SEK KEB JAYA BARU

,
W.D.T. 22, 90200 KINABATANGAN
TEL: 089 561134

Rujukan Kami : SKJB(K)HEM/04/13/6 Tarikh : 23hb April 2013 Kepada, IBU BAPA /PENJAGA MURID S.K Jaya Baru Kinabatangan. Tuan, JEMPUTAN KURSUS SARANA IBU BAPA SK JAYA BARU 2013. Sukacita perkara di atas adalah dirujuk untuk pertimbangan dan perhatian pihak tuan. 02. Untuk makluman tuan pihak sekolah akan mengadakan Program Kursus Sarana Ibu Bapa pada 27 April 2013 bertempat di SK Jaya Baru. Sehubungan dengan itu pihak sekolah berbesar hati menjemput pihak tuan untuk menghadiri kursus tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut: Tarikh : 27 hb April 2013 Hari : Sabtu Masa : 7.00 pm Tempat : Dewan Serbaguna SK Jaya Baru 03. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat meluangkan masa bagi menghadiri kursus ini sebagai tanda anda menyokong program yang diadakan oleh PIBG bersama pihak sekolah . Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian . Terima kasih “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas,

( EN MUIN BIN AMIL AMZA) GURU BESAR SK JAYA BARU KINABATANGAN.
SK. Fail.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful