P. 1
Guru

Guru

|Views: 36|Likes:
Published by Kadrey XKx
KEGURUAN
KEGURUAN

More info:

Published by: Kadrey XKx on Jun 07, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/28/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0 PENGENALAN
  • 1.1 Definisi guru
  • 1.2 Kedudukan guru dalam pandangan Islam
  • 1.3 Konsep Kepemimpinan guru
  • 1.4 Konsep-konsep kepemimpinan
  • 2.0 KEPIMPINAN GURU DALAM BILIK DARJAH
  • 2.1 Definisi Kepimpinan Bilik Darjah
  • 2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Bilik Darjah
  • 2.3.1 Mencari keseimbangan antara dorongan dan teguran
  • 2.3.2 Membangunkan Rapport bersama pelajar
  • 2.3.3 Mengaitkan pelajar dengan harapan
  • 2.3.4 Mengekalkan hubungan kerja yang sempurna
  • 2.3.5 Mengambil kira faktor keselamatan dan keyakinan
  • 2.3.6 Membantu pelajar merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bilik darjah
  • 2.3.7 Fokus kepada perkara baik
  • 2.3.8 Stail guru
  • 2.4 Menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan di dalam Bilik Darjah
  • 2.5.1 Hak guru dan pelajar
  • 2.5.2 Tanggungjawab
  • 2.5.3 Peraturan
  • 2.5.4 Rutin
  • 3.0 KEPIMPINAN DAN PERANAN GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM
  • 3.1 Kepemimpinan dalam Islam
  • 3.3.1 Guru sebagai Mu’allim
  • 3.3.2 Guru sebagai Murabbi
  • 3.3.3 Guru sebagai mu’addib
  • 3.3.4 Guru sebagai mursyid
  • 4.0 KOMPETEN KEPIMPINAN GURU
  • 4.1.1 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
  • 4.1.2 Cekap menggunakan sumber
  • 4.1.3 Memiliki budaya dan jati diri
  • 4.1.4 Berwawasan
  • 4.1.5 Mengamalkan budaya beretika
  • 4.1.6 Mahir berkomunikasi dengan berkesan
  • 4.1.7 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi
  • 4.1.8 Produktif
  • 4.2 Dimensi Kompeten Kepimpinan Guru
  • 4.3.1 Penjana budaya sekolah
  • 4.3.3 Kepimpinan pengajaran
  • 4.3.4 Kepimpinan membuat keputusan
  • 4.3.5 Kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah
  • 4.3.6 Kepimpinan guru dan pengupayaan dalam bilik darjah
  • 4.3.7 Pembentukan kumpulan kerja dalam bilik darjah
  • 4.3.9 Mengamalkan komunikasi yang efektif
  • 5.0 KEPIMPINAN GURU DAN BUDAYA SEKOLAH
  • 5.1.1 Pengajar
  • 5.1.2 Pembimbing
  • 5.1.3 Fasilitator
  • 5.1.4 Inventor
  • 5.1.5 Pengurus
  • 5.2.1 Kesamaan dan Kerjasama
  • 5.2.2 Mencuba Idea Baru dan Inovatif
  • 5.2.3 Harapan yang Tinggi
  • 5.2.4 Kepercayaan dan Keyakinan
  • 5.2.5 Sokongan
  • 5.2.6 Mendapatkan Pengetahuan
  • 5.2.7 Penghargaan
  • 5.2.8 Penyayang dan Humor
  • 5.2.9 Melibatkan Pelajar dalam Penyelesaian Masalah
  • 5.2.10 Tradisi
  • 5.4.1 Keterampilan Teknikal
  • 5.4.2 Keterampilan Kemanusiaan
  • 5.4.3 Keterampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi
  • 5.4.4 Keterampilan Kejurubinaan
  • 5.5.1 Kuasa Sah
  • 5.5.2 Kuasa Ganjaran
  • 5.5.3 Kuasa Paksaan
  • 5.5.4 Kuasa Pakar
  • 5.5.5 Kuasa Rujukan
  • 5.6.1 Taktik Pujukan Rasional
  • 5.6.2 Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi
  • 5.6.3 Taktik Perundingan
  • 5.6.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties)
  • 5.6.6 Taktik Pertukaran
  • 5.6.7 Taktik Gabungan
  • 5.6.8 Taktik Sah
  • 5.6.9 Taktik Tekanan
  • 6.0 IMPLIKASI KEPIMPINAN GURU
  • 6.1 Implikasi terhadap guru sesama guru
  • 6.2 Implikasi terhadap pelajar dan bilik darjah
  • 6.3 Implikasi kepada sekolah
  • 6.4 Implikasi kepada masyarakat
  • 7.0 ULASAN
  • 8.0 KESIMPULAN

Guru 1.

0 PENGENALAN

1.1 Definisi guru

Dalam dunia pendidikan, guru merupakan salah satu egen terpenting yang memainkan peranan dalam mencorakkan suasana institusi pendidikan, pelajar, masyarakat serta dunia pada hari ini. Tanpa seorang guru, mungkin tidak akan lahirlah seorang doktor, arkitek, peguam, akauntan dan sebagainya. Oleh itu, kepimpinan seorang guru dalam mengendalikan proses pendidikan amatlah dititikberatkan bagi merealisasikan setiap matlamat yang diinginkan.

Sebelum kita mengupas lebih lanjut mengenai ciri-ciri atau gaya kepimpinan seorang guru, kita perlulah memahami dengan lebih jelas tentang apakah dan siapakah yang dikatakan sebagai guru ini. Menurut Kamus Dewan (2002), guru didefinisikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh atau melatih. Dalam hal ini, mendidik bererti meneruskan dan mengembangkan nilai-nilai hidup, mengajar pula bermaksud meneruskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan melatih bermakna mengembangkan keterampilanketerampilan kepada para pelajarnya.

1.2 Kedudukan guru dalam pandangan Islam

Salah satu perkara yang agak menarik dalam ajaran Islam ialah mengenai penghargaan Islam yang sangat tinggi terhadap guru. Penghargaan kepada guru ini begitu tinggi sehingga menempatkan kedudukan guru setingkat di bawah kedudukan nabi dan rasul. Mengapa hal ini dikatakan sedemikian? Hal ini kerana, guru sangat berkait dengan ilmu (pengetahuan), sedangkan Islam sangat menghargai pengetahuan.

Di samping itu, kedudukan tinggi guru dalam ajaran Islam merupakan realisasi ajaran Islam itu sendiri. Islam memuliakan pengetahuan, pengetahuan itu diperolehi daripada proses belajar dan mengajar iaitu yang belajar adalah calon guru dan yang mangajar adalah guru. Maka itu, tidak dapat dinafikan bahawa Islam memang satu agama yang sangat memuliakan guru. Dalam pada itu, kita

tidak dapat membayangkan bagaimana terjadinya perkembangan ilmu pengetahuan tanpa adanya seorang guru. Terdapat penyebab khas mengapa orang Islam amat menghargai guru, iaitu pandangan bahawa ilmu (pengetahuan) itu semuanya bersumberkan kepada Allah Tuhan sekelian alam. Hal ini dapat diterangkan berdasarkan kepada potongan ayat yang berikut:

......... ......... “Tidak ada pengetahuan yang kami miliki kecuali yang Engkau ajarkan kepada kami”.

Ringkasnya, ilmu itu datang dari Allah, guru pertama adalah Allah. Dengan itu, orang Islam sedar bahawa ilmu tidak terpisah daripada Allah, ilmu tidak terpisah daripada guru, maka kedudukan guru amat tinggi dalam Islam.

1.3 Konsep Kepemimpinan guru

Mengikut Kamus Dewan (2004), kepemimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Dalam konteks ini, tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan itu, Katzenmeyer dan Moller (2001) pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru berupaya menjadi pemimpin dalam sekolah. Hal ini kerana, keupayaan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan pelajar. Dalam hal ini, guru-guru yang mempunyai sifat kepemimpinan berupaya menjalankan tugas sebagai penasihat, mentor, fasilitator, pelatih dan pakar kurikulum dalam usaha membawa perubahan atau pembaharuan dalam sekolah.

Menurut Abdullah Sani (et.al), dalam buku “Guru Sebagai Pemimpin”, kepemimpinan guru dapat dirumuskan sebagai sebagai keupayaan guru menggantikan kuasa atau kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah dalam menyemai keperibadian guru yang dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang dipengaruhi iaitu pelajar. Manakala guru pula perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian orang yang ingin dipengaruhi.

Bagi mengekalkan kepemimpinan orang lain terhadap guru, seseorang guru perlulah sentiasa meningkatkan kebolehannya dalam bidang yang

dipertanggungjawabkan. Dengan itu, pelaksanaan tugasan melalui kepemimpinan guru memerlukan kriteria-kriteria seperti berikut: • Keperibadian yang perlu disemai dan dapat melahirkan perasaan hormat. • Personaliti yang perlu diperkembangkan bagi mewujudkan pertalian yang dapat menyakinkan pihak sekolah dan staf. • Kedudukan yang perlu dihormati, diteladi dan dipatuhi. • Kebolehan yang mewujudkan kepercayaan dan amanah.

1.4 Konsep-konsep kepemimpinan

Menurut Haris dan Muijs (2005), terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepemimpinan guru iaitu peranan dan tanggungjawab serta kerjasama. Dalam konsep pertama, mereka menerangkan bahawa guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang linkup bilik darjah bagi mempengaruhi pelajar mencapai matlamat sekolah tetapi tempat memainkan peranan dalam usaha mencapai matlamat yang yang telah disusun oleh pihak sekolah.

Tambahan itu, guru yang berkepemimpinan memainkan peranannya sebagai guru yang bukan hanya membimbing pelajarnya memperoleh pencapaian yang terbaik tetapi juga berupaya memimpin dan membimbing teman sekerjanya ke arah matlamat yang hendak dituju iaitu matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah tanpa arahan atau paksaan daripada pihak atasan. Berdasarkan kepada perspektif ini, Katzenmeyer dan Moller (2005) menghuraikan tiga kemahiran kepemimpinan utama yang perlu dimiliki oleh seseorang guru.

1) Guru yang berkepemimpinan berkebolehan mempengaruhi pelajar atau rakan lain dan bertindak sebagai fasilitator, mentor, pakar kurikulum, pembentuk pendekatan baharu yang menerajui kumpulan pembelajaran dan sebagainya.

2) Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti melibatkan diri menerusi peranannya sebagai ketua bahagian seperti guru kanan, guru sumber dan lain-lain, menjadi ahli kepada kumpulan kerja seperti jawatankuasa bertindak sebagai guru disiplin, guru persatuan dan lain-lain serta bertindak selaras dengan matlamat yang ditekankan oleh pihak sekolah. Selain itu, guru yang berkepemimpinan ini juga tidak perlu menunggu arahan daripada pihak

atasan bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan kerja. Sebaliknya, beliau mengetahui tugas yang perlu dibuat dan bertindak ke arah matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya.

3) Melalui keahlian jawatankuasa kantin, jawatankuasa PIBG dan lain-lain, guru yang berkepemimpinan berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah diberi kuasa sebagai ahli. Contohnya, memberi idea yang dapat diterima pakai memperbaiki mutu perkhidmatan pelanggan di kantin sekolah seperti menukar sistem perkhidmatan kaunter di kantin supaya lebih cepat dan efisien.

Manakala konsep kedua dalam kepemimpinan pula merujuk kepada konsep kerjasama. Konsep ini penting kerana agak mustahil bagi individu yang berketerampilan memimpin dan memajukan institusi tanpa kerjasama daripada individu lain yang mempunyai perkaitan kerja dengannya.

Menurut Liberman (2000), kepemimpinan ialah individu yang membantu rakannnya dalam mencuba idea baru dan memberi dorongan kepada mereka. Kepemimpinan guru bukan sahaja melibatkan kerjasama antara rakan sejawat di sekolah tetapi turut memastikan kejayaan sekolah. Justeru itu, kepemimpinan guru perlu menjalinkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat. Dengan itu, perbincangan dalam tema kepemimpinan guru akan dibahagikan kepada beberapa subtajuk kecil. Antaranya, kepemimpinan guru dalam bilik darjah, kepemimpinan guru menurut pandangan Islam, kompeten kepemimpinan guru, implikasi kepemimpinan guru dan kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah.

2.0 KEPIMPINAN GURU DALAM BILIK DARJAH 2.1 Definisi Kepimpinan Bilik Darjah

Menurut Hook dan Vass (2000), kepimpinan bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Kemahiran ini juga merupakan satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku seharian dengan interaksi dua pihak. Di samping itu kemahiran ini turut dikaitkan dengan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan menyakinkan pelajar-pelajar

Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasi kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. juga menyatakan bahawa kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan berikut. Hook dan Vass (2000). Hook dan Vass (2000) menyatakan kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan memerlukan guru yang memilki kemahiran-kemahiran berikut: • Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi. • Setiap kali apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap. 2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Bilik Darjah Bagi memastikan kepimpinan dalam bilik darjah berfungsi seperti yang diharapkan. • Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan. • Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya. dan • Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seorang guru. Menurut Wilcox (2005). Apa yang diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid.tersebut untuk mengikut. faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah lazimnya boleh . Dalam pada itu. dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu guru kelas atau guru subjek dan juga pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru di dalam kelas ataupun tidak. • Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka walaupun sedikit. • Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat dicapai di setiap bilik darjah. • Memahami bilik darjah adalah satu sistem. faktor-faktor yang mempengaruhi bilik darjah hendaklah diambil kira oleh guru-guru. Menurut Mak Soon Sang (2008). dan • Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat.

serta interaksi guru dengan murid.my). Faktor fizikal merujuk kepada segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. kerusi untuk guru dan murid. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-murdinya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas. kata-kata motivasi. computer dan CD dan LCD juga akan mempengaruhi bilik darjah sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. papan kenyataan dan sebagainya. almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan dan alat bantuan mengajar serta peralatan sokongan. Manakala faktor sosial pula merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid khasnya di dalam bilik darjah ( Mak Soon Sang. faktor sosial dan faktor emosi. interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala. sudut bacaan atau rujukan.com. sudut mata pelajaran. bilik darjah yang kondusif mestilah dilengkapi dengan kemudahan peralatan asas seperti papan hitam.google. Perbezaan ini dapat dilihat kerana terdapat juga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu atau tidak suka bergaul dengan murid yang lain. iaitu berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Hasilnya terbentuk suasana yang harmonis. Pelajar di dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. carta organisasi. Dalam pendekatan memusatkan bahan dalam bilik darjah. ruang yang selesa. pelan keselamatan. dan murid dengan murid. Dalam hal ini guru perlu menetapkan . meja.(Haji Samsudin bin Md Noor. 2008 ). ceria dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam rumah sendiri. yang dikenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Kemudahan ini termasuklah bilik darjah. Dalam hal ini. wujudnya perasaan kerjasama dan kekitaan serta semangat berdikari. papan kenyataan. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu jadual bertugas.diklasifikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal. termasuk kemudahan penggunaan laman web. Selain daripada itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur ketika menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Keadaan seperti ini akan memudahkan pelajar untuk berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang dikenali sebagai komunikasi sehala. meja kerusi. Manakala susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid untuk mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. . murid dengan guru. http://www.

peramah dan lucu. Gaya kepimpinan autokratik meruju kepada gaya kepimpinan guru yang mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mewujudakan suasan yang tertekan dan tidak menarik serta kurang kondusif. Langkah ini adalah bertujuan membentuk iklim bilik darjah yang mampu menarik dan membangkitkan minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. proses pengajaran .perkara atau rutin pergerakan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik seperti cara murid memasuki kelas dan keluar seperti ke tandas. cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan dan tidak merayau-rayau dalam kelas serta cara untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran. serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil. Manakala gaya kepimpinan demokratik merupakan gaya kepimpinan guru yang bertanggungjawab dengan memberikan galakan dan bukannya desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan. gaya kepimpinan demokratik dan gaya kepimpinan laisezz-faire. faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Faktor emosi ini juga dipengaruhi oleh kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu gaya kepimpinan autokratik. suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang. mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. 2. Bagi mewujudkan budaya bilik yang efektif guru-guru perlulah menunjukkan kepimpinan dengan mengambil beberapa langkah yang bijak. Menurut Mook Soon Sang (2008). kucar kacir dan menyebabkan perhubungan antara guru dann murid menjadi tidak akrab dan mesra. Menurut Hook dan Vass (2000). bertimbang rasa. Gaya kepimpinan laissez-faire pula merujuk kepada gaya kepimpinan yang memberikan kebesan dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga bilik darjah menjadi tidak terurus. Suasana emosi ini akan menimbulkan jenisjenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. sekirannya guru-guru dapat menunjukkan kepimpinan yang dapat menarik minar pelajar. Mengikut kajian.3 Kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim Bilik Darjah Hook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah.

Oleh itu.1 Mencari keseimbangan antara dorongan dan teguran Ketika proses pengajaran dan pembelajaran. imej guru juga dapat ditingkatkan malahan pelajar-pelajar akan sentiasa menantikan kehadiran guru tersebut. Ramai orang percaya harapan merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi. para guru hendaklah memberikan perasaan optimism yang didesak. Situasi seperti ini juga akan mendorong para guru mengamalkan tingkah laku yang lebih efektif dan berkualiti. Pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betul juga hendaklah diberikan penghargaan supaya kepuasan diri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti dapat ditingkatkan. sebaik-baik guru boleh berhenti di pertengahan kandungan kurikulum dan menyelingkan beberapa aktiviti menarik. 2. Dengan ini. Keadaan ini akan menyebabkan dua pihak yang saling terlibat akan saling memahami dalam hal berkongsi pengalaman dan saling berkerjasama lantas membawa kepada iklim bilik darjah yang cukup kondusif. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula. minat pelajar dapat ditarik untuk meneruskan pembelajaran. iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta oleh guru.3.3 Mengaitkan pelajar dengan harapan Harapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran yang berkesan. Pelajar akan merasakan dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabila selalu dipuji.3. Dalam hal ini. Perhubungan yang wujud juga akan membawa kepada percubaan guru untuk memahami memahami dunia pelajar dengan tujuan untuk mempengaruhi dan memimpin mereka.dan pembelajaran akan menjadi menarik dan kondusif. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar dengan sewajarnya. Keadaan ini adalah .3.2 Membangunkan Rapport bersama pelajar Dalam hal ini perhubungan antara guru dan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan bagi memastikan pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan. 2. Ini kerana kebanyakan pelajar adalah suka dipuji dan diberi perhatian. Antara langkah-langkah tersebut ialah: 2. Kejayaan memasuki dunia pelajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada taraf emosi yang mesra.

2. bersih dan selamat akan menjamin proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja dalam bilik darjah tetapi melibatkan kesemua tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.5 Mengambil kira faktor keselamatan dan keyakinan Aspek keselamatan sangat penting dan perlu diberikan perhatian utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di mana-mana kawasan. Dalam hal ini pelajar pada kebiasaannya mengharapkan peranan mereka dipuji dan diperhatikan oleh guru.3. 2. mengekalkan hubungan yang sempurna merupakan proses memperbaiki dan memproses semula.4 Mengekalkan hubungan kerja yang sempurna Menurut Hook dan Vass (2000). Kepimpinan guru dalam bilik darjah perlu menekankan aspek ini. 2. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang melakukan kesalahan mestilah sinonim dengan sikap guru yang menerima kesilapan yang dilakukan sebagai satu kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru seharusnya menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konflik dalam kalangan pelajar. Ini kerana persekitaran yang sihat. Oleh itu interaksi dua hala antara guru dan pelajar adalah amat diperlukan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.3. guru hendaklah menggerakkan keinginan pelajar untuk melibatkan diri dalam suasana bilik darjah mengikut hasrat hati semula jadi. Oleh itu sebagai pemimpin dalam bilik darjah.3. Dalam hal ini personaliti yang berbeza perlu diambli kira dan ianya boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam tetapi menunjukkan teladan yang berkualiti. .penting untuk memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetuskan iklim bilik darjah yang sihat.6 Membantu pelajar merasakan dirinya adalah sebahagian daripada bilik darjah Pakar psikologi telah menyatakan hasrat inti sari manusia adalah menjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual.

3. Sebagai contoh. Perkara ini termasuklah suara guru yang perlu sesuai. tugasan dan keperluan kemahiran.4 Menjadi pemimpin pengajaran yang berkesan di dalam Bilik Darjah Glickman (1990). Penggunaan pujian dalam bilik darjah turut menghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran. seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasai keperluan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berjalan dengan lancar. Cara kepimpinan guru demokratik yang menekankan kepada kerjasama. Di samping itu sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan oleh seorang guru akan membawa pelajar ke arah kecemerlangan dalam aspek emosi. Dalam hal . guru seharusnya menekankan matlamat tugasan. Kemahiran interpersonal merupakan keupayaan meneka mood.8 Stail guru Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik darjah merupakan aspek utama bagi menghasilkan iklim pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Guru juga harus peka adakah pelajar mengikuti arahan di dalam kelas dan memastikan diri melakukan aksi yang betul. Pada masa yang sama. lantang dan jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. tujuan motivasi dan perasaan orang lain. guru hendaklah memuji pelajar selepas membantu membersihkan dan menyusun radas setelah menamatkan sesuatu eksperimen. guru harus mengesan perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga mencetuskan suasana emosi positif bilik darjah. psikomotor dan afektif.2. Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik guru sebagai pemimpin dalam bilik darjah sewajarnya memiliki kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Sebagai contoh. menyatakan bahawa kepimpinan pengajaran hanya akan dapat dijalankan sekiranya pemimpin atau guru tersebut memiliki tiga ciri utama iaitu pengetahuan yang mendalam. 2. Dalam aspek tugasan pula. 2. Apabila pelajar mengemukakan soalan guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperluan ingin tahu pelajar lantas memupuk keyakinan dalam diri pelajar. berinisiatif serta bertoleransi juga mampu membimbing pelajar kepada nilai-nilai positif. manakala para pelajar pula patut mengetahui prosedur menuntut ilmu dengan penemuan diri.3.7 Fokus kepada perkara baik Dalam hal ini guru hendaklah sentiasa merefleks kepada pergerakan dan percakapan diri.

• Hak setiap individu untuk aspek keselamatan ( fizikal dan psikologi). dan • Hak setiap individu untuk taraf penghormatan dan kemuliaan. Ini kerana proses dengan penggunaan alat bantu mengajar suasana bosan dan tidak bermaya dapat dielakkan dalam ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sedang berlangsung. projector LCD. suara dan pergerakan badan pelajar. • Hak guru untuk mengajar. iaitu: • Hak pelajar untuk belajar. Kemahiran guru dalam menggunakan alat bantu ini juga akan memudahkan lagi dan mampu menimbulkan minat pelajar untuk belajar. Keputusan yang telah dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar dari segi empat hak asasi pelajar. yang boleh disampaikan.1 Hak guru dan pelajar Ketika mengaplikasi teori kepimpinan di dalam bilik darjah. yang berkerangka untuk membuat satu keputusan ke atas tingkah laku pelajar. . guru memerlukan respon yang jelas. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas akan memudahkan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas lantas memudahkan guru untuk memupuk suka dalam kalangan pelajarnya. tanggungjawab. Menurut Hook dan Vass (2000). Kerangka tersebut merupakan kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar dalam situasi tertentu. 2. 2.ini. Kemahiran teknikal pula merujuk kepada keupayaan guru dalam pengurusan alat bantu mengajar seperti computer.5. peraturan dan rutin. Pembentukan agenda bilik darjah yang sesuai adalah penting untuk membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan sosial pelajar. carta dan sebagainya. guru yang berada dalam bilik darjah harus peka kepada air muka.5 Membentuk agenda Bilik Darjah Agenda dalam bilik darjah adalah sangat penting dalam menentukan implementasi kepimpinan bilik darjah. terdapat empat kunci utama utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak.

pengurusan tingkah laku dalam kelas adalah terpulang kepada hak guru. Dengan ini guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul dalam bilik darjah. Dalam pada itu. Akhir sekali guru harus memastikan pelajar mematuhi peraturan ini demi kepentingan mereka.Berdasarkan kepada hak asasi tersebut.5. Peraturan kedua pula bertujuan untuk menjamin keselamatan fizikal dan psikologika dan yang ketiga adalah untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Katakata ini boleh dipaparkan di mana-mana sudut bilik darjah yang senang dibaca.5.2 Tanggungjawab Tanggungjawab guru dalam bilik darjah lebih memokuskan kepada tingkah laku pelajar untuk membuat keputusan atau pemilihan positif. 2. dan • Jangan mengantuk. dan harta benda diri. . 2. Sebagai seorang guru. bergerak sesuka hati dan sebagainya. Ketiga-tiga peraturan ini sewajarnya dijadikan panduan oleh para guru. Oleh itu. Selain itu. guru juga harus memastikan para pelajar dapat memahami kehendak peraturan ini. usaha mendorong pelajar untuk memilih tingkah laku yang bertanggungjawab kea rah kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah rumit. guru harus sentiasa mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas kelakuan dan usaha diri demi mencapai kejayaan yang diingini. Semasa proses pengajaran dan pengajaran guru perlu menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar. • Mengikuti arahan guru • Menjaga dan memerhatikan tangan. guru juga dapat mengatasi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa ke atas perlindungan hak individu dalam aspek keselamatan.3 Peraturan Semasa di sekolah guru-guru hendaklah sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah. kaki. Antara peraturan tersebut. Dengan ini pelajar akan berasa lebih selamat sebelum menjalani proses pengajaran yang berkesan. Peraturan pertama adalah bertujuan untuk memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat belajar dalam suasana yang sesuai. memanggil nama orang lain.

mendapat keredhaan Allah. Hal ini dapat kita jelaskan sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah s.2.w.a. masa dan tenaga dapat dijimatkan dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan. Pemimpin pula ialah orang yang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan. Firman Allah s.1 Kepemimpinan dalam Islam Menurut perspektif Islam.t.0 KEPIMPINAN DAN PERANAN GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM 3. serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenarbenar iman)”. Dalam pada itu. menyemak keadaan fizikal bilik darjah.4 Rutin Rutin merupakan satu perkara yang berbeza dengan peraturan kerana mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjah tidak menjadi kacau bilau. mengedar alat bantu mengajar mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya. Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menanda jadual kedatangan. kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan.5. Rutin yang teratur ini akan menjamin kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. 1997:110). Intipati ayat di atas memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan pendidik sebagai pemimpin. ketika menerima wahyu . 3. mereka bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu dan membina perkembangan manusia sebagai amanah Allah untuk membawa manusia ke jalan kebenaran.w. membuat segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya (Ibrahim Mamat. (kerana) kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji). Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dibuat untuk membantu kejayaan pelajar. dalam surah Ali Imran ayat 110: “Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi manusia. Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan sistematik.

pemimpin yang menjadi model kepada yang dipimpin seharusnya mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam aspek tertentu untuk melayakkan dirinya sebagai pemimpin yang terbaik dan berwibawa.t. Peristiwa dan paparan sejarah telah banyak menampilkan keunggulan beberapa tokoh kepeimpinan Islam seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq.w. pendidik juga seharusnya melaksanakan konsep kepimpinan melalui teladan. Seterusnya. Menurut Aminuddin Mohd. Mereka diharapkan dapat memimpin generasi muda ke arah kehidupan yang selamat dan sejahtera. 2000).pertama. Di samping itu. pendidik yang kaya dengan ilmu akan dapat memberi keyakinan kepada pelajar sehingga martabat pendidik dianggap sebagai ulamak. Sejarah juga telah membuktikan bahawa para sahabat generasi awal yang taat kepada Allah s.w. Sehubungan itu.t sebagai sebaik-baik umat (Nor Hayati Alwi. Yusuf (1990) pula. 1999). amanah. Kenyataan ini membuktikan bahawa kepimpinan Islam amat mementingkan persoalan akhlak. Lantaran itu.). Tokoh-tokoh Islam ini sentiasa mengamalkan sifat taqwa.t ini telah berjaya membangunkan diri menjadi individu yang cemerlang sehingga mereka telah diiktiraf oleh Allah s. Saidina Umar alKhattab. Menurut beliau. Pendapat di atas ini telah diperkukuhkan lagi oleh Zawawi Ahmad (1991) yang menjelaskan bahawa pendidik berperanan sebagai pemimpin. pembangunan antara spiritual dan material bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat (Andek Masnah. Pendidik yang mempunyai kefahaman yang jelas terhadap pelaksanaan keperluan insan secara sepadu ini akan membuahkan hasil ke arah matlamat yang ingin dicapai. kewibawaan pemimpin adalah perlu untuk membawa ke arah kecemerlangan ummah. iaitu kepemimpinan yang menitikberatkan keseimbangan di antara roh dan jasad.s selaku guru kepada Baginda. pembimbing dan pengajar masyarakat. Oleh itu. kepemimpinan dalam Islam sifatnya adalah bersepadu. Dua prinsip kepimpinan yang telah digariskan oleh Ibn Taimiyyah (1999) iaitu prinsip kepimpinan al-Quwwah (berwibawa) dan al-Amanah (takut kepada Allah s. sifat-sifat inilah yang menjadi qudwah dan contoh teladan terbaik kepada masyarakat (Kamaruddin Zakaria. jujur dan ikhlas dalam kepimpinan mereka. . Umar Ibn Abdul Aziz dan lain-lain. kemampuan dan kewibawaan dalam memimpin ummah.w. ilmu pengetahuan adalah aset penting untuk mamastikan wujudnya kualiti kepimpinan. Baginda telah diajar dan dibimbing oleh malaikat Jibril a. 2002). sifat-sifat mulia. Saidina Usman Ibn Affan.

Halim 2002).a. . “Sesungguhnya diutuskan aku untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” (Riwayat al-Bukhari). • Kemampuan dalam memotivasikan pimpinannya. Pada dasarnya.a. Para ilmuan terdahulu telah menjelaskan bahawa kejayaan kepimpinan Rasulullah s. menimba ilmu atau memberi ilmu.w. adalah dengan melaksanakan pelbagai kaedah dan amalan seperti bersifat penyabar.a. ciri-ciri inilah seharusnya dicontohi oleh setiap pendidik hari ini dalam melaksanakan proses mendidik untuk melahirkan insan yang mulia. Dengan itu. sekaligus sebagai pendidik dan pemimpin yang unggul. • Akhlak yang terpuji dan baik. Tegasnya. khususnya para sahabat. bersikap adil. Kepimpinan Islam dapat dirujuk melalui kepimpinan Rasulullah s. Matlamat pendidik Muslim bertepatan dengan ciri kepimpinan Rasulullah s. Oleh yang demikian.w. Meskipun usaha Baginda ini memakan masa selama 23 tahun.w. dalam proses mendidik dan memimpin ummah ke arah ummah yang berilmu dan sejahtera. sebagai ikutan yang terbaik kerana pada diri Baginda terdapat segala contoh dan teladan yang baik dalam semua aspek kehidupan (Ibrahim Mamat 1997:110). keagungan kepimpinan Rasulullah s.w. Hal ini sesuai dengan sabda Baginda dalam hadisnya yang bermaksud.a.Hadari Nawawi (1993) turut menyatakan bahawa kepimpinan pendidik yang lebih mantap dan efektif adalah melalui beberapa ciri berikut antaranya: • Sikap dan perilaku pendidik yang baik.w. dalam mendidik dan memimpin umat Islam. Tambahan itu. jelas terbukti melalui kegemilangan usaha Baginda sebagai pendidik dan pemimpin yang berjaya membawa umatnya dari kegelapan kepada kesejahteraan ummah. sebagai pembawa risalah. Di samping itu. Islam sangat memandang berat terhadap tugas dan tanggungjawab pendidik sebagai pembimbing dan pemimpin untuk penyampaian ilmu.a. tulus dan memimpin secara praktikal iaitu melalui contoh teladan (Ibrahim Mamat 1997: Ab. Tugas pendidik bukan sahaja mengajar. konsep kepimpinan pendidikan Islam telah dijadikan model dan platform kepada teori kepimpinan pendidikan yang dihasilkan oleh pakar-pakar sepanjang zaman. • Kemampuan menggerak terhadap pimpinannya. prihatin.w.a. malah mendidik dan memimpin generasi ke arah kehidupan yang sejahtera. sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah s. kepimpinan pendidikan Islam telah lama wujud dalam kepimpinan Islam dan telah dipraktikkan oleh Rasullullah s. namun matlamat untuk membina. mendidik dan melahirkan generasi Islam yang unggul dapat berkembang sehingga ke hari ini.

golongan pendidik disarankan agar melaksanakan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad. Sehubungan itu. malah tidak dapat menerapkan nilai-nilai mulia ke dalam diri pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ab. Halim Tamuri 2000).w. kewibawaan pendidik atau guru Muslim adalah sangat penting dalam melaksanakan usaha mendidik dan memimpin pelajar secara lebih berkesan.w. Pendidikan Islam gagal untuk dihayati dan diamalkan dalam kehidupan mereka. bagi mempamerkan keunggulan kepimpinan pendidik Muslim.a. realiti ini masih belum berlaku dalam kalangan pendidik zaman sekarang. Misalnya. pendidik haruslah menerapkan sifat-sifat keunggulan dan keluhuran Rasulullah s.2 Definisi guru dalam Islam . Oleh itu. Keadaan ini membuktikan bahawa sebahagian pendidik atau guru pada hari ini masih belum mampu untuk mewujudkan kepemimpinan yang berwibawa dan berkualiti. pendidik Muslim hendaklah melaksanakan kepimpinan pendidikan berteaskan kepada kepimpinan Rasulullah s. didapati masih ramai pendidik pada hari ini tidak mampu menjadikan dirinya sebagai role model terbaik kepada pelajar. 3. Hal ini kerana. Zahrah Bahran 1997). penekanan prestasi akademik dan berorientasikan peperiksaan semata-mata (Zainal Abidin Kadir 1994. Wan Mohd Zahid Nordin 1993.a. dalam diri mereka agar dapar menjadi role model kepada para pelajar dan dapat membentuk sifat terpuji dalam diri setiap pelajar. Tegasnya. Kegagalan pendidik dalam memperkasa nilai-nilai murni dan sifat mahmudah ke dalam diri pelajar menjadi faktor krisis akhlak dan disiplin pelajar yang semakin meruncing. malah memberi makna yang lebih luas ke arah perubahan yang lebih baik terhadap individu menurut pandangan Islam. Dalam pada itu. Namun. Selain itu. Kesannya. konsep mendidik. para pendidik seharusnya menyedari perkara ini dalam membina kekuatan diri sebagai pendidik dan pemimpin yang terbaik. kegagalan menampilkan ciri-ciri tersebut akan membantutkan keunggulan ummah dan secara tidak langsung akan merendahkan martabat golongan pendidik agama sebagai golongan ulamak yang berwibawa.Berdasarkan kepada kajian kepimpinan pendidikan. demi kesejahteraan dan kegemilangan ummah. peranan dan kepimpinan pendidik bukan sekadar melaksanakan tugas pengajaran dalam kelas atau dewan kuliah. Oleh itu. membimbing dan memimpin telah semakin luntur disebabkan terlalu memberi fokus kepada pemindahan penyampaian ilmu dan maklumat. tingkah laku dan ciri-ciri kemuliaan haruslah diamalkan. Kenyataan di atas membuktikan bahawa pendidik perlu memiliki ciri dan sifatsifat keluhuran dan keterampilan diri untuk dijadikan contoh yang baik kepada pelajar dan masyarakat. Dalam hal ini.

Seterusnya. Halim Tamuri et. Ahmad. Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dalam Ahmad Mohd Salleh. terdapat juga sebahagian ulama yang menggunkan istilah al-Mudarris yang bermaksud orang yang mengajar atau orang yang memberi pelajaran. Hal ini kerana. istilah yang merujuk kepada pengertian guru lebih banyak lagi seperti al-Alim (jamaknya ulama) atau al-Mu’allim. 3) Sebagai mu’addib (Ab. Kementerian Pendidikan Malaysia. Ahmad Mohd Salleh. Selain itu. beberapa peranan penting haruslah dimainkan oleh seseorang pendidik terutamanya dalam kalangan pendidik Islam. Dalam bahasa Arab. 1997) mengatakan. Hal ini kerana. dalam bukunya “Ilmu Pendidikan dalam Perspektif Islam”. 2004.3 Peranan guru sebagai seorang pemimpin dalam Islam Dalam merealisasikan dan melahirkan guru yang mempunyai kepemimpinan berwibawa dan unggul. Abuddin Nata dalam buku “Perspektif Islam tentang Pola Hubungan Guru-Murid”. pendidik dalam Islam ialah sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap perkembangan anak-anak didiknya. ibu bapa bertanggungjawab terhadap perkembangan anaknya. Selain itu. 1979. 2001. 2004. Ahmad Mohd Salleh.al. Halim Tamuri et. yang bererti orang yang mengetahui. guru-guru khususnya guru pendidikan Islam perlulah memperkukuhkan lagi peranan mereka dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru. Zawawi Hj. 1997. Oleh itu. tetapi guru yang mengajar bukan guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh pelajar dan seterusnya matlamat pengajaran sukar untuk dicapai. 1984). orang yang paling bertanggungjawab ialah ibu bapa kepada anak didiknya. 1997. 2) Sebagai murabbi (Ab. ibu bapa telah ditakdirkan menjadi orang tua kepada anaknya dan dipertanggungjawabkan untuk mendidik anaknya. Kementerian Pendidikan Malaysia. Halim Tamuri et. terdapat pula istilah ustadz bagi merujuk kepada guru yang khusus mengajar bidang pengetahuan agama Islam. walaupun sesuatu sistem pendidikan itu dikatakan baik. Peranan guru pendidikan Islam ini terbahagi kepada lima kategori seperti: 1) Sebagai mu’allim (Ab. Manakala menurut Dr. 2001).. 2001).. al-Shaybani. Secara ringkasnya.Menurut Dr.al. pendidik dalam Islam ialah Guru. Dalam Islam. Bahagian Pendidikan Guru. 3.al. Ahmad Tafsir. 2004.. guru yang dimaksudkan di sini ialah pendidik yang memberikan pelajaran kepada murid dan biasanya guru adalah pendidik yang memegang mata pelajaran di sekolah. .

3. 3. beriman. Selain itu. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. 2001).1 Guru sebagai Mu’allim Mu’allim adalah kata nama yang berasal dari kata terbitan ta’lim (pengajaran). 5) Sebagai da’i atau pendakwah (Wan Bakar Wan Dagang. 1991). Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan seperti mempunyai hawa nafsu. mereka juga berperanan sebagai mu’allim yang perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan (Wan Mohd.4) Sebagai mursyid (Ab. guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas. bijaksana dan sebagainya (Saedah Siraj. sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat pelajar serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama. yang pertama ialah mengajar dan yang kedua ialah menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan.t. Kementerian Pendidikan Malaysia. mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan. . Halim Tamuri et. 2001). mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah dan meningkatkan kecekapan ikhtisas (Wan Bakar Wan Dagang 1991). mengajar bukan semata-mata kerana ingin mendapatkan upah atau sebarang ganjaran di dunia. al-ta’lim mempunyai dua pengertian iaitu. guru bukan sahaja berperanan membentuk akhlak pelajar.al. cintakan agama. 1991).w. 2004. sukakan kebendaan dan pada masa yang sama mereka mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakal. Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu. Hal ini kerana. tetapi bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. Ta’lim ini juga dikatakan sebagai proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. para guru hendaklah memperkemaskan peranan mereka dalam memberi ilmu kepada pelajar. ilmu tersebut sangat penting untuk dijadikan panduan oleh pelajar dan juga sebagai perisai kehidupan bagi mengawal unsur-unsur negatif yang ada pada diri seseorang pelajar. Selain itu. Dalam sistem pendidikan yang sedia ada. guru perlulah mengajar pelajar dengan niat untuk melahirkan atau membentuk palajar yang beriman dan taat kepada perintah Allah s. Wan Daud. guru dalam pandangan Islam haruslah berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan. bermusuhan. dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu. seterusnya dapat menyelamatkan mereka daripada azab api neraka. memberi rangsangan motivasi kepada para pelajar dan memahami kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan peranannya sebagai mu’allim.. Sebaliknya.

1984). Dalam hal ini. menyuburkan dan membesarkan. mendedahkan dan memahamkan pelajar mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan. guru mestilah memiliki sifat-sifat terpuji. Antara sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses mendidik. Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (1997) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (upah atau gaji) dalam proses mendidik pelajar. dan menaikkan semangat pelajar serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktikkan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka. 3. Dalam perspektif Islam.3. Bagi Ahmad Salleh (1997) pula. 1980. 1993) dan ‘Ulwan (1989) mengatakan guru-guru dalam kategori ta’dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan pelajar dan hendaklah menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa pelajar. dan bersedia membimbing pelajar serta menunjukkan cara berpakaian. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1979) lebih menekankan peranan guru sebagai mu’addib berbanding dengan mu’allim dan murabbi.3 Guru sebagai mu’addib Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mu’addib (Syed Muhammad Naquib al-Attas. peranan guru sebagai murabbi melibatkan proses mendidik.2 Guru sebagai Murabbi Murabbi berasal daripada kata terbitan tarbiyyah yang bermaksud pendidikan. memelihara. pangkat dan kehormatan masyarakat. mendidik. tarbiyyah bermaksud mencurahkan kasih sayang. pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada pelajar. Ibrahim Amini (1997) dan ‘Ulwan (1989). tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. antara ciri-ciri guru murabbi adalah seperti mengutamakan keselamatan dan kebajikan pelajar. bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga. memelihara dan membentuk pelajar sehingga wujud perasaan kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Zawawi Hj. Antara ciri guru murabbi adalah seperti menyayangi pelajar dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri. sentiasa menasihati pelajar dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka. tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah.3. Walaubagaimanapun. Menurut Ghani Tengku Jusoh (2002). dan menjaga disiplin pelajar dengan menggunakan pendekatan mencegah dan menegur secara baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang. Beliau telah menggunakan perkataan ta’dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Perkara penting yang ditekankan di . sebagai mu’addib. Ahmad. guru yang mendidik bukan kerana inginkan balasan bersifat kebendaan seperti wang. Menurut Husain Mazhahiri (1993). Abdul Raof Dalip (1985. mengembangkan. merahsiakan maklumat sulit pelajar kecuali kepada yang berhak.3. keupayaan akademik dan ekonomi.

bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. tokoh pemindah yang berperanan untuk perkembangan seseorang iaitu gabungan peranan ibu bapa dan rakan sebaya. mursyid didefinisikan sebagai guru agama. 1991 dalam Ahmad Mohd Salleh. guru mursyid ini juga boleh berperanan sebagai guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas. 4. beberapa aspek peranan guru mursyid boleh dilihat dalam layanan seorang mentor kepada pelajar-pelajarnya.a. perbuatan dan percakapan (Muhammad Uthmani elMuhammady. mengambil berat terhadap orang lain. para guru perlu manjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. terdapat juga beberapa sifat mu’addib yang telah disenaraikan oleh Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (1997). pendengar yang baik dan mencurahlan rasa hati. Hal ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi. model contoh dan penasihat kepada pelajar. Secara ringkasnya. ujub dan pemarah.3. Kajian ke atas konsep mentor oleh Bova dan Philips yang dirumuskan oleh Saedah Siraj et al. Oleh itu.0 KOMPETEN KEPIMPINAN GURU . 3. Sehubungan itu. Selain itu. Oleh itu guru hendaklah menyediakan diri mereka sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada pelajar kerana sifat tersebut merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s. bersifat murah hati. mamakai pakaian yang bersih dan berperibadi mulia. Guru juga tidak boleh terlibat dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam cara berpakaian. menyampaikan sesuatu kebenaran atau ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab mereka. Hal ini kerana. Antaranya adalah seperti mempunyai jiwa yang bersih daripada segala kekotoran (dosa) seperti sifat riak.sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak wajar diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan kerana ia akan membahayakan pencapaian diri sendiri. penyayang. (1996) menunjukkan mentor memiliki status sebagai seorang yang memiliki status yang agak tinggi dan sedia memberikan bimbingan sepenuhnya. menjaga kebersihan diri.w. 1997). Selain itu. pemimpin dan taat kepada perintah Allah. dan sebagai orang yang sangat berpengaruh terhadap anak didiknya. Manakala dalam Kamus Dewan (2002). bersifat sentiasa menerima dan bertanggungjawab. ikhlas. berkongsi impian dengan anak didik dan membina persepsi kendiri yang ceria. Al-Ba’labakki (1995) dalam Al-Mawrid mendefinisikan penasihat yang ikhlas dalam bahasa Inggeris dipanggil mentor. guru perlu memiliki kebersihan lahiriah seperti daripada segi amalan pemakanan yang bersih dan suci.4 Guru sebagai mursyid Istilah mursyid sinonim dengan perkataan ahda yang bermaksud memberi petunjuk. hasad.

4. Clark ( 1997 ) telah menggariskan 8 intipati yang penting iaitu: 4.1. Selain daripada itu.Dalam membincangkan mengenai kompeten kepimpinan guru ini. Namun walaubagaimanapun jika ilmu pengetahuan yang ada hanyalah ilmu pengetahuan yang sedikit. melakukan analisis.1 Memiliki ilmu pengetahuan yang luas. seseorang guru haruslah memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas. ilmu tersebut tidak akan mendatang apa-apa kelebihan tetapi hanya akan mendatangkan masalah kepada guru dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini amat penting untuk mendapatkan maklumat. Ini sekaligus akan meningkatkan keyakinan dalam diri dan juga keyakinan pelajar terhadap guru mereka.2 Cekap menggunakan sumber Peggunaan bahan secara cekap dalam menggunakan segala bahan yang ada dengan kadar yang optimum perlu ada dalam diri setiap guru. Oleh itu. mendalam dan terkini sebelum melangkah masuk ke sekolah untuk memulakan sesi pembelajaran. mendalam dan terkini Ilmu pengetahuan merupakan perkara asas yang seharusnya ada dalam diri seseorang guru yang akan mengajar di sesebuah sekolah.1. kemahiran . Kelengkapan ilmu pengetahuan yang mendalam ini adalah amat penting kerana kekurangan yang ada dalam diri guru akan mengakibatkan kurangnya keyakinan terhadap diri sendiri dan sekaligus akan mencacatkan penyampaian maklumat kepada murid. Ilmu pengetahuan mengenai teori pedagogi juga amat penting dan harus dikuasai oleh seseorang guru supaya penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid dapat disampaikan dengan lebih berkesan dan menarik. pengetahuan guru terhadap fizikal dan psikologi pelajar juga amat dititikberatkan dan penting. Keadaan sebaliknya akan berlaku jika guru memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas kerana penguasaan ilmu pengetahuan oleh guru akan mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan efektif sewaktu berada di dalam kelas. Bagi pihak murid pula kegagalan penyampaian guru dalam pembelajaran akan menghilangkan kepercayaan mereka terhadap guru tersebut.

Dengan ini. 4. seseorang guru tersebut juga harus mempunyai azam dan komitmen yang tinggi serta bersedia meningkatkan kemahiran-kemahiran kepimpinan yang diperlukan bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang sesuai dengan peredaran zaman pada masa sekarang. semangat dan daya saing yang tinggi. segala tugasan yang diberikan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan diri. .dalam perancangan dan mengelolakan sesuatu rancangan ataupun program serta pengurusan perbelanjaan dan kewangan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran. mempunyai misi yang jelas.4 Berwawasan Pada abad ke-21 ini menyaksikan pelbagai cabaran yang harus dipikul oleh guruguru dan ini memerlukan kepimpinan yang tinggi untuk menghadapi setiap cabaran dan dugaan yang datang. Menerima teguran dengan hati yang terbuka serta bersedia untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan yang ada dan juga bersedia untuk menerima sebarang tanggungjawab juga merupakan jati diri yang wajib ada dalam setiap guru. daya tahan. Guru yang mempunyai pandangan yang jauh. 4. mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategik serta keupayaan mengimbangi antara tuntutan kehidupan dan kerjaya merupakan kriteria kepimpinan seorang guru yang cemerlang dan amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Guru yang berkepimpinan baik hendaklah sentiasa bercitacita tinggi dan berusaha untuk mencapai objektif pembelajaran. guru seharusnya merebut peluang sedia ada untuk memajukan dan melengkapkan diri dalam pengguna ICT agar dapat menggunakan untuk kepentingan diri dan murid-murid. Selain itu.3 Memiliki budaya dan jati diri Guru yang memiliki budaya dan jati diri penting bagi kepimpinan guru untuk membolehkannya menghadapi cabaran dalam pengurusan diri sewaktu dalam proses pengajaran di dalam kelas. Ini akan menunjukkan lagi piawaian diri bagi seseorang guru tersebut.1. guru juga harus mempunyai dan sentiasa mengekalkan integriti dan etika seorang guru walaupun men$galami tekanan yang besar. daya saring dan daya tekal. daya juang yang tinggi. Seseorang guru juga seharusnya mempunyai daya saing. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi yang ada pada hari ni harus digunakan secara meluas oleh setiap guru untuk mengakses maklumat sebagai pemangkin bagi kaedah pengajaran sewaktu di dalam kelas.1. Guru juga harus berani untuk memikul dan mengambil tanggungjawab pada kehidupan dan juga kerjaya. Selain daripada itu.

individu itu sendiri juga haruslah mengubah sikapnya terlebih dahulu. 4. penyayang.1. Menurut Leithwood dan Jantzi ( 1998 ). kemahiran dalam mengendalikan gerak kerja secara berkumpulan perlu dikuasai untuk menunjukkan sifat kepimpinan yang dimiliki oleh seseorang guru. Ini merupakan cabaran bagi guruguru untuk mengguna alat-alat komunikasi yang moden terutama dalam arus globalisasi ini. Ini adalah kerana kemahiran berkomunikasi ini merupakan penentu kepada keberkesanan penyampaian dan penukaran maklumat kepada pelajar. hidup sihat. kerja berpasukan. bersopan santun.6 Mahir berkomunikasi dengan berkesan Adalah satu kawajipan dalam setiap guru memiliki kemahiran berkomunikasi. Guru juga harus mempelajari cara untuk menggunakan pelbagai medium komunikasi. Penguasaan kemahiran mengendalikan kerja secara berkumpulan juga akan membolehkan guru menghadapi cabaran-cabaran yang datang disamping dapat membentuk suasana persekitaran yang selesa yang akhirnya menjadi pemangkin kepada usaha untuk mencapai matlamat yang berkesan. berdisiplin.1. . Disamping itu juga. Kemahiran dalam memahami kepelbagaian budaya ini akan membolehkan guru sentiasa bersedia untuk berhubung. jika seseorang individu mengharapkan orang lain mengubah sikap. Seseorang guru juga mestilah mempunyai kemahiran dalam melihat perbezaan budaya sekaligus bersikap terbuka untuk menilai perbezaan itu secara jujur dan okjektif. Kemahiran berkomunikasi ini juga penting bagi guru untuk meningkatkan kefahaman kepimpinan guru dalam pelbagai cabaran dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi sama ada komunikasi berbentuk formal ataupun berbentuk informal. berinteraksi serta berkerjasama dengan pengikutnya yang mungkin berasal dari pelbagai kaum dan bangsa yang perbezaan dari segi budaya antara satu sama lain.4. Namun begitu. jujur dan ikhlas merupakan amalan ataupun etika yang perlu ada dalam diri setiap guru. tidak lengkap jika mempunyai kemahiran berkomunikasi sahaja.5 Mengamalkan budaya beretika Budaya beretika juga harus disemai dalam diri setiap guru yang akan mengajar di sesebuah sekolah. Dengan adanya etika seperti ini. Amalan etika yang baik seperti menjaga perpaduan. kepimpinan guru akan lebih terserlah.

4. perkembangan dan pertumbuhan program dan organisasi. ketua panitia bahasa Melayu perlu turut turun padang untuk memastikan perjalanan aktiviti Minggu bahasa Melayu berjalan dengan lancar. .7 Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi Nathan ( 2001 ). Terdapat empat dimensi yang berbeza bagi guru yang memiliki keupayaan melihat melalui dimensi yang lain mengikut pengelasan yang digariskan oleh Haris dan Muijs ( 2005 ).8 Produktif Guru juga harus sentiasa mempunyai azam dan komitmen yang tinggi dan sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran agar menjadi lebih produktif sesuai dengan cabaran yang sentiasa memerlukan kepimpinan yang tinggi.1. menjelaskan bahawa berlaku perubahan dari segi kepimpinan sekolah akibat daripada perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai apabila kepimpinan sekolah telah berubah secara progresif daripada model lama kepada satu model baru yang turut memberi kawalan kepada guru.1. Kefahaman seseorang guru itu juga seharusnya secara menyeluruh ke atas setiap organisasi yang diwakilinya. Kefahaman dan penghayatan dalam pada keluruhan misi dan nilai-nilai organisasi adalah perlu difahami oleh guru agar dapat memastikan setiap tindakan yang diambil oleh pelajar sentiasa berada dibawa pemantauannya. guru yang memiliki kepimpinan yang baik boleh mengambil tindakan dengan sentiasa menjaga dan memastikan kelas yang didudukinya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur untuk meningkatkan keceriaan persekitaran sekolah. Contohnya. Adalah perlu seseorang guru mempunyai keupayaan dan kemahiran dalam melakukan tindakan yang strategik untuk memastikan kelansungan. 4. kemahiran-kemahiran lain juga haruslah dikuasai agar dapat menjadikannya pemimpin yang lebih berkesan dalam kerja-kerja kepimpinan yang besar skopnya.2 Dimensi Kompeten Kepimpinan Guru Dalam membincangkan mengenai kepimpinan guru. seseorang guru juga hendaklah memiliki keupayaan untuk melihat sesuatu perkara tersebut melalui sudut dan dimensi yang berbeza daripada orang lain. seseorang guru seharusnya memiliki kebolehan untuk menterjemah prinsip-prinsip dan menggunakan penterjemahan itu untuk dipraktikkan sewaktu berada didalam bilik darjah. Disamping itu juga. 1. Untuk meningkat prestasi sesebuah sekolah itu.4. Sebagai contoh. Kemahiran memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi juga perlu dikuasai sejajar dengan kemunculan alaf baru ini.

Dalam pentadbiran sekolah. terdapat perubahan-perubahan drastik yang akan dilakukan oleh pihak pentadbir. kepimpinan yang ada dalam diri setiap guru akan menjadi lebih berkesan. Dengan ini. Akan lebih terbukti lagi jika guru mampu dan sentiasa mendapatkan maklumat tambahan sama ada melalui bantuan dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan sebagainya. guru mestilah berkeupayaan untuk sentiasa menjaga dan seterusnya mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka. Little ( 1990 ) dan Rosenholz ( 1989 ) telah mengatakan bahawa jika wujudnya faktor kolaboratif antara guru. Pencapaian matlamat sekolah ini turut dipengaruhi oleh kepimpinan yang ada pada guru-guru yang ada di sekolah melalui beberapa intipati yang penting. guru matapelajaran dan guru kanan turut berkongsi tanggungjawab dalam menilai dan membuat keputusan untuk kepentingan dan peningkatan pencapaian sekolah. Ini juga bermaksud dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan sekolah haruslah meminta pendapat setiap guru kerana keputusan yang dibuat adalah berkait rapat dengan usaha untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Kepimpinan seseorang guru tersebut akan terbukti apabila mampu menyampaikan maklumat-maklumat yang penting dengan tidak mengambil kira maklumat tersebut adalah yang lama ataupun yang baru dan lebih sensitif lagi. Ini adalah penting untuk mendapatkan kerjasama yang baik antara guru dan seterusnya berusaha bersama-sama meningkatkan prestasi sekolah agar lebih cemerlang. 3. 4. Oleh itu guru harus mempunyai keupayaan dalam memberi penumpuan ketika turut serta dalam perubahan yang dilakukan.2. 4. Dalam profesion keguruan.3 Kompeten Kepimpinan Guru dan Pencapaian Matlamat Sekolah Matlamat sesebuah sekolah untuk muncul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang bukan hanya boleh dicapai dengan adanya pelajar cemerlang sahaja. Guru-guru seperti guru panitia. Sikap positif dalam diri setiap guru amat diperlukan untuk sama-sama menjayakan sebarang pembaharuan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Adalah satu kewajipan bagi sekoarang guru untuk memiliki kemahiran dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar sama ada secara langsung mahupun sebagai orang tengah sahaja. Tokoh seperti Hargreaves ( 1991 ). Penyataan ini turut diakui dan disokong oleh Teddlie dan Reynold ( 2000 ) dengan mengeluarkan pendapat bahawa matlamat sekolah dan kepentingan kepimpinan setiap guru harus dikongsi kerana ia adalah amat penting agar dapat meningkatkan keberkesanan untuk mencapai matlamat sekolah yang telah digariskan. . hubungan antara rakan sekerja amatlah penting dan harus dijaga.

Dalam pebentukan budaya sekolah.2 Menukar kepimpinan . peningkatan dalam penyedian proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. 2001 ). Masalah-masalah seperti interaksi yang kurang dan sikap guru yang mengasingkan diri daripada rakan sekerja merupakan masalah yang cukup besar dan utama dalam melahirkan guru yang berkepimpinan. Terdapat beberapa nilai kepimpinan yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian matlamat sekolah seperti: 4. Budaya sekolah yang positif amat diperlukan kerana budaya inilah yang menjadi intipati dan ikutan bagi semua pelajar. Namun walaubagaimanapun.3. Hubungan antara guru dan murid di sekolah juga secara tidak langsung akan membantu meningkatkan pencapaian sekolah kerana ini akan membuatkan keyakinan pelajar semakin bertambah dan tahap pencapaian akan turut meningkat ( Sebring dan Bryk ). pemerhatian dan kerja berpasukan juga adalah penyebab yang besar. Dengan adanya budaya positif ini juga keyakinan dan kepercayaan pelajar terhadap guru tersebut akan meningkat dan sekaligus akan mewujudkan suasana pembelajaran dan diri pelajar yang lebih positif. guru menggalas beban utama dengan menjadi entiti ataupun komuditi manakala pelajar sebagai produk pendidikan yang merupakan hasil daripada pembentukan budaya yang dibentuk oleh guru. Adalah satu tanggungjawab sebagai seorang guru untuk memimpin pelajar ke arah budaya sekolah yang positif.1 Penjana budaya sekolah Di sekolah guru dan pelajar mempunyai peranan ataupun fungsinya sendiri iaitu sebagai sebagai sebuah komuniti sekolah. Faktor lain seperti sifat degil yang tidak menerima kepimpinan orang lain sewaktu dalam perbincangan. Pencapaian sekolah ke tahap yang lebih tinggi lagi akan mampu dicapai jika hubungan erat sesame guru wujud di sekolah. 4. Ini adalah kerana.Menurut Hackney dan Henderson ( 2005 ) peningkatan pembelajaran yang bersifat demokratik sewaktu didalam kelas seperti menggalakkan pelajar berfungsi secara kritikal dan menjadikan pelajar lebih berdikari dan bekerjasama antara satu sama lain adalah didorong oleh kepimpinan guru yang baik dan efektif sewaktu melakukan proses pembelajaran didalam kelas. Ini sekaligus akan merencatkan dan menjarakkan pencapaian sekolah. Apa yang diinginkan melalui pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu membentuk warga negara yang berketrampilan dan produktif akan tercapai sejajar dengan matlamat yang disasarkan oleh sekolah. terdapat banyak kekangan dan halangan yang perlu dihadapi untuk melahirkan guru yang berkepimpinan ( Katzenmeyer dan Moller.3. dengan adanya hubungan erat sesama guru ini.

4. guru juga semestinya perlu memperkasa. guru harus mempunyai strategi yang sesuai seperti mebentuk rancangan pendidikan yang menarik. komitmen. Di samping itu. pencipta kaedah baru. Ini kerana besar implikasinya terhadap sekolah jika sesuatu keputusan yang telah dibuat mendatangkan keburukan kepada sekolah. guru mampu menjalin hubungan ikatan silaturrahim yang erat sesama rakan sekerja. pemerolehan serta pengalaman pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan rancangan pendidikan dapat dilakukan dengan lebih dan terancang mengikut acuan wawasan yang telah dibina. Seseorang guru itu haruslah memainkan berfungsi sebagai pakar kurikulum.3. kemahiran penterjemahan dalam diri guru amat diperlukan. Untuk merealisasikan kepimpinan pengajaran ini. ahli jawatankuasa bertindak dan persatuan ibu bapa dan guru.3 Kepimpinan pengajaran Kepimpinan pengajaran ini bermaksud keupayaan seseorang guru untuk menterjemah wawasan dalam sistem pembelajaran formal sewaktu disekolah. mentor. Dalam konteks ini. Pendek kata kepimpinan transformasi adalah satu proses untuk mempengaruhi warga sekolah melalui usaha berterusan oleh guru-guru. pembimbing.4 Kepimpinan membuat keputusan Setiap keputusan yang dibuat untuk sekolah amatlah penting. dan penggalak pembelajaran berkumpulan.Untuk melahirkan guru yang berkepimpinan dalam sekolah bukan la satu tugas yang mudah. fasilitator. . pencapaian peribadi diri juga haruslah sentiasa diperbaiki dari semasa ke semasa agar sentiasa menjadi lebih baik daripada sebelumnya. kemahiran interpersonal yang baik dalam diri guru juga penting kerana dengan adanya sikap ini. Selain itu. guru dapat menggunakan segala sumber yang ada dengan kadar yang optimum. kemahiran serta ketrampilan seseorang individu atau guru amat diperlukan dalam kepimpinan pengajaran agar prestasi setiap pelajar akan terus meningkat ke arah kecemerlangan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain daripada peranan diatas. Dengan adanya kepimpinan pengajaran ini. 4.3. Oleh itu guru harus bijak dalam menilai setiap aspek yang ada sebelum melakukan ataupun membuat sebarang keputusan seperti memilih keahlian pasukan. Usaha.merangsang dan meningkatkan kesedaran diri untuk membolehkan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan.

Terdapat banyak kelebihan jika pengurusan bilik darjah dapat dilaksanakan dengan baik seperti dapat menjimatkan masa dan tenaga guru dan juga pelajar itu sendiri.4.6 Kepimpinan guru dan pengupayaan dalam bilik darjah Sewaktu berada dalam bilik darjah. pengupayaan sewaktu berada dalam bilik darjah adalah penggunaan kuasa yang telah diberikan kepada setiap guru bagi menjalankan tugas yang diarahkan dan dipertanggungjawabkan disamping mengawal pelajar. 4. Kepimpinan dalam megurus bilik darjah ini juga termasuk seperti mengurus atau membentuk organisasi bilik darjah.7 Pembentukan kumpulan kerja dalam bilik darjah Di sekolah.3.3.8 Memperkasa kecerdasan emosi pelajar . 4. Kerjasama yang utuh akan mampu merealisasikan matlamat dan visi yang telah digariskan oleh sekolah. Di samping itu juga akan wujud lebih banyak peluang untuk guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih menarik dan berunsurkan pengajaran dan seterusnya menjadikan sistem pembelajaran yang lebih bermakna. kreatif. Selain itu. kuasa autonomi guru adalah diperlukan untuk mengawal dan mengawal keadaan kelas. Pembentukan kerja secara berkumpulan juga dapat memperkembangkan dan lebih mendalami matlamat sekolah.3. Kuasa autonomi dimaksudkan adalah merangkumi aspek penyelesaian masalah. 4. sikap bersatupadu dan komitmen yang tinggi diantara guru dan pelajar. membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk kebaikan dan pencapaian murid.5 Kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah Untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan positif kepimpinan guru untuk mengawal dan mengurus bilik darjah adalah penting kerana kegagalan mengurus bilik darjah akan merencatkan sistem pembelajaran dengan suasana kelas yang tidak terkawal sepeti bising.3. motivasi dan seterusnya dapat mempertajamkan kemahiran yang sedia ada dalam kalangan guru dan pelajar. Pendek kata. kotor dan sebagainya. motivasi dan disiplin. mencari penyelasaian yang lebih efektif. kerja secara berkumpulan adalah amat penting untuk membina kerjasama.

Pembimbing 3. Pengurus . Telah banyak tindakan yang dilakukan untuk memperkasa kecerdasan emosi pelajar agar setaraf dengan kecerdasan intelek termasuklah mengaplikasikan aspek kecerdasan emosi ini dalam aspek kurikulum sekolah.0 KEPIMPINAN GURU DAN BUDAYA SEKOLAH Guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai ejen perubahan. Inventor 5. Guru juga adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk para pelajar ke arah merealisasikan hala tuju itu dengan nilai-nilai kepimpinan yang positif. Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah.1 Peranan Guru : 1. 4. Pengajar 2. 5. emosi dan jasmani. Kegagalan komunikasi ini akan menimbulkan konflik kerana berlaku perselisihan ataupun pencanggahan antara dua pihak. Oleh itu.Sejajar dengan matlamat yang telah disasarkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu dengan menjadikan aspek kecerdasan emosi sebagai landasan untuk melahirkan dan membentuk insan yang seimbang daripada segi intelek. rohani. Fasilitator 4. Dalam komunikasi sewaktu didalam kelas boleh berlaku secara sehala.9 Mengamalkan komunikasi yang efektif Aspek komunikasi dalam pembelajaran adalah penting untuk mewujudkan situasi kelas yang efektif. Komunikasi yang baik akan mendatangkan pelbagai kebaikan dan begitu juga sebaliknya.3. guru harus mengetahui dan mengamalkan ciri-ciri komunikasi sewaktu dalam bilik darjah untuk mencapai kecemerlangan murid dan seterusnya merealisasikan visi dan matlamat sekolah. Keseimbangan kecerdasan emosi dan intelek ini adalah amat penting dan haruslah seimbang dalam diri pelajar untuk mencapai kecemerlangan kerana kecerdasan intelek sahaja tidak mampu mempersiapkan pelajar untuk menghadapi situasi kehidupan yang sebenar. dua hala dan pelbagai hala yang melibatkan penyampai mesej ( orang yang bertutur ataupun menulis ) dan menerima mesej ( pendengar dan pembaca ). 5. Komunikasi yang baik juga dapat menggelakkan pelajar belajar dalam situasi yang kaku dan bisu.

1.6. seronok dan bermakna. Di samping itu. Apabila disiplin pelajar cemerlang.1. realistik dan kondusif bagi menghadapi dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran hidup. Hal ini sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan kepada pembinaan pelajar ke arah insan yang seimbang.3 Fasilitator Pemudah cara dan mentor dalam membantu perjalanan harian dalam dan luar kelas. kreatif dan kritis.6 Penghubung .2 Pembimbing Membimbing pelajar ke arah bersikap rasional. Selain itu.1.1 Pengajar Berusaha untuk memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah.4 Inventor Memperkenalkan inovasi daripada aspek inovasi teknik dan sebagai agen yang membawa perubahan kepada suasana dan persekitaran pembelajaran pelajar. 5. 5. sempurna dan otomatis dalam memupuk disiplin kendiri pelajar. 5. sistematik. Penghubung 5. ia turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat para pelajar. guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah yang sistematik dan teratur bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang kondusif dapat disediakan oleh guru.1.5 Pengurus Mampu mengurus dengan cekap. 5. Guru juga berperanan sebagai mentor ataupun tempat rujukan pelajar semasa memerlukan pandangan dan tunjuk ajar.1. Peranan sebagai pengajar juga merupakan satu agen untuk mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.1. maka akademik pelajar turut cemerlang. 5.

Mencuba idea baru dan inovatif 3. Tradisi 5. 1.Menghubungkan pelajar dengan pelajar serta guru dan pelajar ke konsep universal.1 Kesamaan dan Kerjasama Guru tidak mempunyai sifat prejudis dan diskriminasi pada pelajar. Mendapatkan pengetahuan 7. budaya kesamaan ini menghasilkan suasana kerjasama dan pelajar akan menjadi lebih akrab sesama mereka. Penghargaan 8. Melibatkan penyelesaian masalah 10. Harapan yang tinggi 4. Sokongan 6. Budaya seperti ini menjadi nilai positif dan normal yang sihat supaya para pelajar berasa mereka adalah sama. guru berperanan sebagai pencetus komunikasi (communication moderator) antara pelajar dan guru. Dengan hal demikian.2. Penyayang dan humor 9. Kepercayaan dan keyakinan 5. Kesamaan dan kerjasama 2.2 Aspek ikutan Aspek ikutan yang dapat dijadikan panduan oleh guru bagi menjana budaya supaya sekolah lebih berkesan: Jon Saphier & Matthew King (1985). Semua pelajar perlu diberi perhatian dan tumpuan yang sama tanpa mengira status atau kedudukan keluarga pelajar ataupun juga aras pengetahuan dan kecerdikan pelajar. Dalam erti kata lain. 5. .

Ciri ini memberikan keyakinan pelajar kepada guru dan seterusnya dapat menyemai sifat-sifat yang sama dalam diri mereka. pengajar. Harapan ini direalisasikan guru dengan melakukan peranan sebagai pembimbing.4 Kepercayaan dan Keyakinan Guru perlu mempamerkan sifat kepercayaan dan keyakinan yang tinggi apabila memainkan peranan terutamanya di hadapan pelajar.3 Harapan yang Tinggi Guru perlu meletakkan ekspektasi dan harapan yang tinggi kepada pelajar daripada segi pencapaian. penasihat. 5.2. Situasi ini secara tidak langsung menjana pelajar ke arah kecemerlangan yang nyata dan positif. apabila pelajar dapat menembusi proses pembelajaran yang kondusif. maka secara tidak langsung situasi ini menyediakan diri mereka dalam aspek pencapaian yang baik.5. Justeru. Guru juga berperanan dalam menjadi pemangkin pelajar bagi meningkatkan motivasi diri dalam mengharungi cabaran sebagai pelajar.6 Mendapatkan Pengetahuan Guru perlu berusaha mendapatkan pengetahuan yang baru dan terkini serta menarik dalam proses pengajaran. 5. 5. Hal ini menjadikan pelajar lebih yakin kepada .2.2 Mencuba Idea Baru dan Inovatif Guru perlu mempunyai keyakinan dan budaya tinggi daripada aspek kreativiti dan inovasi dalam proses mengajar. 5.2.2. Hal ini menjadikan pelajar tertarik kepada pengetahuan dan pembelajaran seterusnya akan membentuk budaya mencintai ilmu dan daya saing dalam kalangan pelajar.2.5 Sokongan Guru perlu mempamerkan sokongan yang positif kepada pelajar apabila diperlukan. fasilitator dan sebagainya dengan ikhlas. Sokongan guru menjadikan pelajar lebih kompeten (berketerampilan) dan seterusnya bertindak sebagai rakan belajar yang baik kepada pelajar lain dan meningkatkan proses pembelajaran kalaboratif dan kerjasama.

8 Penyayang dan Humor Guru perlu bersifat penyayang dan mempunyai sifat humor yang baik.2. Contohnya seperti mengucapkan selamat hari jadi kepada pelajar. Proses bersama ini membentuk pelajar sebagai duta dalam menyebarkan budaya yang positif bagi menangani masalah dalam kalangan pelajar menerusi pelajar sendiri. 5. 5. 5. Secara tidak langsung keadaan ini membantu pelajar ke arah lebih informatif dan menjana kecemerlangan diri. Sifat ini juga mampu menjurus kepada pembentukan budaya penyayang dan prihatin.7 Penghargaan Guru perlu selalu mengamalkan sifat menghargai di atas kemampuan dan kejayaan pelajar.2. 5.kemampuan guru sebagai pemudah cara.2.2. Hal ini membentuk budaya sharing responsibility dalam kalangan pelajar serta bersifat bertanggungjawab dalam menjamin kesejahteraan sekolah. Seterusnya.9 Melibatkan Pelajar dalam Penyelesaian Masalah Guru perlu melibatkan pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam kelas atau yang berkaitan dengan pelajar. Hal ini seterusnya mewujudkan rasa penghargaan dan kasih sayang kepada guru itu dan seterusnya menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar. situasi ini menjana pembentukan sekolah yang bahagia dan seronok serta membentuk budaya yang periang dan mesra.3 Kepemimpinan Dalam Pengajaran Guru . Hal ini menjadikan pelajar mesra dan gembira.10 Tradisi Guru perlu menghidupkan perayaan dan perkara-perkara tradisi atau menjadikan aspek-aspek budaya positif sebagai tradisi. Keadaan ini akan membentuk keyakinan diri pelajar ke arah yang lebih positif. 5. Kesungguhan guru mendapatkan pengetahuan menjadikan pelajar didedahkan kepada ilmu yang lebih baik dan terkini.

komitmen. sosiologi. Terdapat empat keterampilan yang perlu dimiliki oleh kepemimpinan pengajaran guru. Ia dilakukan dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategi rancangan pendidikan. tindakan dan amalan yang berupa komitmen yang dilakukan guru bagi menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran.1 Keterampilan Teknikal * Kemahiran dan pengetahuan dalam perkembangan kurikulum * Kemahiran dalam disiplin ilmu * Pengetahuan bidang genetik dan spesifik * Pengetahuan dalam asas-asas kurikulum (falsafah. Kepemimpinan pengajaran juga dikatakan berperanan mereka bentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam kurikulum formal.Kepemimpinan dalam pengajaran merujuk kepada kebolehan guru memberi tumpuan kepimpinan. Keterampilan kepimpinan pengajaran pula adalah segala usaha. Psikologi dan Sejarah) * Pengetahuan Dalam Kaedah Kajian . kemahiran serta keterampilan bagi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kelemahan para pelajar ke arah kecemerlangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Justeru dapat difahami kepimpinan pengajaran adalah proses yang melibatkan individu yang berperanan mencurahkan segala usaha.4. iaitu: 1. Keterampilan kemanusiaan 3. memperbaiki dan mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. pemerolehan serta pengalaman pengajaran-pengajaran bagi memastikan rancangan pendidikan dilaksanakan dengan berkesan berdasarkan wawasan yang dibawa.4 Keterampilan Kepimpinan Pengajaran Keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan yang tinggi dalam melaksanakan tugasan ataupun menyelesaikan masalah (Kamus Dewan). Keterampilan kejurubinaan 5. Keterampilan teknikal 2. galakan dan sokongan dengan tujuan mengatasi masalah. Keterampilan bekerja di dalam sistem organisasi 4.

Kuasa paksaan 4. guru dan komuniti * Menyedari teori humanistik dan keperluan 5.4.5. Kuasa sah 2.4.5 Sumber-sumber Pengaruh Pemimpin 1. Kuasa pakar 5.3 Keterampilan Bekerja Di Dalam Sistem Organisasi * Mengetahui bagaimana sistem organisasi beroperasi * Menghayati fungsi organisasi * Mengetahui cara menyesuaikan diri dalam organisasi * Mempunyai visi bagaimana prestasi organisasi boleh dioptimumkan 5. Kuasa rujukan .4 Keterampilan Kejurubinaan * Membina satu kerangka peranan dan bubungan dengan manusia di dalam organisasi untuk menggerakkan sesuatu tugas 5. Kuasa ganjaran 3.2 Keterampilan Kemanusiaan * Memahami proses dinamika kumpulan * Cekap mengendalikan keperluan individu pasukan dan komuniti * Menyedari keperluan pelajar.4.

2 Kuasa Ganjaran Kuasa ini berakar kepada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya. Contohnya. 5. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.5. kedua. pengetahuan dan kemahiran konseptual.5.5. pelajar yang melihat hukuman yang bakal diterima kerana tidak membuat kerja sekolah sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan guru. Misalnya guru memberihadiah kepada pelajar yang cemerlang (mendapat tempat pertama. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman.5. Pengikut akan patuh kepada pemimpin sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. . guru pakar dalam bidang sejarah akan diberi perhatian oleh para pelajar untuk mendapatkan ilmu sejarah. 5. Misalnya. Guru ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya. perhubungan manusia dan teknikal.4 Kuasa Pakar Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman.3 Kuasa Paksaan Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. 5. dan ketiga di dalam kelas).1 Kuasa Sah Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatanya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.5.

6 Taktik Pemimpin (guru) Mempengaruhi Orang Bawahan (pelajar) 1. Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties) 5. dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat. pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.6. Taktik Tekanan 5. juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkanaan. tertarik dan kagum.5 Kuasa Rujukan Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa dengan yang mengikutinya. Taktik Daya Tarikan Peribadi 6. Untuk menggunakan taktik ini.5.1 Taktik Pujukan Rasional Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai.5. 5. kalau seseorang itu tertarik. Taktik Pujukan Rasional 2. Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi 3. dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu. Untuk menggunakan teknik ini.6. Taktik Perundingan 4. kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya.2 Taktik Daya Tarikan Yang Memberikan Inspirasi Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. 5. Taktik Sah 9. Taktik Pertukaran 7. Taktik Gabungan 8. pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan .

5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tacties) Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai. 5. guru meminta pelajar menyiapkan kerja sekolah di rumah. 5.6 Taktik Pertukaran Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugasan yang diminta olehnya. 5. Contohnya. Melalui taktik ini. orang atasan atau mungkin orang di luar organisasi. Taktik ini kadang-kadang menjadi satu cara untuk memanipulasi seseorang. guru kelas mendapatkan pertolongan guru kaunseling untuk memberi nasihat kepada pelajar. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinannya. Misalnya. pelajar akan menyiapkan kerja sekolah itu kerana taat. simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan. 5.7 Taktik Gabungan Taktik ini adalah mendapatkan orang lain untuk mempengaruhi orang bawahan kita.6.3 Taktik Perundingan Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat. kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin. orang lain ini mungkin terdiri daripada rakan sejawatan. Taktik ini akan menjadi berkesan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.6. . misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. taktik ini akan menjadi berkesan.menggunakan metafora.6. orang bawahan.6.6 5 Taktik Daya Tarikan Peribadi Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

guru. sekolah dan masyarakat. dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Guru dan kepimpinan boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing kerana tugas guru yang sudah melangkaui batasan . 6.6. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi. 5. 2007). polisi.0 IMPLIKASI KEPIMPINAN GURU Kepimpinan guru merupakan suatu nilai positif yang mampu mencambahkan implikasi harmoni dalam lingkungan komuniti yang besar. Ghani.8 Taktik Sah Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti. Di samping itu.9 Taktik Tekanan Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan. Kepimpinan guru menyediakan peluang kolaboratif dan pembelajaran profesional yang mempengaruhi perubahan dalam bilik darjah dan sekolah (Abdullah Sani.5. Guru yang mempunyai karisma kepimpinan merupakan aset berharga kepada sekolah kerana tuntutan kontemporari memerlukan kalangan guru yang memiliki keupayaan untuk mengubah dan membina hala tuju sekolah daripada tahap yang sedia ada kepada satu standard yang lebih tinggi. peraturan. bilik darjah. kepemimpinan guru akan menjadi lebih mantap dan terserlah apabila para guru terbabit secara langsung dalam proses membuat keputusan secara professional di sekolah. Guru adalah individu teladan yang mampu memberi pengaruh besar terhadap persekitarannya dan kepimpinan guru yang diimplimentasikan secara berkesan akan membina pengaruh positif kepada pelajar. Abdul Rashid dan Abd. amaran. Kepimpinan guru bukan sahaja mampu memberikan implikasi terhadap pembangunan fizikal komuniti sekolah dan persekitarannya tetapi juga mampu memberi implikasi terhadap pembangunan psikologi dan sahsiah individu yang berhubung secara langsung dengan guru terutamanya pelajar dan ibu bapa.6. orang bawahan akan dimarahinya. program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. kaedah ini digunakan sebagai satu tindakan terakhir setelah caracara lain gagal. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan.

Abdul Rashid dan Abd. Sekolah yang berjaya dan berkesan biasanya dibantu oleh penglibatan aktif guru-guru dalam tugas berkumpulan dan lazimnya wujud kerjasama harmoni dalam kalangan komuniti yang berkesan seumpama ini. 1989 (dalam Noraini Abdullah. Mengajar dengan berpandukan buku teks dan skrip semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sahaja tidak cukup untuk mencapai standard sebuah sekolah klauster yang berwibawa dan berintegriti tetapi kewibawaan dalam kepimpinan seseoang guru di dalam dan luar bilik darjahlah yang akan memanaskan termometer yang seterusnya menggerakkan raksa kecemerlangan sesebuah sekolah itu ke tingkat tertinggi sepertimana yang diharapkan.1 Implikasi terhadap guru sesama guru Kecemerlangan sesebuah sekolah bergantung kepada pendekatan dan kesungguhan guru-guru di sekolah tersebut untuk berkerjasama dalam mendukung hasrat misi dan visi sekolah. Guru yang berpengalaman dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi boleh membantu guru baru untuk mencapai kualiti terbaik dalam corak pengajarannya . Ghani. Hubungan dua hala dalam linkungan yang harmoni sesama guru akan mewujudkan kesedaran positif dalam kalangan mereka terutamanya dalam membina kerangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk diimplimentasikan di dalam bilik darjah mereka.bilik darjah menuntut kemampuan dan kewibawaan seseorang guru itu untuk menggalas tanggungjawab organisasi yang sedia ada di sekolah di samping menjalankan tanggungjawab sebagai arkitek dan jurutera yang berupaya untuk melahirkan insan berjiwa besar dan bermaruah. Seorang guru yang berkarisma dalam memimpin sesuatu organisasi juga berupaya untuk memupuk nilai kepimpinan dalam diri rakan sejawatnya dan seterusnya mewujudkan suasana yang fleksibel untuk sebarang bentuk kerjasama antara mereka. Guru yang duduk di sekolah tanpa keupayaan untuk menggerakkan atau berkerjasama dalam membangunkan organisasi sekolah bagaikan sang Singa yang hidup di belantara tebal tanpa taring dan kuku. Interaksi. sokongan dan maklum balas sesama guru menjadi medium terbaik kepada proses refleksi dalam memantapkan lagi mutu pengajaran dan memperkasakan nilai kepimpinan guru (Abdullah Sani. Hakikat ini disokong oleh Yukl. Kerjasama dalam kalangan guru bukan sahaja menyerlahkan profesionalisme keguruan malah turut menjulang kepimpinan guru. 2010) yang melihat kepimpinan sebagai satu proses seseorang individu mempengaruhi ahli-ahli kumpulan yang lain bagi mencapai matlamat tertentu. 2007). 6.

Begitu juga halnya dengan sebuah komuniti guru yang mempunyai kefahaman terhadap tugas dan bertanggungjawab dalam kepimpinannya berupaya untuk saling bertukar-tukar idea dan saling memperbaiki melalui pengaruh bersama yang akhirnya mampu mengubah dan memperbaiki standard pengajaran yang sedia ada kepada suatu corak pengajaran yang lebih berkesan hasil daripada interaksi dan pembelajaran bersama ini. satu kajian yang dijalankan oleh Glover dan Gary. Pengetua atau guru besar merupakan individu perdana dalam mana-mana organisasi sekolah dan kepimpinan mereka yang berkesan akan membawa implikasi yang positif terhadap usaha mengukuhkan institusi pendidikan primer mahupun sekuder di negara ini. Hal ini diulas oleh oleh Abdullah Sani dan rakan-rakan (2007) dengan menyatakan bahawa kepimpinan guru adalah berlandaskan prinsip semua guru mempunyai kemahiran. Implikasi kepemimpinan guru ke atas guru membuka peluang kepada mereka meneroka aktiviti-aktiviti serta peluang pembangunan profesion dan menyerlahkan lagi keberkesanan kendiri serta keyakinan diri. Daud Hamzah. Pengetua yang mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan guru-guru yang ada di bawahnya lazimnya berupaya untuk memangkin keupayaan sebenar guru-guru di bawahnya untuk menghasilkan satu kualiti kerja yang mantap tanpa sebarang persepsi negatif terhadap tugas yang diamanahkan. kebolehan dan bakat yang perlu diasah dan dipercayai. Sikap yang positif ini menjadi satu kayu ukur terhadap sejauhmana seseorang guru itu mampu mengimplimentasikan daya kepimpinannya dalam lingkungan bilik darjah yang terdiri daripada murid dan pelajar yang pelbagai karenah. 6.1976 (dalam Mohd. Sebagai contoh.2 Implikasi terhadap pelajar dan bilik darjah Pelajar sebagai pembelajar menerima implikasi yang positif daripada nilai kepimpinan guru dalam bilik darjah terutamanya dalam proses pembinaan semangat dan penumpuan mereka dalam ruang lingkup berkenaan.iaitu melalui interaksi dua hala yang mantap serta melalui semangat kerja berpasukan yang tinggi. Di . 1990) terhadap kanak-kanak gred 4 dan 5 (konteks luar Malaysia) mendapati sikap guru yang positif terhadap pelajarnya dalam memberikan pengukuhan mampu meningkatkan kreativiti seseoang pelajar itu. Guru yang berkeyakinan dan berkesan bukan sahaja memberi kelebihan kepada diri mereka dalam mendepani hidup sebagai guru dan pemimpin tetapi turut memberi kelebihan terhadap kekuatan organisasi sesebuah sekolah. Pengetua yang bijak dan berkarisma lazimnya berupaya menjulang prestasi sekolah dengan memanfaatkan sepenuhnya kebolehan guruguru yang duduk sebumbung dengannya dalam organisasi sekolahnya.

menjaga. Hal ini boleh dikaitkan dengan teori otak Triune yang yang dikemukakan oleh Paul Mclean yang menyatakan bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk membina pemahaman dan setiap otak adalah unik yang membezakannya daripada individu lain (Suppiah Nachiappan dan rakan-rakan.samping itu. Di samping itu. guru juga perlu memenuhi kebajikan pelajarnya di dalam bilik darjah dengan melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara seimbang yakni mampu diterima oleh semua lapisan murid yang berbeza kredibiliti mental. Persembahan pelajar dalam kurikulum lazimnya menjadi kayu pengukur kepada kewibawaan seseorang guru. 2007)). Guru yang bijak mampu mengimplimentasikan kewibawaan kepemimpinannya tanpa menjejaskan keutuhan rohani dan emosi pelajarnya malah memberi peneguhan yang mampu mencorak wawasan dan idealisme mereka sepertimana hasil kajian Glover & Gary (1976) yang dibincangkan di atas. Hal ini boleh diperhatikan menerusi penyerahan tugas kepada mereka atas kepercayaan yang jitu. Guru sebagai pemimpin akan lebih positif dalam membimbing pelajar. Sebagai contoh. guru yang memiliki karisma lazimnya akan meletakkan kepercayaan yang positif terhadap pelajarnya. Guru yang mendukung sifat kepemimpinan yang berkesan mampu menjaga kebajikan pelajar-pelajarnya. terbuka untuk berbincang dengan pelajar dan bertoleransi untuk mengambil kira pendapat serta keputusan pelajar bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan . Motivasi seumpama ini bukan sahaja mampu mewujudkan interaksi positif antara guru dengan pelajar tetapi juga menjadi platform kepada pemurnian jati diri pelajar sebagai manusia yang bermaruah dan berkeyakinan dalam mendepani cabaran hidup masa kini. Guru yang mengamalkan kepemimpinan yang baik akan lebih terbuka dengan persekitarannya dan mereka juga akan lebih mudah untuk berkerjasama dengan pelajar. dan menghidupkan bilik darjah mereka sendiri. Ghani. Keprihatianan guru adalah kunci kepada kekuatan daya kepimpinan seseorang guru. Abdul Rashid dan Abd. Kebajikan pelajar bukan semata-mata ditakrifkan sebagai keperluan lahiriah sahaja tetapi turut merangkumi penjagaan kebajikan dalam konteks yang lebih abstrak iaitu menjaga kebajikan pelajar dari segi rohani dan emosi. Kepimpinan guru menjadi faktor yang menyumbang kepada peningkatan persembahan dan kebolehan pelajar dalam pembelajaran dan sahsiah. kepimpinan guru juga mampu membawa implikasi yang positif terhadap moral dan akhlak pelajar di luar lingkungan bilik darjah mahupun sekolah kerana kepimpinan guru adalah picagari terbaik untuk menyuntik vitamin motivasi dalam diri pelajar. Penurunan kuasa guru kepada pelajar seumpama ini mampu memberi impak positif terhadap jiwa dan minda pelajar yang melihat bahawa keputusan mereka dalam sesuatu perkara turut dipentingkan dan dititikberatkan demi keselesaan mereka sendiri. guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk menghiasi. Keyakinan yang positif seseorang guru terhadap pelajarnya merupakan suatu proses refleksi positif yang terhasil daripada daya kepimpinan guru tersebut (Abdullah Sani. Di samping itu. 2009).

Sikap lepas tangan yang lazim digembar-gemburkan dalam media massa yang dikaikan dengan guru tidak mungkin akan timbul dengan adanya nilai kepimpinan dalam diri seseorang guru. Kepemimpinan pengetua yang merangkumi perkongsian matlamat. pendapat. bebanan kerja.3 Implikasi kepada sekolah Kepemimpinan guru besar atau pengetua dan para guru yang bersatu padu dalam menjana pembangunan dan keberkesanan sekolah menjadi tunggak penting yang menentukan kecemerlangan sekolah seperti yang dinyatakan oleh Andrew & Marefield. kewujudan budaya pembelajaran. Guru yang baik dan digemari pelajar lazimnya merupakan guru yang bervariasi dalam persembahan gaya pengajarannya serta peka terhadap keadaan pelajar yang berada di hadapannya. Pengetua menjadi perancang dan penggerak utama dalam memartabatkan visi dan misi sekolah. pengharapan yang tinggi. pengukuhan yang positif. permuafakatan antara rumah dan sekolah. Prasarana yang baik akan menzahirkan suasana yang kondusif serta harmoni untuk sesi pembelajaran. . 2005) iaitu sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang berwibawa. hak dan tanggungjawab murid. perhubungan baik dan erat sesama warga sekolah serta masyarakat luar merupakan antara bahagian-bahagian penting dalam budaya kepimpinan guru besar atau pengetua sekolah yang membawa natijah positif untuk pembangunan dan pembinaan ahli sekolah dan suasana sekolah yang dinamik dan kondusif. perkongsian visi dan matlamat. penumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru yang mempunyai daya kepimpinan yang berkesan mempunyai keupayaan untuk mempersembahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bermakna. 2006) memiliki 11 ciri penting yang dimulai dengan kepimpinan yang professional. Guru yang baik adalah pemimpin yang berkesan. pemantauan terhadap perkembangan. Prasarana sekolah juga menjadi lebih efisyen dan terkini dengan adanya guru yang berkepimpinan.pembelajaran. Sekolah yang berkesan mengikut Mortimore. 1995 (dalam Ahmad Zabidi. Kepimpinan guru di sekolah akan menjadikan sekolah lebih berkesan dari segi fungsi dan prestasinya. Sekolah yang kondusif mempunyai potensi untuk melahirkan modal insan yang berwibawa serta mampu untuk menggerakkan keupayaan diri walaupun telah berada di luar lingkungan sekolah. pengajaran yang bermatlamat. 1991 (dalam Yahya Din. 6. ceria dan berkesan. Guru yang terlalu pasif dan terlalu terikat dengan gaya pengajaran tertentu akan membuatkan suasana bilik darjah menjadi bosan dan suram yang seterusnya mengganggu penumpuan pelajar terhadap sesi pembelajaran. dan organisasi yang dinamik. Hal ini jelas kerana pelajar perlu dipengaruhi untuk membentuk kredibiliti mereka dan hanya guru yang baik sahaja yang mampu melakukan perkara tersebut sepertimana pemimpin yang berkarisma membina wawasan rakyatnya untuk mencapai tahap kemajuan yang tertinggi.

pegawai pendidikan dan masyarakat umum juga menerima implikasi daripada kepimpinan guru dan mereka ini turut dilibatkan oleh guru sebagai komuniti bukan guru yang diperlukan untuk sama-sama membina dan mencorakkan lahiriah dan rohaniah modal insan negara yang bukan sahaja mampu memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi turut menjiwai Rukun Negara dengan kefahaman yang jitu dan mantap sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Guru yang mengamalkan kepimpinan yang berkesan dapat menarik kepercayaan masyarakat untuk berkerjasama dengan pihak sekolah. mengubah keadaan. Hubungan ibu bapa dan guru yang tidak hanya terbatas di atas meja mensyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan membuka ruang kolaborasi yang lebih dinamik dalam perihal yang lebih besar wawasannya serta mengikis kebimbangan ibu bapa terhadap kredibiliti guru dalam aspek pembentukan disiplin dan jati diri anak mereka. Prinsip kerjasama dalam kepemimpinan adalah suatu . Seseorang pengetua yang berpandangan jauh melihat kepimpinan sebagai keperluan penting yang perlu dipikul bersama oleh semua pihak yang berada dalam lingkungan komuniti sekolah dan umum. Di samping itu. kakitangan sekolah. Guru yang berwibawa memiliki keupayaan untuk melibatkan ibu bapa dalam proses memberikan pendidikan formal kepada anakanak mereka. Karismatik guru juga menjadi prasyarat penting kepada pembangunan sekolah. Pihak berkuasa. membangunkan kemahiran dan pengetahuan guru meningkatkan lagi keupayaan organisasi seperti sekolah melonjak maju dan mencapai kecemerlangan secara menyeluruh. Ahli masyarakat yang dimaksudkan di sini adalah golongan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada kehidupan sosial pelajar. kakitangan sekolah ibu bapa dan masyarakat lain diberi peluang untuk terlibat dalam kepimpinan pengetua atau guru besar.4 Implikasi kepada masyarakat Walaupun fokus utama laporan ini adalah mengenai kepimpinan guru yang memfokuskan lingkungan sekolah. Ibu bapa turut menerima impak yang positif daripada karisma kepimpinan guru di sekolah. kebolehan mengatur strategi. namun implikasi daripada kepimpinan guru ini tidak hanya statik kepada ruang lingkup sekolah dan komunitinya sahaja malah lebih luas dengan melibatkan msyarakat umum. bakat serta tenaga daripada semua pihak bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya. 6. Kepimpinan Guru yang berkesan dan dinamik membuka peluang kerjasama dengan ahli masyarakat yang lain untuk membina dan membangunkan kredibiliti sekolah terutamanya dalam perkara yang melibatkan penyelesaian masalah disiplin pelajar dan pemantapan prestasi akademik pelajar. Hasrat besar seumpama ini memerlukan komitmen. Melalui hasrat ini maka semua guru-guru. dapat diperhatikan bahawa kepimpinan menjadi aspek perdana dalam menjana kekuatan sesebuah sekolah.Berdasarkan cirri-ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Martimore.

nilai kepemimpinan guru semememangnya turut memberi implikasi positif terhadap masyarakat terutamanya ibu bapa kerana ianya mampu memberi kesan jangka panjang yang positif demi pembangunan. 2007). Di samping itu. dalam laporan ini. Sebagai contoh. Kepemimpinan guru juga mampu meningkatkan sifat kendiri yang positif dalam kalangan guru. Hubungan guru dengan ibu bapa pula menghasilkan satu simpulan yang merentangkan tali yang panjang dan berupaya menerbangkan layang-layang di awan yang tinggi. Apabila wujud hubungan akrab dalam aspek ini antara ibu bapa dan guru maka sebarang permasalahan yang timbul akan lebih mudah untuk dirungkaikan dan diselesaikan. kepemimpinan guru dalam bilik darjah. kerjasama pihak berkuasa dan masyarakat umum dalam melaporkan salah laku pelajar di luar kawasan sekolah kepada pihak sekolah adalah satu lagi bentuk kerjasama yang boleh dibentuk dan dipupuk menerusi kepimpinan guru yang mempunyai keupayaan berkomunikasi dengan masyarakat yang ada di luar lingkungan sekolah. Antaranya. Pelajar adalah ibarat layang-layang yang memerlukan tali untuk berpaut bagi mengelak terlepas jauh ke lembah yang gelap. Kepemimpinan guru yang berkesan juga mengurangkan beban individu kerana kerjasama kumpulan lebih dititikberatkan. kami telah membincangkan tema kepepemimpinan atau kepimpinan guru dengan memperincikannya kepada lima subtajuk kecil. Ghani.0 ULASAN Secara ringkasnya. Prinsip kerjasama kepemimpinan adalah jawapan kepada penyatuan hubungan antara ibu bapa dan guru (Abdullah Sani. pengagihan tugas dalam mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) antara ibu bapa dan guru akan mengurangkan bebanan tugas sesama ahli persatuan dan seterusnya melicinkan perjalanan perjalanan mesyuarat berkenaan. Abdul Rashid dan Abd. 7. kepemimpinan . Perbincangan dan keputusan bersama menjadi intipati dalam melaksanakan tugas. Oleh itu. Guru yang berwibawa dan berkarisma menjadi anak tangga kepada pelajar untuk sampai ke tahap tertinggi. peningkatan dan kecemerlangan pelajar secara khususnya dan sekolah secara amnya.prinsip yang perlu diperkembangkan dengan lebih meluas antara guru dan masyarakat kerana kedua-dua pihak memerlukan suatu medium penyatuan hubungan dalam bentuk yang lebih praktikal.

para guru wajar menerima amanah tersebut dengan rasa rela hati selain menghayati peranan . Dalam subtajuk-subtajuk yang telah diperbincangkan ini. Dalam subtajuk kepemimpinan guru dalam bilik daarjah. bagi merealisasikan pembentukan generasi berakhlak mulia. Manakala dalam subtajuk kepemimpinan guru menurut perspektif Islam.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya.w. tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab guru sebagai pemimpin merupakan satu peranan besar yang bukan sahaja akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sesebuah sekolah malah. matlamat melahirkan generasi berakhlak mulia menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertepatan dengan seruan Rasulullah s. malah berperanan dalam menyampaikan ilmu agama Islam sebagai bekalan dalam kehidupan di akhirat sekaligus menyelamatkan manusia daripada azab api neraka. Oleh itu. Selain itu. kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah. ia lebih menekankan tentang tanggunggjawab guru dalam mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. dapat membentuk insan manusia yang berakhlak mulia dan unggul. Seterusnya subtajuk implikasi kepimpinan guru fokus kepada kupasan mengenai kesan atau keberhasilan kepimpinan guru kepada pelajar. masyarakat. Di samping itu. sekolah dan sebagainya. kewajipan guru dan bagaiman guru tersebut dapat merealisasikan matlamat utamanya sebagai guru menurut pandangan Islam. Ini kerana kepimpinan seorang guru dalam bilik darjah bukan sahaja mampu mempengaruhi keadaan dan iklim dalam bilik darjah tetapi juga akan turut mempengaruhi tingkah laku pelajar dalam bilik darjah. Di samping itu. Dalam subtajuk kompeten kepemimpinan guru. Kepimpinan guru yang cukup mantap dalam bilik darjah akan mampu membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang cukup berkesan di samping mampu menimbulkan minat pelajar untuk belajar. kompeten kepemimpinan guru.guru menurut perspektif Islam.a. Manakala kepemimpinan dan peranan guru dalam perspektif Islam dapat menjelaskan bahawa guru ini bukan sahaja menjadi orang yang berperanan sebagai pendidik dalam ilmu keduniaan. kepimpinan guru dalam bilik darjah bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan tetapi perlu diambil berat dan diberikan perhatian yang sewajarnya. ia memfokuskan kepada kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada seorang guru yang dapat menjadikan guru tersebut sebagai pemimpin yang berkesan kepada pelajar. perbahasannya lebih menerangkan tentang kedudukan guru itu dalam Islam. kami telah menghuraikan lebih mendalam bagaimana dikatakan dengan kepemimpinan guru dalam kelima-lima aspek penilaian tersebut. 8. subtajuk kepemimpinan guru dalam pengajaran dan budaya sekolah pula membincangkan tentang kemahiran guru dalam pengajarannya di dalam kelas peranannya dalam mempengaruhi budaya sekolah ke arah yang lebih baik. dan implikasi kepemimpinan guru.

(2004). Jika baik pengemudian kapal tersebut maka penumpang akan berlabuh dengan selamat tetapi jika buruk pengemudiannya maka karam atau mudarat yang menanti penumpang dan kemudi kapal itu. Manusia yang lahir sebagai murid tetapi mati sebagai guru yang berwibawa merupakan individu mulia yang akan menghuni hati-hati manusia yang pernah mendengar celotehnya dan celoteh itu pula akan menjadi kenangan manis yang penuh bermaruah. Guru sebagai pemimpin. Pendidikan Islam. “Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar”. Analogi ini memberi gambaran akan betapa pentingnya nilai kepimpinan seseorang guru yang juga digelar arkitek pembinaan insane dalam melaksanakan tugas yang tiada penghujungnya. Tanpa bebaling. Laporan Kajian Fakulti Pendidikan.sebenar sebagai pendidik seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya. Bangi: UKM. Halim et al. Pelajar dianalogikan sebagai penumpang kapal yang belayar di atas kapal yang dikemudi oleh kapten yang bergelar guru. Selangor: Dewan Pustaka Islam. BIBLIOGRAFI Ab. UKM dan Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. kapal tidak akan bergerak dan begitu juga tanpa sokongan dan dorongan ibu bapa maka semangat pelajar untuk mempersembahkan kredibiliti diri sukar digembleng. Ghani Abdullah (2007). Abdul Rashid Mohamed. Abdul Halim el-Muhammadi (1991). Prosiding Wacana Pendidikan Islam. Pendidikan akhlaq dalam KBSM: Persepsi pelajar terhadap konsep akhlak. Abdullah Sani Yahaya. Ibu bapa pula adalah bebaling yang menyokong dan memastikan kapal sampai ke destinasi yang hendak dituju sepertimana yang diharapkan. Ab. falsafah. Abd. disiplin dan peranan pendidik. . Halim Tamuri dan Zarin Ismail (2002). Guru boleh dianalogikan sebagai kapten kapal yang sedang mengemudi sebuah kapal yang tidak ada penghujung pelayarannya tetapi yang ada cuma persinggahan untuk menurunkan penumpangnya yang mengikuti pelayaran. Akhir sekali. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Shukor. Bhd. Aminuddin Mohd. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.html . Abd. Suppiah Nachiappan. Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Ramlan Jantan. Kepimpinan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Aziz Abd. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia.. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperolehi pada Mac 10. Noraini Abdullah. (2009). Kuala lumpur: PTS publishing Sdn. Kamarulzaman Kamaruddin. Kamarudin Zakaria (2000). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. & Hazalizah Hamzah.com/2010/04/1.Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Roslinda Mustapha. 2010 daripada . Diperoleh pada 18 Februari 2004 daripada Mohd. 2010 daripada .w. Hadari Nawawi (1993). Daud Hamzah (1990). Diperolehi pada Mac 18. Yahya Don (2005).blogspot. Yusuf (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Kepimpinan Rasulullah s. Kepimpinan yang efektif. Kepimpinan. http://yangalim.a. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->