You are on page 1of 9

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN TOPIK BELANJAWAN TUNAI DENGAN MENGGUNAKAN AKRONIM Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN

Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalahmasalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Kajian ini dilaksanakan oleh 20 orang pelajar Tingkatan 5 terdiri daripada 10 orang pelajar 5Cita dan 10 orang pelajar 5Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah. Tinjauan awal dilaksanakan dengan membuat pemantauan semasa ujian bulanan dan peperiksaan yang dilaksanakan di sekolah. Hasil tinjauan didapati pelajar tidak mahir dalam menyelesaikan masalah bagi topik ini dengan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan dan ketinggalan satu rekod. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik yang berkesan dan mudah difahami serta diingati oleh pelajar selama 30 minit dan kajian ini dilaksanakan selama 4 minggu. Keputusan ujian pos menunjukkan pelajar lebih mengingati, memahami dan mudah dalam menyelesaikan soalan-soalan belanjawan tunai dengan menggunakan teknik Akronim bagi formula.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Analisa keputusan peperiksaan menunjukkan pelajar tidak mahir dan cekap dalam menjawab soalan belanjawan tunai. Pelajar mengambil masa yang lama dalam menjawab soalan ini. Selain itu, pelajar ramai yang tertinggal catatan dan memperolehi jawapan yang tidak tepat. Beberapa persoalan sering ditimbulkan oleh pelajar seperti “susah nak jawab soalan belanjawan”, “nampak macam senang tapi kenapa tak boleh dapat markah penuh”, “cikgu, macamana nak buat belanjawan tunai” dan lain-lain. Persoalan1

2.2 Objektif Khusus 3. Masalah yang wujud dalam menjawab soalan belanjawan adalah pelajar tidak mahir menentukan butiran penerimaan atau pun pembayaran dengan tepat dan tidak mengingati formula dengan tepat. 2. 3. Jadi sekiranya topik ini pelajar menguasainya dengan baik dan tepat.1 Objektif Am Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan pelajar-pelajar dalam Belanjawan Tunai Prinsip Perakaunan dengan menggunakan Akronim.0 OBJEKTIF KAJIAN 3. peluang untuk mereka mendapatkan gred yang tinggi adalah sangat tinggi.persoalan ini menyebabkan saya terfikir mencari satu alternatif baru untuk memudahkan anak murid saya menjawab soalan belanjawan dengan mudah dan dalam masa yang singkat.2. 3. Soalan ini menyumbang antara 10 hingga 12 markah. 3. Saya yakin dan percaya dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah ini dengan mempelbagaikan dan meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran. 2 . Menurut Gardner (1991). ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu subjek.2 Meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan dengan tepat dan mudah serta dalam masa 10 minit ke bawah.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat belanjawan tunai.0 ISU KEPERIHATINAN Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas Prinsip Perakaunan SPM dan mendapati bahawa item belanjawan tunai merupakan satu item yang mudah jika ianya disoal dalam SPM.

Minggu seterusnya selepas itu saya membuat ujian pos 2 dengan menggunakan soalan 4 SPM Kertas 2 tahun 2007.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalam peperiksaan. 5.1 Tinjauan Masalah 5. Sekolah Sultan Alam Shah.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5. Putrajaya. 3.2 Ujian Pra dan Ujian Pos Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar dalam topik belanjawan tunai. Pemerhatian dilaksanakan sebelum dan semasa teknik Akronim diperkenalkan. saya membuat ujian pos 1 dengan menggunakan soalan yang sama. Seminggu selepas itu.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan dengan lebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini dijalankan kepada 20 orang pelajar terdiri daripada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari dan 10 orang pelajar 5 Cita. 4.3.1 Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.1. Selepas semakan jawapan. 5. Item belanjawan yang diuji adalah soalan 3 SPM Kertas 2 tahun 2004.2. 3 . saya tidak memulangkan jawapan kepada pelajar dan saya membuat penerangan teknik akronim.1.

1.2. b) Pelajar berjaya dan boleh mengesan dan membetulkan kesalahan yang dibuat.3 Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan dengan belanjawan tunai sebelum dan selepas teknik Akronim diperkenalkan. 5.1 Analisa Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan : a) Pelajar lebih yakin dalam menjawab soalan belanjawan tunai dengan mudah dan cepat. c) Suasana pembelajaran lebih meyakinkan dan menyeronokan.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos Markah 10 – 12 08 – 09 06 – 07 04 –05 02 – 03 00 – 01 Ujian Pra 5 4 7 2 1 1 Jadual 1 : Ujian Pos 1 Bilangan Pelajar 16 1 2 1 0 0 Ujian Pos 2 18 2 0 0 0 0 Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos 4 . 5.5.2. Dapat menjawab soalan dalam masa kurang daripada 15 minit.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.

Berikut adalah analisa soal selidik yang telah dijawab oleh pelajar. 5. 4. 4. Dapati pelajar yang pada awalnya lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya. Skala : 1.3 SKALA ITEM Prinsip Perakaunan adalah satu subjek yang mudah Belanjawan Tunai adalah tajuk yang mudah Teknik Akronim lebih memudahkan saya menjawab soalan belanjawan Saya lebih suka dengan teknik sendiri 1 2 3 4 5 BILANGAN PELAJAR 0 0 0 17 0 0 0 2 0 0 0 1 12 9 0 0 8 11 20 0 Tindakan yang dijalankan 1.2. 5 . 5. saya telah membimbing serta memberikan penerangan tentang teknik Akronim kepada pelajarpelajar. Selepas pelaksanaan ujian pra.3 Analisa Soal Selidik Pelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik yang telah dilaksanakan. 3. 2. 3. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju Bil 1. 5. 2.Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian pelajar.

Minggu keempat saya telah membuat tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Teknik Akronim. saya pasti akan mengingatkan pelajar dengan teknik Akronim. Selepas penerangan dengan jelas. saya menjalankan ujian pos 1 dan ujian pos 2. Guru menerangkan dengan satu per satu maksud iaitu : 6 . Seterusnya pada minggu ketiga saya telah menguji pelajar semula keberkesanan Teknik Akronim dalam soalan yang lain. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan dengan Teknik Akronim pada minggu kedua. Pelaksanaan Teknik Akronim adalah seperti berikut : 1. Sebelum menggunakan Teknik Akronim saya mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan mudah. Semasa melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan bab Belanjawan Tunai. 3.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. apa yang saya dapati pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos 1 yang telah dilaksanakan pada minggu kedua. Guru menerangkan teknik Akronim kepada pelajar iaitu “Bukit Bintang Terang Benderang Lampu Kalimantan Hot Bangat”.2. Pelajar diberi soalan belanjawan tunai dan sehelai kertas kosong. 2. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada minggu pertama. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan sebagai latihan pengukuhan. Setiap kali latihan pembubaran. 5. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan yang diberi dengan lebih cepat. 3.

Jawab mengikut soalan satu per satu.. 6. Benderang d. Hot Bangat : Baki b/b : Penerimaan : Pembayaran : Lebihan / Kurangan : Baki h/b 4. Kosongkan bahagian baki b/b. 7. barulah pindahkan kepada jawapan dengan terus merangka format yang lengkap.a. Lampu Kalimantan e. Butir Baki b/b PENERIMAAN Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Jumlah Penerimaan PEMBAYARAN Jumlah Pembayaran Lebihan/Kurangan Baki h/b 5.. Guru menunjukkan format sebenar dalam Belanjawan tunai dan kaitkan dengan akronim tersebut. jumlah penerimaan. Bukit Bintang b.. Selepas selesai analisis.. 7 . Baca soalan yang diberi dan buat analisis dengan menulis T jika butiran menunjukkan penerimaan dan B jika butiran menunjukkan pembayaran. jumlah pembayaran dan baki h/b. Nama Perniagaan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir .. Terang c.. Semasa memindahkan jawapan hendaklah ditulis untuk kesemua bulan yang berkaitan.

10. Jika jawapan negatif tuliskan kurungan pada jawapan. isikan bahagian Lebihan / Kurangan. Akhir sekali. pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan. Saya berasa gembira dan terharu apabila ada pelajar yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu Teknik Akronim amatlah menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. 11. 6.5 Refleksi Kajian Pencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan Teknik Akronim boleh diterima pakai dalam menjawab soalan Belanjawan tunai Prinsip Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan Teknik Akronim dapat mengurangkan masa menjawab kepada 5 hingga 10 minit bagi soalan yang dikemukakan. jawapan yang diperoleh hendaklah dipindahkan ke baki b/b untuk bulan seterusnya. 9. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topik Prinsip Perakaunan. 8 . Jika jawapan adalah positif bermaksud Lebihan dan jika negatif 5. jumlahkan bahagian penerimaan dan pembayaran. Seterusnya.8. Kemudian dengan mengikut formula (Jumlah Penerimaan tolak Jumlah Pembayaran) bermaksud Kurangan. kirakan baki h/b dengan formula (baki b/b tambah Lebihan @ tolak Kurangan). Dengan teknik ini juga. Selepas semua soalan telah dipindahkan.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :1.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP). berkesan dan menyeronokkan kepada semua pelajar dan guru. Manual Kajian Tindakan.2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentu seperti pembubaran dan tafsiran penyata kewangan. Sabah. Psikologi Pendidikan. Hotel Berjaya Palace. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd. RUJUKAN Atan bin Long (1976). 20 – 22 November 2006. 9 . Kota Kinabalu. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006.