Penjajahan Bahasa

Sekali imbas, penguasaan Bahasa Inggeris kelihatan seperti membawa peluang ekonomi yang lebih baik. India menjadi juara outsource atau subkontrak melibatkan operasi pusat perkhidmatan pelanggan dan pengaturcaraan. Formulanya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang baik. Begitu juga warga Filipina yang menjadi pembantu rumah, jururawat dan pelayan di seluruh dunia yang tidak diragui kemampuan bahasa Inggeris yang baik. Kedua-dua India dan Filipina menggunakan Bahasa Inggeris dalam pendidikan primer mereka. Faktor inilah yang menarik minat firma antarabangsa untuk menggunakan khidmat mereka iaitu sumber pekerja berbahasa Inggeris yang berkemahiran tinggi pada harga yang murah. Kedudukan India sebagai pilihan firma antarabangsa untuk operasi pusat perkhidmatan pelanggan dan pengaturcaraan membuka peluang ekonomi yang lebih baik kepada 1.6 juta generasi baru India. Dahulunya mereka hanya berpeluang menjadi jurujual dengan purata gaji sebanyak US$1800 setahun, tetapi bekerja di firma subkontrak membolehkan mereka mencapai gaji permulaan antara US$3600 hingga US$6000 iaitu sekitar RM12,509 ke RM20,489. Dengan gaji sebegitu banyak, mereka bukan sahaja menjadi lebih kaya daripada ibu bapa mereka tetapi ini membuka pintu kepada mereka bagi menyertai golongan kelas menengah India yang rata-rata mempunyai pendapatan sekitar US$5000 (RM17,374) setahun. Kini Filipina juga mengikut jejak langkah India sebagai destinasi pilihan firma-firma antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat. Industri Subkontrak di negara Filipina mencatatkan perkembangan sebanyak 90 peratus pada tahun 2006 dan menyumbang US$1.7 bilion atau RM5.9 bilion kepada ekonomi Filipina. Faktor teras yang menjadikan Filipina pilihan syarikat-syarikat antarabangsa ialah pendedahan meluas mereka kepada budaya Barat. Mereka dianggap lebih serasi melayan kerenah pelanggan dari Amerika Syarikat. Pada Oktober 2006, Philippine Overseas Employment Administration menetapkan gaji pembantu rumah warga Filipina yang bekerja di luar negara dinaikkan daripada US$200 (RM686) kepada US$400 (RM1,372). Untuk perbandingan, atendan penerbangan di Filipina menerima gaji US$200 manakala jurutera pula mendapat bayaran US$400 setahun. Menurut rekod data Bank Dunia, imigran Filipina menyumbang US$17 bilion setahun ke tanah air mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan sumbangan mereka itulah yang menyokong ekonomi Filipina yang tenat kerana jumlah itu melebihi jumlah pelaburan terus asing dalam negara.

Tetapi, adakah perkembangan pesat dari segi material sebegini dapat memberi pertumbuhan yang sihat kepada warga India dan Filipina? Kerjaya sebagai pegawai khidmat pelanggan memerlukan mereka berkerja lewat malam melayan para pelanggan di Amerika Syarikat dan Eropah. Bukan itu sahaja, rata-rata pelanggan mereka bersikap tidak sabar dan mengherdik mereka. Kaji selidik meliputi 1,749 pekerja di 19 syarikat subkontrak dijalankan oleh firma konsultan teknologi International Data Corp dan majalah Dataquest mendedahkan satu sisi yang mengejutkan melibatkan tenaga kerja asing murah yang mahir berbahasa Inggeris. Sejumlah 32 peratus responden mengadu mengalami kesukaran untuk tidur. Suku daripada mereka mengalami masalah penghadaman manakala satu per lima menghadapi masalah penglihatan. Masalah tidur dan penghadaman mungkin dianggap kecil. Bagi Dr. Ravi Kasliwal, pakar kardiologi Hospital Indraprastha Apollo di New Delhi melihatnya sebagai petanda buruk. Menurut Ravi, masalah tersebut adalah simptom kepada penyakit jantung. Ditambah pula dengan faktor makanan tradisi India yang berlemak tinggi dan faktor genetik yang membawa risiko diabetis yang lebih tinggi. Kehilangan produktiviti dijangka membawa kerugian sebanyak US$9 bilion kepada India. Bagi generasi muda Filipina yang ditinggalkan ibu bapa yang bekerja di luar negara, duit yang dihantar pulang tidak begitu bermakna kerana masalah sosial yang melanda mereka. Tanpa pengawasan ibu bapa, mereka terdedah kepada penyalahgunaan dadah, seks rambang dan gagal dalam persekolahan. Kajian Asia-Pacific Policy Center di Manila mendedahkan remaja Filipina dalam lingkungan 13-16 tahun adalah kumpulan yang paling teruk terjejas. Organisasi untuk Pekerja Migran dan Keluarga di Quezon City adalah antara organisasi yang prihatin dengan keadaan keadaan meruncing ini. Nimfa Melegrito yang mengetuai organisasi ini telah mengalami kesan kerjaya sebagai pekerja imigran terhadap perkembangan keluarganya. Tiada seorang pun anaknya berjaya menamatkan pengajian di kolej seperti yang diharapkannya walaupun dia dapat menghantar wang setiap bulan. Di India krisis kewangan dunia sudah mula menggugah industri subkontrak mereka. Para pekerja tempatan berkemahiran dalam bahasa Inggeris mendukung perjalanan firma antarabangsa dalam aspek pengurusan pejabat. Realitinya para pekerja ini tidak berupaya bertahan tanpa kewujudan firma-firma subkontrak. Jika firma-firma antarabangsa tidak lagi mampu menggunakan khidmat mereka, berlaku pengangguran wargakerja industri ini secara besar-besaran.

Walaupun terkenal dalam bidang pengaturcaraan, kebanyakan pekerja IT di India hanyalah orang bawahan yang mengikut sahaja arahan klien mereka. India dilihat masih tidak mampu menghasilkan inovasi mereka sendiri. Partha Iyengar, ketua penyelidikan Gartner Group di India melihat ia sebagai satu petanda kronik dalam industri IT tempatan Filipina mengalami kerugian apabila kedudukan mereka sebagai negara terkaya telah merosot dari tangga 19 pada tahun 1960 kepada tangga 43 pada tahun 2006. Tanpa langkah proaktif, penutur-penutur Bahasa Inggeris di India dan Filipina dilihat akan terus bergantung kepada Barat untuk menjana ekonomi mereka dengan melakukan kerja-kerja remeh. Mereka tidak dilatih menjadi pembuat keputusan yang efektif apatah lagi menjadi pekerja bersifat innovator melalui kemahiran bahasa Inggeris yang sangat diperlukan oleh negara Barat untuk dominasi pasaran global. Sama ada pendidikan Bahasa Inggeris dapat menjadikan mereka jagoan dalam industri atau sumber tenaga murah untuk Barat, satu persoalan yang memerlukan pencerahan minda daripada pelopornya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.