You are on page 1of 24

PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENDIDIKAN ISLAM 2012 Memperkasa Pendidikan Islam ke Arah Merealisasikan Kegemilangan Ummah Abad Ke-21

(PKPI2012)

ANJURAN BERSAMA: IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM IPGK ZON TENGAH DENGAN KERJASAMA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA HOTEL ROYALE BINTANG, SEREMBAN 3-6 JULAI 2012

PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GRAFIK DIGITAL BAGI KPLI j-QAF ROSNAH BINTI AHMAD ZAIN rosnahaz@yahoo.com Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam

ABSTRAK

Pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Grafik bagi guru pelatih KPLI j-QAF IPG Kampus Pendidikan Islam adalah bertujuan untuk membantu guru pelatih yang mengikuti Kursus Pengurusan Sumber untuk menguasai kemahiran menggunakan perisian grafik. Modul grafik digital ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Pengurusan Sumber (TP2050D). Modul ini menggunakan komputer sebagai alat untuk mengajar mata pelajaran teknologi pendidikan. Modul pembelajaran ini terdiri daripada beberapa modul utama yang mengandungi objektif pembelajaran, aktiviti latihan, soalan latihan dan aktiviti kumpulan. Adalah diharapkan modul ini akan dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah, seronok dan berkesan. Selain itu, modul ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk merekabentuk dalam penghasilan projek dan menyediakan laman web serta blog yang menarik. Modul ini telah dibina dengan menggunakan perisian-perisian Microsoft Office 2010, Adobe Photoshop CS5, MartView dan PDF Converter 7. Penilaian modul ini telah dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah diedarkan kepada 20 orang pelajar KPLI Tesl. Modul Digital ini telah dibangunkan dalam 3 peringkat iaitu berdasarkan Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) yang menunjukkan perisian berasaskan media yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; Fasa 1: fasa keperluan perisian kursus, Fasa 2: fasa mereka bentuk dan Fasa 3: fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian Modul secara berterusan dan penambahbaikan telah dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan (Isham & M.Arif 2008).Berasaskan kepada reka bentuk ini, penulis akan membangunkan satu modul yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran Grafik bagi subjek Pengurusan Sumber (TP2050D) bagi guru pelatih KPLI j-QAF di IPG Kampus Pendidikan Islam. Di samping itu pembinaan modul menggunakan pendekatan tutorial, latihtubi dan projek melalui konsep Pendidikan komputer telah berjaya dilaksanakan menggunakan strategi pembelajaran koperatif, individu, anjal, aktif dan masteri. Ini mengambilkira kepelbagaian kecerdasan pelajar yang akan memotivasikan pelajar dan mudah difahami.

PENGENALAN

Di dalam dunia ini, khasnya kebelakangan ini, manusia sentiasa mengejar kemajuan.Kemajuan ini mungkin dicapai tanpa adanya pendidikan.Memang tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan merupakan kunci utama bagi seseorang atau sesebuah Negara itu mencapai kejayaan dan seterusnya memenuhi keperluan hidup seseorang. Memandangkan golongan pendidik terlibat secara langsung dalam mendidik generasi akan datang, mereka perlulah melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak semasa supaya dapat menyumbang ke arah pembangunan dan kemajuan yang diimpikan oleh Negara. Salah satu kemajuan yang ditekankan pada masa kini ialah bidang digital yang merupakan satu teknologi yang berkembang dengan begitu pesat sekali.Populariti desktop publishing berkisar kepada kepelbagaian kegunaan di kalangan pengguna.Komputer dapat mempercepatkan lagi masa untuk melaksanakan sesuatu tugas. Malah sesuatu tugas itu dapat dilaksanakan dengan tepat dan berkesan. Maka dengan menyedari kepentingan pengetahuan

komputer, pelbagai langkah telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan golongan pendidik atau guru untuk memperkembangkan dan memajukan diri dalam bidang komputer demi mendidik generasi akan datang. Guru pelatih perlu menghasilkan projek khas multimedia pada akhir kursus ini sama ada membina laman web, blog atau e-book. Guru pelatih memerlukan sebuah modul yang memenuhi keperluan yang boleh membina kemahiran dalam menyunting dan mengedit grafik. Pembelajaran secara amali (hands on) adalah satu cara mudah bagi pengguna mempelajari komputer. Alat elektronik ini akan menjadi biasa, digemari dan mudah kepada pengguna yang sering berdamping dengan komputer. Penggunaan komputer dengan sistematik dapat membantu guru dalam mencapai objektif P&P yang berkesan. Kejayaan kebanyakan bahan pengajaran antara lain adalah disebabkan oleh usaha seni dan juga kegunaan grafik yang berkualiti dalam pembangunan (Kemp &Smellie 1994).

LATAR BELAKANG Berdasarkan dapatan kajian dari kajian taksiran masalah yang telah dilaksanakan dalam fasa kajian permulaan, satu kajian dokumen ke atas Sukatan Pelajaran Pengurusan Sumber dalam topik Grafik Asas dan Penghasilan bahan pengajaran danpembelajaran berasaskan perisian Persembahan Elektronik (Bahagian Pendidikan Guru 2008) serta modul-modul atas talian mengenai P&P perisian grafik (Lynda Weinman 2001), Majalah PC terbitan Karangkraftelah dilakukan. Selain tinjauan soalselidik serta temubual pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam (Protokol temubual Lampiran A) serta mengedarkan borang soal selidik (Lampiran B) kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat dengan subjek Teknologi Pendidikan di IPG Kampus Pendidikan Islam. Sebelum kita ingin menghasilkan sesuatu untuk disebarkan, tentulah ada keinginan menghias supaya nampak cantik dan ada tarikan untuk seseorang membacanya tanpa bosan.Kita boleh menghias rekaan dengan menggunakan grafik dan gambar.Grafik dapat memberi makna kepada lukisan, kartun, latarbelakang, warna dan sebagainya.Grafik digunakan hampir semua orang yang membuat rekaan, terutamanya untuk memberi satu persepsi supaya nampak cantik dan menarik, selain menggunakannya sebagai penyampai maklumat kepada seseorang.Hamzah Hurmin (1992) menyatakan grafik didefinasikan sebagai sebuah lukisan, percetakan, gambar dan huruf yang dihasilkan dengan mengunakan media tertentu seperti pen, pensil, warna atau komputer. Pengajaran dan Pembelajaran Perisian Grafik Adobe Photoshop

Adobe

Photoshop

merupakan

perisian

grafik

dan

penyuntingan

imej

yang

membolehkan sesuatu imej gambar atau bahan visual diubahsuai mengikut kreativiti seseorang pengguna.Adobe Photoshop menyediakan alat dan kemudahan yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mengubahsuai sesuatu imej.Rupa bentuk gambar
4

yang telah diubahsuai mengikut citarasa pengguna boleh digunakan untuk bahan percetakan, buku elektronik, persembahan multimedia dan juga laman web mahupun blog.Di samping itu, Adobe Photoshop juga mempunyai pelbagai alatan dan kemudahan serta bersifat mesra pengguna. Pada peringkat asas, beberapa elemen asas ruang kerja Photoshop yang penting perlu diketahui oleh para guru pelatih. Antara fitur-fitur yang perlu dipelajari dalam ruang kerja Photoshop ialah empat cabang utama iaitu: menu bar, status bar, toolbox dan pallettes. Ruang kerja bar menu pela mengandungi sebelas pilihan iaitu; File, Edit, Image, Layer, Select, Filter, Analysis, 3D, View, Window dan Help. Guru pelatih diberi masa untuk melihat dan menjelajahi setiap pilihan agar mereka dapat melihat submenu-submenu untuk setiap pilihan. Melalui cara ini, pelajar dapat

mengetahui dan mengecam jalan pintas papan kekunci kerana ia boleh menjimatkan masa. Kaedah yang digunakan semasa mengajar perisian Grafik Adobe Photoshop ialah kaedah latihtubi, tunjukcara dan projek.Melalui pendekatan latihtubi, guru pelatih dibekalkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah disusun mengikut topik daripada peringkat pengenalan kepada peringkat asas.Proses ini berlaku berulangkali sehingga guru pelatih berpuas hati dan faham akkan langkah-langkah yang diajar dan kemudian meneruskan latihan kepada topik yang lain. Kaedah demonstrasi turut dijalankan bagi aktiviti yang agak sukar sebelum para peserta kursus mencuba sendiri latihan yang diberikan.Kaedah demonstrasi mudah difahami oleh guru pelatih yang mempunyai kecerdasan visual yang tinggi.

Pada peringkat akhir pembelajaran perisian Grafik Adobe photoshop ini, kaedah projek digunakan. Guru pelatih biasanya akan diminta untuk menghasilkan reka bentuk poster, buku bergambar atau muka depan laman web. Kaedah-kaedah yang digunakan adalah berlandaskan kemahiran kognitif yang memerlukan kebolehan mengumpul dan memproses maklumat daripada aktiviti yang disediakan, mengimbas imej atau mengakses imej daripada internet.Biasanya, semasa membuat projek, strategi pembelajaran koperatif digunakan.

PERNYATAAN MASALAH Menurut Cox (1994), strategi kuliah tidak dapat dielakkan kerana seseorang pensyarah perlu memperkenalkan tajuk yang hendak diajar pada hari itu, menerangkan isi-isi utama dan memberikan galakan untuk aktiviti pengajaran seterusnya. Walau

bagaimanapun pembelajaran berdasarkan kaedah kuliah selama dua jam yang berpusatkan kepada pensyarah memberi bebanan kognitif kepada pelajar yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Daripada temubual bersama pensyarah yang mengajar mata pelajaran Pengurusan Sumber (TP2050D), didapati bahawa salah satu masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah masalah bahan rujukan. Proses untuk mendapatkan bahan rujukan didapati mengambil masa yang lama dan kebanyakan bahan rujukan yangdidapati adalah dalam versi Bahasa Inggeris. Pelajar mendapati bahawa mereka mempunyai masalah pemahaman serta mengambil masa untuk menterjemahkan bahan rujukan yang didapati ke dalam Bahasa Melayu.Perkara ini sebenarnya merupakan satu bebanan bagi pelajar KPLI j-QAF terutamanya yang mengikuti kursus Teknologi Pendidikan secara separuh masa. Selain daripada itu, guru pelatih yang berinteraksi pada waktu cuti dan kadangkadang tidak dapat mengikuti kuliah atas sebab-sebab tertentu mendapati sukar untuk
6

mendapatkan nota dan maklumat berkaitan kuliah yang tidak dapat dihadirinya.Peluang untuk mereka berinteraksi dengan pensyarah dan juga rakan adalah sangat kurang. Ini menyebabkan mereka rasa ketinggalan dan seterusnya menimbulkan satu suasana pembelajaran yang kurang menarik dan berkesan.Dalam kuliah Teknologi Pendidikan pula, kemampuan setiap guru pelatih memproses maklumat, cara belajar, tumpuan dan sebagainya adalah berbeza (Heinich et.al. 1996). Oleh yang demikian, mungkin ada guru pelatih yang lemah akan ketinggalan manakala guru pelatih yang pandai atau pernah didedahkan dengan perisian-perisian yang berkaitan mungkin tidak dapat menggunakan masa pembelajaran secara optima kerana terpaksa mempelajari topik yang telah dipelajarinya. Ekoran daripada permasalahan yang dinyatakan di atas serta sebagai menyahut saranan Robiah Sidin (1998), maka satu alternatif untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran Pengurusan Sumber (TP2050D) telah dibina. Dengan adanya modul P&P grafik digital menggunakan Adobe Photoshop, guru pelatih kursus ini boleh membuat pembelajaran kendiri berdasarkan keperluan masingmasing.Selain itu, guru pelatih yang tidak hadir kuliah atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, juga boleh mengikuti pelajaran yang tertinggal semasa

ketidakhadirannya dengan menggunakan modul grafik digital ini secara kendiri. TUJUAN KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membinadan melaksanakan modul P&P Grafik Asas menggunakan perisian Adobe Photoshop .Penggunaan Perisian Adobe Photoshop diharap boleh membantu guru pelatih meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas dalam menghasilkan bahan grafik dan multimedia. PERSOALAN KAJIAN Berdasarkan masalah-masalah yang telah dikenalpasti dalam pelaksanaan P&P Pengurusan Sumber dalam pengajaran topik Grafik Asas dan Multimedia yang telah dikenalpasti dalam kajian taksiran masalah, beberapa soalan kajian telah dibentuk.

i.

Bagaimana Modul P&P Grafik Digital menggunakan Adobe Photoshop dibangunkan?

ii.

Bagaimana membina Modul P&P Grafik

digitalmenggunakan Adobe

Photoshop yang menggunakan kaedah tutorial, latihtubi dan projek? iii. Adakah modul yang dibina menggabungkan strategi pembelajaran anjal, koperatif, kendiri, masteri dan projek serta kemahiran berfikir dan penerapan-penerapan nilai-nilai murni? KEPENTINGAN KAJIAN Menurut Musa Muhammad (2000), sistem pendidikan merupakan sistem yang dianggap paling sesuai dan sah untuk memilih dan menyusun manusia untuk pelbagai peranan dan peringkat pekerjaan. Justeru sistem pendidikan bertanggungjawab ke atas

kepekaan masyarakat khususnya para guru terhadap perkembangan teknologi pada masa kini.Penghasilan modul dalam kajian ini diharapkan dapat memudahkan P&P Pengurusan Sumber bagi guru pelatih, guru-guru, para pelajar kelab fotografi, para pelajar kelab multimedia dan semua pelajar yang berminat untuk menggunakan sebagai modul untuk pembelajaran kendiri atau bengkel-bengkel jangka pendek. Terdapat banyak sumber bacaan seperti buku dan modul atas talian tetapi amat sukar untuk mendapatkan bahan pengajaran dalam bentuk modul digital yang tersusun menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan serta ditulis berdaarkan sukatan pelajaran yang telah ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Dengan adanya modul hasil kajian ini sebagai bahan bantu belajar (BBB), diharapkan guru pelatih dapat membina konsep dengan tepat. Adalah diharapkan modul ini digunakan oleh para

pendidik dan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan kerana mereka boleh melihat keadaan sebenar yang dipaparkan melalui grafik.

DEFINISI ISTILAH Beberapa definisi istilah berkaitan yang digunakan dalam kajian adalah seperti berikut: 1 Pembinaan

Mengikut Seel dan Richey (1994) dalam buku Instructional Technology: The Definitions and Domain of the Field menjelaskan bahawa pengmbangan atau pembinaan (development) adalah proses menggunakan spesifikasi reka bentuk untuk membina bahan teknologi cetak, teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu. Richey (1986) mendefinisikan pembinaan sebagai sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan sesuatu keadaan yang boelh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran. Dalam kajian ini pembinaan bermaksud satu cara sistematik untuk mere bentuk dalam memebina modul P&P Teknologi Maklumat. 2 Sistem

Sistem ialah satu susunan objek atau komponen untuk membentuk sesuatu kesatuan; satu set fakta, prinsip, peraturan dan sebagainya yang diklasifikasikan serta disusun mengikut susunan yang logik serta bersandaran antara satu sama lain; metodologi atau perancangan untuk satu klasifikasi atau susunan; atau satu metodologi untuk membuat sesuatu yang telah diterimapakai (Kamus Komputer 1993; Pressman 2001) dalam Rosseni 2001). Kajian ini membina modul P&P menggunakan model reka bentuk
9

Hannafin dan Peck (1988) yang menunjukkan perisian berasaskan media yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; fasa keperluan perisian kursus, fasa mereka bentuk dan fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian Modul secara berterusan dan penambahbaikan telah dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan (Isham & M.Arif 2008).Sistem yang dimaksudkan di sini ialah sistem P&P dalam bentuk modul P&P Grafik Digital menggunakan Adobe Photoshop. 3. Modul

Modul merujuk kepada pakej pembelajaran kendiri yang dieka bentuk dengan terancang dan sistematik dengan menggabungkan pendekatan sistem dan humanistik (Shaharom dan Yap 1991).Sesebuah modul bertujuan untuk memeudahkan

pembelajaran biasanya melibatkan analisis kandungan kursus dan dibahagikan kepada beberapa unit (Rahil et al. 1997). Menurut Moon (1988) modul merupakan satu

kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan mengikut jangka masa (jam) pengajian, lengkap untuk sesuatu unit pembelajaran, atau terdiri daripada gabungan beberapa unit pelajaran yang menunjukkan tertentu sesuatu mata pelajaran. kesinambungan bahagian-bahagian

Dalam kajian ini, modul merujuk kepada modul

pengajaran dan pembelajaran mengenai Adobe Photoshop untuk penyuntingan grafik. 4. Perisian Grafik Adobe Photoshop

Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2001), Adobe Photoshop merupakan sebuah perisian pengubahsuaian dan penghasilan imej yang amat dikenali ramai terutamanya di kalangan pereka-pereka grafik digital.Grafik yang dihasilkan menerusi perisian Photoshop, boleh digunakan untuk mereka bentuk grafik, cetakan, persembahan multimedia, web, blog dan sebagainya. Dalam kajian ini guru pelatih akan dibimbing
10

langkah demi langkah menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasilkan projek-projek dalam bentuk grafik digital. 4. Grafik

Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek iaitu Graphikos yang bermaksud lukisan.Grafik ialah bahan yang dilukis sebagai karangan visual.Grafik ialah kombinasi ilustrasi, kapsyen, simbol, angka dan lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea oleh pereka terhadap hasil karyanya.Grafik berperanan sebagi agen penyampaian mesej dalam bentuk imej visual atau seni komunikasi.Melihat daripada pengertian di atas, maka grafik boleh dirumuskan sebagai satu seni yang menggabungkan tulisan dan lukisan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas dan lebih konkrit daripada lisan. PEMBINAAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penggunaan modul dalam P&P dipelopori oleh Fred S. Keller berlandaskan pnemuan B.F. Skinner dalam Teori Pelaziman Operan yang menghasilkan kaedah Pengajaran Terancang (Biehler 19780).Yusup dan Razmah (1993) juga menegaskan bahawa modul pengajaran merupakan satu koleksi pengalaman pembelajaran yang terancang dan tersusun, biasanya dalam bentuk pengajaran kendiri untuk mencapai objektifobjektif pembelajaran yang telah ditetapkan dalam jangka masa beberapa jam atau minggu. Kaedah ini membolehkan peserta belajar sendiri dengan kadar yang sesuai untukdiri masing-masing dan membolehkan mereka belajar dari sesama sendiri melalui bahan-bahan pengajaran yang disediakan secara berstruktur dan teratur.

11

Hannafin & Peck Design Model

PHASE 1: Needs Assets START

PHASE 2 Design

PHASE 3 PHASE 3 Develop/ Develop/ Implement Implement

EVALUATION & REVISION

DESIGN AND IMPLEMENTATION OF EDUCATIONAL SOFTWARE

Rajah: Model Reka Bentuk Hannafin & Peck (1988) Sumber : Isham Shah Hassan & Mohd Arif Ismail (2008)

Langkah-langkah membina modul kajian ini adalah berdasarkan model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) yang menunjukkan perisian berasaskan media yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; Fasa 1: fasa keperluan perisian kursus, Fasa 2:fasa mereka bentuk dan Fasa 3: fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian dan pembaikan perisian kursus akan dijalankan semasa ketiga-tiga fasa tersebut dilaksanakan (Isham & M.Arif 2008). Berasaskan kepada reka bentuk ini, penulis membangunkan modul grafik digital menggunakan Adobe Photoshop.

12

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN Apabila menyebut perisian sumber terbuka (open source) ramai rakyat Malaysia yang kurang tahu atau kadangkala langsung tidak tahu perisian yang menggunakan konsep ini. Pengaruh perisian terbuka bukan sahaja kepada orang biasa malah di kalangan syarikat tempatan juga kurang pendedahan terhadap konsep ini menyebabkan ia dianggap sepi dan enteng dalam ekosistem pembangunan perisian tempatan. Boleh dikatakan, dengan zaman sekarang ini.Tiada seorang pun daripada kita yang tidak menggunakan perisian sumber terbuka.Buktinya apabila anda menggunakan Google, Facebook, Firefox, Mac OS X, Chrome anda sudah pun menggunakan perisian ini tetapi kenapa kita masih sifar pengetahuan tentang perisian yang mengubah hidup kita seharian?

Perisian-perisian grafik juga tidak ketinggalan dengan peredaran masa dan teknologi bidang grafik menjadi semakin meluas dan berkembang, bagaikan seketul sponge yang sentiasa menyerap cairan dan larutan sehingga akhirnya ia berubah sifat dan bentuk (Ahmad Ghazie 1993). Kini reka bentuk grafik tergolong juga, tetapi tidak terhad kepada filem, video, televisyen dan akhir-akhirini reka bentuk grafik merangkumi dan menyepadukan bidang komputer khususnya Internet dan multimedia. Oleh yang demikian, penulis merasakan bahawa hasil pembelajaran tidak dapat dioptimakan untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kesemua potensi individu yang boleh

digabungkan,sekiranya pembelajaran mengenai grafik asas yang menggunakan perisian penyunting grafik ini tidak disepadukan dengan kemahiran dan pengetahuan tentang ilmu-ilmu dalam dalam bidang grafik.
13

Sebuah badan yang terbesar yang menggabungkan professional dalam bidang grafik di Amerika Institute of Graphics Arts (1993), mentakrifkan reka bentuk grafik sebagai apa jua bahan visual seperti poster, surat logo, iklan, majalah, kulit album dan juga hasil cetakan dari komputer. Kita juga sering terdedah dan dikelilingi oleh Abdul Rahim (1998) mengatakan

perkataan dan gambar dalam era maklumat ini.

bahawa senarai bahan P&P yang bercetak terdiri daripada buku, majalah, gambar, foto, risalah, surat khabar, carta, graf, peta, buku-buku rujukan dan bahan terbitan berkala. Bahan bercetak pula termasuklah teks, lakaran, gambarajah, simbol, tanda dan lain-lain lagi.Kong (1991), menyatkan modul pengajaran kendiri merupakan bahan P&P yang terancang dan tersusun serta mengandungi langkah-langkah yang dapat memudahkan peserta kursus mengikutinya tanpa melakukan kesilapan.Berpandukan maklumat ini penulis ingin membina sebuah lagi bahan bantu belajar digital untuk pengajaran komputer dalam tajuk asas grafik menggunakan perisisan Adobe Photoshop.

Dengan perkembangan teknologi komputer masa kini, kegunaan serta keupayaan sesuatu paparan grafik semakin berkembang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.Perisian grafik digital mula digunakan serta mendapat perhatian meluas di kalangan para pengguna untuk pelbagai tujuan. Kebanyakan pengguna juga mula menyedari bahawa daya kreativiti dan imiginasi yang ada pada mereka boleh direalisasikan sepenuhnya dengan sokongan perisian-perisisan grafik digital yang sedia ada di pasaran.

Hasil daripada perkembangan positif ini, pelbagai perisian penyunting grafik muncul di pasaran dengan segala macam kelebihan serta kemudahan yang ditawarkan.
14

Daripada yang diperoleh secara percuma (open source) seperti Microsoft Paint atau Paint Brush sehinggalah kepada yang lebih canggih dan komplek seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Flash, Corel draw, Micromedia X-res, Painter 3D, 3D Max dan sebagainya. Para pendidik turut menyumbang kepada perkembangan positif ini dengan menghasilkan pelbagai bahan P&P mengenai perisian penyunting grafik dalam bentuk buku, perisian, modul dan laman web (Wong Chun Keong 2000; Jamalludin dan Zaidatun 2001; Imran Abdul Jabar 2011; Adobe Systems Incoperated 1982; Graphics Software 2001, Weinman 2001).

METODOLOGI PEMBINAAN MODUL

Pendekatan yang digunakan pembinaan dan pelaksanaan modul P&P ini adalah berdasarkan model reka bentuk dan pembinaan bahan pembelajaran seperti dalam RAJAH 1.Model ini dibentuk menggunakan Model Hannafin dan Peck (1988) yang menunjukkan perisian berasaskan media yang dibangunkan perlu melalui tiga fasa iaitu; Fasa 1: fasa keperluan perisian kursus, Fasa 2: fasa mereka bentuk dan Fasa 3: fasa pembangunan dan implementasi. Penilaian dan pembaikan modul secara berterusan dalam bentuk formatif telah dijalankan di sepanjang fasa pembinaan.

Setelah modul siap dibina di akhir fasa implementasi, ia akan diuji melalui penggunaannya dalam P&P sebenar. Daripada maklumbalas ujian sumatif kali pertama, pembaikan akan dibuat untuk memurnikan modul P&P yang dikenali sebagai Modul P&P Deraf Kedua. Deraf Kedua ini akan menjalani ujian sumatif keli ke-2 dalam
15

fasa penyenggaraan. Daripada hasil penilaian ini, pembaikan akan dibuat untuk menghasilkan Deraf Akhir. Walaubagaimanapun, fasa penyenggaraan sebenarnya akan berjalan secara berterusan di mana penilaian akan dibuat setiap kali modul digunakan dalam P&P. Pembaikan akan dibuat berdasarkan cadangan dan ralat yang dikenalpasti dari setiap penilaian.
Rekabentuk ModelHannafin &Peck (1988) FASA 1
Keperluan Aset

FASA 2
Rekabentuk

FASA 3
Membangunkan/ Melaksanakan

MULA

PENILAIAN &PEMBAIKAN
REKABENTUK DAN PELAKSANAKAN PERISIAN PENDIDIKAN Sumber: Isham Shah Hassan & Mohd Arif Ismail (2008)

INSTRUMEN PENILAIAN DAN RESPONDEN KAJIAN

Pembinaan Modul P&P Grafik menggunakan perisian Adobe Photoshop ini melibatkan instrumen dan responden untuk tujuan taksiran masalah, analisis keperluan pengguna, analisis keperluan pembinaan modul, penilaian modul secara formatif dan penilaian secara sumatif. Instrumen dan responden terlibat dalam fasa-fasa berkaitan beserta output yang dihasilkan dalam setiap fasa seperti dalam Jadual 1.

16

JADUAL 1:Kaedah/Instrumen dan Responden Kajian Mengikut Fasa Kajian dan Output YangDihasilkan dalam Setiap Fasa

FASA/OUTPUT FASA 1: Kajian permulaan i. Persolan Kajian FASA 2: Rekabentuk i. Spesifikasi keperluan modul ii. Dokumentasi Reka Bentuk FASA 3: Implementasi i. Deraf pertama modul

KAEDAH/INSTRUMEN i. Protokol temubual (LAMPIRAN A) i. Analisis dokumen (senarai semak) ii. Analisis dapatan kajian permulaan iii. Spesifikasi keperluan modul i. Analisis dokumentasi reka bentuk ii. Borang pengesahan kandungan iii. Borang pernilaian i. Borang penilaian pelajarpelajar

RESPONDEN ii. Seorang Pensyarah Kanan Jabatan TP iii. Seorang Pensyarah TMK i. Sukatan Pelajaran Teknologi Pendidikan ii. Modulmodul atastalian Adobe Photoshop iii. Manual Adobe Photoshop

i.

Dua orang pensyarah TMK (pengesahan kandungan ) ii. 20 orang guru pelatihKPLI Tesl, IPG KPI ambilan Januari 2009

Penilaian &Pembaikan i. Deraf Kedua ii. Deraf Akhir

i.

25 guru pelatih Kelab Fotografi yang mengikut bengkel Adobe Photoshop di IPG KPI(deraf kedua&deraf akhir)

RANGKA ISI KANDUNGAN MODUL DAN STRUKTUR PEMBINAAN

Modul ini yang dibina berdasarkan reka bentuk yang telah dibuat dalam fasa reka bentuk. Pembinaannya adalah berasaskan skop yang telah ditentukan untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Modul P&P grafik menggunakan perisian adobe photoshop ini terdiri daripada 8 modul utama dan setiap modul pula dipecahkan kepada beberapa submodul begini mewujudkan pengguna. Rekabentuk adan pembinaan berstruktur begini mewujudkan ciriciri modulariti. Ciri-ciri ini memudahkan pengujian di peringkat awal untuk mengenal pasti setiap ralat pada setiap modul dan submodul. Di samping
17

itu, ia juga memudahkan penggabungan submodul-submodul dengan modul-modul utama sebelum sesuatu modul yang lengkap dan sempurna dapat dibina. Di pihak pengguna pula, mereka memperoleh maklumat yang dikehendaki dengan cara yang lebih sistematik kerana ia disampaikan dalam format yang mudah difahami dan diikuti. 8 modul utama yang telah dibina terdiri daripada i) Pengenalan kepada Adobe Photoshop, ii) Membina Kawasan Pilihan, iii) Menyunting Imej , iv) Mewarna Gambar, v) Menggunakan Arahan Pilihan, vi) Menggunakan Arahan Paths, vii) Memasukkan Kesan Khas Melalui Penurasan dan viii) Membina Imej Teks.

Penggunaan modul ini membolehkan pelajaran berinteraksi dengan komputer berpandukan kepada setiap modul yang disediakan. Bagi setiap modul, penerangan tentang objektif pembelajaran dilaksanakan dan menggunakan pendekatan yang sesuai. Dalam modul latihan, peserta kursus digalakkan melaksanakan segala aktiviti yang telah disediakan. Aktiviti dan latihan disediakan mengikut turutan-turutan dan sistematik supaya mudah diikuti. Soalan latihan disertakan pada sesi akhir setiap tajuk modul pembelajaran. Soalan yang disediakan adalah bersifat pengukuhan. Peneguhan positif akan diberi oleh pensyarah sekiranya peserta kursus menjawab soalan latihan dengan betul dan galakan positif akan diberikan kepada peserta kursus yang memberi jawapan yang salah. Tugasan projek yang disertakan pada akhir sesi pembelajaran merupakan satu latihan kumpulan yang membolehkan peserta kursus mengaplikasikan kemahiran yang telah diperoleh dengan menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan subjek pilihan mereka.

18

DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian merupakan modul P&P grafik menggunakan perisian Adobe Photoshop yang dimuatkan dalam lampiran modul laporan ini. Bahagian ini memuatkan hasil kajian berdasarkan soalan-soalan kajian yang telah dikemukakan dalam Bab 1: Pendahuluan bahagian 1.4. Data-data yang diperolehi melalui penilaian sumatif akan memberi jawapan terhadap persoalan kajian apakah menerusi elemen-elemen yang terdapat dalam soal selidik yang diedarkan. Soalan bagaimanakah telah memandu penulis untuk membina modul ini. Laporan dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama akan memberi gambaran keseluruhan mengenai produk (modul) yang dihasilkan dalam kajian ini. Bahagian kedua akan menjawab soalansoalan kajian satu demi satu berdasarkan persoalan kajian.

Persoalan Kajian (i)

Bagaimana Modul P&P Grafik menggunakan Adobe Photoshop dibangunkan?

Modul yang dibina dalam kajian ini direkabentuk berasaskan skop yang telah ditentukan untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Rekabentuk modul ini terdiri daripada beberapa modul dan setiap modul pula dipecahkan kepada beberapa submodul untuk memudahkan penulis. Bagi pihak penulis, rekabentuk berstruktur begini mewujudkan ciri-ciri modulariti, bertujuan memudahkan pengujian di peringkat awal bagi mengenal pasti setiap ralat. Di samping itu, ia juga memudahkan penggabungan submodulsubmodul dengan modul-modul utama sebelum sesuatu modul yang lengkap dan sempurna dapat dibina. Di pihak pengguna pula, mereka memperoleh maklumat yang
19

dikehendaki dengan cara sistematik kerana ia disampaikan dalam format yang mudah difahami dan diikuti. Modul ini telah dinilai oleh dua orang pensyarah berpengalaman dan mereka bersetuju bahawa modul ini adalah menepati sukatan pelajaran dan piawai yang ditetapkan. Berikut adalah struktur pembinaan modul-modul Adobe Photoshop yang dibangunkan.

RAJAH 1: Struktur Kandungan Modul P&P Grafik menggunakan Adobe Photoshop

Persoalan Kajian (ii) Bagaimana membina Modul P&P Grafik menggunakan Adobe Photoshop yang menggunakan kaedah tutorial, latihtubi dan projek? Penggunaan pendekatan dan kaedah yang sesuai semasa P&P Grafik Asas dapat dilihat menerusi penggunaan aktiviiti latihan yang berbentuk tutorial, latihtubi dan projek.Pendekatan tutorial menyampaikan maklumat secara berturutan dan sisitematik suapaya guru pelatih KPLI j-QAF dapat mengikuti pembelajaran dengan mudah.Di akhir
20

pembelajaran setiap modul menyediakan soalan latihan untuk menguji kefahaman pelajar.Dari segi pelaksanaan, modul berbentuk tutorial merupakan BBM untuk pembelajaran kendiri yang mana guru pelatih boleh mengikutinya secara kendiri.Guru pelatih boleh mengulangi mana-mana modul yang dirasakan perlu. Guru pelatihjuga boleh menguasai pelajaran mengikut masa dan tahap kemampuannya. Dari segi kaedah penyampaian, kaedah linear yang digunakan dalam pendekatan tutorial ini mudah diikuti kerana pembelajaran berkembang dari satu topik ke satu topik yang lain dan diikuti dengan soalan latihan. Bagi guru pelatih yang sederhana atau lemah mereka tidak menghadapi masalah mengikuti aktiviti latihan modul ini kerana pendekatan kaedah latihtubi mampu memberi mereka peluang mengikuti langkah demi langkah aktiviti tanpa rasa takut atau segan dengan pensyarah.Pensyarah sedia membantu peserta kursus yang ketinggalan mengulangi semula aktiviti pembelajaran berpandukan modul yang dibina.Kemudahan mengulang tanpa perlu ketinggalan dalam pelajaran selanjutnya memudahkan latihtubi latihan sebagai pengukuhan bagi memebolehkan guru pelatih benar-benar menguasai sesuatu kemahiran sebelum meneruskan pelajaran ke bahagian selanjutnya. Pendekatan tutorial dan latih tubi dalam modul ini digabungkan dengan kaedah projek.Penilaian projek adalan berdasarkan laporan dan pembentangan secara berkumpulan.Melalui projek yang dihasilkan, semua kemahiran yang dipelajari dalam modul dapat diaplikasikan.Soalan-soalan projek direka bentuk untuk menguji sejauh mana pelajar telah memahami dan menguasai kemahiran yang diharapkan. Persoalan Kajian (iii) Adakah modul yang dibina menggabungkan startegi pembelajaran anjal, koperatif, kendiri, masteri dan projek serta kemahiran berfikir dan penerapan nilai-nilai murni? Modul ini melibatkan kemahiran berfikir berasas tinggi seperti menganalisis maklumat, mereka cipta, mengecam pola dalam aktiviti seperti menghasilkan bentuk, warna, saiz, susunan dan reka letak imej. Dapatan hasil soal selidik menunjukkan100% responden
21

yang terdiri daripada 20 orang guru pelatih Tesl IPG KPI bersetuju dengan penyataan bahawa wujud kemahiran berfikir di aras tinggi dalam pembelajaran menggunakan modul ini. Ini berlaku semasa menjana ide yang pelbagai ketika melalui proses

mengendalikan ikon-ikon, tetingkap palet dan membina layer yang memerlukan kesabaran dan kegigihan dalam diri pelajar. Selain itu, melalui pemerhatian penulis suasana yang harmoni dan nilai kerjasama yang berlaku dalam makmal apabila strategi pembelajaran koperatif dilaksanakan. Pembelajaran masteri terhasil apabila penguasaan peserta kursus untuk sesuatu konsep mengambil tempoh yang berbeza-beza antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Pensyarah boleh mencadangkan agar pelajar mengulangi bahagian-

bahagian tertentu dalam modul tanpa menentukan had masa agar pelajar tidak merasa tertekan. Kaedah ini sesuai digunakan bersama-sama pembelajaran bermodul dengan strategi pembelajaran individu dan anjal. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1996),

pembelajran individu bertujuan untuk meningkatkan kemajuan pembelajaran kendiri secara yang paling berkesan dengan cara menyediakan bahan-bahan pembelajaran seperti modul. Anjal yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pembelajaran yang tidak terikat dengan masa, tempat atau arahan dan bimbingan pensyarah agar guru pelatih dapat belajar mengikut kadar sendiri. PENUTUP Pembinaan bahan pengajaran yang baik, perlu kepada pelbagai kaedah dan strategi pembelajaran. Metodologi pembinaan perlulah berdasarkan satu model rekabentuk

penghasilan bahan pembelajaran mengikut fas-fasa yang ditentukan agar bahan yang dihasilkan dapat mengambilkira pelbagai aspek yang diperlukan secara sistematik. Pembinaan modul perlulah kepada pembaikan dan penilaian agar kerja-kerja pembinaan modul dapat menepati objektif kajian dan kehendak pengguna sasaran.

22

RUJUKAN Abdul rahim Hashim. 1998. Pembentukan dan penilaian modul pengajaran kendiri litar arus ulang alik bagi tingkatan empat. Tesis Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejutan Elektrik). Universiti Teknologi Malaysia. Adobe. 2011. (atas talian) About Adobe Systems Incoperated http://www.adobe.com (20 November 2011). Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe Photoshop. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September. Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and evulation of instructional software. New York: Macmillan Publishing Company. Imran Abdul Jabar. 2011. (atas talian) Sumber Grafik/Multimedia Malaysia URL:http://www.sifoo.com (12 November 2011). Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. Jamaludin Harun & Zaidatun Tahir. 2001. Grafik Digital: Asas Penggunaan Adobe Photoshop 6.0. Kuala Lumpur. Venton Publishing.

Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise. Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Sukatan Pelajaran Pengurusan Sumber, KPLI. Kementerian Pelajaran Malaysia Januari 2000.

Weinman, L. 2001. (atas talian) Learning Photoshop CD-ROM. http://www.adobe.com/support/photoshop/gettingstarted/2012 (Mei 2012)

23

24

You might also like