You are on page 1of 25

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENDIDIKAN MORAL
(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN DUA

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS


MASALAH PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN MORAL
TAHUN DUA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Cetakan Pertama 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

KANDUNGAN

MUKA SURAT

RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PENDAHULUAN MATLAMAT OBJEKTIF STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD FOKUS MATA PELAJARAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENTAKSIRAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

v vi 1 1 1 2 3 3 6 7 9

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

vi

PENDAHULUAN

menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah

seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk

Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

berakhlak mulia.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas murid: i. mengamalkan

Masalah Pembelajaran membolehkan

tingkah

laku

dan

sikap

positif

dalam

menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat

ii.

mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian

diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga

iii.

menunjukkan

kemahiran

dan

keterampilan

ke

arah

i. ii. iii. iv. v. vi.

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

kehidupan bekerjaya iv. mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna v. menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi

Kurikulum modal

Berasaskan insan yang

Tunjang

dibina

bagi dan

membangunkan

berpengetahuan

berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: Bentuk Kurikulum Transformasi

KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran

6.1

Modul Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan itu berakhlak mulia dan bermoral. Pendidikan Moral Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menekankan aspek pemupukan dan

diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. 5.1 Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

perkembangan nilai-nilai murni serta asas ketatanegaraan agar murid-murid dapat mengamal dan menyesuaikan diri dalam masyarakat majmuk secara bersepadu. Di samping itu juga murid dapat menyatakan nilai-nilai murni

masyarakat Malaysia, mengamalkan tabiat dan perlakuan yang bermoral dalam kehidupan seharian dan menyatakan

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard

sebab sesuatu keputusan dan tindakan dibuat.

Kandungan.

6.2

Pelaksanaan Modul Pendidikan Moral

ii. Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul danmerasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak

TUNJANG KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL

betul

Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas berkaitan nilai-nilai murni, berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral

iii. Perlakuan Moral Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara
Perasaan Moral Aspek kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira membuat sesuatu yang betul dan merasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

bertanggungjawab dan bermoral

Kurikulum Pendidikan Moral mengandungi 14 nilai murni. Nilai-nilai murni ini disampaikan kepada murid-murid untuk membentuk modal insan dan rakyat Malaysia yang

Perlakuan Moral- Kebolehan insan mengawal diri dan bertindak secara bertanggungjawab dan bermoral

berakhlak mulia. Nilai-nilai murni tersebut adalah: Kepercayaan kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan

i. Pemikiran Moral Maklumat dan idea asas yang berkaitan nilai-nilai murni berfikir secara rasional untuk membuat penaakulan dan pertimbangan moral

pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

Keberanian Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan Hormat Menghargai menghormati dan memuliakan seseorang sosial serta Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara setiap perlakuan

peraturan

institusi

dengan

memberi layanan yang bersopan

pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai

6.3

Perlaksanaan Modul Pendidikan Moral

kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah:

6.3.1

Modul Pengajaran Pendidikan Moral Modul pengajaran disediakan berpandu kepada Standard Kurikulum Pendidikan Moral untuk membantu guru

Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual

menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang yang

bersesuaian mengikut keperluan. Penglibatan murid aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.3.2

Modul Pembelajaran Pendidikan Moral Modul Pembelajaran Pendidikan Moral disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja

Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid untuk mencapai Standard Kandungan dan Standard

Pembelajaran. Pengulangan kemahiran adalah untuk mempertingkatkan sahsiah murid dengan penerapan nilainilai murni.

PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan pengajaran dengan dan senarai semak. Segala perancangan bersama

pembelajaran

hendaklah

dibuat

Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan

pembelajaran yang seterusnya.

DRAF
PENDIDIKAN MORAL TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1. Kepercayaan kepada Tuhan 1.1

1.1 Kejadian alam

1.1.1

Menyebut benda ciptaan Tuhan yang terdapat di sekeliling murid di luar bilik darjah

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.1.2

Menyebut benda rekaan manusia yang terdapat di sekeliling murid di luar bilik darjah

1.1.3

Mengenalpasti benda ciptaan Tuhan di sekeliling murid

1.1.4

Mengenalpasti benda rekaan manusia di sekeliling murid

2. Baik Hati

2.1 Membantu guru

2.1.1

Melakukan aktiviti harian untuk membantu guru

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas

2.1.2

Menunjukkan sikap baik hati yang ada pada diri semasa melakukan aktiviti membantu guru

2.1.3

Mengamalkan sikap baik hati dengan membantu guru dalam aktiviti seharian

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.

Bertanggungjawab

3.1 Tanggungjawab diri

3.1.1 Menyatakan tanggungjawab pada diri semasa di dalam bilik darjah 3.1.2 Bertanggungjawab menjaga kebersihan diri semasa berada di dalam bilik darjah 3.1.3 Melaksanakan tanggungjawab pada diri semasa di luar bilik darjah

Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

4.

Berterima kasih

4.1 Sikap berterima kasih

4.1.1 Melafazkan ucapan terima kasih 4.1.2 Melakukan pelbagai cara memberi penghargaan 4.1.3 Mengamalkan sikap berterima kasih dalam kehidupan seharian

Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

5.

Hemah tinggi

5.1 Adab dalam tutur kata dan tingkah laku

5.1.1 Melafazkan tutur kata yang sopan 5.1.2 Melaksanakan tingkah laku yang sopan 5.1.3 Mengamalkan tutur kata dan tingkah laku yang sopan dalam kehidupan seharian

Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

10

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

6.

Hormat

6.1 Menghormati guru

6.1.1 Melafazkan ucapan hormat kepada guru 6.1.2 Menunjukkan cara menghormati guru

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan 6.3 Menghormati bendera 6.3.1 Menunjukkan cara menghormati bendera negeri 6.3.2 Mengamalkan cara menghormati bendera negeri 6.2 Menghormati peraturan 6.2.1 Mematuhi peraturan dalam aktiviti seharian di sekolah

6.4 Menghormati lagu negeri

6.4.1 6.4.2

Menunjukkan cara menghormati lagu negeri Mengamalkan cara menghormati lagu negeri

7.

Kasih sayang

7.1 Menyayangi ibu bapa

7.1.1 Menunjukkan cara menyayangi ibu bapa 7.1.2 Mengamalkan cara menyayangi ibu bapa

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas

dalam kehidupan seharian

11

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

8.

Keadilan

8.1 Bersikap adil dalam perlakuan seharian

8.1.1 Mengamalkan sikap adil dalam pembahagian makanan bersama rakan 8.1.2 Mengamalkan sikap adil dalam pembahagian mainan bersama rakan 8.1.3 Mengamalkan sikap adil dalam pergaulan bersama rakan

Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

9.

Keberanian

9.1 Berani berkomunikasi dengan rakan sekelas

9.1.1 9.1.2

Menunjukkan sikap berani tampil ke hadapan Menunjukkan sikap berani mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah 9.1.3

Mengamalkan sikap berani dalam aktiviti seharian

12

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

10. Kejujuran

10.1 Bersikap jujur dalam diri

10.1.1 Menyebut perlakuan yang jujur 10.1.2 Menyebut sebab perlunya bercakap benar

Bersikap benar, amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

10.1.3 Mengamalkan sikap bercakap benar dalam perlakuan seharian

11. Kerajinan

11.1 Bersikap rajin dalam perlakuan seharian

11.1.1 Menyebut kebaikan hasil dari bersikap rajin 11.1.2 Mengamalkan sikap rajin dalam aktiviti seharian

Usaha yang berterusan, bersungguhsungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

13

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

12. Kerjasama

12.1 Berkerjasama dengan Individu yang memerlukan

12.1.1 Menyebut kebaikan bekerjasama 12.1.2 Menyatakan aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama 12.1.3 Menunjukkan sikap positif dalam melaksanakan aktiviti bersama 12.1.4 Mengamalkan aktiviti bekerjasama

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

13. Kesederhanaan

13.1 Bersikap sederhana dalam diri

13.1.1 Menyebut perlakuan sederhana dalam diri 13.1.2 Menunjukkan sikap sederhana dalam amalan seharian

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

14

DRAF
TAJUK STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

14. Toleransi

14.1 Bersikap toleransi dalam diri

14.1.1 Menunjukkan sikap sabar 14.1.2 Menunjukkan cara berinteraksi dua hala

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup

dengan baik 14.1.3 Menunjukkan sikap rendah diri dalam aktiviti seharian

15

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Terbitan:

Kementerian Pelajaran Malaysia


Bahagian Pembangunan Kurikulum Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03- 8888 9917

You might also like