You are on page 1of 10

SCE 3102 Childrens Learning in Science

TOPIK 2
Sinopsis

CARA KANAK-KANAK BELAJAR SAINS

Topik ini membincangkan tentang struktur otak manusia dan fungsi otak dalam proses pembelajaran. Otak manusia terdiri daripada berjuta-juta neuron yang merupakan struktur asas otak. Struktur ini yang berfungsi memindahkan utusan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Berasaskan stuktur dan fungsi otak, pembelajaran berasaskan otak telah diperkenalkan. Terdapat dua belas prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak. Hasil Pembelajaran Menghuraikan struktur dan bahagian-bahagian otak manusia Membincangkan fungsi otak dalam proses pembelajaran Membincang maksud pembelajaran berasaskan otak Menyenaraikan prinsip-prinsip utama dalam pembelajaran berasaskan otak Pengenalan

Cara kanak-kanak belajar

Struktur Otak dan fungsinya dalam pembelajaran

Pembelajaran berasaskan otak

SCE 3102 Childrens Learning in Science

2.1

Struktur Otak dan fungsinya dalam pembelajaran

Saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram yang terdiri daripada 10-12 bilion sel. Kranium dan bendalir memberi perlindungan kepada otak. Bahagian-Bahagian Otak Otak manusia terdiri daripada beberapa bahagian: Saraf Tunjang Medula Oblongata dan Pons Otak Tengah Diensefalon Serebelum Serebrum
Rajah 1: Bahagian-bahagian otak
[Sumber: thehomeschooladventure.com]

Setiap bahagian otak mempunyai fungsi yang tertentu (Rujuk Jadual 1 dan Rajah 1 dan Rajah 2). BAHAGIAN OTAK Saraf Tunjang FUNGSI Menerima maklumat daripada sistem sensori (kulit, mata, telinga, lidah & hidung) sendi otot dan anggota lain, lalu mengeluarkan arahan motor untuk bertindak balas (seperti melakukan pergerakan) Merupakan sambungan atau jambatan antara saraf tunjang dan bahagian atas otak. Medula ialah pusat proses-proses tidak sedar seperti respirasi, denyutan jantung, tekanan darah, menelan, batuk, bersin dan lain-lain. Terlibat pada proses pendengaran, proses visual dan pengendalian gerakan mata, dan juga terlibat pada sistem homeostasis dan lintasan refleks

Medula Oblongata dan Pons

Otak Tengah

SCE 3102 Childrens Learning in Science

BAHAGIAN OTAK Diensefalon terdiri daripada hipotalmus dan talamus Serebelum:

FUNGSI Mengawal fungsi involuntari (pernafasan, suhu badan) memproses maklumat terlibat dengan penglihatan, pendengaran, rasa. Permukaan serebrum terdiri daripada jirim kelabu dan berlipat-lipat dan jirim putih memenuhi bahagian dalamnya. Serebelum menerima impuls dari organorgan deria yang berkaitan dengan keseimbangan badan. Fungsi serebelum ialah menyelaras pergerakan badan & mengekalkan keseimbangan (berjalan, berlari) Bahagian otak yang paling besar (2/3 otak manusia) dan memenuhi bahagian atas serta hadapan ruang kranium dan terbahagi kepada 2 hemisfera: - Hemisfera Kanan menerima impuls dari sebelah kiri badan. - Hemisfera Kiri menerima impuls dari sebelah kanan badan. Kopus Kasolum menghubungi keduakedua bahagian serebrum. Lebih banyak lipatan dan terdiri daripada jirim kelabu.

Serebrum

Jadual 1 : Struktur dan fungsi bahagian- bahagian otak

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Rajah 2 : Bahagian-bahagian otak mempunyai fungsi tertentu

[Sumber:http://hafeezee09.blogspot.com/2009/05/keajaiban-otak-manusia.html]

Baca tentang teori otak Truine oleh Paul D. MacLean, Baca tentang teori otak Truine oleh Paul D. MacLean, teori otak Roger Sperry dan teori pelbagai kecerdesan teori otak Roger Sperry dan teori pelbagai kecerdesan oleh Howard Gardner serta perkembangan oleh Howard Gardner serta perkembangan pembelajaran. Sediakan ringkasan dalam bentuk power pembelajaran. Sediakan ringkasan dalam bentuk power point dan muat naik ke laman blog kumpulan anda. point dan muat naik ke laman blog kumpulan anda. Anda boleh pergi ke laman sesawang berikut; Anda boleh pergi ke laman sesawang berikut; http://www.scribd.com/Artikal-Teori-Otak-Dan-Pembelajaran-Zainuddin-Mamat/d http://www.scribd.com/Artikal-Teori-Otak-Dan-Pembelajaran-Zainuddin-Mamat/d/3 sebagai permulaan. sebagai permulaan.

http://www.lumosity.com/personal-training-plan Laman sesawang ini mengandungi banyak latihan untuk menajamkan otak anda.

Berehat Berehat sebentar! sebentar!

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Pemindahan Maklumat Antara Sel Otak Maklumat yang datang daripada persekitaran melalui deria-deria dianalisiskan oleh otak untuk tindakan selanjutnya. Komponen utama dalam sistem saraf ialah sel yang dipanggil neuron. Sel ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada lokasi di otak dan fungsi. Secara umum, sesuatu neuron terdiri daripada beberapa bahagian (Rajah : Jasad Sel - menganjur daripadanya ialah cabang-cabang halus yang dipanggil Dendrit. Akson - tiub panjang (berbeza antara beberapa milimeter hingga satu meter) yang menjadi saluran antara jasad sel dengan neuron lain. Akson membolehkan neuron-neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Akson disaluti dengan lapisan lemak yang dipanggil Sarung Mielin. Butang Terminal - Hujung akson yang dipanggil butang terminal hampir-hampir menyentuh dendrit neuron yang lagi satu. Sinaps - ruang di antara butang terminal dan dendrit dipanggil sinaps. Neurotransmitter - Komunikasi antara neuron berlaku apabila butang terminal melepaskan kimia-kimia yang dipanggil neurotransmitter dan hubungan dibuat yang membolehkan impuls saraf yang berunsur elektrikal disalurkan melalui jambatan cantuman kimia. Impuls saraf selalu bergerak mengikut satu arah melalui neuron. Impuls diterima oleh dendrit, dipindahkan kepada jasad sel dan kemudian dihantar melalui akson kepada dendrit neuron yang lain. Melalui cara ini, maklumat mengalir dan disalurkan ke seluruh sistem saraf; iaitu daripada otak ke bahagian-bahagian lain badan dan sebaliknya.

Rajah 3: Struktur neuron


[Sumber: www.science.kennesaw.edu] 5

SCE 3102 Childrens Learning in Science

2.2

Pembelajaran berasaskan otak


Pembelajaran berasaskan otak adalah satu pendekatan pengajaran yang menyeluruh menggunakan dapatan kajian sains neuro semasa. Pembelajaran ini menegaskan cara otak belajar berasaskan pengetahuan kita tentang stuktur dan fungsi otak manusia pada tahap-tahap perkembangan yang berbeza. Jenis pembelajaran ini merangkumi konsep-konsep yang berkaitan diantaranya; Pembelajaran masteri Pembelajaran experiential Gaya pembelajaran Pembelajaran berasaskan masalah

[Sumber:
http://www.finger2brain.com/article ?lang=en]

Pembelajaran berasaskan otak adalah satu teori yang menyatakan bahawa proses pembelajaran berkait rapat dengan struktur dan perkembangan otak. Jika otak tidak dihalang daripada proses-proses semulajadi berlaku, maka akan berlakulah proses pembelajaran. Acapkali persekitaran yang menganggu pembelajaran yang dilakukan oleh otak kita. Pengajaran yang kurang sesuai dengan gaya pembelajaran kanak-kanak, kurikulum yang terlalu padat, dan komuniti yang mementingkan peperiksaan daripada pembelajaran seringkali menyebabkan ada kanak-kanak yang diabaikan, minatnya berkurangan dan akhirnya pembelajaran tidak berlaku.

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Prinsip utama pembelajaran berasaskan adalah: Otak adalah pemproses selari iaitu boleh berfungsi menjalankan beberapa aktiviti dalam satu masa. Pembelajaran menghubungkaitkan keseluruhan fisiologi Mencari makna secara dalaman Mencari makna melalui pencorakan Emosi adalah penting dalam pencorakan Otak memproses secara keseluruhan dan bahagian secara serentak Pembelajaran melibatkan persepsi periferal dan penumpuan yang sedang ditumpukan. Pembelajaran melibatkan proses sedar dan luar sedar. Terdapat dua jenis ingatan iaitu spatial dan hafalan Pemahaman tertinggi berlaku apabila pengetahuan diletak (embedded) dalam spatial memory. Pembelajaran akan berkembang melalui cabaran tanpa paksaan. Otak adalah unik Caine and Caine [1991] 1. Layari internet. 1. Layari internet. 2. Kumpulkan beberapa contoh rancangan pelajaran 2. Kumpulkan beberapa contoh rancangan pelajaran Sains Sains yang menggunakan pembelajaran berasaskan otak. yang menggunakan pembelajaran berasaskan otak. 3. Kenalpasti prinsip yang diintegrasikan dalam 3. Kenalpasti prinsip yang diintegrasikan dalam rancangan rancangan itu. itu. Tiga teknik pengajaran yang berhubungkait dengan pembelajaran berasaskan otak adalah; Orchestrated immersion: Mengujudkan suasana pembelajaran yang melibatkan pelajar dalam pengalaman pembelajaran. Relaxed alertness:Mengelakkan ketakutan dalam proses pembelajaran Active processing: Membolehkan pelajar mengukuhkan dan memahami maklumat secara mendalam melalui proses yang aktif Cara otak berfungsi memberikan impak yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran yang berkesan. Anda perlu membantu kanak-kanak mengembangkan pengalaman pembelajaran mereka. Elemen- elemen interaktif yang penting dalam proses ini adalah seperti berikut; Guru perlu menyediakan pengalaman yang komplek dan interaktif yang sebenar dan pelbagai. Pastikan suasana pembelajaran selamat jika anda hendak berfikir. Ini telah dibuktikan melalui kajian bahawa fikiran akan terganggu sekiranya kanakkanak rasa takut atau stres
7

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Kanak-kanak perlu ada cabaran yang bermakna dalam dirinya Galakkan kanak-kanak supaya menyedari struktur metakognisinya. Disini kanak-kanak boleh meneroka cara terbaik untuk dia berfikir dan belajar Bagi mempastikan kanak-kanak memahami sesuatu masalah secara mendalam, mereka harus membuat analisis secara intensif dari pelbagai pendekatan Maklumbalas adalah terbaik apabila ia hadir secara realiti berbanding daripada pihak berautoriti Benarkan kanak-kanak peluang untuk mengoptimumkan pembelajarannya dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang berbeza-beza untuk aktiviti-aktiviti yang berbeza. Gunakan pencahayaan dan musik untuk meransang pemikiran mereka Pembelajaran lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik Gambaran keseluruhan tidak boleh dipisahkan daripada bahagianbahagiannya. Senantiasa peka kepada perbezaan individu kanak-kanak. Guna teknikteknik yang berbeza bagi kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan pelbagai atau gaya pembelajaran yang berbeza. Gunakan aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Senantiasa hubungkaitkan dengan pengetahuan sedia kanak-kanak atau pun kaitkan dengan kehidupan seharian mereka. Ini akan mewujudkan pembelajaran yang bermakna. Penyelesaian masalah terbaik adalah ketawa. Kesimpulannya bagi menjayakan pembelajaran berasaskan otak ini guru perlu memahami kaitan antara struktur otak dan fungsinya dalam proses pembelajaran. Guru pelu sedar tentang perbezaan prestasi di antara kanak-kanak adalah disebabkan oleh kematangan otaknya. Jadi sekiranya anda dapati ada kanakkanak yang tidak dapat belajar secepat kanak-kanak yang lain, janganlah terlalu sepat unuk menghukum kanak-kanak itu. Anda perlu selidiki latar belakang kanakkanak bagi memahami tahap perkembangan otaknya, mungkin dia mengalami masalah pembelajaran disebabkan oleh struktur atau fungsi otaknya. Kalau dibandingkan pembinaan menghukum dengan pembelajaran konsep-konsep minda secara secara yang tradisional bermakna, mahu kerap malah kali menghalang atau pemerolehan pemahaman yang baik dan mendalam, tidak menggalakkan mengabaikan secara berfikir kreatif.

Rancangkan satu pengajaran bagi satu tajuk berasaskan Rancangkan satu pengajaran bagi satu tajuk berasaskan pembelajaran berasaskan otak. Bincangkan prinsippembelajaran berasaskan otak. Bincangkan prinsipprinsip pembelajaran berasaskan otak yang anda prinsip pembelajaran berasaskan otak yang anda gunakan dalam rancangan tersebut. gunakan dalam rancangan 8 tersebut.

SCE 3102 Childrens Learning in Science

SCE 3102 Childrens Learning in Science

References Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5 th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. http://peoplelearn.homestead.com/psychlearncontent4.html http://www.apa.org/education/k12/brain-function.aspx http://www.uwsp.edu/education/lwilson/brain/bbusingbrain.htm http://pendekatanpembelajaran.blogspot.com/

10