You are on page 1of 21

PETA I THINK

: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT KOMPONEN

ELEKTRONIK MURID MURID TINGKATAN 2 CEKAL Oleh REHAN QISTINA BINTI ABU BAKAR SMK Tunku Sulong, Jeniang, Kedah

ABSTRAK Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan antara mata pelajaran yang menuntut kekuatan ingatan pelajar kerana subjek ini mempunyai pelbagai topik topik yang berkaitan dengan alatan kerja tangan, alatan komponen elektronik, nama, fungsi dan simbol yang tersendiri dan perlu diingati setiapnya oleh murid murid aliran menengah rendah. Kajian ini telah dijalankan bagi membantu murid murid mengingat kesemua aspek tersebut tetapi kajian ini hanya menumpukan batasannya kepada mata pelajaran Kemahiran hidup Bersepadu Tingkatan 2 Topik Elektronik Bab 3 sahaja. Kajian ini menggunakan pendekatan peta minda untuk menggarap pemikiran pelajar supaya lebih berkembang dan mantap daya ingatan mereka. Seramai 20 orang murid Tingkatan 2 cekal dijadikan sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini untuk melihat keberkesanan kaedah ini. mengingat setiap aspek bagi tiap-tiap komponen dengan menyenaraikan nama, mengenal pasti rupa sebenar dan juga simbol dan menyatakan fungsi komponen tersebut. Pelajar lebih mudah mengingat keempat-empat aspek bagi setiap komponen dengan susunan grafik yang mudah dan menarik. Diharapkan kajian ini dapat membantu guru dan pelajar supaya menghasilkan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 1

1.0 REFKEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Sulong merupakan sebuah sekolah yang mempunyai pencapaian yang sederhana. Saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar kelas bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di bawah pengkhususan Kemahiran Teknikal untuk kelas yang mempunyai pencapaian yang sederhana di sini. Dalam amatan saya, saya mendapati pelajar pelajar saya iaitu pelajar tingkatan 2 Cekal mempunyai masalah yang agak serius dalam topik elektronik Bab 3. Mereka susah untuk mengingati simbol, nama dan fungsi bagi setiap komponen elektronik yang tunjukkan di dalam kelas. Sewaktu menyemak latihan murid Tingkatan 2 Cekal, didapati hampir kesemua murid tidak dapat menjawab soalan latihan dengan markah penuh yang bermaksud semua komponen elektrik berdasarkan nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi tidak dapat dipadankan dengan betul. Murid-murid tidak mengenal kesemua 9 jenis komponen elektronik sepenuhnya dari segi rupa sebenar, nama, simbol dan fungsi. Kalau sebahagian mereka betul dari segi nama dan rupa, mereka akan melakukan kesilapan untuk menentukan simbol atau fungsi komponen tersebut. Dalam ujian topikal yang lepas, tiada seorang pun yang betul 100% soalan berkaitan dengan komponen elektronik. Apabila ditanyakan kepada mereka, mereka menjawab alah, banyaklah nak ingat cikgu, mana boleh ingat semua.. Guru selalu menyuruh mereka supaya mengingat kesemua maklumat penting bagi kesemua komponen tersebut kerana ia sangat penting untuk subtajuk yang terakhir dalam bab elektronik iaitu menterjemah lukisan skematik. Tambahan pula, mereka semua adalah murid-murid yang mengambil Pilihan Kemahiran Teknikal, yang mana mereka akan mempelajari tajuk elektronik tambahan dalam bahagian Pilihan Kemahiran Teknikal pula. Memang disedari bahawa agak susah dan mengambil masa untuk murid mengingat dan mengenal sepenuhnya komponen elektronik tersebut. Mengajar kesemua 9 jenis komponen ini mengambil masa yang agak lama, apatah lagi untuk mengulang ajar semula dari A hingga Z setiap komponen tersebut. Kadang-kadang timbul pertanyaan, adakah cara guru mengajar selama ini tidak banyak membantu mereka? Apakah kaedah yang digunakan membosankan? Apakah yang perlu dilakukan bagi membantu mereka? Apabila ditanyakan kepada guru KHB yang lain, mereka pun mengatakan mengalami masalah yang sama. Sebelum ini, penggunaan kaedah mengingat yang dibina sendiri oleh guru telah dilaksanakan sewaktu P&P. Namun kaedah ini tidak banyak membantu. Sekiranya tindakan
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 2

yang berkesan tidak diambil, murid-murid sudah pasti tidak dapat menguasai sepenuhnya topik ini dan mereka akan bertambah keliru dengan maklumat-maklumat penting setiap komponen elektronik. Akhirnya mereka bosan dan tidak dapat menjawab dengan baik atau mengusai subtopik akhir dalam bab Elektronik ini iaitu menterjemah lukisan skematik kepada lukisan bergambar. Pada tahun ini, sekolah ini telah memperkenalkan kaedah i-think iaitu pembelajaran berpusatkan peta minda demi menggarap minda pelajar agar terus berkembang dan mencapai tahap klimaks dalam pemikiran mereka selaras dengan kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi di samping mempunyai daya pemikiran yang dinamik dan kritis. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk menggunakan idea peta minda sebagai alat pemudahcara untuk murid saya menerima dan mempelajari topik ini dengan lebih baik. Saya berharap pelajar pelajar saya dapat meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam topik ini melalui kaedah ini.

2.0 FOKUS KAJIAN Walaupun setiap komponen mempunyai banyak maklumat yang perlu diingat termasuklah cara pemasangan, nama, fungsi, simbol dan terjemahan lukisan skematik, namun saya hanya fokuskan kepada empat aspek sahaj iaitu, nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi secara ringkas dan padat. Hal ini kerana keempat empat aspek ini penting bagi murid menguasainya untuk menjadi input kepada subtopik terjemahan lukisan skematik kepada lukisan sebenar. Antara kesilapan murid-murid sekiranya tidak mengingat kesemua aspek ini ialah :

i. Kesilapan menamakan komponen berdasarkan rupa sebenar dan simbol

ii. Kesilapan mengenal pasti atau melukiskan simbol berdasarkan rupa sebenar atau namanya.
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 3

iii. Kesilapan menyatakan fungsi komponen berdasarkan nama, rupa sebenar atau simbolnya. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, murid tidak akan menguasai sepenuhnya tajuk ini memandangkan lebih 50% tajuk ini adalah berkaitan dengan komponen elektronik di atas yang merangkumi aspek nama, rupa sebenar, simbol dan fungsi. Mereka juga akan pasti menghadapi kesukaran yang sama apabila bertemu dengan tajuk yang sama dalam Bahagian Kemahiran Teknikal yang memperkenalkan komponen yang lain. Dan akhirnya sudah tentu murid tidak dapat menjawab soalan menterjemah lukisan skematik dengan baik. Dengan menggunakan kaedah i - THINK, murid-murid akan dibantu untuk mengenal pasti dan mengingat sepenuhnya empat aspek bagi setiap komponen elektronik yang perlu dipelajari. Justeru, peratusan lulus murid dalam ujian atau peperiksaan yang akan dijalankan akan dapat ditingkatkan melalui kaedah ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan murid diharap dapat mencapai objekif berikut:

3.1 Objektif Umum Meningkatkan kemahiran mengingat komponen-komponen elektronik murid murid Tingkatan 2 Cekal menggunakan kaedah i THINK.

3.2 Objektif Khusus

3.2.1 Murid-murid dapat menamakan komponen-komponen elektronik. 3.2.2 Murid-murid dapat mengenal pasti rupa sebenar komponen-komponen elektronik. 3.2.3 Murid-murid dapat mengenal pasti simbol komponen-komponen elektronik berdasarkan nama dan rupa komponen.
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 4

3.2.4 Murid-murid dapat menyatakan fungsi komponen-komponen elektronik. 3.2.5 Murid-murid dapat menyatakan kesemua aspek dalam satu grafik i THINK .

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid dari Tingkatan 2 Cekal.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

5.1.3 Menyemak Buku Latihan - Berdasarkan pengalaman mengajar pada tahun-tahun yang lepas, topik ini agak sukar untuk murid-murid mengingat kesemua isi penting mengenai komponen elektronik dalam topik ini. Pada tahun ini, saya memulakan tinjauan masalah ini dengan menyemak buku latihan murid untuk menilai sejauh mana amalan saya dalam P&P berkesan atau tidak dan untuk mendapatkan bukti bahawa kaedah P&P yang biasa yang saya amalkan tahun-tahun sebelum iniuntuk tajuk Elektronik menyebabkan murid tidak menguasai sepenuhnya. 5.1.4 Ujian Lisan Saya juga telah mengadakan ujian lisan kepada setiap murid untuk mengesan tahap penguasaan murid. Saya dapati, 100% murid tidak menguasai sepenuhnya. 5.1.5 Ujian Pra untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan sah, untuk melihat tahap penguasaan murid saya telah mengadakan Ujian Pra.Setiap murid dikehendaki menjawab soalan yang diberikan (Lampiran 1).

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 5

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Langkah

Cara Penilaian

Kumpulan Sasaran

Masalah yang telah Dikenalpasti

Langkah 1

Menyemak buku latihan

20 orang murid 2 Cekal

Banyak kesalahan dari segi nama, simbol dan fungsi

Langkah 2

Ujian Lisan

20 orang murid 2 Cekal

Banyak kesalahan dari segi sebutan nama komponen dan menyatakan fungsi komponen Setelah membuat ujian Pra, banyak kesalahan dari aspek nama, rupa, simbol dan fungsi. Setiap bahagian ada saja murid yang membuat kesilapan. Kesemua murid tiada yang mendapat markah penuh berdasarkan jumlah soalan yang diberikan. Namun jika dikira dari segi peratus, 6 orang murid mendapat gred A dan ada juga yang belum menguasai topik ini iaitu seramai 4 orang mendapat gred E.

Langkah 3

Ujian Pra

20 orang murid 2 Cekal

Berikut adalah peratus lulus dari ujian Pra yang telah dijalankan.

Graf 1 : Peratus lulus setiap murid sasaran bagi Ujian Pra

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 6

5.2.1

Pemerhatian Tinjauan Masalah Daripada pemerhatian tinjauan masalah yang dijalankan, didapati dari hasil semakan buku latihan, 14 orang murid tidak menjawab dengan betul kesemua soalan yang diberikan. Pemerhatian ke atas ujian Pra juga mendapati semua murid tidak dapat menjawab 100 % betul kesemua soalan yang diberikan. Jika dinilai dalam bentuk gred, hanya 6 orang sahaja yang mendapat gred A.

5.3 Tindakan yang dijalankan Saya menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sebelum ini. Terdapat 5aktiviti yang dijalankan dan satu Ujian Pos telah diadakan untuk melihat tahap penguasaan murid. Antara aktiviti tersebut ialah : I. II. III. IV. V. VI. Aktiviti 1 : Menamakan kesemua komponen elektrik Aktiviti 2 : Mengenalpasti semua rupa sebenar komponen elektrik Aktiviti 3 : Mengenalpasti simbol komponen Aktiviti 4 : Menyatakan fungsi komponen Aktiviti 5 : Membina peta i THINK Ujian pos

Kesemua aktiviti ini telah dijalankan pada 14 Mac 2013 dan 15 Mac 2013 pada sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) 2 masa iaitu 60 minit. berikut merupakan bahan bahan yang digunakn sepanjang menjalankan aktiviti tersebut :

Bil 1.

Tarikh 14 Mac 2013

Nama aktiviti Aktiviti 1 Menyenaraikan kesemua nama komponen elektronik Aktiviti 2 Mengenal pasti semua rupa sebenar

Nama bahan Buku Teks Kemahiran Hidup Tg. 2 (ms 30) -

Kuantiti

2.

14 Mac 2013

Rajah komponen berukuran lebih kurang

20 keping

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 7

komponen elektronik 3. 14 Mac 2013 Aktiviti 3 Mengenal pasti simbol komponen elektronik 4. 14 Mac 2013 Aktiviti 4 Menyatakan fungsi komponen elektronik Aktiviti 5 Membina grafik Peta i THINK 6. 15 Mac 2013 Ujian Pos

4x4 cm Rajah simbol komponen berukuran lebih kurang 4x4 cm Senarai fungsi komponen dicetak di atas sekeping kertas bersaiz A4 Rajah peta i THINK bersaiz A4 Lembaran soalan bersaiz A4 20 helai 20 helai 20 keping

5.

15 Mac 2013

20 helai

5.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Refleksi

5.4.1 Aktiviti 1 : Menyenarai semua komponen elektrik

Cara pelaksanaan

I. Guru meminta murid menyenaraikan semua komponen elektrik dalam buku nota. II. Murid murid diminta menyebut kesemua komponen elktrik dengan sebutan yang betul. III. Murid murid diminta merujuk buku teks bagi mengetahui nama komponen yang betul. IV. Berikut merupakan komponen elektrik yang perlu diketahui oleh murid : a) LED ( diod Pemancar Cahaya ) b) Perintang Boleh Laras c) Suis Togel d) Suis Tekan e) Kapasitor Berkutub
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 8

f) Kapasitor tidak berkutub g) Transistor h) Buzer

Pemerhatian : Murid-murid pada awalnya kurang memberi perhatian, tetapi setelah ditegur barulah mereka mengikut arahan saya. Saya tidak memberitahu mereka apa yang sebenar yang ingin saya lakukan. Jadi mereka agak janggal sedikit. Sebahagian besar murid tidak dapat menyebut nama komponen dengan betul. Refleksi : Sepanjang aktiviti yang dijalankan, murid-murid kelihatan agak seronok dan kelas agak bising sedikit. Tapi saya dapat mententeramkan mereka dengan sesi perbincangan. Saya juga rasa terkilan kerana tidak memberitahu pada mereka terlebih awal tentang aktiviti yang ingin dijalankan pada sesi pertemuan sebelumnya. 5.4.2 Aktiviti 2 Mengenalpasti rupa sebenar Komponen

Cara pelaksanaan :

I.

Guru menyediakan rajah sebenar komponen yang telah dipotong dan yang berukuran lebih kurang 4 x 4 cm setiap satu komponen dan diberikan kepada setiap murid.

II.

Guru dan murid berbincang nama komponen bagi setiap rajah dan menulis nama komponen di belakang rajah tersebut.

III.

Komponen yang digunakan adalah seperti berikut : a) LED ( diod Pemancar Cahaya ) b) Perintang Boleh Laras c) Suis Togel d) Suis Tekan

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 9

e) Kapasitor Berkutub f) Kapasitor tidak berkutub g) Transistor h) Buzer

Pemerhatian : Murid-murid sudah nampak sesuatu kelainan sesi P&P pada hari itu. Mereka nampak seronok dan sudah dapat memberi tumpuan. Tapi kelas agak bising ketika sesi bersoal jawab. Tapi beberapa orang murid yang agak lemah sedikit dalam pelajaran dimana mereka adalah bekas murid-murid peralihan kurang faham dengan arahan saya Refleksi : Saya terpaksa memberi lebih sedikit perhatian kepada murid-murid yang agak lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Ini kerana mereka adalah muridmurid dari Peralihan sebelum ini. Semasa tingkatan 1, keputusan mereka tidak memberansangkan. Mereka duduk dalam satu kumpulan. Sepatutnya saya meletakkan salah seorang murid yang pandai dalam kumpulan mereka ini. Namun nasib baik ada seorang murid baru yang sederhana dalam kumpulan itu yang membantu rakan lain. Namun saya berasa gembira kerana murid-murid sudah memberi kerjasama. 5.4.3 Aktiviti 3 Mengenal pasti simbol komponen

Cara pelaksanaan :

i. Guru menyediakan rajah simbol setiap komponen yang telah dipotong berukuran lebih kurang 4x4 cm dan diberikan kepada setiap orang murid. ii. Guru dan murid sama-sama menentukan simbol komponen berdasarkan rajah komponen dan disusun secara berpasangan. iii. Murid kemudian diminta menulis nama komponen dibelakang simbol
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 10

yang diberi. Ini bertujuan supaya murid lebih kerap menyebut dan menulis nama komponen-komponen elektronik tersebut. iv. Berikut adalah simbol komponen mengikut senarai nama dalam aktiviti 1.

Pemerhatian : Seperti dalam aktiviti sebelumnya, murid-murid agak bising sedikit ketika aktiviti ini dijalankan. Saya nampak murid-murid menghadapi sedikit kesukaran untuk mencari pasangan rupa dan simbolnya. Ini adalah antara objektif yang perlu dicapai agar murid dapat mengenal sepenuhnya di antara rupa sebenar dengan simbolnya.

Refleksi : Saya telah menyediakan rupa dan simbol ini supaya memudahkan aktiviti ini. Sebenarnya saya boleh menyuruh mereka melukis sendiri rupa simbol tersebut, namun dikhuatiri mereka salah melukisnya. Saya dapat lihat dalam notanota yang mereka tulis. Mereka tidak melukis dengan betul simbol komponen elektronik tersebut. Jadi saya berikan mereka seorang Murid-murid kurang memberi tindakbalas atau kerjasama sebaiknya dengan guru. Jadi pada kebiasaannya saya akan bertindak agak tegas sedikit. 5.4.5 Aktiviti 5 Membina grafik peta i THINK

Cara pelaksanaan : i. Guru menyediakan satu grafik peta i - THINK berukuran A4 dan diberikan kepada setiap murid. Setiap murid akan mendapat 9 helai grafik peta i - THINK. Setiap helai bagi satu komponen. (Rujuk Lampiran 2 Borang Peta i THINK) ii. Murid-murid menulis nama komponen pada sukuan pertama pada setiap helai. Nama-nama komponen dirujuk pada aktiviti pertama.
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 11

iii. Murid-murid menampal rupa sebenar komponen pada sukuan kedua pada setiap helai. iv. Kemudian murid-murid menampal fungsi pada sukuan ketiga. Murid dikehendaki memotong kotak-kotak yang tertulis fungsi setiap komponen didalamya seperti yang diberi dalam aktiviti 4. v. Kemudian murid-murid dikehendaki menampal simbol komponen pada sukuan ke-4. vi. Guru mengedarkan setiap kumpulan murid sebotol gam. vii. Setiap murid mempunyai 9 helai peta i - THINK komponen elektronik. Murid akan menggunakan peta i - THINK sebagai nota. (Rujuk Lampiran 3 Contoh peta i THINK ). viii. Guru telah meminta murid untuk mengingat kesemua perkara dalam 9 helai peta i - THINK itu di rumah. Guru memaklumkan kepada mereka supaya membawa peta i - THINK pada kelas yang akan datang.

Pemerhatian : Murid-murid sibuk menampal bahan-bahan yang telah diberikan pada borang peta i THINK. Suasana agak bising sedikit kerana murid-murid berebut sebotol gam bagi setiap kumpulan. Saya mendekati kumpulan murid yang lemah dan bersoal jawab dengan mereka tentang nama komponen berdasarkan rupa, simbol dan fungsi. Bagi murid yang agak lemah penguasaan Bahasa Melayu, mereka memberikan jawapan yang salah sedangkan mereka sedang menampal rupa dan simbol pada borang tersebut.

Refleksi : Keadaan ini yang merisaukan saya. Mereka yang lemah penguasaan Bahasa Melayu sebenarnya perlu diberi perhatian yang lebih. Walaupun saya sedar bahawa sebenarnya sikap malas dalam diri sendiri yang menyebabkan mereka tidak maju. Akibat kekangan masa juga yang menyebabkan saya sukar untuk memberi penumpuan kepada mereka sebaiknya. Tapi kekangan itu mesti ada jalan
Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 12

penyelesaiannya. Jadi saya mesti memikirkan kaedah yang terbaik supaya tahap penguasaan bahasa murid meningkat dan seterusnya mencapai objektif pelajaran KHB.

5.4.6 Ujian Pos

Cara pelaksanaan :

i. Untuk menguji tahap penguasaan murid dan keberkesanan kaeadah, saya telah menjalankan Ujian Pos. ii. Setiap murid diberikan kertas soalan bertulis dan menjawab soalan dalam masa 20 minit. Bentuk soalan sama dengan ujian Pra. iii. Setelah disemak, berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos.

Pemerhatian : Setelah selesai menjalankan aktiviti 5, murid-murid membawa pulang kesemua peta i - THINK yang telah dibina. Saya berpesan kepada mereka supaya membawanya semula pada hari ini. Saya tidak memaklumkan kepada mereka yang saya akan membuat Ujian Pos ini. Ini untuk melihat adakah mereka mengulangkaji pelajaran. Murid-murid dengan tekun menjawab semua soalan-soalan tersebut. Ada yang menjawab soalan sama dengan ujian pra yang dijalankan sebelum ini. Saya mengatakan sama tapi tidak serupa. Murid-murid dapat menjawab dalam masa yang ditetapkan.

Refleksi : Saya rasa agak berpuashati melihat ada sebilangan murid-murid dapat menjawab dengan baik. Saya dapat melihat murid-murid Melayu dan Cina menjawab dengan bersungguh-sungguh. Perubahan murid nampaknya agak ketara ketika menjawab soalan yang diberi.

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 13

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Berikut adalah analisis keputusan Ujian Pos yang dijalankan. Kemudian saya bandingkan dengan pencapaian Ujian Pra yang dijalankan sebelum aktiviti.

Graf 2 : Peratus lulus bagi setiap murid dalam Ujian Pos

Dapatan dari Ujian Pos yang dijalankan menunjukkan : i. 13 orang murid mendapat gred A ii. 2 orang murid mendapat gred B iii. 3 orang murid mendapat gred C iv. 2 orang murid mendapat gred D

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 14

Graf 3 : Peratus Mengikut Gred Bagi Ujian Pos

GRED

UJIAN PRA

PERATUS

UJIAN POS

PERATUS

A B C D E

6 7 2 1 4

30.00 35.00 10.00 5.00 20.00

13 2 3 2 0

65.00 10.00 15.00 10.00 0.00

Jadual 1 : Perbandingan Bilangan Gred Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 15

Graf 4 : Perbandingan Gred Antara Ujian Pra dengan Ujian Pos

Dapatan daripada analisis diatas jelas menunjukkan bahawa murid-murid telah berjaya menguasai kemahiran mengingat daripada kaedah yang telah dijalankan. Berikut adalah perbandingan untuk melihat dengan jelas peningkatan pencapaian. Murid-murid mendapat markah penuh juga telah diperolehi berbanding ujian pra dimana tiada seorang pun mendapat markah penuh. Ini kerana Ujian Pra dijalankan ketika murid murid belum mendapat pendedahan tentang kaedah ini. Ujian Pos telah menujukkan peningkatan mereka setelah kaedah ini diaplikasikan.

6.0 Cadangan Kajian Seterusnya Penggunaan kaedah ini akan diteruskan pada masa akan datang. Malahan,penggunaanya akan diperluaskan untuk kelas-kelas lain juga. Cadangan kajian seterusnya yang bakal dilakukan adalah berkaitan dengan proses mengingat alatan dan pelbagai kegunaannya dalam topik-topik Kemahiran Hidup Tingkatan 1 dan 2. Semoga hasil kajian ini dapat dimanfaatkan bersama - sama. Saya akan meneruskan kajian-kajian tindakan seterusnya untuk memperbaiki amalan P&P guru. Hal ini kerana saya yakin bahawa Murid yang sukses dan berdedikasi adalah terlahir daripada guru yang inovatif dan kreatif.

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 16

BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Kajian Tindakan Roda Ide: Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektrik Manual Kajian Tindakan. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Hishamuddin Samad dan Nor Aslina Mamat. (2006). Masteri Memori Melalui Peta Minda Kemahiran Hidup Bersepadu (Teras) PMR. PNI Neuron (M) Sdn. Bhd.

Website: www.EnchantedLearning.com (2003-2008). Graphic Organizer Worksheets. Website: North Central Regional Educational Laboratory (1998).Graphic

Organizers.htm.Learning Point AssociatesTM.

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 17

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 18

1. UJIAN PRA DAN UJIAN POS Nyatakan nama, simbol dan fungsi komponen komponen di bawah dengan jawapan yang betul. GAMBARAJAH NAMA KOMPONEN SIMBOL FUNGSI

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 19

2. Borang Peta i THINK

SUKUAN PERTAMA

SUKUAN KEEMPAT

PETA I - THINK

SUKUAN KEDUA

SUKUAN KETIGA

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 20

3. Contoh Hasil Kerja Pelajar

Perintang

PETA I - THINK

Mengawal arus dalam litar elektrik

Kajian Tindakan - Peta i THINK : Meningkatkan Kemahiran Mengingat Komponen Elektronik 21