You are on page 1of 14

PENGENALAN

Alam sekitar fizikal


yang terdiri daripada air, udara dan tanah merupakan tempat di mana setiap yang hidup di muka bumi ini melakukan pelbagai aktiviti untuk mendapatkan keperluan dan kepentingan masingmasing.

Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam


kehidupan seharian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.

Alam sekitar

yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping itu ia memberi keselesaan kepada manusia dan juga akan menjejaskan aktivitiaktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dapat dijaga dengan baik.

Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)


mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan Pembangunan Lestari diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai pendekatan baru menuju abad ke-21.

Pembangunan lestari

dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa memenuhi keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka.

Laporan Brutland pada tahun 1987

mendefinisikan pembangunan lestari sebagai Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan atau menafikan keperluan generasi akan datang.

Menurut pandangan Dr. Jose Goldemberg terdapat dua konsep penting yang diketengahkan dalam definisi pembangunan lestari dalam laporan Brutland. Pertama ialah konsep keperluan yang secara khususnya merujuk kepada keperluan asas untuk kehidupan manusia pada masa kini dan akan datang. Kedua ialah konsep atau idea mengenai mengenai keterbatasan atau dalam bahasa inggeris dikenali sebagai limitation. Iaitu keterbatasan sesuatu sumber yang dipengaruhi oleh teknologi, dan organisasi sosial serta kemampuanya untuk memenuhi keperluan generasi kini dan akan datang.

KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI Konsep pembangunan lestari atau seimbang merupakan gagasan pembangunan moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu mengimbangi antara tuntutan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Konsep ini masih baru dan tercetus semasa Persidangan Bumi (Earth Summit) di Rio pada tahun 1992.

Definisi pembangunan lestari merangkumi tiga idea utama yang saling bergantung iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial.

KRONOLOGI KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI PERKEMBANGAN PRINSIP PEMBANGUNAN LESTARI


1972 Persidangan UNCED (Stockholm) - Konsep pembangunan lestari diperkenalkan 1980 World Conservation Strategy - Edisi pertama yang berkaitan dengan pembangunan lestari 1987 Our Common Future (WCED) - Terbitan kedua, konsep mula digunakan di seluruh dunia

1992 Persidangan UNCED (Rio De Janeiro) - Mesyuarat rasmi mengenai perancangan Agenda 21 yang dihadiri oleh pemimpin setiap negara
1993-1996 The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD) - Meneliti kerangka kerja bagi setiap bab Agenda 21

1997 The Conference of Commission On Sustainable Development (CSD) -Meneliti penyelesaian kepada konflik yang timbul yang dibentangkan oleh wakil setiap rakyat

Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro (1992)


Semasa Sidang Kemuncak Bumi ini diadakan, banyak usaha telah diambil bagi menunjukkan betapa tingginya kesedaran sesetengah pihak dalam memandang isu alam sekitar yang semakin hari semakin tenat disebabkan pencemaran dari pelbagai sudut seperti tanah, air, dan udara.

Usaha

yang dapat dilihat semasa sidang ini

berlangsung adalah melalui

Agenda dan 21

Protokol Kyoto.

Pembangunan Lestari (Green City)


Latar belakang Agenda 21: 1.Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan lestari; 2.Merupakan program tindakan pembangunan lestari global dan angka 21 menandakan abad ke-21; 3.Ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia; dan 4.Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan; dan bab 28 Agenda 21 bertajuk Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21

KOMPONEN DALAM PEMBANGUNAN LESTARI

Pendidikan Pembangunan Lestari (ESD) adalah sebuah visi pendidikan yang bertujuan untuk membudayakan masyarakat untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang berterusan.

KOMPONEN ESD
Pemuliharan sumber Pembangunan fizikal

Pembangunan Lestari

Kualiti alam sekitar

Kesaksamaan sosial

Penyertaan politik

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN LESTARI


Pendidikan untuk pembangunan lestari merujuk kepada pembelajaran yang diperlukan untuk mengekal dan memperbaiki kualiti hidup untuk generasi masa depan. Menurut Rohaty (2005), Education for sunstainable development is a way of ensuring a better quality of life for everyone now and the future generation to come. It is a dynamic process which enables all people to realize their potential and improve their quality of life in ways which simultaneously protect and enhances the earths support system. (m.s. 175)

Kepentingan pendidikan

dalam mempromosi perkembangan lestari dan meningkatkan keupayaan manusia untuk menangani isu persekitaran dan pembangunan seperti yang dijelaskan dalam Bab 36, Agenda 21 telah menyenaraikan beberapa cadangan atau tindakan kepada Negara-Negara di dunia berhubung perkara tersebut.

KESIMPULAN.....
Pendekatan pembangunan lestari merupakan sebuah cara radikal baru mendekati eksploitasi sumber semula jadi dan pembangunan ekonomi dan dilihat sebagai satu jalan keluar untuk mengatasi masalah pembangunan sumber semula jadi menuju alaf baru.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like