P. 1
gangguan seks di tempat kerja.docx

gangguan seks di tempat kerja.docx

|Views: 7|Likes:
Published by Azmi Suhardi
pengetahuan serba sedikit ttg isu gangguan seksual di tempat kerja
pengetahuan serba sedikit ttg isu gangguan seksual di tempat kerja

More info:

Categories:Types, Reviews
Published by: Azmi Suhardi on Jun 09, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/10/2014

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN Gangguan seksual bukanlah satu isu yang baru, tapi telah menjadi isu global yang telah hangat dibincangkan oleh banyak pihak bukan sahaja di negara ini bahkan diseluruh dunia. Saban hari, terdapat sahaja berita yang membicarakan isu ini sama ada melalui media elektronik atau media cetak. Pokok perbincangan adalah berkisar kepada diri mangsa. Pengkaji-pengkaji berusaha bersungguh-sungguh mencari faktor-faktor yang mendorong gangguan seksual ini berlaku. Akhirnya banyak faktor telah ditemui bagi menjawab persoalan mengapa tingkah laku tidak bermoral ini sanggup dilakukan oleh pelaku-pelakunya. Di samping itu, isu yang menjadi minat juga kepada pengkaji pengkaji lepas terhadap konsep ini ialah kesan yang ditanggung oleh mangsa. Kebanyakan keputusan kajian yang dibuat menyatakan bahawa mangsa dikatakan berasa tidak selamat di tempat kerja atau mengalami tekanan psikologi sehingga menganggu kehidupan seharian mereka. Kesan lansung dan tidak lansung daripada tindakan yang tidak bermoral ini akhirnya dikaitkan dengan rendahnya prestasi mangsa dan kerugian yang perlu ditanggung oleh organisasi.Oleh itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil oleh organisasi atau pihak-pihak berkenaan, kemungkinan perlakuan gangguan seksual ini akhirnya boleh menjadi satu wabak dalam masyarakat.

2.0

PENGERTIAN KONSEP GANGGUAN SEKSUAL

Kamus mendefinisikan gangguan seksual sebagai kesusahan akibat dari serangan yang berulang-ulang. Oleh itu, terma gangguan seksual merujuk kepada tingkah laku yang ada kaitan dengan elemen seksual yang dilakukan secara berulang-ulang yang boleh menimbulkan kesusahan kepada orang yang menerimanya.

1

1990). mendefinasikan ganggguan seksual sebagai segala pertuturan. dan memberi kesan negatif terhadap prestasi kerja dan mewujudkan permusuhan di persekitaran tempat kerja. tingkah laku. 2 . gangguan seksual boleh dirujuk sebagai salah satu bentuk diskriminasi yang melibatkan penghinaan. Menurut (EEOC) ataupun The Equal Employement Opportunity Commission (1980) pula gangguan seksual sebagai perlakuan seksual secara berlebihan yang tidak diingini. Menurut Sinclair dan Anor (1994). penganiayaan dan kelakuan yang mengancam pihak yang terlibat oleh seseorang atau sekumpulan orang kerana hendak memenuhi keinginan seksual mereka.Terdapat banyak definisi gangguan seksual yang dibuat oleh pengkaji untuk mentakrifkan maksud sebenar gangguan seksual. Definisi yang lebih jelas telah dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja. Makna gangguan seksual seperti yang tercatat dalam Kod Amalan (Persekutuan Majikan Malaysia. 1999) yang dilancarkan oleh Kementerian Sumber Manusia pula mendefinisikan gangguan seksual sebagai perlakuan-perlakuan seperti menjilat bibir atau makan dengan cara menggoda boleh dianggap sebagai gangguan seksual. isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di tempat kerja (Zaiton. 2. gangguan seksual dibahagikan kepada dua iaitu pengenaan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo. sentuhan fizikal. Kod amalan tersebut juga menjelaskan bahawa gangguan seksual bermakna tingkah laku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa.1 Jenis-jenis gangguan seksual Berdasarkan kod amalan tersebut. Manakala Backhouse dan Cohen (1981) pula mentakrifkan gangguan seksual sebagai segala kritikan yang bercorak seksual yang berulang-ulang yang ingin dihindari kerana ia menyebabkan individu rasa tidak selesa di tempat kerja. Malaysia. dan tingkah laku yang disifatkan menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada mangsa di tempat kerja.

Manakala gangguan jenis kedua pula ialah perlakuan dilakukan sama ada secara lisan. c. menepuk. visual. Gangguan Secara Lisan Gangguan secara lisan ini dinyatakan dalam perlakuan yang menjurus kepada gangguan seksual b. mengugut pekerja bawahan supaya memberi layanan seksual kepadanya sebagai ganjaran kenaikan pangkat atau gaji. mencubit. melukis gambar lucah. memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu. e.Gangguan jenis pertama tersebut ialah gangguan seksual secara langsung dan biasanya berlaku antara majikan dan pekerja. Gangguan Secara Visual Dikategorikan sebagai gangguan visual pula menyatakan perlakuan seperti menunjukkan bahan-bahan lucah. a. Gangguan Secara Fizikal Gangguan secara fizikal merupakan bentuk perlakuan seperti sentuhan. Gangguan Secara Isyarat Gangguan secara isyarat atau bukan lisan dinyatakan sebagai perlakuan yang berbentuk pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan. Gangguan Secara Psikologi Gangguan secara psikologi pula adalah berbentuk perlakuan mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak. berlaku apabila pegawai atasan yang mempunyai kuasa menentukan gaji atau kenaikan pangkat. isyarat. dan sebagainya d. psikologi dan fizikal. mengusap dan menggesel badan 3 .

al (1982) iaitu Model Biologikal. Model Organisasi dan Model Sosio-budaya. a. teori dan model yang digunakan di sini adalah bertujuan untuk membolehkan suatu kerangka pemikiran dan bagi tujuan pengkaji mengkonstrukkan isu dan permasalahan yang dibincangkan. Model Sosio-Budaya Model Sosio-budaya mengandaikan bahawa gangguan seksual sebagai satu manifestasi kepada patriarchy system. Abd Rahim (2003) telah mengemukakan Teori Seksualiti serta tiga model oleh Tangri et. kehendak dan kuasa seksualiti. 4 . di mana lelaki dianggap sebagai pemerintah dan masyarakat secara umumnya harus mengesahkan pemerintahannya. iaitu melalui hierarki dan hubungan autoriti yang khusus yang mana. Model Biologikal Model Biologikal mengandaikan bahawa gangguan seksual merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh individu atas dorongan seks dan bersifat semulajadi. individu boleh menggunakan kuasa atau statusnya untuk mendapatkan kepuasan seksual daripada orang bawahannya. Model Organisasi Model Organisasi mengandaikan bahawa gangguan seksual di tempat kerja berlaku adalah akibat daripada peluang-peluang tertentu yang terhasil daripada pembentukan struktur organisasi. b.3. Apa yang penting di sini ialah. d.0 PENDEKATAN-PENDEKATAN GANGGUAN SEKSUAL Terdapat banyak pendekatan yang relevan dan boleh diaplikasikan dengan masalah gangguan seksual di tempat kerja. Model ini juga mengandaikan kaum lelaki lebih kuat kemahuan seksualnya berbanding kaum wanita. Teori Seksualiti Teori seksualiti menjelaskan perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong oleh kemahuan. Banyak pengkaji mencari pendekatan yang boleh digunakan bagi membendung isu gangguan seksual di tempat kerja. c.

0 PERSONALITI MANGSA DAN PELAKU GANGGUAN SEKSUAL Personaliti merupakan satu konsep yang digunakan apabila menggambarkan diri seseorang.berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual.suka dikelilingi. d.suka bergantung kepada orang lain e.tegas. motivasi dan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi (Ryckman. personaliti mangsa dan pelaku gangguan seksual dapat dikenalpasti melalui trettret personaliti berikut: a. Para pengkaji bersepakat mengatakan bahawa personaliti merupakan ciri-ciri yang dinamik dan tersusun dimiliki oleh seseorang yang secara unik mempengaruhi kognitif.tidak stabil dari segi emosi dan psikologi. berinteraksi dan bekerja dengan orang lain. j. l.cekal dan bermotivasi untuk menyelesaikan semua tugas.suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin. f. Biasanya personaliti diberi definisi mengikut kecenderungan masyarakat. Menurut kajian yang dibuat oleh pengkaji. Bersandar .berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati. Autonomi . Ekstrovert .lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. 2000). h. Menolong . Introvert . berani dan tidak suka dimanipulasi. kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain. Analatikal sensitif kepada persekitaran dan keputusan dibuat berdasarkan pemerhatian. g.suka mengelak situasi-situasi yang akan memaksa mereka berkomunikasi di samping suka bersendirian menyelesaikan sesuatu tugas.4. Ketahanan . Intelektual . c. Mengawal . i. b. Agreasif . Kepelbagaian mendapatkan berterusan. 5 - dapat menghayati yang baru berbagai-bagai ke arah situasi bagi yang pengalaman perubahan . Kritik-diri . k.

simpati dan ingin dikasihi. perasaan takut apabila berseorangan.memerlukan perhatian.tekanan. Mangsa gangguan seksual akan mengalaini gangguan fikiran. Sekiranya produktiviti sesebuah syarikat berkurangan. mahukan status yang tinggi dan suka persaingan. 6 . Mangsa juga berkemungkinan besar akan membuat keputusan untuk terus berhenti bekerja di syarikat berkenaan. Mangsa akan mengalami keresahan. berulangulang dan terperinci. n. Struktur .m. 5.0 KESAN-KESAN GANGGUAN SEKSUAL Peristiwa gangguan seksual boleh mewujudkan suasana kerja tidak tenteram dan tidak menarik. cepat naik radang dan lain-lain tanda tekanan kerja. Trauma emosi dan mental yang dialami oleh mangsa membuatkannya hilang tumpuan dan minat terhadap kerjanya. Akhirnya pekerja yang terlibat akan dibuang kerja ataupun berhenti kerja Gangguan seksual juga didapati mempunyai kesan negatif ke atas produktiviti syarikat dimana kekerapan untuk mangsa bekerja berkurangan disebabkan kepada ketakutan pada pelaku gangguan seksual di tempat kerja.bermotivasi. maka daya saing bagi sesebuah syarikat itu akan menjadi lemah disebabkan produktiviti yang berkurang. kebersihan serta perkara-perkara yang berstruktur. Sokongan . Pencapaian .suka kepada kekemasan. Kepuasan kerja dan prestasi kerja mangsa juga akan menunm. o. dan merasai lemah (powerlessness) apabila terserempak dengan pengganggu seksual yang berkenaan. Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa gangguan seksual boleh menjejaskan kesihatan mangsa terbabit.

6. antara langkah yang boleh diambil oleh mangsa adalah dengan membuat catatan tentang kejadian gangguan seksual yang anda alami. mangsa boleh memberitahu pada orang lain tentang gangguan seksual yang di alami. atasan. Selain itu. tempat kejadian. Mangsa juga boleh melaporkan gangguan seksual tersebut. kemungkinan maruah dan nama baik sesebuah organisasi akan tercalar dan membawa kesan yang buruk kepada organisasi. atau siapa saja yang dipercayai bagi mengelakkan perasaan tertekan atau trauma pada diri mangsa. Sekiranya isu ini tidak dikawal oleh sesebuah organisasi. Kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan 7 . Laporkan kepada seminima bilangan orang yang mungkin agar dapat menjaga kepentingan mangsa dan sipelaku gangguan seksual. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh organisasi antaranya.0 CADANGAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN Langkah-langkah pencegahan gangguan seksual hendaklah dilaksanakan dengan lebih ketat dan menyeluruh. pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Mangsa hendaklah mencatat dengan teliti identiti pelaku. saksi. Peraturan yang dibuat mestilah dihebahkan dan dikuatkuasakan secara serta merta agar isu gangguan seksual dapat dibendung. kerana gangguan seksual melanggari undang-undang. dan bahan bukti.Sebagai mangsa langkah-langkah pencegahan awal dari diri sendiri hendaklah dibuat. Organisasi juga merupakan salah satu pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal isu gangguan seksual di tempat kerja. waktu. tempat kejadian. Setiap peraturan atau undang-undang yang dibuat atau digubal mestilah meliputi keseluruhan aspek bagi tujuan membendung isu gangguan seksual daripada terus berlarutan. membuat peraturan bertulis yang mana ianya lebih menyeluruh dan melindungi mangsa gangguan seksual serta hukuman yang akan dikenakan pada pelaku gangguan seksual. Ceritakan kepada rakan.

prosedur membuat aduan. dan program promosi dan pendidikan. Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam memastikan isu permasalahan ganguan seksual di tempat kerja ini dapat di kawal dan sekaligus dibendung. Kebanyakan negara maju hari ini telah memperkenalkan pendidikan seks bagi mendedahkan pelbagai isu bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual. peraturan disiplin dan hukuman langkah-langkah perlindungan dan pemulihan kepada mangsa. Kod Amalan yang diwujudkan di Malaysia merupakan salah satu langkah yang dibuat oleh kerajaan yang menggariskan secara komprehensif mekanisma dalaman yang patut ditubuhkan oleh organisasi bagi mencegah. dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. 8 .bantuan pakar kaunseling. menangani. mangsa akan rasa lebih tenang dan selamat. Selain itu. Antara elemen penting dalam mekanisma tersebut ialah:       satu kenyataan dasar yang melarang gangguan seksual di dalam organisasi. cara terbaik yang boleh dilaksanakan adalah melalui pendidikan sejak kecil lagi ini kerana pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Dengan kemudahan kaunseling yang bersesuaian. definisi gangguan seksual yang jelas.

9 . Kod Amalan ini merupakan satu mekanisme dalaman untuk memberi kesedaran kepada pekerja tentang keburukan perilaku ini dan langkah yang perlu diambil untuk menangani dan seterusnya membasmi masalah ini. memahami dan menghormati hak orang lain. tetapi merupakan fenomena sejagat. gangguan seksual di teinpat kerja berlaku tetapi sejauhmana dan berapa serius masalah ini berlaku belum dapat ditentukan. Data mengenai gangguan seksual di tempat kerja di Malaysia belum lagi dibangunkan dengan lengkap. usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Sumber Manusia untuk membendung dan membasmi masalah ini dengan memperkenalkan satu kod amalan yang dinamakan “Kod Amalan Untuk Pencegahan dan Pembasmian Ganggunn Seksual Di Tempat Kerja ”. Langkah yang diambil oleh beberapa syarikat besar boleh dijadikan sebagai contoh untuk dilaksanakan oleh syarikat lain. Gangguan seksual juga tidak terhad di sesebuah negara atau wilayah sahaja. Beberapa kemajuan telah dicapai dalam usaha untuk menangani dan mengurangkan kecenderungan untuk melakukan gangguan seksual di tempat kerja. Syarikat Dupont telah memperkenalkan “A Matter of Respect Program” bagi tujuan menghindar gangguan seksual melalui kesedaran. Di Malaysia. Federal Express dan Levi Strauss juga melaksanakan program yang serupa. budaya dan tatacara kerja. Masalah ini menjadi semakin serius dan perlu mendapat perhatian secara global kerana boleh menyebabkan pergerakan dan penempatan kakitangan syarikat merentasi sempadan negara.7.0 KESIMPULAN Gangguan seksual merupakan satu bentuk salahlaku yang serius di tempat kerja. Ia boleh dianggap sebagai suatu bentuk diskriminasi seksual kerana mangsa boleh mengalami gangguan emosi dan mental yang serius. Sungguhpun begitu.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->