You are on page 1of 7

Jadual/Carta Baca dan fahami jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang beikutnya.

BILANGAN SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH YANG KEKURANGAN KEMUDAHAN ASAS DI SELURUH MALAYSIA JENIS SEKOLAH RENDAH SEKOLAH MENENGAH Tiada bekalan elektrik 767 28 Tiada bekalan air bersih 1517 68 Sekolah dua sesi 858 748 Tiada makmal computer 2630 138 Tiada makmal sains 1638 25 Menumpang sekolah lain 42 26 1. Berdasarkan jadual, kekurangan kemudahan asas yang paling serius bagi sekolah rendah ialah. A tiada bilik darjah B tiada bekalan air bersih C tiada makmal computer D tiada makmal sains 2. Kekurangan bekalan air bersih di sekolah dapat menyebabkan A murid-murid senantiasa kehausan B Kawasan sekolah tercemar C Guru-guru hilang minat untuk mengajar D murid-murid keracunan dan mendapat penyakit? 3. Berapa banyakkah sekolah yang terpaksa menumpang sekolah lain? A lebih kurang 30 bua sekolah B hamper 50 buah sekolah C hampir 70 buh sekolah D lebih 70 buah sekolah 4. Mengapakah agaknya sekolah dua sesi terpaksa diwujudkan? A guru sedikit tetapi murid banyak B murid banyak tetapi bilik darjah sedikit C murid sedikit tetapi guru banyak D bilik darjah banyak tetapi murid sedikit 5. Pilih pernyataan yang tidak benar A pembinaan makmal computer adalah sesia sekiranya sekolah tersebut tiada bekalan elektrik B bekalan air bersih penting untuk memastikan kesihatan murid terjamin C setiap sekolah memerlukan makmal sains D masalah kekurangan kemudahan asas lebih banyak berlaku di sekolah menengah

Ucapan Baca ucapan di bawah,kemudian jawab soalan-soalanyang berikutnya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha En Kamarudin Hasan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Iskandar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Hadirin sekalian, Saya besar hati kerana diberi peluang untuk berucap di majlis ini. Seperti yang kita sedia maklum, majlis ini kita adakan sebagai tanda penghargaan kepada guru besar kita, Cikgu Kamarudin Hasan yang akan bersara. Cikgu Kamarudin sudah berkhidmat sebagai guru selama 35 tahun. Beliau bertukar ke sekolah ini sejak 10 tahun yang lalu. Sebagai anak watan yang bertugas disekolah ini, saya amat mengalu-alukan kehadiran Cikgu Kamarudin. Hal ini demikian kerana tidak banyak guru besar yang sanggup bertugas di sekolah yang terletak di kawasan pedalaman dalam tempoh yang lama. Apatah lagi di sekolah yang menempatkan anak-anak orang asli ini. Sepanjang berkhidmat disekolah ini, Cikgu Kamarudin banyak membawa pembaharuan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Kejayaan ini dapat dilihat dengan peningkatan pencapaian murid-murid dalam UPSR. Pada tahu lepas, sebanyak 3 orang murid memperoleh 5A dalam peperiksaan itu. Pencapaian tersebut sesuatu yang membanggakan bagi sekolah di pedalaman. Selain itu, pencapaian dalam bidang kokurikulum turut meningkat. Pasukan ragbi dan bola sepak sekolah muncul sebagai juara pada peringkat daerah. Hadirin sekalian, Akhir sekali, saya mewakili seluruh warga sekolah ini mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Kamarudin. Semoga kehidupan Cikgu Kamarudin senantiasa tenang dan sejahtera pada hari-hari mendatang. Sekian, terima kasih. 1. Ucapan ini disampaikan oleh A wakil murid B wakil guru C ketua pengawas D guru besar 2. Berapa lamakah Cikgu Kamarudin bertugas di Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar? A 1 tahun B 1 penggal C 1 dekad D 1 semester 3. Kesanggupan Cikgu Kamarudin berkhidmat di kawasan pedalaman dalam tempoh yang lama menunjukkan sikapnya yang A cekal

B tegas C pemurah D cekap 4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang Sekolah Kebangsaan Sri Iskandar. A sekolah ini terletak di kawasan pedalaman B murid-murid di sekolah ini terdiri daripada anak-anak orang asli C pencapaian akademik sekolah ini sangat standing dengan pencapaian akademik sekolahsekolah di Bandar. D pasukan bola sepak sekolah ini menjadi juara pada peringkat daerah. 5. Simpulan bahasa besar hati di dalam petikan bermaksud. A megah B perihatin C taksub D gembira

Baca cerita dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Semua haiwan di rimba berkumpul. Raja Rimba membuat pengumuman. Suatu perlawanan bola sepak akan diadakan. Si Badak dan Si Beruang dilantik sebagai ketua bagi kumpulan masing-masing. Apabila undian dibuat, Sang Kancil menjadi ahli kumpulan Si Badak. Namun begitu, Si badak berasa tidak berpuas hati. Si Badak pergi berjumpa dengan Raja Rimba. Si Badak mahu menyingkirkan Sang Kancil daripada kumpulannya. Mengapa kamu hendak menyingkirkan Sang Kancil daripada kumpulan kamu? Tanya Raja Rimba. Sang Kancil lemah.Nanti pasukan kami kalah, jawab Si Badak. Raja Rimba bersetuju dengan permintaan Si Badak. Sang Kancil akur apabila dia disingkirkan daripada kumpulannya. Walaubagaimanapun beberapa hari kemudian, Raja Rimba pergi berjumpa denganSang Kancil. Kamu harus menggantikan tempat Si Badak. Kki Si Badak patah semasa menjalani latihan, kata Raja Rimba. San Kancil akur akan arahan Raja Rimba itu. Namun, Sang Kancil tetap berasa susah hati. Sang Kancil pergi berjumpa dengan kawan karibnya Sang Monyet. Mengapa kamu kelihatan sedih? Tanya Sang Monyet. Raja Rimba menyuruh aku menggantikan Si Badak dalam perlawanan bola sepak esok. Aku lemah. Aku bimbang pasukanku kalah disebabkan aku, kata sang Kancil. Selepas itu, Sang Monyet berbisik kepada Sang Kancil. Sang Kancil mengangguk-angguk tanda bersetuju dengan cadangan Si Monyet. Esoknya, perlawanan bola sepak pun berlangsung. Ketika itu, Sang Monyet berada diatas untuk menjalankan misinya. Sebaik-baik sahaja mendapat isyarat daripada Sang Kancil, Sang Monyet pun menjatuhkan sebiji buah kelapa. Semua pemain menggerumuni kelapa yang disangka bola itu. Ketika itu sang Kancil terus menyepak bola ke gawang gol pasukan lawan. Akhirnya, sang Kancil menjaringkan satu gol untuk pasukannya. Para penonton bersorak. Sang Kancil hebat! Sang Kancil hebat! Sang kancil gembira. Dia dapat membantu pasukannya menang. Dia tidak dipandang rendah lagi. Sang Kancil berterima kasih dan amat menghargai bantuan Sang Monyet. 1. Mengapakah semua haiwan rimba berkumpul? A untuk bertemu dengan Raja Rimba B untuk mendengar pengumuman daripada Raja Rimba C untuk menjalani latihan bola sepak D untuk melawat Si Badak yang tercedera 2. Si Badak hendak menyingkirkan Sang Kancil daripada kumpulannya

A Dia menganggap Sang Kancil lemah B Sang Kancil ialah musuh ketat Si Badak C Si Badak tidak suka akan sikap Sang Kancil D si Badak tidak sependapat dengan Sang Kancil 3. Apakah sikap Sang Kancil terhadap Raja Rimba? A setia B patuh C jujur D bijaksana 4. Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan. A Raja Rimaba ialah keua bagi semua haiwan B Si badak tidak menyertai perlawanan bola sepak kerana kakinya patah C Sang Kancil ialah kawan baik Si Badaj D Sang Kancil bertemu dengn Raja Rimba untuk berkongsi kesedihannya 5. Rangkai kata mendapat isyarat sama maksudya dengan. A memperoleh petunjuk B memperoleh symbol C memperoleh lambang D memperoleh alamat

Surat tidak rasmi Baca surat tak rasmi dibawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No. 123, Blok S, Pangsapuri Flora, Jalan Baja, 43530 Shah Alam, Selangor 5 September 2013 Menemui saudari Faizah semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga sihat-sihat sahaja. Saudari, Saya memohon maaf kerana agak lambat membalas surat saudari. Kebelakangan ini, saya agak sibuk. Saya terlibat dengan program sambutan kemerdekaan. Program yang dikenal sebagai Hargai Sejarah Tanah Air itu berlangsung selama seminggu. Banyak program telah diadakan. Antaranya termasuklah mendeklamasikan sajak, mencipta lagu patriotic, mengarang esei sejarah , melukis potret tokoh negara dan kuiz sejarah. Saya idak dapat menjadi peserta bagi mana-mana acara tersebut. Saya hanya bertanggunjawab sebagai urusetia program. Seminggu sebelum program itu berlangsung, saya dan ahli jawatankuasa yang lain sibuk menyiapkan buku aturcara program dan menghias dewan. Tugas-tugas tesebut dilakukan selepas waktu persekolahan tamat hingga jam 6 petang. Sepanjang tempoh itu, saya pulang dengan kepenatan. Acara kemuncak berlangsung pada 30 ogos 2013. Hadiah disampaikan kepada para pemenang pada hari tersebut. Majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh pegawai pelajaran daerah. Alhamdulillah semua aturcara majlis berjalan dengan lancer. Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk tatapan saudari. Akhir kta, sambutlah salam mesra daripada saya dan keluarga. Yang ikhlas Joseph

1. Mengapakah Joseph lambat membalas surat daripada Faizah? A dia sibuk membuat persiapan untuk pertandingan yang disertainya B dia sibuk menyiapkan buku aturcara program C dia terlibat sebagai urusetia bagi mengurus suatu program

D dia sibuk membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan 2. Acar yang manakah yang tidak diadakan bersempena dengan program Hargai sejarah Tanah Air? A pertandingan mengarang esei sejarah B pertandingan mendeklamasikan sajak C kuiz sejarah D pertandingan mengambil foto tokoh sejarah 3. Joseph pulang dari sekolah dengan kepenatan pada pertengahan bulan Ogos kerana A banyak berlatih mendeklamasikan sajak B membuat persiapan setelah tamat waktu persekolahan C menyaksikan program Hargai Sejarah Tanah Air D membaik pulih dewan yang akan digunakan untuk program Hargai Sejarah Tanah Air 4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan A Joseph tinggal di Shah Alam B Joseph mengambil bahagian acara mendeklamasikan sajak C majlis penyampaian hadiah diadakan sehari sebelum hari kebangsaan D majlis penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh pegawai pelajaran daerah. 5. Frasa berjalan dengan lancar dalam petikan dapat digantikan dengan A telah disempurnakan B bergerak dengan baik C digerakkan dengan cepat D berlangsung dengan jayanya.