UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEMESTER II SESI 2012/2013 SEJARAH MALAYSIA: 1900 – 1957 TAJUK TUGASAN: Soal hak

kerakyatan dan bahasa merupakan dua perkara yang menjadi isu utama yang menjadi penghalang kepada penyatuan kaum di Malaya sebelum tahun 1963.
NAMA PENSYARAH : EN. MOSLI BIN TARSAT NAMA TUTOR HARI TUTORIAL : CIK MARILYN JOHNNY : KHAMIS (10 A.M – 11 A.M ) NO.MATRIK BA11160562 BA11110245

NAMA MOHAMAD HAZIQ IKHSAN B. MOHD RUDZAINOOR MUHAMMAD HAKIMI B. ROSLI

Noresah Baharom. Dari sudut bahasa pula. Isu kerakyatan mula tercetus apabila bermulanya kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu dan mula membimbangkan orang Melayu apabila isu ini menjadi dasar perjuangan penubuhan Malayan Union yang memperkenalkan kewarganegaraan sama rata melalui prinsip ‘jus soli’.1. Kamus Dewan: Edisi Keempat. Masyarakat pluralistik di Malaysia bermula semasa era penjajahan British di Tanah Melayu yang telah memperkenalkan konsep masyarakat majmuk secara tidak langsung dengan cara membawa masuk imigran asing ke Tanah Melayu.1 Skop penulisan ini melihat dua isu iaitu isu kerakyatan dan isu bahasa sebagai bahagian yang terpisah dalam masyarakat yang menghalang kepada penyatuan kaum di Malaya sebagaimana definisi yang telah diberikan oleh Howard Wriggins. . Merujuk kepada pendefinisian yang dibuat oleh Howard Wriggins tentang maksud integrasi adalah sebagai proses menyatukan bahagian yang terpisah dalam masyarakat kepada penyatuan menyeluruh atau penghasilan sebuah bangsa daripada masyarakat kecil yang pelbagai.2 Hal ini menimbulkan pertentangan kerana orang Melayu pada masa tersebut masih mempunyai stigma negatif terhadap masyarakat bukan peribumi kerana dianggap mengganggu kuasa politik mereka. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hakikat ini tidak boleh dijadikan alasan malahan perlu diterima sebagai satu cabaran untuk mewujudkan perpaduan yang utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bahasa mula menjadi penghalang kepada penyatuan kaum apabila setiap bangsa yang wujud ingin memperjuangkan bahasa ibunda masing-masing. 1273. Perkara ini diterjemahkan melalui gerakan parti-parti politik yang mewakili bangsa masing-masing. Hubungan Etnik Di Malaysia. ekonomi mahupun sosial. hlm. 2011. rakyat didefinisikan sebagai seluruh penduduk di sesebuah negara yang menuruti sesuatu pemerintahan manakala kerakyatan adalah berkaitan dengan segala hal yang berlaku terhadap rakyat sama ada menerusi aspek politik.0 Pengenalan Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses untuk mencapai kemerdekaan. kehadiran masyarakat pluralistik telah mewujudkan pelbagai bahasa di Tanah Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. 4. 1 2 Wan Hashim. Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2005. hlm.

1972. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. King and Son Ltd.5 3 Azmah Abdul Manaf. Purcell tidak menolak aspek ekonomi. P. 80 4 Campbell. Walau bagaimanapun. Victor Purcell dalam bukunya yang bertajuk The Chinese In Malaya telah menimbulkan sedikit keraguan tentang faktor yang mendorong penghijrahan masyarakat China. Walau bagaimanapun. Kuala Lumpur: Oxford University Press. The Western Malay State 1850 – 1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics.2. 5 Khoo Kay Kim. 1923. di China pada masa tersebut mengalami krisis makanan dan tawaran oleh pihak British dilihat peluang oleh penduduk di China untuk menambahkan pendapatan4. Selain itu. ramai sarjana bersetuju bahawa faktor ekonomi. hlm xii. pemerintah China juga tidak menghalang penduduknya dari keluar berhijrah ke negara lain kerana secara tidak langsung ia boleh mengurangkan masalah kemiskinan dan pengangguran. Mereka bekerja di lombong-lombong milik pembesar-pembesar Melayu.C. sistem kontraktor. hlm. 2001. Keraguan ini timbul apabila beliau menegaskan bahawa ramai imigran Cina di negeri-negeri Melayu khususnya datang dari daerah-daerah di selatan China iaitu Kwantung dan Fukien. sistem sewa dan sistem kheh-tau. . Secara umumnya. Cara kemasukan imigran Cina tidak akan dibincangkan secara meluas sebaliknya hanya dibuat secara sepintas lalu kerana ia bukanlah agenda utama dalam penulisan ini. Bhd. Chinese Coolie Emigration to Countries within the British Empire. politik dan pertambahan penduduk yang berlebihan di China dan India menjadi pendorong kepada penghijrahan penduduk dari kedua-dua negara ini ke Tanah Melayu. sedangkan di kedua-kedua daerah berkenaan masalah-masalah yang disebutkan tadi tidak begitu menonjol. hlm 39. politik dan sosial sebagai faktor kedatangan imigran Cina malahan beliau bersetuju bahawa masalah-masalah ini membantu mengukuhkan hujah tentang faktor penolak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Beberapa cara kemasukan imigran Cina adalah melalui sistem kredit tiket. London: P. Malahan. namun sumber kewangan disediakan oleh pengusaha daripada Cina dan Eropah. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.0 Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Tanah Melayu Menjelang akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19 aktiviti penghijrahan berlaku dengan pesat sehingga awal abad ke-20. Pemberontakan Taiping yang berlaku pada 1857 di selatan China memperlihatkan ketidakstabilan ekonomi negara tersebut hingga mendorong masyarakatnya keluar berhijrah. Secara ringkasnya.S.3 Beliau melihat kegiatan perniagaan dan perdagangan yang terjalin antara negeri-negeri Melayu dengan Kwantung dan Fukien sebagai faktor terpenting penghijrahan orang Cina.

Pada peringkat awal kedatangan kaum imigran. 2001. hlm. mereka masih lagi berkiblatkan atau menumpukan taat setia mereka kepada negara asal-asal masing. Selain itu amalan sistem kasta yang sentiasa menindas dan menzalimi golongan bawahan menjadi faktor yang mendorong penghijrahan masyarakat India ke negeri lain khususnya Tanah Melayu. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Ringkasnya. Petani yang ditindas semakin menderita apabila mereka dikenakan cukai sebanyak 80 peratus terhadap hasil keluaran. Malahan terdapat pedagang daripada India yang telah sampai di kawasan Kerajaan Kedah Tua melalui Kuala Kedah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. 82 8 Ruslan Zainuddin. 1967. ia telah digantikan dengan sistem Kangani. pedagang-pedagang dari India menjalankan penjelajahan bagi meluaskan pasaran perdagangan disamping menyebarkan agama Hindu Buddha.J. hlm 8. 9 . lawatan pemimpin-pemimpin dari India seperti Pandit Nehru dan Subash Chandra Bosh yang sedang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan Inggeris ke Tanah Melayu telah diberi sambutan hangat lebih-lebih lagi memang lawatan-lawatan itu bertujuan mendapatkan sokongan daripada masyarakat India di Tanah Melayu. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua. mereka tidak berminat untuk mengambil tahu apatah lagi terlibat dalam aktiviti politik di Tanah Melayu.8 Apabila sistem ini dihapuskan pada tahun 1910. Kemasukan buruh India pada mulanya dikendalikan melalui satu sistem yang dikenali sebagai buruh kontrak. 2001.7 Ia menyebabkan hasil yang diperolehi oleh para petani tidak setanding dengan usaha yang seterusnya mewujudkan masalah kemiskinan dan kebuluran. Kuala Lumpur: Oxford University Press. 7 Azmah Abdul Manaf. Sebilangan besar buruh India yang datang ditempatkan di ladang-ladang getah di seluruh semenanjung Tanah Melayu. hlm. hlm. Bhd. 6 Ryan N. Hal ini dapat dibuktikan melalui beberapa contoh. Peluang ekonomi bagi penduduk setempat semakin terancam. 2003. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn.9 Begitu juga dengan orang Cina yang mengutip dan mengumpul wang daripada masyarakat mereka untuk menampung perbelanjaan parti dan menjalankan propaganda politik di negara mereka.6 Penguasaan ekonomi India oleh penjajah British sejak pertengahan abad ke-19 telah memberi kesan yang negatif terhadap penduduk setempat. Bagi masyarakat India misalnya. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.Masyarakat India juga turut mempunyai kaitannya dengan Tanah Melayu semenjak wujudnya kerajaan Srivijaya dimana pada masa tersebut. 335 9 Azmah Abdul Manaf. Bhd. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Salah satu contoh yang dapat dilihat adalah dalam bidang pertanian apabila penjajah British telah mewujudkan tuan-tuan tanah yang bersikap menindas. The Making Of Modern Malaysia: A History From Earliest Times To 1966 . Bhd.

Di Perak misalnya. hanya ada satu taraf kerakyatan di Tanah Melayu ketika itu iaitu dikenali sebagai Rakyat Raja. mereka tidak diperuntukkan walaupun sedikit ruang untuk dipanggil sebagai rakyat pada ketika itu. Hal ini dapat dikaitkan dengan isu kerakyatan dan bahasa yang mempunyai kepentingan terhadap golongan imigran dan orang Melayu sendiri. Raja Perak adalah raja yang berdaulat. Namun. Hlm. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Perubahan sikap orang Melayu selaras dengan perubahan sikap golongan imigran terutamanya yang telah tinggal lama di sini yang menyatakan hasrat untuk tinggal secara tetap di sini dengan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi untuk negara ini. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Ramlah Adam.1. Mereka hanya datang berdagang untuk beberapa tempoh tertentu di negeri-negeri Melayu 10 11 Gordon Means.Oleh itu. 3. Sebelum era penjajahan Barat.11 Dalam konsep Rakyat Raja ini kesetiaan kepada raja yang memerintah menjadi dasarnya. Oleh itu.10 Lantaran itu. Malaysian Politics. ia tidak membimbangkan kedudukan orang Melayu yang mengambil sikap tidak kisah semasa peringkat awal kedatangan golongan imigran. Rakyat raja meliputi sesiapa sahaja orang Melayu dan orang asli yang tinggal di sepanjang sungai yang membentuk sempadan negeri tersebut. hlm 78. mereka juga telah menyuarakan pelbagai tuntutan termasuk hak dalam politik. Isu Kerakyatan Konsep Rakyat Raja Secara asasnya.0 3. Sesiapa sahaja yang dipanggil rakyat akan sentiasa mengutamakan perintah raja walau dalam apa keadaan sekalipun. bagaimana kedua-dua isu ini mencetuskan konflik antara kaum dan seterusnya menjadi penghalang kepada penyatuan kaum di Malaya akan menjadi tumpuan dalam perbincangan selepas ini. 1976. baginda mempunyai rakyatnya sendiri yang dikenali sebagai Rakyat Raja. suasana ini mula berubah pada tahun-tahun 1920-an.1 3. 1998. London: Hodder and Stoughton. soal kerakyatan di Tanah Melayu perlu diteliti dari zaman sebelum kedatangan penjajah British bagi memperlihatkan perbezaan kerakyatan sebelum dan selepas penjajahan. Oleh itu. Malah perkara ini turut disuarakan oleh Tan Cheng Lock kepada Wilson melalui Persatuan Perniagaan Bersatu Tanah Melayu dan pemimpin-pemimpin kaum Cina sendiri kepada Wilson. Bagi orang yang datang dari luar.1 Faktor Yang Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan Kaum di Malaya. 203 . Tuntutan tersebut dilihat lebih membela bangsa mereka dan memelihara budaya yang berkiblatkan negara asal agar tidak hilang di Tanah Melayu.

silap tolak ansur raja Melayu untuk menerima orang luar sebagai rakyatnya adalah amat sulit sekali... jelas bahawa dalam sebuah negeri Melayu.13 12 13 Ibid. Perbezaan di antara rakyat raja dengan penduduk luar dari daerah lain juga boleh dilihat dengan jelas dalam masyarakat Melayu Perak. MPAJA telah bermaharajalela dengan menggunakan undang-undang sendiri sehingga menyebabkan pertelingkahan di antara kaum Melayu dan Cina seperti di Johor. Malahan. Maka terlalu ramainya di bandar itu.1. semasa zaman sebelum penjajahan British. Selain itu. Mereka menerima apa saja perintah yang dikeluarkan oleh raja Melayu dan menurutinya tanpa ada persoalan. Buktinya dapat dilihat melalui petikan yang dibuat oleh Raja Chulan yang membezakan penduduk luar dengan rakyat Perak sewaktu pembinaan kota dan bandar Pulau Chempaka Sari. mereka bersedia untuk dikerah oleh raja semata-mata untuk kesenangan raja-raja Melayu.12 Katanya: Maka seberang pulau itu diperbuat pula pecan dan bandar.. Negeri Sembilan dan sepanjang Sungai Perak. Oleh itu. Ada pun orang-orangnya dari berbagai-bagai jenis bangsanya daripada keling. Tambahan pula. mereka diterima sebagai rakyat raja. 1975. rakyat Melayu adalah mereka yang menerima ketuanan raja yang memerintah tanpa ada soal jawab. Kedua.dan pulang semula ke tanah air mereka. tidak berlaku isu kerakyatan yang dituntut oleh bukan Melayu malahan orang Melayu tidak berasa risau dengan kedudukan mereka sebagai penduduk bumiputera.2 Malayan Union 1946 Setelah Jepun meninggalkan Tanah Melayu. 3. orang luar ini juga dianggap terasing daripada rakyat raja. 205 Anthony Short. The Communist Insurrection in Malaya 1948 – 1960.. Bugis. Hlm. masalah berkaitan dengan kepentingan kaum dilihat semakin meruncing.. 301 . Justeru. London: Frederick Muller Ltd. Pertama. maka beraturlah rumah berlapislapis. maka segala orang Cina sama-sama Cina. soal pemberian kerakyatan berada secara mutlak di tangan raja-raja Melayu. Perkara ini berkekalan sehingga kedatangan kuasa Barat terutamanya British di Tanah Melayu. Sebagai gantinya. Minangkabau. berdasarkan kepada situasi tersebut telah jelas memperlihatkan beberapa perkara yang penting. Maka segala orang isi bandar yang dahulu itu sekaliannya habis dipindahkan ke situ. tambahan pula ketika menjelangnya kedatangan semula British ke Tanah Melayu.

Westport: Greenwood Press Publisher.e Tiang Hong & Francis Wong Hoi Kee. hlm 52 & 53. 1973. 15 Milne R. Hal ini kerana penubuhan UMNO dilihat sebagai usaha untuk membantah idea penubuhan Malayan Union. kuasa-kuasa Raja menjadi amat terhad dan kerajaan-kerajaan negeri tidak akan wujud lagi dan hanya bertumpu di Kerajaan Pusat. tetapi sepenuhnya kepada Gabenor British dan Parlimen British. Rakyat British dan mereka dari luar negara yang berminat. sekembalinya British ke Tanah Melayu. Malayan Union yang cuba ditubuhkan oleh British sememangnya mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu kerana menerusi penubuhan Malayan Union. hlm 34. Singapura.14 Peruntukan kerakyatan ini telah memberi peluang kepada semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu. Jabatan Timur Tanah Jajahan Inggeris telahpun membuat rancangan dan menggubal perlembagaan Tanah Melayu daripada sistem berasaskan corak Pemerintahan Ketenteraan kepada Perlembagaan Kesatuan Melayu atau lebih dikenali sebagai Malayan Union. keadaan ini dilihat jauh memihak kepada orang-orang bukan Melayu kerana pada masa tersebut dianggarkan bahawa 83 peratus daripada orang-orang Cina dan 75 peratus daripada orang-orang India layak untuk memohon kerakyatan. Hong Kong: Heinemann Educational Book ( Asia) Ltd. Melalui penubuhan Malayan Union juga. Perkara ini dilaksanakan bagi menyeragamkan pentadbiran British di Tanah Melayu disamping untuk memperkenalkan konsep kerakyatan yang sama bagi memenuhi tuntutan orang-orang Bukan Melayu untuk menjadi rakyat di Tanah Melayu. Keputusan untuk membolehkan seseorang itu memperoleh kerakyatan bukan lagi terserah kepada Raja Melayu. orang-orang bukan Melayu layak untuk mendapat kerakyatan Malayan Union jika mereka telah dilahirkan di Tanah Melayu atau telah menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun dari 15 tahun sebelum penubuhan Malayan Union. 14 E.S. . Penubuhan parti itu yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 mendapat sokongan yang hebat dari orang Melayu sendiri. Secara ringkasnya. Mengikut Prinsip ini. Ancaman terbesar yang dirasai oleh orang-orang Melayu apabila kedudukan orang-orang Melayu iaitu mengikut kaedah kerakyatan secara Jus Soli akan menggugat kedudukan orang-orang Melayu.15 Hal ini telah membawa kepada penentangan daripada orang Melayu yang sebahagian besarnya diwakili oleh UMNO di bawah pimpinan Dato Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Education In Malaysia. bahasa pengantar yang akan diguna pakai adalah bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan untuk mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum. Malaya: A Political and Economic Appraisal. Daripada syarat ini.Kehadiran semula British tidaklah membawa berita baik kepada perhubungan kaum di Tanah Melayu. 1971.

213 18 Azmah Abdul Manaf. Pada peringkat awal cadangan Malayan Union ingin ditubuhkan.UMNO berjuang mempertahankan kedudukan dan hak-hak orang Melayu. hlm. Hal ini telah menyebabkan lahirnya persatuan-persatuan politik bukan Melayu yang akan dibincangkan dalam ruangan yang seterusnya. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. 2003. PKMM merupakan parti yang dipengaruhi oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ini dibantu pula dengan pengumuman kerajaan komunis China bahawa rakyatnya yang tinggal di luar negara bebas untuk memilih kerakyatan dan tidak terikat lagi dengan negara tersebut.16 PKM mengambil inisiatif menubuhkan PKMM untuk merealisasikan impiannya membentuk sebuah republik Komunis di Tanah Melayu selepas pengunduran Jepun.18 Namun orang bukan Melayu mula bimbang apabila melihat orang Melayu begitu mendesak kerajaan British untuk meminda perlembagaan Malayan Union terutamanya tentang soal kerakyatan. hlm. PKMM merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang PKM. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. sebaliknya PKMM bersetuju dengan satu dasar kerakyatan baru yang menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi rakyat Malayan Union.17 Ia bertambah buruk apabila PKMM telah menggunakan semua parti bukan Melayu dan radikal Melayu untuk menyokong mereka dalam usaha menentang British dan UMNO sekaligus. iaitu Republik Indonesia Raya. Walau bagaimanapun. Bhd. Oleh itu. 2001. 1998. Malahan. Penentangan orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union dan PKMM yang mempunyai reaksi yang bertentangan dengan UMNO telah memberi kesedaran kepada orang bukan Melayu untuk bangkit menyuarakan pandangan. Bhd. UMNO mendapat tentangan dari Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) di bawah pimpinan Mokhtaruddin Lasso sebagai Presiden yang melihat penubuhan Malayan Union sebagai satu langkah yang baik. orang bukan Melayu hanya mengambil pendekatan untuk ‘tunggu dan lihat’ kerana mereka melihat penubuhan Malayan Union memberi keuntungan kepada mereka susulan daripada perjanjian yang dibuat oleh British untuk memberi hak kerakyatan yang sama untuk semua kaum secara jus soli. Jika UMNO mempertahankan kerakyatan tradisional Negeri-Negeri Melayu. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua. sokongan PKMM ini bertujuan memasukkan orang Indonesia demi mencapai dasar utama penubuhannya yang bertujuan untuk menyatukan Malaya di dalam keluarga besar. hlm. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. 459 Ramlah Adam. 292 . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 16 17 Ruslan Zainuddin.

1. Perjanjian Persekutuan 1948 terpaksa dipinda pada tahun 1952. status kewarganegaraan juga boleh dibuat melalui permintaan. 3. Perjanjian Persekutuan 1948 dilihat sebagai salah satu kaedah terbaik untuk menghalang daripada berlakunya rusuhan antara kaum apabila mempersoalkan tentang kerakyatan. Hal ini bererti orang Melayu dan orang asli yang tinggal di negeri-negeri Melayu sahaja layak untuk diiktiraf sebagai Rakyat Raja. British melalui cadangan Sir Edward Gent. British mengiktiraf semula kedudukan orang Melayu dan orang asli sebagai rakyat jelata negeri Melayu yang kesetiaannya terserah kepada raja negeri Melayu. Oleh itu. isi-isi fasal perjanjian ini memartabatkan semula Rakyat Raja Negeri-Negeri Melayu yang diamalkan sebelum tahun 1948 di Tanah Melayu. Hal ini berlaku kerana adanya tekanan politik daripada orang bukan Melayu. Kelonggaran juga diberikan dalam mengiktiraf seseorang itu menjadi Rakyat British dengan mengambil semua bangsa yang lahir di Negeri-Negeri Selat dan yang berminat untuk menjadi rakyatnya. Perjanjian Persekutuan 1948 yang dibuat antara UMNO. Orang bukan Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati dengan peruntukkan kerakyatan yang 19 Ramlah Adam. Dalam erti kata lain.19 Walau bagaimanapun.1. Oleh itu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hasilnya. maka penduduk dari semua bangsa termasuk orang Melayu diiktiraf sebagai Rakyat British. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Ia termaktub dalam Bahagian 12 Perjanjian Persekutuan 1948 yang menyebut tentang pembentukan dan pengesahan Rakyat Raja dan Rakyat British yang berlaku secara kuatkuasa undang-undang. 1998. hlm. sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan kerakyatan persekutuan boleh mengemukakan permintaan tetapi perlu memenuhi beberapa syarat terlibih dahulu. raja-raja Melayu dan British telah dibuat. Gabenor Malayan Union bersetuju merombak semula Malayan Union dalam usaha untuk menstabilkan semula keadaan di Tanah Melayu. Melalui perjanjian tersebut.4 Undang-Undang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu (Pindaan 1952) Walau bagaimanapun. Selain itu.3. Ia memberi keuntungan kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu dari segi kerakyatan di Tanah Melayu. Oleh kerana kedua-dua negeri ini menjadi jajahan takluk British sejak abad ke-18. Perjanjian Persekutuan 1948 telah membentuk satu konsep negara-bangsa Tanah Melayu di mana Tanah Melayu mempunyai rakyat daripada segala bangsa.3 Perjanjian Persekutuan 1948 Hasil keteguhan pendirian orang Melayu dalam menentang Malayan Union dan bimbang akan tercetusnya pergaduhan kaum. 214 . orang Melayu terpaksa menerima satu bentuk kerakyatan yang terbuka bagi bekas Negeri-Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.

476 . Walau bagaimanapun. orang Melayu di luar UMNO telah menentang pendirian UMNO yang bersetuju untuk memberi taraf kerakyatan jus soli kepada orang bukan Melayu. terdapat juga penentangan di kalangan ahli UMNO sendiri yang membantah pendirian pucuk pimpinan parti kerana mereka menganggap UMNO terlalu banyak memberi. 20 Ruslan Zainuddin. UMNO telah bersetuju untuk menerima dasar jus soli tanpa sebarang syarat bagi bukan Melayu. Dalam erti kata yang lain. masih terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dipersetujui oleh ketiga-tiga komponen Parti Perikatan tersebut. dasar kerakyatan Malayan Union telah digunakan secara sepenuhnya. hlm.terlalu kecil dalam Perjanjian 1948 iaitu 10 peratus sahaja. UMNO turut bersetuju dengan tempoh tinggal yang pendek dan pengetahuan bahasa Melayu yang ringkas. Malahan.1.5 Perlembagaan 1957 Tahun 1956 menjadi benteng terakhir kepada orang Melayu untuk menjaga kuasa politiknya. Hal ini sekali lagi menimbulkan masalah dalam menyatukan kepelbagaian kaum di Malaya kerana parti-parti berhaluan kiri terutamanya AMCJA kebanyakannya terdiri daripada persatuan politik bukan Melayu. bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Perjanjian Persekutuan 1948 telah membuat pindaan dengan dasar kerakyatan negeri-negeri Melayu telah diperluaskan bagi orang bukan Melayu. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua. Hal ini selaras dengan matlamat perjuangan MIC yang ingin menuntut taraf kerakyatan sepenuhnya kepada orang India yang mahu bermaustatin di Tanah Melayu dan menikmati hak yang sama seperti penduduk lain. Hasil penentangan tersebut. Rakyat Raja hanya terdiri daripada orang Melayu dan orang asli. Misalnya. Thivy sebagai Presiden telah bertindak memulaukan Perjanjian Persekutuan 1948 yang telah dimeterai. Malayan India Congress (MIC) yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah bangun untuk menyuarakan pandangan mereka. Manakala orang bukan Melayu yang diwakili oleh MCA dan MIC bersetuju menerima kehendak UMNO untuk melindungi kedudukan orang Melayu.20 MIC yang terlibat mengasaskan penubuhan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) bersama-sama dengan golongan radikal Melayu dan PUTERA bangkit menentang UMNO yang menolak sebulat-bulatnya prinsip jus soli yang terdapat dalam perlembagaan Malayan Union. tetapi pindaan 1952 telah menyebabkan kerakyatan ini telah dibuka kepada orang bukan Melayu. MIC di bawah pimpinan John A. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. terutamanya berkaitan dengan soal kerakyatan. Pada Perjanjian 1948. Penentangan demi penentangan dilakukan oleh orang bukan Melayu dalam usaha mendapatkan hak kerakyatan sama rata di Tanah Melayu. Demi mencapai status negara merdeka. 2003. 3.

Soal kerakyatan ini cukup untuk merumitkan usaha penyatuan kaum di Malaya. ‘bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen. Hal ini selaras dengan syarat British yang meletakkan syarat supaya ketiga-tiga kaum terbesar bertolak ansur antara satu sama lain sebelum mereka bersedia memberi kemerdekaan. 3. Tolak ansur antara kaum ini telah menjadi asas kepada pembentukan negara Malaysia yang ada pada hari ini. Oleh itu. Malahan. Hasil rundingan tersebut. atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukkan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain’. 1998. dengan peruntukkan bahawa (a) tidak ada seorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi). telah disebutkan bahawa. rangka perlembagaan telah dibentang dan diluluskan pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan baru Persekutuan Tanah Melayu berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Dalam tahun 1930-an. 229 . UMNO menanamkan sikap toleransi dalam kalangan orang Melayu untuk memberi kelonggaran kepada orang bukan Melayu dalam soal kerakyatan. Abdul Rahim Kajai mencadangkan supaya orang asing diajar bahasa Melayu di sekolah kerajaan untuk membolehkan mereka menghormati ketuanan Melayu dan berhubung dengan orang 21 Ramlah Adam.T Sambanthan ke London pada 6 Mei 1957 untuk mencari kata sepakat tentang isu ini. Ong Yoke Lin dan V. Bahasa dianggap sebagai salah satu alat untuk mengekalkan ketuanan Melayu yang sedia ada. Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussien. Perlembagaan ini secara umumnya telah menggambarkan kerjasama antara kaum yang bertolak ansur demi mencapai kemerdekaan. MCA dan MIC berusaha untuk menarik orang Cina dan India bagi memperkukuhkan parti berhaluan kanan dan bekerjasama dengan UMNO yang mewakili parti orang Melayu. Misalnya. hlm. para nasionalis Melayu mencadangkan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan kaum dengan cara mendesak British supaya menerima dan memastikan bahasa Melayu diletakkan pada kedudukan politik yang tinggi selaras dengan ketuanan politik orang Melayu. Manakala.2 Bahasa Dalam Fasal 152.21 Pencapaian ini adalah hasil usaha dan perjuangan golongan intelek Melayu yang bertanggungjawab mencari satu identiti kebangsaan sebelum negara mencapai kemerdekaan. isu ini telah membawa Tunku Abdul Rahman.

kepelbagaian sekolah yang wujud seperti sekolah vernakular hanya memburukkan lagi keadaan kaum di Tanah Melayu. Perkara ini tidak termasuk dengan kepelbagaian bahasa pengantar yang digunakan yang dilihat menyebabkan tiadanya . Walau bagaimanapun. malahan ia juga merumitkan keadaan orang Melayu itu sendiri. Walaupun kemerdekaan masih belum dapat dicapai tetapi bahasa Melayu yang menjadi alat kepada ketuanan Melayu masih boleh dikekalkan. Malahan. Setiausaha Agung MCA mencadangkan supaya bahasa Cina dijadikan sebagai salah satu bahasa utama negara ini dan terdapat juga desakan sebahagian golongan pendidik sekolah Cina yang menuntut bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi Tanah Melayu. Hal ini kerana orang bukan Melayu lebih gemar untuk bertutur dalam bahasa Inggeris terutamanya dalam urusan perniagaan. Mohamed Rashid Ahmad yang mewakili Parti Negara mengusulkan untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai satu alat politik penyatuan negara bangsa Tanah Melayu. Cadangan ini telah mendapat perhatian daripada orang bukan Melayu. Antara sebab cadangan ini dikemukakan adalah kerana Parti Negara melihat bahawa bahasa Melayu telah menjadi lingua franca bagi Semenanjung dan persekitarannya di antara bangsa-bangsa yang berdagang di rantau ini dari seluruh dunia. Berlainan pula dengan Tan Cheng Lock yang menyatakan penentangannya dalam mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Isu bahasa ini bukan sahaja menghalang penyatuan antara kaum. mengatakan bahasa Melayu tidak berguna bagi orang India dan Cina dan menolak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri Melayu. Hal ini dicadangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan. perkara ini dapat dibendung apabila wujudnya Perjanjian Persekutuan 1948. Hal ini kerana timbul kekeliruan terhadap golongan ini yang melihat bahasa lain boleh menjadi bahasa kebangsaan ekoran daripada Perjanjian Persekutuan 1948 hanya menyebut bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan. Hal ini kerana golongan nasionalis Melayu ini melihat bahawa satu gagasan politik yang lebih besar untuk merealisasikan Konsep Melayu Raya atau Indonesia Raya lebih penting berbanding dengan soal bahasa Melayu yang mereka lihat perlu dikorbankan demi membawa negara ini mencapai kemerdekaan lebih awal. Sebelum tahun 1945 sesetengah golongan nasionalis Melayu yang berpegang pada ideologi Melayu Raya atau Indonesia Raya melihat bahasa Melayu perlu disatukan sebagai sebahagian bahasa Indonesia. Menjelang pilihanraya 1955.Melayu. Perjanjian ini menyebut bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi pentadbiran di semua peringkat. Usaha ini ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sistem pendidikan formal dan hal-hal rasmi kerajaan. Tan Cheng Lock yang merupakan seorang tokoh peniaga dan pemimpin.

22 Virginia Thompson & Richard Adloff. MCA dan MIC. Ia dianggap berbeza dengan bahasa rasmi yang digunakan sebagai bahasa utama dalam urusan rasmi. . Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 apabila Perikatan berjaya menerajui pucuk pimpinan negara. Mereka melihat bahasa Inggeris. Ahli-ahli MCA melihat bahasa Kuo Yu perlu menjadi salah satu bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan melalui sistem pendidikan Cina. Lim Chong Eu. Sedangkan Parti Negara yang dipimpin oleh Dato’ Onn lebih radikal dalam memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tunggal di Tanah Melayu. bahasa Kuo Yu dan bahasa Melayu juga boleh digunakan bagi urusan pentadbiran rasmi institusi. hlm 33. Perikatan juga mendapat tentangan daripada orang Melayu sendiri kerana bahasa-bahasa lain tetap dipakai selepas merdeka selama sepuluh tahun. Singapore: Standfort University Press. 1995. Perikatan berjaya mengetepikan seketika soal bahasa dalam usaha untuk memperoleh kemerdekaan. Namun. Perkara ini yang cuba dielakkan oleh UMNO kerana komponen Perikatan yang juga terdiri daripa MCA dan MIC masih mahu memperjuangkan bahasa ibunda masing-masing. Malahan. UMNO dan Parti Negara sendiri bertelagah tentang isu bahasa. Penyokong-penyokong bahasa Kuo Yu mentafsirkan syarat ini sebagai bahasa Melayu hanya menjadi bahasa kebangsaan. syarat seperti ini telah menimbulkan beberapa persoalan lain. Pertelingkahan UMNO dan MCA telah membuktikan bahawa isu bahasa masih belum reda. Tekanan terhadap UMNO dijalankan oleh parti-parti pembangkang Melayu seperti Parti Negara. Walau bagaimanapun. isu bahasa ini diketepikan seketika demi memenuhi syarat British yang ingin memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sekiranya masyarakat majmuk di Tanah Melayu dapat hidup dalam keadaan yang harmoni. Perkara ini jelas dinyatakan dalam Testament Amanah Politik Perikatan yang dipersetujui bersama oleh UMNO.perpaduan kerana setiap kaum di Tanah Melayu hanya menggunakan bahasa ibunda masing-masing tanpa mencari titik kesepaduan. Hal ini didesak oleh kumpulan berpendidikan Cina dalam MCA yang diketuai oleh Dr. Minority Problem in Southeast Asia.22 Perkara ini telah mewujudkan halangan kepada kaum di Tanah Melayu untuk bersepakat bagi mendapatkan kemerdekaan. pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selepas merdeka mula tidak disenangi oleh orang bukan Melayu malahan orang Melayu sendiri. UMNO lebih banyak bertolak ansur untuk menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama dalam urusan pentadbiran. PAS dan Parti Rakyat Malaya.

pendaulatan bahasa Melayu selepas merdeka tidak dapat dilakukan secara berkesan akibat daripada tentangan daripada kelompok-kelompok masyarakat yang disokong oleh parti-parti tertentu. Bukan sahaja tidak berjaya mencapai matlamat. . Walaubagaimanapun isu-isu tersebut tidaklah terus padam begitu sahaja kerana selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan masih terdapat peristiwa besar yang berlaku sehingga melibatkan pertumpahan darah. Isu kerakyatan dan bahasa pada masa kini dilihat membawa kesan yang positif dimana hasil daripada toleransi yang tinggi dalam kalangan semua kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu pada masa tersebut telah menyebabkan kemakmuran ekonomi dan sosial yang dikecapi oleh generasi hari ini.Oleh itu. Justeru. 4.0 Kesimpulan Isu kerakyatan bukanlah suatu isu yang mudah untuk diselesaikan. Selain daripada itu juga isu bahasa dilihat menimbulkan polimik yang berpanjangan sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan perkara ini sememangnya sukar untuk ditemui kata sepakat kerana isu kerakyatan dan bahasa melambangkan maruah terhadap kaum-kaum utama yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu pada masa tersebut. malahan ia terus dipersoalkan sebagai salah satu isu politik Melayu dan bukan Melayu yang kemudiannya mampu memberi jumlah kerusi yang banyak kepada parti pembangkang sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. isu bahasa telah melalui pendebatan yang panjang demi mencapai matlamatnya yang ingin menyatukan semua kaum melalui interaksi dengan menggunakan bahasa yang seragam. Hal ini juga menunjukkan bahawa orang Melayu dan orang bukan Melayu masing-masing mempunyai sikap memandang rendah terhadap kebudayaan bangsa lain hingga menyebabkan mereka sukar untuk bertolak ansur terutamanya dalam isu bahasa. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin setiap kaum dilihat menjadi faktor kepada penyelesaian kepada dua isu utama diatas dimana sikap toleransi dalam kalangan kaum di Tanah Melayu telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Oxford University Press. E. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Khoo Kay Kim. 1972. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Hubungan Etnik Di Malaysia. Sejarah Malaysia: Edisi Kedua . Westport: Greenwood Press Publisher. Malaysian Politics. Virginia Thompson & Richard Adloff. Gordon Means. King and Son Ltd. Singapore: Standfort University Press. 1976. Ryan N. Kamus Dewan: Edisi Keempat. Azmah Abdul Manaf.e Tiang Hong & Francis Wong Hoi Kee. London: P. Noresah Baharom. The Communist Insurrection in Malaya 1948 – 1960. 2005. Bhd. Malaya: A Political and Economic Appraisal. Kuala Lumpur: Oxford University Press.J. 2003. London: Frederick Muller Ltd. Education In Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Ruslan Zainuddin. Campbell. 1975. Wan Hashim. 2001. Ramlah Adam. 1923. London: Hodder and Stoughton.S.Rujukan Anthony Short. The Making Of Modern Malaysia: A History From Earliest Times To 1966 . 1973. Minority Problem in Southeast Asia. 1998. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Milne R. Bhd. The Western Malay State 1850 – 1873: The Effects of Commercial Development on Malay Politics.C. 1971. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 1967. Hong Kong: Heinemann Educational Book ( Asia) Ltd. 1995.S. P. 2011. Chinese Coolie Emigration to Countries within the British Empire. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful