You are on page 1of 8

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI) DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA

INGGERIS (MBMMBI) Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. TUJUAN MBMMBI Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Kemahiran mendengar.STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI Memartabatkan Bahasa Malaysia Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:            Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia Asas Berbahasa (Back To Basics) Didik Hibur Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Program Bacaan Guru Bahasa Malaysia Berkualiti Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu. prabunyi. membaca. prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. menulis. Asas berbahasa pradengar. tatabahasa dan seni bahasa akan . P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks. Didik Hibur – Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. bertutur. seimbang dan holistik menerusi modul P&P. Asas Berbahasa (Basics To Basics) – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik.

Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. pencarian maklumat. Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif – Pemantauan daripada aspek kebersihan. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri. Buku Sastera Sekolah Rendah. Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P – Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian. Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum – Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia.disulam dengan dengan aktiviti penerokaan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan. Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi – Usaha menterjemah karya agung dari Eropah. laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Melalui cara ini . serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P. Program Bacaan – Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS). pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang. Guru Bahasa Malaysia Berkualiti – Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara. e-mel. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa. Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. pelaporan dan penghasilan produk. sasterawan. mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia. para pendidik.

menjadi semakin luas dan pantas melalui bukan sahaja secara bersemuka. Timbalan Perdana Menteri berkata. atas talian malah di alam siber. ia bagi memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum dalam era kepimpinan negara yang menekankan kepada Indeks Prestasi Utama (KPI). seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa. Globalisasi dan ledakan teknologi maklumat hari ini telah melahirkan dunia tanpa sempadan dan sekatan. jelas beliau. jelas beliau. Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi – Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk. Interaksi manusia. Penilaian itu. Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara – Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara. menjurus kepada tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status yang sewajarnya. Ini kerana suasana dan persekitaran yang mewujudkan bahasa Melayu ditunjangi dengan nilai kesantunan yang tinggi dan budaya ketimuran. ucapan dan perbincangan. pengendalian mesyuarat. Selain itu. risalah dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat bagi tujuan promosi dan publisiti juga sewajarnya mendahulukan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu amat penting kerana ia menjadi benteng bagi memperteguh jati diri bangsa.perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat. Satu kaedah perlu dirangka bagi menilai tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan sektor awam dan swasta untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan. . Sebagai contoh dalam urusan surat menyurat.

Ledakan ini telah menjadikan bahasa Melayu semacam berada di belakang berbanding bahasa-bahasa lain. sedikit sebanyak telah menghakis identiti asli bahasa Melayu dan rasa hormat terhadap bahasa Melayu turut pudar kerana dicampur aduk mengikut selera dan kehendak hati. Tan Sri Muhyiddin Yassin.Kita juga seharusnya tidak ketinggalan dan perlu seiringan dengan perubahan yang berlaku dan jangan sesekali berundur ke belakang. Situasi hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu yang mana unsurunsur keunikan serta keagungannya menjadi longgar. Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Pencemaran bahasa itu. Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik. Memartabatkan bahasa Melayu sebagai saluran penguasaan ilmu Pelaksanaan PPSMI dilihat gagal beri manfaat kepada pelajar. baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan . rapuh dan mudah dicemari kerana dicampur aduk penggunaannya dengan bahasa-bahasa lain sewenangsewenangnya. kelangsungan bahasa Melayu mendepani zaman sekarang melalui saat yang sangat getir. terutama di luar bandar USAHA menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada semua peringkat sekolah seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri.

terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Justeru. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris.dasar itu. peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk dalam bidang sains dan matematik. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Dr Hassan Ahmad. . Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Contoh. Menurutnya. menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar. termasuk menerbit pelbagai jenis kamus. Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Majoriti murid. Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003. pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. khususnya di luar bandar.

Dalam melaksanakan dasar MBMMBI. . Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris. untuk menyediakan buku teks dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit memerlukan jangka masa tertentu. Saya kira proses ini sudah pun berjalan kerana selepas berakhir 2011 nanti maka dasar baru itu akan dilaksanakan. pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Misalnya. menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan. Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini. aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan. Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kementerian Pelajaran perlu mengambil beberapa langkah secara teliti dan terancang. Ini termasuk melantik panel penulis. Oleh itu. penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Selain itu. kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan. Justeru. akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. penyediaan isi kandungan. panggilan tender dan akhirnya proses mencetak.

com/2012/07/memartabatkan-bahasa-malaysiadan. Kesimpulan. dasar MBMMBI mampu mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara.html . dapat memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Justeru.blogspot. Posted by Mohamed Baba at 09:04 http://nuramalku. perlulah kerajaan segera menyediakannya. sekolah yang belum mempunyai kemudahan komputer. Pada masa sama.Langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa pula akan dapat memantapkan dasar MBMMBI.