You are on page 1of 99

PSZ 19:16 (Pind.

1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: POLISI, PROSEDUR DAN REKABENTUK PEMASANGAN PAIP BEKALAN AIR. (KAJIAN KES: DAERAH KOTA TINGGI)
SESI PENGAJIAN: 2005/2006-2 Saya

WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan kertas projek ini (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan.

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

_____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat tetap : 60 FELDA KERTEH 3 23100 PAKA TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh : 27 April 2006 CATATAN :

_______________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

PM IR FATIMAH MD NOOR
Tarikh Nama Penyelia : 27 April 2006

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kertas kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

POLISI, PROSEDUR DAN REKABENTUK PEMASANGAN PAIP BEKALAN AIR DI NEGERI JOHOR (KAJIAN KES: DAERAH KOTA TINGGI)

WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH

Laporan dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

iv

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan ini dan pada pandangan saya laporan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: . : PM IR FATIMAH MOHD NOOR : 28 APRIL 2006

ii

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: . : WATI @ ZARILAH BTE ABDULLAH : 28 APRIL 2006

iii

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang dikasihi dan disayangi Terima kasih atas segala pengorbanan, doa serta kasih sayang ayahanda dan bonda... Buat adik-beradikku yang dikasihi lagi diingati... Kasih sayangku pada kalian akan kekal abadi selamanya... Buat rakan-rakan seperjuangan yang ku kasihi... Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama... Jasa kalian akan ku kenang sepanjang zaman Segala kenangan bersama kalian akan kuabadikan dalam memori hidupku...

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Syukur kehadrat Ilahi atas limpah nikmat dan kurnianya, Projek Sarjana Muda ini dapat dijayakan. Ribuan terima kasih dan setinggi-setinggi penghargaan kepada PM. Ir. Fatimah Mohd Noor selaku penyelia projek yang banyak memberi pandangan dan bertukar pendapat untuk mendapatkan maklumat samada di dalam pencarian maklumat dan penulisan projek ini. Segala idea dan komen beliau banyak mempengaruhi kejayaan projek ini. Terima kasih juga kepada Jurutera Syarikat Air Johor iaitu Encik Nur Firdaus Hj Mohd Daud dan Juruteknik , Encik Abdul Halim yang banyak memberi penerangan dan maklumat tentang polisi, prosedur dan rekabentuk sistem bekalan air. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan seperjuangan kerana memberi galakan dan bantuan bagi menyempurnakan projek ini. Semoga jasa baik mereka diberkati dan dirahmati.

ABSTRAK

Kini, Malaysia berhadapan dengan masalah bekalan air yang serius disebabkan oleh punca air tidak berhasil dari kebocoran paip. Maka, sistem agihan air yang efektif perlu dititikberatkan untuk mengurangkan masalah ini. Sistem bekalan air yang berkesan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keperluan rekabentuk yang mencukupi, penggunaan bahan yang sesuai, mengikut prosedur pemasangan paip yang betul dan amalan kerja di tapak yang betul dan berkualiti. Tujuan kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan piawaian, polisi dan prosedur yang digunakan dalam sis pemasangan paip bekalan air. Maklumat yang berkaitan dengan teori yang digunakan dalam rekabentuk sistem pemasangan paip juga dikumpulkan berpandukan kepada Panduan Rekabentuk Sistem bekalan Air yang disediakan oleh MWA. Kajian ini juga khursus untuk melihat amalan perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip bagi Projek Penggantian Paip lama dari Telok Ramunia ke Pengerang di daerah Kota Tinggi berpandukan kepada Spesifikasi SAJH. Hasil daripada kajian ini, dapat mengenalpasti polisi dan prosedur yang tidak dipatuhi di tapak dan faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran prosedur ini.

vi

ABSTRACT

Nowadays, Malaysia is facing serious water problems as a result of non-revenue loss due to leakage. Hence, an effective distribution system should be a priority to decreased this problem. An efficient water supply system are influenced by many factors such as design requirements, materials used, proper procedure and correct pipe installation with good site working practice. This study is carried out to gather information about standard, policy and procedure for pipeline installation based on SAJH Specification. The theory about analyses and design of an effective pipeline installation also carried out based on MWA. This study specially focused on proper pipeline installation for proposed rehabilitation works for Kota Tinggi District from Telok Ramunia to Pengerang based on SAJH specification SAJH. Finally, the finding of this research can recognize policy and procedure not obedient and factors for that.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL GLOSARI SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT i ii iii iv v vi vii x xi xii xiii xiv

BAB 1

PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Objektif Kajian 1.4 Skop Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1 2 3 3 4

viii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Sistem Bekalan Air Johor 2.2.1 Permintaan Bekalan Air Negeri Johor 2.3 Sistem Agihan Air 2.3.1 Jenis Sistem Agihan Air 2.3.2 Jenis Rangkaian Agihan 2.3.3 Paip Pengagihan 2.3.4 Penyambung 2.3.5 Lekapan Sistem Bekalan Air 2.3.6 Injap 2.4 Prosedur Pemasangan Paip 2.4.1 Pengujian Paip Air 2.5 Teori Rekabentuk Sistem Bekalan Air 2.5.1 Halaju Aliran Dalam Paip 2.5.2 Aliran Pemadam Kebakaran 2.5.3 Kehilangan Turus 2.5.4 Faktor Rekabentuk Untuk Menentukan Saiz Paip 2.5.5 Turus Atau Tekanan Ambilan Dari Paip Utama 2.5.6 Turus Tekanan Baki 2.5.7 Garis Pusat Paip Minimum 2.5.8 Langkah-Langkah Dalam Merekabentuk BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan Dan Pengumpulan Data 3.2 Pengurusan Data 3.3 Analisis Data 36 38 39 32 33 33 34 34 5 6 7 7 9 11 15 18 20 22 25 26 26 28 28 29

ix BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Polisi Pemasangan Paip 4.2.1 Sebelum Kerja Pemasangan Dilaksanakan 4.2.2 Semasa Kerja Pemasangan Dilaksanakan 4.2.3 Selepas Kerja Pemasangan Dilaksanakan 4.3 Prosedur Pemasangan Paip 4.3.1 Pemilihan Jajaran 4.3.2 Penjajaran Laluan Paip Air 4.3.3 Pembersihan Laluan Paip Air 4.3.4 Pengendalian, Penghantaran Paip Dan Keperluan Ke Tapak Bina 4.3.5 Pemeriksaan Paip Dan Kelengkapan 4.3.6 Pengorekan Dan Pemasangan Paip 4.3.7 Penyambungan Paip 4.3.8 Kerja-Kerja Konkrit 4.3.9 Penyambungan Tee Dan Lekapan 4.3.10 Rekod Kerja Harian 4.3.11 Pengujian Paip Air 4.3.12 Pembasmian Kuman 4.3.13 Perkara-Perkara Yang perlu Diambil Perhatian Semasa Pemasangan Paip 4.4 Kerja-Kerja Pengukuran Akhir 4.5 Ulasan Kepatuhan Kerja BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Kesimpulan 6.2 Cadangan RUJUKAN LAMPIRAN 1 LAMPIRAN 2 73 74 75 76 78 64 68 71 47 48 50 54 55 55 59 59 63 40 41 41 43 45 46 46 46 47

SENARAI JADUAL

NO JADUAL 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 4.8

TAJUK

MUKA SURAT 11 15 26 26 31 32 34 49 57 61 61 62 71 71

Kelebihan Dan Kekurangan Tiga Jenis Sistem Agihan Kelebihan Dan Kekurangan Paip Air Keperluan Air Purata bagi Setiap Jenis bangunan Keperluan Bekalan Air Per Individu Pekali Hazen Wiliams Mengikut Jenis Paip Nilai Faktor Punca Baki Tekanan Yang Disyorkan Ketebalan Luar Paip Keluli Dan Diameter Dalaman Saiz Injap Udara Yang sesuai Mengikut Saiz Paip Tekanan maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip uPVC Tekanan maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip Besi Mulur Ujian Tekanan Hidraulik Untuk Paip Keluli Jadual Kepatuhan Kerja Berdasarkan Polisi SAJH Jadual Kepatuhan Kerja Berdasarkan Prosedur SAJH

Purata Ketebalan Paip Luar Keluli Dan Diameter Dalaman 50

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

2.1 2.2 2.3

Sistem Bekalan Air Kaedah-Kaedah Pengagihan Air Carta Aliran Langkah-Langkah Merekabentuk Sistem bekalan Air

8 14 35

xii

SENARAI SIMBOL

Qf Qpd Qpb Qfh hf D, d L f. f. v g C c. R A P P Q P pg v2 2g z

Kadar Alir Pemadan Kebakaran (m3/s) Kadar Alir Purata Ke Tangki Domestik (m3/s) Kadar Alir Purata Ke Tangki Bomba (m3/s) Kadar Alir Hidrant (m3/s) Kehilangan Turus (m) Diameter Dalam paip (m) Panjang Paip (m) Faktor Geseran Faktor Puncak Halaju Purata Aliran Di Dalam Paip (m/s) Pecutan Graviti (m2/s) Pekali Hazen Williams Pemalar Ketumpatan Bendalir (kg/m3) Jejari Hidraulik (m) Luas Keratan Rentas Konduit (m2) Perimeter Keratan Rentas Konduit (m) Tekanan (N/m2) Kadar Alir (m3/s) Turus Tekanan (m) Tenaga Kinetik Aras (m)

xiii

GLOSARI

Berikut ialah istilah-istilah dan terjemahan bagi maksud yang digunakan dalam kajian ini.

1. Sistem - Cara atau kaedah bagi melakukan sesuatu 2. Bekalan Air Rangkaian paip agihan yang mengagihkan air ke premis 3. uPVC Polivinil Klorida bukan plastik

4. MS Keluli Lembut 5. AC Simen Asbestos 6. CI- Besi Tuang 7. DI- Besi Mulur 8. GRP- Plastik Bertetulang Kaca 9. PE- Polietilena Berketumpatan Tinggi, Rendah atau Sederhana 10. HDPE- Polietilena Berketumpatan Tinggi`

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

1 2

Pelan Projek Penggantian Paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang Gambar-gambar Prosedur Pemasangan Paip di Tapak 78-81 76-77

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Air merupakan satu sumber keperluan asasi yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan dan kewujudan manusia. Air adalah pemangkin kepada kehidupan yang berkualiti serta menjana pembangunan ekonomi negara. Kehidupan tanpa air adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Hampir 75 peratus permukaan bumi diliputi dengan air yang terdiri daripada 97.2 peratus air masin manakala 2.15 peratus adalah air tawar. Air yang dimanfaatkan oleh manusia adalah sebanyak 0.3 peratus sahaja (PM Dr Zulkifli Yusop, 2005).

Pembangunan pesat selama empat dekad yang lalu telah melibatkan penerokaan tanah secara besar-besaran bagi tujuan industri, pertanian, perbandaran dan pembangunan perumahan (Dato Ir. Syed Muhammad Shahabudin, 2005). Peratusan penduduk yang mendapat air bersih akan meningkat dari 91 peratus pada tahun 2000 ke angka hampir 100 peratus menjelang tahun 2020 apabila negara mencapai tahap maju. Sistem rangkaian bekalan air yang berkesan perlu disediakan bagi memenuhi keperluan permintaan ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pemasangan sistem paip yang mengikut prosedur dan direkabentuk dengan sempurna akan menjamin bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna dengan gangguan yang minimum. Semasa merekabentuk, membuat spesifikasi dan melaksanakan sistem pemasangan paip, jurutera mesti merujuk kepada prosedur dalam piawaian atau standard. Standard ini dibuat oleh pihak berkuasa yang diiktiraf dengan tujuan untuk menjadi rujukan atau panduan semasa kerja-kerja dibuat. Ia bertujuan untuk memastikan perlaksanaan yang efektif. Walau bagaimanapun, cara perlaksanaan adalah bergantung kepada jurutera.

Dengan merujuk kepada spesifikasi ini, aspek keselamatan dan kualiti pemasangan paip akan terjamin. Tanpa peraturan ini, pelbagai masalah akan timbul akibat dari rekabentuk dan pemasangan paip yang tidak betul. Maka adalah penting bagi jurutera untuk memahami dan menggunakan prosedur-prosedur dalam piawaian. Kajian ini membuat liputan dalam mengkaji prosedur-prosedur dan rekabentuk serta amalan perlaksanaan pemasangan sistem paip oleh SAJ Holdings Sdn Bhd.

3 1.3 Objektif Kajian

Kajian mengenai polisi, prosedur dan rekabentuk pemasangan paip oleh yang akan dibuat SAJ Holdings Sdn Bhd adalah berpandukan kepada objektif-objektif seperti berikut: 1. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan piawaian, polisi dan prosedur yang digunakan dalam sistem pemasangan paip bekalan air. 2. Mengumpulkan maklumat berkaitan dengan teori yang digunakan dalam rekabentuk sistem pemasangan paip. 3. Melihat amalan perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip dan bagaimana prosedur yang ditetapkan dapat dipatuhi di tapak.

1.4 Skop Kajian

Secara amnya, kajian ini ditumpukan kepada polisi atau prosedur dan rekabentuk pemasangan paip yang digunakan oleh pihak pembekal air di negeri Johor. Kajian ini adalah kajian kes yang meliputi perlaksanaan kerja-kerja pemasangan paip di daerah Kota Tinggi. Kerja-kerja yang terlibat bermula daripada kerja pengukuran semula, pengorekan parit, pemasangan paip dan ujian-ujian yang dibuat ke atasnya. Selain itu, ditumpukan juga kepada teori rekabentuk pemasangan paip dengan berpandukan kepada MWA Design Guidelines For Water Supply Systems.

4 1.5 Kepentingan Kajian

Pengumpulan maklumat dan pengetahuan tentang polisi atau prosedur dan rekabentuk pemasangan paip adalah penting bagi memastikan pemasangan paip dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan. Dengan adanya prosedur pemasangan paip, satu sistem paip yang dipasang akan selamat serta membekalkan air kepada pengguna dengan berkesan. Selain itu, kerja-kerja pemasangan paip yang dibuat tanpa mengikut prosedur dapat dikenalpasti dan suatu penyelesaian dipertimbangkan agar dapat dibaiki pada masa akan datang. Tambahan lagi, dengan memahami prinsip-prinsip dalam rekabentuk, satu rekabentuk yang selamat tetapi ekonomi dapat dihasilkan. Ini secara langsung dapat menjamin kualiti dan kuantiti sistem pemasangan paip.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Sistem bekalan air bermula daripada proses rawatan air sehingga air bersih dibekalkan kepada pengguna. Sistem ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu proses rawatan, sistem pengepaman melalui paip pengepam, sistem takungan pertama, sistem penghantaran kedua melalui paip pengimbang, takungan kedua dan penyaluran kedua kepada pengguna. Air akan melalui paip utama, kemudian ke sistem retikulasi dan seterusnya ke sistem paip dalaman premis-premis pengguna. Pihak berkuasa bekalan air bertanggungjawab memastikan air yang dibekalkan cukup dan selamat digunakan untuk gangguan yang minimum. Bagi memastikan sistem bekalan air berjalan dengan lancar dan dapat menampung keperluan pengguna dari masa ke semasa, maka salah satu faktor penyumbang kepada keberkesanannya ialah pemasangan paip. Ia mestilah mengikut polisi dan kaedah rekabentuk yang ditetapkan.

6 2.2 Sistem Bekalan Air Johor

Sistem bekalan air di Tanah Melayu mula diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1804 yang mempunyai penduduk sebanyak 10,000 orang. Air bersih yang mengalir dari Bukit Bendera disalurkan melalui saliran yang diperbuat daripada batu-bata sehingga ke bandar, di mana paip bawah tanah menghantarkan air ke rumah-rumah. Paip air yang dipasang pada awal abad ini terdiri daripada jenis besi tuang untuk menyalurkan bekalan air awam yang kebanyakannya tertumpu di kawasan bandar. Sebelum perang dunia ke-2, bandar-bandar utama di negara kita telah mempunyai bekalan air yang dirawat. Semasa negara dijajah oleh Jepun (19411945) tiada perkembangan pada sistem bekalan air kita. Sejurus selepas perang dunia ke2, perkembangan sistem bekalan air di negara kita telah mula pulih. Menjelang tahun 1950, negara kita telah mempunyai 100 loji rawatan air yang dapat menghasilkan 195 juta liter sehari kepada penduduk seramai 1.15 juta orang

Paip air jenis asbestos telah diperkenalkan pada tahun 1950-an lagi disebabkan kosnya yang murah dan popular digunakan sebagai paip utama dan paip agihan. Paip air jenis keluli juga mula digunakan pada tahun 1950-an. Kebanyakkannya dipasang sebagai paip utama dan paip pengepam. Paip air jenis Polivinil Klorida Tak Diplastikan pula diperkenalkan pada tahun 1970-an. Ia biasanya digunakan untuk retikulasi. Pada awal tahun 80-an, banyak paip jenis besi mulur dan HDPE digunakan. Paip HDPE pada mulanya digunakan sebagai paip dalam air tetapi kini digunakan secara meluas sebagai paip utama, retikulasi dan juga paip khidmat. Projek bekalan air yang pertama selepas merdeka adalah Empangan Klang dan juga Loji Rawatan Bukit Nanas yang siap pada 1959. ( Norlia Mohd Ali, 1998/1999 )

7 2.2.1 Permintaan Bekalan Air di Johor

Permintaan bekalan air Negeri Johor telah meningkat pada kadar 5% pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 2001. Bagi tempoh 2003 - 2005, permintaan bekalan air dijangka akan terus meningkat pada kadar purata 5.0 - 6.0 % setahun, selaras dengan pertumbuhan pembangunan sektor ekonomi termasuk sektor industri, hartanah dan perdagangan. Walau bagaimanapun peningkatan bekalan air ini dijangka dapat dipenuhi berdasarkan Kajian Sumber Air Negara Tahun 2000 yang mendapati bahawa sumber air mentah Negeri Johor adalah mencukupi untuk keperluan sehingga tahun 2050. Bagi memenuhi permintaan bekalan air yang akan mencapai jumlah 1,337 juta liter sehari menjelang tahun 2005, SAJ Holdings akan membelanjakan sejumlah RM730 juta dalam tempoh 2003 - 2005 ini untuk mempertingkatkan keupayaan sistem bekalan air termasuk membina loji air, atau meningkatkan membaikpulih sistem agihan air dan penggantian aset serta mengurangkan lagi kadar air yang tidak berhasil. (SAJH, 2004).

2.3 Sistem Agihan Air

Selepas merawat air mentah di loji sehingga menjadi bersih dan bermutu, maka peringkat seterusnya ialah pengagihan air kepada pengguna. Sistem agihan air terdiri daripada paip penghantar, paip agihan dan retikulasi, tangki air pengimbang dan tangki air perkhidmatan serta stesen pam penggalak. Paip penghantar adalah paip air yang membawa air bersih dari loji air atau dari stesen pam penggalak ke tangki air atau paip air dari satu tangki ke tangki air yang lain. Paip retikulasi adalah rangkaian paip air yang mengagihkan air bersih di dalam kawasan permintaan. Paip pengimbang pula menyalurkan air dari tangki pengimbang ke tangki-tangki servis.

8 Manakala paip agihan adalah paip air dari tangki air, loji air atau stesen pam penggalak yang agihkan air bersih kepada sistem retikulasi. Objektif sistem agihan ini adalah untuk membolehkan air dibekalkan pada tekanan dan kuantiti yang mencukupi kepada pengguna. Rajah 2.1 menunjukkan Sistem Bekalan Air.

Rajah 2.1: Sistem Bekalan Air

Sistem pengagihan yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut (SAJH, 2004):1. Sistem itu mestilah kedap air supaya pencemaran kepada air paip tidak berlaku.

9 2. Saiz paip harus sesuai supaya bekalan air cukup. 3. Sistem mempunyai tangki simpanan air untuk sehari. 4. Tekanan air di hujung paip untuk pengguna mestilah sekurang-kurangnya 40 kaki. 5. Jenis paip mestilah sesuai dengan keadaan tempat dan tanah. 6. Ketika berlaku kerosakan seperti paip pecah, bekalan air masih boleh dibekalkan melalui sumber alternatif. 7. Pili bomba boleh digunakan ketika kebakaran. 8. Penyelenggaraan bagi sistem pengagihan ini mestilah cepat dan ekonomi.

2.3.1 Jenis Sistem Agihan Air

Sistem agihan air boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu sistem graviti, sistem berpam dan sistem graviti dan berpam. Jenis agihan air bergantung kepada topografi, lokasi dan kemudahan kawasan agihan, ketinggian dan keadaan tapak. Jadual 2.1 memberikan ringkasan kelebihan dan kekurangan tiga jenis sistem ini.

2.3.1.1 Sistem Graviti.

1. Sistem agihan secara graviti memerlukan aras yang berbeza iaitu aras dari punca air ke sesuatu kawasan yang hendak dibekalkan air dengan tekanan yang mencukupi pada setiap rangkaian paip. Tekanan dikawal supaya tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah sehingga menyusahkan pengguna. Sistem pam tidak diperlukan dalam sistem ini. 2. Punca air terletak di kawasan tinggi seperti kawasan bukit. Air disalurkan dari tempat tinggi ke tempat rendah dengan menggunakan daya graviti.

10 3. Kaedah sistem ini adalah paling baik dan ekonomi.

2.3.1.2 Sistem Berpam

1. Sistem agihan secara ini adalah memerlukan sistem pam dari punca air ke sesuatu kawasan yang hendak dibekalkan air dengan tekanan yang mencukupi. 2. Dalam sistem ini, sistem pam perlu dijalankan 24 jam sehari secara berterusan. 3. Kaedah ini tidak dibuat dalam SAJH kerana memerlukan jenis pam yang berlainan. 4. Apabila berlaku kerosakan pada pam, maka bekalan air tidak dapat dibekalkan kepada pengguna.

2.3.1.3 Sistem Graviti dan Berpam

1. Sistem agihan ini merupakan sistem pembekalan air kepada pengguna melalui tangki air. 2. Sistem ini beroperasi melalui sistem pam di mana air dari punca air dipamkan ke tangki air dan dari tangki air pembekalan dilakukan secara sistem graviti. 3. Kebiasaannya, aras tangki air adalah berada di tempat yang tinggi untuk memastikan sesuatu kawasan yang dibekalkan air dengan tekanan yang mencukupi pada setiap rangkaian paip. 4. Oleh kerana keperluan air kepada pengguna dibekalkan melalui tangki air, kelajuan pam tidak perlu berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Dengan ini, pam tidak menjadi cepat lusuh dan haus.

11 5. Kaedah ini adalah baik dan berekonomi. Air yang disimpan di tangki boleh menampung permintaan pengguna dan mengawal kebakaran walaupun ketika berlaku kerosakan pada paip.

Jadual 2.1: Sistem Graviti

Kelebihan dan Kekurangan Tiga Jenis Sistem Agihan Kekurangan

Kelebihan Boleh diharapkan Kos operasi yang rendah

Pam

Tekanan dan aliran boleh diubahsuai Tindakan pembaikan boleh

Masalah operasi

biasanya dan

akan berkaitan dengan dilakukan dengan segera penyelenggaraan sistem pam Graviti dan Pam Kos rendah jika berada pada Masalah operasi dan penyelenggaraan pam keadaan topografi yang tertentu

2.3.2 Jenis Rangkaian Agihan

Rangkaian paip agihan air dapat dibahagikan kepada 4 jenis sistem iaitu sistem hujung mati, sistem grid, sistem gelang dan sistem jejarian.

2.3.2.1 Sistem Hujung Mati

12 Sistem pembekalan cara ini sering ditemui di kawasan luar bandar seperti kampung-kampung. Ianya cuma ada satu paip utama dan daripadanya bercambahlah cabang utama berdasarkan permintaan pengguna terutama di tempat-tempat terpencil dan jauh.

Kelemahan 1. Jika berlaku sebarang kerosakan dipangkal cabang utama seperti paip pecah maka keseluruhan kawasan yang mendapat bekalan air dari cabang utama itu terputus bekalan airnya. 2. Sistem ini secara tidak langsung akan banyak membazirkan air. Ia mempunyai banyak hujung mati di mana air tidak dapat bergerak. Kemungkinan air akan tercemar kerana tidak digunakan dan tidak dibuang. Ini membahayakan pengguna, situasi seumpama ini perlulah dihapuskan dengan memasang satu injap pembuangan air di bahagian hujung paip supaya dapat dan mudah dibuang mengikut program yang ditentukan.

2.3.2.2 Sistem Grid

Sistem ini adalah hasil ubahsuaian daripada sistem hujung mati. Bezanya ialah di semua hujung paip utama dan cabang paip disambung antara satu sama lain menyebabkan di semua bahagian air di dalam paip sentiasa bergerak.

Kebaikan

13 1. Ketika berlaku kerosakan, cuma sebahagian kecil pengguna sahaja yang terlibat. 2. Pencemaran air kerana air tidak dapat bergerak dapat diatasi. 3. Tekanan air yang lebih baik boleh diperolehi berbanding dengan sistem hujung mati.

Kelemahan 1. Perbelanjaan yang lebih untuk menyambung hujung paip. 2. Banyak injap diperlukan.

2.3.2.3 Sistem Jejarian

Di dalam sistem ini, air dari paip utama akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam kolam pengagihan sebelum dibekalkan kepada pengguna. Satu kolam pengagihan membekalkan kepada satu kawasan atau zon yang tertentu. Kolam ini ditempatkan di tengah zon yang berkenaan, membekalkan air melalui satu atau beberapa paip keluar. perumahan yang dirancang. Sistem ini sesuai dilaksanakan di kawasan-kawasan

2.3.2.4 Sistem Gelung

14

Perbezaan sistem gelung dengan sistem grid ialah ia mempunyai satu gegelang sama ada berbentuk bulat atau segiempat yang disediakan di kawasan sekitar yang perlukan bekalan air dengan paip utama mengelilingi kawasan bekalan. Kebaikan sistem ini hampir sama dengan sistem jejarian. Rajah 2.2 menunjukkan Kaedah kaedah pengagihan air.

Rajah 2.2: Paip Pengagihan

Kaedah-Kaedah Pengagihan Air

15

Paip pengagihan adalah installasi sistem pengagihan yang penting kerana ia membawa air dan mengabungkan loji dan kolam, kolam dan pengguna. Oleh itu, kajian untuk menentukan jenis-jenis dan saiz paip yang sesuai digunakan haruslah diberi perhatian yang khursus. Antara masalah yang boleh timbul kerana kurang perancangan termasuklah paip senang pecah, paip bocor, karat pada paip dan saiz paip tidak sesuai.

2.3.3.1 Jenis-jenis paip pengagihan

Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis paip yang biasa digunakan dalam sistem bekalan air. Bagaimanapun, bagi paip retikulasi ia banyak menggunakan jenis uPVC dan MS bagi lintasan jalan dan longkang.

Jadual 2.2: Jenis paip Simen Asbestos Kelebihan Kuat dan tegar.

Kelebihan dan Kekurangan Paip Kekurangan Mudah hentaman. Kekuatan rasuk yang rendah (0<200mm). Mudah karat dalam sebahagian tanah dan air yang dialirkannya. Terdedah kepada serapan bahan organik yang tercemar apabila kering. Bilangan sambungan yang banyak berbanding dengan per unit panjang. Pemasangan rosak akibat

Tahan karat pada tanah dan air. Mudah untuk disambungkan. Sambungan boleh lentur memberikan sedikit pesongan.

16 lekapan/penyelenggaraan rumit. Perlu habuk berhati-hati asbestos dengan semasa

menggunakan mesin. Sukar mengenalpasti lokasi paip. Kesan kebocoran rumit. Ductile Iron Ketegaran dan kekuatan Berat. Mudah karat sekiranya sistem pelindung bahagian luar dan pada dalam pelindung musnah. Masalah apabila lembut. Kesukaran mungkin timbul semasa pemasangan pada paip yang tidak diukur (garis yang pusat paip >350mm). Penyambungan perlu buruh mahir dan peralatan khas. mutu jika oleh berlaku sesetengah bahan cemar. dikimpal untuk Sukar kesan nilai pH tinggi air menyalurkan mekanikal tinggi. Mudah disambung. Kebolehlenturan sambungan. Mudah dikesan. Paip mudah diresapi gas dan bahan tercemar organik. Mengesan lokasi dan kebocoran dengan mudah. Kaedah Polietilina ketumpatan tinggi) pembaikan diterima pakai. Ringan dan tahan karat. Mudah lentur. alternatif. Boleh

Mudahkan teknik pemasangan Rendahkan

menjadikan satu sistem tahan kebocoran. bocor yang boleh menanggung Sukar mengenalpasti lokasi beban hujung Keluli Ketegaran Boleh lentur. Panjang paip sehingga 13.5 m. dan paip. kekuatan Kerja mengimpal perlu

mekanikal tinggi.

kemahiran dan peralatan khas. Mudah terdedah pada karat sekiranya lapisan pelindung

17 Boleh dikimpal untuk musnah. yang dikimpal pelindung katodik

menjadikan satu sistem tahan Sambungan bocor yang boleh menanggung memerlukan beban hujung. Mudah dikesan. bahan tercemar organik. dengan mudah.

tambahan di tapak. Pelindung kerap. nilai pH tinggi air tanah semasa apabila lembut. Bergantung Kesukaran kepada sebagai sokongan. pemasangan jika saiz paip tidak piawai digunakan. menyalurkan

Paip mudah dirsapi gas dan memerlukan pengawsan yang Mengesan lokasi dan kebocoran Masalah

Polivinil Klorida diplastikan (uPVC)

Tahan karat. tak Ringan. Senang untuk disambung.

Mudah hentaman. Bergantung Boleh

rosak kepada mutu

akibat tanah oleh

sebagai sokongan. turun pancaran ultra ungu sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari. Mudah Sukar Sukar untuk diresapi oleh pencemaran bahan organik mengenalpasti mengesan pencemaran paip. kebocoran.

2.3.3 Penyambung

18

Penyambung diperlukan untuk menyambung antara satu paip dengan paip yang lain semasa kerja pemasangan dijalankan. Jenis penyambung adalah berbeza mengikut jenis paip yang digunakan. Berikut adalah jenis penyambung yang biasa digunakan.

a) Sambungan Bebibir

Sambungan ini digunakan untuk kerja paip yang terdedah, dalam stesen pam penggalak dan hasil kerja yang tegar. Kerap digunakan untuk penyambungan paip MS, CI dan memasang lekapan pada saluran paip.

b) Sambungan Kimpalan

Sambungan ini biasanya digunakan untuk paip keluli. Sesuai untuk pada semua tekanan dan boleh digunakan bagi kerja atas dan bawah tanah.

c) Sambungan Gibault

Sambungan Gibault adalah sambungan boleh dibuka dan dibuat dari besi tuang boleh lentur. Kekedapan dicapai dengan menekan gelang pada setiap hujung spigot dengan menekan gelang pada setiap hujung spigot dengan mengetatkan skru. Digunakan untuk penyambungan paip jenis AC, CI dan MS. Sambungan ini membenarkan tekanan antara 10 hingga 12.5 bar.

d) Sambungan Sarung

19

Penggandingan sarung digunakan untuk penyambungan dua paip berhujung rata dan bergarispusat sama. Bahannya sama dengan bahan paip. Kekedapan Biasa dicapai dengan dua gegelang getah yang dipasang pada pengganding.

sambungan sarung menggunakan gegelang getah seperti penyambung uPVC, pengganding AC dan sambungan paip GRP. Gegelang getah ini adalah fleksibel yang mana ia membenarkan lenturan pada darjah yang berbeza bergantung kepada jenis pengganding sarung yang digunakan. Membenarkan lenturan untuk paip AC antara 4 hingga 8 darjah bagi paip berdiameter sehingga 250mm. Manakala lenturan paip berdiameter lebih dari 250mm ialah 1.5 hingga 3.5 darjah.

e) Sambungan Soket dan Spigot Tolak

Sambungan dilakukan dengan memasukkan hujung spigot ke dalam hujung soket yang lain.gegelang getah digunakan untuk mengelakkan kebocoran sambungan. Banyak paip jenis DI menggunakan jenis ini yang kadangkala dikenali sebagai sambungan T. sambungan ini membenarkan lenturan paip antara 4 hingga 8 darjah.

f) Pengganding Mekanikal Boleh Lentur

Sesuai bagi penyambungan paip di kawasan tanah yang mengalami enapan, pengembangan dan pengecutan. Boleh digunakan untuk semua jenis paip. Penyambung yang popular ialah Viking Johnson Coupling.

g) Penyambungan Mekanikal Sesendal Tunggal

20

Sesendal jenis ini dikedapkan dengan menekan gasket ke dalam soket dengan menggunakan gelung kedapan dan bolt. Pesongan yang dibenarkan di antara 3 hingga 10 darjah bergantung kepada diameter paip.

2.3.4 Lekapan Sistem Bekalan Air

Kini terdapat pelbagai jenis lekapan dan lekapan khas yang boleh diperolehi di pasaran untuk memudahkan pemasangan apabila terdapat perubahan pada garis pusat paip dan sambungan, perubahan arah dalam rangkaian paip dan pemasangan berbagai item dalam sistem agihan air. Oleh itu hanya lekapan dan lekapan khas yang biasa digunakan dinyatakan di sini seperti penyambung bebibir, tee, injap dan pili bomba. Semua injap bebibir mesti mempunyai bebibir mengikut BS 4504: 1969 Table 16/11 melainkan kelas tekanan yang lebih tinggi dinyatakan.

2.3.5.1 Pengecil

Bentuk pengecil terdiri daripada cembung atau rata yang digunakan untuk menyambung paip dan lekapan yang terdiri daripada pelbagai diameter. Pengecil jenis cembung digunakan meluas dalam paip rangkaian manakala pengecil jenis rata digunakan dalam paip sedutan. Pengecil diperbuat daripada CI, DI, uPVC, PE, GRP atau keluli. Ia berbentuk tanpa bebibir, kedua-dua hujung bebibir atau satu hujung bebibir. 2.3.5.2 Penyuai Bebibir

21

Berfungsi untuk menyambungkan dari sistem yang boleh lentur kepada sistem penyambung tegar seperti menyambung antara injap kedua hujung bebibir kepada paip tanpa bebibir. Lekapan khas ini terdiri daripada CI, DI, keluli dan PE.

2.3.4.3 Sesiku

Sesiku digunakan untuk membolehkan perubahan hala paip dibuat samada secara pugak atau ufuk. Lekapan ini terdiri daripada CI, DI, PE, uPVC, GRP atau keluli. Sesiku piawai boleh diperolehi dalam sudut 11.25, 22.5, 45 dan 90 darjah.

2.3.4.4 Tee

Tee digunakan apabila terdapat perubahan arah semasa pemasangan paip. Tee terdiri daripada pelbagai saiz dan garis tengah cabang tee mesti setemu dengan garis tengah paip yang hendak disambung. Lekapan khas terdiri dari jenis CI, DI, PE, uPVC atau keluli dan boleh berbentuk bebibir pada semua cabang atau kombinasi antara bebibir dan tanpa bebibir. Paras tee yang terbalik boleh digunakan untuk tujuan pencucian. Tee jenis ini biasanya mempunyai bebibir pada semua cabang atau bebibir pada satu cabang sahaja manakala bahagian utama tidak mempunyai bebibir.

2.3.4.5 Penapis

22

Penapis digunakan pada paip air keluar dan diperbuat dari besi, aluminium atau keluli tanpa karat. Semua penapis mempunyai bebibir. 2.3.4.6 Mulut Loceng

Mulut loceng digunakan pada paip pengeruk, paip air masuk dan paip air melimpah.

2.3.5 Injap

2.3.6.1 Injap Sluis

Injap ini berfungsi untuk mengawal kadar aliran serta tekanan air. Pengawalan kadar aliran dan tekanan adalah penting supaya pengguna menerima tekanan yang optima dan kerja-kerja pembaikan dapat dilakukan dengan mudah jika terdapat sebarang kebocoran akibat paip pecah. Jenis injap adalah bergantung kepada saiz paip bekalan air. Injap sluice bebibir (hingga 600 mm) mesti merujuk kepada BS 5163:1974 manakala injap sluis tanpa bebibir (hingga 10 inci) mesti merujuk kepada BS 1218:1946. Tekanan maksimum yang dibenarkan ialah 16 bar.

2.3.6.2 Injap Keruk

23

Injap keruk dipasang di cawangan paip untuk membolehkan kotoran dari rangkaian paip dialirkan keluar. Injap ini biasa ditempatkan di bahagian terendah dalam sesuatu rangkaian paip dan di hujung paip tertentu. Tekanan maksimum yang dibenarkan dalam injap ini ialah 16 bar.

2.3.5.3 Injap Udara

Terdapat 2 jenis injap udara iaitu injap udara tunggal dan injap udara kembar. Injap udara tunggal boleh didapati dengan liang kecil. Injap udara kembar pula kombinasi liang besar dan liang kecil. Injap ini berfungsi untuk menyingkirkan udara di dalam paip air. Selain itu, ia digunakan untuk memasukkan udara semasa mengosongkan paip air. Kedua-dua jenis injap udara ini direkabentuk untuk beroperasi pada tekanan yang maksimum iaitu 16 bar. Injap udara biasanya ditempatkan di puncak sesuatu seksyen paip.

2.3.5.4 Injap Sekat Hala

Injap Sekat Hala berfungsi untuk mengalirkan air dalam satu hala sahaja. Jika air berpatah balik dalam paip, maka injap ini akan tertutup dengan sendirinya dan menyekat pengaliran air tersebut. Injap ini biasanya ada bebibir dan digunakan dalam saluran paip pengepam dan ditempatkan di antara pam dan injap sluis . Tekanan maksimum yang dibenarkan ialah 16 bar. 2.3.5.5 Injap Ketinggian

24

Injap ketinggian ini digunakan untuk mengawal air masuk ke dalam tangki meninggi Injap ini boleh digunakan pada tangki air rendah sekiranya air masuk melebihi diameter 450 mm. Injap ini dipasang dalam kebuk dan dilengkapi dengan paip air pirau bertujuan untuk mengurangkan gangguan pada bekalan air apabila penyelenggaraan dilakukan ke atas injap tersebut.

2.3.5.6 Injap Bola atau Lampong

Injap ini diletakkan pada akhir aliran masuk kepada tangki atau tangki sedutan apabila aliran masuk ke dalam tangki secara graviti. Fungsi injap ini ialah mengawal air masuk ke dalam tangki. 1968. Apabila tangki sudah penuh, ia akan Tekanan memberhentikan air masuk. Injap pelampong ini direkabentuk merujuk kepada BS Hanya injap piawai sehingga diameter 450mm digunakan. maksimum yang dibenarkan ialah 10 bar.

2.3.5.7 Injap Pengurang Tekanan

Injap ini biasanya dipasang di saluran paip di bahagian selepas pam untuk bertujuan mengurangkan tekanan dalam paip yang disebabkan oleh tukulan air yang wujud setelah alat pam berhenti.

2.3.5.8 Pili Bomba

25

Pili bomba digunakan untuk menyalurkan air keluar daripada rangkaian paip air ketika berlaku kecemasan. Ia juga berfungsi sebagai pengeruk dalam rangkain paip. Terdapat dua jenis pili bomba iaitu pili bomba bawah tanah yang merujuk kepada BS 750 atau atas tanah yang terperinci dalam Pelan JKR No PBA H/310/15. Semua pili bomba akan mempunyai tekanan maksimum 16 bar. Kedudukan pili bomba adalah pada persimpangan, cabang dan biasanya dengan jarak antaranya tidak lebih 180 meter. Pemasangan yang mempunyai risiko kebakaran yang tinggi mesti mempunyai pili bomba tidak lebih dari 90 meter jarak berjalan dari pemasangan tersebut.

2.4

Prosedur Pemasangan Paip

Pemasangan paip secara umumnya bermula dari mengenalpasti keadaan tapak bina sebelum direkabentuk serta menentukan sumber bekalan air yang sesuai. Selain rekabentuk, beberapa prosedur dan amalan piawai pemasangan paip perlu dipraktikkan bertujuan untuk memastikan paip dipasang memenuhi kehendak dari segi kuantiti, tekanan yang cukup dan ketahanan yang sesuai dari segi kegunaan dan lokasi pemasangan. rekabentuk:a. Pemilihan jajaran paip. b. Penjajaran laluan paip air. c. Pembersihan laluan paip air. d. Pengendalian dan penghantaran paip dan keperluan ke tapak bina. e. Pemeriksaan paip dan kelengkapan f. Pengorekan dan pemasangan paip. g. Penyambungan paip. h. Kerja-kerja konkrit. i. Penyambungan Tee dan Lekapan. Berikut ialah prosedur pemasangan paip selepas proses

26 j. Pengujian paip air. k. Pembasmian kuman

2.4.1 Pengujian paip air

Tujuan ujian paip adalah untuk memastikan bahawa paip dan kelengkapan seperti sambungan, special dan sebagainya mempunyai kekuatan yang diperlukan dan tiada kebocoran. Antara ujian-ujian yang terlibat ialah:a. Ujian Tekanan b. Ujian kebocoran

2.5

Teori Rekabentuk Sistem Bekalan Air yang Berkesan

Dalam mereka bentuk, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah kapasiti air yang bersesuaian dengan permintaan air tersebut. Terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti sebelum proses mereka bentuk dimulakan iaitu:-

a. Ditentukan berdasarkan simpanan minimum satu hari tangki domestik. b. Kriterium berdasarkan Pihak Berkuasa Air Negari-negeri. Kriterium yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Air Negeri telah mengenengahkan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengetahui keperluan tangki domestik iaitu seperti di Jadual 2.3 dan Jadual 2.4 di bawah:

27 Jadual 2.3: Keperluan Air Purata Bagi Setiap Jenis Bangunan Jenis Bangunan Rumah teres kos Rendah Rumah teres 1 tingkat Rumah Berkembar 1 atau 2 tingkat Banglo Rumah Kedai 1 atau 2 Tingkat Rumah Kedai 3 Tingkat Keperluan Air Purata 250 gpd ( 1125 liter/hari ) 300 gpd ( 1350 liter/hari ) 350 gpd ( 1570 liter/hari ) 500 gpd ( 2250 liter/hari ) 500 gpd ( 2250 liter/hari ) 600 gpd ( 2700 liter/hari )

Jadual 2.4: Keperluan Bekalan Air Per Individu Jenis Bangunan Hotel Asrama Sekolah ( biasa ) Sekolah Berasrama Pejabat Tanpa Kantin Pejabat Dengan Kantin Restoran Masjid Berek Polis/ Tentera Keperluan Bekalan Air per Individu 270 liter/orang/hari 180 liter/orang/hari 30 liter/orang/hari 180 liter/orang/hari 70 liter/orang/hari 90 liter/orang/hari 14 liter/orang/hari 14 liter/orang/hari 270 liter/orang/hari

Walau bagaimanapun, kesemua jadual tersebut adalah berpandukan penggunaan tangki domestik sahaja dan Jabatan Bomba Tempatan pula menentukan kapasiti tangki bomba.

2.5.1

Halaju Aliran Dalam Paip

28

Halaju aliran di dalam saluran paip agihan ditentukan dengan menggunakan Persamaan 2.1 seperti di bawah. Nilai yang diperolehi dipastikan supaya tidak melebihi had halaju maksimum yang telah ditetapkan iaitu 2.6m/s. Ini adalah perlu bagi menghalang hakisan di dalam paip oleh aliran lampau.

Q = VA dengan

(2.1)

Q ialah kadar aliran, m/s, V ialah halaju aliran, m/s, A ialah keluasan paip, m

2.5.2

Aliran Pemadam Kebakaran

Aliran pemadam kebakaran disediakan sebagai langkah keselamatan bagi tujuan kecemasan yang berlaku seperti kebakaran. Dalam rekabentuk sistem, kadar alir kebakaran hanya menganggap satu pili bomba digunakan walaupun lebih daripada satu pili bomba di pasang dalam keadaan sebenar. Nilai kadar alir pemadam kebakaran boleh di kira dengan menggunakan Persamaan 2.2 seperti berikut :-

Qf= Qpd + 1.1 Qpb + Qfh Dengan,

(2.2)

Q fh ialah 300gpm (22.71 liter/s), Qf ialah Kadar alir pemadam kebakaran, Qpd ialah Kadar air purata ke tangki domestik, Qpb ialah Kadar alir purata ke tangki bomba, Qh ialah Kadar alir hidrant = 22.71 liter/s. Pemilihan sistem paip bagi sesebuah bandar atau skim perumahan perlu mengambil kira faktor kos dan keberkesanan perkhidmatan. Pada kebiasaannya,

29 gabungan dua atau lebih sistem agihan digunakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Selepas susun atur paip ditentukan, proses pengiraan saiz dan tekanan pengguna dapat dilaksanakan. Tekanan pengguna seberapa mungkin diminimumkan semua permintaan puncak berlaku.

2.5.3

Kehilangan Turus

Aliran bendalir menghasilkan kehilangan turus di dalam sebatang paip seragam yang mengufuk. Di dalam paip, kehilangan turus boleh berlaku disebabkan oleh rintangan kelikatan bendalir, geseran pada dinding paip, perubahan keratan rentas paip atau kehilangan lain yang kecil seperti di sambungan-sambungan seperi injap, lentur dan sebagainya. (Fatimah Mohd Noor, Faridah Jaffar Sidek, Goh Guit Keau, 1991).

Bagi tujuan pengiraan saizpaip, hanya kerugian turus yang disebabkan oleh panjang paip sahaja diambilkira. Ini adalah kerana kerugian-kerugian lain adalah kecil, oleh itu ianya tidakdiambil kira kerana tidak menjejaskan reka bentuk dengan ketara. Rumus-rumus yang kerap digunakan ialah Rumus Darcy-Weisbach, Rumus Manning dan Rumus Hazen-Williams.

2.5.3.1 Rumus Darcy-Weisbach

Persamaan 2.3 ialah persamaan yang digunakan untuk mencari kehilangan turus

30 hf = 4fLV2 / 2gd dengan hf ialah kehilangan turus, m, L ialah panjang paip, m D ialah Garispusat paip, m, V ialah Halaju purata aliran di dalam paip, m/s g ialah pecutan graviti, m/s, f ialah faktor geseran. (2.3)

dengan f = 2c / c ialah pemalar, ialah ketumparan bendalir, kg/m3

(2.4)

2.5.3.2 Rumus Manning

Rumus Manning adalah seperti didalam Persamaan 2.5 iaitu: hf= h2V2L/ R4/3 (2.5)

dengan hf ialah kerugian turus, m, h ialah Pekali Manning, L ialah panjang paip, m V ialah halaju purata aliran di dalam paip, m/s, R ialah jejari hidraulik, m. Jejari hidraulik ditakrifkan oleh Persamaan 2.6 berikut: R=A/P Dengan A ialah luas keratan paip, m2, P ialah perimeter perimeter basah, m. 2.5.3.3 Rumus Hazen-Wiliams (2.6)

31

Formula Hazen-Williams secara umumnya tidak sesuai untuk paip berdiameter kurang daripada 50 mm atau halaju aliran melebihi 3 m/s. Kebiasaannya persamaan (2.7) yang merupakan persamaan Hazen-Williams akan digunakan : hf = 10.69LQ1.852 C1.852D 4.87 Dengan, L ialah panjang paip, Q ialah kadar alir (m3/s), D ialah diameter paip, (m) dan C ialah pekali Hazen-Williams. Pekali Hazen William boleh diperolehi dalam Jadual 2.5 berikut: (2.7)

Jadual 2.5:

Pekali Hazen Wiliams Mengikut Jenis Paip Pekali Hazen Wiliams ( C ) 115 130 110 130 130 110

Jenis paip Simen Asbestos (AC) Besi Mulur (DI) Besi Tuangan ( CI ) Polivinil Klorida Tak Diplastikkan (uPVC) Polietilena Ketumpatan Tinggi (HDPE) Keluli Lembut (MS)

2.5.4 Faktor Rekabentuk Untuk Menentukan Saiz Paip

Ketika menentukan saiz paip terdapat bebberapa faktor yang perlu diambil kira seperti halaju aliran, kadar alir puncak, aliran kebakaran, baki tekanan yang disyorkan dan garis pusat paip minimum.

2.5.4.1 Halaju Aliran

32

Halaju aliran maksimum yang digunakan dalam sistem agihan secara umumnya ialah 2.5 meter per saat. Ia bertujuan untuk mengelakkan hakisan yang disebabkan oleh pusaran pada halaju tinggi. peronggaan. 2.5.4.2 Kadar Alir Puncak Di bahagian sedutan pada rangkaian paip air pengepam, kelajuan tidak melebihi 1.2 meter per untuk mengurangkan masalah

Kadar alir puncak adalah kriteria seterusnya dalam sistem bekalan air. Ia digunakan bagi tujuan rekabentuk paip yang menggunakan tangki simpanan air domestik. Menurut piawaian MWA (Panduan Rekabentuk untuk Sistem Bekalan Air), kadar alir puncak ini dihitung hasil jumlah faktor puncak berdasarkan jenis kawasan penduduk sama ada bandar atau luar bandar (pedalaman) atau kawasan felda di darab dengan kadar alir purata seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.6. Kadar alir puncak boleh merujuk kepada persamaan (2.8) berikut; Q puncak = f x Q purata Dengan, f ialah faktor puncak, Q purata ialah purata permintaan air. Jadual 2.6: Kawasan Bandar dan luar bandar Skim Felda 3.2 1.2 Nilai Faktor Punca Faktor Puncak Agihan/ Rangkaian 2.5 Graviti/PaipPenghantar 1.5 (2.8)

2.5.5 Turus atau Tekanan Ambilan Dari Paip Utama Turus tekanan ialah tekanan yang terhasil daripada air yang mengalir di dalam suatu paip. Tekanan ini dipengaruhi oleh halaju air dalam paip dan diameter paip

33 yang digunakan dalam agihan. Nilai turus tekanan akan berubah bergantung kepada kedudukan paip agihan tersebut. Turus tekanan di paip utama ditentukan dengan melakukan Ujian Tekanan di lokasi paip utama yang berdekatan dengan kawasan petempatan. Nilai turus tekanan ini juga boleh didapati daripada pihak berkuasa seperti SAJ Holdings. Dalam rekabentuk paip, tekanan yang paling rendah akan digunakan. Turus Tekanan paling rendah ini kemudiannya akan digunakan untuk menentukan tekanan berdasarkan Persamaan Bernoulli untuk merekabentuk sistem bekalan air di sesuatu kawasan.

2.5.6 Turus Tekanan Baki Turus tekanan baki dalam paip agihan boleh dihitung dengan menggunakan Persamaan 2.8 iaitu Persamaan Bernoulli seperti berikut;

(2.9) Dengan, hf ialah kehilangan tenaga disebabkan oleh geseran, z ialah tenaga potensial, V2 ialah tenaga kinetik, P ialah turus tekanan. g 2g

2.5.6.1 Baki Tekanan yang Disyorkan

34 Baki tekanan maksimum dan minimum yang disyorkan oleh MWA (Panduan Rekabentuk untuk Sistem Bekalan Air) dalam paip air retikulasi adalah seperti Jadual 2.7 Jadual 2.7 Baki Tekanan Minimum Maksimum Baki Tekanan Yang Disyorkan Luar bandar (meter) 22 60 10 40 Felda (meter)

Bandar (meter) 10 60

2.5.7 Garis Pusat Paip Minimum

Garis pusat minimum dalam sistem agihan adalah 100 mm manakala untuk kawasan perumahan adalah 150 mm.

2.5.8 Langkah-langkah Dalam Mereka Bentuk

Proses rekabentuk yang tepat dan mengikut prosedur yang ditetapkan akan menghasilkan satu rekabentuk yang efisyen untuk keperluan pengguna. Rajah 2.3 menunjukkan Carta Aliran langkah-langkah merekabentuk sistem bekalan air di sesuatu kawasan.

Langkah-Langkah Merekabentuk

35

i. ii.

Tentu kadar keperluan bagi bangunan mengikut keperluan. Tentu aliran puncak

i. ii. iii.

Lakar sistem saliran yang ekonomi dan efisyen. Tentu kadar alir setiap paip. Tentu jenis paip dan diameter paip yang digunakan.

i. ii. iii.

Tentu kehilangan dalam paip. Tentu halaju dalam paip. Tentu turus baki bagi sistem.

i.

Buat semakan dan perubahan rekabentuk jika perlu bagi mendapatkan hasil ekonomi dan efisyen.

Rajah 2.3:

Carta Aliran Langkah-Langkah Merekabentuk Sistem Bekalan Air

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan dan Pengumpulan Data

Kajian yang dibuat ini merupakan satu kajian yang menekankan kepada aktiviti-aktiviti seperti mengumpulkan maklumat berkaitan polisi dan prosedur yang digunakan oleh pihak SAJ Holdings dalam sistem pemasangan paip. Selain itu, ia menekankan kepada mengumpulkan maklumat berkaitan dengan teori rekabentuk berkesan dalam dalam sistem bekalan. Tambahan lagi, ia memerlukan kepada kerjakerja tapak ataupun perlunya kepada penglibatan secara langsung kepada tapak projek. Oleh itu , beberapa kaedah kajian seperti pengumpulan maklumat, tinjauan, pemerhatian, temubual dan soal selidik dijalankan bagi membantu mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini.

3.1.1 Pencarian Maklumat

Maklumat-maklumat yang berkaitan diperolehi dan dikumpulkan daripada pelbagai sumber yang berlainan seperti berikut:-

37

a) Buku Teks

Buku-buku teks mengenai sistem pembekalan air, sejarah sistem bekalan air, keadah pengagihan air, jenis-jenis paip air diperolehi dari Perpustakan Sultanah Zanariah (PSZ) UTM dengan bantuan perkhidmatan infolan atau abstrak-abstrak yang berkaitan dengan tajuk kajian. Selain itu, ia juga diperolehi dari nota-nota yang diterbitkan oleh SAJ Holdings. Rujukan utama kajian ini ialah merujuk kepada MWA Design Guidelines For Water Supply System, Guidelines On Submission Of Water Supply To JBA Johor dan Spesifikasi Jabatan Penggantian Aset SAJH.

b) Tesis

Tesis tahun-tahun lalu oleh pelajar UTM yang berkaitan dengan tajuk boleh diperolehi daripada pusat sumber, Fakulti Kejuruteraan Awam UTM melalui senarai tesis yang disediakan.

3.1.2 Tinjauan dan Pemerhatian

Tinjauan di tapak projek akan memberikan data dalam satu masa tertentu dan ia seolah-olah satu foto-snapshot. Pemerhatian pula dijalankan setelah tinjauan dilakukan. Kedua-dua kaedah ini diperlukan bagi memerhati prosedur yang dibuat dalam pemasangan paip. Setiap pemerhatian perlulah dicatatkan dengan sistematik supaya tiada maklumat yang tercicir.

38

3.1.3 Soal selidik dan Temubual Soal selidik dan temubual juga dilakukan bagi mengumpul maklumatmaklumat yang tidak diketahui melalui pemerhatian dan juga untuk memastikan maklumat yang diperolehi melalui tinjauan serta pemerhatian dengan lebih terperinci. Temubual dijalankan kepada orang-orang tertentu yang dikatakan sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap projek ini seperti Mr Leong, kontraktor, En Abdul Halim, Juruteknik dan En Nur Firdaus, Jurutera SAJ Holdings yang bertanggungjawab terhadap kelancaran projek yang dikaji ini iaitu Projek Penggantian Paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang di daerah Kota Tinggi. Mereka juga memastikan kerja-kerja yang dilakukan di tapak mengikut polisi dan prosedur yang digariskan oleh SAJ Holdings.

3.2 Pengurusan Data

Berdasarkan kaedah soal selidik dan temuramah yang dijalankan bersama ihak kontraktor, Juruteknik dan Jurutera yang bertanggungjawab maklunmat seperti prosedur pemasangan paip, keadaan sistem paip yang dipasang, kemudahan dan infrastuktur yang sedia ada di dalam kawasan kajian dapat diketahui. Data-data keluasan kawasan dan status tanah kawasan kajian juga dapat dikenalpasti daripada pelan-pelan susunatur yang disediakan oleh pihak SAJ Holdings. Selain itu, temubual juga dibuat kepada penduduk setempat untuk mendapatkan komen mengenai masalah yang dihadapi oleh mereka ketika paip baru dipasang. Maklumat juga diperolehi daripada manual garis panduan Syarikat Air Johor dan Persatuan Air Malaysia serta kajian-kajian terdahulu.

39 3.3 Analisis Data Berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang dikumpulkan, akan menghasulkan satu prosedur pemasangan paip. Selain itu, setiap prosedur pemasangan paip di tapak kajian ini akan dikaji samada mengikut spesifikasi yang digariskan oleh SAJ Holdings.

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai prosedur pemasangan paip yang dilakukan di kawasan tapak kajian. Kawasan kajian yang dipilih ini ialah Projek Penggantian Paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang. Ia ialah milik SAJ Holdings dan melibatkan Ranhill Engineers and Construction Sdn.Bhd sebagai Kontraktor dan South Asia Engineering Sdn.Bhd sebagai subkontraktor.

Pemerhatian

dan

maklumat

yang

diperolehi,

akan

dianalisis

dan

mengenalpasti prosedur pemasangan paip yang digariskan oleh SAJ Holdings. Analisis yang dilakukan adalah berpandukan garis panduan manual yang disediakan oleh Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) dan Persatuan Air Malaysia (MWA).

41 4.2 Polisi Pemasangan Paip

Polisi mengikut Dewan bahasa dan Pustaka bermaksud rancangan tindakan yang dipersetujui dan piawai. Polisi pemasangan paip oleh SAJ Holdings ialah peraturan atau ketetapan , rancangan tindakan yang dipersetujui oleh pihak SAJ Holdings dan juga pihak yang terlibat iaitu kontraktor yang terlibat dalam pemasangan paip. Menurut Spesifikasi Pengantian Aset SAJH, polisi pemasangan paip terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja pemasangan paip dilaksanakan.

4.2.1 Sebelum Kerja Pemasangan Dilaksanakan

1. Tempoh Tanggungan Kecacatan hendaklah disediakan bagi tempoh (sekurang-kurangnya) untuk tempoh masa kerja dilakukan dan tambahan 6 bulan tanggungan kecacatan. Jika terdapat sebarang kecacatan yang berlaku di atas kecuaian kerja kontraktor atau kerosakan barang-barang yang dibekalkan oleh kontraktor semasa tempoh kerja tersebut, pihak SAJH berhak memanggil semula pihak kontraktor tersebut untuk memperbaiki kecacatan kecacatan kerja tersebut dengan kos pembaikan kecacatan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor seperti diarahkan oleh Pegawai Penguasa. 2. Kontraktor hendaklah berhubung dan membuat lawatan tapak bersama dengan pegawai SAJH, pihak JKR, TNB, Majlis Daerah Tempatan (jika terlibat) dan lain-lain agensi yang terlibat. 3. Kontraktor hendaklah berhubung dan memaklumkan dengan ketua

masyarakat setempat seperti penghulu, ketua kampung, ketua masyarakat dan ahli majlis (jika terlibat) bersama pegawai SAJH.

42

4. Kontraktor hendaklah memasang papan tanda projek seperti di lukisan nombor STD/DWG/SAJH/ASET/G/1 di lokasi yang ditetapkan oleh penguasa projek atau wakilnya. 5. Kontraktor hendaklah mengambil gambar kawasan jajaran paip atau kawasan tapak kerja sebelum kerja dijalankan. 6. Kontraktor hendaklah menyediakan jadual kerja dan carta organisasi syarikat serta mengembalikan semula kepada pihak SAJH sebelum kerja dilaksanakan. 7. Tempat simpanan paip, fitting dan special di tapak bina hendaklah selamat, keadaan perlindungan yang sesuai dan telah mendapat kebenaran tuan punya tanah. 8. Kontraktor hendaklah memastikan paip air yang belum ditanam dibenarkan disusun dengan teratur di tepi jalan sekurang-kurangnya satu meter dari hujung edge of the road. 9. Kontraktor hendaklah mengendali dan mengangkut paip dan fitting dengan cara yang betul dan tidak dibenarkan mengheret paip tersebut dan jika terdapat kerosakan paip dan fitting akibat cara pengendalian yang tidak betul, segala kos paip dan fitting tersebut ditanggung oleh pihak kontraktor. 10. Barang-barang yang dibekalkan oleh pihak kontraktor hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak SAJH.

43 4.2.2 Semasa Kerja Pemasangan Dilaksanakan.

1. Papan tanda keselamatan hendaklah diletakkan di tempat yang sesuai dan secukupnya seperti yang terdapat di lukisan nombor STD/DWG/SAJH/ASET/G/02-04. 2. Semua pemasangan paip hendaklah ditanam di R.O.W. (Right Of way) jalan atau sempadan tanah dan kedalaman sekurang-kurangnya satu meter dari atas paip bagi penanaman paip di bawah jalan berturap. 3. Kerja pengorekan di atas jalan berturap hendaklah dipotong menggunakan alat pemotong jalan sehingga menghasilkan kawasan korekan yang lurus dan rata dan hanya pasir dan crusher run sahaja dibenarkan untuk menimbus kembali lubang korekan serta dimampatkan. Tanah asal tidak dibenarkan sama sekali digunakan untuk menutup lubang korekan tersebut. 4. Bagi korekan di kawasan yang sibuk (bandar), tanah korekan yang berlebihan yang sudah tidak digunakan lagi hendaklah dibuang di tempat pembuangan kontraktor. 5. Lubang-lubang korekan hendaklah ditutup dengan segera atau diletak papan tanda keselamatan secukupnya. 6. Kerja-kerja pemotongan dan pengorekan di atas turapan jalan hendaklah diturap kembali selewat-lewatnya 24 jam bagi jalan utama JKR dan Majlis Tempatan dan 3 hari bagi jalan kampung. Kerja membaik pulih premix perlu mengikut spesifikasi JKR di bawah pengawasan Pegawai Penguasa. 7. Tidak dibenarkan sama sekali menebuk paip air Mild Steel bagi membuat tapping, tee, reducer dan sebagainya.

44 8. Bagi kerja-kerja penyambungan secara kimpalan untuk paip mild steel perlu dibuat perlindungan balutan bitumen. Bahan dan ketebalan balutan hendaklah mendapat kelulusan dari penguasa tapak. 9. Semua S-Bend ( paip terdedah ) hendaklah dicat dengan antirust (2 lapisan). 10. Kelulusan bahan tapping, bolt dan nut dan fittings perlu mendapat kelulusan dari penguasa tapak. 11. Kerja menebuk paip hendaklah menggunakan peralatan yang sesuai. Contohnya paip D.I menggunakan mesin Talbot. Cara kerja dan perlaksanaan perlu dirujuk dan diawasi oleh Pegawai Penguasa. Lubang tapping perlu ditimbus semula dengan pasir sehingga ke paras atas ferrule. 12. Semua paip komunikasi (Polypipe) hendaklah ditanam sekurang-kurangnya 450 mm di bawah jalan dan 300 mm di bawah bahu jalan kecuali jika terdapat halangan seperti konkrit, jubin, longkang dan keadaan meter stand sedia ada yang mana keputusan pemasangan ditentukan oleh penguasa atau pemeriksa kontrak semasa di tapak. 13. Semua paip G.I ke rumah sedia ada hendaklah diganti dengan Polypipe sehingga bawah ke meter stand sebagaimana arahan penguasa tapak. Paip komunikasi jenis polyetherlene tidak dibenarkan terdedah sama sekali. Ianya perlu ditanam sebagaimana rujukan lukisan. dengan stainless steel. 14. Meter stand sedia ada hendaklah diganti dengan meter stand stainless steel megikut lukisan yang ditetapkan. Penguasa Tapak. 15. Semua dasar chamber hendaklah diletakkan pasir seperti di dalam lukisan. Lokasi meter stand ditentukan oleh Bagi paip yang terdedah menyeberangi longkang atau parit, ianya perlu disaluti paip G.I atau diganti

45 16. Ujian tekanan kebocoran, pembasmian kuman dan flushing yang dilakukan hendaklah menggunakan air SAJH sahaja dan dibayar kepada SAJH. 17. Borang Perakuan Siap Kerja dan penyerahan hendaklah direkodkan menggunakan borang-borang yang disediakan. 18. Mengambil gambar semasa kerja dijalankan seperti semasa pemasangan paip dan special, penyambungan paip, pengorekan, pemotongan jalan dan semasa ujian tekanan dan kebocoran. 19. Bagi kerja-kerja pemasangan By-Pass pressure gauge stand hendaklah daripada stainless steel berukuran 20 mm dan kedudukan hendaklah berada di dalam injap sluis kecuali keadaan tapak tertentu yang memerlukan perubahan dan tertakluk kepada arahan Pegawai Penguasa.

4.2.3 Selepas Kerja-Pemasangan Dilaksanakan

1. Mengambil gambar selepas kerja dijalankan (posisi sama semasa mengambil gambar sebelum kerja dilaksanakan). 2. Memulangkan semua lebihan atau baki paip, fitting dan special ke stor SAJH. 3. Mengaturkan pengukuran akhir di tapak bagi tujuan pembayaran dan lawatan tapak bersama Jabatan Pelanggan yang berkaitan bagi tujuan pengerahan projek. 4. Kontraktor hendaklah menyediakan draf lukisan skematik As Built dan mengajukan kepada SAJH. 5. Semasa kerja-kerja ujian dilakukan, SAJH berhak menggunakan pressure gauge kepunyaan SAJH.

46 4.3 Prosedur Pemasangan Paip Air

Menurut polisi SAJH, pemasangan paip secara umumnya bermula dari mengenalpasti tapak bina dan keadaan tapak bina bagi membolehkan paip yang dirancang serta menentukan sumber bekalan air yang sesuai. Tujuan diadakan prosedur yang sistematik adalah untuk memastikan paip yang dipasang memenuhi kehendak. Kehendak yang dimaksudkan seperti dapat membekalkan air dengan kuantiti yang dan tekanan yang mencukupi serta mempunyai ketahanan sesuai dari segi kegunaan dan lokasi pemasangan.

4.3.1 Pemilihan Jajaran

Pemilihan jajaran paip yang sesuai adalah penting dalam menentukan kos utama dan dan kos pemasangan. Pemilihan jajaran ini boleh dilakukan melalui gambar udara, pelan ortografik, pemeriksaan di tapak, data teknikal keadaan kawasan serta kedudukan utiliti sedia ada seperti talian eletrik atau telefon. Jajaran yang dipilih dengan mmastikan profil tanah berada di bawah garisan hidraulik untuk memastikan kedudukan pam sekiranya perlu.

4.3.2 Penjajaran Laluan Paip Air

Penjajaran laluan paip air dibuat berdasarkan pelan yang telah diluluskan dan dilakukankan oleh juruukur berlesen. Penandaan laluan paip air ini adalah penting untuk memastikan ianya tidak terkeluar dari kawasan yang dibenarkan ataupun melalui proses pengambilan balik tanah. Masalah sebegini seringkali dihadapi oleh

47 pihak SAJ Holdings dan ianya mendatangkan masalah kerana ia perlu mendapatkan kebenaran dari pemilik tanah tersebut. Oleh itu, penjajaran yang tepat dan efisyen perlu dibuat untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Kayu penanda akan ditanam pada kedua-dua belah bahu jalan. Setiap jarak selang ialah kurang 50 m di laluan paip yang akan dipasang bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan laluan boleh dibuat secara teratur dan mengikut penjajaran yang telah ditetapkan.

4.3.3 Pembersihan Laluan Paip Air

Pembersihan laluan paip perlu dibuat terutama pada kawasan yang tiada laluan jalan masuk dan dipenuhi dengan semak samun. Ia adalah untuk memudahkan jentera dan pekerja memamasuki kawasan ini dan seterusnya dapat menjalankan kerja-kerja pemasangan paip. Pembersihan laluan ini mestlah berdasarkan penandaan laluan yang telah dibuat sebelum ini. Kemudian penandaan jajaran laluan paip dibuat dengan selang kurang dari 50 m untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan paip yang akan dijalankan.

4.3.4 Pengendalian, Penghantaran Paip dan Keperluan ke Tapak Bina

Jenis paip yang dipilih untuk pemasangan dipengaruhi oleh banyak faktor seperti lokasi, kemudahan pemasangan, jangka hayat paip dan faktor ekonomi. Penghantaran paip, injap, special, penyambung dan lain-lain yang berkaitan ke tapak bina, penerimaannya perlu dibuat oleh pihak kontraktor. Ini adalah untuk memastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan yang berlaku ke atas barangbarang tersebut. Kontraktor perlu menandatangani resit penerimaan setelah dipastikan barang-barang tersebut di dalam keadaan baik dan mencukupi

48 bilangannya sebagaimana yang dicatitkan. Senarai untuk setiap barang yang

diterima mestilah direkodkan dengan sistematik untuk memudahkan kerja pengesanan di masa hadapan. Projek penggantian paip ini menggunakan paip dari jenis uPVC, Ductile Iron dan Mild Steel. Paippaip ini dikendalikan dengan cermat untuk mengelakkan kerosakan pada salutan paip atau kecacatan kepada paip itu sendiri. Pengendalian semasa menurunkan paip dan peralalatan ke tempat simpanan yang sesuai terus ke tapak bina perlu di ambil perhatian dan dikawal supaya kerosakan barang tersebut tidak berlaku.

4.3.5 Pemeriksaan Paip dan Kelengkapan

Pemeriksaan paip dan kelengkapan dibuat setelah penghantaran paip dan peralatan dibuat. Ia dijalankan secara berperingkat. Pihak pembekal melalui kontraktor menyediakan maklumat yang diperlukan dengan kelulusan bahan oleh badan yang diiktiraf seperti IKRAM atau SIRIM kepada pihak perunding. Pemeriksaan secara fizikal akan dibuat di tapak bina oleh wakil perunding, kontraktor dan pembekal. Pemeriksaan yang dibuat ini adalah berkaitan dengan ketebalan paip dan cement lining bagi paip jenis Keluli Sederhana, uPVC, Ductile Iron agar memenuhi kehendak yang telah ditetapkan di dalam spesifikasi. Bagi pemeriksaan ini, ia menggunakan satu alat iaitu Holiday Detector. Paip dipilih secara rawak dengan mengambil beberapa sampel paip. Ia menggunakan arus eletrik untuk mengesan sekiranya lapisan bitumen paip jenis Mild Steel terkopek atau tidak. Jika lapisan ini terkopek, ia akan mengeluarkan bunyi. Paippaip yang bitumen terkopek akan dibaiki dengan menampal dengan bitumen cair. menunjukkan spesifikasi SAJH untuk ujian yang dibuat. mm. Nilai diambil secara rawak. Jadual 4.1 Manakala Jadual 4.2

menunjukkan data ujian yang dibuat untuk paip jenis Mild Steel berdiameter 300

49 Jadual 4.1: Diameter Luar (O.D) (mm) 88.9 114.3 139.7 168.3 193.7 219.1 244.5 273 323.9 355.6 406.4 457 508 559 610 660 711 762 813 864 914 1016 1219 1422 Ketebalan Luar Paip Keluli dan Diameter Dalaman Ketebalan Nominal Minima (mm) 80 100 125 150 175 200 225 250 300 350 400 450 500 550 600 650 700 750 800 850 900 1000 1200 1400 3.2 3.6 3.6 3.6 4.0 4.0 4.0 4.0 4.0 4.5 4.5 5.0 5.0 6.3 6.3 6.3 6.3 6.3 7.1 7.1 7.1 7.1 8.0 8.8 Ketebalan Lapisan Konkrit (mm) 6 6 6 6 10 10 10 10 10 13 13 13 13 13 13 19 19 19 19 19 19 19 19 25 Bitumen Enamel Wrapping (mm) 3 3 3 3 4.5 4.5 4.5 4.5 4.5 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6

Diameter Nominal (mm)

( Sumber: Spesifikasi SAJH bagi Paip Keluli Sederhana)

50 Jadual 4.2: Diameter Nominal (mm) 300 Purata Ketebalan Paip Luar Keluli Dan Diameter Dalaman Ketebalan Nominal Minima (mm) 4.5 Ketebalan Lapisan Konkrit (mm) 11.2 Bitumen Enamel Wrapping (mm) 4.54 Lulus Keputusan

4.3.6 Pengorekan dan Pemasangan Paip

4.3.6.1 Pengendalian Dan Pemasangan Paip

Pengorekan parit dibuat setelah penjajaran laluan paip dan pemeriksaan fizikal paip telah diluluskan oleh SAJ Holdings. Lebar parit yang dikorek adalah bersesuaian dengan garis pusat dan jenis paip yang hendak dipasang. Sekiranya garis pusat paip yang hendak dipasang tidak melebihi 500 mm, maka lebar korekan tanah ialah garis pusat + 450 mm. Untuk tempat penyambungan paip di dalam parit pula, lebar parit adalah lebih lebar untuk memudahkan kerja-kerja penyambungan dibuat. Pengorekan parit yang bersebelahan dengan bahu jalan perlu mendapat kelulusan dari pihak berkuasa berkaitan sebelum kerja-kerja dijalankan dan pematuhan prosedur perlu dituruti setiap masa. Mengikut spesifikasi, kedalaman paip yang perlu dipasang di tapak bina ialah antara 1 m hingga 1.5 m di atas paip dan kebanyakkan kontraktor memasang paip kurang dari kedalaman tersebut. Oleh itu, pengawasan perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja penggalian dan pengorekan dijalankan.

Paip dibawa masuk ke dalam lubang korekan menggunakan tali yang dikendalikan oleh puli mekanikal atau tripod. Untuk menyambungkan satu paip ke paip yang lain, caranya ialah bersihkan soket paip dengan berus, masukkan gasket

51 yang dikenali sebagai EPDM getah sintetik. Dipastikan bahawa getah sintetik

tersebut masuk ke dalam soket dengan sempurna untuk mengelakkan kebocoran. Kemudian, bahagian paip yang hendak disambung dengan paip tadi dibersihkan dan disapu dengan pelincir. Didapati terdapat 2 garisan yang terpapar pada paip tersebut. Jentolak digunakan untuk menolak masuk bahagian paip tadi ke sambungan tersebut. Menurut spesifikasi SAJH, kelonggaran diberikan kepada kontraktor dalam menyambungkan paip uPVC iaitu boleh menggunakan lengan jentolak tetapi perlu dipastikan bahawa tidak mencacatkan paip tersebut.

Bagi pemasangan paip yang merentasi jalan raya utama yang sibuk dengan kenderaan, pengorekan secara terbuka tidak digalakkan. Pemasangan paip secara jacking akan dibuat dengan menolak jacking sleeve dari jacking pit dengan menggunakan jack hydraulic yang berkuasa tinggi sehingga melintasi bawah jalan raya ke receiving pit. Seterusnya, paip yang telah disambungkan akan ditolak masuk mengikut jarak yang telah ditetapkan di dalam jacking sleeve. Kemudian, kedua-dua hujung jacking sleeve ditutup dengan bata sebelum ruang antara paip dan sleeve diisi dengan simen mortar.

4.3.6.2 Kecerunan

Semua paip perlu dipasang pada kecerunan yang rata ( smooth ). Cerun minimum adalah 1: 500. Perlu diambil kira kemungkinan paip akan meluncur sekiranya ia dipasang pada kecerunan melebihi 20 peratus untuk rangkaian paip yang dipasang atas tanah manakala 25 peratus untuk paip ditanam dalam tanah. Dalam kes ini, blok penahan konkrit perlu dibina. Untuk cerun 20% atau lebih kecil, panduan am yang biasa dipraktikkan seperti berikut: Cerun 1: 12 satu untuk setiap 3 batang paip Cerun 1: 8 satu untuk tiap 2 batang paip.

52 Cerun 1: 5 satu untuk tiap batang paip

4.3.6.3 Penutup

Penutup diukur dari tanah kepada permukaan luar paip dan ianya untuk mengelakkan paip daripada dirosakkan oleh beban tanggungan .

1. Penutup Minimum Kedalaman penutup mestilah 1200 mm di bawah aras tanah sekiranya paip ditanam di tepi dan bawah jalan. Manakala 900 mm unntuk paip ditanam jauh daripada jalan. Paip perlu dilindungi oleh bonggol konkrit atau alas khas pada: I. 150 mm sekeliling sekiranya penutup paip kurang daripada keperluan minima. II. 150 mm sekeliling di mana paip berada di bawah anak sungai dan parit. III. 150 mm untuk alas dan separuh bonggol sekiranya rangkaian paip dalam tanah tambak dan penutup melebihi 2000 mm kedalaman.

2. Penutup Maksimum Secara amnya, adalah tidak sesuai penutup melebihi 2m. mengikut lokasi injap. Walau

bagaimanapun, kedalaman boleh melebihi had maksimum untuk disesuaikan

53 4.3.6.4 Jenis Alas

Paip dipasang pada dasar rata yang beralas. Alas yang sempurna adalah untuk mengurangkan pesongan ke atas paip yang boleh lentur atau mengurangkan kerosakan pada paip yang tegar.

Alas untuk tanah berbatu sesuai menggunakan bahan berpasir untuk memudahkan ianya dikemaskan dan dibentuk mengikut yang dikehendaki. Ia juga tidak banyak mendakan dan mudah dipadatkan. Alas berpasir ini terdiri daripada batu kelikir atau batu hancur bersaiz sehingga 20 mm. Alas konkrit dan bonggol biasanya untuk paip tegar bertekanan rendah dan pembentungan. Alas jenis ini perlu diteruskan sehingga penyambung tetapi bonggol berhenti sebelum tempat sambungan untuk memudahkan kerja pembaiakn kerosakan paip.

Untuk kajian ini, didapati alas yang digunakan adalah pasir. mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Maka ia

4.3.6.5 Pengambusan

Kerja pengambusan semula parit dijalankan untuk mengelakkan pergerakan paip dan menentukan paip berada di tempatnya. Bahan kambusan mestilah bebas dari batu atau bahan keras dan bahan tersebut hendaklah diratakan di sepanjang bahagian dasar parit pada kedalaman 150 mm. Lapisan ini hanya akan diratakan menggunakan tangan, diikuti dengan lapisanlapisan yang berikutnya. Setiap lapisan setebal 150 mm mengandungi bahan yang sama dikambus ke bahagian atas paip. Pengambusan seterusnya mengandungi bahanbahan kasar tetapi bebas daripada batu dan ketul-ketul tanah yang besar. Ianya dilakukan dalam lapisan setebal 150

54 mm dan dilantak dengan tangan atau jentera sehingga pengambusan adalah 300 mm daripada atas paip. Pengambusan semula parit dijalankan dengan lapisan setebal 300 mm, dipadatkan dengan jentera dan disiapkan tinggi sedikit dari kawasan sekelilingnya untuk mengelakkan mendapan.

4.3.7 Penyambungan Paip

Semua kerja-kerja penyambungan paip ini adalah perlu mengikut prosedur pemasangan setiap jenis paip yang akan digunakan. Bagi paip mild steel, pihak kontraktor perlu memberikan maklumat terperinci berkaitan prosedur kimpalan yang hendak digunakan dengan kelulusan yang diberikan oleh pihak perunding. Maklumat terperinci tersebut adalah seperti berikut:

a) Buatan, jenis dan tolok elektrod. b) Saiz, bentuk dan bilangan kimpalan yang dibuat pada setiap sambungan. c) Arahan kimpalan yang dibuat. d) Kekuatan arus eletrik yang digunakan.

Jurukimpal yang berkelayakan sahaja dengan prosedur kimpalan yang dibenarkan untuk membuat kerja-kerja penyambungan ini. Bagi mild steel yang bergaris pusat melebihi 628 mm sahaja, ujian udara dibuat pada setiap sambungan paip dengan tekanan udara sebanyak 17 bar. Masa ujian ini ialah selama 10 minit dan sekiranya tiada penurunan tekanan berlaku, ianya tiada kebocoran. Lubang tempat ujian ini akan ditutup secara kimpalan. dengan ujian ini. Setiap sambungan yang telah disahkan tiada kebocoran direkodkan dan disahkan oleh perunding yang terlibat Setelah setiap sambungan telah lulus ujian udara ini, ianya Di bahagian dalam disalutkan dengan salutan bitumen supaya tidak berkarat.

55 sambungan pula disaluti dengan lining dalaman. memastikan kerja ini dibuat dengan sempurna. Pemeriksaan dibuat untuk

4.3.8 Kerja-kerja Konkrit

Kerja-kerja konkrit ini yang melibatkan penyiapan kebuk injap cuci, anchor block, thrust block yang menggunakan bancuhan yang telah ditetapkan iaitu antara gred 20 hingga 30. Terdapat pengujian di tapak sebelum dan selepas sesuatu bancuhan konkrit dituang dalam acuan bagi memastikan kekuatan konkrit memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Prosedur pemeriksaan kerja-kerja konkrit adalah berkaitan dengan penyediaan permukaan di mana konkrit akan dituang, acuan konkit, besi tetulang, kesediaan untuk penuangan konkrit, tempoh pengawetan dan penyiapan kerja-kerja pembaikan.

4.3.9 Penyambungan Tee dan Lekapan

Penyambungan tee dan lekapan bertujuan untuk membekalkan air ke sesuatu kawasan atau mempertingkatkan sistem agihan yang sedia ada. Ia merupakan kerja akhir yang dilaksanakan untuk mempastikan bekalan air dapat disalurkan dari sistem paip yang sedia ada dengan sempurna kepada sistem paip yang baru disiapkan. Biasanya, pada sambungan tee ini, ia akan dikimpal kepada paip yang sedia ada dengan menggunakan sambungan kolar dan sambungan bebibir atau mekanikal. Sebelum kerja-kerja yang melibatkan penyambungan ini, notis gangguan air akan diedarkan untuk memudahkan pihak yang terlibat.

56 Setelah kerja penyambungan tee dan pemeriksaan terhadap kerja dibuat selesai, bekalan air akan disalurkan semula ke kawasan yang terlibat dengan memastikan bekalan airnya bersih dari kekeruhan dan bendasing. Kerja mengguna pakai untuk paip baru dilakukan serentak selepas bekalan air ini memenuhi paip air dengan lancar tanpa sebarang masalah. Kerja-kerja akhir dan penandaan kekal pada laluan paip seta kebuk injap dilakukan secara intensif apabila kerja mengguna pakai telah selesai sebelum pemeriksaan akhir dibuat oleh pihak perunding atau wakil klien.

4.3.9.1 Injap Dan Pili Bomba

I. Injap Sluis

Saiz injap sluis biasanya bersaiz lebih kecil dari saiz talian paip yang dipasang. Jarak antara satu injap ke injap yang lain ialah 1.5 km. Walau bagaimanapun, jarak ini boleh dijauhkan sehingga 3 km untuk paip pengepam. Injap ini dipasang dipersimpangan untuk memudahkan kerja operasi dan ia biasanya dipasang selepas kebuk pengeruk. Tekanan kebolehkerjaan maksima untuk injap ini ialah 16 bar.

II. Injap Pencuci

Injap pencuci diletakkan di kedudukan paling rendah dalam sistem talian paip di mana kerja mencuci paip diperlukan. Saiz injap pencuci adalah 1/3 daripada saiz talian paip.

57 III. Injap Udara

Injap Udara digunakan untuk melepaskan udara yang terperangkap di dalam sistem paip ketika ia beroperasi. Tekanan kebolehkerjaan maksima untuk injap ini ialah 16 bar. Biasanya, injap udara dipasang pada jarak tidak melebihi 1 km di antara satu dengan lain. Jadual 4.3 menunjukkan saiz dan jarak injap udara. Berdasarkan kepada Panduan Rekabentuk Untuk Sistem Bekalan Air.

Jadual 4.3: 25 50 75 100 150 200

Saiz Injap Udara Yang Sesuai Mengikut Saiz Paip Saiz paip ( mm ) Sehingga pada 200 200 - 400 400 - 600 600 - 750 750 - 900 900 dan lebih

Saiz Injap Udara ( mm )

IV. Pili Bomba

Pili bomba dipasang pada persimpangan dan secara amnya jarak antara pili bomba tidak lebih dari 180 m. Pili bomba dipasang pada installasi yang mempunyai risiko kebakaran yang tinggi dengan jarak antara pili bomba tidak melebihi 90 m jarak berjalan dari installasi tersebut.

58 4.3.9.2 Kebuk Injap

Semua injap perlu dipasang di bawah tanah dan di dalam kebuk. Terdapat tiga jenis kebuk injap iaitu jenis konkrit pratuang, batu bata dan konkrit bertetulang.

Ciri-ciri am kebuk batu bata dan kebuk konkrit adalah seperti berikut: 1) Dimensi dalaman kebuk bergantung kepada saiz injap, lekapan dan sambungan yang akan dipasang dalam kebuk tersebut. 2) Ketebalan minimum dasar kebuk ialah 150 mm. 3) Injap dipasang atas sokongan daripada mass concrete. 4) Kebuk yang kedalaman melebihi 1 m perlu disediakan tangga besi yang bergaris pusat 20 mm dengan jarak 300 mm antara satu sama lain. 5) Penutup kebuk samada daripada konkrit beretulang, keluli atau besi tuangan. Penutup mesti dilengkapi dengan pengangkat. Penutup yang diperbuat dari keluli dan besi tuangan perlu dilengkapi dengan pemegang dan direkabentuk untuk kerja-kerja berat. 6) Injap pengeruk mesti dilengkapi dengan paip air keluar yang bergaris pusat sama dengan injap pengeruk dan dihalakan ke anak sungai atau manhole yang berdekatan. 7) Pengganding mekanikal boleh lentur hendaklah dipasang pada sambungan yang terletak di bahagian luar kebuk. Ini adalah untuk mengelakkan perbezaan mendakan antara kebuk dan paip. 8) Penyuai bebibir yang bergaris pusat melebihi 300 mm tidak boleh digunakan. Penyuai bebibir khas adalah disyorkan.

59 4.3.10 Rekod Kerja Harian

Rekod kerja harian merupakan proses merekod kemajuan segala aktiviti kerja harian. Ia dibuat pada setiap hari bekerja bagi kemudahan penyemakan dari segi kualiti serta penggunaan sumber tenaga, jentera dan bahan. Di samping keadaan cuaca, persekitaran tempat kerja dan data konkrit yang diuji dan lawatan oleh pihak atasan. Arahan kepada kontraktor juga direkodkan seperti pindaan kerja yang terlibat atau pembaikan untuk kerja yang tidak memuaskan. Format piawai yang biasa digunakan di tapak bina untuk merekod kerja harian ini dan ia dikenali sebagai Buku harian Tapak (Site Dairy). Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat tapak bagi tujuan penyemakan oleh pihak perunding. Ia merupakan dokumen penting sebagai bukti terhadap kontraktor jika terdapat masalah seperti pemansuhan kontrak dan sebagainya. Semua data yang berkaitan seperti penyambungan, bilangan paip, jarak, specials, aras tanah asal, aras bawah paip dan perkara-perkara yang berkaitan hendaklah direkodkan. Ini memudahkan sebarang pindaan di tapak diubah pada pelan lulus pemasangan paip yang dikenali sebagai As-Built. Begitu juga dengan kerja-kerja konkrit dan pengujiannya.

4.3.11 Pengujian Paip Air

Tujuan ujian dijalankan di tapak adalah untuk memastikan pemasangan paip yang dibuat adalah betul dan sempurna. Ujian di tapak dibahagikan kepada dua jenis iaitu ujian tekanan dan ujian kebocoran. Tujuan ujian paip ini ialah untuk memastikan bahawa paip dan kelengkapan seperti sambungan special dan sebagainya mempunyai kekuatan yang diperlukan dan tiada kebocoran. Selain itu, melalui ujian ini memastikan bahawa thrust block dan anchor block mempunyai kekuatan yang secukupnya untuk sistem yang dipasang. Panjang paip yang perlu diuji mengikut spesifikasi kerja JKR adalah di antara 30 m hingga 600 m bagi kawasan luar bandar dan untuk kawasan bandar pula tidak melebihi 300 m. Ujian ini

60 dijalankan untuk mengesan kebocoran, mengurangkan bahaya pada orang ramai setelah paip ditimbus dengan sempurna dan memudahkan pembayaran kemajuan dibuat setelah ia lulus ujian yang dijalankan. Prosedur untuk menjalankan ujian tekanan dan kebocoran adalah dilakukan dengan mengisikan bahagian paip yang hendak diuji dengan air paip. Tekanan pada paip tersebut hendaklah ditambah secara berperingkat sehingga mencapai tekanan yang dikehendaki. Persediaan sebelum pengisian air ke dalam bahagian paip yang hendak diuji adalah penting agar tiada kebocoran berlaku terutama pada end cap yang berada pada kedua-dua hujung paip tersebut. Oleh yang demikian, end cap hendaklah betul-betul kuat kuat, injap udara dalam keadaan terbuka supaya udara dapat dikeluarkan dari dalam paip tersebut.

Ujian tekanan dijalankan setelah bahagian paip yang hendak diuji dipenuhkan dengan air bersih untuk beberapa hari, ujian ini dilaksanakan dengan tekanan pada bahagian yang diuji dengan berhenti sekejap selama 1 minit selepas penambahan setiap 1 bar tekanan. Jangka masa air yang disimpan dalam paip sebelum ujian dan bacaan tekanan yang ditetapkan untuk ujian ini bergantung kepada jenis paip. Mengikut spesifikasi SAJH, jangka masa untuk paip uPVC ialah tidak kurang 1 hari manakala untuk D.I dan Mild Steel ialah tidak kurang 7 hari. Jadual 4.4. , 4.5, dan 4.6 menunjukkan tekanan maksimum kebolehkerjaan mengikut jenis paip berdasarkan piawaian (Panduan Rekabentuk Untuk Sistem Bekalan Air). Bahagian paip yang diuji dianggap telah lulus ujian tekanan jika jangka tekanan menunjukkan tiada kekurangan tekanan semasa berhenti sekejap selama 1 minit antara penambahan tekanan dan juga dalam tempoh 10 minit selepas nilai tekanan akhir dicapai. Ujian kebocoran dijalankan apabila bahagian paip yang diuji tadi lulus ujian tekanan. Tekanan akan dikurangkan ke Tekanan Bekerja Maksima yang ditetapkan mengikut jenis dan saiz paip. Tekanan ini hendaklah dipelihara setetap yang mungkin untuk jangka masa selama 24 jam. Air yang dimasukkan ke dalam paip yang diuji dianggap lulus ujian kebocoran jika air yang dimasukkan ke dalam paip tidak melebihi kebocoran yang dibenarkan iaitu 1 liter per cm garis pusat paip per km panjang paip per 24 jam per 3 bar tekanan air

61 Jadual 4.4.: Kelas Paip C D E 9 12 15 Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip uPVC Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan 20 C 30 C 7.2 9.6 12.0

Jadual 4.5: Garis pusat nominal (mm )

Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan Untuk Paip Besi Mulur Tekanan Maksimum Kebolehkerjaan ( bar ) Paip Jenis Tuangan Berpusar dengan Bebibir Dikimpal Pada paip Bebibir Dituang Pada Paip

Sambungan Boleh lentur 80 300 350 600 700 800 900 1200 1400 - 1600 * 16 * 16 16 16 12.5 Bebibir PN 16 12.5 12.5 12.5 12.5 Bebibir PN 25 16 16 16 12 12.5 8.0 5.0 5.0 -

* Paip yang bergaris pusat seperti dengan sambungan boleh lentur sesuai pada tekanan tekanan kebolehkerjaan yang melebihi 16 bar.

62 Jadual 4.6: Ujian Tekanan Hidraulik Untuk Paip Keluli Diameter Nominal (mm) 80 100 125 150 175 200 225 250 300 350 400 450 500 550 600 650 700 750 800 850 900 Ujian Tekanan Hidraulik ( Keluli 430 ) ( bar ) 70 70 70 70 70 70 70 64 54 56 49 48 43 50 45 42 39 36 38 36 34

63 4.3.12 Pembasmian Kuman

Tujuan utama kerja pembasmian kuman adalah untuk membebaskan paip air dari kuman atau bakteria yang boleh membawa penyakit melalui air. Pembasmian kuman hendaklah dijalankan ke atas semua jenis paip baru atau bahagian yang diperbaiki sebelum ianya digunakan. Ia dijalankan secara berperingkat-peringkat ke atas saluran paip yang panjang. Bahan yang digunakan untuk kerja-kerja pembasmian ada beberapa jenis bahan kimia yang mengandungi klorin iaitu gas cecair klorin, kalsium hiperklorida dan kapur.

Bahan yang sering digunakan untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman ini ialah kapur. Bagi bahagian paip yang hendak dibasmikan kumannya, paip tersebut hendaklah dikosongkan dahulu dan kemudian diisi dengan air yang mengandungi sekurang-kurang 20 bahagian per sejuta (ppm) klorin. Setelah paip yang telah isikan dengan air yang berklorin selesai, ianya dibiarkan tertutup dan dibiarkan semalaman. Paip tersebut sudah disahkan dibasmi kuman apabila sampel air dari beberapa lokasi paip diambil dan diuji serta ia menunjukkan baki klorin di dalamnya sebanyak ( 0.2 ppm ).

Selepas bahagian yang dibasmi kuman yang telah disahkan oleh perunding atau wakil klien, maka kerja-kerja bilasan dibuat dengan menggunakan air paip. Jumlah kapur yang digunakan bergantung kepada jumalah isipadu air di dalam paip yang hendak dibasmi kumannnya. .

64 4.3.13 Perkara-perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Pemasangan Paip

Pemasangan paip air yang betul dan mengikut peraturan akan menghasilkan mutu dan kualiti kerja yang baik serta kos yang tepat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja pemasangan paip air ini dijalankan. Maka pengawasan dari pengawas yang menyelia di tapak bina amat perlu. Di antara perkara-perkara yang kerap berlaku adalah seperti berikut

4.3.13.1

Kedudukan S-bend

a.

Tidak mendatar

S-bend dipasang di tapak bina bertujuan untuk mengubah laluan paip yang disebabkan terdapat halangan semasa kerja-kerja paip dijalankan seperti terdapat parit atau sungai yang menghalang pemasanagn paip tersebut. Di antara kecacatan yang kerap berlaku pada S-Bend ialah tidak mendatar. Kedudukan paip yang berada pada S Bend tersebut tidak mendatar dan senget. mencacatkan pandangan pada orang ramai yang melihatnya. air. Ini akan Selain itu, ia

menyebabkan udara terperangkap di dalam paip tersebut dan menyekat pengaliran

65 b. Kedudukan injap Udara Tidak Tegak

Injap udara perlu dipasang dalam keadaan tegak dengan paip yang dipasang. Ini kerana di dalam injap udara tersebut terdapat udara bebola besi yang akan terangkat apabila terdapat udara di dalam paip tersebut. Jika injap udara ini tidak dipasang dengan kedudukan yang tegak, maka bebola yang berada di dalamnya akan terangkat ke atas dan injap tersebut tidak akan berfungsi dengan betul seperti yang dikehendaki.

c. Tidak dicat dengan antirust dan Zinc Chromate

S-Bend biasanya diperbuat daripada besi yang tidak disalut dengan bitumen. Oleh itu, ianya hendaklah dicat dengan antirust terlebih dahulu. Setelah ia kering, hendaklah dicat lagi dengan menggunakan Zinc Chromateuntuk menghasilkan SBend yang tahan lama dan tidak berkarat.

d. Lapisan bitumen pada paip asal hendaklah ditanggalkan.

Terdapat S-Bend yang diperbuat daripada mild steel yang disalut dngan bitumen. Oleh yang demikian, bitumin tersebut hendaklah ditanggalkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mengecat dengan antirust dan zinc chromate dilakukan. Jika tidak, paip tersebut dalam keadaan yang menggerutu dan tidak licin. Lapisan bitumin yang ada akan menyebabkan ia mudah tanggal dan berkarat di masa akan datang.

e. Penyokong hendaklah dibuat terlebih dahulu.

66 Kedudukan S-Bend menyebabkan kebocoran. yang agak panjang memerlukan penyokong pada Lama kelamaan, paip tersebut akan patah dan

kedua-dua belah hujungnya untuk mengelakkan rentang paip tersebut dari patah dan menyebabkan gangguan bekalan air.

f. Tee tidak dipasang pada injap

Injap udara yang hendak dipasang di atas S Bend hendaklah menggunakan tee. Kadangkala paip mild steel tersebut ditebuk terlebih dahulu dan kemudian injap udara tersebut dipasang di tempat bekas tebukan itu. Ini menyebabkan kawasan yang ditebuk tersebut tidak mengandungi bitumen dan mudah berkarat.

g. Kedudukan S Bend hendaklah sama paras dengan jambatan

S Bend yang dipasang hendaklah di dalam kedudukan sama paras dengan jambatan yang berada di kawasan tersebut. Ini bertujuan supaya dapat dilihat dalam keadaan sempurna dan menarik. Jika kedudukan S Bend terlalu rendah, ia akan menghalang laluan air dan menyebabkan sampah sarap akn tersangkut pada paip tersebut. Jika S Bend terlalu tinggi, ia kelihatan tidak menarik dan tidak stabil. Oleh yang demikian, kedudukannya hendaklah sesuai mengikut keadaan di tapak bina.

4.3.13.2

Paip Merentasi Jalan Bertar

Laluan pemasangan paip kerap kali akan merentasi jalan bertar atau jalan utama. Dalam keadaan ini, prosedur pemasangan paip adalah berbeza dengan

67 pemasangan paip pada tanah biasa. Pemasangan ini akan memerlukan masa dan kos yang agak tinggi. Beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa kerja-kerja pemasangan paip yang merentasi jalan bertar iaitu:

a. Ketiadaan barang semasa kerja dibuat

Sebelum kerja-kerja pemotongan jalan dibuat, barang-barang yang hendak digunakan seperti mild steel, pasir, crusher run dan bahan bahan lain yang hendak digunakan perlu dipastikan berada di tapak bina. Ini adalah supaya tidak timbul masalah ketiadaan barang apabila kerja-kerja tersebut dijalankan. Sekiranya barang-barang yang perlu digunakan sampai awal di tapak bina, maka pihak yang mengawasi berkesempatan untuk memeriksa barang-barang tersebut samada menepati kualiti dan diluluskan. Sekiranya bahan-bahan tersebut tidak diluluskan dan tidak menepati kualiti yang dikehendaki, maka kerja-kerja pemotongan jalan tersebut perlu ditangguhkan.

b.

Menggunakan mesin pemotong jalan

Mesin pemotong jalan atau road cutter hendaklah digunakan untuk memotong jalan utama atau jalan bertar supaya bekas laluan paip akan kelihatan kemas dan tidak memecahkan tar yang lain. Ia termasuk dalam syarat yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Kerja Raya. Jika mesin penggorek digunakan, ia akan memecahkan jalan tar tersebut secara tidak seragam dan menyebabkan kerja tersebut tidak berkualiti.

68 c. Tidak menggunakan pasir untuk kerja menimbus semula

Apabila tanah di sesuatu kawasan tersebut digali, ia hendaklah dibuang ke tempat lain dan tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana sekiranya tanah tersebut digunakan, maka pemendapan akan berlaku dan tanah tersebut akan mempunyai rongga yang lebih besar. Oleh yang demikian, pasir perlu digunakan untuk memenuhi ruang galian tersebut kerana pasir merupakan bahan paling padat dan ia tidak memerlukan pemadatan lagi

4.4

Kerja-Kerja Pengukuran Akhir

Kerja-kerja pengukuran ini penting untuk dilakukan selepas kerja-kerja pemasangan paip dijalankan. Kerja-kerja pengukuran akhir ini boleh dibuat apabila dipastikan bahawa kerja-kerja di tapak telah disiapkan. Ini juga merupakan proses untuk pembayaran kepada kontraktor setelah kerja-kerja siap dijalankan. Pada masa kerja ini dijalankan, dipastikan bahawa kontraktor, perunding, pihak SAJ Holdings dan agensi yang berkaitan hadir ke tapak bina untuk sama-sama memastikan kerjakerja tersebut telah diukur untuk membuat pembayaran. Ini adalah supaya tidak timbul perasaan puas hati disebabkan tidak hadir semasa kerja-kerja pengukuran akhir dijalankan. Beberapa perkara perlu dilakukan semasa kerja-kerja pengukuran akhir ini iaitu:

a.

Sebut Harga, lukisan dan alat pengukur

Sebelum kerjakerja pengukuran akhir dijalankan, dipastikan bahawa segala dokumen seperti sebut harga, pelan, lukisan-lukisan seperti di dalam spesifikasi hendaklah dibawa bersama. Alat pengukur seperti Roller Measurement

69 dipastikan dibawa ke tapak bina untuk mengukur panjang paip yang telah dipasang dan berkeadaan baik. Kerosakan alat akan menimbulkan masalah dan pengukuran semula terpaksa dijalankan. Semua kerja yang tidak mengikut spesifikasi hendaklah dibetulkan dan diubah semula semula seperti direkodkan. yang dikehendaki. Pengukuran hendaklah dibuat dan ditandakan di dalam pelan atau di dalam kertas yang

b.

Kebocoran perlu dibaiki

Kebocoran yang berlaku perlu dibetulkan dan dibaiki samada di sepanjang paip atau pada sambungan antara paip dengan kelengkapan. Jika kebocoran ini lambat dibaiki, ia akan mendatangkan kerugian kepada SAJ Holdings.

c.

Injap dan sambungan di dalam keadaan baik

Semua injap dan kelengkapan dipastikan berada dalam keadaan baik. Semasa kerja-kerja pengukuran akhir dibuat, semua injap yang berada di tapak bina perlu dibuka dan ditutup semula untuk memastikan injap tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan dijamin boleh digunakan terutamanya oleh bahagian penyelenggaraan.

d.

Barang-barang berlebihan dipulangkan ke stor

Setelah kerja-kerja siap dijalnkan di tapak bina, biasanya terdapat barang-barang yang tidak digunakan seperti paip dan kelengkapan yang berlebihan. Barang-barang tersebut hendaklah dikumpulkan dan dipulangkan ke stor SAJ

70 holdings yang berdekatan. Tapak bina mestilah dalam keadaan yang kemas dan tidak berselerak. Sekiranya barang-barang tersebut hilang dan dicuri, maka kontraktor akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara tersebut. Apabila berlaku kehilangan barang di tapak, pihak kontarktor terpaksa membayar dengan harga barang tersebut dan bayaran ini akan ditolak dari bayaran yang sepatutnya dijelaskan kepada kontraktor tersebut.

e.

Nilaikan prestasi kontraktor

Setiap kontraktor yang telah siap menjalankan kerja di tapak bina akan dinilai prestasinya untuk setiap projek yang telah dibuat. Ini telah direkodkan di dalam borang khas yang perlu diisi oleh pegawai yang mengawasi kerja di tapak. Tujuan penilaian prestasi ini ialah untuk mengenal pasti kontraktor yang mempunyai kontraktor yang mempunyai rekod yang baik atau sebaliknya. Ini juga digunakan sebagai rujukan untuk pemlihan kontarktor untuk kerja-kerja lain di masa akan datang.

f.

As Built Drawing

As Built Drawing merupakan proses akhir yang dibuat. Apabila siap kerja-kerja pengukuran akhir dijalankan di tapak bina, maka As Built hendaklah dibuat. Ini adalah sangat mustahak sebagai rekod dan rujukan di masa akan datang. Segala masalah yang timbul di kemudian hari seperti penggunaan barang dan jarak yang dipasang akan boleh dirujuk dari lukisan As Built ini.

71 4.5 Ulasan Kepatuhan Kerja

Jadual 4.7 dan Jadual 4.8 merupakan Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan kepada polisi dan prosedur yang tetapkan oleh SAJ Holdings Sdn. Bhd.

Jadual 4.7: Bil 1 2 3 4.2.1 4.2.2 4.2.3

Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan Polisi SAJH. Dipatuhi/ Tidak Ya Ya Ya Sebelum Kerja Dilaksanakan Semasa Kerja Pemasangan dilaksanakan Selepas Kerja Pemasangan Dilaksanakan

Polisi / Klausa Perihalan

Jadual 4.8: Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 4.3.5 4.3.6 4.3.7 4.3.8 4.3.9 4.3.10 4.3.11 4.3.12

Jadual Kepatuhan Kerja berdasarkan Prosedur SAJH Perihalan Pemilihan Penjajaran Penjajaran laluan Paip Air Pembersihan Laluan Paip Air dan keperluan ke tapak bina Pemeriksaan paip dan kelengkapan Pengorekan dan pemasangan paip Penyambungan paip Kerja-kerja konkrit Penyambungan Tee dan Lekapan Rekod Kerja Harian Pengujian Paip air Pembasmian Kuman Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya Dipatuhi/ Tidak Ya Tidak Ya

Prosedur/ Klausa

Pengendalian, penghantaran paip Ya

72

Keputusan kajian di atas menunjukkan semua polisi yang digariskan oleh pihak SAJ Holdings dipatuhi di tapak. Hanya penjajaran laluan paip air Ini berlaku disebabkan masalah di tapak bina seperti terdapat rumah yang termasuk dalam kawasan kerja tetapi tidak dinyatakan di dalam pelan. Maka, tindakan yang wajar diambil setelah berbincang dengan pihak terlibat. air. Kelonggaran diberi kepada kontraktor bagi prosedur ini dalam memastikan setiap pengguna mendapat bekalan

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dibuat seperti kajian literatur, penyelidikan tapak, hasil keputusan dan perbincangan yang dinyatakan dalam Bab 4, maka semua maklumat yang berkaitan dengan piawaian, polisi dan prosedur yang digunakan dalam sistem pemasangan paip bekalan air dikumpulkan. Selain itu, maklumat berkaitan dengan teori yang digunakan dalam rekabentuk sistem pemasangan paip juga dikumpulkan. Hasil daripada kajian ini, faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya perlanggaran prosedur dapat dikenalpasti dan beberapa cadangan dapat dibuat bagi mengatasi masalah tersebut. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan setiap polisi dan prosedur yang digariskan oleh pihak SAJ Holdings dapat dipatuhi di tapak. Hanya satu prosedur yang tidak dapat dipatuhi di tapak kerana ia bergantung kepada keadaan di tapak. Permasalahan yang dikenalpasti adalah seperti berikut: 1. Penjajaran laluan paip air Di dalam proses ini, didapati walaupun pelan bagi laluan paip telah mendapat kelulusan daripada SAJH pada asalnya, namun laluan ini terpaksa diubah suai mengikut keadaan di tapak bagi memenuhi kehendak agensi-agensi

74 lain yang terlibat seperti Majlis Tempatan, TNB, Telekom, Indah water dan JKR. Apabila keadaan ini berlaku, pengubahsuaian terpaksa dibuat walaupun kawasan bagi laluan adalah sememangnya terhad. Didapati sesetengah laluan paip terlalu hampir dengan longkang. Ini meyebabkan prosedur pemsangan paip tidak dapat dipatuhi. Permasalahan ini akan meyebabkan masalah penyelenggaraan dalam tempoh jangka panjang.

5.2

Cadangan Penyelesaian

Perlanggaran prosedur akan mendatangkan kesan kerosakan dalam jangka masa panjang, maka cadangan penyelesaian berikut perlu dipertimbangkan; 1. Pihak SAJ perlu memastikan laluan paip mesti berada dilaluan yang sesuai, selamat serta ruang mencukupi bagi kerja-kerja penyelenggaraan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kontraktor disyaratkan mendapatkan kelulusan bagi setiap pengubahsuaian laluan paip. 2. Pihak kontraktor perlu lebih bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu kerja dengan tidak hanya mementingkan keuntungan sahaja. 3. Pihak SAJH perlu mempertingkatkan pengawasan bagi memastikan prosedur-prosedur yang telah ditetapakn dapat dipatuhi dan setiap pihak perlu berganding bahu dalam menyelesaikan sebarang masalah.

75

RUJUKAN

1. Malaysian Water Association (1994). MWA Guidelines For Water Supply Systems. Penerbit: Percetakan Nasional Berhad. 2. Malaysian Water Association (1992). MWA Guide To Pipe Materials Selection For Water Supply Systems. Penerbit: Malaysian Water Association. 3. R.L Daugherty (1937). Hydraulics. Penerbit: California Institute of Technology 4. J.F. Douglas, J.M. Gasiorek & J.A. Swaffield, Penterjemah Wan Ali Wan Mat (1995): Mekanik Bendalir. Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka. 5. Fatimah Mohd Noor, Faridah Jaffar Sidek, Goh Kuit Keau (1995). Mekanik Bendalir Untuk Pelajar Kejuruteraan Awam. Penerbit: UTM. 6. Norlia Binti Mohd Ali (1998). Prosedur Pemasangan Paip Air Di Kawasan Perumahan,Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda. 7. SAJ Holdings Sdn.Bhd. SAJH Specification For Mild Steel Pipes. Penerbit: SAJHSB 8. Syarikat Air Johor Sdn.Bhd (1986). Guidelines On Submission Of Water Supply Plan To JBA Johor. Penerbit: Jabatan Bekalan Air Johor. 9. Department Of Standard Malaysia (1999). Specification For uPVC Pipes For water Supply: Part 3: Guide For Installation.

LAMPIRAN 1

Pelan bagi Projek Penggantian paip Lama dari Telok Ramunia ke Pengerang

76

77

LAMPIRAN 2

Gambar-gambar Prosedur Pemasangan Paip di Tapak

78

Rajah 1:

Ujian Holiday Detector dijalankan bagi pemerikasaan paip dan kelengkapan di tapak.

Rajah 2:

Mengukur ketebalan nominal dan membandingkan dengan Spesifikasi SAJH.

79

Rajah 3:

Parit yang dikorek dengan kedalaman 1 m di atas paip.

Rajah 4:

EPDM Getah Sintetik dimasukkan ke dalam soket Paip jenis Besi Mulur..

80

Rajah 5:

EPDM Getah Sintetik dimasukkan ke dalam soket Paip jenis uPVC

Rajah 6: Pelincir disapu pada bahagian hujung paip

81

Rajah 7:

Paip dari jenis Besi Mulur yang siap dipasang

Rajah 8:

Paip uPVC dikendalikan dengan baik bagi mengelakkan kecacatan pada paip