P. 1
Perkembangan kanak-kanak

Perkembangan kanak-kanak

4.67

|Views: 53,630|Likes:

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: SITI FARAH IDAYUBINTI MADI on Apr 27, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Hasil tugasan ini adalah hak milik saya dan tiada amalan plagiat dijalankan.

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI) 891116-03-5558 IPKB/PPISMP/JUL/07-001297 PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN MT/PJ/BI (II) JANUARI 2009

1 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Kandungan

Bil . 1. 2. 3. 4. 5. 6. Penghargaan

Perkara

Muka surat 4 6 8 10 14 17

Jadual pelaksanaan tugasan Objektif Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak Persamaan dan perbezaan antaran pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak Faktor-faktor perkembangan kanak-kanak Perkembangan fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) Perkembangan kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran Rumusan/cadangan Refleksi Rujukan Lampiran

19 24 30 35 47 51 53 55 57

3 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Penghargaan

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya akhirnya dapat menyiapkan kerja kursus bagi „Perkembangan Kanak-kanak‟. Jutaan terima kasih saya tujukan buat Encik Zarawi bin Mat Noor selaku pensyarah Perkembangan Kanak-kanak yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Terima kasih juga saya hadiahkan buat kedua ibu bapa saya, Madi bin Hussain dan Sanariah binti Ariffin yang telah banyak memberi dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa buat rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberikan kerjasama pada setiap masa. Sekian, terima kasih.

Yang menghargai,

(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI) MT/PJ/BI (II)

5 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Jadual Pelaksanaan Tugasan

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

TARIKH 19 Februari 2009 20 Februari 2009 21Februari 2009 22 Februari 2009 23 Februari 2009 24 Februari 2009

INPUT & TUGAS Penerimaan tugasan. Membuat ringkasan sumber bahan untuk rujukan. Membuat perancangan untuk mencari sumber bahan. Mencari sumber di perpustakaan. Memulakan penulisan draf pertama. Merujuk kepada pensyarah semasa dalam kuliah berhubung tugasan.

7. 8. 9. 10. 11.

25 Februari 2009 26 Februari 2009 27 Februari 2009 28 Februari 2009 1 Mac 2009

Perbincangan mengenai draf. Mempelajari cara menghasilkan portfolio. Menaip segala input yang diperlukan. Meneruskan tugasan dengan menyiapkan draf akhir. Merujuk pensyarah berhubung dengan subtopik yang dimaksudkan.

12. 13. 14.

2 Mac 2009 3 Mac 2009 4 Mac 2009

Menyemak semula hasil tugasan yang telah siap. Menyempurnakan tugasan. Membuat semakan terakhir.

7 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Objektif Tugasan
Tugasan ini menyumbang kepada pelbagai manfaat untuk para guru pelatih untuk meningkatkan ilmu pengetahuan guru pelatih mengenai pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak. Tugasan ini berdimensikan kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Ringkasan objektif tugasan ini adalah seperti berikut: 1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 2. Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 3. Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 4. Prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. 6. Perkembangan fizikal kanak-kanak. 7. Perkembangan kognitif kanak-kanak. 8. Implikasi: 8.1 Perkembangan fizikal; 8.2 Perkembangan kognitif. 9. Rumusan/cadangan

9 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1.1 1.2

Konsep pertumbuhan kanak-kanak. Konsep perkembangan kanak-kanak

10 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1. Konsep pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Setiap yang hidup pasti akan menjalani dua proses utama yang asas bagi merealisasikan sebuah kehidupan. Proses tersebut adalah perkembangan dan pertumbuhan. Dua proses ini merupakan induksi yang penting untuk mematangkan atau mendewasakan semua benda hidup. Perincian bagi perkembangan adalah perubahan abstrak yang berterusan hingga ke akhir hayat benda hidup tersebut. Pertumbuhan pula adalah perubahan fizikal yang terhad pada beberapa faktor.

1.1 Konsep pertumbuhan kanak-kanak Woolfolk dan Margetts (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mensifatkan pertumbuhan sebagai perubahan dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, ini bermaksud pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan bilangan saraf-saraf otak. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), pertumbuhan adalah perubahanperubahan fizikal yang berlaku pada manusia. Ia juga perubahan-perubahan kuantitatif yang berlaku dalam diri manusia. Mok Soon Sang (2009) pula menjelaskan bahawa pertumbuhan adalah perubahan fizikal tubuh badan.

Kesimpulannya, pertumbuhan bermaksud suatu perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku hingga ke satu tahap perubahan itu akan berhenti.

11 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

1.2 Konsep perkembangan kanak-kanak Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), perkembangan didenifnisikan sebagai perubahab-perubahan sistematik yang berterusan dalam seseorang daripada tarikh lahir hinggalah kematiannya. Perubahan-perubahan ini adalah perubahan kualitatif yang berlaku secara progresif dalam diri manusia. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah laku mental. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara „kualitatif‟ serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Karl E. Garrison pula meyatakan bahawa perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif. Ia tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat organisma. Ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan
12 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benarbenar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.

Kesimpulannya perkembangan dapat ditakrifkan sebagai satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

13 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.1 2.2

Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak.

14 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.1

Ciri-ciri pertumbuhan kanak-kanak

Pertumbuhan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 2.1.1 Pertumbuhan manusia bersifat kuantitatif, ia dapat dilihat dan diukur. 2.1.2 Saiz dan struktur badan bertambah dan kanak-kanak kelihatan lebih besar secara fizikal. 2.1.3 Selain daripada itu, saiz otak dan organ-organ dalaman juga bertambah. Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal. 2.1.4 Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibubapa dan persekitaran individu tersebut. 2.1.5 Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu kepada individu dan ia berlaku peringkat demi peringkat.

15 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

2.2

Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak

Perkembangan mempunyai beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat. Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut:

2.2.1 Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. 2.2.2 Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif. 2.2.3 Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. 2.2.4 Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. 2.2.5 Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. 2.2.6 Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. 2.2.7 Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. 2.2.8 Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

16 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

17 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

3. Persamaan dan Perbezaan antara pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak

Persamaan
Proses ini membabitkan manusia. Mempunyai corak tertentu. Susunan sama bagi semua ahli. Berlaku secaraberterusan

Perbezaan
Aspek Jasmani Pertumbuhan Tinggi, saiz, berat, pertumbuhan gigi, urat daging dan saraf pancaindera Mental Keupayaan berfikir bertambah termasuk perkara yang subjektif. Emosi Memiliki pelbagai ragam perasaan sayang, gembira, riang, cemburu, duka, marah dan takut. Sosial Kenalan semakin bertambah. Keupayaan memilih kenalan. Memahami konsep perasaan, menguasai dan mengawal perasaan ketika marah, takut dan cemburu. Perkembangan Kemahiran menggunakan anggota badan seperti merangkak, berjalan, melompat dan berlari. Kemahiran menggunakan bahasa, angka dan membuat penaakulan.

Struktur

Mengikut pola dari kepala ke kaki dan dari tengah ke sisi.

Mengikut kematangan dan pengalaman pembelajaran

18 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

19 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4. Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak
4.1 Menurut Mook Soon Sang (2009) prinsip-prinsip perkembangan adalah seperti berikut: 4.1.1 Pertumbuhan berlaku dalam dua arah 4.1.1.1 4.1.1.2 Dari atas ke bawah. Dari tepi ke tengah.

4.1.2 Pertumbuhan struktur fizikal mendahului kemahiran fungsinya. 4.1.3 Pertumbuhan secara menyeluruh mendahului secara khusus. 4.1.4 Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu. 4.1.5 Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga hayat akhir. 4.1.6 Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial. 4.1.7 Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat berikut: 4.1.7.1 4.1.7.2 4.1.7.3 4.1.7.4 4.1.7.5 4.1.7.6 4.1.7.7 4.1.7.8 4.1.7.9 Peringkat pralahir (prenatal) Peringkat bayi Peringkat awal kanak-kanak (dalam kandung 9 bulan) (0-2 tahun) (2-6 tahun)

Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-9 tahun) Peringkat akhir kanak-kanak Peringkat awal remaja Peringkat pertengahan remaja Peringkat akhir remaja Peringkat dewasa (9-11 tahun) (11-15 tahun) (16-18 tahun) (18-21 tahun) (21-60 tahun) (60 tahun ke atas)

4.1.7.10 Peringkat tua

4.1.8 Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak. 4.1.9 Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
20 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.2 Mengikut Dr. Ragbir Kaur (2008), prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut: 4.2.1 Perkembangan fizikal, kognitif dan sosial manusai berlaku pada kadar yang berlainan. 4.2.2 Perkembangan seorang manusia adalah disebabkan oleh pertumbuhan dan kematangan. 4.2.3 Kematangan adalah perubahan dalam tingkah laku manusia yang berlaku secara semulajadi, secara spontan dan tidak berada dalam kawalan manusia. 4.2.4 Pertumbuhan ialah perubahan fizikal yang boleh dilihat seperti ketinggian dan pertumbuhan rambut. 4.2.5 Pertumbuhan berlaku daripada umum kapada spesifik. 4.2.6 Pertumbuhan dan perkembangan menunjukkan pertambahan dalam kompleksiti organ dan sistem saraf manusia. 4.2.7 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam satu susunan yang boleh diramal. 4.2.8 Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara perlahan-lahan.

4.3 Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut: 4.3.1 Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam perkembangan kognitif dan bahasa. 4.3.2 Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum beransur ke otot-otot halus.

21 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.3.3 Pertumbuhan dan perkembangan adalah satu proses yang berlaku secara berterusan. Dalam proses perkembangan seorang kanak-kanak akan menambah kemahiran sedia ada. Kemahiran yang ada padanya sekarang juga merupakan asas untuk mencapai kemahiran-kemahiran baru kelak. 4.3.4 Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya,

setengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di dalam sebuah bilik darjah. 4.3.5 Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan memerlukan usaha. 4.3.6 Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru caracara berenang.

4.4 Mengikut sumber lain, prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut: 4.4.1 Ada arah tertentu yang dapat diramalkan: 4.4.1.1 4.4.1.2 Arah dari kepala ke kaki (cephalocaudal) Arah dari tengah ke tepi (proximodistal)

4.4.2 Susunannya adalah serupa bagi semua ahli: ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Contohnya: duduk sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.

22 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

4.4.3 Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. 4.4.4 Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa fertilisasi ovum oleh sperma sehingga ke peringkat kematian. 4.4.5 Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. 4.4.6 Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. 4.4.7 Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Proses

perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahanperubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anakanak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti: 4.4.7.1 4.4.7.2 4.4.7.3 Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti; Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal; Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk perkembangan kognitif; 4.4.7.4 Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi dan sosial.

23 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

24 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

5. Faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak
5.1 Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008), faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah seperti berikut: 5.1.1 Dua faktor utama yang mempengaruhi perkembangan seorang individu iaitu baka dan persekitaran. 5.1.2 Faktor baka terdiri daripada pengaruh genetik, perbezaan fizikal, perbezaan kognitif dan perbezaan emosi dalam diri manusia. 5.1.3 Faktor persekitaran pula terdiri daripada keluarga, rakan sebaya, budaya, teknologi, guru dan sekolah, media massa serta masyarakat. 5.1.4 Faktor keluarga terdiri daripada faktor suasana rumah pemakanan dan taraf status sosio ekonomi serta kebudayaan. 5.1.5 Kedua-dua faktor baka dan persekitaran adalah penting dalam membentuk pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.

5.2 Mengikut sumber lain, faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dihuraikan seperti di bawah: Perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktor persekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teori perkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang serupa dalam peringkatperingkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkat pertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajian ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antara satu sama lain.
25 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman sel sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri, kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Rajah berikut mengilustrasikan bagaimana proses percantuman dan pertukaran kromosom berlaku dalam proses persenyawaan di antara sel sperma dan sel ovum.
27 MAC 2008

26 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Rajah 1: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

27 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak 27 MAC Berdasarkan huraian di atas, gen merupakan penentu utama dalam perwarisan

ciri-ciri perkembangan individu serta sesetengah penyakit ibu bapa. Pengaruh genetic terhadap perkembangan manusia dapat diperhatikan ke atas ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai cirri fizikal, seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiran fizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warna rambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi, emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga, rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumber teknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiap peringkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalah telah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan Misalnya; 5.1 Kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.

28 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

5.2 Makanan

berzat

dan

seimbang

akan

membantu

kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. 5.3 Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. 5.4 Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Menurut NAEYC (National Association For the Education of Young Children), perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran yang

melingkunginya, seperti rumah dan sekolah.

29 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.1 6.2 6.3

Konsep perkembangan fizikal kanak-kanak; Prinsip perkembangan fizikal kanak-kanak; Peringkat-peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak;

30 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.1

Konsep Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun)

Menurut Woolfolk & Margetts (2007), perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia. Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung, perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyak disebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman dan juga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikal seseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi dan lebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warna rambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting. Menurut Buss dan Plomin (1985) dalam Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004), kajian mendapati kanak-kanak yang kembar seiras mempunyai persamaan dalam tahap aktiviti, emosi dan kebolehsesuaian berbanding dengan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak kembar lain uri. Kajian ini membuktikan baka mempunyai pengaruh yang besar ke atas pertumbuhan dan perkembangan individu.

31 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.2

Prinsip Perkembangan Fizikal Kanak-kanak (6-12 tahun)

6.2.1 Prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak adalah seperti berikut: 6.2.1.1 6.2.1.2 6.2.1.3 6.2.1.4 Perkembangan bermula daripada kepala hingga kaki bayi. Pertumbuhan bermula daripada bahagian tengah badan. Kebolehan kanak-kanak semakin jelas dan spesifik. Aspek perkembangan fizikal pada peringkat yang berbeza.

6.2.2 Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), prinsip asas perkembangan fizikal kanak-kanak dihuraikan seperti berikut: 6.2.2.1 Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi berkembang dahulu diikuti dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki. Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir. Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badanya menggunakan lengan. Pada usia 6 tahun hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan. 6.2.2.2 Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar. Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat prenatal, jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai obkel yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih tidak dapt mengawal otot-otot tnagannya. Selepas beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk

32 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

menggengam objek sengan sebelah tangan menggunakan jari tanagan kerana otot tangan sudah berkembang. 6.2.2.3 Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik. Sebagai contoh nya, sekiranya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis dengan kuat. Selepas beberapa bulan, jika inseden yang sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapai bolah menunjuk kepada kepala yang sakit. Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan memberitahu kepalanya sakit. 6.2.2.4 Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza. Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu mengambil masa lebih lama. Kreativiti misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul

berkembang dengan lebih perlahan.

33 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

6.3

Peringkat-peringkat kanak (6-12 tahun)

Perkembangan Fizikal Kanak-

Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini. Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahan kemahiran-kemahiran psikomotor yang sedia ada. Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti. Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun. Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 sehingga 12 tahun akan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun. Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus. Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kapada mereka. Perkembanagn otot-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak menulis dengan lebih kemas, belajr bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga. Kanak-kanak lelaki cenderung kepada permainan lasak misalnya permainan di padang.

34 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.1 7.2 7.3 7.4 7.5

Konsep perkembangan kognitif kanak-kanak; Peringkat operasi konkrit; Teori perkembangan kognitif Jean Piaget; Teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky. Teori-teori metakognisi

35 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.1

Konsep Perkembangan Kognitif Kanak-kanak (6-12 tahun)
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), kemahiran kognitif

merupakan kebolehan individu berfikir, memberi pendapat memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengketogeri, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Mok Soon Sang (2008) menyatakan, maksud kognitif adalah berkaitan rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Maka perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berkaitan rapat dengan perkembangan otaknya serta interaksi sosial, khasnya dengan rakan sebaya yang lebih berpengalaman. Dengan perkataan lain, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung kepada perkembangan otak atau sensorimotor (fizikal) serta interaksi dengan orang yang lebih berpengalaman, iaitu perkembangan sosial. Tambahan pula, perkembangan kognitif juga tidak dapat dipisahkan daripada kemahiran berfikir, sesuatu proses pemikiran berlandaskan pengendalian metakognisi. Kesimpulannya, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah perkembangan otak kanak-kanak tersebut yang membolehkan kanak-kanak tersebut mengenal,

membanding beza dan berfikir tentang sesuatu. Ia juga selari dengan perkembangan fizikal dan sosial kanak-kanak tersebut.

36 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.2

Peringkat Operasi Konkrit (6-12 tahun)
Kanak-kanak peringkat operasi konkrit juga secara beransur-ansur berubah

daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered atau objektif (slavin, 1997). Pemikiran decentered membolehkan kanak-kanak memahami bahawa persepsi orang lain berlainan daripada mereka. Contohnya bila seseorang kanak-kanak peringkat operasi konkrit ditanya, apakah bentuk awan yang dia lihat pada masa itu? Jawapannya mungkin arnab. Sementara kawannya nampak burung dan yang lain jawab pokok. Dia dapat menerima jawapan rakan-rakannya kerana dia memahami orang lain masing-masing mempunyai persepsi tersendiri. Satu lagi kebolehan yang diperolehi oleh kanak-kanak peringkat konkrit ialah individu tersebut boleh memikirkan secara serentak tentang keseluruhan kumpulan objek dan hubungan di antara subordinate atau sub-kumpulan yang membentuk kumpulan besar tersebut. Kebolehan ini dinamakan 'class inclusion'.

37 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.3

Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

7.3.1Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,

manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: 7.3.1.1 7.3.1.2 7.3.1.3 7.3.1.4 Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) dan Keseimbangan (Equilibrium)

Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan

maklumatmaklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat
38 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. 7.3.2 Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria
39 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Peringkat Operasi Konkrit (7 – 12 tahun) Kanak-kanak mula memperolehi konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanakkanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objekobjek konkrit dan pengalaman secara langsung.

7.3.3

7.3.4 Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk

menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah matematik.

40 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Piaget, pada peringkat ini kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasi kemahiran ini apabila berfikir tentang objek, situasi dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan yang logik. Beberapa pemikiran yang beransur-ansur dikuasai oleh kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit ini ialah pengekalan terutamanya isipadu dan berat, mengklasifikasi dan mengkategori serta juga berupaya membuat perkaitan logik (relational logic).

Pengekalan ( conservation ) Pengekalan bermaksud memahami bahawa perubahan objek atau susunan tidak mengubah cirinya atau sifatnya. Pengekalan berlaku pada isipadu atau kuantiti cecair,berat bahan pepejal seperti plastersin dan nombor. Seperti dalam rajah di bawah, sekiranya ditanya soalan kepada kanak-kanak berusia 7 tahun, bekas A atau B' yang banyak air, dia tentu menjawab B' kerana dia telah memperoleh konsep pengekalan isipadu air. Dia juga telah menguasai konsep 'tidak memusat' (decenter) iaitu boleh melihat kaitan tinggi dan lebar bekas air. Dia juga secara mental melakukan proses pembalikan iaitu menuang semula ke dalam bekas A. A dan B adalah 2 gelas yang sama besar diisi kandungan air. Air dalam bekas B dituang dengan air yang sama banyak kepada bekas tinggi iaitu bekas B'

41 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Mengklasifikasi Kanak-kanak peringkat operasi konkrit boleh mengumpul benda-benda mengikut ciricirinya ke dalam kategori tertentu. Contohnya pengangkutan darat terdiri daripada kenderaan seperti kereta, lori, van, basikal, motosikal, trak, ambulance. Cirinya beroda 2, 4 atau lebih dan bergerak atas jalan raya. Begitu juga kereta api, LRT, Putera RT yang merupakan pengangkutan darat yang berjalan di atas landasannya.

Perkaitan Logik Salah satu kebolehan penting peringkat operasi formal iaitu pemahaman yang lebih baik tentang perkaitan kuantitatif dan perkaitan logik. Contohnya guru memberi arahan "berbaris mengikut ketinggian, dari tinggi ke rendah". Arahan seperti ini mudah difahami oleh mereka yang berada di peringkat operasi konkrit. Mereka telah berkebolehan membuat persirian secara mental (mental seriation) iaitu kebolehan untuk menyusun dalam minda mereka senarai secara siri ketinggian atau berat. Mereka juga berkebolehan dalam 'transitiviti' iaitu menerangkan perkaitan antara elemen dalam sesuatu senarai. Contohnya, Fadlullah lebih tinggi daripada Redza. Redza pula lebih tinggi daripada Firdaus. Siapakah yang lebih tinggi, Fadlullah atau Redza? Mereka yang talah berada di peringkat operasi konkrit akan boleh memberi jawapan yang betul iaitu Fadlullah lebih tinggi daripada Firdaus.

42 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.4

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
7.4.1 Lev Semenovich Vygotsky (1896-1934) merupakan ahli psikologi Russia. Beliau mendalami bidang ilmu perubatan dan kemudian beralaih kepada pengajian undang-undang dan pada masa yang sama mendalami bidang kesususteraan. Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat perhatian bertajuk “The Psychology of Art”. Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif individu

berlaku dlam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. Beliau memberi alternatif kapada idea Piaget tentang

perkembanagn kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Perkambangan mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), pemikiran kanak-kanak berkembang akibat pergaulan dengan orang lain. Baginya, kanak-kanak tidak dapat membina pengetahuannya sendiri melainkan dengan interaksi bersama individu-individu di persekitarannya. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua peringkat: 7.4.1.1 Peringkat sosial

Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain di persekitarannya. 7.4.1.2 Peringkat individu (peribadi)

Kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu (peribadi). Maklumat yang diperolehi ini bileh menukar skemata individu.
43 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.4.2 Zon Perkembangan Proksimal

HAD ATAS
Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya: Boleh membuat penambahan angka 1-1000 sendiri.

ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Contohnya: Membuat penambahan angka 1-1000 dengan bantuan.

HAD BAWAH
Kemahiran yang boleh/telah dicapai sendiri oleh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Contohnya: Kanak-kanak sudah mahir menambah angka 1-1000.

7.4.3 Perancah (Scaffolding) Bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan. Menurut Santrock (2007) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), apabila seseorang pelajar mempelajari kemahiran baru atau kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi bimbingan penuh tetapi pelajar sudah mula memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut.

44 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Menurut Lev Vygotsky dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), selain berkomunikasi denagn orang lain, kanak-kanak berkomunikasi sendiri. bertukar dorongan sekitar usia 3-7 tahun mereka

dengan ini

diri

Komunikasi kepada

seterusnya hati atau kelak.

suara

pemikiran

dewasa

Komunikasi sebegini memberi impak yang positif untuk kanak-kanak tersebut (Berk & Spuhl, 1995) dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009).

45 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

7.5

Teori Perkembangan Metakognisi

Berdasarkan Mok Soon Sang (2008) antara teori matakognisi adalah seperti berikut: 7.5.1 Dewey (1910) menghuraikan pemikiran sebagai aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. 7.5.2 Guilford (1967) berpendapat pemikiran merupakan sesuatu jenis kibolehan atau keupayaan. Ia mempunyai pelbagai kemahiran berfikir. 7.5.3 Teori Roger Sperry (1979) nghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya berfikir secara kreatif. 7.5.4 Mayor (1977) manfsirkan pemikiran sebagai pengelolaan operasi mental dalam sistem kognitif dan digunakan untuk menyelesaiakn masalah. 7.5.5 Davidoff (1979) melihat pemikiran sebagai penggunaan simbol, gambar, perkataan, pengamatan dan konsep. Melalu pemikiran, rangsangan luar yang diterima oleh deria akan ditafsirkan dengan peggunakan perkataan atau simbol untuk membentuk konsep terhadap rangsanagn tersebut. 7.5.6 Beyer (1991) memberi erti pemikiran sebagai operasi mental terhadap input deria dengan menggunakan maklumat ingatan untuk menaakul, mengadaptasi dan mengasimilasikannya dengan tujuan membentuk untuk mencari sesuatu makna. 7.5.7 Menurut pandangan Islam, pemikiran ialah sesuatu proses ynag

menggunakan minda untuk mencari makna dan penyelesaian terhadap sesuatu keraguan untuk masalah yang tertimbul dengan menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan dan keputusan serta refleksi yang logikal dan munasabah terhadap proses yang dialami.

46 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.1

Implikasi perkembangan fizikal terhadap proses pengajaran dan pembelajaran;

8.2

Implikasi perkembangan kognitif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran;

8.3

Kesimpulan implikasi perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak (6-12 tahun).

47 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.1

Implikasi Perkembangan Fizikal kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Pada peringkat ini kanak-kanak boleh diajar bermain alat-alat muzik pada aktiviti-aktiviti seperti melukis. Mereka juga boleh dilibatkan dalam aktiviti permeianan dan latihanlatihan seperti berenang, gimnastik untuk menguatkan otot, daya tahan serta membina pergerakan yang lebh cekap. Guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti yang lasak untuk kanak-kanak lelaki, misalnya bola sepak dan permainan atau sukan yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan misalnya bola jaring. Aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai yang perlu siterapkan kapada kanak-kanak. Perbezaan saiz, berat badan dengan rakan sebaya, lebih-lebih lagi jika kanak-kanak tersebut terlebih berat badan bolh menimbulkan masalah sosial dan masalah penyesuaian.

8.2

Implikasi Perkembangan Kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Implikasi daripada teori Jean Piaget. 8.2.1 Teruskan penggunaan bahan yang konkrit terutamanya untuk mempelajari kemhiran tertentu. 8.2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajar. 8.2.3 Memastikan pembentangan dan pembacaaan adalah rngkas dan tersusun. 8.2.4 Menggunakan contoh-contoh yang sesuai dan berkaitan dengan pengalaman pelajar untuk mengajar mereka perkara-perkara yang lebih kompleks. 8.2.5 Memperkenalkan soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah yang

memerlukan pemikiran logik dan analitik. Implikasi daripada teori Lev Vygotsky. 8.2.6 Penilaian perlu difokuskan untuk menentukan Zon Perkembangan Proksimal setiap kanak-kanak.
48 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

8.2.7 Menggunakan Zon Perkembangan Proksimal dalam pengajaran. 8.2.8 Menggalakkan bantuan daripada rakan sebaya yang sudah mahir. 8.2.9 Mengawal dan menggalakkan kanak-kanak bercakap sendiri semasa

menyelesaikan sesuatu masalah. 8.2.10 Memberi arahan yang bermakna.

8.3

Kesimpulan Implikasi Perkembangan Fizikal dan Kognitif kanak-kanak (6-12 tahun) Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran.

Faktor-faktor genetik dan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan manusia melahirkan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosial di antara satu dengan yang lain. Ini bermakna, setiap pelajar di dalam bilik darjah adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran mengikut kebolehan pelajar. Sehubungan ini, guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan, pengayaan dan sebagainya, untuk melayan pelajar yang berbeza dari segi jasmani, intelek, emosi dan sosialnya.

Gambar 1: Setiap pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza

49 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Mengikut

kajian

pakar-pakar

pendidik,

kanak-kanak

pada

keseluruhannya

mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Untuk membantu murid-murid ini mengatasi masalah pembelajaran mereka, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan. Seperti mana yang telah dihuraikan, murid-murid di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi intelek, jasmani, rohani, emosi, pengalaman, minat, bakat dan sebagainya. Oleh yang demikian, kadar keupayaan mereka belajar juga berbeza. Di dalam sesebuah kelas yang mengandungi ramai murid, perbezaan-perbezaan ini

sememangnya tidak dapat diberi perhatian dan dilayani oleh guru secara penuhnya. Tambahan pula, untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang begitu berat, guru terpaksa menggunakan kaedah seluruh kelas dalam aktiviti pengajaran mereka. Dalam keadaan ini, murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah tentu tidak boleh menerima apa yang diajarkan oleh guru. Akibatnya, murid-murid ini ketinggalan di belakang kerana tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang ditentukan. Dalam situasi ini, program pemulihan hendaklah disediakan untuk mereka dengan serta-merta supaya masalah-masalah pembelajaran tidak berhimpun hingga ke peringkat yang tidak dapat dipulihkan lagi. Murid-murid yang lemah dalam pelajaran mereka memang memerlukan perhatian dan bimbingan guru semasa mereka menjalani aktiviti pembelajaran dan membuat kerja bertulis. Murid-murid dalam golongan ini biasanya tidak bermotivasi untuk belajar, tidak tahu cara belajar dan cara menyelesaikan masalah di samping tidak berdisiplin semasa belajar. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka biasanya kurang cerdas, lambat berfikir dan bertindak serta cepat lupa kemahiran atau fakta yang baru dipelajari. Muridmurid ini memang memerlukan banyak perhatian dan bimbingan guru, sama ada secara kumpulan kecil atau secara individu. Justeru itu, program pemulihan haruslah disediakan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang mereka hadapi.

50 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

51 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

9. Rumusan/Cadangan
Pertumbuhan melibatkan aspek fizikal seperti perubahan ketinggian dan saiz badan. Pertumbuhan berlaku secara berperingkat yang selari dengan perkembangan kognitif dan perkembangan sosial. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa aspek perubahan. Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapi jelas berubah melalui peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang menuju ke arah tertentu serta dijangkakan. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan

persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani dan kematangan mental. Corak perkembangan berbezabeza di mana semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan kognitif kanak-kanak sememangnya harus diberi tumpuan utama kerana kanak-kanak merupakan insan yang mudah menerima dan menginterpretasikan sesuatu perkara dengan cepat. Sehubungan dengan itu, induksi utama yang wajar menuntun kanak-kanak ini adalah ibu bapa dan guru. Ini kerana, mereka merupakan insan paling hampir dengan kanak-kanak tersebut. Tindakan utama yang harus dilakukan ialah membentuk sahsiah kanak-kanak tersebut melalui pengajaran nilai-nilai murni untuk menguatkan jati diri kanak-kanak. Kanakkanak ialah individu yang mudah dibentuk. Oleh yang demikian, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif adalah amat penting untuk melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

52 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

53 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Refleksi
Ringkasan refleksi: 1. Mengenal subjek Perkembangan kanak-kanak; 2. Mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak; 3. Boleh membanding beza antara pertumbuhan dan perkembangan; 4. Mendalami psikologi kanak-kanak; 5. Memantapkan ilmu mengenai kanak-kanak; 6. Mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak; 7. Persediaan untuk peperiksaan.

Sepanjang proses untuk menyiapakan kerja kursus ini, saya telah berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat mengenal subjek perkembangan kanak-kanak dengan lebih terperinci. Saya sebelum ini tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan. Selain itu, melalui kerja kursus ini, saya dapat mengetahui konsep perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Dengan itu, pengetahuan saya terhadap konsep sebenar perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak semakin jelas difahami. Saya juga telah dapat membuat perbandingan antara perkembangan dan pertumbuhan . mengetahui perbezaannya adalah merupakan perkara yang penting untuk mengenal konsep sebenar yang telah dipelajari. Saya dapat mendalami psikologi kanak-kanak. Sebagai seorang bakal guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai psikologi kanak-kanak untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Selain mendalami psikologi kanak-kanak, kerja kursus ini membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan mengenai kanak-kanak. Ini adalah penting untuk memastikan bahawa bakal guru yang bakal lahir pada mada hadapan adalah guru yang kritir, kreatif dan inovatif. Secara tidak langsung, saya mempalajari dengan lebih mendalam mengenai kanak-kanak. Ini amat penting untuk persediaan untuk menempuh peperiksaan pada akhir semesta nanti. “Berilmu, Beriman dan Bertawakal”

54 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

55 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

Rujukan

Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Salleh Lebar (1999). Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007). Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1992). Psiologi Pendidikan 1 Konsep Asas Psikologi dan Psikologi Pendidikan, Psikologi Perkembangan. Subang Jaya: Longman

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0501&pub=utusan_malaysia &sec=kesihatan&pg=kn_01.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0403&pub=utusan_ma laysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_08.htm&arc=hive http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0405&pub=utusan_ma laysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

56 Februari 2009

EDU3102 Perkembangan Kanak-kanak

57 Februari 2009

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->