You are on page 1of 3

Para Sahabat Nabi Adalah Pemuda

Pembinaan Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.

Kepada kamu -wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w
mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang
dilakukan.

Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan
menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
‫ ﺷﺎب ﻧﺸﺄ ﻓﻰ ﻋﺒﺎدة اﷲ‬: ‫وﻋﺪد ﻡﻨﻬﺎ‬... ‫ﺳﺒﻌﺔ ﻳﻈﻠﻬﻢ اﷲ ﻳﻮم ﻻ ﻇﻞ اﻻ ﻇﻠﻪ‬
Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan
kecuali perlindunganNya... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada
Allah.

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk


peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda
bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim:
‫ ﺣﻴﺎ ﺗﻚ ﻗﺒﻞ ﻡﻮﺗﻚ وﺻﺤﺘﻚ ﻗﺒﻞ ﺳﻘﻤﻚ وﻓﺮاﻏﻚ ﻗﺒﻞ ﺷﻐﻠﻚ وﺷﺒﺎﺏﻚ ﻗﺒﻞ‬:‫اﻏﺘﻨﻢ ﺧﻤﺴﺎ ﻗﺒﻞ ﺧﻤﺲ‬
‫هﺮﻡﻚ وﻏﻨﺎك ﻗﺒﻞ ﻓﻘﺮك‬
Maksudnya: Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu,
sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan
kayamu sebelum miskinmu.

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga


kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat
Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah:
‫ﻳﺎ ﻡﻌﺸﺮ اﻟﺸﺒﺎب ﻡﻦ اﺳﺘﻄﺎع ﻡﻨﻜﻢ اﻟﺒﺎءة ﻓﻠﻴﺘﺰوج ﻓﺎﻧﻪ اﻏﺾ ﻟﻠﺒﺼﺮ واﺣﺼﻦ ﻟﻠﻔﺮج‬
Maksudnya: Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin,
hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak...


baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
‫ﻋﻦ ﻋﻤﺮﻩ ﻓﻴﻤﺎ أﻓﻨﺎﻩ وﻋﻦ ﺷﺒﺎﺏﻪ ﻓﻴﻤﺎ أﺏﻼﻩ وﻋﻦ‬: ‫ﻻﺗﺰول ﻗﺪ ﻡﺎ ﻋﺒﺪ ﻳﻮم اﻟﻘﻴﺎﻡﺔ ﺣﺘﻰ ﻳﺴﺄل ﻋﻦ أرﺏﻊ‬
‫ﻡﺎﻟﻪ ﻡﻦ اﻳﻦ اآﺘﺴﺒﻪ وﻓﻴﻤﺎ اﻧﻔﻘﻪ وﻋﻦ ﻋﻠﻤﻪ ﻡﺎ ﻋﻤﻞ ﻓﻴﻪ‬
Maksudnya: Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang
umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya,
hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang
telah dilakukan dengannya.
Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan
kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Ahmad dan Abu Ya’la:
‫ان اﷲ ﻟﻴﻌﺠﺐ ﻡﻦ اﻟﺸﺒﺎب اﻟﺬى ﻟﻴﺲ ﻟﻪ ﺻﺒﻮة‬
Maksudnya: Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda
(untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan
menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w
bersabda:
‫أوﺻﻴﻜﻢ ﺏﺎاﻟﺸﺒﺎب ﺧﻴﺮا ﻓﺎﻧﻬﻢ أرق أﻓﺌﺪة ﻟﻘﺪ ﺏﻌﺜﻨﻰ اﷲ ﺏﺎﻟﺤﻨﻔﻴﺔ اﻟﺴﻤﺤﺔ ﻓﺤﺎﻟﻔﻨﻰ اﻟﺸﺒﺎب وﺧﺎﻟﻔﻨﻰ‬
‫اﻟﺸﻴﻮخ‬
Maksudnya: Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati
mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para
pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak
lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda
terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani
dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi
berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar
Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin
fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat.
Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad
menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia
dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai
seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat
kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki
mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di
jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah
untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada
perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia
kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.
Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat
ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh
pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-
tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada
intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau
empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda
daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam
berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w.
manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua. Begitu juga Abdullah
bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan
berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah
pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka
adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar
panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah
Islamiah melalui tangan mereka. Kamu semua mengetahui -wahai pemuda-, bahawa
tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam,
Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para
pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan
Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar
hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China
di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah.
Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga
menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-
Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang
bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya: “Turunlah di mana sahaja
kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan
untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan
dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-
orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan
bagi umat Muhammad ini.

* * *

Selepas pendahuluan ini saya akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
para pemuda kita hari ini satu persatu, kemudian saya akan menjelaskan cara penyelesaian
yang positif untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut. Di dalam rumusan jalan
penyelesaian, saya akan membincangkan secara ringkas peranan dan tugas mereka di dalam
mendirikan masyarakat Islam.

Semuanya ini akan kamu dapati wahai saudara-saudaraku -para pemuda- di dalam buku
“Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini”

Kamu akan dapati perbincangan ini tersusun berdasarkan tajuk-tajuk yang jelas. Ia disusun
berdasarkan fasal-fasal berikut:
Pertama : Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
Kedua : Cabaran serangan pemikiran.
Ketiga : Cabaran keruntuhan akhlak.
Keempat : Cabaran kerajaan sekular.