Rumusan Berpandukan dapatan kajian yang diterangkan dalam bab 4, Persoalan kajian kedua iaitu apakah terdapat hubungan

pencapaian ekonomi berdasarkan simbol, graf dan penyelesaian masalah dalam mata pelajaran ekonomi telah dapat dihuraikan. Dapatan kajian mendapati bahawa pencapaian ekonomi mempunyai hubungan yang tinggi berdasarkan pencapaian graf dan mempunyai hubungan yang sederhana terhadap penyelesaian masalah. Ini menunjukkan bahawa pencapaian graf yang tinggi akan membawa kepada pencapaian ekonomi yang tinggi manakala pencapaian graf yang rendah akan membawa kepada pencapaian ekonomi yang rendah. Pencapaian ekomoni dan graf mempuyai hubungan ini adalah saling mempengaruhi. Dapatan ini telah dibuktikan melalui Ujian Kolerasi Pearson yang menunjukkan hubungan positif yang significant antara graf dengan pecapaian ekonomi ( r = 0.8, p < 0.01). Manakala hubungan bagi pencapaian ekonomi terhadap penyelesaian masalah pula adalah sederhana. Ujian Kolerasi Pearson mempunyai hubungan positif yang significant antara penyelesaian masalah dengan pecapaian ekonomi ( r = 0.7, p < 0.01). Hubungan yang positif ini menunjukkkan pencapaian dalam penyelesaian masalah yang tinggi juga akan membawa kepada pencapaian ekonomi yang tinggi manakala pencapaian penyelesaian masalah yang rendah akan membawa kepada pencapaian ekonomi yang rendah. Hubungan yang paling rendah adalah diantara Simbol dengan penyelesaian masalah mempunyai hubungan yang signifikan (r=.03, p<.01) dengan penyelesaian masalah. Simbol menunjukkan hubungan 0.09% dengan penyelesaian masalah. Rumusan dari dapatan ini menunjukan bahawa pencaipaian ekonomi banyak bergantung kepada pencapaian graf berbanding simbol. Hal ini mungkin kerana soalan-soalan yang melibatkan graf lebih mudah difahami oleh pelajar berbanding soalan simbol. Ini mungkin juga kerana pelajar kurang mahir dengan penggunaan simbol dalam mata pelajaran

ekomoni. Simbol dan penyelesaian masalah adalah mempunyai hubungan yang sangat rendah. Ini sememangnya sangat jelas sekali kerana soalan-soalan penyelesaian masalah adalah soalan KBKK yang memerlukan kepada pemikiran yang kritis dan kreatif. Soalan penyelesaian masalah melibatkan situasi dan bukan melibatkan penggunaan simbol.