M E M O

MAJLIS AGAMA ISLAM, NEGERI PULAU PINANG, TINGKAT 8 & 9, MENARA UMNO, 128, JALAN MACALISTER, 10400 PULAU PINANG. Ruj. Kami: MAINPP/01/02/6/1 (8) Tarikh : 2 Mei 2013

Daripada Kepada

: :

Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Akauntan Ketua Bahagian Pembangunan dan Pelaburan Ketua Bahagian Wakaf Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Sumber Am Penolong Pegawai Undang-Undang Pengurus Baitulmal

Salinan Kepada Tuan/Puan,

:

PERSEDIAAN BENGKEL MANUAL PROSEDUR KERJA MAINPP Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Ingin dimaklumkan bahawa pentadbiran ini akan mengadakan bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) pada 24 hingga 26 Mei 2013. Sehubungan itu tuan/puan dipohon untuk menyediakan ‘soft copy’ Manual Prosedur Kerja bahagian masing-masing untuk diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sebelum 15 Mei 2013. Sekiranya bahagian tuan/puan tidak mempunyai simpanan 'soft copy’ MPK bahagian masing-masing, tuan/puan adalah diminta untuk menaip semula MPK tersebut dan diserahkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan seperti tarikh yang ditetapkan di atas. Sekian, terima kasih. “CEKAP, AKAUNTABILITI, TELUS” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,

(SHAHRIL BIN SHAHROM)

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful