You are on page 1of 15

Untuk Ahli Sahaja

Buletin

PERKIM
lalu yang meminta supaya beliau campur tangan dalam isu tersebut.

Edisi 09 & 10/2012

SAMA-SAMA MAIN PERANAN BANTU TAMATKAN KESENGSARAAN ETNIK ROHINGYA - TUN M.


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap supaya negara Islam di seluruh dunia dapat bersama-sama memainkan peranan membantu menamatkan kesengsaraan etnik Rohingya di Myanmar. Beliau berkata, usaha dari Malaysia sematamata tidak mungkin mampu menyelesaikan masalah tersebut. "Tapi kalau usaha datang dari seluruh umat Islam, negara Islam dan negara lain, saya yakin pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengambil tindakan untuk menyelamatkan Rohingya," katanya selepas menyerahkan simbolik sumbangan air bersih melalui Projek "Waqaf Water4Gaza" baru-baru ini. Beliau diminta mengulas dakwaan kerajaan Arab Saudi bahawa Myanmar yang majoriti penduduknya menganut agama Buddha sedang menjalankan proses pembersihan etnik Muslim Rohingya di negara tersebut. Tun Mahathir turut berharap supaya kerajaan Myanmar yang kini sudah membuka pintu kepada proses demokrasi supaya bertimbangrasa terhadap nasib buruk yang ditimpakan ke atas etnik Rohingya. Dalam perkembangan sama, Tun Mahathir berkata, beliau menulis surat kepada ikon demokrasi yang juga aktivis hak asasi manusia di Myanmar, Aung Sang Suu Kyi kira-kira lima hari
www.perkim.net.my

Dia mempunyai pengaruh dan saya harap dia akan menyatakan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. Pemenang hadiah Nobel Keamanan itu barubaru ini dilaporkan berkata "Saya tidak tahu" apabila dilontarkan soalan sama ada etnik Rohingya adalah rakyat Myanmar. Pergolakan di negeri Rakhine antara penganut Buddha Rakhine dan Muslim Rohingya telah mengorbankan kira-kira 80 orang sejak Jun lalu. Kerajaan Myanmar mengklasifikasikan etnik Rohingya sebagai masyarakat Islam Bengali yang masuk dari Bangladesh, tetapi tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat Myanmar.
Sumber : BERNAMA

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

www.perkim.net.my
DARI M/SURAT 4

Aktiviti
Jelas Azhar lagi, peserta haruslah tingkatkan ilmu tauhid dan jihad serta memperkasakan dengan melaksanakan seperti disyariatkan agar Islam tidak dihina dan ditindas oleh musuh-musuh Islam menerusi karikatur, gambar, blog serta filem. "Kebenaran al-Quran membuktikan bahawa terdapat sebelas planet di sistem solar angkasa lepas tetapi musuh-musuh Islam masih menyangkal dan tidak mempercayainya sehingga penemuan planet ke sepuluh pada tahun 2001," jelasnya. "Abu Hurairah r.a mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu, sesiapa yang berfikir satu saat maka itu lebih baik daripada beribadat setahun. Ibnu Abbas pula mengkhabarkan kepada Miqdad bahawa Rasulullah SAW memberitahu sesiapa yang berfikir satu saat maka ia terlebih baik daripada beribadat tujuh puluh tahun," kata Azhar. "Perkhabaran dua sahabat tersebut mengelirukan Miqdad lantas beliau menemui Rasulullah SAW dan meminta Abu Hurairah dan Ibnu Abbas memberi penjelasan. Abu Hurairah memikirkan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada peserta yang terlibat. Selain itu, beliau turut melahirkan rasa bersyukur melalui kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan program itu dan ianya diadakan untuk manfaat semua pihak semata-mata dalam mencari keredaan Allah SWT. Peserta menjawab soalan sambil m e n i k m at i ke i n d a h a n a l a m semulajadi di sekitar Bukit Damansara yang menghijau dan permai. Ada di antara mereka berkesempatan mengambil gambar di kawasan yang cantik dan menarik serta keunikan kediaman yang tersergam indah. Pe s e r t a ke m u d i a n nya d i b e r i santapan rohani disampaikan oleh finalis Imam Muda Astro Oasis, Ustaz Khairul Azhar Ghazali setelah mereka menyelesaikan tugasan di semua hentian. Beliau dalam ceramahnya berasa gembira kerana diberi peluang menyertai bersama Saudara Muslim, mahasiswa dan masyarakat setempat dalam penjelajahan kembara tersebut.

petala bumi manakala Ibnu Abbas memikirkan tentang kematian," sambung beliau. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian hadiah berbentuk h a m p e r d a n p i n g a t ke p a d a p e m e n a n g d i s a m p a i ka n o l e h Pengerusi Masjid Saidina Umar alKhattab, Bukit Damansara, Tan Sri Dato' Seri Dr. Zainol Arif. Juara kategori Saudara Muslim dimenangi oleh Nor Azlin Abdullah d a r i p a d a k u m p u l a n M u t i a ra manakala juara kategori umum diraih oleh Jamil Omar daripada kumpulan al-Hijrah. D r. Z a i n o l d a l a m u c a p a n perasmiannya menyeru peserta menuntut ilmu pengetahuan serta meningkatkan iman dan amal. Beliau mengajak peserta memotivasikan diri dengan menggunakan tiga konsep muka iaitu muka penutur, muka jam dan muka pintu manakala konsep PIE iaitu merancang, melaksana dan muhasabah serta bersyukur dengan deria anugerah ciptaan-Nya iaitu deria dengar, lihat, hidu, sentuh dan rasa. Peserta dijamu makan tengahari dan menunaikan solat Zohor berjemaah selepas tamatnya program.
Lihat M/Surat 7

1 Dr. Zainol (dua dari kanan) menyampaikan

hadiah kepada juara kategori umum Explorace kepada Jamil (berkopiah) daripada kumpulan al-Hijrah.
2 Dr. Zainol (dua dari kanan) menyampaikan 2

hadiah kepada juara Explorace kepada Nor Azlin Abdullah (lima dari kiri) daripada kumpulan Mutiara. Imam Muda Astro menyampaikan santapan rohani kepada peserta.

3 Ustaz Khairul Azhar Ghazali selaku finalis

4 Pengerusi Masjid Saidina Umar al-Khattab 3

Bukit Damansara, Tan Sri Dato' Seri Dr. Zainol Arif menyampaikan ucapan perasmian.

5 Peserta 'Explorace: Kembara Menghayati 4 5

Ciptaan Allah' merakamkan gambar kenangkenangan.

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Berita

www.perkim.net.my

Ramadan Dan Syawal Bersama Saudara Muslim


Oleh: Haji Ishak Othman

asih ramai yang tidak sedar tentang kepentingan untuk menjaga dan meraikan golongan mereka yang bergelar Saudara Muslim atau Muallaf. Hakikatnya mereka juga 'hampirhampir dilupakan' setiap kali menjelang musim perayaan atau hari-hari kebesaran dalam Islam. Mungkin terdapat beberapa individu atau agensi yang meraikan golongan ini pada hari raya, tetapi ia hanya selepas tiga atau empat hari selapas umat Islam menyambut Aidilfitri.

jamuan Hari Raya oleh PERKIM Ke b a n g s a a n b a g i m e ra i ka n golongan Muallaf. Warga PERKIM dan golongan muallaf ini telah berkampung beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri bagi membuat persediaan d a n m e n g h i a s r u a n g l e ga r bangunan PERKIM. Ini bertujuan memberikan rasa gembira dan teruja kepada kumpulan Saudara Muslim ini seperti yang dirasakan umat Islam lain setiap kali tiba Aidilfitri. Pihak PERKIM Kebangsaan juga menganjurkan majlis berbuka puasa, bersolat terawih dan tadrus Al-Quran sepanjang Ramadhan setiap tahun. Majlis telah dimulakan pada pagi syawal dengan bertasbih, takbir dan tahmid, disusuli dengan solat sunat Aidilfitri. Selesai menunaikan solat sunat, mereka di telah dijamu

dengan hidangan yang biasa terdapat pada musim perayaan orang Islam di Malaysia, seperti ketupat, rendang, lemang, dodol, pelbagai jenis kuih-muih, dan pelbagai aneka hidangan lagi. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Ariffin Suhaimi, Naib Yang Dipertua PERKIM, Y.Bhg Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim (Pemangku Setiausaha Agung Kehormat) serta Y.Bhg. Datuk Hj. Hasbullah L. Isa, (Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM) dan keluarga, Tuan Haji Hanif Harun (Pengarah Dakwah PERKIM Kebangsaan) serta I s t e r i H a j a h P u t e h Ka l s o m (sukarelawan Perkim). Pada majlis tersebut juga telah disampaikan sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai dan hadiah kepada Saudara Muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan dari mereka ini telah 'kehilangan' ahli keluarga selepas mereka memeluk agama Islam. Tanpa keluarga, teman dan sahabat, mereka ini sering kehilangan arah tuju terutama selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri. Ini menambahkan lagi kesedihan dan tekanan yang perlu dihadapi oleh golongan ini. Mereka terasa seperti disisihkan dan tidak penting dalam masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Pada 1 Syawal 1433(H) lalu, bertempat di Surau Blok Podium, Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, telah dianjurkan majlis Solat Sunat Aidilfitri dan

kebanyakan dari mereka ini telah 'kehilangan' ahli keluarga s e l e p a s m e r e k a memeluk agama Islam.
Khutbah Aidilfitri telah disampaikan oleh Y.Bhg Datuk Hasbullah L. Isa (Pem. SUA Perkim)

Antara juadah yang disediakan...

Barisan Kepimpinan dan warga kerja PERKIM Kebangsaan bergambar kenangan bersama Saudara Muslim

www.perkim.net.my

Berita

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Belasungkawa
Oleh: Haji Ishak Othman

Perkim Kebangsaan mengucapkan takziah kepada keluarga ahliahli PERKIM yang telah kembali ke rahmatullah sepanjang tahun 2012. Antaranya Pengarah Bahagian Sumber Manusia Urusetia PERKIM Kebangsaan, Dato' Haji Sabran 57, yang menghidap masalah jantung, baru 3 bulan menyertai PERKIM, meninggal pada 23 Jun lalu dikediaman beliau di Manjalara, Kepong, Wilayah Persekutuan. Manakala Allahyarhamah puan Hajah Nen Abidah bt Abdullah, 79, Pengerusi Tetap Wanita PERKIM Kebangsaan, meninggal pada 7 Julai dikediamannya di Ipoh, Perak.

Dato' Haji Sabran

Hajah Nen Abidah bt Abdullah

Sementara itu, Pegawai PERKIM negeri Kelantan Allahyarham Samsudin @ Samsudin @ Hashim Mohamad 67, yang berkhidmat dengan Hashim Mohamad PERKIM bahagian negeri Kelantan selama 22 tahun (1990 - *Penulis bersama 2012), menghidapi penyakit barah dalam perut selama 2 Allahyarham ketika terlantar di hospital tahun, meninggal pada 14 Ogos lalu. Terbaharu, pada 28 Ogos lalu, Datin Hajah Salmiah Haji Mohamad, 81, meninggal di Melbourne, Australia. Jenazah telah dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 4 September. Allahyarhamah adalah isteri kepada Pengerusi PERKIM Bahagian negeri Selangor, Dato' Haji Mohd. Yasin Haji Taib. Alfatihah...
Datin Hajah Salmiah Haji Mohamad
DARI M/SURAT 5

APA KATA MEREKA JAMIL OMAR, 46 Program yang bermanfaat yang mencergaskan fizikal sekali gus m e n c e r d a s ka n m i n d a d a l a m menikmati dan menghayati alam semulajadi serta menjawab soalan yang mengingatkan kembali kepada Allah Yang Maha Pencipta. WAN NUR ARIFAH WAN TAIB, 24 Program harus diadakan dengan kepelbagaian aktiviti dan soalan yang lebih mencabar untuk menarik minat masyarakat Islam khususnya Saudara Muslim dan mahasiswa agar masa

JAMIL OMAR

yang terluang dipenuhi dengan aktiviti berfaedah. MOHAMMAD IKRAM JAMAL, 15 Program itu secara tidak langsung bukan sahaja sebagai satu riadah yang sihat, bahkan program itu membawa kita melihat kebesaran Allah dalam meningkatkan ilmu agama melalui soalan di setiap hentian. Perkim harus mengadakan program seumpama ini seperti di hutan, kawasan berbukit atau sungai supaya menambahkan lagi keberkesanan dalam mengharungi rintangan dan cabaran.

MOHAMMAD IKRAM JAMAL

WAN NUR ARIFAH WAN TAIB

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Berita

www.perkim.net.my

INNOCENCE OF MUSLIMS DAN AKIBATNYA


Oleh: DATO' DR. ISMAIL IBRAHIM Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Penerbitan PERKIM.

kemarahan umat Islam seluruh dunia dan mengakibatkan tiga kematian termasuk duta Amerika Syarikat (AS) di Libya, satu manifestasi kemarahan dan keganasan yang dilakukan oleh para perusuh di Libya. Filem ini menggambarkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan Islam sendiri. Rusuhan dan tunjuk perasaan telah merebak hingga ke Yaman, Iraq, Iran, Kaherah, Baghdad dan Bangladesh, dan semuanya berlaku di kawasan Kedutaan Amerika. Para penunjuk perasaan memprotes di Kedutaan Amerika kerana apa-apa sahaja serangan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W adalah ditafsirkan sebagai perbuatan yang didorongkan oleh dasar Amerika sendiri terhadap Islam, secara langsung atau tidak langsung. Di Beijing, agensi berita rasmi China telah mengeluarkan kenyataan yang keras terhadap isu tersebut, bahawa keganasan yang berlaku di Timur Tengah termasuk pembunuhan Duta AS ke Libya, adalah merupakan gambaran yang jelas tentang kemarahan rakyat di sana terhadap dasar Amerika yang bongkak dan berat sebelah terhadap rantau Timur Tengah itu. Bagaimanapun ketua negara di negara-negara yang menyaksikan keganasan itu, khususnya Libya telah memohon maaf kepada Presiden Obama di atas keganasan yang dilakukan oleh rakyat masing-masing di negara-negara tersebut, malah di Yaman, askar Kerajaan telah melepaskan tembakan kepada para perusuh, membunuh seorang penunjuk perasaan, demikian juga di Kaherah, beberapa orang penunjuk perasaan cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan, namun Presiden Mesir yang baru iaitu yang dilebalkan Kaherah, beberapa orang penunjuk perasaan cedera akibat te r ke n a te m b a ka n pasukan keselamatan, namun Presiden Mesir yang baru, yang dilebalkan sebagai "Islamist" oleh media

nnocence of Muslims adalah tajuk filem yang menimbulkan

PENASIHAT: Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim Prof. Dato' Dr. Ismail Ibrahim Datuk Hj. Hasbullah L. Isa KETUA PENGARANG: Ust. Wan Hamid Wan Teh PENGARANG: Firdaus Lokman Tah
PENOLONG PENGARANG: Hj. Ishak Othman Mohd Syahril Rosdi Ahmad Zahudi

PENERBIT: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Ting. 4 & 6, Bangunan PERKIM, 150, Jln. Ipoh, 51000 Kuala Lumpur. : 03-4042 6224 / 03-4041 2482 : 03-4042 7403 : info@perkim.net.my http// : www.perkim.net.my PENCETAK: Azaty Supply & Print. : 013-397 2899 : azaty7179@yahoo.com

KANDUNGAN

Lihat M/Surat 3

TUN DR MAHATHIR SERU UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA SAMA-SAMA MAIN PERANAN BANTU TAMATKAN KESENGSARAAN ETNIK ROHINGYA 1 INNOCENCE OF MUSLIMS DAN AKIBATNYA 2 & 3 EXPLORACE PERKIM: KEMBARA HAYATI CIPTAAN ALLAH 4-5

RAMADAN DAN SYAWAL BERSAMA SAUDARA MUSLIM 6 BELASUNGKAWA DUNIA ISLAM

MASUK ISLAM KERANA SEORANG BUDAK KECIL SOAL JAWAB AGAMA

14

7 8&9

15 16

KANAK-KANAK TADIKA PERKIM KG. KOH DIRAI 10 & 11 RAMADAN PERKIM KUIS BERSAMA ORANG ASLI SUNGAI BULOH 12&

SEBAHAGIAN AKTIVITI PERKIM KEBANGSAAN SEPANJANG SEPTEMBER & OKTOBER 2012

&7

13

www.perkim.net.my
DARI M/SURAT 2

Berita
polis, iaitu satu pengorbanan nyawa yang mungkin tidak seharusnya berlaku dalam protes ini. Banyak kejadian lain yang berlaku dalam peristiwa yang sama, ketika Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan lukisan kartun, filem dan sebagainya yang menimbulkan kemarahan umat Islam, yang mencuit emosi umat Islam yang bertindak melakukan keganasan tanpa memperdulikan keselamatan diri, malah dalam banyak hal telah berlaku pula peristiwa yang boleh diibaratkan sebagai para pejuang yang melepaskan tembakan kepada s a s a ra n ya n g s a l a h , e r t i nya menembak tidak pada sasaran yang betul, (shooting at the wrong targets) namun inilah saja jalannya bagi sesetengah masyarakat Islam untuk melepaskan rasa kesal, hampa dan marah yang amat sangat. Saya juga merasakan umat Islam di negara kita masih dapat mengawal kemarahan dengan bijaksana, dan tidak beremosi serta sentimen, kita masih dapat menjaga rasionalitinya dalam perjuangan kita untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan agama secara yang lebih bertamadun dan berhikmah. Hal ini mungkin juga kerana adat resam dan budaya rakyat kita selama ini yang tahu membezakan penyelesaian

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Barat, telah menghubungi Presiden Obama dalam usahanya mewujudkan keseimbangan dalam hubungan dua hala Mesir / AS, iaitu d i a n t a ra ke b e b a s a n ra k ya t menyatakan bantahan dan perbuatan radikal yang ganas di kalangan rakyatnya. Lebih-lebih lagi dilaporkan bahawa Nakoula Basseley Nakoula salah seorang pejuang filem yang tersebut ialah seorang penganut Kristian Qibti (Coptic) Mesir yang tinggal di AS. Sebenarnya peristiwa permusuhan yang diakibatkan oleh pengeluaran filem ini, termasuk beberapa peristiwa lain yang menimbulkan ketegangan di antara orang Islam dan rakyat Barat, khususnya AS selama ini, adalah terlalu rumit dan berliku rentetannya untuk umat Islam melepaskan kemarahannya dengan cara ganas dan berdarah ini. Peristiwa Salman Rashdi sendiri yang menerbitkan bukunya Satanic Verses yang dihukum murtad oleh Imam Khomaini, telah juga memakan korban nyawa orang Islam sendiri, iaitu seperti yang berlaku di dalam negara Islam ketika para penunjuk perasaan yang marah bertindak menentang polis dan akibatnya beberapa orang penunjuk perasaan telah terkorban terkena tembakan

konflik dan kemarahan dengan cara kita sendiri tanpa terlalu merasa sensitif yang berlebihan dan mengambil jalan kekerasan bagi menyelesaikan sesuatu masalah . Namun begitu hal ini tidaklah bermakna bahawa dalam kesabaran dan ketenangan umat Islam di negara kita ini pihak lain boleh dengan mudah pula melakukan apa-apa tindakan provokasi terhadap Islam, serta menunjukkan sikap anti Islam secara langsung atau tidak langsung. Amat tepat sekali bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam urusan agama telah mengeluarkan kenyataan mengecam serangan terhadap diplomat dan kawasan diplomatik kerana membantah filem tersebut, walaupun negara kita tidak mengalami bantahan yang sama..

Namun sebagai nasi tambah kepada menu kita pada hari ini, telah timbul satu persoalan di dalam kepala saya ketika ini, apakah ketika kita kelihatan amat tenang dan rasional dalam krisis filem ini, juga akan dapat melakukan perkara sama ketika kita sesama umat Islam, bertelagah dan berselisih di antara kita? Mungkin ramai yang mempunyai jawapan masing-masing, bagaimana pun, tepuk dada tanyalah diri masing-masing.

Banyak kejadian lain yang berlaku dalam peristiwa yang sama, ketika Nabi Muhammad S.A.W dihina dengan lukisan kartun, filem dan sebagainya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Aktiviti

www.perkim.net.my

Explorace Perkim: Kembara Hayati Ciptaan Allah


Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Pengembaraan bermula setelah bendera dikibarkan, peserta menuju ke hentian yang dituju. A nta r a ku m p u l a n S a u d a r a M u s l i m berbincang bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Peserta di kalangan mahasiswa yang memerah keringat untuk menjawab soalan yang diberi. Mahasiswa Sekretariat Perkim UIA tidak melepaskan peluang menyertai program tersebut. Peserta pelajar Sekolah Kebangsaan Sentul Utama tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti itu. Peserta yang merupakan mahasiswa Kelab Perkim UniKL berbincang dan bersepakat ketika menjawab soalan.

2 1
4

4 2 5 5

esungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhtumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapungapung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang m e m b u k t i ka n ke e s a a n A l l a h kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (al-Baqarah: 164)

Pe r k i m d a n S a h a b at Pe r k i m menganjurkan 'Explorace: Kembara Menghayati Ciptaan Allah' bertempat di Masjid Saidina Umar alKhattab, Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 23 September 2012 lalu. Penyelaras Program, Muhammad Farhan Tee Abdullah berkata, program itu diadakan untuk melahirkan rasa kesyukuran dalam setiap diri peserta terhadap ciptaan Allah SWT di samping mengeratkan ukhwah dan silaturahim sesama mereka. "Selain itu, program itu mencorakkan konsep 'Islam Itu Persaudaraan' dengan melibatkan peserta daripada p e l b a g a i k a u m d a n n e g a ra . Pertandingan itu berkonsepkan penjelajahan atau lebih dikenali sebagai explorace di mana setiap peserta kumpulan perlu menjawab soalan berkaitan agama dan melengkapkannya di keseluruhan hentian," jelas Farhan.

Seramai 90 peserta menyertai program itu terdiri daripada Saudara Muslim tempatan dan luar negara serta masyarakat setempat," ulas beliau. Farhan yang juga Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim berkata, setiap kumpulan diwakili seramai lima orang ahli yang perlu melalui sepuluh hentian, di mana setiap hentian dibekalkan soalan fardu ain, fiqh, tauhid, sirah, akhlak dan sebagainya. Peserta juga dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori Saudara Muslim dan kategori umum. Katanya lagi, peserta memerlukan ke ku ata n te n a ga f i z i ka l d a n kecerdasan mental untuk menjelajah ke semua hentian yang jaraknya empat kilometer. Pengarah Dakwah Perkim Kebangsaan, Hj. Abdul Hanif Harun sempat memberikan ucapan selepas
Lihat M/Surat 5

Lantaran itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan dengan kerjasama Perkim Cawangan Bukit Damansara, Kelab-kelab

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

DUNIA ISLAM

www.perkim.net.my

www.perkim.net.my

DUNIA ISLAM

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Syria: 2 Car Bombs Go Off In Aleppo


DAMASCUS, (Xinhua): Two car bombs went off Wednesday morning at a main square in Syria's northern province of Aleppo, causing an unknown number of injures, the progovernment al-Ekhbaria TV said. It said both cars blew off at the Sa'ad Allah Al-Jabiri square, giving no further details. Other pro-government media said three blasts were heard rocking the square in Aleppo, adding that the first blast targeted an area hotel while the other targeted the city's municipal palace. The reports said the third one is probably a mortar shell fired by the armed groups at the square. The latest chaos comes amid the pitch battles currently underway in Aleppo between the Syrian troops and the armed rebels, who announced last week the commencement of their "decisive" battle to win control over Aleppo, Syria's largest city and commercial hub. A day earlier, a well-informed source told Xinhua that the Syrian troops received huge reinforcements in Aleppo in order to settle the situation there once and for all. The source said that the city of Aleppo is expected to be cleansed within very few days. Meanwhile, the pro-government al-Watan daily said Wednesday that the Syrian army has made up its mind and taken the decision to push through Aleppo's eastern districts, which have emerged as strongholds of armed rebels. The daily said the battle in the eastern districts will be the decisive and last battle, adding that the Syrian troops killed 50 armed men in al-Sukkari district of Aleppo in a qualitative operation there. It said many of those killed were foreign nationals and headed by a Saudi one who goes by the nom de guerre "Saudi Harithi." The paper pointed out that the clashes are still raging for the third straight day at the entrances of the Aleppo's old market, particularly in the surroundings of the time-honored Ummayad Mosque. Sumber: www.muslimnews.co.uk

Letupan Stor Senjata Di Lebanon, 9 Maut


BAALBEK, Lebanon 4 Okt.: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan tujuh lagi cedera dalam satu siri letupan yang menggegarkan Lembah Bekaa yang dikuasai kumpulan pejuang Hezbollah, semalam. Menurut pegawai keselamatan yang enggan dikenali, empat pekerja Syria merupakan antara mangsa yang cedera. Penduduk tempatan berkata, letupan terbabit berlaku di stor simpanan senjata yang terletak di bangunan tidak berpenghuni antara kampung Nabishit dan Khodr. Berpuluh-puluh ambulans turut dilihat dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu mangsa yang cedera. Pegawai keselamatan mengesahkan insiden letupan terbabit namun punca sebenar kejadian masih belum dipastikan. - AFP sumber: www.utusan.com.my

Afghanistan: Police Kill 18 Militants In One-Day Operations


KABUL, (Xinhua): Afghan police, backed by the army and the NATO-led coalition forces, have eliminated 18 Taliban militants in different provinces within the past 24 hours, the country's Interior Ministry said Wednesday. "Afghan National Police (ANP) in collaboration with the Afghan army and the coalition forces launched eight clearance operations in Kabul, Laghman, Kunduz, Kandahar, Wardak, Logar, Ghor and Helmand provinces, killing 18 armed Taliban insurgents," the ministry said in a statement. The ANP also arrested 17 other militants, the statement said, adding it also found and seized weapons and ammunition during the raids. "Afghan and coalition forces confirmed one of the insurgents captured during a security operation in Pul-e-Alam district in eastern Logar province on Tuesday is a Haqqani leader and weapons financier," the NATO-led coalition or International Security Assistance Force (ISAF) said in a separate statement Wednesday. A Taliban-linked group of militants, the Haqqani network mostly operates in eastern Afghan provinces and capital Kabul, has been responsible for many high-profile attacks including suicide bombings and Improvised Explosive Device (IED) against security forces. The detained Haqqani leader is believed to have overseen the acquisition and distribution of rockets, heavy weapons, assault rifles, explosives and body armor to support insurgent operations throughout Logar province, 60 km south of Kabul, the coalition said. The Taliban insurgents, who have been waging an insurgency of more than one decade, have yet to make comments. Sumber: www.muslimnews.co.uk

Nuklear: Iran Tetap Teruskan


TEHERAN 3 Okt.: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad menegaskan bahawa Teheran akan meneruskan program nuklearnya, walaupun timbul beberapa masalah ekoran sekatan Barat, termasuk kejatuhan nilai mata wang negara ini secara mendadak. "Kami bukanlah orang yang mengalah. Jika ada sesiapa yang menganggap mereka boleh memberi tekanan kepada Iran, mereka salah dan perlu membetulkan tanggapan itu," katanya pada sidang media, di sini hari ini. Kenyataan itu dibuat ketika nilai mata wang Iran terus menjunam dan kini dilaporkan nilainya jatuh sebanyak 80 peratus berbanding tahun lalu. Menurut laman web tukaran wang asing, nilai mata wang Iran kini berada pada kadar 36,100 rial berbanding AS$1. Ahmadinejad berkata, kejatuhan mendadak nilai mata wang Iran itu adalah sebahagian 'perang' ekonomi yang dilancarkan oleh Barat ke atas republik Islam itu dan perang 'psikologi' ke atas pasaran tukaran mata wang asing. sumber: www.utusan.com.my

Pelarian Syria Merusuh Di Jordan


AMMAN 3 Okt.: Polis antirusuhan Jordan menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan pelarian Syria yang masuk hari kedua di sebuah kem perlindungan, di utara negara ini semalam. Menurut Presiden Persatuan Amal Kitab wal Sunna, Zayed Hmmad, sebanyak 500 pelarian membakar khemah dan keperluan asas yang lain sebagai tanda tidak puas hati dengan kemudahan yang disediakan di Kem Zaatari. "Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi mengawal keadaan," katanya. - AFP sumber: www.utusan.com.my

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Aktiviti

www.perkim.net.my

KANAK-KANAK TADIKA PERKIM KG. KOH DIRAI

Oleh: MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

an segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-Imran: 133-134) Sempena sambutan Aidilfitri di bulan Syawal yang mulia, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan bersama-sama Perkim Bahagian Negeri Perak dan Perkim Cawangan Manjung menganjurkan Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bertempat di Tadika Islam Perkim Kampung Koh, Sitiawan, Perak pada 2 September 2012 lalu. Majlis itu dihadiri oleh 350 orang terdiri daripada Saudara Muslim berketurunan Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh, Filipina dan juga ibu bapa kepada kanak-kanak Tadika Perkim. Majlis dihadiri juga oleh Ahli Majlis Kebangsaan Perkim dan Wanita Perkim. Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, rumah terbuka Aidilfitri itu bertujuan memupuk persefahaman di kalangan masyarakat bersamasama Saudara Muslim yang baharu memeluk Islam. "Secara tidak langsung, ia memperkenalkan Perkim sebagai organisasi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan usaha dakwah, kebajikan dan pendidikan Saudara

Muslim," katanya. "Kehadiran Aidilfitri menjanjikan suatu nikmat besar yang menjadi t u n g ga k ke p a d a p e r p a d u a n , keharmonian dan kesepakatan dalam masyarakat Islam serta kebahagiaan dunia dan akhirat sejajar dengan konsep 1 Muslim Dakwah Didahulukan, Saudara Muslim Diutamakan," kata beliau. Dr. Rais mengucapkan terima kasih kepada Perkim Cawangan Manjung kerana turut menganjurkan bersama m a j l i s te rs e b u t b e rs e m p e n a sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-55. "Ia merupakan sejarah bagi Perkim Kebangsaan kerana buat julung kalinya mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di luar Kuala Lumpur," ujarnya. "Ia merupakan satu-satunya tadika Perkim di luar Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh sekumpulan Saudara Muslim. Kanak-kanak tadika Islam tersebut terdiri bukan sahaja daripada kalangan kanak-kanak Muslim bahkan kanak-kanak bukan Muslim berbangsa Cina dan India juga dihantar oleh ibu bapa mereka di sini," jelas Dr. Rais. Katanya lagi, majoriti di antara ibu bapa berminat menghantar anakanak mereka di tadika itu kerana mereka mendapat didikan dan tunjuk ajar seperti menghormati ibu bapa, adab serta kebersihan. Dr. Rais menyeru supaya umat Islam menunjukkan 'The Friendly Face' iaitu bersahabat dengan semua kaum seperti yang disarankan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Katanya, Perkim Kebangsaan menyokong hasrat Perkim Cawangan

Suasana rumah terbuka Aidilfitri.

Dr. Rais menyampaikan sumbangan wang raya kepada kanak-kanak Tadika Perkim.

Manjung untuk mengubah suai sekali gus menaik taraf tadika itu melalui sumbangan dan bantuan agensi kerajaan, swasta serta orang ramai. Dr. Rais juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Perkim Bahagian Negeri Perak, Dato' Dr. Abu Bakar Shaari kerana pada Jun l a l u b e r j ay a m e n g e n d a l i k a n Mesyuarat Agung Tahunan Perkim Kali Ke-51 di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Beliau menyeru agar ahli-ahli Perkim memperkenalkan Perkim kepada masyarakat setempat melalui hebahan untuk menambahkan bilangan keahlian Perkim cawangan Manjung dalam melaksanakan dakwah, kebajikan serta meluaskan syiar Islam. "Tugas Perkim ialah menyebarkan sebanyak mungkin nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan sesuai dengan tujuan Pengasas Perkim, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj supaya ada sekumpulan manusia yang
Lihat M/Surat 11

10

www.perkim.net.my
DARI M/SURAT 10

Aktiviti

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

bergerak untuk menyebarkan kebaikan dan menggalakan perkaraperkara kebajikan serta mencegah kemungkaran," tegasnya. Beliau juga menyarankan agar ahli Perkim menyambung natijah dan wasiat Tu n k u s u p a y a I s l a m d a p a t diperkembangkan secara meluas. Seluruh Perkim bahagian dan c a wa n ga n h a r u s m e m a i n ka n peranan menganjurkan kelas agama harian seperti yang dilakukan Perkim Kebangsaan kepada Saudara Muslim agar mereka tidak ketinggalan dalam mendalami ilmu akidah, ibadah, hadis, sirah Nabi dan sebagainya dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Dr. Rais turut menyampaikan wang raya kepada Kanak-kanak Tadika Islam Perkim dan Saudara Muslim. S e l a i n i t u , D r. A b u B a k a r menyampaikan wang raya kepada kanak-kanak bawah umur dua belas tahun manakala Pengerusi Perkim Cawangan Manjung, Hj Roslin Om serta Ahli Jawatankuasa Perkim Cawangan Manjung, Dato' Mohd. Syaifu Abdullah masing-masing menyampaikan wang raya kepada warga emas Ahli Perkim Manjung. Menurut Penyelia Tadika Islam Perkim Kampung Koh, Hjh. Zainon Zakaria, taman didikan kanak-kanak Islam (Tadika Islam) tersebut ditubuhkan beberapa tahun selepas penubuhan Perkim dan ia dikendalikan oleh Salina Yong Abdullah dan kini ianya dikendalikan sepenuhnya oleh Perkim Cawangan Manjung. Jelasnya lagi, kanak-kanak tadika berbangsa Melayu, Cina dan India di tadika tersebut diajar menggunakan silibus pendidikan asas pra sekolah dengan pendekatan pemupukan intelektual dan daya kreativiti secara Islamik. "Antara pendekatan pengajaran
D r. A b u B a ka r ( d u a d a r i k i r i ) menyampaikan sumbangan wang raya kepada kanak-kanak.

Istimewanya majlis tersebut ialah kehadiran warga Perkim Kebangsaan memeriah, meraya serta meraikan bersama bersama Saudara Muslim dan masyarakat setempat," katanya. Jelasnya lagi, Islam amat menitikberatkan umatnya agar saling hidup dalam kerukunan. Majlis tersebut merupakan peluang yang perlu digunakan bagi memupuk pengenalan, permuafakatan serta persefahaman dalam menyuburkan hubungan sesama Islam dan antara berlainan bangsa. "Selain memperkenalkan tadika te rs e b u t ke p a d a m a sya ra kat setempat, ia juga menghidupkan semangat muhibah di samping menikmati juadah yang disediakan serta menerima wang raya," ujar Samhah yang dinobatkan sebagai Anugerah Khas Tokoh Saudara Muslim Wanita di Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2012 pada 9 Jun 2012 lalu. Majlis diserikan lagi dengan pesembahan Aidilfitri daripada Kanak-kanak Tadika Islam Perkim. Antara juadah yang disediakan adalah ketupat, lemang, rendang, nasi himpit, sate, bihun goreng, mee kari, bihun sup, buah-buahan, kuih muih dan sebagainya. Turut hadir, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj Hasbullah L Isa; Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun; Naib Pe n g e r u s i Pe r k i m C a wa n ga n Manjung, Syed Abdul Rani Alang Sareh; Mantan DUN Cempaka, Dato' Muhammad Danial Yap; Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial, Suariza Hidayah Muhammad; Pegawai Dakwah dan Penyelidikan Perkim, Muhammad Farhan Tee Abdullah dan Pegawai Dakwah Tajdid Pemikiran Islam Perkim, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan.

Tetamu kehormat bersama Saudara Muslim merakamkan gambar kenangkenangan di hadapan Tadika Perkim.

dilaksanakan ialah mengenal, mengeja, membaca, mengira, melakar, mewarna, menggunting, menampal, nyanyian, padanan, muzik, hafalan, penceritaan, permainan dan sebagainya yang dikendalikan Guru Tadika Islam Perkim, Laili Othman," jelas Zainon. S e l a i n s i s t e m p e m b e l a j a ra n menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, kanak-kanak turut diajar menguasai Bahasa Cina. Mereka juga diajar mengenai adab, budaya, sahsiah, kebersihan, pengurusan diri dan akhlak terpuji seperti mana yang disyariatkan Islam. Zainon berharap, Perkim perlu memainkan peranan bagi menaik taraf serta pengubahsuaian tadika untuk menampung keperluan prasarana dan kemudahan serta keselesaan di tadika tersebut. Setiausaha Perkim Cawangan Manjung, Samhah Nu Abdullah berkata, setiap tahun diadakan majlis itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara sesama Islam dan bukan Islam, bersalam serta bermaaf-maafan di antara mereka.

11

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Berita

www.perkim.net.my

RAMADAN PERKIM KUIS BERSAMA ORANG ASLI SUNGAI BULOH

Oleh : MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

asa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia b e r p u a s a ) s e b a ny a k h a r i y a n g ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat p et u n j u k N y a d a n s u p a y a ka m u bersyukur. (al-Baqarah: 185)

Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dianugerahkan oleh Yang Dipertua Perkim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Kelab Terbaik Keseluruhan Anugerah Sri Cemerlang Majlis Permuafakatan Kelab Perkim Universiti (Mampu) di ibu negara pada 28 Julai lalu, tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa berbeza pada Ramadan yang lalu. Program yang dinamakan 'Ihya' Ramadan Bersama Komuniti Orang Asli Sungai Buloh' itu dianjurkan Perkim Kebangsaan bertempat di Madrasah as-Saadah, Kampung Orang Asli Sungai Buloh, Selangor pada 4 hingga 5 Ogos 2012 lalu. Melalui kerjasama pelbagai pihak seperti Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Perkim Bahagian Negeri Selangor dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kelab Perkim Kuis, banyak pengisian menarik b e r j aya d i a d a ka n s e p a n j a n g program.

Penyelaras Mampu, Suariza Hidayah Muhammad, Ramadan merupakan bulan diwajibkan berpuasa kepada seluruh umat Islam yang penuh dengan barakah dan ganjaran pahala berlipat kali ganda dijanjikan Allah SWT untuk setiap amalan yang dilakukan. "Seramai 45 mahasiswa Kelab Perkim Kuis dibahagikan kepada 22 keluarga angkat di kawasan terbabit, program selama dua hari itu biar pun singkat tetapi cukup bermakna bagi berkongsi kehidupan bulan Ramadan di kawasan perkampungan itu," katanya. "Melalui program itu, mereka dapat m e l i h a t d a r i d e k a t ke h i d u p a n masyarakat Orang Asli Sungai Buluh dalam melaksanakan ibadah puasa serta menyelami sendiri kegiatan penduduk kampung terbabit," ujar Suariza yang juga Ketua Unit Kebajikan dan Hal Ehwal Sosial Perkim. Jelasnya lagi, Perkim menjadikan mahasiswa Kelab Perkim Kuis sebagai penggerak dakwah untuk memberi sokongan padu dalam menyebarkan dakwah Islamiah secara berhikmah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Katanya, majoriti penduduk kampung terbabit berasal dari suku kaum Temuan dan selebihnya kaum Semelai dan Jakun serta terdapat kira-kira 108 orang penduduk yang terdiri daripada 25 keluarga. Seramai 51 orang di antara mereka yang beragama Islam dan bakinya masih mengamalkan agama tradisi mereka. Ujar Suariza lagi, antara aktiviti yang diadakan sempena Ramadan ialah menziarahi penduduk kampung , sumbangan berbentuk makanan asasi, praktikal solat, tazkirah, majlis berbuka puasa, solat fardu, solat sunat terawih, moreh, sahur, motivasi remaja dan sebagainya yang diketuai oleh Yang Dipertua Kelab Perkim Kuis, Mohd. Ilham Amri. "Keadaan penempatan kampung yang
Lihat M/Surat 13

Penganjuran majlis-majlis berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini merupakan agenda kewajipan pelbagai pihak untuk beramal serta melaksanakan tanggungjawab sosial.

Mahasiswa Kuis menziarahi penduduk kampung sambil menyampaikan sumbangan berbentuk makanan.

Praktikal solat kepada kanak-kanak kampung.

Pelbagai juadah berbuka puasa istimewa disediakan kepada penduduk kampung.

Ustaz Mohd. Najib Taha menyampaikan takzirah Ramadan sebelum tibanya waktu berbuka puasa.

12

www.perkim.net.my
DARI M/SURAT 12

Berita
dilakukan Perkim dengan membuat kajian, pembacaan, berfikir, carian bagi menambahkan pengetahuan dan maklumat. "Perkim melaksanakan kerja-kerja d a k w a h d a n ke b a j i ka n d e n ga n membantu mereka terutamanya Saudara Muslim dan tidak terkecuali orang fakir, miskin, ibu tunggal dan sebagainya dalam meraikan bulan yang mulia itu," jelas Dr. Rais. "Ramadan merupakan bulan mendidik jiwa umat Islam untuk membuktikan tahap ketakwaan dan keimanan dalam mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah SWT," ucap Dr. Rais selepas menyampaikan sumbangan hamper berbentuk al-Quran, sejadah, telekung, kain pelekat dan buku fardu ain kepada penduduk kampung. Beliau mengajak hadirin bersama-sama meminta keampunan dan bertaubat kepada-Nya serta dijauhkan daripada siksa neraka kerana rahmat Allah lebih luas dari kemurkaan-Nya. Turut diadakan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Najib Taha selaku pendakwah bebas. Najib dalam ceramahnya menyeru supaya meningkatkan segala amal ibadah bagi menambah ketakwaan di bulan Ramadan kerana ganjaran pahala dilipat gandakan oleh Allah SWT. Katanya, sesiapa yang beribadah dan menghidupkan malam yang dikenali lailatul qadar, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah bersamaan beribadat selama 83 tahun. Uwais al-Qarni merupakan pemuda Islam yang hebat berasal dari Yaman kerana sebelum kewafatan Rasulullah SAW, baginda berpesan kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali Abi Talib agar bertemu Uwais untuk meminta beliau mendoakan kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa mereka walaupun mereka merupakanAsharal Mubassyirina bil Jannah iaitu sepuluh sahabat dijamin syurga Allah SWT.

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

berhampiran bandar, majoritinya mencari sumber pendapatan di luar kampung manakala kampung tersebut dilengkapi bekalan elektrik dan air bagi ke m u d a h a n p e n g g u n a a n h a r i a n mereka," katanya. Kata Suariza lagi, mahasiswa-mahasiswa bersama urus setia Perkim turut bersama-sama bertungkus-lumus dan bergotong-royong dalam penyediaan makanan untuk berbuka puasa diketuai oleh Hamidah Ismail. "Antara juadah berbuka puasa ialah ayam masak lemak cili api, kerang rebus, ikan bakar, daging dendeng, udang rempah, telur dadar, sayur-sayuran dan ulam-ulaman dimasak khas untuk penduduk kampung sempena berbuka puasa," ujarnya. Majlis diserikan lagi dengan ucapan perasmian Pemangku Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dato' Dr. Muhammad Rais Abdul Karim. Dr. Rais dalam ucapannya berbesar hati dan berterima kasih kerana kesudian penduduk kampung menerima Perkim dalam melaksanakan usaha dakwah serta kebajikan di kampung itu bersama mahasiswa. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13) Perkim membawa misi dakwah tersebut ke mana sahaja termasuk ke kampung Cina, India dan Orang Asli agar dapat berkenal-kenalan dan beramah mesra antara pelbagai bangsa dan bersuku puak. Beliau menyeru golongan muda terutamanya mahasiswa kelab Perkim untuk bersama berganding bahu membantu kerja-kerja dakwah yang

dengan melakukan taubat nasuha serta kekalkan hidayah Islam yang terdapat di dalam diri hingga ke akhir hayat. Turut hadir, Penolong Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Datuk Hj. Hasbullah L. Isa; Pengarah Dakwah Perkim, Hj. Abdul Hanif Harun; Pegawai Dakwah Tajdid Pemikiran Islam, Siti Munirah Sayed Mohd. Hamdan; Pegawai Jakoa Daerah Gombak, Yaacob Wanok; Pembantu Hal Ehwal Islam Mais, Nor Kamal Affan Kamaruddin; Penghulu Kampung Orang Asli Sungai Buloh, Musa Punyah, Bendahari Madrasah as-Saadah, Norisah Rasih. APA KATA MAHASISWA NADHIRAH AZNAN , 22 (Jurusan Pengurusan Sumber Insan, KUIS) Pendapat saya, "program seperti ini setidak-tidaknya mampu menerapkan penduduk kampung dengan dakwah yang berkesan melalui pendekatan mahasiswa menziarah ke perkampungan Orang Asli dalam hari kebesaran Islam yang tertentu dan perlu dijadikan agenda utama supaya keimanan dan keyakinan mereka terhadap Islam dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Program seperti ini perlu ditambahkan lagi aktiviti seperti singgah sahur, tilawah, kuiz agama dan sebagainya." NORUL HAFSAH ISMAIL, 24 (Jurusan Pengurusan Sumber Insan, KUIS) Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat mengenali dengan lebih dekat budaya dan kehidupan suku kaum Temuan dan Semelai serta ianya merupakan pengalaman yang baharu bagi diri dalam mengenali masyarakat Orang Asli. Saya mencadangkan diadakan hiburan Islam seperti lagu erti Fatihah, tayangan video kebesaran Allah, sambutan Aidilfitri, Aidiladha dan Maulidur Rasul agar mereka tersemat jiwa Islam.

Beliau menyeru hadirin menambahkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah Mahasiswa bersama penduduk kampung
bergambar kenang-kenangan di akhir program.

13

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Berita

www.perkim.net.my

MASUK ISLAM KERANA SEORANG BUDAK KECIL


agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia b e r t a nya " A d a s e s i a p a n a k menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. "Pada Jumaat minggu lepas saya m e n g a m b i l ke p u t u s a n u n t u k membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benarbenar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan 'malaikat' kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.
Sumber: melayukini.net

etiap Jumaat, selepas selesai solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?"

"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah." "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika huj an tu run " Ayah nya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini" Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah" Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Pintu rumah diketuk namun tiada jawapan. Ada sesuatu yang menghalangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya

14

www.perkim.net.my

BICARA AD-DIN

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Soal Jawab Agama


Bersama :

Ustaz Sayyid Musal Kazim Ketua Unit Hal Ehwal Saudara Muslim, PERKIM

Soalan 1. Assalamualaikum wbt. Saya berniat untuk bertukar kepada agama lain dan sudah lama meninggalkan ajaran Islam. Walaubagaimanapun, saya tidak melakukan dosa-dosa besar. Selepas ayah meninggal dunia, saya menjadi seorang yang pemarah kepadaNya. Saya masih belum dan tidak akan berkahwin. Saya juga benci kepada keluarga dan juga diri sendiri. Jawapan: Waalaikumussalam wbt. Kehidupan ini hanya sekali . Mengapa saudari ingin memusnahkan kehidupan saudari? Saya sayang Islam kerana Islam sayangkan saya, saya tidak membenci diri sendiri kerana saya sayangkan diri saya. Saya nasihatkan agar saudari belajar menyayangi diri sebelum menghukum diri sendiri disebabkan tidak mahu mengetahui makna kehidupan sebenar. Sila hubungi Ustaz Sayyid/Ustaz Sulaiman di talian 03- 40412482 untuk khidmat nasihat lebih lanjut. Soalan 2. Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanya bila seseorang muallaf layak menerima zakat dan siapa perlu saya berhubung berkenaan perkara tersebut. Jawapan: Waalaikumussalam wbt. Seseorang muallaf layak menerima bantuan zakat berdasarkan kriteria tertentu. Walau bagamanapun, Islam menggalakkan umatnya supaya berusaha dan berdikari. "Tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan yang menerima " . Saudara dinasihatkan supaya menghubungi Pejabat Agama Islam berhampiran untuk keterangan lanjut.

Soalan 3. Assalamualaikum wbt. Saya ada terbaca petikan yang mengatakan pasangan yang terlanjur tidak dibenarkan berkahwin sehingga anak yang dikandung tersebut lahir dan sekiranya mereka berkahwin juga untuk menutup malu, adakah sah perkahwinan tersebut? Jika tidak sah apakah yang patut dilakukan? Sekiranya perempuan tersebut bukan beragama islam adakah sama hukumnya dengan perempuan beragama islam? Jawapan: Waalaikumussalam wbt. Berzina adalah dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT. Oleh yang demikian, berhenti serta merta dari perbuatan keji itu dan bertaubat, memperbanyakkan amal kebaikan serta memelihara akhlak dan menjauhkan diri semua perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Dalam keadaan hamil dari luar nikah dibolehkan bernikah tetapi anak itu tetap anak luar nikah dan tidak boleh di Bin atau di Bintikan kepada lelaki yang menyebabkan kehami lan dan perkahwinan tersebut sah. Jika ingin berkahwin, wajib perempuan itu memeluk Islam dan hukumnya sama seperti di atas. Soalan 4. Assalamualaikum wb t . Bagi seseorang yang ingin mendalami Islam, apakah patut dilakukan sebagai permulaan. Saya ingin lebih memahami dan mendalami ayat-ayat Al-Quran dan asas solat. Jawapan: Waalaikumussalam wbt. Untuk mendalami mengenai islam sila hubungi Pejabat Agama/ Pejabat PERKIM/Masjid/Surau yang berhampiran. InsyaAllah saudara akan mendapat bantuan sewajarnya atau sila hubungi kelas agama PERKIM di talian 03-40412482.

15

BULETIN PERKIM EDISI 09 & 10/2012

Aktiviti

www.perkim.net.my

Diriwayatkan dari Aisyah ra : Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad Saw, apakah amal (ibadah) yang paling dicintai Allah? Nabi Muhammad Saw bersabda, amal (ibadah) yang dilakukan secara tetap meskipun sedikit

Pengasas PERKIM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Yang Dipertua PERKIM Tun Dr. Mahathir Mohamad Sekarang

SEBAHAGIAN AKTIVITI PERKIM KEBANGSAAN SEPANJANG BULAN SEPTEMBER & OKTOBER 2012

BENGKEL PENYELARASAN DAKWAH PERKIM 2012 HOTEL GRAND PACIFIC (24-26 SEPT 2012)

EXPLORACE KEMBARA MENGHAYATI CIPTAAN ALLAH 2012 - BUKIT DAMANSARA (23 SEPT 2012)

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI - TADIKA KAMPUNG KOH SETIAWAN, PERAK (2 SEPT 2012)

PENYERAHAN ZAKAT AIDILFITRI 2012 - SEKITAR KUALA LUMPUR (14 OGOS 2012)

PERSIDANGAN ANTARABANGSA KESENGSARAAN ETNIK ROHINGYA, JALAN PENYELESAIAN - AUDITORUM MUZIUM KESENIAN ISLAM KUALA LUMPUR (17 SEPT 2012)

SAMBUTAN HARI RAYA WARGA KERJA PERKIM 2012 PERKIM HQ (14 SEPT 2012)

14

You might also like