You are on page 1of 3

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013 JABATAN PELAJARAN JOHOR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN

2013
Kaji selidik terhadap Perbelanjaan Isi Rumah (HES) diadakan untuk kali pertama pada tahun 1957/58. Bermula pada tahun 1993/94 kaji selidik ini telah dilakukan bagi setiap lima tahun dan kajian terkini telah dijalankan pada tahun 2009/2010. Kaji selidik ini dibuat terhadap isi rumah persendirian di kawasan bandar dan luar bandar. Objektif utama HES adalah untuk mengumpul maklumat tentang tahap dan pola perbelanjaan penggunaan oleh isi rumah di negara ini ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan. Maklumat ini digunakan sebagai asas dalam menentukan jenis barangan dan perkhidmatan untuk Indeks Harga Pengguna (CPI). Ia juga digunakan untuk mewakili corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun yang lalu, permintaan terhadap data daripada kajian seumpama ini telah meningkat dan ia kini digunakan untuk beberapa tujuan. HES telah menjadi sumber maklumat yang tidak ternilai kepada sektor kerajaan dan swasta, penyelidik dan pelajar universiti.

BAHAGIAN A
Pelajar Tingkatan 5 dikehendaki mendapatkan pendapatan bulanan keluarga mereka dan peruntukan bulanan untuk setiap kategori berikut: Makanan, Utiliti, Pengangkutan, Pendidikan, Rekreasi dan lain-lain. Rekodkan dapatan anda seperti jadual di bawah: Pendapatan Bulanan (RM) Bil. ahli keluarga Kategori Makanan Utiliti Pengangkutan Pendidikan Rekreasi Lain-lain Jumlah Jadual 1 100 Peruntukan pendapatan (RM) Peruntukan pendapatan (%)

Jabatan Pelajaran Johor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013


Berdasarkan jadual di atas, (i) wakilkan data anda menggunakan tiga graf statistik yang berbeza. (ii) kira min dan sisihan piawai bagi peruntukan pendapatan dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah. Berikan komen anda.

BAHAGIAN B
(i) Kumpulkan data daripada 5 orang rakan dan rekodkan dapatan anda seperti Jadual 1. (ii) Bandingkan dan beri komen terhadap dapatan anda. (iii) Lukiskan pada paksi yang sama, (a) graf garis (b) carta bar untuk mewakili kategori pendidikan dan rekreasi bagi keenam-enam keluarga. Berikan komen anda terhadap dua kategori tersebut. (iv) Cari min dan sisihan piawai bagi kategori pendidikan dan rekreasi dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua kaedah. Berikan komen tentang nilai min dan sisihan piawai yang diperolehi.

BAHAGIAN C
(i) Cari nilai pemberat dalam darjah, untuk setiap kategori berdasarkan pendapatan bulanan keluarga anda dan lima rakan anda. Seterusnya, wakilkan pemberat-pemberat yang dikira bagi mana-mana dua keluarga dalam bentuk carta pai, dua keluarga dalam bentuk carta palang dan dua keluarga lagi dalam bentuk nisbah. (ii) Peruntukan pendapatan bulanan dijangka berubah pada tahun berikutnya seperti di bawah: Kategori Makanan Utiliti Pengangkutan Pendidikan Rekreasi Lain-lain Peruntukan Pendapatan Meningkat 10 % Meningkat 5 % Tidak berubah Meningkat 3 % Menurun 2 % Meningkat 10 %

Jabatan Pelajaran Johor

Kerja Projek Matematik Tambahan 2013


Cari pendapatan bulanan sepadan yang dijangkakan pada tahun berikutnya berdasarkan maklumat di atas. PENEROKAAN LANJUTAN Senaraikan 20 negara terkaya dan 20 negara termiskin di dunia dan tahap celik huruf mereka. Seterusnya, buat satu kesimpulan tentang pendapatan negara-negara tersebut dengan tahap celik huruf mereka.

REFLEKSI
Melalui projek yang telah dijalankan, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai-nilai moral yang telah anda amalkan? Berikan ulasan dan pendapat anda dalam bentuk yang paling kreatif seperti penggunaan simbol, ilustrasi, lukisan, atau dalam lirik lagu.

KERJA PROJEK TAMAT

Jabatan Pelajaran Johor

You might also like