You are on page 1of 6

Pembangunan Sahsiah

Apabila kita membicarakan tentang dakwah, maka ianya merupakan satu tanggungjawab yang besar. Sebagai seorang guru, nyata perkara ini bukan suatu perkara yang perlu diambil mudah, apatah lagi jika seorang guru yang mengajar agama kepada anak nusa bangsa. Umum mengetahui tugas seorang guru Pendidikan Islam memang

menyampaikan ilmu terus kepada anak muridnya. Menghapuskan kejahilan, memperkukuh amalan, menerapkan nilai-nilai murni, mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tidakkah ia sudah dikira sebagai dakwah dan ibadah. Begitulah bertuahnya guru Pendidikan Islam yang sudah tersedia jalan menuju redha Allah di samping menjalankan tugas sebagai pendidik. Sudah tersedia jalan dan ruang berdakwah yang nyata berjalan seiring dengan tugas hakiki mendidik anak bangsa. Selain itu mereka merupakan pakar rujuk terutama dalam selok-belok agama bagi warga guru dan kakitangan sekolah. Inilah peluang-peluang yang dilihat seharusnya dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam dalam meneruskan kesinambungan misi dakwah junjungan besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Allah telah menceritakan kepada kita bahawa umat Muhammad sallallahu alaihi wasallam adalah umat yang terbaik yang diutuskan untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sepertimana dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 110: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar, kepentingan

Firman Allah s. mentarbiyyah anak didiknya menjadi manusia berilmu.Mursyid : Yang bermaksud guru yang menyampaikan ilmu dan menunjukkan jalan yang benar. 4. mentarbiyyah anak didiknya bertaqwa dan beramal soleh. Jika tugas ini dapat menjadi manusia yang berilmu. Sebagai seorang guru yang beriman dan bertaqwa keempat-empat ciri di atas hendaklah fahami dan dihayati di dalam kehidupannya sebagai pendidik terutama ciri keempat iaitu mendidik.w.Mudarris : Yang bermaksud guru yang hanya mengajar mata pelajaran kemahiran mereka sahaja. maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik. menyampaikan ilmu secara hikmah dan ikhlas semata-mata kerana Allah merupakan jihad yang paling tinggi pada pandangan Islam seperti mana yang dituntut dalam syariat Islam. mengasuh. setiap langkah dari rumah ke sekolah dan pulang kerumah dari sekolah akan mendapat satu pahala dan dihapuskan satu dosa. .Mu’allim : Yang bermaksud guru yang tidak hanya mengajar mata pelajaran mereka tetapi turut menyampaikan ilmu-ilmu lain. memelihara. mengasuh.( Surah al-Nahl ayat 125) Dalam Islam terdapat 4 martabat guru atau pendidik iaitu: 1.Murabbi : Yang bermaksud guru yang mendidik. bertaqwa dan beramal soleh. memelihara.t. Islam meletakkan tugas sebagai guru yang melaksanakan tugas tarbiyah adalah ditempat yang sungguh mulia.peranan guru itu memang tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui pendidikan yang diberikan oleh guru. 3. 2. seluruh masa yang digunakan dikira sebagai ibadah. dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”.

Itulah ruangnya untuk mengemukakan panduan dan jawapan berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan sunnah. gerak laku Guru Pendidikan Islam sentiasa menjadi perhatian warga sekolah ataupun murid-murid. Mereka adalah pakar rujuk yang diakui kredibiliti dari sudut ilmu dan kepakaran dalam bidang agama.w di hari akhirat nanti. Bukankan menjadi pendakwah ini juga memerlukan kemahiran agar kita dapat menarik minat dan mempengaruhi orang lain? Seandainya kita mempunyai perwatakan seindah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pasti anak murid menjadikan anda contoh dan teladan untuk diikuti. Maka di sinilah kita harus menggunakan kemampuan ilmu yang ada untuk menjernihkan kekeliruan apabila diajukan tentang persoalan berkait dengan akidah. Kehadiran mereka ke kelas pasti dinanti oleh murid. pergaulan malah gaya berjalan pun sentiasa menjadi buah mulut orang. pakaian serta cara bercakap pun akan ditiru oleh mereka. Maka di sinilah peranan kita untuk cuba menonjolkan akhlak Rasulullah sallallahu alaihi wasallam baik dari sudut percakapan. baik tingkah laku. hukum-hakam serta akhlak. pakaian. tidak mustahillah mereka akan sentiasa menjadi guru yang cukup dihormati rakan dan lawan. Bahkan gaya rambut. Cabaran kepada pendakwah di sekolah ini ialah usaha untuk memastikan ilmu sentiasa cukup di dada bagi memberikan jawapan kepada permasalahan tersebut. . malah terleka lima minit datang kelas pun akan diingatkan oleh murid-murid . Tidak salah untuk kita mengatakan guru Pendidikan Islam ini sebagai pakar rujuk kepada guru-guru. syariah. Memang begitulah hakikatnya berdasarkan pengalaman penulis yang sentiasa diajukan permasalahan agama daripada rakan-rakan guru yang inginkan kepastian. kakitangan pentadbiran serta muridmurid. Umum memang mengetahui andai ustaz dan ustazah ini berperilaku dengan akhlak yang sopan.direalisasikan dalam pendidikannya maka kedudukannya sungguh mulia dan akan duduk berdekatan dengan Nabi s. Selain itu. Ruang Guru Pendidikan Islam Dalam Pembangunan Sahsiah Ada yang bertanya di manakah ruangnya guru Pendidikan Islam ini berdakwah ketika berada di sekolah?.a. Inilah yang dikatakan sebagai dakwah dengan contoh teladan. mudah didekati.

menjadi orang tengah untuk menyelesaikan konflik rakan sekerja. itu semua tugas seorang pendakwah di sekolah. menegur salah laku murid. Menegur untuk membetulkan keadaan tidak salah. Bagi guru Pendidikan Islam yang masih muda terutamanya guru-guru j-QAF yang masih baru di sekolah dan sedang membina hubungan yang baik dengan warga sekolah. Gunakanlah peluang yang diberikan sebagai pendakwah ini dalam perhimpunan. Itulah sebabnya Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud: “Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. kita mempunyai beberapa pilihan untuk berdakwah. Hikmah dalam menegur dan menasihati serta bijaksana dalam berhujah akan menjadikan guru Pendidikan Islam ini sebagai insan yang dihormati oleh semua warga sekolah. Memberi nasihat. kita mempunyai tanggungjawab yang amat berat untuk membetulkan segala kesilapan. Namun segalanya harus dilakukan dengan penuh hikmah agar tiada seorang pun yang terguris hati dan perasaannya. asalkan kena dengan caranya. majis-majlis rasmi atau di mana-mana dan ketika yang dirasakan perlu. Sebagai Guru Pendidikan Islam.Guru Pendidikan Islam boleh mencegah kemungkaran?. Kita tidak perlu menunggu untuk dilantik sebagai Pegawai Penguatkuasa baru mencegah kemungkaran. kita merupakan orang yang tepat untuk melaksanakan sesi tazkirah dan ceramah kepada warga pendidik dan murid-murid.” Kalaulah Guru Pendidikan Islam hanya mengajar hukum-hakam agama tetapi tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di sekolah adakah kita masih belum lagi menjalankan tugas dan amanah yang diberi. Cara Melaksanakan Peranan Sebagai Seorang Guru Agama Jika kita merupakan guru Pendidikan Islam yang sudah agak senior dan dihormati. Sebagai . meleraikan pergaduhan antara murid. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

wujudkan buletin Panitia Agama dan j-QAF untuk menerapkan artikel dan nasihat ringkas serta hadis dengan kata-kata hukama’ buat renungan warga sekolah. Topik penulisan berkisar tentang peranan dan tugas guru. peluang dan daya penarik yang baik. Ini merupakan kaedah dakwah secara tidak langsung tetapi berkesan menembusi dan menyentuh hati . Jangan lupa untuk memuatkan ruangan uji minda dan sediakan hadiah kepada pemenang. Ia juga sedikit demi sedikit membina kredibiliti dan keyakinan kepada pendakwah muda untuk memulakan rentak dakwah. Cari Menantu. ceramah. Keupayaan yang kita ada seharusnya digunakan sebaik mungkin Namun. anak-anak di sekolah sukakan aktiviti kesenian. Secara tidak langsung kita telah menunjukkan kenapa sekolah memerlukan kita. sesi perbualan dan lain-lain lagi secara langsung. Rangkalah pendekatan dakwah yang menerapkan unsur kesenian dan aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan jiwa kanak-kanak dan remaja. Akademi al-Quran kepada yang relevan dalam konteks kita di sekolah. Pilihan pertama bagi yang mempunyai kekuatan. Ia merupakan strategi supaya pembaca (sasaran dakwah) akan setia dan tertunggu-tunggu siri-siri buletin dakwah yang akan datang. Akademi Nasyid boleh ditubuhkan di sekolah dalam usaha pencarian bakat pelajar dalam bidang nasyid. amanah dan lain-lain lagi. Berdasarkan pengalaman penulis. bagi yang belum mempunyai kekuatan dan ruang. Tidak salah untuk menukar dan meniru format rancangan kesukaan remaja seperti Explorace. kepimpinan. buletin panitia serta di mana-mana ruang penulisan yang ada. pasti mereka sanggup berlatih dan bernasyid dengan bersungguhsungguh. seharusnya kita mempunyai semangat dan matlamat yang jelas dalam kerja tugas kita. anda boleh menjadikan ruang penulisan sebagai platform untuk berdakwah. anda boleh terus berdakwah melalui sesi tazkirah. Lihat sahaja andai diadakan pertandingan nasyid ketika perayaan Awal Muharam contohnya. Rancangan Akademi al-Quran juga boleh diadakan di sekolah dalam mencari bakat qari dan qariah muda di samping peluang . Gunakan kaedah ini dengan menulis artikel dakwah di suratkhabar. Di sinilah peluang Guru Pendidikan Islam untuk berdakwah. Di sekolah.seorang guru yang masih baru.

ruang dakwah untuk guru Pendidikan Islam amat terbuka luas. menghapus kejahilan dan menentang kemungkaran. Penjenamaan semula aktiviti Islam dengan menamakan program tersebut seperti ‘Karnival Jom Cintai Rasul’. Sesungguhnya tanggungjawab sebagai guru Pendidikan Islam menuntut seribu satu pengorbanan dan teladan bagi insan yang mengimpikan suatu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Cuma tepuk dada tanyalah iman. ‘Mencari Cinta Rasul’. Kesimpulannya. ‘Perkampungan Ilmu’. ‘Perkampungan Dakwah’. . ‘Kempen Smart Salam’. ‘Perkampungan Bestari’. ‘Bersamamu Guru’ atau ‘Minggu Semarak Pendidikan Islam’ dirasakan perlu dalam memberikan nafas baru untuk menarik minat muridmurid menyertai aktiviti yang diadakan. sama ada anda guru Pendidikan Islam yang hanya mengajar mengikut sukatan pelajaran tahunan atau guru yang bertindak sebagai pendakwah di sekolah dengan mengajak kepada kebaikan.untuk menerapkan ilmu taranum buat persediaan menghadapi Majlis Tilawah alQuran (MTQ). ‘Kem Bestari Solat’.