You are on page 1of 42

Kuliah Minggu 5

(a)membincangkan tentang isu pluraliti selepas merdeka dari perspektif pendidikan (b)menerangkan pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di malaysia dan luar negara

Isu pluraliti selepas merdeka dari perspektif pendidikan

a.)

Sistem pendidikan kebangsaan berasaskan kepada Kurikulum, orientasi dan sukatan mata pelajaran yang seragam.

b.)

Pendidikan kebangsaan penting sebagai wadah menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat untuk membentuk identity kebangsaan Malaysia.

c.)

Penyatan Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960) menyatakan kepentingan menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

d.)

d)Dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi kemerdekaan pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dengan bahasa Inggeris diguna sebagai bahasa rasmi.

e.) Akta Pendidikan 1957 telah memperuntukan bahawa 1) Sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masingmasing dibenarkan 2) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, oleh itu sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sabagai salah satu daripada mata pelajaran 3) Pendekatan dalam mata pelajaran Sejarah, geografi dan buku teks berteraskan Malaysia bukan lagi berunsurkan negara Cina atau India

f.) Persetujuan pemimpin dalam Perikatan terhadap Penyata Razak dan Penyata Rahman melalui proses musyawarah telah membuktikan pengiktirafan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tanpa menjejaskan bahasa etnik-etnik lain. g.) Ia juga memberi keistimewaan kepada orang Melayu umpamanya dalam Laporan Jawatankuasa Barnes 1951 menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan menggalakkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan kerajaan kerana etnik Melayu jauh ketinggalan berbanding etnik Cina dan India

h.) Kebimbangan ini bersandarkan kepada kemasukan etnik bukan Melayu ke universiti contoh Universiti Malaya pada tahun 1966 1967, 70% terdiri daripada pelajar bukan Melayu. 98% di Fakulti Kejuruteraan, 93% Sains dan 84 % perubatan. UTM Kuala Lumpur terdapat 90% bukan Melayu.

i.) Selepas 13 Mei 1969, UMNO menerajui Parti Perikatan menegaskan pendidikan perlu seimbang bagi membantu orang Melayu. Mulai Julai 1969, kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan.

j.)

Kemasukan ke universiti juga mengikut kuota dan biasiswa.

k.) Kerajaan menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi memperbanyakkan orang Melayu ke universiti. Kesannya pada 1960 -65 peningkatan orang Melayu ke universiti ialah 65%

l.) Etnik Cina juga mengambil inisiatif sekolah jenis kebangsaan Cina tetap dikekalkan dengan sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina selaras dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Pengenalan

Hubungan timbal balik antara pembangunan


ekonomi dan hubungan etnik di Malaysia.

Alat analisis :
o modenisasi
o pembangunan ekonomi o pembangunan politik

KONSEP MODENISASI
Modenisasi sebagai suatu proses transformasi atau

perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat. Perubahan sesuatu masyarakat berlangsung secara berencana atau tidak berencana.

Perubahan berencana (modenisasi/pembangunan)


adalah suatu proses di mana matlamat, kaedah dan ukuran pencapaian ditentukan terlebih dahulu sebelum suatu perubahan dilaksanakan.

Modenisasi mengandungi dua aspek utama iaitu


pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi untuk


mencapai kemajuan dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.

Kaedah atau proses yang dilaksanakan untuk


pembangunan ekonomi ;
oPembangunan teknologi : tradisional - saintifik dan canggih. oPembangunan pertanian : sara diri - komersial oIndustrialisasi : produksi secara besar-besaran. oUrbanisasi : perpindahan penduduk ke bandar.

Pembangunan Ekonomi: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi


adalah pertumbuhan yang lazimnya diukur dengan ukuran ekonomi seperti GNP (gross national product).

Proses pembangunan ekonomi akan membawa


kepada perubahan sosial yang menyeluruh kepada masyarakat, iaitu, daripada kehidupan yang bersifat tradisional, miskin atau mundur kepada kehidupan maju dan moden.

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Konsep dan proses modenisasi yang kita kenal


hari ini memang bermula di Eropah Barat akibat daripada dua revolusi besar :
o Revolusi Perancis (politik feudal) o Revolusi Industri (ekonomi).

Modenisasi di Eropah Barat telah melimpah ke


dunia ilmu pengetahuan dan maklumat.

Modenisasi Di Eropah: Matlamat, Kaedah, Ukuran Pencapaian

Persoalan modenisasi dapat ditinjau daripada


dua sudut :

Sudut falsafah yang berkaitan dengan pemahaman


tentang kemajuan atau evolusi, yang akhirnya melahirkan pelbagai teori sosial tentang perubahan sosial.

Sudut praktikal atau kenyataan yang merujuk kepada


kemajuan yang dicapai di Eropah Barat.

Sudut falsafah
Teori evolusi merupakan teori yang sangat berpengaruh

Evolusionisme berkait dengan gagasan bahawa

dalam perbincangan tentang kemajuan masyarakat. perkembangan negara miskin ke arah menjadi masyarakat moden adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, sehingga dapat diramalkan.

Dua aliran dalam menerangkan gagasan tersebut :

oBersifat sehala (unilinear) dalam perkembangan kebudayaan manusia, yang berjalan melalui tahap-tahap tertentu. oBersifat banyak hala (multilinear).

Sudut praktikal
Kemajuan ini bertitik tolak daripada berlakunya
kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya mencorakkan semula hubungan antara manusia dengan alam sekitar.

Berdasarkan kemajuan sains dan teknologi,


masyarakat di Eropah Barat mula mencari cara untuk mengatasi alam sekitar dan berusaha mengumpul kekayaan.

Hasilnya, Revolusi Industri pada abad ke-18.

Matlamat modenisasi di Eropah Barat

Mengejar kehidupan yang lebih maju dan moden.


Dicapai dengan cara meningkatkan sains dan teknologi
sehingga dapat melaksanakan industrialisasi.

Industrialisasi kemudiannya dilihat sebagai satu cara


untuk meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara, yang dapat diukur dengan kaedah-kaedah perhitungan ekonomi seperti kadar pertumbuhan ekonomi dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK).

Penjajahan Sebagai Saluran Utama


Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Dalam konteks global, idea tentang pemodenan berakar umbi


dan tersebar melalui perkembangan yang berlaku di Eropah Barat.

Dalam proses masyarakat Eropah Barat mencari dan menguasai


alam sekitar, mengembangkan teknologi serta mengumpulkan kekayaan, semakin banyak sumber alam yang diperlukan.

Imperialisme ke wilayah lain melalui perdagangan berakhir


dengan penjajahan terhadap wilayah terpilih seperti di Afrika dan Asia.

Penjajahan dilaksanakan untuk memastikan perlanjutan


pembekalan barang mentah, buruh dan juga pengawasan pasaran secara berterusan.

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Dalam proses jual beli dan pertukaran barang, pedagang dan


penjajah Eropah Barat mula menyusun ekonomi dunia, dengan daerah jajahan mempunyai peranan sebagai pengeluar bahan mentah.

Negara Eropah Barat pula berperanan memproses bahan


mentah tersebut menjadi barangan industri, bahan makanan dan pakaian untuk dijual kepada masyarakat di Eropah Barat dan negara-negara lain termasuk di tanah jajahan.

Pada skala dunia, pola ekonomi dunia yang dibentuk ini dapat
disebut sebagai pembahagian kerja kolonial atau internasional.

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Ketika industrialisasi Eropah Barat mencapai tahap kematangan pada


abad ke-19, keperluan terhadap komoditi lama dan baru semakin meningkat sehingga memerlukan peningkatan hasil di wilayah jajahan. Sehubungan itu, penjajah Eropah Barat telah membawa buruh dari wilayah yang berpenduduk ramai bekerja demi memenuhi keperluan industri di Eropah Barat. Perkembangan ini menyebabkan kebudayaan, kehidupan sosial dan politik masyarakat yang dijajah menjadi berubah. Sistem kerja kolonial ini dianggap sebagai punca kemunduran dan kegagalan negara membangun untuk berkembang maju seperti yang dikemukakan oleh oteori imperialisme - Lenin, oteori pergantungan - Paul Baran oteori dependency - Andre Gunder Frank.

Penjajahan Sebagai Saluran Utama Pemodenan Wilayah Bukan Eropah

Masyarakat bukan Eropah Barat yang dijajah dianggap sebagai


ketinggalan.

Masyarakat Eropah ditafsirkan sebagai masyarakat yang lebih


maju dan moden.

Proses penjajajahan memunculkan pandangan bahawa


masyarakat bukan Eropah Barat yang ketinggalan harus mencontohi organisasi sosial dan cara hidup masyarakat Eropah Barat.

Kegagalan masyarakat bukan Eropah Barat mengubah atau


mengorganisasi kehidupan mereka menjadi seperti masyarakat Eropah Barat dianggap sebagai underdevelopment.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah


Barat telah menjadi model atau contoh bagi pembangunan ekonomi dan politik di negara-negara membangun.

Dua proses yang tampak serupa walaupun sebenarnya


tidak sama:
oPemodenan adalah suatu proses perubahan dalam semua aspek kehidupan melalui proses perencanaan, pelaksanaan dan penilaian. oPembaratan adalah suatu proses peniruan gaya hidup Eropah Barat yang tidak disertai oleh suatu usaha perubahan secara berencana.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Dalam proses kemerdekaan wilayah jajahan, negara Eropah


Barat menjadi model pilihan utama sebagai contoh bagi pembentukan negara.

Ada dua aspek utama yang ditiru :


oAspek politik : Model negara-bangsa dan demokrasi politik. oAspek ekonomi : Model berasaskan kapitalisme, industri dan teknologi. Jadi apabila sesebuah wilayah jajahan merdeka, sistem yang ada dilanjutkan dengan sedikit penyesuaian dan mempunyai struktur baru namun masih mengekalkan model Eropah Barat atau model Barat.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Model Eropah Barat pada asasnya dipengaruhi oleh perspektif


modenisasi yang bertitik tolak daripada falsafah evolusi (suatu proses yang bersifat sehala).

Penjelasan tentang pembangunan dibuat dengan membezakan


antara masyarakat tradisional dengan moden.

Pembangunan dianggap akan dapat dicapai sekiranya nilai dan


unsur tradisional digantikan dengan nilai dan unsur moden.

Termasuk dalam perspektif ini adalah :


oteori ideal typical index - Rostow, Hoselitz dan Nash (1963), oteori difusi - Moore dan Feldman.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Pembangunan hanya muncul sebagai satu strategi yang bersifat


universal pada era selepas Perang Dunia Kedua setelah negaranegara baru merdeka bergabung dalam komuniti dunia dan mengejar pembangunan.

PBB telah menyusun program bantuan antarabangsa berdasarkan


perspektif modenisasi kerana negara baru mendapat bantuan pinjaman kewangan dan nasihat daripada Bank Dunia atau Dana Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund - IMF) bagi melaksanakan pembangunan.

Bank Dunia dan IMF turut menyebarkan idea projek

pembangunan, mempengaruhi negara membangun supaya meniru dan mengguna pakai model pembangunan industri dan teknologi Barat yang berintensifkan modal.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Pembangunan boleh diertikan sebagai perubahan yang terarah,


mungkin dalam bentuk : omengembangkan kepercayaan masyarakat (daripada yang bersifat agama kepada sekular), odalam pola-pola sosial mereka (daripada yang bersifat luar bandar kepada masyarakat bandar), odalam erti material (penggunaan tenaga haiwan kepada tenaga jentera untuk melaksanakan proses produksi).

Pembangunan boleh difahami sebagai perubahan sosial dan


pertumbuhan ekonomi yang terancang yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Kemunculan negara-negara baru di pertengahan abad ke-20,


pemodenan telah diinstitusikan sebagai satu operasi antarabangsa.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Ketika itu, pemodenan dijadikan satu usaha pada peringkat


antarabangsa untuk membawa semua wilayah bukan Eropah Barat ke dalam bentuk kehidupan masyarakat Eropah Barat dengan cara meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Sesebuah negara bangsa diikutsertakan ke dalam hubungan


peringkat antarabangsa atau global.

Sesebuah negara-bangsa mendapat bantuan ketenteraan, sosial


dan teknikal sebagai imbalan ke atas hubungan ekonomi mereka dengan negara kuasa besar, agensi antarabangsa dan firma global.

Pertengahan abad ke-20 merupakan zaman di mana dominasi


Eropah Barat telah berakhir dan dunia memasuki zaman peradaban global.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Menurut Barraclough (1978) ada tiga perkara yang menunjukkan


ekonomi dunia telah dijalinkan bersama: oPerkembangan sistem pengangkutan dan jaringan komunikasi yang secara fizikal menghubungkan berbagai-bagai wilayah di dunia. oPertumbuhan yang begitu cepat dalam perdagangan yang diiringi oleh pola ketergantungan yang tinggi. oPengaliran modal yang besar, terutama dalam bentuk pelaburan secara langsung oleh firma Eropah Barat di daerah bukan-industri.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Pihak yang banyak berperanan dalam perkembangan ekonomi


global adalah golongan kapitalis.

Golongan kapitalis berusaha untuk mengembangkan dirinya


melampaui batas negara dengan cara omengembangkan sistem pengangkutan dan komunikasi. omewujudkan institusi-institusi yang khusus seperti pasaran kewangan, pasaran komoditi, dan perpindahan hak milik harta yang merangsang dan memudahkan pertukaran ekonomi secara jarak jauh.

Hubungan ekonomi global disempurnakan dengan proses


perdagangan, pelaburan, produksi, pertukaran kewangan, buruh migrasi, kerjasama organisasi dan ekonomi antarabangsa.

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Ekonomi global menjadi lebih lancar dengan penyertaan negara


baru dalam hubungan politik dan ekonomi antarabangsa, sehingga akhirnya dinamakan sebagai globalisasi.

Dalam proses globalisasi, terdapat dua aktor yang tidak


menggunakan negara-bangsa sebagai landasan kegiatan.

Dalam bidang politik, aktor yang banyak berperanan adalah PBB,


yang berusaha menggalakkan proses demokrasi politik berjalan di seluruh dunia.

Dalam bidang ekonomi, aktor yang berperanan penting adalah


golongan kapitalis yang membentuk multinational corporations (MNC) atau transnational corporations.

Berbagai strategi diambil oleh negara membangun untuk mengejar

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

pertumbuhan ekonomi, sama ada dengan menyusun semula ekonomi nasional atau melaksanakan industrialisasi dengan meniru model pembangunan industri dari Eropah Barat.

Bagi negara membangun yang menganggotai dan mendapat pinjaman


daripada Bank Dunia, mekanisma perancangan biasanya diperolehi pada Bank Dunia.

Langkah-langkah yang biasanya diusulkan oleh Bank Dunia kepada negara


membangun : o melaksanakan reformasi tanah, o meningkatkan infrastruktur, o meningkatkan taraf pendidikan, o meningkatkan pelaburan awam, o melaksanakan industrialisasi gantian import (Import-Substitution Industrializaiton) o Melaksanakan industrialisasi orientasi eksport (Export Oriented Industrializaiton).

Luar Eropah: Pemodenan atau Pembaratan

Pengalaman di negara-negara membangun


memperlihatkan bahawa pemodenan dan pembangunan ekonomi dan politik di negara Eropah Barat telah menjadi model atau contoh untuk mengorak langkah ke arah pemodenan.

Lazimnya, dengan bantuan agensi antarabangsa, proses


pemodenan ekonomi dijalankan secara berencana dan langkah-langkah yang diambil pula disesuaikan dengan keadaan di dalam negara tersebut.

MODENISASI DI MALAYSIA
Malaysia memulakan perjalanan modenisasi dengan
kehadiran kolonial Inggeris.

Sebagaimana negara baru yang lahir setelah Perang


Dunia Kedua, Malaysia turut berusaha untuk melakukan pembangunan politik dan pembangunan ekonomi.

Projek modenisasi yang diasaskan sejak pemerintahan


kolonial Inggeris telah dilanjutkan dengan melakukan pelbagai perubahan dan penyesuaian.

Komponen Ekonomi:Pembangunan
Ekonomi, Perindustrian, Kadar Pertumbuhan Dan

Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat


pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.

Peningkatan Kualiti Hidup

Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan


ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

Selanjutnya, pada akhir tahun 1960-an, pembangunan ekonomi mula


diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

Menjelang tahun 2000-an, Malaysia mula memberikan perhatian kepada


pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi.

Komponen Politik: Pembinaan NegaraBangsa; Dasar Awam; Penilaian Pencapaian Dasar

Awam; Integrasi Nasional

Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai


kejayaan, yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang baik, iaitu, sekitar 8 hingga 9 % terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Ukuran pencapaian bagi pembangunan ekonomi di Malaysia tidak hanya


diukur dengan ukuran ekonomi seperti KDNK tetapi juga dengan ukuran peningkatan indeks kualiti hidup, berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Akibat proses migrasi dan penjajahan, Malaysia, sebagai sebuah negarabangsa yang sempadan wilayahnya terdiri daripada gabungan daerah yang berbeza, gabungan bangsa yang berbeza, gabungan kerajaan yang berbeza, isu pembinaan negara-bangsa adalah sangat penting. Menjadi impian atau sasaran bagi Malaysia untuk membina satu negara dan satu bangsa yang aman dan makmur.

Hubungan Etnik dalam konteks


Modenisasi Malaysia

Komponen ekonomi adalah penting dalam konteks modenisasi


Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya, dalam aspek pembangunan faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

Kepada pihak kolonial Inggeris, komponen ekonomi penting untuk


membangunkan ekonomi negara mereka.

Begitu juga di Malaysia, pembangunan ekonomi bukan hanya


untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara-bangsa.

Cita-cita pembinaan negara-bangsa selalu gagal kalau


pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang kita saksikan berlaku di Afrika.

Acuan Ekonomi Malaysia: Hubungan


Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti

Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui pengalaman


dijajah kolonial Inggeris.

Alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman seperti


getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah Barat. Begitu juga industri biji timah.

Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks


lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya rangkaian landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan aktiviti import-eksport.

Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour


mengikut kumpulan etnik.

Modal juga dipisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal


kaum Cina dan sebagainya.

Acuan Ekonomi Malaysia:


Hubungan Timbal-Balik Ekonomi dan Etnisiti

Ciri-ciri unik yang tersulam dalam ekonomi


Malaysia hasil peninggalan era penjajahan terus bertahan hingga saat ini.

Aspek ekonomi dan etnisiti adalah dua perkara


yang saling mempengaruhi dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain dalam kehidupan di Malaysia.

KESIMPULAN
Aspek ekonomi dan etnisiti dalam kehidupan di Malaysia ialah dua hal
yang tidak dapat dipisahkan, saling mempengaruhi dan saling menentukan antara satu sama lain.

Kadar pertumbuhan ekonomi dan indeks kualiti hidup rakyat yang


mencatatkan peningkatan positif adalah bukti kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia.

Pembangunan ekonomi Malaysia juga mempunyai kesan positif dalam


konteks hubungan etnik. o kemiskinan tanpa mengira etnik sudah dapat diatasi. o penyusunan semula masyarakat agar kedudukan sosioekonomi antara etnik adalah seimbang

Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, telah menyebabkan proses


perpaduan terus berlangsung.

You might also like