P. 1
92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma

92174980 Kajian Tindakan Mate SK Ga Ma

|Views: 185|Likes:
Published by Ramziah Bongsu

More info:

Published by: Ramziah Bongsu on Jun 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/03/2014

pdf

text

original

TEKNIK GA-MA ; SATU KAEDAH MENGUASAI KEMAHIRAN ‘ MASA DAN WAKTU’.

Oleh Hazni bin Osman Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah KM 3, Jalan Hassan 85000 Segamat, Johor.

ABSTRAK

Kajian ini pada asasnya dijalankan untuk membantu murid Tahun 5 menguasai dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik khasnya di bawah tajuk ‘Masa dan Waktu’ dengan menggunakan Teknik Ga-ma. Kemahiran dalam tajuk ini memerlukan murid menguasai asas masa dan waktu iaitu jam, minit dan saat. Apabila mereka telah menguasai kemahiran asas ini, maka mudahlah mereka menjawab soalan matematik yang berkaitan dengan tajuk ini. Dalam kajian ini seramai 5 orang murid yang sederhana dan lemah dari Kelas Tahun 5 telah dipilih sebagai kumpulan sasaran berdasarkan kajian awal yang dijalankan. Kajian awal ini dilakukan berdasarkan pemerhatian, temubual, hasil kerja dalam kelas, latihan bertulis serta rekod ujian ( diagnostik dan pra ). Hasil kajian awal ini , didapati 5 orang murid tersebut berada di dalam kelompok yang lemah berkaitan tajuk masa dan waktu. Mereka menghadapi masalah untuk mencari tempoh masa dalam jam dan minit, menambah atau menolak jam dan minit serta menentukan waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti yang diberikan dalam soalan berbentuk penyelesaian masalah. Mereka juga agak lemah untuk menanamkan konsep masa bagi jam iaitu 60 minit. Teknik ini membantu murid memahami dan mengingati konsep 60 minit adalah satu jam. Ia juga membantu murid menambah dan menolak masa dalam minit dan jam, mencari tempoh masa serta menentukan waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti. penggunaan ‘hands on’. Teknik ini amat mudah digunakan , menyeronokkan dan memang amat membantu murid lemah kerana ia lebih kepada

1

Dapatan awal saya ialah murid-murid ini tidak menguasai kemahiran asas dalam tajuk ‘Masa dan Waktu’ iaitu jam dan minit. 2. jika diberi soalan ( 40 minit + 40 minit : berikan jawapan dalam jam dan minit ) kebanyakan murid menjawab 80 minit. Oleh itu. Jangkaan saya pada mulanya ialah kemungkinan soalan ini lebih tinggi arasnya berbanding kemampuan murid. Teknik ini mempunyai tiga fasa bermula dari alatan hingga kepada penggunaan teknik.1. Teknik Ga-Ma ini dicipta bagi memastikan murid menanamkan konsep jam dan minit itu dalam ingatan mereka kerana konsep ini diterjemahkan secara konkrit dengan penggunaan alatan. Bermula dari keadaan itu. mereka masih tidak berjaya menjawab malah ada yang membiarkan saja soalan tanpa dijawab. Bila saya mula mengajar mengenai tajuk masa dan waktu.0 Fokus Kajian Kajian yang dijalankan ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan matematik berkaitan ‘Masa dan Waktu’. saya berasa perlu melakukan sesuatu supaya murid-murid ini boleh menjawab sekurang-kurangnya sebahagian daripada keseluruhan soalan yang diberikan. Sebagai contoh. Dalam soalan tersebut murid diminta mencari tempoh masa sesuatu aktiviti yang dijalankan. Apabila saya berikan soalan soalan lain yang lebih rendah arasnya . didapati ramai murid tidak dapat menjawab kebanyakan soalan penyelesaian masalah. Ini adalah kerana mereka sukar untuk menukarkan unit jam dan minit tanpa memahami konsep 60 minit adalah 1 jam.Teknik Ga-Ma ini diajar menggunakan kaedah pengajaran ansur maju supaya murid dapat menguasai kemahiran asas dalam pengiraan jam dan minit. 2 .0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu. mereka menghadapi masalah untuk menjawab soalan berkaitan tajuk tersebut. Kelemahan untuk menguasai kemahiran asas dalam tajuk ini akan menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan masalah berkaitan tajuk.

Teknik Ga-Ma mengikut fasa: Fasa 1 ( Alatan – Bahan Bantu Mengajar ) Fasa 2 ( Teknik Ga-Ma Versi Murid ) Fasa 3 ( Teknik ) 3 .

satu tinjauan yang sistematik telah dijalankan. 5. Murid yang bermasalah dikenalasti melalui respon serta penyertaan mereka dalam aktiviti berkaitan.2 1. pemerhatian dan ujian pra yang dijalankan terhadap murid Tahun 5 berkenaan. 5. Tinjauan ini dilaksanakan berpandukan kaedah-kaedah berikut: 5.1 Pemerhatian Dijalankan semasa P & P di dalam kelas.2 Soalselidik 4 .1.1 Tinjauan Masalah: Tujuannya adalah untuk memastikan apakah masalah. Meningkatkan minat murid mempelajari matematik. 5.0 1. 1.2.1. Kumpulan sasaran terdiri daripad 5 orang murid Tahun 5 yang menghadapai masalah dalam menjawab soalan matematik untuk tajuk ‘Masa dan Waktu’. Menyelesaikan soalan menambah dan menolak masa dan tempoh masa dalam minit dan jam.3 4.1 Objektif Kajian : Objektif Umum Membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan matematik berkaitan tajuk ‘Masa dan Waktu’.2. Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan tinjauan awal. Kumpulan Sasaran. waktu mula atau waktu akhir sesuatu aktiviti.2 1.3. siapakah yang terlibat dan apakah langkah-langkah yang boleh dirancang untuk mengatasinya.2.0 Pelaksanaan Kajian.0 Objektif Khusus Menggunakan Teknik Ga-Ma untuk menyelesaikan masalah matematik untuk mencari tempoh masa. Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.1 1.

Respon mereka dicatat dan dikumpulkan untuk dianalisis.1.2.1. Tujuan utama adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan murid yang terlibat sebagai kumpulan sasaran.2 Analisis Tinjauan Masalah: Tinjauan awal telah dijalankan ke atas murid tahun 5 dan dilakukan dalam tempoh sebulan.2. Hasil ujian ini direkod untuk analisis dan perbandingan. 5. Murid ditanya secara lisan tentang masalah mereka ketika menjawab soalan yang diberikan.2 Soal selidik 5 . 5.1 Pemerhatian Hasil pemerhatian dalam kelas lebih kurang 10 orang murid mempunyai masalah dalam topik ini.Kaedah ini dijalankan secara rawak semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan.3 Ujian Diagnostik Kaedah ini menggunakan set soalan khusus untuk tajuk ‘Masa dan Waktu’. Namun dalam kajian kali ini hanya 5 orang saja dipilih dengan tahap penguasaan berbeza . iaitu lemah dan sederhana. Ia mengandungi soalan aneka pilihan dan bertulis berbagai aras. Mereka mudah keliru apabila berlaku pertukaran antara unit jam dan minit. 5. 5. 5.4 Ujian Pra / Ujian Pos Ujian ini diberikan kepada murid sasaran.

‘Berapa jam tempoh yang diberi? ( soalannya dalam unit minit) Respon murid: “Kenapa jam ini lebih/kurang? “Tak ingatlah 80 minit ni dah lebih dari 1 jam” “Macam mana nak tukar jadi jam dan minit? 5. 5. 5.4 Ujian Pra.3 Ujian Diagnostik Kaedah ini menggunakan set soalan khusus bagi tajuk ‘Masa dan Waktu’.3 Tindakan Yang Dijalankan. guru menyoal murid dan respon mereka direkod. kita akan dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan murid bagi tajuk ini.2. Tahap kesukaran sederhana dan mudah. Hasil dari ujian ini direkodkan seperti berikut: Jumlah Soalan 10 soalan Jumlah jawapan betul 10 – 8 7–6 5-4 3–2 1-0 JUMLAH Bilangan murid 2 2 1 5 % 40 40 20 100 Berdasarkan Ujian Pra didapati didapati 3 orang murid sasaran ( 60%) hanya dapat menjawab kurang daripada 3 soalan dengan betul.2. 6 . Contoh: ‘Mengapa tak jawab soalan ini? ‘Kenapa minit ini tidak ditukar kepada jam dan minit? Bila murid sedang membuat latihan.Soal selidik ini dibuat secara rawak semasa P & P. Hasil ujian ini.Ini adalah satu keadaan yang membimbangkan dan perlu diambil tindakan segera oleh guru khasnya tajuk ini.

Tetapkan masa mula belajar pada muka jam waktu mula. Berikut adalah contoh penggunaan alatan Teknik Ga-Ma: Topik Kemahiran Kata kunci Contoh soalan : : : : Masa dan Waktu Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang diberi [ tanpa melibatkan minit ] Jam bertambah. Pukul berapakah Ali tamat mengulangkaji ? Penyelesaian : Langkah 1 Langkah 2 Tulis tempoh masa yang diberi pada ruangan tempoh masa pada Papan Teknik GA – MA. butang bergerak ke kanan.00 pagi selama 2 jam.1 Bagi mengatasi kurangnya penguasaan kemahiran dalam tajuk ‘Masa dan Waktu’ . Letakkan butang pada garis jam di nombor 8. Ali mula mengulangkaji pelajaran pada pukul 8. Teknik ini mengandungi tiga (Fasa). Gerakkan butang pada garis / indikator jam sebanyak dua kedudukan ke kanan bagi melambangkan 2 jam. maka diperkenalkan Teknik Ga-ma. Langkah 3 7 .3. murid sasaran akan diajar menggunakan alatan Teknik Gama. Berikut adalah perincian tentang fasa-fasa tersebut: a) Fasa 1: Melalui fasa ini.5.

Lukis jarum jam waktu akhir berdasarkan kedudukan butang pada indikator jam dan minit. Lukis jarum jam pada waktu akhir. Perjalanan mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Jawapannya : Pukul 10. Letakkan butang jam pada nombor 9 bagi menandakan pukul 9. Jawapannya : Pukul 12.00 pagi. Baca kedudukan baru butang minit [ nombor 40 ]. 8 . Letakkan butang minit pada nombor 10 bagi menandakan 10 minit.Topik Baca kedudukan baru butang selepas digerakkan [ jawapan ] iaitu nombor sepuluh.40 tengah hari. butang bergerak ke kanan.10 pagi. : : Masa dan Waktu Mencari waktu akhir selepas tempoh masa yang diberi [ melibatkan jam dan minit – minit tidak melebihi 60 minit ] Kemahiran Kata kunci Contoh soalan: : Jam bertambah. Tetapkan masa mula pada muka jam [ waktu mula ]. Pukul berapakah Ali sampai ke destinasinya ? Penyelesaian : Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 b) Baca kedudukan baru butang jam [ nombor 12 ]. Gerakkan butang jam ke kanan sebanyak 3 [ 3 jam ]. Gerakkan butang minit ke kanan sebanyak 30 [ 30 minit ]. Ali bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 9. Baca waktu yang ditunjukkan ada muka jam / jawapan sebenar. Baca jawapan pada muka. Fasa 2 Tulis tempoh masa yang diberi.

Bahan ini boleh digunakan di meja murid atau pada bila-bila masa mereka cuba menyelesaikan masalah matematik dalam tajuk ‘Masa dan Waktu’. d) e) Membuat latihan selepas menggunakan alatan ( dengan bantuan guru dan tanpa bantuan guru ). murid tidak lagi menggunakan apa-apa alatan. Mereka hanya perlu membuat garisan ringkas bagi unit jam dan minit. murid tidak lagi menggunakan alatan Teknik Ga-Ma. Fasa ini lebih kepada teknik ringkas yang boleh dibuat oleh murid. c) Fasa 3 Bagi fasa terakhir ini.Untuk fasa ini. Menjalani Ujian Pos 9 . Mereka akan menggunakan pula Teknik Ga-Ma Versi murid.

Ujian Pos dijalankan dan direkodkan keputusannya. Masa luang murid digunakan untuk mempelajari dan menguasai penggunaan alatan Teknik ga-Ma. Setelah mahir. Jadual Pelaksanaan Kajian 10 . Kajian tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 bulan bermula pertengahan Januari hingga Mac 2007.3.3 i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Bahan-bahan Yang Digunakan Semasa kajian BBM Teknik Ga-Ma Teknik Ga-Ma Versi Murid Lembaran Kerja Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian. Ujian Pra dijalankan sebelum murid menggunakan teknik ini untuk perbandingan.3.2 a) b) c) d) 5. Setelah murid dapat menguasai teknik ini.5. Saya bertindak sebagai Fasilitator ketika murid menggunakan alatan ini. murid akan diberikan latihanlatihan berkaitan ( dibantu penggunaan alatan ). murid diberikan pula alatan versi murid dan menyelesaikan soalan latihan ( bantuan minima guru ) Murid yang mahir menggunakan teknik sahaja untuk menyelesaikan masalah matematik.

alatan ini. Suasana P & P juga sangat kondusif dan penglibatan murid amat tinggi. Semua murid bersaing untuk menjawab dengan bantuan alatan ini.4 5.4.1 Pelaksanaan Tindakan Dan Penilaian. minat mereka terus bertambah. Pada sesi pertama. Pelaksanaan Fasa 1 Alatan Teknik Ga-Ma ini diperkenalkan kepada murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran matematik. penggunaan alatan ini amatlah menarik minat semua murid termasuk murid sasaran. ii) Refleksi Saya mendapati murid amat berminat dan bersemangat ketika P & P jika terdapat sesuatu yang baru dan menarik. i) Pemerhatian Semua murid ingin cuba menggunakan Dari pemerhatian saya. 5.TARIKH Januari AKTIVITI Soal Selidik Ujian Diagnostik Pengumpulan Maklumat Ujian Pra Penggunaan Alatan Teknik Ga_Ma Ujian Pasca Analisis CATATAN/TINDAKAN Februari Mac BBM Teknik Ga-ma Versi Murid 5. 11 .4. Alatan yang boleh digunakan di meja murid sendiri memudahkan mereka menjawab soalan berkaitan. Minat ini semakin tinggi pada sesi kedua dan seterusnya sehingga setiap waktu P & P Matematik .2 Pelaksanaan Fasa 2 Apabila murid diberikan bahan baru iaitu Teknik Ga-ma Versi Murid. P & P lebih ditumpukan kepada cara penggunaan alatan. murid kelihatan begitu bersemangat.

4. 5. Konsep jam dan minit sebagai unit difahami dan diaplikasikan ketika menjawab. Semuanya hanya menggunakan garisan dan bulatan.3 Pelaksanaan Fasa 3 Pada Fasa ketiga. Mereka menggunakan alatan sebagai bantuan. Perbandingan Pencapaian Murid JAWAPAN YANG BETUL FASA 1 FASA 2 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 MURID Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 i) Pemerhatian Setelah menggunakan teknik ini. 12 .Selepas setiap sesi penggunaan alatan murid akan diberikan latihan untuk dinilai tahap penguasaan penggunaan teknik in. ii) Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid berdasarkan keputusan latihanlatihan yang diberi sepanjang fasa 2. murid dikehendaki menggunakan teknik garisan sahaja untuk mewakili unit jam dan minit. Semua soalan telah dapat dijawab dengan betul walaupun mengambil masa. Penggunaannya sama dengan alatan tetapi lebih ringkas dan cepat. murid menjadi lebih yakin untuk menjawab soalan berkaitan jam dan minit.

Manakala dalam Ujian Pos pula 13 . Pencapaian Ujian Pos amat tinggi berbanding Ujian Pra ( lihat Graf Perbandingan ). Ini apat dilihat dengan prestasi yang ditunjukkan dalam Ujian Pos. Latihan juga dapat disiapkan dalam jangkamasa yang lebih pendek. Teknik ini amat membantu meraka mendapatkan keyakinan diri secara beransur-ansur.5. ii) Refleksi Saya berbangga dengan pencapaian murid-murid sasaran. dapatlah dinyatakan bahawa selepas menggunakan Teknik Ga-Ma murid-murid sasaran berjaya menjawab semua soalan matematik yang diberi dengan betul.i) Pemerhatian Dari pemerhatian saya murid telah yakin untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Sebagai perbandingan Responden 4. Graf Perbandingan Pencapaian Murid dalam 10 8 6 4 2 0 UJIAN PRA UJIAN POS Res 1 Res 2 Res 3 Res 4 Res 5 Berdasarkan graf di perbandingan pencapaian tersebut. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Teknik Ga-Ma amatlah berkesan membantu meningkatkan pencapaian murid. 5. Soalan matematk yang sebelumnya dianggap susah telah dijawab dengan betul. hanya dapat menjawab satu (1) soalan betul dalam ujian Pra. rekod pencapaian murid sasaran dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Apabila dibandingkan terapat perbezaan yang besar antara kedua-dua ujian tersebut. Merka menggunakan teknik garisan masa ini sebagai bantuan dan untuk menyemak jawapan.5 5.1 Refleksi Kajian Refleksi Pencapaian Murid.

Responden 4 dapat menjawab sepuluh ( 10 ) soalan dengan betul. Proses menggunakan Teknik Ga-Ma secara ansur maju juga menimbulkan keyakinan diri dalam mencuba sesuatu yang berlainan. 5. 14 . Proses P & P melibatkan penglibatan murid yang maksimum. penggunaan Teknik Ga-Ma ini membantu murid menjawab soalan berkaitan masa dan waktu dengan betul . Minat serta keyakinan murid dilihat begitu tinggi dengan dengan adanya alatan yang menarik ini.2 Refleksi Pemerhatian. Ini menjelaskan bahawa Teknik ini amat berjaya digunakan oleh murid sasaran dan tidak mustahil untuk diaplikasikan kepada murid-murid sederhana dan lemah yang lain. Setelah tempoh dua bulan kajian ini dijalankan saya dapati hasil penggunaan teknik ini amat berjaya digunakan bagi meningkatkan kemahiran asas yang dikehendaki . Teknik ini mudah dikuasai dan dapat diaplikasikan sepenuhnya oleh murid-murid. Semua murid bersaing untuk mengambil bahagian. Sebagai kesimpulan. Keistimewaan alatan ini yang membolehkan murid mendapat jawapan tanpa pengiraan yang panjang memudahkan murid yang lemah mengira. Begitu juga dengan responden yang lain yang menunjukkan kadar peningkatan melebihi 70 peratus ( % ). Penggunaan Teknik Ga-Ma ini dilihat dapat membantu murid lemah dalam asas pengiraan unit jam dan minit. Kemahiran asas masa dan waktu akan dapat dikuasai dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran dalam tajuk ini. murid dapat mengaplikasikan teknik ini ketika menjawab soalan yang diberikan.5. Ini merupakan peningkatan sebanyak 90 peratus( % ). 5.3 Refleksi Keseluruhan. Dengan mengambil sedikit masa memahirkan diri mempelajari teknik ini. mencuba serta menggunakan alatan ini.5. Ini dapat merangsang mereka untuk mencuba lebih banyak soalan tanpa rasa bimbang jika tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

6. Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 5. Johor Bahru : Jabatan Pelajaran Johor. Cadangan seterusnya adalah untuk memperluaskan penggunaan teknik ini kepada unit lebih kecil seperti saat dan unit lebih besar lain seperti hari dan minggu. 2003. Alatan dan Teknik Ga-Ma ini memfokus kepada unit jam dan minit. 2006 .Mathematics Teachers Guidebook Year 5. Rujukan. Namun apa yang lebih penting ialah saya dapat membantu dan mengajar murid satu teknik mudah untuk menjawab soalan matematik ( masa dan waktu ) dengan tepat dan betul. 2006 . Jurnal Kajian Tindakan Sekolah Rendah Negeri Johor. Objektif kajian ini juga dapat dicapai dengan cemerlang terutamanya dalam menarik minat murid untuk berseronok sambil belajar.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur Sidang Pengarang. 15 . Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia. Mohamad Khairuddi Yahya.Prestasi murid sasaran meningkat dengan ketara. Kementerian Pendidikan Malaysia .

LAMPIRAN 16 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->