You are on page 1of 1

Melalui, Puan Pengetua, SMK Sg Nibong 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang.

Kepada, Yang Berbahagia Ustaz Muhammad Kazim b. Elias, Pusat Pendidikan Barakah, Lot 61083 Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi, 30020 Ipoh Perak Darul Ridzuan. Yang Berbahagia Ustaz, JEMPUTAN SELAKU PENCERAMAH MAJLIS PERMUAFAKATAN ISLAM Kami warga SMK Sg. Nibong mengambil kesempatan ini ingin menjemput Yang Berbahagia Ustaz agar dapat memberi ceramah dalam majlis penerapan ilmu bagi pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan PMR dan SPM. 2. Untuk makluman Ustaz, kami warga SMK Sg. Nibong sentiasa mengikuti setiap ceramah yang disampaikan oleh ustaz melalui kaca televisyen dan mengharapkan sentuhan ilmu daripada ustaz dalam membimbing anak-anak didik kami. 3. Kami sedia maklum, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjemput Yang Berbahagia Ustaz selaku penceramah dalam majlis yang akan kami anjurkan ini, memandangkan ustaz sentiasa sibuk dengan pelbagai program yang telah diatur sepanjang tahun,namun kami terus berdoa agar permintaan kami medapat tempat di hati ustaz. 4. Andai kata ustaz bersedia, kami menanti dengan penuh kesabaran di mana hari, tarikh dan masa tidak kami tetapkan.Kami mengharap agar majlis ini dapat diadakan dari bulan Jun hingga ogos 2013. Saguhati yang diputuskan oleh pihak sekolah sebanyak RM1500.00. 5. Akhir kata kami warga sekolah SMK Sg. Nibong berharap agar impian dan harapan kami pada tahun ini akan menjadi kenyataan. Kehadiran Yang berbahagia ustaz amat dihargai.

11 JUN 2013

Yang benar, .... Setiausaha, Majlis Permuafakatan Islam Smk Sg Nibong.