contoh kertas kerja yang diberikan oleh rakan lain :1.

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan dan sumbangan kewangan daripada Pusat Kokurikulum dengan tujuan berikut: Untuk mendapatkan kelulusan program termasuk bantuan kewangan dari Pengarah Pusat Kokurikulum. 2. PENGENALAN Program ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak mahasiswa terhadap perkara-perkara berikut: 1. Latar belakang program yang akan dijalankan. 2. Menghuraikan kepentingan jika perlu melibatkan pihak luar. 3. Nyatakan pihak yang akan bekerjasama (jika ada) 3. OBJEKTIF Nyatakan objektif/tujuan yang hendak dicapai. Memberikan huraian okjektif yang mantap dan jelas maksudnya serta tidak melerat-lerat. Ada hubungkait dengan matlamat program, jika sekiranya bekerjasama dengan pihak luar. 4. JUSTIFIKASI Memberikan penjelasan mengenai keperluan untuk mengadakan program.

5. TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM Tarikh Hari Tempat : ....................................... : ....................................... : .......................................

(Nyatakan justifikasi jika ingin mengadakan program di luar kampus) 6. SENARAI TETAMU KEHORMAT DAN PERASMI PROGRAM Senaraikan nama TETAMU KEHORMAT dan nyatakan nama PERASMI ( jika orangnya berbeza ) 7. SENARAI PENCERAMAH Sila berikan maklumat lengkap mengenai setiap orang penceramah yang dicadang

8.0 KUMPULAN SASARAN/PESERTA Nyatakan siapa peserta program(sama ada pelajar/kakitangan/ masyarakat luar atau antarabangsa dan jumlahmya) Berikan justifikasi (mengapa mereka dipilih) Sertakan maklumat lengkap peserta 9. TENTATIF PROGRAM Sediakan cadangan tentatif yang akan dilaksanakan dari awal hingga akhir program termasuk aturcara perasmian dan penutup. Nyatakan juga masa, tempat, nama penceramah dan tajuk penceramah. 10. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS Sediakan senarai nama penuh Ahli Jawatankuasa berserta nombor matrik dan jawatan yang disandang serta peranan dan tugasnya. Bagi melincinkan aktiviti/projek setiap ajk di atas boleh melantik ahli jawatankuasa kecil masing-masing. Semua jawatan dan ajk yang ditetapkan adalah kekal untuk digunakan bagi setiap urusan surat menyurat.

11. ANGGARAN KEWANGAN Nyatakan secara terperinci dan logik anggaran pendapatan dan perbelanjaan program dan diperincikan mengikut butir-butir perbelanjaan. Nyatakan jumlah pembiayaan yang diperlukan: Pendapatan Perbelanjaan Sumbangan 12. KEPERLUAN PERALATAN Senarai keperluan-jika ada 13. PENUTUP Nyatakan ucapan terima kasih dan memohon untuk pertimbangan dan kelulusan 14. TANDATANGAN Sila sediakan ruang tandatangan nama penuh serta jawatan penyedia kertas kerja, disemak oleh Tenaga Pengajar, diperakukan oleh Penyelaras, dan diluluskan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum.

Aktiviti 1: Anda ingin mencadangkan kepada pihak pentadbiran sekolah supaya pendidikan inklusif dilaksanakan dengan lebih meluas. Sediakan satu kertas kerja lengkap yang perlu dimuatnaik ke portal ePIC dalam bentuk e-portfolio. E-portfolio anda perlulah didokumentasikan dengan lengkap yang berfokuskan kepada aspekaspek berikut:

    

Senario terkini berkaitan pendidikan bagi murid berkeperluan khas di negara ini yang dilaksanakan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan, Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyokong perlaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana dengan berpandukan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan inklusif di sekolah anda, Keperluan logistik yang sedia ada atau yang diperlukan di sekolah anda seperti tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/peralatan, atau keperluan-keperluan lain, Sokongan yang diberikan oleh institusi-institusi/ organisasi-organisasi kerajaan/bukan kerajaan kepada program pendidikan inklusif di sekolah arus perdana.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 31 Mei 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1