You are on page 1of 20

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan Bab 4 ini menerangkan keputusan dan keterangan bagi dapatan data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 15.0. Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau hubungan antara pengetahuan teoritikal dan amalan pengurusan bilik darjah guru dengan pencapaian akademik pelajar dari 7 buah sekolah di daerah Tawau dalam Zon Balung. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah rendah. Bahagian 4.2 menerangkan berkaitan dengan latar belakang demografi responden dari segi jantina, bangsa, umur, pengkhususan dan pengalaman mengajar. Dalam bahagian 4.3 pula menerangkan berkaitan dengan pengetahuan teoritikal guru. Bahagian 4.4 pula merupakan maklumat berkaitan dengan tahap amalan pengurusan kelas oleh guru dan bahagian 4.5 berkaitan pencapaian akademik pelajar guru-guru yang berkenaan.

4.2

Kajian rintis

Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji keberkesanan instrumen kajian dalam mengumpul data yang diperlukan dalam kajian ini. Keberkesanan instrumen diukur melalui penentuan kesahan (validity) dan kebolehpercayaan stabiliti dan konsistensi dalam instrumen kajian (Azizi, 2007). Selain itu, kajian rintis ini dilakukan untuk memastikan struktur ayat dan perkataan yang digunakan mudah difahami oleh responden. Kajian rintis juga bertujuan untuk memastikan item yang dikemukakan menepati latar belakang dan pengalaman 37 (reliability) soal selidik yang telah digunakan dalam kajian utama. Kebolehpercayaan penting untuk mengukur

responden. Secara keseluruhan, kajian rintis dapat membantu pengkaji mengenal pasti kekurangan dan kelemahan instrumen kajian supaya penambahbaikan dapat dilakukan dan seterusnya menjamin mutu hasil kajian (Azizi, 2007). Analisis ialah 1.0 statistik Cronbachs maksud Alpha digunakan yang dalam digunakan menentukan mempunyai

kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Nilai maksimum ujian Cronbachs Alpha yang memberi instrumen kebolehpercayaan maksimum. Pekali yang tinggi iaitu dalam lingkungan 0.80 ke atas menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian utama. Nilai Cronbachs Alpha di bawah 0.6 dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang rendah dan perlu diubahsuai. Memandangkan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diolah sendiri oleh pengkaji maka soal selidik tersebut belum pernah digunakan oleh pengkaji lain sebelum ini. Oleh itu, kelemahan dan kekurangan item-item yang digunakan belum dapat dikenal pasti. Jadi, kajian rintis ini mesti dijalankan untuk memenuhi tujuan-tujuan di atas. Analisis demografi bagi kajian rintis ini ditunjukkan dalam Jadual 4.2.1, 4.2.2, 4.2.3 dan 4.2.4. Jadual 4.2.1: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan (orang) 10 20 30 Peratus (%) 33.4 66.6 100

Kajian rintis dijalankan pada awal bulan Mac yang dilakukan selama lima hari di SK Kinabutan Besar Tawau. Sampel seramai 30 orang adalah merupakan rakan-rakan sekerja pengkaji yang dipilih secara persampelan mudah (convenience sampling). Daripada 30 responden, majoriti adalah guru wanita iaitu sebanyak 66.6 peratus (20 orang) sementara bilangan guru lelaki ialah 33.4 peratus (10 orang).

38

Jadual 4.2.2: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa Bangsa Melayu Lain-lain (Kadazan, Dusun dan Murut) Jumlah Bilangan (orang) 28 2 30 Peratus (%) 93.3 6.7 100

Responden yang terlibat adalah terdiri daripada 93.9 peratus berbangsa Melayu dan 6.7 peratus adalah lain-lain bangsa yang terdiri daripada dua orang responden berbangsa Kadazan. Jadual 4.2.3: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kumpulan umur. Kumpulan umur (tahun) 23 hingga 30 31 hingga 40 41 hingga 50 51 hingga 60 Jumlah Bilangan (orang) 5 14 9 2 30 Peratus (%) 16.7 46.6 30 6.7 100

Kategori umur menunjukkan 16.7 peratus responden adalah berumur 23 hingga 30 tahun, 46.7 peratus berumur 31 hingga 40 tahun, 30 peratus berumur 41 hingga 50 tahun dan 6.7 peratus berumur 51 hingga 60 tahun. Jadual 4.2.4: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut Pengalaman Mengajar. Pengalaman mengajar (tahun) 3 10 11 20 21 ke atas Jumlah Bilangan (orang) 8 15 7 30 39 Peratus (%) 26.7 50 23.3 100

Berdasarkan pengalaman mengajar pula, 26.7 peratus telah mengajar selama kurang dari 10 tahun, 50 peratus mengajar selama 10 hingga 20 tahun dan 23.3 peratus mengajar selama 21 tahun ke atas. Data yang diperoleh daripada kajian rintis ini dianalisis menggunakan SPSS versi 15.0 untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang bakal digunakan dalam kajian utama. Jadual 4.2.5 menunjukkan nilai Cronbachs Alpha bagi kebolehpercayaan item soalselidik yang diperoleh daripada kajian rintis. Jadual 4.2.5 : Nilai Cronbachs Alpha Bagi Kebolehpercayaan item Soal Selidik Bahagian A B C Nilai Cronbachs Alpha 0.885 0.666 0.834 Tahap kebolehpercayaan Tinggi Sederhana Tinggi

Analisis yang dilakukan terhadap item-item bahagian A yang berkaitan dengan pengetahuan teoritikal guru memberi nilai Cronbachs Alpha 0.885. Bahagian B memperoleh nilai 0.666 manakala Bahagian C memberi nilai 0.834. Nilai-nilai yang diperoleh menunjukkan item-item soal selidik yang diolah mempunyai kebolehkepercayaan yang tinggi bagi Bahagian A dan C dan sederhana bagi Bahagian C. Berdasarkan analisis ini, item-item yang terkandung dalam soal selidik ini sesuai digunakan dalam kajian utama. Jadual 4.2.1 menunjukkan nilai-nilai Cronbachs Alpha bagi setiap bahagian soal selidik kajian ini.

4.3 Demografi Kajian Kajian ini melibatkan populasi yang mengandungi 150 orang responden yang terdiri daripada 58 orang responden lelaki (38.7 peratus) dan 92 orang responden perempuan yang mewakili 61.3 peratus daripada populasi kajian. Jadual 4.3.1 menunjukkan taburan dan peratusan responden mengikut jantina.

40

Jadual 4.3.1: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Bilangan (orang) 58 92 150 Peratus (%) 38.7 61.3 100

70 61.3 60 50 40 30 20 10 0 Lelaki Perempuan 38.7

Rajah 4.3.1: Taburan dan peratus responden mengikut jantina Jadual 4.3.2 : Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa Bangsa Melayu Lain-lain (Kadazan, Dusun dan Murut) Cina Jumlah Bilangan (orang) 94 43 12 150 Peratus (%) 62.7 28.7 8.6 100

41

Rajah 4.3.2 : Carta pai menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut bangsa

Cina 8%

Lain-lain 29% Melayu 63%

Jadual 4.3.2 pula menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa. Majoriti responden adalah berketurunan Melayu iaitu seramai 94 orang atau 62.7 peratus. Ini diikuti oleh responden lain-lain keturunan yang iaitu Kadazan, Dusun dan Murut, seramai 43 orang atau 28.7 peratus dan selebihnya adalah daripada keturunan Cina iaitu seramai 12 orang atau 8.6 peratus. Jadual 4.3.3: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut pengalaman mengajar Pengalaman mengajar (tahun) 3 10 11 20 21 ke atas Jumlah Bilangan (orang) 35 71 44 150 Peratus (%) 23.3 43.7 33 100

42

21 tahun keatas 33%

3-10 tahun 23%

11-20 tahun 44%

Rajah 4.3.3: Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut pengalaman mengajar. Jadual 4.3.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden berdasarkan pengalaman mengajar. Responden yang mempunyai pengalaman mengajar 3 hingga 10 tahun ialah seramai 35 orang atau 23.3 peratus. Seramai 71 orang atau 43.7 peratus daripada jumlah responden mempunyai pengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun. Responden yang mempunyai pengalaman 21 tahun atau lebih seramai 44 orang atau 33 peratus. Jadual 4.3.4: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kumpulan umur. Kumpulan umur (tahun) 23 hingga 30 31 hingga 40 41 hingga 50 51 hingga 60 Jumlah Bilangan (orang) 11 90 41 8 150 Peratus (%) 7.3 67.3 27.3 5.3 100

43

80 70 60 50 40 30 20 10 0 23-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun

Rajah 4.3.4: Carta bar menunjukkan peratusan responden mengikut kumpulan umur. Responden kemudiannya dikategorikan mengikut kumpulan umur masingmasing. Jadual 4.3.4 menunjukkan bilangan dan peratus responden mengikut umur. Responden yang berumur 23 hingga 30 tahun adalah seramai 11 orang atau 7.3 peratus. Responden yang berumur 31 hingga 40 tahun adalah seramai 90 orang atau 60 peratus. Seramai 41 orang atau 27.3 peratus responden berumur 41 hingga 50 tahun manakala 8 orang atau 5.3 peratus berumur 51 hingga 60 tahun.

Jadual 4.3.5: Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut Pengkhususan Pengkhususan Sains Matematik Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia Lain-lain Jumlah Bilangan (orang) 24 22 28 37 39 150 Peratus (%) 16.0 14.07 18.67 24.67 26.0 100

44

lain-lain 26%

Sains 16%

Matematik 14% Bahasa Malaysia 25% Bahasa Inggeris 19%

Rajah 4.3.5 : Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut Pengkhususan mata pelajaran diajar. Jadual 4.3.5 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut mata pelajaran pengkhususan yang diajar di sekolah masing-masing. Seramai 24 orang atau 16.0 peratus yang mempunyai pengkhususan dalam mata pelajaran sains. Mata pelajaran matematik diajar oleh 22 orang atau 14.07 peratus responden. 28 orang atau 18.67 peratus mengajar Bahasa Inggeris di sekolah masing-masing. Pengkhususan Bahasa Malaysia memberikan bilangan 37 orang atau 24.67 peratus manakala lain-lain mata pelajaran seperti Kajian Tempatan, Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memberikan bilangan 39 atau 26 peratus.

4.4 Pengetahuan Teoritikal Guru Jadual 4.4.1 menunjukkan analisis responden mengikut kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi tahap pengetahuan teoritikal dalam pembelajaran dan pengurusan kelas guru-guru sekolah rendah Zon Balung, Tawau. Pernyataan Saya sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan teori saya merupakan pernyataan yang memperoleh min yang paling tinggi iaitu 4.16 dengan sisihan piawainya 0.648. Seramai 4 orang atau 2.6 peratus berpendapat tidak setuju, 9 orang atau 6.0 peratus responden kurang pasti, 95 orang atau 62.9 peratus bersetuju dan 42 orang atau 27.8 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. 45

Terdapat tiga lagi pernyataan yang memperoleh min yang melepasi 4.0 mata. Pernyataan Penguasaan saya dalam teori berkaitan meningkatkan keyakinan saya melaksanakan sisi pengajaran dan pembelajaran telah mencapai min 4.09 dengan sisihan piawai 0.647. Responden yang tidak bersetuju 1 orang atau 0.7 peratus, kurang pasti 23 orang atau 15.2 peratus, bersetuju 103 orang atau 68.2 peratus dan amat setuju seramai 23 orang atau 15.2 peratus. Pernyataan lain yang melepasi 4.0 mata min ialah Saya percaya kemampuan saya menguasai teori pengurusan kelas boleh meningkatkan pencapaian pelajar yang memperoleh min 4.03 dan sisihan piawai 0.609. Seramai 25 orang atau 16.6 peratus kurang pasti, 95 orang bersetuju atau 62.9 peratus dan 30orang atau 19.9 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Sementara itu, pernyataan Saya mendapat gred yang baik semasa mengambil kursus berkaitan teori pembelajaran semasa di institut pengajian tinggi memperoleh min 4.01 dengan sisihan piawainya 0.615. Seramai 1 orang atau 0.7 peratus tidak bersetuju, 24 orang atau 15.9 peratus kurang pasti, 97orang atau 64.2 peratus bersetuju dan 28 orang atau 18.5 peratus amat bersetuju. Pernyataan-pernyataan lain memperoleh min kurang daripada 4.0 mata. Pernyataan Penguasaan saya dalam teori meningkatkan keyakinan saya untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran memperoleh min 3.99 dengan sisihan piawai 0.581. Seramai 1 orang atau 0.7 peratus tidak bersetuju, 23 orang atau 15.2 peratus kurang pasti dengan pernyataan ini, 103 orang atau 68.2 peratus bersetuju dan 23atau 15.2 peratus amat bersetuju. Pernyataan Saya memahami teori-teori pembelajaran., seramai 2 orang atau 1.3 peratus tidak bersetuju, 26 orang atau 17.2 peratus kurang pasti, 109 orang atau 72.2 peratus bersetuju dan 13 responden atau 8.6 peratus amat bersetuju yang seterusnya memberikan min 3.89 dengan sisihan piawai 0.552 kepada pernyataan ini. Seterusnya pernyataan Saya dapat membina hubungan teori yang saya kuasai dengan amalan pengajaran yang akan saya laksanakan dalam kelas memperoleh min 3.85 dengan sisihan piawai 0.644. Seramai 5 orang atau 3.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 29 orang atau 619.2 peratus kurang pasti, 99 orang atau 65.6 peratus bersetuju dan 17 orang atau 11.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan Saya kerap berbincang dengan rakan sekerja tentang teori yang berkaitan dengan 46

pengurusan kelas memperoleh min 3.71 dengan sisihan piawai 0.747. Seramai 2 orang atau 1.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 3 orang atau 2.0 peratus kurang pasti, 48 orang atau 31.8 peratus bersetuju dan 80 dengan pernyataan ini. Pernyataan seterusnya ialah Saya menguasai teori berkaitan pengurusan kelas. memperoleh min 3.54 dengan sisihan piawai 0.631. Seramai 5 orang atau 3.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 64 orang atau 42.4 peratus kurang pasti, 75 orang atau 49.7 peratus bersetuju dan 6 orang atau 4.0 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan yang memperoleh min yang paling rendah dalam bahagian ini ialah Saya boleh menerangkan setiap teori pembelajaran dengan tepat. Pernyataan ini memperoleh min 3.48 dengan sisihan piawai 0.674. Seramai 8 orang atau 5.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 68 orang atau 45 peratus kurang pasti, 67 orang atau 44.4 peratus bersetuju dan 7 orang atau 4.6 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Jadual 4.4.1: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus, Sisihan Piawai dan Min bagi Pengetahuan Teoritikal Guru (N=150) Bil. 1 2 3 4 Penyataan Saya memahami teori pembelajaran. Saya mendapat gred yang baik semasa mengambil kursus berkaitan teori pembelajaran. Saya boleh menerangkan setiap teori pembelajaran dengan tepat. Saya menguasai teori pengurusan kelas. Saya percaya kemampuan saya menguasai teori boleh meningkatkan pencapaian pelajar. Penguasaan saya dalam teori meningkatkan keyakinan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan saya dalam teori membolehkan saya mempelbagaikan kaedah 47 ATS TS 2 1.3% 1 0.7% 8 5.3% 5 3.3% KP 26 17.2 % 24 15.9 % 68 45% 64 42.4 % 25 16.6 % 1 0.7% 4 2.6% 23 15.2 % 13 8.6% S 109 72.2 % 97 64.2 % 67 44.4 % 75 49.7 % 95 62.9 % 103 68.2 % 98 64.9 % AS 13 8.6% 28 18.5 % 7 4.6% 6 4.0% 30 19.9 % 23 15.2 % 35 23.2 % Min 3.89 4.01 3.48 3.54 SP 0.552 0.615 0.674 0.631 orang atau 53.0 peratus amat bersetuju

4.03

0.609

3.99

0.581

4.09

0.647

8 9 10

pengajaran. Saya sentiasa berusaha meningkatkan tahap pengetahuan teori saya. Saya kerap berbincang dengan rakan sekerja tentang teori berkaitan pengurusan kelas. Saya dapat membina hubungan teori dan amalan pengajaran dalam bilik darjah. Purata

4 2.6% 2 1.3% 5 3.3%

9 6.0% 3 2.0% 29 19.2 %

95 62.9 % 48 31.8 % 99 65.6 %

42 27.8 % 80 53% 17 11.3 %

4.16 3.71 3.85 3.87

0.648 0.747 0.644


0.635

4.5 Amalan Pengurusan Kelas Jadual 4.5.1 menunjukkan analisis responden mengikut kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengurusan kelas guru dalam pembelajaran dan pengurusan kelas guru-guru sekolah rendah Zon Balung, Tawau. Pernyataan Saya sentiasa memotivasikan pelajar saya semasa pengajaran saya supaya kefahaman pelajar menjadi lebih kukuh. merupakan pernyataan yang memperoleh min yang paling tinggi iaitu 4.63 dengan sisihan piawainya 4.117. Seramai 2 orang atau 1.3 peratus berpendapat tidak setuju, 6 orang atau 4.0 peratus responden kurang pasti, 86 orang atau 57.3 peratus bersetuju dan 55 orang atau 36.7 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan yang memperoleh min kedua tertinggi ialah Saya mengamalkan komunikasi dua hala dalam pengajaran saya. telah mencapai min 4.23 dengan sisihan piawai 0.521. Responden yang kurang pasti 7 orang atau 4.7 peratus, bersetuju 102 orang atau 68.0 peratus dan amat setuju seramai 24 orang atau 16 peratus. Pernyataan lain yang melepasi 4.0 mata min ialah Saya sentiasa berusaha untuk menjadi model ikutan pelajar saya. yang memperoleh min 4.15 dan sisihan piawai 0.672. Seramai 2 0rang atau 1.3 peratus memilih tidak setuju, 18 orang atau 12.0 peratus kurang pasti, 85 orang bersetuju atau 56.7 peratus dan 45 orang atau 30.0 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Sementara itu, pernyataan Saya menggunakan kaedah praktikal dalam mengukuhkan lagi kefahaman pelajar. memperoleh min 4.07 dengan sisihan piawainya 0.582. Seramai 2 orang atau 1.3

48

peratus tidak bersetuju, 14 orang atau 9.3 peratus kurang pasti, 105 orang atau 70 peratus bersetuju dan 29 orang atau 19.3 peratus amat bersetuju. Seterusnya, pernyataan Saya menggunakan refleksi yang dibuat untuk membantu saya memperbaiki pengajaran saya. memperoleh min 4.05 dengan sisihan piawai 0.549. Seramai 19 orang atau 12.7 peratus kurang pasti dengan pernyataan ini, 105 orang atau 70.0 peratus bersetuju dan 26 atau 17.3 peratus amat bersetuju. Sementara itu, seramai 9 orang atau 6.0 peratus pula amat tidak bersetuju dengan pernyataan Saya merancang pengajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran yang telah saya pelajari., 38 orang atau 25.2 peratus kurang pasti, 93 orang atau 61.6 peratus bersetuju dan 9 responden atau 6.0 peratus amat bersetuju yang seterusnya memberikan min 4.02 dengan sisihan piawai 1.178 kepada pernyataan ini. Pernyataan Saya sentiasa melakukan refleksi selepas sesi pengajaran saya. memperoleh min 4.01 dengan sisihan piawai 0.593. Seramai 3 orang atau 2.0 peratus memilih untuk tidak setuju, 16 orang atau 10.7 peratus kurang pasti, 107 orang atau 71.3 peratus bersetuju dan 24 orang atau 16.0 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan Pemilihan teori-teori yang digunakan dalam pengajaran adalah berdasarkan kepada keperluan pelajar. memperoleh min 3.91 dengan sisihan piawai 0.788. Seramai 8 orang atau 5.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 29 orang atau 19.2 peratus kurang pasti, 80 orang atau 53.0 peratus bersetuju dan 33 orang atau 21.9 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan seterusnya ialah Saya menggunakan kaedah pengekalan untuk membolehkan pelajaran yang diajar dapat dikekalkan dalam kefahaman pelajar dengan lebih lama. memperoleh min 3.88 dengan sisihan piawai 0.625. Seramai 4 orang atau 2.6 peratus memilih untuk tidak setuju, 27 orang atau 17.9 peratus kurang pasti, 102 orang atau 68 peratus bersetuju dan 17 orang atau 11.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan yang memperoleh min yang paling rendah dalam bahagian ini ialah Saya mengutamakan kaedah yang menggunakan pemerhatian. Pernyataan ini memperoleh min 3.84 dengan sisihan piawai 0.698. Seramai 8 orang atau 5.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 26 orang atau 17.2 peratus kurang pasti, 97 orang atau 64.2 peratus bersetuju dan 19 orang atau 12.6 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. 49

Jadual 4.4.2: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus, Sisihan Piawai dan Min Bagi Amalan Pengurusan Kelas (N=150) Bil. 1 Penyataan Saya merancang pengajaran berdasarkan teori pembelajaran. Pemilihan teori yang digunakan berdasarkan keperluan pelajar. Saya mengutamakan kaedah yang menggunakan pemerhatian. Saya menggunakan kaedah pengekalan untuk membolehkan pelajaran dikekalkan dalam kefahaman pelajar. Saya menggunakan kaedah praktikal dalam mengukuhkan kefahaman pelajar. Saya sentiasa memotivasikan pelajar saya semasa pengajaran supaya kefahaman pelajar menjadi lebih kukuh. Saya sentiasa berusaha menjadi model ikutan pelajar. Saya mengamalkan komunikasi dua hala dalam pengajaran. Saya sentiasa melakukan refleksi selepas sesi pengajaran. Saya menggunakan refleksi yang dibuat untuk membantu memperbaiki pengajaran. Purata ATS TS KP S 93 61.6% 80 53.0% 97 64.2% AS 9 6.0% 33 21.9% 19 12.6% Min 4.02 SP 4.178

9 38 6.0% 25.2% 8 29 5.3% 19.2% 8 26 5.3% 17.2%

3.92

0.788

3.84

0.698

4 27 2.6% 17.9%

102 68.0%

17 11.3%

3.88

0.625

2 1.3%

14 9.3%

105 70%

29 19.3%

4.07

0.582

2 1.3%

6 4.0%

86 57.3%

55 36.7%

4.63

4.117

7 8

2 18 1.3% 12.0% 7 4.4% 3 16 2.0% 10.7%

85 56.7% 102 68.0% 107 71.3%

55 36.7% 41 27.3% 24 16.0%

4.15 4.23

0.672 0.521

4.01

0.593

10

19 12.7%

107 70.0%

26 17.3%

4.05 4.08

0.549 1.32

50

4.6 Pencapaian Akademik Pelajar Jadual 4.4.3 menunjukkan analisis responden mengikut kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi tahap amalan pengurusan kelas guru dalam pembelajaran dan pengurusan kelas guru-guru sekolah rendah Zon Balung, Tawau. Pernyataan Kerjasama pelajar lebih meningkat semasa aktiviti berkumpulan. merupakan pernyataan yang memperoleh min yang paling tinggi iaitu 4.1 dengan sisihan piawainya 0.663. Tiada responden yang berpendapat amat tidak setujudan tidak setuju, 26 orang atau 17.3 peratus responden kurang pasti, 83 orang atau 55.3 peratus bersetuju dan 41 orang atau 27.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan yang memperoleh min kedua tertinggi ialah Pencapaian akademik pelajar semakin meningkat. telah mencapai min 4.03 dengan sisihan piawai 0.639. Responden yang kurang pasti ialah seramai 28 orang atau 18.7 peratus, bersetuju 89 orang atau 59.3 peratus dan amat setuju seramai 33 orang atau 22.0 peratus. PernyataanKefahaman dan penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran semakin meningkat selepas amali dijalankan. telah mencapai min 3.97 dengan sisihan piawai 0.595. Responden yang, kurang pasti 28 orang atau 18.7 peratus, bersetuju 89 orang atau 59.3 peratus dan amat setuju seramai 33 orang atau 22.0 peratus. Pernyataan seterusnya ialah Pelajar menunjukkan minat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran guru. yang memperoleh min 3.97 dan sisihan piawai 0.643. Seramai 2 orang atau 1.3 peratus memilih tidak setuju, 26 orang atau 17.3 peratus kurang pasti, 96 orang bersetuju atau 64.0 peratus dan 26 orang atau 17.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Sementara itu, pernyataan Pelajar melibatkan diri secar aktif dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. memperoleh min 3.96 dengan sisihan piawainya 0.601. Seramai 1 orang atau 0.7 peratus tidak bersetuju dengan pernyataan ini, 27 orang atau 18.6 peratus kurang pasti, 99 orang atau 66.0 peratus bersetuju dan 23 orang atau 15.3 peratus amat bersetuju. Seterusnya, pernyataan Pelajar menjadi lebih berdikari dalam menjalankan tugasan yang diberi. memperoleh min 3.9 dengan sisihan piawai 0.588. Seramai 3 orang atau 2.0 peratus tidak bersetuju, 25 orang atau 16.7 peratus kurang pasti 51

dengan pernyataan ini, 106 orang atau 70.7 peratus bersetuju dan 16 atau 10.7 peratus amat bersetuju. Sementara itu, seramai 1 orang atau 0.7 peratus pula amat tidak bersetuju dengan pernyataan Respon yang lebih tepat diberikan oleh pelajar semasa sesi ujian bertulis., 7 orang atau 4,7 peratus tidak bersetuju, 34 orang atau 22.7 peratus kurang pasti, 98 orang atau 65.3peratus bersetuju dan 10 responden atau 6.7 peratus amat bersetuju yang seterusnya memberikan min 3.79 dengan sisihan piawai 0.563 kepada pernyataan ini. Pernyataan Pelajar sentiasa bermotivasi dalam setiap sesi pembelajaran. memperoleh min 3.77 dengan sisihan piawai 0.615. Seramai 1 orang atau 0.7 peratus memilih untuk tidak setuju, 46 orang atau 30.7 peratus kurang pasti, 89 orang atau 59.3 peratus bersetuju dan 14 orang atau 9.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan Pelajar menunjukkan kefahaman yang lebih tentang pelajaran yang diajar sejak saya mempraktikkan teori pembelajaran yang saya fahami. memperoleh min 3.75 dengan sisihan piawai 0.546. Seramai 2 orang atau 1.3 peratus memilih untuk tidak setuju, 40 orang atau 26.7 peratus kurang pasti, 102 orang atau 68.0 peratus bersetuju dan 6 orang atau 4.0 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan seterusnya ialah Respon yang lebih tepat diberikan oleh pelajar semasa ujian lisan. memperoleh min 3.73 dengan sisihan piawai 0.684. Seramai 4 orang atau 2.7 peratus memilih untuk tidak setuju, 31 orangatau 20.7 peratus kurang pasti, 108 orang atau 72.0 peratus bersetuju dan 7 orang atau 4.7 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan yang memperoleh min yang paling rendah dalam bahagian ini ialah Pelajar menggunakan prosedur yang betul semasa menyiapkan sesuatu tugasan. Pernyataan ini memperoleh min 3.67 dengan sisihan piawai 0.62. Seramai 4 orang atau 2.7 peratus memilih untuk tidak setuju, 50 orang atau 33.3 peratus kurang pasti, 88 orang atau 58.7 peratus bersetuju dan 8 orang atau 5.3 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Kefahaman dan penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran semakin meningkat selepas amali dijalankan adalah pernyataan seterusnya. Seramai 2 orang atau 1.3 peratus memilih untuk tidak bersetuju, 23 orang atau 15.3 peratus kurang pasti, 103 orang atau 68.7 peratus adalah bersetuju dan 22 orang atau 14.7 peratus amat bersetuju dengan pernyataan ini. Pernyataan Kerjasama pelajar lebih meningkat 52

semasa aktiviti kumpulan pula seramai 26 orang atau 17.3 peratus kurang pasti, 83 orang atau 55.3 peratus bersetuju dan seramai 41 orang atau 27.3 peratus pula amat bersetuju dengan pernyaan tersebut. Jadual 4.4.3: Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus, Sisihan Piawai dan Min bagi Pencapaian Akademik Pelajar (N=150) Bil. 1 Penyataan Pelajar menunjukkan kefahaman yang lebih tentang pelajaran sejak mempraktikkan teori yang difahami. Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Pelajar sentiasa bermotivasi dalam sesi pembelajaran. Kefahaman dan penguasaan pelajar semakin meningkat selepas amali dijalankan. Pelajar menjadi lebih berdikari dalam menjalankan tugasan. Kerjasama pelajar lebih meningkat semasa aktiviti berkumpulan. Pelajar menggunakan prosedur yang betul semasa menyiapkan tugasan. Respon yang lebih tepat diberikan oleh pelajar semasa sesi ujian lisan. Respon yang lebih tepat diberikan oleh pelajar semasa sesi ujian bertulis. Pelajar menunjukkan minat sepanjang sesi pengajaran dan ATS TS KP S 102 68% 99 66% 89 59.3% 103 70.7% 106 70.7% 83 55.3% 88 58.7% 98 65.3% 108 72% 96 64% AS 6 4.0% 23 15.3% 14 9.3% 16 10.7% 16 10.7% 41 27.3% 8 5.3% 10 6.7% 7 4.7% 26 17.3% Min SP

2 40 1.3% 26.7% 1 27 0.7% 18.6% 1 46 0.7% 30.7% 2 23 1.3% 16.7% 3 25 2.0% 16.7% 26 17.3% 4 50 2.7% 33.3% 1 7 34 0.7% 4.7% 22.7% 4 31 2.7% 20.7% 2 26 1.3% 17.3% 53

3.75

0.546

2 3

3.96 3.77

0.601 0.615

3.97

0.595

3.9

0.588

4.1

0.663

3.67

0.620

3.73

0.684

3.79

0.563

10

3.97

0.643

11

pembelajaran. Pencapaian akademik pelajar semakin meningkat. Purata

28 18.7%

89 59.3%

33 22%

4.03 4.264

0.639 0.675

4.7 Hipotesis Kajian Hipotesis 1: Tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan teoritikal pengurusan bilik darjah dengan faktor umur di kalangan guru-guru sekolah rendah daerah Tawau. Jadual 4.5.1 menunjukkan korelasi positif yang lemah antara tahap pengetahuan teoritikal pengurusan kelas dengan umur responden yang terlibat (r=0.038). Perhubungan ini tidak signifikan secara statistik. Oleh itu hipotesis nol gagal ditolak. Jadual 4.5.1: Kolerasi Pearson antara Pengetahuan Teoritikal Guru mengikut Umur Pengetahuan teoritikal guru 1 150 0.038 0.643 150 Umur 0.038 0.643 150 1 150

Pengetahuan teoritikal guru Umur

Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N

Hipotesis 2: Tidak terdapat hubungan antara tahap amalan pengurusan kelas dengan pengalaman kalangan guru-guru daerah Tawau. Jadual 4.5.2 pula menunjukkan korelasi positif yang lemah antara tahap amalan pengurusan kelas dengan pengalaman responden yang terlibat (r = 0.1). Hipotesis nol gagal ditolak kerana tidak terdapat perhubungan yang signifikan secara statistik.

54

Jadual 4.5.2 : Kolerasi Pearson antara Amalan Pengurusan Kelas mengikut Pengalaman mengajar guru Pengalaman Pengalaman Amalan pengurusan kelas Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N 1 150 0.10 0.906 150 Amalan pengurusan kelas 0.10 0.906 150 1 150

Hipotesis 3: Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan teoritikal guru dengan pencapaian akademik pelajar. Jadual 4.5.3 menunjukkan korelasi positif yang sederhana antara pengetahuan teoritikal guru dengan pencapaian akademik pelajar (r = 0.376). Korelasi yang diperolehi ini adalah signifikan secara statistik pada aras 0.01. Hipotesis nol ditolak. Jadual 4.5.3: Korelasi Pearson Pengetahuan teoritikal Guru dengan Pencapaian Akademik Pelajar. Pengetahuan teoritikal guru 1 Pencapaian akademik pelajar 0.376(**) 0.000 150 1 150

Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N 150 Korelasi Pearson 0.376(**) Pencapaian Sig. (2-hujung) 0.000 akademik pelajar N 150 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung) Pengetahuan teoritikal guru

Hipotesis 4: Tidak terdapat hubungan antara tahap pengetahuan teoritikal guru dan amalan pengurusan kelas dengan pencapaian akademik pelajar. Jadual 4.5.4 menunjukkan korelasi positif yang kuat antara pengetahuan teoritikal guru dengan pencapaian akademik pelajar (r = 0.606). Korelasi yang diperolehi ini juga signifikan secara statistik pada aras 0.01. Oleh itu hipotesis nol ditolak.

55

Jadual 4.5.4: Kolerasi Pearson Pengetahuan Teoritikal Guru dengan Amalan Pengurusan Kelas Pengetahuan teoritikal guru 1 Amalan pengurusan kelas 0.606(**) 0.000 150 1 150

Korelasi Pearson Sig. (2-hujung) N 150 Korelasi Pearson 0.606(**) Amalan pengurusan Sig. (2-hujung) 0.000 kelas N 150 ** Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-hujung) Pengetahuan teoritikal guru

4.8

Rumusan

Bab ini membentangkan keputusan analisis data yang diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden. Analisis dimulakan dengan statistik deskriptif bagi setiap bahagian yang terkandung di dalam instrumen soal selidik yang telah dilengkapkan. Analisis deskriptif melibatkan analisis min dan sisihan piawai. Kekerapan dan peratusan setiap respon bagi setiap pernyataan juga disertakan. Analisis statistik kemudiannya dilanjutkan dengan pengiraan Korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terlibat. Maklumat yang diperoleh daripada dapatan kajian ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab seterusnya.

56