Honorable Quasar

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang… Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam Pihak penerbit “Honorable Quasar” dengan izin Allah berjaya menerbitkan satu lagi risalah untuk tatapan pembaca. Dengan tujuan untuk memperbaik akhlak dikalangan pembaca, pihak penerbit berharap agar setiap edisi HQ yang diterbitkan ini dapat memberikan sedikit penambahbaikan dalam diri masing-masing. Pihak penerbit tidak menafikan bahawa akhlak pembaca telah sedia mantap dan mingkin sudah benar-benar maklum dengan setiap isu yang dikupas. Namun atas rasa tanggungjawab untuk saling mengingat risalah ini diterbitkan juga

Dahulukan yang kanan
Satu fenomena yang biasa apabila sedang makanmakan tentu saja kita sebagai orang timur akan menggunakan tangan untuk makan. Tak kira la samada nasi, kuih-muih ataupun apa sahaja jenis makanan selagi ia sesuai dimakan dengan menggunakan tangan. Jangan la sampai makan sup dengan tangan pulak. Tapi dalam edisi kali ini, bukan lah untuk mengingatkan untuk makan dengan menggunakan tangan kanan, sebab hal ini sudah maklum dalam diri masing-masing. Rasulullah sendiri sentiasa mendahulukan anggota sebelah kanan sekiranya membuat sesuatu. Sebagai contoh; i. Makan dengan tangan kanan ii. Pakai sepilar dahulukan kaki kanan iii. Pakai baju dahulukan tangan kanan iv. Melangkah masuk rumah dengan kaki kanan

Ketika syaitan gagal memujuk manusia melakukan perkara yang haram, syaitan akan berusaha untuk menyibukkan manusia dengan hal-hal yang mubah (dibolehkan), sehingga melalaikan yang wajib.

Perkara ini kelihatan remeh tapi percayalah, ia merupakan satu perkera yang berat dari kaca mata akhlak seorang Muslim. Rasulullah sendiri suka mendahulukan yang kanan dalam setiap perkara. Sekiranya anda tidak percaya…boleh bukak salah satu kitab yang berkaitan dengan adab yang banyak terdapat di dunia ni untuk rujukan. Bukan tidak mahu meletakkan satu atau dua hadith tapi adalah lebih baik sekiranya sekali-sekala pembaca sendiri pergi mencari rujukan. Jika ketika kita sedang makan, tibatiba ada orang minta untuk diambilkan botol kicap untuknya. Boleh saja untuk kita ambil dangan menggunakan tangan kiri akan tetapi adalah sangat manis seandainya kita member botol kicap tersebut dengan tangan kanan. Oh lupa pulak tengah makan, tangan ada nasi. Jadi berilah dengan tangan kiri tetapi jangan lupa untuk diampu botol kicap tersebut dengan tangan kanan.

“seandainya bulan purnama dan matahari turun pada kedua-dua telapak tangan mu, nescaya ia tidak akan dapat pancaran sinar cahaya dan api yang ada padamu. Engkau adalah seoranganak yatim, tetapi pada dirimu terdapat suri tauladan yang luhur, pada luasnya akhlakmu, jutaan durjana menjadi cuit dan meleleh”.

Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan boleh di kirimkan kepada ismiabudzar@gmail.com

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful