You are on page 1of 20

KONSEP PENGANGKUTAN AWAM

Pengangkutan awam adalah merujuk perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar yang digunakan oleh masyarakat awam untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain. Pengguna dikehendaki membayar kos perkhidmatan pengangkutan tersebut. Sesetengah perkhidmatan menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Perkhidmatan kenderaan pengangkutan awam berbayar ini merangkumi perkhidmatan bas, van, teksi, rapid transit dan LRT, monorel. Antara perkhidmatan pengangkutan awam jenis klasik termasuklah perkhidmatan kereta kuda, kereta lembu, beca dan lamca. Antara perkhidmatan lain termasuklah kapal terbang, feri dan keretapi.

Kepentingan pengangkutan awam adalah berbeza-beza mengikut saiz lokasi. Kajian membuktikan bahawa perkhidmatan pengangkutan awam sangat penting di kawasan bandar yang padat dan sentiasa sesak dengan kenderaan, terutama di kawasan bandar utama. Perkhidmatan bas rapid dan teksi mendapat sambutan tinggi di kawasan Bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Baharu. Pemilihan pengangkutan awam dianggap pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan, penjimat kos petrol dan faktor keselamatan serta keselesaan perkhidmatan.

Di kawasan pinggir bandar dan pekan-pekan kecil, perkhidmatan bas lebih tertumpu kepada perkhidmatan bas awam, bas kilang, bas sekolah dan bas persiaran. Perkhidmatan van turut disediakan bagi mengangkut pekerja kilang dan murid-murid sekolah. Perkhidmatan teksi turut menyediakan perkhidmatan penghantaran jauh atau penghantaran segera. Perkhidmatan beca dan kereta sapu masih wujud di pekan-pekan kecil terutama di kawasan sempadan negara.

PENDAHULUAN

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran dan keperluan peperiksaan PMR untuk mata pelajaran Geografi pelajar-pelajar dikehendaki menjalankan kerja amali di lapangan. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memberi dua pilihan tajuk atau tugasan untuk kerja kursus PMR 2013. Saya telah memilih tugasan 1 iaitu kajian tentang pengangkutan awam. Tajuk kajian saya ialah "Kajian Tentang Pengangkutan Awam di Taman Daya,Johor Bharu, Johor" Kawasan yang saya pilih untuk kajian saya ialah kawasan sekitar Taman Daya. Kawasan kajian saya terletak dalam zon Tebrau, daerah Johor Bharu.Saya memilih kawasan kajian ini memandangkan terdapat beberapa dua jenis pengangkutan awam yang beroperasi di kawasan tersebut . Melalui kajian ini saya dapat mengetahui sejauh mana pengangkutan awam terutamanya bas memberi manafaat kepada penduduk setempat. Selain itu saya juga ingin mengetahui dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan kajian akibat dari pengangkutan awam bas yang beroperasi dalam kawasan petempatan Taman Daya. Saya diberikan (tempoh selama 8 minggu) untuk menyiapkan tugasan iaitu dari bulan Mac hingga Mei

PENGHARGAAN
Alhamdullilah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengizinkan saya menyiapkan kerja kursus ini. Insya Allah, kerja kursus ini akan memberi banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa saya menjalankan kajian pada masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan kepada Puan Pengetua iaitu Ustazah Mardziah Binti Che Abdullah dan guru pembimbing saya iaitu Puan Hayati Binti Ismail dan Encik Abdul Hadi Bin Muda kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara cara untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Mereka juga telah membantu menyemak data dan laporan serta membuat teguran supaya kerja kursus ini dapat dilakukan dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kedua ibu bapa saya iaitu Encik Azmi Bin Abdul Karim dan Puan Fatimah Binti Nuralahid. Mereka telah banyak menolong saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini. Ini kerana kerja kursus ini memerlukan motivasi, dorongan, daya usaha dan wang ringgit.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya, Iezlan Syafiq Bin Ikhwan kerana telah memberi pertolongan untuk mencari maklumat di Taman Daya.Juga kepada bapa saudara saya Encik Razali Bin Abdul Karim atas pertolongan yang telah diberikan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:

1.Mendifinisikan konsep pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bharu, Johor.

2.Mengenalpasti jenis-jenis pengangkutan awam di Taman Daya,Johor Bharu, Johor

3.Menyatakan kepentingan perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bharu, Johor.

4.Mengkaji masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bharu, Johor.

5.Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya, Johor Bharu, Johor.

6.Menyemai semangat bekerjasama dan semangat 1Malaysia.

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian yang saya pilih dalam melengkapkan kerja kursus ini ialah Taman Daya, Johor Bharu, Johor yang terletak kira-kira 14km dari utara Bandaraya Johor Bharu.Taman Daya merupakan sebuah kawasan kediaman yang telah dibangunkan oleh syarikat Keck Seng Sdn. Bhd.

Sejarah awal kawasan ini merupakan kawasan kampung yang dipenuhi dengan tanaman getah dan kelapa sawit. Pada akhir 1980-an,kawasan ini telah dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah kawasan petempatan utama di Johor Bharu. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi yang beralun dan bersaliran baik.

Kawsan Taman Daya terletak di Parlimen Tebrau dan diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbadanan Johor Bahru Tengah. Kawasan perumahan di Taman Daya ini berdekatan dengan Taman Mount Austin,Taman Setia Indah,Taman Delima dan taman lain lain.Di Taman Daya, pihak pemaju perumahan telah mempertingkatkan sistem pengangkutan yang moden. Bagi penduduk taman ini yang ingin pergi ke Bandaraya Johor Bharu hanya perlu membayar sebanyak lebih kurang RM15.00 jika menaiki teksi. Bagi yang menaiki bas pula,penduduk perlu membayar hanya RM3.00 sahaja dengan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BHARU, JOHOR.
1.Kuat kuasa undang undang Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu dilakukan untuk mengatasi masalah pencemaran bunyi dan udara ini.Aduan atau laporan harus dibuat di Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan Pengangkutan Awam.Jabatan yang berkenaan akan membuat rondaan dan menahan pengangkutan awam yang bermasalah dan mendenda dengan denda yang setimpal.

2.Penggunaan petrol tanpa plumbum. Melalui pemerhatian saya,asap yang keluar dari bas-bas awam ini boleh boleh dikurangkan dengan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol ini walaupun agak mahal tetapi boleh mengurangkan pengeluaran gas karbon monoksida seterusnya mengurangkan pencemaran udara.

3.Pendidikan alam sekitar Melalui temubual juga,saya dapati pemandu-pemandu teksi dan bas ini perlu diberi pendidikan alam sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh Majlis Pembandaran Johor Bahru atau Persatuan Teksi atau Bas masing-masing.Hal ini akan menyedarkan akan sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.

4. Penapis asap Melalui temubual,saya dapati langkah untuk mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialualukan. Dengan ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

5. Penggunaan bahan api alternatif (contoh; NGV,

elektrik, tenaga suria)


Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan tenaga suria.

MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BHARU, JOHOR.


1.PENCEMARAN UDARA Melalui pemerhatian, saya dapati pengangkutan awam ini telah meningkatkan pencemaran udara. Hal ini kerana bas awam ini menggunakan gas diesel yang murah berbanding dengan minyak yang lain. Ini menyebabkan bas awam ini mengeluarkan asap yang agak banyak dan mencemarkan kesihatan penduduk setempat.

2.PENCEMARAN BUNYI Melalui pemerhatian yang saya jalankan juga, perkhidmatan bas awam yang ada di Taman Daya mengeluarkan bunyi yang kuat. Kadangkala bas awam ini membunyikan hon dan menyebabkan pencemaran bunyi berlaku.

3.TAMBANG MAHAL Melalui temubual dengan Puan Azura, beliau menyatakan tambang teksi semakin tinggi di Taman Daya. Ini berkemungkinan kerana kedudukan taman ini yang terletak di Johor Bharu di mana mempunyai kos sara hidup yang tinggi. Dengan menaiki teksi dari jalan enau ke jalan sagu yang

berjarak hanya kira-kira 2.5 KM sahaja sudah dikenakan tambang sebanyak RM5.00.

KEPENTINGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BHARU, JOHOR.


Diantara kepentingan perkembangan pengangkutan awam di Taman Daya ialah:-

1.MENGANGKUT PENUMPANG Berdasarkan pemerhatian, saya dapati kepentingan perkhidmatan bas awam, teksi, dan bas sekolah/van sekolah adalah mengangkut penumpang.Ini kerana kebanyakan pengguna perkhidmatan ini tidak mempunyai kenderaan sendiri. Kami dapati juga penumpang penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan ini adalah penduduk yang tinggal di rumah pangsa atau flet di jalan,jalan dan jalan.

2.MENJIMATKAN MASA Menurut Pn Azura Binti Yahya, jika ingin cepat sampai ke Bandar Raya Johor Bharu dengan menggunakan teksi hanya mengambil masa selama 30 minit. Walaupun kosnya agak tinggi, namun masa dapat dijimatkan. Ini menyebabkan ramai penduduk taman ini masih menggunakan teksi untuk menyelesaikan urusan mereka.

3.MENJIMATKAN KOS Menurut Pn Minah Binti Nuralahid pula, dia lebih suka menaiki bas. Ini kerana tambang menaiki bas lebih murah daripada tambang teksi. Untuk ke Bandaraya Johor Bharu, mereka hanya perlu membayar sebanyak

RM3.00. Tambang bas dari sekolah ke rumah masing-masing pun murah, hanya RM2.00 sahaja. Sebab itu mereka suka menaiki bas awam daripada teksi. 4.MENGURANGKAN KESESAKAN JALAN RAYA Melalui temebual dengan En Ramli Bin Abdullah, beliau mengatakan bahawa menaiki pengangkutan awam boleh mengurangkan kesesakan jalan raya. Maklumlah, Banda Raya Johor Bharu merupakan bandar yang agak sibuk. Ini menyebabkan ramai penduduk menggunakan pengangjutam awam seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

Sesungguhnya penduduk Taman Daya bersyukur dengan adanya perkhimatan bas, teksi dan bas sekolah ini yang memudahkan urusan harian mereka.

JENIS JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN DAYA, JOHOR BHARU, JOHOR


Melalui pemerhatian yang saya lakukan di Taman Daya, Johor Bahru, Johor, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam iaitu :-

1.BAS AWAM Terdapat perkhidmatan bas awam yang mengangkut penumpang melalui jalan ini. Antara bas yang menggunakan jalan ini ialah dan. Bas bas ini mengangkut penumpang di perhentian bas mengikut jadual syarikat bas masing masing. Kebanyakan pengguna bas ini ialah orang yang ingin ke Banda Raya Johor Bahru. Terdapat juga pelajar sekolah yang menggunakan bas ini untuk ke sekolah masing masing.

2.TEKSI Terdapat banyak perkhidmatan teksi di taman ini. Kebanyakan perkhidmatan teksi di sini menggunakan perkhidmatan pusat panggilan radio masing masing. Antara syarikt radio teksi yang terdapat di taman ini ialah , dan. Perkhidmatan teksi ini tidak mengira masa dan sentiasa melalui taman ini. Walaupun tambang untuk teksi ini mahal tetapi masa boleh dijimatkan.

3.BAS SEKOLAH/VAN SEKOLAH Terdapat banyak perkhidmatan bas sekoah atau van sekoah di taman ini. Bas bas ini milik syarikat persendirian dan penduduk di taman ini juga. Di taman ini terdapat tiga buah sekolah menengah, tiga buah sekolah kebangsa

KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah kajian berikut :-

1.Pemerhatian:Saya melakukan pemerhatian dan meninjau jenis kenderaan yang terlibat di Taman Daya, Johor Bahru, Johor.

2.Temubual: saya melakukan temubual dengan beberapa orang penduduk di kawasan Taman Daya. Soalan yang ditanya adalah berkisarkan tentang tajuk kerja kursus yang diberi. Sila rujuk soalan temubual yang disertakan.

3.Rujukan: Saya juga menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada seperti internet untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kerja kursus khususnya konsep, langkah-langkah mengurangkan pencemaran dan sebagainya.

RUMUSAN
Kajian yang telah dijalankan di Taman Daya ini banyak memberikan manfaat kepada saya dan rakan rakan. Kajian ini membolehkan saya mengetahui konsep pengangkutan awam yang selama ini kita gunakan. Saya juga dapat mengenal pasti dengan lebih jelas jenis-jenis pengangkutan awam yang digunakan oleh penduduk Taman Daya.

Selain itu, saya juga dapat mendengar suara hati penduduk Taman Daya mengenai masalah-masalah berkaitan pengangkutan awam yang selama ini dihadapi oleh mereka. Melalui temubual, saya dapat mengemukakan beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Daya.

Melalui pemerhatian pula, saya dapati terdapat pelbagai kepentingan pengangkutan awam terhadap penduduk di kawasan Taman Daya. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana kehidupan penduduk di sana sekiranya tiada pengangkutan awam yang dapat digunakan oleh mereka. Hal ini kerana mereka selalu menggunakan pengangkutan awam dalam kehidupan seharian kerana ingin mengurangkan kesesakan jalan raya.

Kesimpulannya, pengangkutan awam adalah sesuatu yang sangat penting untuk kegunaan penduduk Taman Daya khasnya dan rakyat Malaysia amnya.Marilah sama sama kita menggunakan pengangkutan awam kerana terdapat banyak manfaat yang boleh dicapai sekiranya pengangkutan awam ini kerap digunakan. Kita juga seharusnya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah mengurniakan pelbagai jenis pengangkutan awam untuk dimanfaatkan bersama di negara kita yang tecinta ini.

SENARAI KANDUNGAN
Bil. 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 Isi Kandungan Senarai kandungan Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian Kaedah kajian Dapatan kajian Rumusan Lampiran Rujukan Mukasurat (m/s) 2 3 4 5 6 9 10 19 20 24

LAMPIRAN

an, sebuah sekolah agama dan banyak tadika tadika swasta. Selain itu terdapat perkhidmatan bas sekolah untuk sekolah yang berada di luar taman ini terutamanya sekolah jenis kebangsaan china dan sekolah menengah di Bandar Raya Johor Bharu.

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU, KUALA TERENGGANU.

KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013 TAJUK: PENGANGKUTAN AWAM

NAMA: MUHAMMAD IMRAN BIN AZMI KELAS: 3 NAFI KAD PENGENALAN: 981005-11-5597 SEKOLAH: IMTIAZ KUALA TERENGGANU

GURU PENILAI: PUAN HAYATI BINTI ISMAIL TARIKH: 3 JUN 2013

RUJUKAN
-Buku teks Geografi tingkatan 1, 2 dan 3. -Puan Minah Binti Nuralahid (responden 1) -Puan Azura Binti Yahya (responden 2) -Encik Ramli Bin Abdullah(responden 3) -Internet: www.bumigemilang.com/?p=23768 -Majalah Wanita edisi ke-25

BORANG TEMUBUAL NAMA: Minah Binti Nuralahid UMUR: 59 tahun ALAMAT: No.23, Taman Daya, Johor Bahru, Johor SOALAN TEMBUBUAL:

1.

Encik/ Puan/Cik selalu menggunakan perkhidmatan bas di sini?


-Lebih kurang selalulah katakan.

2.

Apakah jenis bas yang biasa dinaiki oleh Encik/Puan/Cik di sini?


-Ikut keadaanlah, selalunya bas jenis Perwira, GG dan macam macam lagi.

Mengapa Encik/Puan/Cik?
3.

pengangkutan

awam

bas

menjadi

pilihan

-Maklumlah,Johor Bahru inikan Bandar yang sibuk.jadi susah untuk menggunakan pengangkutan sendiri.lebih baik menggunakan bas awam atau sebagainya. 4. Apakah pendapat Encik/Puan/Cik tentang perkhidmatan bas yang ditawarkan di sini? -Boleh dikatakan memuaskan.Ini kerana setiap setengah jam pasti ada sebuah bas awam tidak kira syarikat mana yang berhenti di perhentian bas ini. Ini menggembirakan penduduk di kawasan ini. 5. Bagaimanakah dengan tambang yang dikenakan?

-Atas keadaan pula. Jika seseorang ingin ke Bandar, tambangnya Cuma 3.00 ringgit jika menggunakan bas awam.Teksi saya tidak pasti kerana saya jarang menggunakannya.Jika seseorang ingin ke sekolah hanya RM2.00.Berpatutanlah jugakan.

6. Pada pendapat Encik/Puan/Cik, apakah masalah perkhidmatan pengangkutan bas di kawasan ini.

perkembangan

-Masalah yang selalunya dihadapi ialah pencemaran bunyi dan udara. Hal ini sangatlah merunsingkan penduduk di kawasan ini. Ini menyebabkan anak anak kecil suka menangis apabila mendengar bunyi bunyi yang tidak menyenangkan. 7. Berdasarkan masalah yang diutarakan sebentar tadi, apakah pendapat Encik/Puan/Cik untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut?
-Saya mencadangkan agar pihak tertentu melakukan sesuatu untuk mengatasi

perkara ini. Pihak ini boleh menguatkuasakan undang undang dengan mendenda pengangkutan awam yang mengeluarkan bunyi yang kuat.Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah masalah ini.