You are on page 1of 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBPE 2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: 781206035239001 : 781206 03 5239 : 012 - 2386537 : zaffiran@gmail.com : SHAH ALAM LEARNING CENTRE

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

SENARAI KANDUNGAN

1) Pendahuluan

2) Latar Belakang Ujian

3) Prosedur Ujian

4) Norma Ujian SEGAK

5) Pengumpulan dan Analisis Data

6) Keputusan Keseluruhan

7) Norma Perbandingan

8) Rujukan

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENDAHULUAN Kita boleh mendefinasikan ujian sebagai satu instrument atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdot. Pengukuran pula boleh kita definasikan sebagai menentukan bilangan pemarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Ini adalah satu proses mengutip maklumat berangka tahap cirri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang. Pengukuran juga boleh ditakrif sebagai membina, mentadbir dan member nilai kepada ujian. Satterly ( 1989 ), memprihalkan penilaian dalam pendidikan sebagai satu terma yang merangkumi keseluruhan proses dan hasil yang berupaya yang memberikan gambaran akan kemampuan pelajar terhadap pembelajaran yang dilaluinya berlandaskan pencapaian objektif pengajaran dan persekitaran yang membantu pembelajaran. Menurut Rowntree ( 1977 ) pula, penilaian dalam pendidikan pada asasnya adalah merupakan satu proses apabila seseorang itu terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memperoleh dan mentafsir maklumatyang bersifat ilmu dan merupakan satu kaedah bagi memahami kemampuan dan sikap orang lain. Akhir sekali Gay ( 1985 ), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Oleh yang demikian, penilaian boleh didefinasikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang diperolehi serta berupaya memberikan maklum balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru meletakkan asas keberkesanan pengajaran. Dalam Pendidikan Jasmani, penilaian yang dijalankan akan dapat membantu guru menilai kemampuan pelajar serta dapat memberikan penanda aras bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Antara tujuan utama penilaian dalam Pendidikan Jasmani adalah seperti: a) Memfokus kepada setiap orang murid Setiap pelajar adalah unik. Hasil penilaian dapat memberikan maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang pelajar. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip Pendidikan Jasmani yang bertujuan untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar. b) Menentukan status semasa pelajar Ia merangkumi pemberian gred, mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti, member maklum balas untuk meningkatkan prestasi, menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan menentukan aktiviti tertentu. c) Memilih wakil sekolah Hasil penilaian juga boleh digunakan untuk member maklumat bagi tujuan memilih pelajar mewakili sekolah dalam sukan dan permainan. Penilaian menggunakan criteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih adil dan saksama. d) Memotivasikan murid Penilaian member maklum balas prestasi kepada seseorang pelajar. Ia dapat member kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan penilaian disalahgunakan, maka kesan negative akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu akan hampa dan putus asa.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

e) Menilai pengajaran dan program Pendidikan Jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program Pendidikan Jasmani. Penilaian ini member maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharap tercapai.

LATAR BELAKANG UJIAN Ujian yang akan saya jalankan terhadap murid saya ialah ujian yang dikenali dengan nama SEGAK. Ujian yang terkandung dalam SEGAK ini merangkumi empat bateri ujian iaitu naik turun bangku, ringkuk tubi, tekan tubi dan jangkauan melunjur. SEGAK telah diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. PPK telah membina satu ujian kecergasan fizikal berasaskan norma Malaysia untuk murid sekolah rendah dan sekolah menengah. Kertas cadangan SEGAK telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 4/2006 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-187. SEGAK telah digunakan untuk murid yang berada dalam Tahun 4 sehingga Tingkatan 5. Norma kecergasan fizikal murid telah diwujudkan. SEGAK telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP). Sijil SEGAK akan dikeluarkan oleh sekolah dan sijil berkenaan diiktiraf oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. PPK juga boleh memohon wang peruntukan untuk membeli dan membekalkan peralatan SEGAK ke setiap sekolah. Ujian SEGAK dirujuk daripada Presidents Challenge, Euro Fit, dan YMCA Fitness Testing. Bateri ujian SEGAK yang digunakan untuk murid sekolah adalah sama seperti ujian kecergasan Kementerian Kesihatan untuk orang dewasa. Matlamat ujian SEGAK ini adalah supaya murid sentiasa peka, berpengetahuan tentang kecergasan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Objektif ujian SEGAK ini adalah untuk mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal murid, menganalisis dan mentafsir kecergasan murid, untuk mengetahui tahap kecergasan kendiri, merancang dan melakukan tindakan susulan dan mencapai tahap kecergasan yang diiktiraf. Komponen kecergasan yang diuji ialah komposisi badan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot dan kelenturan badan.

PROSEDUR UJIAN Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.

Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. 2. 3. 4.

Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Tekan Tubi ( 1 minit ) Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Jangkauan Melunjur

Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. 5

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama. Persediaan 1. Murid telah berlatih secukupnya sebelum menjalani ujian, khasnya dalam latihan aerobik. 2. Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan secukupnya sebelum menjalani ujian. Keselamatan 1. Murid dikecualikan daripada mengambil ujian ini jika : (a) disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; (b) mengidap penyakit kronik; dan (c) tidak sihat pada waktu ujian. 2. Alatan ujian yang digunakan mesti lengkap, selamat dan berfungsi dengan baik. 3. Kawasan ujian mesti selamat dan sesuai dengan jenis ujian yang hendak dijalankan. 4. Murid memakai pakaian Pendidikan Jasmani. 5. Pengawasan guru diutamakan semasa ujian dilaksanakan. 6. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas ujian dilaksanakan.

Prinsip Latihan Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut ; 1. Prinsip tambah bebanan Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur-ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. 2. Prinsip perbezaan individu Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. 6 Keadaan ini

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

3.

Prinsip kekhususan Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi.

4.

Prinsip kebolehbalikan Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku.

5.

Prinsip kepelbagaian latihan Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.

Aktiviti Memanaskan Badan Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti; 1. 2. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku.

Aktiviti Menyejukkan Badan Murid mesti melakukan aktiviti menyejukkan badan selepas melakukan ujian kecergasan seperti; 1. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit. 2. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan. Pelaporan 1. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. 2. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. 3. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Nama Ujian: Jangkauan Melunjur Tujuan: Mengukur fleksibiliti Tahap: Murid Tahun 5 I ( 26 orang ) Jantina: Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Alat pengukur jangkauan 2. Borang skor.

Pengurusan dan organisasi: 1. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

Prosedur: 1. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 3. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. 4. Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 8

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

4. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. 5. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. 6. Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Nama Ujian: Ringkuk Tubi Separa ( partial curl-up) 1 minit Tujuan : Menguji daya tahan dan kekuatan otot abdomen Tahap : Murid Tahun 5 I ( 26 orang ) Jantina : Lelaki dan perempuan Alatan dan kemudahan : 1. Pita lekat bersaiz 2.5 cm 2. Pita ukur 3. Jam randik

Pengurusan dan organisasi: Lekatkan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan. Jarak antara pita adalah 10 cm.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Prosedur : 1. Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 1. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tumit kaki sentiasa menyentuh lantai. 2. Buka kaki seluas bahu. 3. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 4. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 5. Bahagian bawah/belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 6. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. 7. Murid B mengira ulangan perlakuan. 8. Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A :Berasa tidak selesa. Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. Tumit diangkat.

Panduan guru Lakuan ringkuk yang tidak sempurna: 1. Bahagian bawah/belakang badan tidak menyentuh lantai. 2. Tumit diangkat. 3. Badan/ bahu senget. 4. Punggung terangkat. 5. Lutut tidak bersudut 90 darjah (tegak).

10

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Suaian Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 5 I ( 13 orang ) Jantina: Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar ). 3. Jam randik. Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan lutut yang bengkok. Kaki bersilang. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. 11

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Nama Ujian: Ujian Tekan Tubi Tujuan: Menilai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu Tahap: Murid Tahun 5 I ( 13 orang ) Jantina: Lelaki Alatan dan kemudahan: 1. Kawasan lapang dan rata. 2. Span ( 5 cm tinggi x 15 cm panjang x 10 cm lebar). 3. Jam Randik. Pengurusan dan organisasi: 1. Ujian dilaksanakan secara berpasangan. 2. Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat.

Prosedur: 1. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2. Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 3. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. 4. Tekan tubi diteruskan sehingga satu minit atau murid tidak berupaya meneruskannya. 5. Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 12

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

6. Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. Nama Ujian: Naik Turun Bangku 3 minit Tujuan: Menilai Daya Tahan Kardiovaskular Tahap: Murid Tahun 5 I ( 26 orang ) Jantina: Lelaki dan Perempuan Alatan dan kemudahan: 1. Bangku - Ketinggian 30.5 cm 2. Jam Randik 3. Borang Skor 4. Rakaman atau Metronome
Permulaan Naik Turun Bangku

Pengurusan dan organisasi: 1. Aktiviti dijalankan berpasangan. 2. Letakan bangku di atas lantai yang rata dan selamat.(Pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan.) 3. Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit.

13

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Prosedur: 1. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. 2. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (yang mana sesuai) diletakkan di atas bangku. 3. Penguji akan memberikan isyarat mula. 4. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan naik atau sebaliknya). 5. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit. 6. Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 7. Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan dengan kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 8. Kadar nadi diambil dalam jangkamasa 1 minit. 9. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

GAMBAR-GAMBAR PROSEDUR UJIAN SEGAK

14

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

15

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

16

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NORMA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL MURID (SEGAK) Norma ini adalah hasil uji rintis SEGAK yang pertama. Norma ini akan dibuat perbandingan dengan ujian SEGAK kali kedua pada tahun 2007. Rujukan norma ini boleh digunakan untuk ujian sumatif sehingga norma yang piawai dikeluarkan.

LELAKI 11 TAHUN Skor Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa Jangkauan Melunjur 5 75 ke bawah 25 ke atas 29 ke atas 38 ke atas 4 76 - 99 16 - 24 19 - 28 32 - 37 3 100 - 124 6 - 15 8 - 18 25 -31 2 125 - 148 1-5 1 -7 17 - 24 1 149 ke atas 0 0 16 ke bawah

PEREMPUAN 11 TAHUN Skor Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa Jangkauan Melunjur 5 82 ke bawah 30 ke atas 29 ke atas 38 ke atas 4 83 - 99 20 - 29 20 - 28 32 - 37 3 100 - 129 9 19 6 - 19 24 - 31 2 130 - 153 1-8 1-6 17 -23 1 154 0 0 16 ke bawah

17

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENGUMPULAN DATA DAN ANALISIS DATA BIL NAMA PELAJAR NTB TT RK JM JUMLAH G C C B C B C C D D B C C D A A B D C C B B C C C C B

ULG MKH ULG MKH ULG MKH ULG MKH MKH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 CHIA YOON HAO CHIN JING MING CHONG CHI LAM CHONG TING FUNG CHONG YIN YONG DARREN GOH DAVIS HUA GARED CHEN LAW KEI LUM LEE KAM HENG OSCAR TEONG LUTHER CHAN TAY JIN POH CASSANDRA CHIN ANG JIA CHIN MARIAN TAN EMILY TAN EMILY CHOO IVONNE OON FOONG JIA HUI ADRIENA LAU JOEY TAN LOONG SHI YUAN NGEH EE-EAN SIM ZIN XUAN TIFFANY CHANG 120 78 75 111 90 106 77 150 132 89 112 98 148 80 82 98 160 130 100 88 97 120 106 132 100 98 3 4 5 3 4 3 4 1 2 4 3 4 2 5 5 4 1 2 3 4 4 3 3 2 3 4 8 12 24 18 20 10 22 5 5 17 6 16 5 25 30 25 5 10 15 21 20 20 15 19 21 28 3 3 4 4 4 3 4 2 2 4 3 4 2 4 5 4 2 3 3 4 4 4 3 3 4 4 15 20 25 18 20 13 22 8 10 20 15 18 5 20 18 21 3 12 20 23 30 10 18 18 21 27 3 4 4 3 4 3 4 3 3 4 3 3 2 4 3 4 2 3 4 4 5 3 3 3 4 4 30 25 32 18 23 12 24 10 20 36 27 25 20 40 38 33 18 25 30 35 30 28 20 24 29 34 3 3 4 2 3 1 2 1 2 4 3 3 2 5 5 4 2 3 3 4 3 3 2 3 3 4 12 14 17 12 15 10 14 7 9 16 12 14 8 18 18 16 7 11 13 16 16 13 11 11 14 16

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

KEPUTUSAN KESELURUHAN

SETELAH MELAKUKAN 4 UJIAN, SILA RUJUK KEPADA SKALA MARKAH KESELURUHAN UNTUK MENENTUKAN TAHAP KECERGASAN BAGI TUJUAN PEMARKAHAN

BIL. JUMLAH KESELURUHAN

SKOR

GRED

PERNYATAAN

1.

18 HINGGA 20 MARKAH

CEMERLANG

2.

15 HINGGA 17 MARKAH

SANGAT BAIK

3.

10 HINGGA 14 MARKAH

BAIK

4.

7 HINGGA 9 MARKAH

SEDERHANA

5.

4 HINGGA 6

PERLU USAHA LAGI

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NORMA PERBANDINGAN Melalui ujian yang telah dilaksanakan maka dapatlah keputusan gred bagi setiap orang murid. Daripada apa yang diperhatikan hasil dapatan keputusan ujian dapat dilihat bahawa terdapat beberapa orang pelajar yang masih berada dalam kategori sederhana. Hasil ujian yang dilakukan terhadap kelas 5 I SJK C Yuk Chai seperti di bawah: Murid yang mendapat gred A adalah seramai 2 orang murid. Murid yang mendapat gred B adalah seramai 7 orang murid. Murid yang mendapat gred C adalah seramai 13 orang murid. Murid yang mendapat gred D adalah seramai 4 orang murid. Tiada murid yang mendapat gred E. Jika berdasarkan peratus murid yang mendapat A sebanyak 7.7%, yang mendapat B sebanyak 26.9%, yang mendapat C 50% dan yang mendapat D sebanyak 15.4%. Jika dapat dilihat secara keseluruhan pelajar perempuan lebih ramai yang menguasai dan mendapat gred yang baik berbanding pelajar lelaki. Murid yang cemerlang ialah perempuan iaitu seramai 2 orang manakala tiada murid yang berada dalam kategori cemerlang. Bagi kategori sangat baik pula seramai 7 orang iaitu 3 orang murid lelaki dan 7 orang murid perempuan. Kategori yang terbanyak ialah kategori baik iaitu seramai 13 orang iaitu 7 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Bagi kategori sederhana pula terdapat seramai 4 orang iaitu 3 0rang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini semua pelajar perlu menggandakan usaha untuk mencapai tahap yang cemerlang dalam ujian ini. Ujian ini dapat membantu pelajar untuk sentiasa berada dalam keadaan cergas bagi membantu meningkatkan proses pembelajaran dan dapat membantu pelajar menjalani kehidupan yang cergas dan berkualiti selaras dengan Wawasan 2020.

HBPE2203

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

RUJUKAN Abu Bakar Nordin.(1985). Penilaian afektif. Kajang: Masa Enterprise.

Bhasah Abu Bakar.(2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn. Bhd.

pjpkppdkt.weebly.com/pengenalan.html

www.scribd.com/doc/5266643/NOTA-SEGAK

cikgushamsudin.blogspot.com/.../prosedur-ujian-segak

skrpm.blogspot.com/.../prosedur-ujian-segak.html