak kepada matlamat perpaduan tersebut. Justeru satu penyusunan dan pelaksanaan dasardasar dan rancangan-rancangan yang sempurna, dinamik, kemas dan teratur peru dilaksanakan. dan negara. Bagaimanapun, semasa MAGERAN berusaha gigih untuk mengatasi isu perkauman yang mencetuskan peristiwa tragis negara, pucuk kepimpinan negara menghadapi cabaran besar iaitu konflik antara Tun Abdul Rahman dan Dr. Mahathir Mohamad. Tunku telah dikecam oleh ahli majlis tertinggi UMNO itu, dengan menuding jari kepada Tunku bahawa beliau penyebab dan pencetus peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pada 18 Jun 1969, Tunku Abdul Rahman telah menerima surat layang yang dikenali sebagai ‘surat kaleng’ yang ditulis oleh Dr. Mahathir Bin Mohamad. Dr. Mahathir menuduh Tunku terlalu berkompromi dengan kaum Cina kerana Tunku tidak bertegas dari segi kerakyatan, isu bahasa Melayu yang tidak digunakan secara meluas khususnya
29

Kegiatan-kegiatan

dalam

lapangan

politik,

ekonomi,

pelajaran,

kemasyarakatan dan kebudayaan juga mestilah diselaraskan demi perpaduan bangsa

Shariff Ahmad, op. cit.,hal. 101.

23

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
dalam sistem pendidikan negara dan beliau juga mengatakan Tunku gagal memperbaiki kedudukan orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi, seterusnya menuntut agar Tunku meletak jawatan.30 Surat layang tersebut diedarkan kepada penuntut-penuntut universiti, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai. Sehubungan itu, penuntutpenuntut Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan di kampus universiti dan menyeru agar Tunku meletakkan jawatan. Dari perspektif penyokong-penyokong Dr. Mahathir, tindakan Dr. Mahathir tersebut, wajar dilakukan kerana tanpa suara rakyat yang berani seperti Dr. Mahathir sudah pasti kerajaan sesesuah negara tidak sedar kesilapan yang telah mereka lakukan. Isu yang dipropagandakan oleh Dr. Mahathir tersebut sememangnya wujud kebenarannya kerana kaum bukan bumiputera mendapat hak kerakyatan yang agak longgar dan setelah lebih 10 tahun negara mencapai kemerdekaan, orang-orang Melayu masih berada di takuk yang lama dan seperti mengemis di negara sendiri bak kata pepatah, seperti melukut di tepi gantang. Bagaimanapun, pelbagai spekulasi terhadap tindakan ahli majlis tertinggi UMNO tersebut, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa tindakan Dr. Mahathir tersebut bukanlah disebabkan semangat memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata tetapi adalah kerana kekecewaan beliau akibat kekalahan dalam pilihanraya persekutuan di Kota Setar Selatan, Kedah. Apabila dinilai secara kritis mengenai hal tersebut, terdapat kebenaran terhadap spekulasi itu kerana semasa menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri Malaysia yang keempat, beliau sendiri telah meluluskan cadangan penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih meluas dalam sistem pendidikan negara dengan menguatkuasakan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik pada tahun 2003. Sekiranya Bahasa Melayu diperjuangkan dengan hebat sebagai martabat orang Melayu pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman dan perlu dijadikan lambang perpaduan negara dalam semua aspek, namun perjuangan tersebut telah bertentangan dan berubah daripada landasan asal pada era pemerintahan Dr. Mahathir. Oleh demikian, tindakan Dr. Mahathir mengedarkan surat layang tersebut dikhuatiri boleh menimbulkan tanggapan buruk rakyat Malaysia kerana boleh mengubah persepsi masyarakat terhadap Tunku Abdul Rahman dan menyemarakkan perasaan perkauman orang Melayu terhadap
30

Zainuddin B. Maidin (2002). MAHATHIR, Di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 26.

24

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
orang-orang Cina, seterusnya akan merumitkan lagi usaha MAGERAN untuk memupuk semangat perpaduan rakyat Malaysia. Justeru, sebagai orang penting dalam MAGERAN yang sentiasa menitikberatkan keselamatan dan perpaduan negara, Tun Abdul Razak telah mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Sri Taman. Mesyuarat tersebut membincangkan isu surat layang Dr. Mahathir. Kemudian Majlis Tertinggi UMNO telah bersidang pada 12 Julai 1969 dan dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak dan dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli Majlis Tertinggi sebulat suara mengambil keputusan memecat Dr. Mahathir daripada UMNO kerana telah melanggar disiplin parti.31 Walaupun Tunku Abdul Rahman telah dikecam dengan pelbagai tuduhan, namun Tunku masih mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia termasuklah orang-orang Cina sendiri. Sehubungan itu, Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa orang Melayu dan kaum-kaum bukan bumiputera lain saling memerlukan antara satu sama lain dan perpaduan dalam kalangan mereka perlu dipupuk sekiranya hendak melahirkan sebuah negara yang aman dan harmoni. Justeru, dengan slogan ‘MUHIBAH’, pada Julai 1969 Tunku telah menubuhkan Majlis Muhibah Kebangsaan dan mendapat sokongan penuh MAGERAN kerana majlis tersebut juga bertindak sebagai jentera MAGERAN dalam usaha memupuk perpaduan antara kaum iaitu dengan mendekati rakyat Malaysia dengan lebih hampir lagi. Tunku Abdul Rahman selaku yang dipertua Majlis Muhibah kebangsaan telah membuat kunjungan selama enam minggu di seluruh negara iaitu Pulau Pinang sebagai destinasi pertama kunjungan Majlis berkenaan. Tunku menerapkan perasaan muhibah serta menekankan sikap tolak ansur dalam kalangan rakyat jelata. Usaha Tunku dan Majlis Muhibah tersebut menghasilkan kesan positif kerana orang-orang Melayu, Cina dan India telah mula bertegur sapa semula antara satu sama lain.32 Seterusnya, di bawah undang-undang darurat, pengarah MAGERAN Tun Abdul Razak telah menubuhkan sebuah organisasi iaitu Majlis Perundingan Negara yang telah diwartakan pada 29 Januari 1970. Majlis Perundingan tersebut memainkan peranan sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang menyentuh
31

Ibid, hlm 27 Ibid hal.97.

32

25

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
perhubungan kaum dan isu-isu perpaduan Negara.33 Pengerusi majlis ini ialah Tun Abdul Razak Bin Dato Hussien. Majlis Perundingan Negara mendapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama, dan perkerjaan tersendiri dan kesemua aspek tersebut masih melambangkan identiti setiap kaum dengan jelas. Oleh itu, timbul tanda tanya mengenai identiti masyarakat Malaysia pada masa akan datang. Sehubungan itu, Majlis Perundingan negara berpendapat bahawa usaha untuk melahirkan masyarakat majmuk yang serumpun di bawah konteks ‘Malaysia’ perlu dilaksanakan agar generasi akan datang hidup dalam sebuah masyarakat yang bersatupadu walaupun berlainan agama, bangsa, budaya dan taraf ekonomi yang berbeza. Selain itu, dalam mesyuarat pertama Majlis Perundingan Negara, Tun Abdul Razak juga telah menegaskan bahawa masyarakat yang hendak dilahirkan bukan sahaja bersatu dari aspek sosial dan ekonomi, namun hasrat kerajaan adalah untuk membangunkan sebuah masyarakat yang adil, liberal dan progresif berpandukan prinsip-prinsip asas tertentu termasuklah taat setia kepada raja dan negara, menghormati serta mempertahankan perlembagaan dan patuh kepada undang-undang negara. Justeru, Malaysia memerlukan pembentukan satu prinsip penyatuan iaitu Rukunegara. Pada 31 Ogos 1970, Yang di-Pertuan Agong secara rasmi telah mengisytiharkan Rukunegara sebagai ideologi kebangsaan Malaysia.34 Berdasarkan lima prinsip utama iaitu, kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan kesusilaan, maka Rukunegara digubal dan dipamerkan kepada khalayak ramai untuk diamalkan. Oleh itu, Rukunegara akan menjadi satu pegangan hidup yang boleh menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Apabila seluruh rakyat Malaysia mempunyai haluan yang sama dan pegangan hidup yang serupa, maka secara tidak langsung mereka dapat mengelakkan perkara-perkara yang berkaitan dengan soal perkauman. Oleh demikian, hasrat pemimpin-pemimpin terdahulu untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu-padu, memelihara satu cara hidup yang demokratik, membangunkan masyarakat yang adil dan membina masyarakat yang progresif, kini telah dapat dicapai. Masyarakat Malaysia pada masa kini semakin boleh hidup bersamasama dalam satu rumpun masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, agama, dan
33 34

Ibid hal.98. Ibid hal.99.

26

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
budaya yang berbeza. Selain itu, kesemua kaum di Malaysia samada bumiputera atau bukan bumiputera juga sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Semasa Malaysia giat mengamalkan Rukunegara, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan hasrat beliau untuk bersara daripada tunjang kepimpinan negara yang telah beliau terajui semenjak kemerdekaan lagi. Pada 22 September 1970, beliau dengan rasminya telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di samping mengumumkan persaraan beliau, Tunku Abdul Rahman juga telah menyatakan hasrat kerajaan untuk menarik balik penggantungan Parlimen.35 Kemudian usaha-usaha untuk mengembalikan Parlimen giat dijalankan. Selain usaha ke arah perpaduan rakyat, MAGERAN juga telah merangka pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan sebaik sahaja parlimen dipulihkan semula. Seterusnya, Tun Abdul Razak telah mengambil alih tampuk kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr. Ismail telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, secara langsung sekali lagi Parti Perikatan memegang teraju negara. Akhirnya parlimen dihidupkan semula pada 23 Febuari 1971 dan pindaan perlembagaan seperti yang dicadangkan oleh Majlis Gerakan Negara merupakan perkara utama yang perlu dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.36 Pindaan perlembagaan seperti yang dicadangkan oleh MAGERAN tersebut, bertujuan untuk menyekat perbincangan awam mengenai perkara-perkara sensitif supaya demokrasi berparlimen berjalan dengan lancar di Malaysia. Selain itu, cadangan terhadap pindaan perlembagaan tersebut juga bertujuan untuk memperbetulkan rang undang-undang berkaitan beberapa perkara yang tidak seimbang dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kemudian, dalam persidangan parlimen yang pertama, Tun Abdul Razak telah membentangkan cadangan pindaan perlembagaan dan pindaan pertama yang diutarakan oleh Tun Abdul Razak ialah mengenai undang-undang yang mencegah perbuatan mempersoalkan sebarang perkara, hak kedudukan, taraf, keistimewaan, kedaulatan atau hak mutlak yang telah
35 36

Ibid hal. 101. Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 169.

27

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
ditentukan seperti hak kerakyatan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain serta mengenai kedaulatan raja-raja. Berdasarkan pindaan tersebut, kerajaan berusaha berlaku adil terhadap kaum-kaum bumiputera dan bukan bumiputera.37 Contohnya, peruntukan berkaitan kedudukan istimewa orang Melayu adalah diseimbangkan dengan jaminan yang diberi untuk melindungi kepentingan yang sah bagi kaum-kaum lain seperti taraf kewarganegaraan. Cadangan pindaan perlembagaan yang kedua pula ialah mengenai keistimewaan ahli-ahli parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri iaitu mereka tidak akan dibawa ke muka pengadilan mahkamah di atas sebarang perkara yang mereka ucapkan dalam perbincangan di dewan parlimen atau mana-mana jawatankuasa dewan. Bagaimanapun, ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri tetap tidak boleh menimbulkan dan membangkitkan isu-isu sensitif seperti yang tertakluk dalam cadangan pindaan perlembagaan yang pertama.38 Selain itu, pindaan perlembagaan berhubung Bahasa Kebangsaan juga turut dicadangkan semasa persidangan parlimen yang pertama itu. Tun Abdul Razak menegaskan agar Bahasa Melayu juga perlu digunakan dalam urusanurusan rasmi kerajaan samada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah dengan pihak berkuasa awam. Di samping itu, pindaan Rang Undangundang Perlembagaan juga telah memberi kuasa yang lebih kepada Yang di Pertuan Agong untuk mengarahkan universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi yang lain untuk menambahkan nisbah kemasukan Bumiputera di pusat-pusat pengajian tinggi terutamanya dalam kursus-kursus seperti perubatan, kejuruteraan dan sains, memandangkan bilangan orang-orang Melayu dan Bumiputera masih sedikit dalam jurusan terebut.39 Selain itu, Tun Abdul Razak juga menyatakan bahawa, salah satu sebab yang membawa kepada tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 adalah disebabkan perasaan terpinggir dan tidak terjamin dalam kalangan orang Melayu dari aspek ekonomi. Oleh

37

Nazaruddin Mohd Jalil et.al (2001) “Pengajian Malaysia:Kenegaraan dan Kewarganegaraan“, Petaling Jaya : Prentice Hall, hal. 167. 38 Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 177. 39 Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris, hal. 33.

28

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
itu, Tun Abdul Razak telah menegaskan bahawa satu cara sahaja untuk mengelakkan berlakunya kembali peristiwa itu, iaitu dengan menyusun semula seluruh ekonomi dengan membasmi kemiskinan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum serta menyeimbangkan ekonomi antara kaum dengan menambahkan penyertaan Bumiputera dalam kehidupan ekonomi negara.40 Sehubungan itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan dengan serampang dua mata untuk mencapai matlamat negara ke arah kemajuan rakyat yang lebih holistik. Tujuan DEB yang pertama adalah untuk membasmi kemiskinan rakyat iaitu dengan menambahkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Manakala tujuan kedua pula adalah untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi agar dapat menghapuskan identiti kaum. Proses ini melibatkan pemodenan kehidupan di luar bandar, dan juga mengimbangkan pertumbuhan kegiatan ekonomi di bandar serta menggalakkan pengelibatan bumiputera dalam bidang ekonomi khususnya pengelibatan dalam bidang perdagangan dan perindustrian agar sama-sama dapat bersaing dan maju seperti kaum-kaum lain. Oleh itu, penyambungan semula parlimen membuka era baru dalam dunia pemerintahan secara demokrasi di Malaysia. Pindaan terhadap Perlembagaan Malaysia merupakan salah satu langkah ke arah mewujudkan perpaduan rakyat. Tun Abdul Razak merupakan bapa pembanguan negara dan merupakan tokoh politik yang paling banyak berjasa dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Satu lagi kejayaan beliau ialah apabila telah berjaya menubuhkan Barisan Nasional pada tahun 1974 dan sehingga kini masih menjadi jentera kepada pentadbira Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional ialah untuk mengelakkan persaingan politik yang keterlaluan dan melalui Barisan Nasional, beliau berusaha mewujudkan perpaduan kebangsaan yang lebih kukuh. Sejak itu, kerajaan Perikatan digantikan dengan kerajaan Barisan Nasional yang bukan sahaja disertai oleh UMNO, MCA, MIC dan PAS tetapi juga Parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat, Parti Bersatu Rakyat Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu dan Perikatan Sabah. Walaupun Barisan nasionl tidak disertai oleh parti-parti lain terutamanya parti pembangkang utama
40

Ibid, hal. 33

29

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
iaitu Parti Tindaka Demokrasi (DAP), dan parti Rakyat, namun Barisan Nasional telah mencapai kejayaan besar dengan memenangi 235 kerusi daripada 154 kerusi Dewan rakyat semasa pilihan raya tahun 1974.
41

Bagaimanapun, pada 14 Januari 1976,

Malaysia telah digemparkan dengan pemergian negarawan yang amat berjasa ini. Beliau telah kembali ke Rahmatullah semasa menjalani rawatan penyakit Luekimia di London. Kemudian tampuk kepimpinan negara di terajui oleh anak kelahiran Johor Bahru, iaitu Dato Hussein Onn yang juga merupakan anakanda kepada Dato' Onn Jaafar, seorang tokoh politik yang berjasa terhadap penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.42 Demikianlah rentetan sejarah politik Malaysia pada penghujung era 60-an dan 70-an, yang penuh dengan ranjau dan pelbagai pergolakan politik. Namun kesemua liku-liku yang telah dilalui tersebut, kemudian menjadi sejarah yang amat bermakna kepada Malaysia. Semua pergolakan yang berlaku tersebut, adalah titik tolak daripada peristiwa 13 Mei 1969, yang sudah pasti menjadi sejarah hitam kepada seluruh rakyat Malaysia. Peristiwa tesebut juga memberi persepsi yang negatif terhadap negara-negara lain dan kemerdekaan serta pembentukan Malaysia juga turut dipersoalkan kerana Malaysia gagal memupuk perpaduan rakyat walaupun telah mengecapi kemerdekaan. Bagaimanapun, dari sudut yang positif, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu pengajaran yang lebih mematangkan sebuah negara baru seperti Malaysia. Tanpa cabaran sedemikian, sudah pasti Malaysia masih berada di takuk yang lama dan isu perkauman masih menjadi rintangan utama kepada kemajuan dan perpaduan negara. Walaupun peristiwa 13 Mei 1969 telah lama berlalu, namun ia masih segar

dalam ingatan rakyat Malaysia. Justeru, seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda-mudi pada masa kini, perlu mengambil iktibar terhadap peristiwa yang telah berlaku 40 tahun yang lalu itu. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia hendaklah saling bersatu-padu tanpa mengira agama, bangsa atau budaya antara satu kaum dengan kaum yang lain. Seluruh rakyat Malaysia juga perlu hidup dalam sebuah negara dengan konteks bangsa Malaysia agar menjadi satu rumpun bangsa yang lebih liberal, progresif
41

Zainal Abidin Abdul Wahid (1996). Malaysia Warisan Dan perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 395. 42 Ibid, hal. 396.

30

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
dan demokratik. Semua usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pemimpinpemimpin terdahulu dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan harmoni dari segi semua aspek tidak akan memberi makna sekiranya rakyat tidak sama-sama mengembleng tenaga dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri masing-masing untuk mewujudkan perpaduan negara. Justeru anjakan paradigma dan kerjasama yang padu seluruh rakyat dan barisan kepimpinan Malaysia sudah pasti akan berjaya melahirkan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. 5.0 PERKEMBANGAN POLITIK SABAH (1969-1979) Kemunculan parti Perikatan di Sabah adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin parti politik Sabah seperti UNKO, USNO, SANAP dan PM dan Persekutuan Tanah Melayu untuk mewujudkan satu paduan suara menyokong penubuhan Malaysia. Walaupun demikian, perbezaan asas dan pandangan politik parti-parti komponen Perikatan itu terus wujud dan saling bertentangan pada tahun-tahun awal pembentukannya (19621967). Persengekatan akibat perbezaan pendapat dan kepentingan ini begitu jelas kelihatan berlaku di antara UPKO dan USNO43. Sungguhpun demikian kepentingan kemerdekaan Sabah dalam Malaysia, ancaman tuntutan Filipina dan konfrontasi Indonesia telah memungkinkan parti-parti itu terus berkerjasama dan melupakan buat sementara pertentangan asas mereka. Pemimpin-pemimpin seperti Datu Mustapha, Donald Stephen, G.S Sundang dan Khoo Siak Shiew telah sama-sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus bekerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan stabil. Pada awal penubuhannya parti Perikatan yang membentuk kerajaan pada ketika itu kelihatan kukuh dan bersatu padu. Tetapi Perikatan sebenarnya dibina di atas asas yang rapuh dan dengan itu ia merupakan perikatan atas nama sahaja kerana ia di bentuk secara terburu-buru bagi menyokong penubuhan Malaysia. Parti Perikatan bukanlah satu ideologi kerana masing-masing parti itu memperjuangkan kepentingan kaum yang mereka wakili. Dalam tiap-tiap parti yang bergabung itu wujud perasaan perkauman yang tebal dan masing-masing lebih banyak berpihak kepada cita-cita kaum
43

Sabihan Osman,1986. Perubahan dalam pembangunan. Bangi; Univerisiti Kebangsaan Malaysia.Hlm.102

31

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
tertentu. Justeru itu perbalahan politik di antara sesama politik di antara parti dalam Perikatan, terutamanya di antara UPKO dan USNO, tidak dapat dielakkan. 44 Perikatan berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara tidak langsung menerusi “Residency Electoral Colleges” yang diadakan pada bulan Julai 1963. Pilihanraya ini diadakan untuk memilih anggota-anggota yang bakal menduduki kerusi Majlis Dewan Undangan. Dalam pilihanraya itu USNO mendapat lapan kerusi, UNKO lima, BUNAP/SANAP empat dan PM satu. Dalam kerajaan baru itu kerajaan British dan semua parti dalam Perikatan bersetuju memilih Donald Stephen, Presiden parti UNKO,sebagai Ketua Menteri. Sementara Presiden USNO, Datu Mustapha dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri. Sekirannya dilihat dari segi jumlah ahli dalam Dewan Undangan, kelihatan USNO mempunyai anggota yang lebih ramai jika dibandingkan dengan ahli-ahli parti lain. Oleh itu adalah wajar kiranya jawatan Ketua Menteri dipegang oleh pemimpin USNO. Tetapi dalam hal ini Datu Mustapha mengalah dan memberi jawatan itu kepada Donald Stephens. Tambahan pula perlantikan Datu Mustapha sebagai Yang Dipertua Negeri dan Donald Stephens sebagai Ketua Menteri itu selaras dengan hasrat kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan perselisihan di antara bumiputera Islam dan bukan Islam. Tetapi ada juga pihak yang mengatakan bahawa penerimaan Datu Mustapa itu mungkin disebabkan oleh salah perhitungan. Beliau menganggap jawatan Yang Dipertua Negeri sama dengan jawatan Gabenor semasa penjajahan British. Tetapi apabila beliau menyedari hakikat yang sebenarnya bahawa jawatan Yang Dipertua itu hanya sebagai lambang dalam upacara/perayaan dan hanya menandatangani undang-undang, sementara Donald Stephens selaku Ketua Menteri menguasai pentadbiran negeri dan menentukan dasar kerajaan secara keseluruhannya, maka barulah beliau mendesak untuk mendapatkan hak yang lebih bagi menguasai pentadbiran negeri dan menentukan dasar kerajaan secara keseluruhan, maka barulah beliau mendesak untuk mendapatkan hak yang lebih bagi menguasai pentadbiran negeri Sabah. Kesedaran ini menyebabkan Datu Mustapha

44

Ibid, hlm. 106

32

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
enggan memberikan kerjasama kepada Donald Stephens. Tanpa persetujuan dan kerjasama USNO itu maka kedudukan Perikatan menjadi lemah. 45 Pada masa itu Datu Mustapha juga menyedari bahawa jawatan Yang Dipertua Negeri telah mengongkong pergerakan politiknya. Justeru itu beliau bercadang untuk meletakkan jawatan dan aktif dalam politik. Cadangan beliau itu disokong oleh pemimpin-pemimpin SCA seperti Chia Nyuk Tong. Pemimpin-pemimpin SCA memuji keperibadian Datu Mustapha yang bukan sahaja sebagai “spiritual leader but also the connecting link in the chain of racial unity and harmony in the State of Sabah”. Sokongan orang-orang Cina terhadap keaktifan semula Datu Mustapha dalam politik ialah kerana ketakutan dan kebimbangan mereka terhadap sikap beberapa orang pemimpin UNKO / UPKO yang “anti –Cina”. Sementara itu sokongan orang-orang Cina kepada USNO itu mempunyai tujuan untuk kepentingan tersembunyi. Mereka memang biasa menyokong pihak yang akan membawa keuntungan kepada mereka. Oleh itu, hubungan USNO-UPKO bertambah meruncing mulai bulan Januari 1964. Perselisihan berlaku kerana sejak awal USNO tidak puas hati. USNO yang mempunyai keahlian terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri sepatutnya membentuk kabinet kerajaan. Permintaan USNO itu mengancam kedudukan Donald Stephen sebagai Presiden Majlis Tertinggi Perikatan dan Ketua Menteri. 46 Untuk menyelesaikan pertikaian ini pemimpin-pemimpin Perikatan Sabah telah menemui Tunku dan Majlis Kebangsaan Perikatan. Majlis Kebangsaan telah memutuskan agar jawatan Yang Dipertua Negeri terus dipegang oleh USNO dan Ketua Menteri oleh UPKO. Walaubagaimanapun untuk mengimbangkan kuasa dan kedudukan semua parti dalam Perikatan kabinet negeri telah disusun semula. Harris Salleh dari USNO dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri menggantikan tempat Datuk Sundang. Datuk Sundang mengambil tempat Datuk Harris Salleh sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. USNO mempunyai dua orang menteri lagi iaitu OKK Mohd.Yassin Hj. Hashim dan Mohd .Said Keruak. UPKO juga diperuntukkan tiga jawatan menteri termasuk Donald Stephens, Datuk Sundang dan Richard Yap. Sementara itu SCA diberi dua jawatan menteri dan SIC

45 46

Ibid, hlm 107 Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm.86

33

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
satu. Dengan penyusunan semula kabinet dan pengekalan jawatan Yang Dipertua Negeri dan Ketua Menteri ini maka krisis pertama kerajaan perikatan itu reda buat sementara.47 Satu lagi isu yang menimbulkan krisis dalam perikatan ialah mengenai pindaan undang-undang pengeluaran lesen balak. Menurut undang-undang lama, tempoh lesen balak hanya boleh digunakan dalam jangka masa yang pendek. Donald Stephen berpendapat sistem pembalakan system pembalakan pemberian lessen jangka pendek itu tidak memberi faedah. Disamping itu perusahaan balak secara kecil-kecilan juga tidak cekap berbanding dengan syarikat-syarikat balak yang lebih besar. Kebanyakan perusahaan industri balak itu pula dijalankan di kawasan-kawasan di sepanjang Pantai Barat dan di tepi-tepi sungai, iaitu kawasan yang kebanyakannya didiami oelh bumiputera Islam dan Cina. Oleh yang demikian industri balak ini tidak memberi manfaat kepada bumiputera lain, terutamanya orang Dusun dan Murut. Donald Stephen menghendaki agar kegiatan industri balak ini juga dilakukakn di kawasankawasan pedalaman . Walaupun cadangan itu telah dibatalakan, tetapi pertikaian di antara UPKO dan USNO dan SCA berterusan sehingga akhirnya menular di Dewan Undangan Negeri . Pemimpin-pemimpin USNO dan SCA sentiasa menentang sebarang dasar yang dianggap akan mendatangkan keburukan kepada kepentingan mereka. Krisis kedua berlaku apabila USNO membantah perlantikan John B. Dusing, seorang Indo-Kadazan, menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah. Dalam krisis ini USNO tidak mahu lagi bertolak ansur kerana lantikan itu dianggap mengorbankan hakhak bumiputera Islam. SCA juga menyebelahi USNO dan hal ini menjadikan keadaan semakin kusut. Datu Mustapha tidak mahukan John B.Dusing kerana ia adalah seorang peranakan Kadazan yang bersimpati dengan UPKO. Datu Mustapha mahukan calon lain ataupun mewujudkan
48

perlantikan

sementara

daripada

perkhidmatan

awam

Semenanjung.

47

Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 108 Ismail Yusoff, Op.cit.,Hlm 87

48

34

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Krisis ini menjadi rumit lagi apabila Tun Mustapha, selaku Yang Dipertua Negeri enggan membaca ucapan dasar Kerajaan Perikatan pimpinan Donald Stephens. Ucapan yang sepatutnya disampaikan pada siding Dewan Undangan Negeri tersebut diubahnya mengikut versinya sendiri. Tun Mustapha mengangga ucapan dasar asal yang disediakan oleh Donald Stephens lebih mengutamakan kepentingan masyarakat Kristian Kadazan. Sebenarnya Datu Mustapha merasa kecewa dengan tindakan Donald Stephen yang jarang berunding dengannya mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan Sabah. Oleh itu ia telah mengancam untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap Donald Stephens bersara dari jawatan Ketua Menteri. Sementara itu Donald Stephen juga mengeluarkan ancaman yang sama untuk mengadakan undi tidak percaya kepada Datu Mustapha yang bergiat cergas dalam politik sedangkan dalam perlembangaan Yang Dipertua Negeri tidak boleh berbuat demikian. Suasana tegang ini telah membawa kepada persengkatan politik yang berlarutan di antara dua tokoh politik di Sabah. Persengketaan ini telah menjejaskan proses pembangunan negeri serta perhubungan kaum di Sabah. Keadaan tegang ini juga telah menggalakkan Kerajaan Persekutuan campur tangan. Penyelesaian yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan ternyata lebih menguntungkan Datu Mustapha kerana Donald terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri dan diberikan jawatan baru sebagai Menteri Hal-ehwal Sabah di peringkat pusat. Peter Lo dari SCA mengambil alih jawatan Ketua Menteri mulai 1 Januari 1965. Jawatan Timbalan Ketua Menteri dipegang oleh G.S Sundang daripada UPKO, sementara Menteri Kewangan jatuh kepada Harris Salleh daripada USNO.49 Justeru itu dalam pertelagahan di antara USNO dan UPKO ini, SCA dan orangorang Cina akhirnya beroleh keuntungan. Bumiputera di pendalaman semakin tertinggal jauh dan terasing dari segi kuasa dan kepimpinan . Suasana demikian adalah tidak sihat dan menambahkan lagi rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Kadazan/Dusun terhadap USNO dan Kerajaan Persekutuan. Donald Stephen menyedari akan hubungan
49

Ibid., hlm 88

35

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
rapat pemimpin-pemimpin USNO dengan pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Tunku dalam Kerajaan Pusat. Sikap Tunku yang membela tindakan Datu Mustapha yang mencampuri urusan politik semasa memegang jawatan Yang Dipertua Negeri telah mengecewakan UPKO dan orang-orang Kadazan/Dusun. Faktor ini telah meneguhkan prasngka buruk dan menambahkan kebimbangan dan kerenggangan yang serius di antara Kerajaan Persekutuan dengan orang-orang Kadazan. Donald Stephens mengganggap penarikannya ke Kuala Lumpur sebagai dianaktirikan. Tanggapan ini ada kebenarannya, kerana perlantikan Peter Lo adalah satu muslihat Kerajaan Pusat bagi memberi jalan kepada Datu Mustapha untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri kemudiannya.50 Dengan campur tangan Kerajaan Pusat, perselisihan USNO / UPKO itu sekali lagi reda buat sementara waktu. Apabila Donald Stephen pergi ke kabinet pusat, Kerajaan Perikatan Sabah membuat rombakan kabinet pada 1 Januari 1965. Kabinet kekal sehingga pilihanraya negeri pada 1 Januari 1967. Ketiadaan Donald Stephens dalam kabinet negeri pada lahirnya tealah menyelesaikan masalah politik Sabah. Pemimpinpemimpinnya USNO semakin rapat dengan pemimpin-pemimpin SCA. Pada masa itu SCA sudah muncul sebagai parti yang berpengaruh. Pemimpin-pemimpinnya bertambah giat menyebarkan pengaruh dan

menggunakan kesempatan dari pertelagahan di antara kedua parti bumiputera itu untuk mengaut keuntungan. Orang-orang Cina sebenarnya akan tetap mendapat faedah yang lumayan walaupun di pihak mana mereka memberi sokongan. Persefahaman dan kerjasama yang terjalin di antara USNO dan SCA telah mengenepikan UPKO dalam bidang politik. Akibat daripada pertelagahan tersebut telah menyebabkan Kadazan/Dusun mengalami banyak kerugian. Mereka merasa begitu lemah dan kecewa kerana kehilangan seorang “Huguan Siou” di Sabah sendiri. Mereka merasa kecewa dan tidak puas hati terhadap tindakan dan sikap USNO/SCA serta Kerajaan Persekutuan. Oleh itu,
50

Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 110

36

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
mereka sentiasa mencari jalan untuk berjaung dan mengembalikan kedudukan. Donald Stephens bersama-sama dengan UPKO yang lain mengambil kesempatan dari peristiwa perpisahan Singapua pada tahun 1965 dan meminta Kerajaan Persekutuan mengkaji semula kedudukan Sabah dalam Malaysia. Mereka merasa kesal di atas sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak memaklumkan kepada mereka tentang pemisahan tersebut. Pemimpin-pemimpin UPKO berpendapat bahawa Sabah mempunyai hak untuk dibawa berunding sebelum sebarang keputusan dibuat. Oleh itu, mereka mencabar Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pungutan suara di Sabah bagi menentukan sama ada kolonialisme masih wujud di Sabah. Tindakan Donald Stephens dan pemimpin UPKO ini bukan sahaja tidak mendapat layanan-layanan daripada Kerajaan Persekutuan malah mereka telah diberi amaran oleh Tunku. Tunku mengatakan “Sabah cannot secede. You do not have enough seats in

parliament to win a vote, and I don’t think an armed rebellion would succeed either”.
Akibat dari peristiwa ini Donald Stephens telah meletakkan jawatan Menteri Hal-ehwal Sabah dan kembali ke Sabah. Beliau dan beberapa orang pemimpin UPKO lain telah cuba mendapatkan perlindungan dari Singapura. Bersama-sama Lee Kuan Yew mereka membincangkan rancangan penubuhan Persekutuan 3 S (Singapura, Sabah dan Sarawak). Tunku mengganggap kegiatan politik UPKO itu mengancam keselamatan negara. Tunku mengganggap kegiatan politik UPKO itu mengancam keselamatan negara, kerana penggabungannya dengan Singapura itu akan mempengaruhi Sarawak dan juga negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini tentu akan menjatuhkan imej Tunku dalam politik antarabangsa. Justeru itu Kerajaan Persekutuan berpendapat kedua-dua tokoh utama UPKO, iaitu Donald Stephens dan Peter Mojuntin, seharusnya diketepikan daripada gelanggang politik Sabah. Tindakan ini dilaksanakan dengan kerjasama USNO dan SCA. Kedua-dua parti ini telah mendesak agar Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletakkan jawatan mereka masing-masing sebgai Presiden dan Setiausaha Agung UPKO. Sekiranya mereka enggan UPKO akan di singkirkan dari Perikatan Sabah. Akhirnya Donald Stephens dan

37

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Peter Mojuntin terpaksa meletakkan jawatan demi kepentingan perpaduan masyarakat bumiputera dan untuk mengekalkan perkongsian kekuasaan orang-orang Kadazan/Dusun dalam Perikatan. Datuk Ganie Gilong seorang pemimpin UPKO yang “moderate” telah menggantikan tempat Donald Stephens. Mulai saat ini kedudukan UPKO dalam Perikatan menjadi lemah. 51 Memandangkan keadaan yang demikian Datu Mustapha telah mencadangkan supaya UPKO dibubarkan dan ahli-ahlinya masuk parti USNO. Tetapi cadangan itu ditentang oleh UPKO. Pada masa itu Datu Mustapha telah bergiat semula dalam politik. Beliau telah meletakkan jawatan Yang Dipertua Negeri dan mengambil alih jawatankuasa Pengerusi Perikatan. Tempat beliau diberikan kepada Datuk Pengiran Ahmad Rafae. Mejelang pilihanraya umum pada tahun 1967 Donald Stephens telah menyatakan dengan USNO untuk memimpin UPKO semula dan bergabung dengan USNO untuk kepentingan perpaduan bumiputera. Tetapi hasrat Donald Stephens itu tidak dilayan oleh Datu Donald Stephens itu tidak dilayan oleh Datu Mustapha yang merasa yakin tentang kekuatan USNO dan mampu meraih banyak mungkin sokongan daripada orangorang Sabah. USNO juga masih merasa sangsi tentang kejujuran Donald Stephens dan “ the Penampang Boys” termasuk Peter Mojuntin dan Herman Luping yang telah membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi pilihanraya pada bulan April 1967 itu. Donald Stephens kemudiannya mengumumkan yang beliau tidak akan

bertanding tetapi akan memimpin partinya dalam kempen pilihanraya tersebut. Oleh itu pilihanraya tahun 1967 adalah pertandingan di antara parti-parti yang bergabung dalam Perikatan Sabah. Dengan berlatar belakang suasana yang tegang ini adalah tidak menghairankan jika dari awal-awal lagi pembahagian kerusi dipertikaikan. USNO mencadangkan peruntukan 18 kerusi bagi USNO, lapan untuk UPKO dan enam untuk

51

Ibid, hlm 111

38

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
SCA. Tetapi UPKO tidak bersetuju dan menuntut agar pembahagiannya ialah 13 kerusi bagi USNO, 13 kerusi UPKO dan 6 SCA. Pertikaian ini tidak dapat diatasi. 52 Akhirnya tiap-tiap parti mengemukakan calon masing-masing untuk

dipertandingkan tanpa mengikut

pembahagian tertentu. USNO dan SCA merasa

bimbang dengan kekuatan UPKO, lebih-lebih lagi apabila Donald Stephens telah menggalakkan calon-calon bebas bertanding dalam pilihanraya itu. Lantaran itu, kerajaan Persekutuan telah menghantar pemimpin-pemimpin mereka dari UMNO dan MCA ke Sabah untuk membantu kempen-kempen USNO/SCA , UPKO dan Donald Stephens pula memperkuatkan kempen-kempen mereka dengan membangkitkan semula isu “20 Perkara” yang dianggap telah dilupakan oleh Kerajaan Persekutuan. Sekiranya berjaya, UPKO berjanji akan mensabahkan perkhidmatan awam, menghadkan jumlah Jabantan Persekutuan dan melindungi hakhak istimewa bumiputera. Pilihanraya 1967 itu berkesudahan dengan USNO mendapat 14 kerusi, UPKO12 dan SCA 5. Satu kerusi lagi dimenangi oleh calon Bebas bagi kawasan Elopura. Keputusan pilihanraya itu menunjukkan USNO hanya mendapat dua kerusi lebih daripada UPKO. Sekiranya suasana politik berada dalam keadaan yang sihat, maka pembentukan kerajaan campuran adalah baik. Tetapi oleh sebab kedua-dua parti itu berkeras, maka dalam kabinet barunya, Datu Mustapha menamakan dirinya sebagai Ketua Menteri, dua orang menteri dari USNO dan dua menteri dari SCA. Perlantikan empat lagi jawatan menteri belum diumumkan dan menurut dasar Perikatan Sabah pintu masih dibuka kepada UPKO. Dalam keadaan yang demikian, Donald Stephens berpendapat adalah lebih baik bagi UPKO tidak menyertai kabinet Datu Mustapha. UPKO dengan itu memilih menjadi parti pembangkang. UPKO telah mendesak Kerajaan Persekutuan supaya memberi satu komitmen baru terhadap tuntutan “20 Perkara”.
52

53

Tetapi jawapan Kerajaan Persekutuan

Ismail Yusoff. Op.cit.,hlm.88 Sabihah Osman Op.cit.,hlm. 113

53

39

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
tentang tuntutan ini adalah tidak memuaskan. Justeru itu UPKO telah mengatur satu strategi bersama parti SNAP dari Sawarak pada bulan Julai dan Ogos 1967 untuk memperjuangkan hak-hak Kerajaan Negeri (Sabah dan Sarawak) sambil mempersoalkan sama ada kolonialisme menyerahkan hak-hak negeri mereka kepada Kerajaan Pusat. Tindak-tanduk UPKO ini telah menyebabkan Kerajaan Pusat memberi amaran kerana perbuatan tersebut dianggap mengancam keselamatan negara. Justeru itu Donald Stephens dan UPKO merasa begitu kecewa. Hampir kesemua rancangan-rancangannya menemui kegagalan dan kedudukan partinya semakin lemah. Seorang demi seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO melopat masuk parti USNO. Mereka diberikan beberapa keistimewaan seperti jawatan Menteri dan konsesi balak. Berdasakan faktor-faktor ini dan juga faktor-faktor yang menyangkut masalah kepimpinan UPKO dan kepentingan peribadi pemimpinpemimpin UPKO, termasuk Donald Stephens sendiri, maka pada bulan Disember 1967 UPKO dibubarkan dan ahli-ahlinya diseru supaya masuk USNO. Menurut Donald Stephens pembubaran UPKO adalah kepentingan perpaduan, kestabilan dan kemajuan negeri Sabah.
54

Dalam hal ini, Donald Stephens sedar tentang kedudukan dan pengaruhnya yang semakin lemah dan UPKO tidak akan dapat bertahan lebih lama lagi sebagai parti pembangkang. Tambahan pula hubungan Kerajaan Persekutuan dan USNO adalah begitu erat dan teguh. Oleh itu kepentingan orang-orang Kadazan/Dusun akan terjejas jika UPKO terus berkonfrontasi dengan USNO/SCA yang begitu kuat kuasanya. Selain daripada itu, Donald Stephens juga turut mempertimbangkan konsesi balaknya. Sekiranya Donald Stephens dan UPKO terus berkonfrontansi maka

berkemungkinan pakajan konsesi balaknya tidak akan diperbaharui. Ini tentu akan mendatangkan kesan kepada sumber kewangan beliau khususnya dan parti UPKO umumnya. Pembubaran UPKO ini tentu sekali disambut baik oleh USNO dan Tunku. Ekoran daripada itu Donald Stephens telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia. Dengan pembubaran UPKO dan pemergian Donald Stephens itu suasana
54

Ibid, hlm 113

40

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
politik Sabah menjadi tenang dan perhatian terhadap pembangunan negeri dapat ditumpuhkan sepenuhnya. Tetapi orang-orang Kadazan/Dusun tidak menganggap pembubaran UPKO dan “persaraan” pemimpin–pemimpin besar mereka telah melenyapkan kesedaran nasionalisme mereka. Pada hakikatnya perasaan itu masih wujud dalam bentuk “dormant nasionalisme”. Hanya kegiatan mereka ke arah itu menjadi tertekan dan dibelenggu oleh “authoritarianisme” kerajaan USNO/SCA yang menerajui pemerintahan Sabah dari tahun 1967-1976. Dalam jangka waktu tersebut orang-orang Kadazan/Dusun bukan sahaja tidak mempunyai organisasi yang boleh menggembleng tenaga mereka untuk bersatu malah pemimpin-pemimpin mereka juga tidak mampu untuk bangun bertindak. Walaubagaimanapun kekosongan factor-faktor ini secara tersembunyi telah membantu menstabilkan keamanan dan mengekalkan Persekutuan Malaysia dari berpecah belah. Sunggupun terdapat beberapa kecacatan dalam pemerintahan kerajaan

Perikatan 1967-1976 namun tidak dapat dinafikan bahawa pemerintahan USNO banyak membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah. Kestabilan politik selepas tahun 1967 sedikit sebanyak telah menjamin pembangunan negeri. Rancangan pembangunan kerajaan dapat dilaksanakan dengan licin. Di sampang itu, usaha untuk membina sebuah negara bangsa juga diberi perhatian. Untuk mencapai matlamat ini perpaduan rakyat amat penting. Soalnya ialah bagaimana hendak menanamkan semangat cintakan negara dan perpaduan di kalangan rakyat jelata, lebih-lebih lagi dalam negara yang mempunyai perbezaan dari segi suku kaum, bangsa, kebudayaan, wilayah-wilayah dan daerah-daerah. Perbezaan-perbezaan ini telah menerbitkan perasaan kedaerahan yang berbeza. Oleh yang demikian kerajaan Sabah cuba melaksanakan dasar untuk

menyebarkan agama Islam dan merasmikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyelaraskan dasar Kerajaan Persekutuan dengan mengiktirafkan agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

41

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Sabah. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum. 55 Tujuan ini amat bijaksana kerana orang-orang Sabah, baik dari keturunan apa pun, boleh bertutur dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa yang sudah lama menjadi bahasa perantaraan di Sabah. Dari segi penyebaran agama Islam, Ketua Menteri berpendapat bahawa agama Islam boleh dijadikan satu alat penting bagi menyatupadukan bumiputera Sabah. Walapun USNO bukan sbuah parti Islam tetapi ia merasa amat bertanggungjawab untuk mengukuhkan kedudukan agama Islam dan meluaskan pengaruh Islam di Sabah sehinggakan agama itu diiktiraf sebagai agama rasmi. Dalam hal ini USNO berjaya mempengaruhi Dewan Undangan Negeri Sabah yang akhirnya mempersetujui pindahan Perlembangaan Negeri No.8 tahun 1973 Artikel 5 (A) yang menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi negeri Sabah tetapi agamaagama yang lain boleh diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana-mana jua di negeri Sabah. Tetapi dasar Tun Mustapha itu tidak dapat diterima oleh semua pihak, terutamanya golongan bukan Islam. Dasar demikian dianggap tidak sesuai bagi negeri Sabah yang mempunyai penduduk yang berbilang keturunan dan agama. Dalam pada itu, kegiatan penyabaran agama di Sabah mempunyai beberapa kelemahan. Ada beberapa cara yang dikatakan tidak adil, seperti ada peristiwa dimana orang yang memeluk agama Islam diberikan wang, kenaikan pangkat dan kawasan balak oleh Tunku .Kegiatan penyebaran Islam yang pesat ini juga telah membimbangkan orangorang Kadazan dan bumiputera lain, terutamanya mereka yang beragama Kistian. Mereka ini menuduh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri seolah-olah ingin mengislamkan penduduk Sabah bagi memperteguhkan kuasa politik orang-orang Islam.56

55

Ibid, hlm 115

56

Ibid.,hlm.116

42

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Walau bagaimanpun, peranan Tun Mustapha dalam penyebaran Islam di Sabah telah mendapat perhatian dunia Islam. Ahli-ahli USNO, pemimpin-pemimpin Islam di Pusat dan sebahagian besar bumiputera Islam menyokong dan menyanjung beliau. Tun Mustapha dianggap sebagai seorang pemimpin yang dapat memberikan kebaikan dan faedah kepada orang-orang Islam. Tetapi bagi bumiputera bukan Islam, dasar Tun Mustapha itu telah mencetuskan rasa marah dan tidak puas hati. Justeru itu dasar “perpaduan” Tunku Mustapha akhirnya gagal mencapai matlamatnya. Sebaliknya ia menambahkan rasa benci orang-orang bukan Islam terhadap Tunku Mustapha dan USNO khususnya dan orang-orang Islam umumnya. Dasar tersebut tidak dapat memupuk semangat perpaduan tetapi sebaliknya mengautkan lagi rasa perkauman dan memumpuk semangat nasionalisme orang-orang Kadazan dan Kristian di Sabah. Walaupun kerajaan USNO/SCA penuh dengan kontroversi tetapi terdapat juga unsur-unsur kebaikan ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah. Misalnya penubuhan Yayasan Sabah pada tahun 1969 banyak memberikan faedah. Tetapi sumbangan beliau yang positif ini diatasi oleh sifat-sifat kepimpinan beliau yang akhirnya banyak bersifat negatif. Beliau dikatakan terlalu banyak menabur wang dan berfoya-foya di luar negeri. Kekerapan lawatan ke luar negeri ini telah menyebabkan beliau tidak dapat mengawal pentadbiran secara lebih berkesan. Beliau terlalu banyak bergantung kepada penasihat-penasihat dan pembantu-pembantunya dalam kerajaan. Walaupun terdapat pengagihan peruntukan untuk semua kaum, tetapi peruntukan tersebut tidak dinikmati oleh kaum-kaum berkenaan. Sungguhpun perasaan tidak puas hati, terutamanya dikalangan orang-orang Kadazan, itu wujud berterusan sepanjang masa selama USNO berkuasa tetapi perasaan tidak puas hati ini belum lagi sampai ke tahap yang cukup serius sehingga boleh mencetuskan peristiwa berdarah di Sabah. Konflik perkauman Sabah masih boleh dibendung. Selain daripada kautnya parti pemerintah, fakor-faktor lain seperti kesedaran politik yang kurang, rendahnya taraf pelajaran dan ramai bilangan bumiputera yang buta huruf menyebabkan mudah bagi kerajaan mengendalikan urusannya.Kerajaan

43

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
pimpinan Tun Mustapha ketika itu terlalu kuat dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi menahan orang-orang yang tidak dingini tanpa bicara. Tambahan pula ketika itu tidak ada lagi pertubuhan politik yang cukup kuat untuk menandingi USNO. Kalau ada pun yang ingin memulakan langkah sudah awalawal lagi dipatahkan semangatnya. Misalnya penubuhan parti Union of Sabah People (USAP) pimpinan Datuk Mojuntin gagal didaftarkan. Penyokong-penyokong USAP diancam akan ditahan jika berdegil. Setengah-setengah pemimpinnya pula mudah disogokkan dengan wang di antar $ 5,000 hingga $ 10,000 seorang. Justeru itu walaupun pada akhirnya kelihatan wujud perpaduan dan

kemakmuran pada zaman pemerintahan USNO , tetapi pada batinnya wujud perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, terutamanya di kalangan bumiputera bukan Islam. Perasaan marah dan tidak puas hati terpaksa dipendam buat sementara waktu sehingga sampai ketika dan saat yang abik untuk diluahkan. Masa yang ditunggu-tunggu itu tiba apabila terbentuknya parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) yang dipimpin oleh Tun Fuad Stepehens, Peter Mojuntin, Ganie Gilong, Harris Salleh, Salleh Sulong dan lainlain bekas pemimpin kanan USNO sendiri. Parti BERJAYA telah muncul dengan rasminya pada 15 Jualai 1975. Pada awalnya parti ini diterajui oleh Datuk Harris Mohd. Salleh. Timbalan Presiden ialah datuk Ganie Gilong, Yeo Pao Tzu dan Tuan Hj.Ampong Puyun. Tuan Hj. Mohd. Noor Mansur sebagai Setiausaha Agung, Joseph Katingan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Datuk Peter Mojuntin sebagai Bendahari . Semua pemimpin BERJAYA adalah bekas pemimpinpemimpin kanan USNO sendiri. Mereka telah keluar dari parti USNO kerana tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha.57 Di antara objektif penting parti BERJAYA ialah untuk mengekalkan dan

menjamin integrasi, kemerdekaan dan status demokrasi Malaysia serta prinsip-prinsip Rukun Negara, untuk mejaga dan menjamin hak-hak dan kepentingan Sabah dan Malaysia dan untuk meningkatkan, memajukan dan menjamin sebuah kerajaan rakyat,

57

Ibid.,hlm.118

44

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
oleh rakyat dan untuk rakyat yang asli, progesif dan demokrasi. Selain itu, untuk mengagihkan kekayaan dan peluang-peluang dengan lebih seimbang daripada yang terdapat dalam system di Sabah pada masa tersebut. Seterusnya untuk menjamin dan memajukan kedudukan istimewa penduduk tempatan serta hak-hak perlembagaan dan keistimewaan setiap warganegara di Sabah di dalam negara Malaysia yang berbilang bangsa, kebudayaan dan agama. Kemunculan parti BERJAYA ini mempunyai kaitan rapat dengan soal hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan di Sabah dan Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat teruatama sekali masa Tunku menjadi Perdana Menteri. Tetapi apabila Tun Mustapha sudah menjadi terlalu kuat dan terlalu berkuasa, maka hubungan yang rapat dan erat itu mulai renggang. Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk dikawal dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abd. Razak. Pembaziran wang, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berleluas telah menyebabkan berlaku percekokan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu. Pergeseran ini menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA . Dengan adanya sokongan dari Kuala Lumpur maka Tun Mustapha tidak berdaya untuk membunuh kemunculan parti tersebut sepertimana yang dilakukan kepada partiparti lain. Selain daripada itu ahli-ahli politik tempatan, ahli-ahli politik Persekutuan dan Sarawak seperti Abd.Gafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri, Tun Fuad juga terlibat sama mendukung penubuhan parti baru itu. Kemunculan BERJAYA telah disambut baik oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan demokrasi. Ini terbukti dengan kemenangannya dalam pilihanraya negeri pada bulan April,1976. BERJAYA telah mendapat 28 kerusi daripada 48 kerusi yang dipertandingkan. USNO mendapat 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini diperolehi di kawasan bumiputera Islam. BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang. Tetapi BERJAYA mendapat undi yang banyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina. Selain daripada BERJAYA

45

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
dipimpin oleh kebanyakan pemimpin-pemimpin Kadazan, termasuklah “Huguan Siou” mereka Tun Fuad, tekanan dan penyelewengan kerajaan USNO serta kebangkitan semangat nasionalisme mereka turut memainkan pernan penting.58 Kemenangan BERJAYA telah memberi kesempatan kepada orang-orang

Kadazan/Dusun untuk membina semula kuasa politik mereka yang selama ini tertekan dan terancam. Kemenangan BERJAYA juga telah memberi peluang kepada pemimpinpemimpin Kadazan/Dusun untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kabinet negeri. Selepas mendapat kemenangan dalam pilihanraya 1976 BERJAYA telah melantik Tun Fuad Stephens sebagai Ketua Menteri dan Datuk Harris Salleh sebagai Timbalannya. Pemimpin-pemimpin Kadazan lain yang turut menganggotai kabinet petama ternyata kebanyakan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin Kadazan seperti mana kabinet kerajaan UPKO dahulu. Tetapi tragedi yang menimpa Tun Fuad Stephen, Peter Mojuntin, Salleh Sulong, Darius Binion, Chang Thian Vun dan enam orang lain dalam nahas kapal terbang pada 6 Jun 1976, telah menjejaskan sedikit harapan orang-oarang Kadazan/Dusun. Namun demikian mereka masih mempunyai pemimpin-pemimpin lain yang berkebolehan dalam kabinet negeri seperti Datuk James Ongkili, Datuk Clarence Mansul dan Datuk Joseph Pairin Katingan. Kematian Tun Fuad Stephens telah memberi jalan kepada Datuk Harris Salleh untuk menjadi Ketua Menteri dan Datuk Dr. James Ongkili sebagai Timbalan Ketua Menteri.59 Kemenangan BERJAYA telah memberi saluran baru kepada orang-orang Kadazan/Dusun untuk bersuara dan lebih aktif dalam kegiatan-kegiatan politik dan sosial. Datuk Harris Salleh selaku Ketua Menteri memberi kebebasan kepada Kadazan/Dusun dan Kristian untuk bergerak cergas dalam persatuan-persatuan agama Kristian. Malah Datuk Harris Sallah telah mempertimbangkan peruntukkan bagi membina beberapa buah gereja seperti Scared Heart Cathedral. Datuk Harris menggunakan dasar demikian kerana kesedearan beliau tentang peri pentingnya sokongan kuat orang-orang

58

Ibid.,hlm.119 Ibid.,hlm.120

59

46

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Kadazan/Dusun bagi menjamin keutuhan dan kemantapan parti BERJAYA. Pada ketika itu juga beliau sedar dan mengambil ingatan daripada apa yang berlaku pada USNO. Selaras dengan dasar untuk memberi kebebasan bergerak kepada semua agama Datuk Harris juga memberi perhatian kepada hak dan kepentingan orang-orang Islam di Sabah. Beliau sedar untuk menjamin kekuatan parti seterusnya, maka kepentingan bumiputera Islam tidak boleh diabaikan. Beliau tidak mahu orang-orang Islam merasa kedudukan mereka tidak terjamin dalam BERJAYA seperti terbukti dalam keputusan pilihanraya dalam tahun 1976 dahulu. Selain itu juga, Datuk Harris ingin mewujudkan perpadauan dan integrasi kaum dengan menubuhkan Kementerian Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Negara. Tujuannya adalah untuk menggalakkan dan memperbaiki kesejahteraan rakyat dan untuk mencapai perpaduan negara selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Idea perpaduan telah ditegaskan oleh Datuk Harris dalam ucapannya di Parlimen pada 7 Oktober 1977.60 Tetapi untuk mancapai matlamat ini bukanlah mudah lebih-lebih lagi dalam keadaan di Sabah yang kompleks. Seabagai langkah menuju kea rah tersebut BERJAYA telah merancangkan beberapa projek pembangunan yang menyeluruh kepada semua kaum. BERJAYA berpendapat unsure penyatuanboleh digerakkan menerusi pembangunan yang setara. Diantara projek-projek ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan ialah dasar baru pembahagian tanah, pelancaran skim ABC, penubuhan Koperasi Pembangunan Desa (KPD), Koperasi Serbaguna Nelayan (Ko-Nelayan) dan Koperasi Serbaguna Rakyat Jelata. Dasar pembangunan BERJAYA ini adalah selaras dengan DEB. Justeru itu usahausaha pembangunan yang dirancang oleh BERJAYA mendapat sokongan yang kuat daripada Kerajaan Pusat. Dengan demikian maka rancangan pembangunan Sabah itu dapat berjalan dengan licin dan pesat. Di samping itu BERJAYA juga dapat menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur kepada rakyat. Tetapi BERJAYA lupa bahawa pembangunan kebendaan sahaja tidak mencukupi.

60

Ibid.,hlm.121

47

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Tambahan pula, parti-parti seperti USNO dan SCA masih merasa tidak puas hati terhadap BERJAYA, terutamanya dalam soal pengagihan kekayaan negeri. Dasar ekonomi BERJAYA dianggap mementingkan faedah kepada ahli-ahli dan sekutu mereka tanpa menghiraukan golongan-glongan lain. Agensi-agensi ekonomi yang ditubuhkan seperti KOJASA, KOSAN, KPD dan Ko-Nelayan adalah dikuasai oleh orang-orang BERJAYA sahaja. Kebanyakkan projek pembangunan itu pula dilaksanakan di bandarbandar dan justeru itu lebih menguntungkan penduduk-penduduk di kawasan Bandar. Dasar berjaya ternyata menimbulkan banyak masalah, dan dengan itu menjadi punca yang menghalang proses perpaduan . Justeru itu, konsep berbilang kaum yang didukungnya sejak dari awal itu mula menghadapi kepincangan. Kerajaan BERJAYA nampaknya tidak dapat lari daripada sikap membalas dendam terhadap parti lawan, terutamanya USNO. Ramai penyokong-penyokong USNO yang menjadi mangsa apabila lessen-lesen perniagaan dan pembalakan mereka dirampas dan ada juga yang dibuang kerja. Faktor ini sedikit sebanyak telah menjauhkan bukan sahaja bekas ahli-ahli USNO tetapi juga bumiputera Islam. Bumiputera Islam mula membandingkan dasar BERJAYA dengan dasar yang dilakukan oleh USNO dahulu. Mereka beranggapan bahawa parti BERJAYA lebih mementingkan orang-orang Kadazan/Dusun dan orang-orang Cina. Penerimaan rakyat terhadap BERJAYA hanya bersifat sementara dan bukan bererti konsep perjuangan parti diterima. Keadaan politik sesame sendir dalam parti BERJAYA walaupun berhasil memerintah sembilan tahun, adalah tidak tenang. Pergeseran dalam parti di anatara kaum terus berlaku yang mulanya secara “undercurrent”, secara senyap-senyap dalam parti itu, tetapi akhirnya keluar juga dengan nyata.61 6.O PERKEMBANGAN POLITIK SARAWAK (1969-1979) 6.1 Kelahiran Parti-parti Politik di Sarawak. Kepelbagaian etnik di Sarawak menyebabkan mereka memerlukan wakil rakyat bagi menyuarakan kehendak dan masalah mereka kepada pihak kerajaan. Parti politik yang
61

Ibid.,hlm.122.

48

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
mewakili etnik yang pelbagai ini mempunyai perbezaan dari segi ideologi dan matlamat perjuangan62. Perkara yang lebih menarik dalam arena politik Sarawak ianya perpecahan dan gabungan parti politik. Penglibatan aktiviti politik secara rasmi di Sarawak dipelopori oleh kaum Cina dengan tertubuhnya Sarawak United People’s Party (SUPP) pada tahun 1959. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi keahliannya terdiri daripada kaum Cina. SUPP merupakan antara parti politik yang tertua63 parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan Kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak. SUPP mendakwa mempunyai 41 836 orang ahli berdaftar dan 23 929 daripadanya orang Cina64. Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi. Kemenangan SUPP telah mendesak kaum Melayu untuk menubuhkan parti politik yang baru. Pada 7 Disember 1959, PANAS merupakan parti politik kedua di Sarawak dan diasaskan oleh Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, kira-kira 10 bulan selepas penubuhan Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang merupakan parti politik pertama didaftarkan di Sarawak. Pada peringkat permulaannya, PANAS tidak mendapat sokongan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan sendiri. Jumlah keahliannya pada bulan Febuari 1962 seramai 52 795.65 Ketika itu, PANAS sudah menubuhkan 65 cawangan di seluruh negeri dan dianggotai kira-kira 20,000 orang Melayu, 20,000 orang

62 63

Ahamd N. Sulaiman, Politik Sarawak, 1994, hlm 21. Kassim Thukiman (2002), Perspektif Sejarah dan Politik: Malaysia, Utusan Publication & Lord Cobbold (Pengerusi), Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak, 1962, hlm. 28. Lord Cobbold, op. cit, hlm 28.

Distibutors SDN.BHD.
64 65

49

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
suku kaum Iban, dan 10,000 orang suku kaum Bidayuh, termasuk beratus-ratus orang lain daripada kaum Cina. Setelah pendaftaran PANAS diluluskan secara rasmi pada 9 April 1960, Datu Bandar Abang Haji Mustapha dilantik sebagai Pengerusi dan Abang Othman, adiknya yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Penguasa Polis, dilantik sebagai Setiausaha Agung. Antara tokoh yang menjadi tulang belakang PANAS ialah:
     

Naib-naib Pengerusi: William Tan, Edward Jerah dan Austin Jaya Penolong Setiausaha Agung: Lo Foot Kee dan Andrew Landau Bendahari: Tan Tsak Yu Penolong Bendahari: Leong Ho Yuen Ahli Majlis Tertinggi: Tan Sri Datuk Ikhwan Zaini Ahli-Ahli Jawatankuasa: Penghulu Haji Dol Osman, Abong Taib, Jalel Ubong, Stephen Harry, Edward Menlis, Sim Peng Cho, Chin Poh Luke, dan Ngui Ah Sin.

Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada 4 Disember 1961 di Sarawak, Malaysia66. Parti ini merupakan parti politik alternatif kepada masyarakat Islam, dan mendapat sokongan kuat daripada orang Melayu dan suku kaum Melanau di kawasan pilihan raya Sri Aman dan Sibu. Parti ini juga memperjuangkan Persekutuan Borneo-Bornesia di bawah naungan Sultan Brunei.67 Pada bulan Mac 1968, parti ini bergabung dengan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Bumiputera yang kemudian bercantum dengan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) pada 30 April 1973. Semasa penubuhannya, BARJASA dipengerusikan oleh Tuanku Haji Bujang, dengan Encik Alfred Unteng Mason selaku Setiausaha Agungnya. Penyertaan keahlian kebanyakannya daripada golongan muda yang berpelajaran, termasuk Datuk Patinggi Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Parti Kebangsaan Sarawak (bahasa Inggeris: Sarawak National Party; singkatan:

SNAP) ditubuhkan pada 10 April 1961 oleh sekumpulan pekerja Shell yang berketurunan

66 67

Ahamd N. Sulaiman, op. cit, hlm 28. Michael B. Leigh (1998), The Rising Moon,

50

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Iban yang berasal dari Saribas dan pekerja Shell di Brunei dan kawasan yang berdekatan dengan Sarawak. Pengerusi yang pertama ialah J.S. Tinker dan Setiausaha Agung Parti pertama ialah Stephen Kalong Kingkan, pembantu hospital Syarikat Shell Brunei. Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. Selain itu, ia memberi penekanan perjuangan kebangsaan Sarawak dan kemajuan bumiputera.68 SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, PANAS dan Barjasa kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri. Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaum Bidayuh yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). Ia telah menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional semenjak penubuhan gagasan Malaysia. Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA), atau dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia. Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961. Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaumnya di Sibu, Tun Jagaya yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu. Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB). Orang Cina yang tidak serasi dengan SUPP bertindak menubuhkan Sarawak Chinese Association (SCA) pada Julai 1962, hasil dua kumpulan peniaga Cina daripada suku Teochew, Kuching dan suku Foochow, Sibu. Kemungkinan Sarawak akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 menyebabkan orang Cina yang kaya melihat betapa perlunya penubuhan sebuah parti alternative kepada SUPP. Fahaman Sosialis SUPP dan tentangannya terhadap kerajaan telah mendorong golongan kaya Cina menubuhkan
68

. Michael B. Leigh, op. cit, hlm 25

51

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
SCA. Pengerusi pertama SCA disandang oleh William Tan iaitu orang suku Teochew yang mendapat pendidikan awal di sekolah Bantuan St Joseph Kuching. Selain peniaga Cina yang kaya, SCA juga diasaskan oleh pelajar Cina yang berpendidikan Inggeris dan mereka yang tidak berpuas hati dengan perjuangan SUPP (Michael Leigh 1988:22) Majlis Tertinggi pertama SCA telah dianggotai oleh majority kaum Cina Kuching (Bahagian Satu) yang terdiri daripada suku Teochew. Walau bagaimanapun, beberapa tahun kemudian Majlis Tertinggi SCA berpindah tangan kepada suku Foochow yang berasal dari bahagian Ketiga. Pada mulanya, SCA mendapat sokongan berasaskan kumpulan dialek dan peranannya sebagai parti yang menjaga kepentingan orang kaya Cina. 6.2 Pilihan Raya 1970 Pilihan raya umum yang dijadualkan pada tahun 1969 telah ditangguhkan di Sarawak kerana rusuhan kaum yang meletus di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba- tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Pilihan raya di Sarawak ditunda sehingga tahun 1970. Menjelang tahun 1970, berlaku krisis di dalam gabungan Perikatan. Antara krisis berlaku adalah SUPP menyertai Kerajaan manakala SNAP menjadi pembangkang. Parti PESAKA mula rasa terancam dengan golongan peribumi Islam atau Melayu-Melanau menjadi semakin kuat dengan kelahiran BUMIPUTERA dan bimbang dengan dominasi mereka. PESAKA berniat untuk membentuk satu gabungan lain yang dapat mengekalkan penguasaan Iban bagi mengetuai kerajaan di samping berperanan sebagai sesuatu usaha mengimbangi

52

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
penguasaan politik Melayu-Melanau. Pada 20 Ogos 1969, Tun Abdul Razak membuat perjumpaan dengan wakil parti politik di Sarawak termasuk SNAP, SUPP, PESAKA dan BUMIPUTERA. Dalam perjumpaan itu, wakil SUPP dan SNAP mencadangkan agar pilihan raya yang ditangguhkan itu disambung semula secepat mungkin. Walau bagaimanapun, PESAKA dan BUMIPUTERA kerana pada masa itu aktiviti komunis di Sarawak dianggap serius oleh pihak kerajaan menyebabkan langkah berjaga-jaga diambil untuk menjamin keselamatan. Tambahan pula, pada masa itu ialah musim hujan di Sarawak. Tun Abdul Razak telah mengambil langkah untuk membuat perundingan dengan pemimpin SUPP. Perundingan ini dijangka diadakan antara pengerusi SUPP dengan Tun Abdul Razak sebaik sahaja pilihan raya Sarawak pada Jun 1970 selesai (Suara Rakyat 1980:72) Pemimpin di Kuala Lumpur menyedari kerjasama dengan salah sebuah parti pembangkang sangat diperlukan untuk membentuk kerajaan campuran pertama Sarawak dan SUPP menjadi pilihan, kerana hubungan baik antara pemimpin SUPP dengan kerajaan pusat. Disamping itu, peranan Abdul Rahman Yaakub menyusun strategi pembentukan kerajaan campuran pada masa itu ternyata bijak. Pilihan raya pada pertengahan tahun 1970 dan keputusan memperlihatkan pengagihan sokongan yang sangat seimbang. Parti PESAKA yang cukup kuat dalam pilihan raya sebelum itu telah merosot pencapaiannya denga hanya memenangi 8 kerusi, BUMIPUTERA, SUPP dan SNAP masing-masing mendapat 12 kerusi dan SCA hanya 3 kerusi. Sebuah lagi kerusi menjadi milik calon bebas. (Roff M.C. 1974: 143) Dua hari selepas keputusan pilihan raya diumumkan, wakil kerajaan pusat; Senu Abdul Rahman dan pemimpin SUPP; Stepen Yong dan Ong Kee Hui mengadakan mesyuarat yang telah mengadakan empat perkara penting seperti yang berikut: i. Seorang calon Bumiputera akan menjadi ketua menteri dan seorang calon SUPP akan menjadi timbslsn ketua menteri. Seorang lagi timbalan ketua akan dilantik daripada kaum Iban. ii. Perkara penting termasuk polisi kerajaan dianggap berkaitan dengan kepentingan negeri dan parti hendaklah dipersetujui bersama sebelum keputusan dibuat.

53

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
iii. iv. Perlantikan menteri dan pembahagian portfolio hendaklah dipersetujui bersama sepenuhnya sebelum diputuskan. Semua janji yang telah dibuat oleh SUPP semasa pilihan raya hendaklah dilaksanakan setakat yang patut. (Sarawak United People’s Party 1988: 8) Berdasarkan persetujuan syarat di atas, SUPP bersedia untuk membentuk kerajaan campuran bersama parti BUMIPUTERA, SCA, dan PESAKA. Dengan penyertaan SUPP dalam Perikatan Sarawak, parti PESAKA dan SCA menjadi kurang berpengaruh, manakala parti yang menjadi dominan ialah BUMIPUTERA dan SUPP. Jadual 1.0 : Keputusan Pilihan Raya 1970 Bil Parti Politik 1 2 3 4 5 6 PESAKA BUMIPUTERA SUPP SNAP SCA CALON BEBAS Jumlah Kerusi 8 12 12 12 3 1 48

Jumlah Keseluruhan Kerusi Dipertandingankan

Gabungan SUPP menjadi bersama parti Perikatan bukanlah satu keputusan satu keputusan yang terburu-buru oleh pemimpin SUPP. Stepen Yong yang mengulas hal ini menyatakan: Telah menjadi matlamat asas parti kami untuk berkhidmat kepada rakyat dan melihat hak-hak mereka yang sah dilindungi serta aspirasi mereka tercapai. Sementara sebagai pembangkang, kebanyakan cadangan dan idea kami kea rah matlamat tersebut tidak dapat diimplementasi kerana sama ada ia dibantah atau tidak diterima oleh kerajaan yang berkuasa. Ramai ahli kami ditahan dan diganggu. Kami berpendirian bahawa seandainya

54

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
prinsip kami dalam janji-janji pilihan raya dapat dilunaskan atau dilaksanakan, kami menerima prinsip kerjasama dengan kerajaan persekutuan (SUPP 1988, 72) Parti SUPP juga sebenarnya pada masa itu sedang menghadapi masalah perpecahan dalaman atau factionalism . Muncul dua pihak yang utama dalam parti itu yang terhasil daripada usaha membentuk kerajaan campuran ini. Dua pihak ini dikenali sebagai puak berhaluan kanan dan berhaluan kiri. Golongan kanan atau sederhana ini merasakan tidak ada masalah, malah mereka berpendapat menguntungkan SUPP jika bergabung bagi membentuk kerajaan campuran tetapi golongan kiri yang kuat sekali berfahaman komunis menentang hasrat ini. Krisis dalam parti ini akhirnya menyebelahi aliran kanan apabila mereka berjaya membawa parti memasuki kerajaan campuran. Dengan kemasukan ini golongan kiri parti ini lama menjadi semakin lemah dan akhirnya dapat dihapuskan denga bantuan kerajaan pusat. Kesan langsung peristiwa ini adalah Perjanjian Sri Aman dimeteraikan pada Mac 1974 antara pemimpin gerakan komunis Bong Kee Chok denga Abdul Rahman Yaakub. Setelah perjanjian ini terbentuk ramai anggota komunis menyerah diri secara berkelompok. Perjanjian ini sekali gus telah menghasilkan keamanan bagi negeri Sarawak. Penduduk Cina khususnya berasa lebih selesa dengan perkembangan ini apabila tidak lagi timbul perasaaan gusar terhadap gerakan komunis. Kabinet yang dibentuk memperlihatkan kemunculan Abdul Rahman Yaakub dari BUMIPUTERA sebagai ketua menteri, manakala Stepen Yong Kuet Sze dari SUPP dan Simon Dembab Maja dari PESAKA menjadi timbalan ketua menteri. Parti PESAKA pada mulanya menentang pemilihan Abdul Rahman Yaakub, seorang Melanau menjadi ketua menteri. Mereka masih mahu jawatan tersebut disandang oleh seorang Iban seperti dua ketua menteri sebelum itu. Bagaimanapun Abdul Rahman Yaakub berkeras dengan keputusan tersebut. PESAKA sendiri, dengan hanya memiliki lapan kerusi negeri pada pilihan raya lalu tidak mempunyai suara yang kuat untuk keputusan itu. Kerajaan pusat juga kelihatan menyokong pemilihan Abdul Rahman Yaakub. Pemilihan anggota kabinet negeri di bawah Rahman Yaakub ini kelihatan mengutamakan perwakilan yang seimbang daripada parti komponennya kerana perwakilannya BUMIPUTERA, PESAKA

55

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
dan SUPP hampir sama ramai bilangannya, kecuali SCA yang ternyata lemah pencapaiannya semasa pilihan raya 1970 dahulu. Pencapaian SCA yang semakin menurun menyebabkan akhirnya parti ini dibubarkan pada tahun 1974 dan ramai bekas ahlinya berpindah menyertai SUPP. Di pihak pembangkang pula, kemasukan SUPP ke dalam Perikatan Sarawak telah menjadikan SNAP sebagai parti pembangkang yang tunggal. 6.3 Pilihan Raya 1974 Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung. Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang . Pilihan raya tahun 1974 sekali lagi lagi telah telah memberi mandat kepada kerajaan PBB, SUPP dan SCA. Walau bagaimanapun, apa yang tidak menyenangkan Ketua Menteri Abdul Rahman Yaakub ialah kedudukan SNAP yang masih lagi berpengaruh. Sokongan yang diterima masih tinggi. Malah sebaliknya SNAP berupaya menambahkan kerusi daripada 12 kepada 18 dalam pilihan raya ini. Sebenarnya kedudukan kedudukan kerusi SNAP adalah sepuluh sahaja. Parti ini kehilangan dua kerusi negeri sebelum menghadapi pilihan raya 1974 kesan dari dua orang ADUNnya yang melompat ke dalam PESAKA dan BUMIPUTERA. Di samping dua ADUN ini SNAP juga kehilangan seorang ahli parlimen yang juga bertindak menyertai kerajaan (Leigh 1988,148) Melihatkan perkembangan ini Rahman Yaakub mula memikirkan suatu usaha untuk mengatasinya. SNAP masih berupaya menarik sokongan ramai, malah berjaya mengalahkan beberapa pemimpin utama seperti Tawi Sli yang sebelum ini pernah menjadi Ketua Menteri Sarawak, Thomas Kana, Leonard Linggi Jugah dan Kenneth Kanyan dalam pilihan raya ini( Searle 1983,183). Sokongan yang besar ini juga

56

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
menunjukkan betapa ramai rakyat yang menolak kerajaan. Dengan itu Rahman Yaakub mula memikirkan untuk menarik SNAP kembali menyertai barisan kerajaan. Jadual 1.1 : Keputusan Pilihan Raya 1974 Bil. Parti Politik 1 2 3 PBB SUPP SNAP Jumlah Kerusi 18 12 18 48

Jumlah Keseluruhan Kerusi Dipertandingankan

Beberapa rundingan dibuat dengan pemimpin SNAP dan di tahap awal mereka menghadapi sedikit kesukaran kerana hubungan yang memang tidak baik antara pemimpin SNAP, Stephen Kalong Ningkan dan Ketua Menteri Abdul Rahman Yaakub. Milne dan Mauzy(1982,265) yang mengulas peristiwa ini menyatakan bahawa kebuntuan ini kemudiannya dapat diselesaikan apabila Rahman Yaakub membawa usul pemberian pencen kepada bekas ketua menteri tersebut di dewan undangan negeri. Kelihatan Ningkan boleh bertolak ansur dengan usul tersebut. Faktor pencen ini adalah sampingan pendirian SNAP ini adalah penahanan James Wong, seorang pemimpin utama SNAP di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri69. Akhirnya pada Jun 1976 SNAP secara rasminya menyertai barisan parti kerajaan menjadikan Dewan Undangan Negeri Sarawak buat pertama kalinya tidak mempunyai sebarang ADUN pembangkang. Itupun setelah Ningkan ditewaskan oleh Dunstan Endawie bagi merebut jawatan presiden parti. Penyertaan dibuat tidak lama selepas James Wong dibebaskan daripada tahanan ISA. Kesan yang jelas hasil kemasukan SNAP ke dalam Barisan Nasional ialah berlakunya rombakan kabinet, yang membolehkan wakil SNAP menyertai kabinet. Akibatnya, SNAP telah bertapak menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang terkuat mengatasi pengaruh SUPP dengan memiliki 18 buah kerusi dalam dewan undangan negeri dan mempunyai kedudukan yang kukuh untuk bersuara. Pemimpin SNAP telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap peruntukkan jawatan kabinet

69

Abdul Rahman Hj. Ismail (2005), Sejarah Kenegaraan dan Politik: Malaysia, Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

57

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
kepada wakil mereka dan sebagai bantahan, beberapa orang pemimpin SNAP telah menyediakan surat perletakan jawatan. (Peter Searle 1983: 189) Bagi mengelakkan pertelingkahan yang berpanjangan, Abdul Rahman Yaakub merombak sekali lagi kabinet yang telah dibentuk. Dalam rombakan kali ini, Dunstan Endawie dilantik menjadi Menteri Kerja Raya dan Perhubungan manakala Leo Moggie sebagai Menteri Kerajaan Tempatan. Bagaimanapun, SNAP masih lagi tidak puas hati dengan susunan kabinet baru ini kerana Sim Kheng Hong dari SUPP diberikan jawatan yang lebih berpengaruh iaitu sebagai Menteri Pembangunan (Peter Searle 1983: 196). SNAP dan SUPP sering tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Abdul Rahman Yaakub menuju kepada autokratik. Hal ini dinyatakan olehnya yang berbunyi:

“Rahman Yaakub was becoming increasingly autocratic. He did not tolerate unions, associations or indivuals making demands publicly.”
Penubuhan Parti Rakyat Jati Sarawak (PAJAR) pada Febuari 1978 dan dengan ini wujud sebuah parti alternatif untuk orang Melayu yang tidak puas hati dengan PBB di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub. Sebagai persediaan menghadapi pilihan raya tahun 1978, PAJAR mendedahkan isu rasuah, pilih kasih dalam perkhidmatan awam dan program pembangunan yang tidak berkesan di Sarawak. Abdul Rahman Yaakub menganggap bahawa perjuangan PAJAR hanya untuk memenangi satu atau dua kerusi bagi mencabar keupayaan beliau dalam membentuk kerajaan. Menurut Alli Kawi pula, penubuhan parti PAJAR adalah atas sebab kekecewaan masyarakat Melayu di bawah pimpinan Abdul Rahman Yaakub (Far Eastern Economic Review, 2 Jun 1978: 36) Tidak berapa lama selepas penubuhan PAJAR70, sebuah lagi parti baru iaitu SAPO71 (Sarawak People’s Organization) pula ditubuhkan oleh golongan yang tidak berpuas hati dengan perjuangan SNAP yang telah menyertai Barisan Nasional pada tahun 1976. SAPO dipimpin oleh Raymond Szetu yang berlandaskan perjuangan parti tersebut kepada slogan “Sarawak untuk orang Sarawak” Isu yang sering diketengahkan oleh SAPO
70

Abdul Rahman Hj. Ismail, op. cit, hlm 364. Ibid, hlm 364.

71

58

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
adalah tentang ketidakadilan kerajaan pusat kepada negeri Sarawak. Isu pembahagian hasil minyak sering diketengahkan oleh SAPO. Menurut Raymond Szetu:

“We see our production sharing agremment between Sarawak and Petronas and we can Immediately realise who controld our state Sarawak recieves only 5% from our oil produced whereas in the days of the British colonialis, we recieved 10%. (Sapo Monthly Vol. 2, Oktober 1980: 1)
Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya 1979 telah menunjukkan bahawa parti PESAKA BUMIPUTERA BERSATU (PBB) di bawah kepimpinan Abdul Rahman Yaakub masih lagi teguh. Parti PAJAR mendapat kekalahan teruk manakala SAPO pula, menang satu kerusi parlimen yang dahulunya dipegang oleh calon SUPP.

59

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
RUJUKAN: Abdul Rahman Haji Ismail,( 2005), Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Yusoff. 2004. Politik dan Agama di Sabah. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. Kassim Thukiman (2002), Perspektif Sejarah dan Politik: Malaysia, Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD. Leon Comber, (1981), A survey of Sino- Malay Relations, Kuala Lumpur: Heinemann Asia Ltd. Leon Comber : Terjemahan Omardin Ashaari,(1985) Peristiwa 13 Mei : Sejarah Perhubungan Melayu – Cina. Petaling Jaya. Lord Cobbold (Pengerusi), Penyata Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak. Kuala Lumpur Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi : Utusan Publication Sdn.Bhd. hlm 105 Nazaruddin Mohd. Jalil, (2001), Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan, Petaling Jaya:Prentice Hall. Rozeman Abu Hassan (2003). Tun Abdul Razak Bi Dato’ Hussien. Perak: Universiti Perguruan Sultan Idris. Sabihah Osman. 1986. Perubahan dalam Pembangunan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Shariff Ahmad (1999). Tun Razak putera Titiwangsa. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 169.

60

Sejarah Malaysia: Perkembangan Politik (1957-1990) ________________________________________________________________________
Zainuddin B. Maidin (2002). MAHATHIR, Di Sebalik Tabir. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distibutors SDN.BHD, hal. 26.

61

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->