You are on page 1of 1

Dilahirkan pada 20 Jun 1964 di Kampung Matang Jelutong oleh pasangan suami isteri, Majid bin Din dan

Jah bt Man. Anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik ini mula mendapat pendidikan awalnya di Sk Matang Jelutong pada tahun 1971. Pendidikan awalnya berakhir pada tahun 1976 dan meneruskan pelajarannya di SMK Bagan Serai yang kini dikenali sebagai SMK Alang Iskandar hingga ke Tingkatan 6 Atas. Kecemerlangan beliau terserlah sewaktu dibangku sekolah sehingga beiau diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Mohd Khalid Johor Baharu pada tahun 1987. Setelah 3 tahun menimba ilmu pendidikan di sana, beliau telah mula ditempatkan di Sk Permas Jaya, Johor Baharu pada 4 Disember 1989. Maka bermulalah beliau sebagai seorang warga pendidik yang digelar Cikgu. Disinilah beliau mula mengenal erti seorang guru. Ilmu dicurahkan tanpa rasa jemu dengan berbekalkan semangat dan iltizam yang tinggi demi untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan. Masa terus berlalu, hari berganti hari, tahun berganti tahun. Pada tanggal 27.10.1994, setelah 5 tahun berkhidmat, beliau telah bertukar ke negeri kelahirannya iaitu Sk Cangkat Lobak. Kehebatan beliau dalam bidang ICT memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau mula menerima tugas dan tanggungjawab tersebut sejak mula berkhidmat di Sk Cangkat Lobak . Atas dasar itu, beliau telah dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah Kerian untuk memikul tanggungjawab sebagai Jurulatih Utama dalam bidang ICT. Beliau merupakan antara orang yang bertanggungjawab memperkenalkan ICT di kalangan guru-guru daerah Kerian malah di seluruh negeri Perak. Komitmen dan kesungguhan serta kreadibiliti beliau dalam bidang pendidikan sangat terserlah. Berpegang kepada prinsip di mana bumi di pijak, disitu langit dijunjung, di mana ada kemahuan di situ ada jalan, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1997. Selain mahir dalam bidang ICT, beliau juga merupakan guru pakar dalam subjek matematik. Beliau juga merupakan salah seorang Jurulatih dalam subjek matematik